Saturday 10 May 2008

Keistimewaan Merokok (Edit) ..???

.
.
“Eh, kenapa buka tingkap kereta? Tutup-tutup ..!!”, perintah ustaz Dasuki Ahmad kepada pemandu kereta tersebut.
.
“Tak boleh ustaz, nanti rosak enjin kereta kalau tak buka tingkap waktu merokok”, terang si pemandu itu dengan yakin sekali.
.
Perbualan ini saya ambil melalui sebuah kaset yang saya dengar di dalam kereta menerusi kuliah yang pernah disampaikan oleh Ustaz Dasuki Ahmad. Saya jenis yang mudah mengantuk ketika memandu jauh. Untuk mengurangkan mengantuk walaupun masih mengantuk, saya dengar radio atau kaset. Kadang-kadang saya dengar radio IKIM, kadang-kadang saya dengar bacaan Syeikh al-Masyari (terutamanya surah al-Mukminun), kadang-kadang saya dengar kuliah Ustaz Dasuki Ahmad dan berbagai lagi. Yang menarik tentang Ustaz Dasuki ini, kalau pertama kali didengar, ingatkan Tok Guru Nik Aziz yang beri kuliah. Macam pernah dengar ya, tapi di mana yek .. hehe. Tetapi bukan, rupa-rupanya si penceramah itu adalah Uztaz Dasuki Ahmad.
.
Tapi sudah lama saya tidak mendengar kuliah beliau sebab saya tak jumpa sambungan kuliah-kuliah beliau dijual di kedai-kedai atau di pasar-pasar malam lagi. Jadi, kalau kadang-kadang rindu dengan kuliah beliau, saya pasang kembali kaset-kaset lama yang saya beli dahulu.
.
Believe it or not, cerita perbualan beliau ini sebenarnya benar walaupun macam pelik.
.
Memang tak pelik ..Hari ini ramai orang tidak sayangkan diri mereka. Mereka lebih mengutamakan ‘barang’ dan ‘harta’ mereka dari diri-diri mereka sendiri. Lihatlah rancangan FearFactor yang menggelikan itu .. semua peserta yang terlibat adalah antara contoh-contoh manusia yang lebih sayangkan harta daripada diri mereka sendiri. Mana tidaknya, mereka sanggup mengorban dan membinasakan diri walau terpaksa makan rektum babi, masukkan kepala dalam sangka yang berisi ular dan bermacam-macam lagi yang saya kira siapapun tidak sanggup untuk melakukannya. Tapi, oleh kerana duit, duit dan duit ... semuanya boleh. Contoh lain adalah 'illegal racing'. Buat ape nak berlumba-lumba ni yop .. kerajaan bagi lesen motor untuk dipandu dengan cara yang baik, bukan untuk masuk lumba haram. Kalau nak berlumba sangat, pergi litar la yop. Jangan membahayakan diri orang lain yang tidak bersalah.
.
Seburuk-buruk perangai orang Arab yang tidak berdisiplin dan bermanagement itu, setidak-tidaknya tidak ada dalam kamus mereka istilah lumba haram.
.
"Ma naqul illegal racing fi lughatikum ..", saya bertanya kepada Mahmud, pelajar Somalia yang mengambil jurusan ICT di UIA.
.
"Mush 'araftu", beliau menjawab setelah lama berfikir
.
"... mumkin musabaqah ghoir masyru'iyyah", beliau menyambung. Kami kemudiannya ketawa bersama-sama kerana buruknya bunyi istilah itu dalam bahasa arab.
.
.
MEROKOK MACAM MANA??
.
Ha'ah .. merokok macam mana pula ye? Hmm, ada orang kata merokok ini banyak keistimewaan. Sesetengah pelajar kata merokok ini boleh mendatangkan ilham sewaktu belajar, itu kata pelajar. Sesetengah tok bomoh pula berkata, merokok boleh membuatkan si pembomoh naik 'syok' -kata orang asli- ketika hendak membomoh. Manakala sesetengah orang yang payah membuang air besar pula mengatakan, merokok melancarkan proses pengeluaran ... Hmm, macam tu sekali ye. Hebat-hebat.
.
Dalam banyak-banyak penjelasan itu, saya paling setuju dengan ulasan yang dibuat oleh Ustaz Ismail Kamus. Beliau mengatakan bahawa orang yang merokok ini mempunyai 3 keistimewaan.
.
Keistimewaan pertama: Pencuri tak masuk rumah.
.
Kedua: Anjing takut kepada mereka.
.
Ketiga: Rambut tak beruban.
.
Eh, betul ke … Mengapa macam tu plak?
.
Ulasan keitimewaan pertama: Pencuri tak masuk rumah sebab orang merokok selalu batuk-batuk waktu malam.
.
Ulasan keistimewaan kedua: Anjing takut dengan mereka sebab orang merokok membawa tongkat. Sakit dada .. jadi jalan kene bawa tongkat la. Haa, kalau anjing nak serang … bantai la dengan tongkat.
.
Ulasan keistimewaan ketiga: Rambut tak sempat beruban sebab umur mereka tak panjang.
.
Haaa .. siapa-siapa rasanya yang teringin nak dapatkan ketiga-tiga keistimewaan ini, silalah merokok.
.
.
Ni trend apa pula ni?? Tak cukup dengan lelaki merokok, mereka pun nak merokok juga. Penin-penin dengan perempuan sekarang ni.
.
Tak cukup jadi perempuan, sekarang nak ikut perangai buruk si lelaki pula. Yang masalahnya, tabiat perempuan merokok ini semakin hari semakin ramai pula yang mengamalkannya.
.
Tapi nak buat macam mana ... zaman sekarang zaman orang melihat yang pelik itu benar, dan yang benar itu pula pelik. Semoga kita termasuk di kalangan orang yang melihat pelik itu pelik, dan benar itu tetap benar.
.
"Islam itu bermula secara dagang, ia akan kembali menjadi dagang sebagaimana ia telah bermula, maka beruntunglah orang-orang yang dagang itu" (Riwayat Muslim, Ibn Majah, at-Tirmizi dan At-Tabrani. Ia telah diriwayatkan oleh Muslim tanpa tambahan: Maka beruntunglah orang-orang yang dagang itu)
.
.
.
.
................................................................
.
Inilah artikel orang yang memaksa dirinya untuk menulis. Moga beroleh manfaat.

1 comments:

Anonymous said...

Salam..
merokok neh mmg xkan mberikan sebarang faedah kpd si perokok.. dan kdgkala mereka ckp, 'aku yg merokok bukan kau' maksudnya, kau je ke yg dpt kesannya? salah! sebab yg menerima kesannya adalh org2 sekeliling tuh. bilalah nak insaf neh? penatttt!! penat membebel suh bhenti n jgk penat mhidu asap rokok diorg neh.. adeihh!! sabar je la..