Monday 20 August 2007

Ramadhan Kareem


Inilah apa yang terlintas di hati saya …
Sekarang dah bulan Sya’ban. Tak sampai satu bulan lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Syeikh Sayyid Ahmad, anak kepada Syeikh al-Muhaddith Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani dalam sesi ziarahnya ke Malaysia baru2 ni berkata, “Kita berbangga menjadi umat Muhammad SAW kerana kita sentiasa berada di dalam bulan-bulan yang mempunyai keistimewaannya yg tersendiri. Bermula dari bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan seterusnya adalah bulan2 yg tersimpan di dalamnya beberapa rahsia. Kelebihan ini tidak terdapat pada umat nabi2 terdahulu.”. Jazakumullahu khairal jaza’ ‘ala syeikhina li ajli ziaratihi ila biladina.

Jadi, sape2 yang mengidam nak makan ni, nak makan tu … cepat2 makan sekarang. Dah bulan Ramadhan nanti, makan kene ala kadar je. Kalau tak, tarawih nanti 4 rakaat jer. 4 rakaat lagi terlentang atas katil sbb perut dah kembung dengan mcm2 makanan dan minuman.

Bulan Ramadhan adalah bulan keuntungan bagi para peniaga pasar malam … jual apa pun laku. Keropok keras pun orang beli. Orang yang berpuasa tak cukup dengan satu makanan dan minuman. Kalau boleh semua nak rasa, semua nak cuba. Kow teaw la, nasi ayam la, air jagung la, air soya la … semuanya nak dibeli. Tym tu la rasa tak cukup dgn satu lauk pauk & minuman …
Tapi tak dapat dinafikan, inilah satu keistimewaan di dalam bulan Ramadhan. Rezeki melimpah-limpah. Cuma kita je kene pandai kawal kemahuan kita. Saya secara peribadi cukup seronok berada dalam bulan Ramadhan ni. Walaupun agak penat di siang hari kerana lapar dan dahaga, dengan cuaca yang panas, ditambah lagi dengan kedudukan bilik yang berada di tingkat 4, mmg mengah la naik bilik.. tuhan je yang tahu. Tapi semua ni warna-warni bulan Ramadhan. Siangnya mmg lapar dan dahaga, tetapi malamnya Allah gantikan dengan satu nilai kebersamaan & ukhuwwah bersama kawan-kawan untuk berbuka puasa.


Kalau sebelum ni, kami berbuka dengan lauk pauk yang kami masak sendiri. Kami masak di bilik kosong sebelah bilik kami. Kumpul duit. Kemudian keluar ke kedai berdekatan beli barang yang nak dimasak. Siapa yg free petang tu pergi beli. Kami beli beras, beli sayur, rempah2 dan ayam. Ikan kadang2. Sotong tak pernah. Udang jauh sekali...semuanya mahal kecuali ayam je yg murah untuk dibeli. Masa saya & kawan berada di Syria dulu, selama 3 bulan kami kat sana, hari2 makan ayam. Ayam .. ayam .. ayam. Pagi petang siang malam .. ayam. Nasib baik muka tak jadi macam ayam. Lebih spesifik lagi, makan kepak dan peha je… bahagian lain tu tengok2 je sbb mahal. Kepak dgn peha je yang murah. 2kg kepak & peha dalam 170LE (RM12). Ikan mahal, kambing pun mahal. Sotong, udang & ketam tak pernah jumpa. Duduk sana baru terasa nikmat duduk di Malaysia .. semua ada. Tp saya tetap rindukan Syria … knape? Takpe2, pasal Syria nanti saya ceritakan kemudian. Terlalu banyak kisah & pengalaman yg ingin saya kongsikan bersama selama saya berada di sana.

Kembali … Petang tu dalam pukul 6 ke 6.30pm, kami sudah mula memasak. Inilah waktu yang paling mengembirakan… campakkan saje barang yg dibeli dalam kuali … kacau sikit2, jadilah lauk. Sedap ke, tak sedap ke … itulah hasil kami bersama. Tp di situlah kami membina ukhuwwah di antara kami.

Kalau tibe turn saya masak, saya suka masak yang agak pedas2 sikit … baru best,hehe. Saya tak pandai masak, tp boleh la skit2. Saya masih ingat, saya masak ikan masak lemak. Blender tak ada, sedangkan cili api, halia dan serai perlu dikisar. Arghhh .. bantai saja. Hancurkan guna lesung batu saja. Bila dimasukkan dalam periuk, berkumpul kulit2 serai yang tak dapat dihancurkan selumat-lumatnya. Kawan2 masa tu dah melontarkan mcm2 sumpah seranah … “aku perlu buktikan masakan aku berjaya”, saya nekad walaupun masa tu dah gelabah. Alhamdulillah, berkat keyakinan dan kesungguhan saya, ia berjaya. Tp beberapa orang je yg sanggup makan sbb terlalu pedas termasuklah kawan saya orang Cowo…makasih ya pak Halem (betul ke bahase tu cikgu). Memang pedas pun, saya sendiri pun tak tahan sbb terlebih letak cili api..hehe. Merah2 mata, hinguih semua keluaq. Saing kawe hok maghi dari klate meme awa-awa give up doh… tok leh g, pedah slalu .. maaf deh Shahir (Bahso Klate). Tp itulah nilai persahabatan. Riuh satu kampung tym masak, semua nak jadi boss, semua nak jadi cheft, semua nak bagi idea … tp itulah nilai persahabatan. Bile dah selesai masak, semua mengadap lauk pauk yang telah sedia di masak. Kadang2 kalau ada rezeki lebih, ada la santapan lebih yang dibeli dari luar. Alhamdulillah, rezeki dari Allah tak pernah tak cukup. Masing-masing tak sabar2 menunggu azan dikumandangkan. Bulan puasa adalah bulan semua orang tahu waktu azan maghrib paling tepat lagi accurate. Alhamdulillah, azan telah pun dikumandangkan … doa dibaca dan kami mencapai apa yang ada di depan mata. Allah .. ketika puasalah nikmat tuhan begitu terasa dan tinggi nilainya. Perut yg lapar kembali terisi dengan makanan. Bibir dan tekak yang kering dibasahi dengan air yang segar dan manis. Allah .. besarnya nikmatMu. Namun, ada yang nak solat maghrib dlu lepas berbuka, ada juga yang nak pekhabih slalu makanan yang terhidang. Kadang2 bertegang lidah gak sbb masing2 nak tegakkan hujah masing-masing. Semua nak bawak kluar dalil. Semua nak jadi mujtahid … tp kami tetap bersama dan berkawan. Itulah nilai persahabatan. Haaa, waktu yg paling best skali adalah waktu lepas makan … tym ni semua buat muka toya, muka innocent. Buat2 tak tau je dengan pinggan masing-masing. Yang dah masak gunakan excuse masaknya, “ana dah masak .. so, orang lain la basuh”. Nie la manusia, bila dah senang, perut dah penuh … lupakan segalanya. Lupakan kawan2. Lupakan nilai kebersamaan. Tapi Alhamdulillah, ada yang mengalah. Akhirnya semua bekerjasama, semua tolong-menolong. Inilah nilai ukhuwwah antara kami.

Tapi kadang2 saya bersama kawan2 lain berbuka puasa di satu masjid kampung berhampiran dengan UIA. Masjid tersebut hari2 menyediakan morei. Selalunya, kami akan pergi pada pukul 6.30 petang dengan motor bersama-sama. Saya tak ade motor, jadi terpaksa tumpang kawan. Terasa manisnya nilai kebersamaan ketika itu. Selalunya kamilah antara jemaah yang paling awal datang ke sana. Tak sangka, rupa2nya masjid tu memang popular di kalangan pelajar-pelajar UIA. Semakin hari semakin ramai yang berbuka di sana. Tapi walaubagaimana ramaipun, makanan tetap cukup .. Alhamdulillah. Juadah berbuka di situ cukup sedap … hidangan yang dihidangkan pun ala-ala kampung. Saya tak ada kampung. Kampung saya adalah rumah saya. Jadi, sesekali berbuka dalam suasana kampung membuatkan suasana berbuka cukup meriah dan seronok. Terasa ketenangannya. Kami pulang setelah selesai solat maghrib berjemaah bersama-sama dengan qaryah masjid tersebut. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pengalaman indah seumpama ini. Semoga Allah SWT memberikan kesempatan untuk berbuka puasa di sana lagi .. AMIN.


Allahu Akbar Allahu Akbar …

Azan Isyak sudah berkumandang. Saya segera ke masjid untuk merebut saf yang pertama, betul2 di belakang imam. Hati saya terpanggil-panggil dengan kemerduan & kelembutan suara imam tersebut. Beliau adalah pelajar Master dari Maghribi (Morocco). Nama dia Abdul Razak kalau tak silap saya. Seorang Hafizd al-Quran. Bacaannya cukup menyenangkan … seakan-akan seperti Syeikh Syed al-Ghamidi. Inilah kelebihan berpuasa di UIA. Setiap kali bulan Ramadhan, kami didendangkan dengan saudara-saudara kami dari negara-negara arab dan afrika yang sedap2 dan merdu suaranya. Mereka semua Hafizd … semuanya cekap menghafal. Kadang2 saya bermimpi untuk jadi seperti mereka. Sedangkan saya masih terkedek-kedek dan merangkak-rangkak menghafal al-Quran. Tak pe lah, kalau tak dapat hafal satu al-Quran pun, separuh al-Quran pun dah sudah memadai .. itu saja yang termampu. Menghafal al-Quran bukan mudah. Memang payah, tambah lagi menghafal dalam usia sebegini. Hafal hari ni, esok lupa … macam embun pagi, hilang bila matahari mula memancar. Allahumma Yassir wala tu’assir …

Kadang2 beliau menangis. Saya juga cuba untuk menangis tp tak juga menangis. Saya buat2 la menangis. Berair jugak la mata ni..hehe. Sungguh, menangis menambah kekhusukkan kita ketika solat - tp janganlah sampai teriak -. Ketika itulah saya dapat merasai nikmat solat yang sebenar. Nilai tadharru’, khauf, tarajji & ikhlas seperti yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam al-Ihya’ muncul secara tiba2, menjadikan saya khusu’ dan jiwa saya terarah. Saya tidak lelah berdiri, malah terus bersemangat untuk mendirikan solat. Di sinilah rahsia solat tp ramai yang tidak dapat merasainya termasuklah saya. Banyak yg saya khayalkan daripada khusu’. Kalaulah umat Islam berjaya memusatkan solatnya, pasti musuh Islam akan gerun dengan kita sbb di dalam solat terangkum Islam, Iman dan Ihsan. Mendirikan solat adalah sebahagian dari rukun Islam, melaksanakannya adalah tanda keimanan kita kepada Allah. Ikhlas serta khusu’ merupakan tanda ihsan kita kepada-Nya. Tiada siapa yg tahu untuk siapa kita solat kecuali Allah sahaja yang mengetahuinya. Bukan sekadar itu. Solat membentuk disiplin kita, menyatukan kita di bawah satu saf yang sama … tuakah kamu, mudakah kamu, kayakah kamu atau miskinkah kamu, itu semua tidak penting di sisi Allah SWT. Yang penting kita ikhlas & khusu’. Inilah senjata tentera Salehuddin al-Ayubi. Inilah senjata tentera Muhammad al-Fateh. Layaklah mereka mengibarkan panji-panji Islam kerana teguhnya mereka di dalam solat-solat mereka.

Ramadhan karim … 13 September 2007.

0 comments: