Tuesday 19 June 2007

"Ada bukti Razak pakat bunuh Altantuya" Pendakwaraya

Kemaskini jam 7.00 malam
Lagi gambar menarik didalam

SHAH ALAM: Pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, mempunyai bukti bahawa dua anggota polis dan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, telah membuat pakatan dan perancangan untuk membunuh wanita itu dengan meletupkannya pada malam 19 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu.

Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam hujah pembukaannya dalam kes itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin, berkata pendakwaan akan mengemukakan bukti itu menerusi keterangan saksi pada malam Altantuya dibawa dari rumah Abdul Razak, selain daripada rakaman televisyen litar tutup (CCTV) dan komunikasi melalui telefon.

Pendakwaan juga, katanya, akan mengemukakan keterangan bahawa tempat kejadian Altantuya diletupkan telah ditunjukkan sendiri oleh tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, dan keterangan bahawa Azilah bersama tertuduh kedua, Kpl Sirul Azhar Umar, adalah orang terakhir yang dilihat bersama dengan Altantuya.

"Beberapa barang milik simati juga telah dirampas oleh polis dari rumah Sirul Azhar. Akan dibuktikan juga (pada) sepasang selipar terdapat kesan darah simati," katanya. Bernama

BERITA SEBELUMNYA

"Razak suruh bunuh Altantuya"- Pendakwaraya

MAKLUMAT klpos.com tidak benar. Harapan untuk melihat Abdul Razak Badinda dipanggil sebagai saksi pendakwaraya nampaknya tidak menjadi. Sebaliknya pihak pendakwaraya kes bunuh model Monggolia Altantuya Shaariibuu memulakan kes dengan berhujah bahawa penganalisis poltik terbabit adalah orang yang bertanggjawab mengarahkan pembunuhan.

Abdul Razak, 47, didakwa bersubahat dengan Cif Insp Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) untuk melakukan pembunuhan itu.

Ketua pasukan pendakraya, Tun Majid Tun Hamzah memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam bahawa Abdul Razak telah bersubahat dengan dua anggota polis tersebut “merancang dan memberi arahan supaya mendiang dibunuh.”

Majid berkata, Azilah and Sirul Azhar Umar, 35, telah "melakukan pembunuhan tersebut” dan memberitahu mahkamah bahawa pengakuan Sirul Azhar adalah antara bukti yang akan dikemukakan kepada mahkamah.

Menurutnya, Altantuya telah menulis satu nota kepada Abdul Razak yang mengancam anaknya jika dia enggan membantunya di segi kewangan.

Pihak pendakwaraya juga, kata Tun Majid, akan membuktikan bahawa kereta milik Azilah telah digunakan untuk membawa Altantuya ke tempat pembunuhannya di Shah Alam.

Katanya, pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kematian Altantuya “mungkin disebabkan kecederaan akibat letupan” sepertimana yang dibuktikan dalam laporan perubatan

Sepasang selipar dengan kesan darah, kata Yun Majib, telah ditemui dalam kereta milik Sirul dan ujian DNA mengesahkan ia adalah darah Altantuya.

Abdul Razak dituduh melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara jam 9.54 pagi dan jam 10.05 pagi 18 Oktober tahun lalu.

Azilah dan Sirul pula dituduh membunuh Altantuya, 28, antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Jika sabit kesalahan ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Abdul Razak merupakan teman baik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan dalam kes tersebut. - AFP

0 comments: