Sunday 11 May 2008

Cermin mata

.
.
“Ada nampak spek mata mak tak?”, tanya emak yang sedang meraba-raba mencari spek matanya yang hilang.
.
“Tak nampak pun”, jawab saya ringkas yang sedang berehat di atas sofa rumah.
.
Saya tahu bagaimana perasaan mak saya ketika itu apabila kehilangan cermin mata, kerana saya sendiri selalu juga hilang cermin mata .. memang rimas, tidak selesa dan susah nak buat kerja. Pernah suatu hari ketika bergegas hendak pergi ke kelas, tiba-tiba cermin mata saya hilang .. misplace. Kelam kabut saya mencarinya .. Buka sini, buka sana. Selongkar sini, selongkar sana .. tapi tak jumpa juga. Akhirnya saya terpaksa pergi ke kelas tanpa bercermin mata. Semasa berada di dalam kelas, saya benar-benar tidak selesa .. melihat pensyarah di depan dalam kekaburan. Merimaskan.
.

.
Bila tamat kelas, saya terus balik ke bilik menyelongkar setiap sudut bahagian yang berkemungkinan terdapat cermin mata di situ. Alhamdulillah, akhirnya ketemu juga.
.
Beginilah keadaan hidup orang yang bergantung perjalanannya dengan cermin mata. Bagi anda yang tidak memakainya, mungkin anda tidak dapat memahami keadaan orang yang memakai cermin mata. Namun, sekiranya anda ingin cuba merasainya, cuba anda andaikan diri anda sebagai pemandu kereta yang sedang memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat .. andaikan.
.
.
TERFIKIR
.
Ketika melihat gelagat emak mencari-cari cermin mata beliau .. sambil-sambil berehat dan berbaring di atas sofa .. saya bertanya kepada diri sendiri, “Betapa susahnya mata yang kabur hendak berjalan jikalau tidak bercermin mata. Ini baru cermin mata. Tetapi macam mana pula agaknya keadaan manusia yang hidup tanpa berCermin Matakan al-Quran dan Sunnah..?”.
.
Rupanya dengan cermin mata itu pun boleh manjadi tamsil untuk manusia berfikir tentang keKuasaan Allah SWT …
.
"Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka” (ali-‘Imran: 191)
.
.

0 comments: