Monday 18 June 2007

Lidah Pengarang klpos.com: Terungkaplah misteri pembunuhan Altantuya?

Lidah Pengarang18 Jun 2007

SYUKUR, seminggu yang hangat, klpos.com mendapat sambutan di luar jangkaan. Ia seperti mimpi jadi nyata, seperti bulan jatuh ke riba. Melihat ghairah Tuan terhadap laman ini, warga kerja klpos.com membuat keputusan memperhebatkan lagi komitmen kami. Ketika saya menulis ini, hit terkini klpos.com mencecah 234,144, dan kami menjangkakan, memandangkan minggu perbicaraan Altantuya bermula, maka sebelum Julai Insyallah, hit kami bakal mencecah satu juta.
Terima kasih pada sifu-sifu kami di Malaysia-today, Tranungkite, Laman Marhean. Dan kepada Tuan, Puan yang tidak jemu-jemu berkunjung ke sini.
Menghadapi minggu perbicaraan Altantuya, klpos.com sudah membuat persiapan awal, kami akan menerbitkan siri khas dikenali sebagai 'Saga Altantuya' yang akan memuatkan beberapa enekdot yang berlaku sebelum dan selepas gadis malang itu dibunuh.
Kami ulangi, 'Saga Altantuya' bukan khabar angin, bukan spekulasi, tetapi beberapa kisah yang benar-benar berlaku.
Siapa sumber kami? Kuatkah sumber kami? Insyallah kami tidak akan kecewakan anda.
Kami berjanji bahawa inilah cerita yang juga dikongsi keluarga Altantuya. Kami tidak menambah, bahkan di beberapa tempat kami terpaksa menapis kerana bimbang menyentuh sensitiviti pihak-pihak terbabit dan perbicaraan yang sedang berlangsung.
Jadi apa yang bakal tersiar, adalah bahan yang panas, tetapi sudah diproses dengan baik, supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada semua pihak.
Dalam kata lain, kami terbitkan 'Saga Altantuya' bermula esok (Selasa, 19 Jun), dengan penuh pengetahuan dan tanggungjawab.Kepada Tuhan kami berdoa, tabahkan hati, kuatkan semangat kami untuk menceritakan kepada dunia, kisah ini. Dan kisah-kisah yang lain juga. Kepada Tuan yang membaca, teruslah menyokong kami, sokongan anda adalah azimat kami, berdoalah supaya kita sama-sama memperolehi kebaikan dari siri 'Saga Altantuya' ini.

Dan kini, apakah anda bersedia untuk mendengar kisahnya?

Nantikan 'Saga Altantuya' di http://www.klpos.com/ Selasa 19 Jun 2007

http://www.klpos.com/
Apa Siapa Mengapa

0 comments: