Wednesday 20 June 2007

(I) Mesir - Piramid - Ramsis

Bersama penjaga gamal (unta). "Ta'al, khomsun geneh ... Yallah", promosi beliau pada saya dan sahabat-sahabat supaya menunggang untanya.

"La wallahi, khamastash bass (tak, 15 geneh je)", tawar sahabat saya, Nu'aim yang ingin benar merasa menunggang unta.

Akhirnya dia bersetuju apabila telah beberapa kali tawar menawar.


Dari kiri: Lotpi, saya, Ustaz Mohammad(pemandu pelancung), Nu'aim dan Hafizi.Gambar membelakangi piramid.

Ntah, saya pun lupa namanya apa. Kesemua binaan ini menggambarkan kehebatan teknologi purba. Namun disebalik pembinaannya tercatat kisah zalim seorang Firaun kepada rakyat-rakyatnya.
"Aku adalah Tuhan kamu yang tertinggi!!". Inilah yang akan terjadi kepada manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT. Tidak kenal asal usul diri sehingga sanggup mengishtihar diri sebagai Tuhan. Namun, Allah SWT tetap berkuasa ... dia mati dalam kehinaan. (Ramsis III dikatakan Firaun yang disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, iaitu orang yang memelihara nabi Musa AS)
"Berjalanlah kamu di muka bumi ... maka lihatlah bagaimanakah kesudahan orang-orang yang mendustakan. Ini adalah penjelasan bagi manusia, petunjuk dan pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa" (Surah Ali-'Imran)

0 comments: