Thursday 6 March 2008

"Bertenang & Bersabar Wahai Pejuang Kebenaran" - Dato' Husam

.
Saudara-saudara PEJUANG KEBENARAN, rayuan Dato' Husam supaya semua rakyat Malaysia bertenang dan mengawal emosi masing-masing di dalam menelan hakikat penarikan balik dakwat celup harus diambil serius.

Bertenang tidak bererti kita bersetuju dengan tindakan SPR. Meluahkan kemarahan kita dengan cara lain selain dari di kertas undi hanya akan membahayakan rakyat. Biarlah BN dan sekutunya membahayakan rakyat. Kita tidak akan buat begitu.

Saudara-saudara saya, kita hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Bersabarlah. Cuahlah kemarahan itu dikertas undi bukan dengan melemparkan kata-kata yang boleh diputar belit dan kemudiannya menakutkan rakan-rakan kita di atas pagar.

Jika kita marah. Jika kita mengamuk. Jika kita lemparkan kata-kata keji dan jika kita merusuh, kita hanya akan terperangkap dalam permainan BN. Tolonglah bersabar. Lebih kita rasa ditindas, lebih afdal doa kita.

Saudara-saudara saya, bertenang.

Ini adalah provokasi BN. BN sudah bersedia dengan pemuda-pemuda berbaju kuning yang dicetak mereka di Klang untuk pergi ke jalan-jalan merusuh dan membakar bendera. Mereka hanya menanti isyarat. Isyarat itu adalah apabila kita melenting marah dengan tindakan mereka membatalkan penggunaan dakwat celup.

Di dalam saat-saat begini, saya merayu bagi pihak anak-anak saya dan keluarga saya, saya merayu kepada para pemimpin-pemimpin pembangkang, agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan sesuatu yang merugikan kita. Please!

Pembatalan dakwat celup adalah kemenangan moral terbesar buat kita. Ia adalah kemenangan saraf buat kita. Kini dunia tahu BN sudah mengaku kalah. Kini dunia tahu BN akan menipu.

Setakat mana BN boleh menipu. Sehebat mana pun tipu daya dan muslihat BN, tidak mungkin mereka dapat membohongi dunia. Mereka hanya akan dapat membohongi diri mereka sendiri.

Kita sudah menang saudara-saudara saya. Kita sudah menang. Dua hari lagi, kita akan halalkan kemenangan itu di kotak undi.

Jika kita bulat. Jika kita terus tabah, tidak ada penipuan yang dapat menutupi kebangkitan rakyat.

Sekali lagi saya mohon, jangan kita jadi jaguh kampung, jangan kita menang sorak kampung tergadai.

Mereka boleh menipu di dalam pilihanraya ini, tetapi selepas pilihanraya nanti, mereka tidak mungkin dapat mengawal gelombang kebangkitan rakyat yang ditipu mereka.

Hanya 70 jam sahaja lagi. Bertenang dan bersabar.
.
.


0 comments: