Monday 8 October 2007

Adik ku & adik anda semua ...

Wajah adik2 yg berseri dengan nur al-Quran

“Hafiz, jangan nakal-nakal tau, dengar cakap mak ye. Belajar rajin-rajin ok”, itulah nasihat saya kepada adik saya setiap kali saya nak balik ke Kuala Lumpur.

Sebelum beredar .. saya cium dia. Saya peluk dia dengan dakapan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya sambil saya menasihatinya dengan nasihat tersebut. Inilah salah satu cara bagaimana nilai kasih sayang dibina. Melalui sentuhan, ciuman dan pelukan … maka akan terhasil nilai kasih sayang & kemesraan di antara dua insan. Sambil memeluknya, saya sentiasa berdoa agar adik saya menjadi insan berguna bila besar nanti.

Siapa sangka, setelah 18 tahun saya menjadi adik bongsu dari dua adik beradik … pada 19 Januari 2003, Allah SWT mengurniakan kami sekeluarga dengan seorang adik. Macam2 nama yg disuggestkan. Saya masih igt lagi antara nama yg saya suggestkan adalah Ubaidullah .. sempena mengambil berkat nama salah seorang sahabat nabi SAW. Tp ayah tak mahu .. dia cdgkan Muhammad Hafiz. Jadi begitulah nama Muhammad Hafiz bin Asmuni diberi.

Mungkin kerana berkat doa mak & ayah serta pengorbanan mak menjaga anak abang beliau dari kecil sehingga sekarang menjadi salah satu sebab Allah SWT mengurniakan kami dengan seorang adik.

Alhamdulillah … suatu anugerah yang tidak disangka-sangka.

Terlalu cepat masa berlalu. Sekarang dia sudah berumur 4 tahun 10 bulan. Dah nak masuk 5 tahun dah. Dari tak pandai bercakap, sekarang dah tak henti-henti bercakap. Dari tak pandai berjalan, sekarang asyik nak melompat. Dulu jadi Superman, sekarang dia dah tukar jadi Ultraman. Hari-hari lepas bangun tidur, minta mak buka AstroRia sebab nak tengok Ultraman. Padahal rancangan tersebut pada waktu malam…terpaksalah kami kelentong dia, “Ultraman tak bangun lagi. Dia tengah tidur”. Tapi ada je jawapan yg dia jawab, “Kan dah siang .. dah terang kat luar tu. Ultraman dah bangun”. Susah juga nak jawab bila dia dah tahu menjawab. Bila ayah larang buat nie, mak tak bagi buat tu … adaaa je jawapan yg dia bagi.

Mak hantar dia masuk tadika mase dia umur 4 tahun. Dialah pelajar yg paling muda sekali dari semua pelajar2 di situ. Tapi, cikgu dia kata walaupun dia paling muda, tp dia jadi boss pada semua abang dan kakak dia di sekolah. Abang2 dan kakak dia semua ikut cakap dia. Dia buli abang2 & kakak2 dia di sekolah.. sampai dengan saya2 sekali jadi bahan bulian dia. Dia jadi semakin nakal sejak masuk tadika. Entahlah dengan siapa dia terpengaruh. Tu yang saya takutkan sangat … takut dia byk belajar benda yang tak elok dari yg elok2.

Tp Alhamdulillah, sejak masuk tadika … dia dah pandai membaca rumi & iqra’, pandai cakap omputih. Mak kata Hafiz terang hati, senang melekat apa yg dibacakan kepadanya. Alhamdulillah .. itu patanda baik utk masa depan dia.
Dalam 2 minggu lepas, seorang pelajar tahfiz dari Institut al-Quran Kuala Lumpur menjadi imam terawih di masjid UIA di depan abg2 beliau dari seluruh pelosok dunia; Malaysia, arab, india, cina & ramai lagi. Beliau baru berumur 11 tahun(darjah 4). Tetapi bacaannya cukup lancar & mempersonakan. Beliau mampu mempelbagaikan lagu bacaannya ketika menjadi imam. Beliau kadang2 menjadi muazzin di dalam TV9 … saya rasa kamu semua mengenalinya. Bapanya seorang peguam & ibunya seorang doktor. Ibu bapanya bekerjaya professional tetapi punya fikrah dan pandangan Islam yg jelas. Mereka tidak mahu melihat anak-anaknya rosak dengan dunia luar yg menggila & mencemarkan, justeru menghantar anak-anak mereka ke institut tahfiz al-Quran supaya ia menjadi bekalan & pendinding masa depan mereka.

Saya terpesona dengan adik tersebut. Justeru berharap adik saya juga mampu menjadi seperti dia. Saya utarakan impian saya ini kepada mak & ayah. Alhamdulillah, mereka bersetuju. Insyallah, kalau diberi peluang & rezeki, kami sekeluarga bercadang untuk menghantar dia ke institut tersebut. Moga2 bila dia besar nanti, tidak kira apa pengkhususan yg dia ceburi … doktor ke, jurutera ke, peguam ke, syariah ke … kami mahu dia menjadi doktor, jurutera, peguam & ustaz yg membawa al-Quran bersamanya.

Adik saya .. Muhammad Hafiz. Nampak nakal tak?? Tak ingat bila gambar ni diambil.

Saya juga menyarankan kepada anda yg mempunyai adik yg masih kecil spy mempersiapkan mereka dengan al-Quran. Negara kita ketinggalan dalam hal ini. Sedangkan kawan2 saya dari Sudan khasnya & negara2 arab umumnya, menghafal al-Quran sudah menjadi satu perkara adat di waktu kecil mereka.
Menghafal al-Quran di waktu kecil tidak sama dengan menghafal al-Quran bila dah besar. Menghafal al-Quran di waktu kecil ibarat seperti akar yg jauh mencengkam ke dalam tanah .. walau sebesar mana pokok tersebut membesar, si akar tetap kukuh menjadi pasaknya. Saya sendiri mengakuinya … surah2 juz ‘amma yg dihafal semasa di taski dulu sampai sekarang masih bermain2 di kepala. Tapi keadaannya berbeza menghafal al-Quran setelah dewasa … ia ibarat air yg tersejat. Sikit demi sedikit hafalan tersebut akan hilang dan tersejat sekiranya dibiarkan di tengah panas & tidak dijaga. Senang cerita .. sakit menghafal waktu tua nie. Tetapi menghafal al-Quran merupakan satu kelebihan apatah lagi bila kita Berjaya menghafalnya …

Marilah mentahfizkan adik2 & anak2 kita … supaya mereka menjadi pemelihara al-Quran di masa hadapan. Kewujudan mereka memberi keberkatan kepada kita.
Menjadi tanggungjawab ahli keluarga membentuk keperibadian anak2nya ... jgn salahkan mereka sekiranya mereka menjadi pemuda sampah di kemudian hari sekiranya kita tidak pernah sedikitpun merancang kebaikan masa depannya.
Saya berharap sangat agar Allah SWT mempermudahkan cita2 kami untuk Muhammad Hafiz. Ya Allah, Kau pilihlah dia termasuk di kalangan orang-orang yg menjaga kalam mulia Mu ini.
"Ya Allah, Rahmatilah kami dengan al-Quran. Jadikalah ia sebagai pemimpin kami, cahaya kami, petunjuk kami & rahmat buat kami. Ya Allah, Kau hiasilah kami, anak-anak kami & keluarga kami dengan al-Quran. Kau muliakan kami dengan al-Quran. Ya Allah, Kau jadikan al-Quran sebagai hujjah buat kami. Jangan Kau jadikan al-Quran berhujjah ke atas kami"

0 comments: