Tuesday 17 June 2008

SEBELUM MEMERINTAH, PENERANGAN ISLAM PERLU DIPERHEBATKAN

Oleh: Ustaz Wanji
http://al-bakistani.blogspot.com/
.
.
Nampaknya pemuda PAS Pusat telah mengambil sikap serius dan agrasif dalam isu perlaksanaan Islam di negeri-negeri Pakatan rakyat. Keseriusan itu dapat dilihat dari kenyataan dari Naib ketua Pemudanya, Saudara Azman Syafawi.
.
Mendengar berita sebegini, pendokong-pendokong perjuangan Islam sudah pasti menyokongnya. Tetapi, mungkin akan kesepian dari pihak-pihak yang tidak islam.Secara peribadi, aku lebih meyakini bahawa jika manusia itu faham Islam, sudah pasti mereka akan menerima Islam. Pun begitu, jika terdapat sebilangan mereka yang tidak menerima Islam juga, walaupun setelah penerangan Islam dilakukan, ianya adalah kerana keegoan sahaja, bahkan aku lebih meyakini hati kecil mereka tetap menyatakan kebenaran Islam.
.
Aku melihat, apabila ada manusia yang tidak menerima Islam, aku lebih meyakini bahawa penolakan mereka terhadap Islam itu berpunca dari kejahilan mereka terhadap Islam. Penolakan itu tidak boleh terlalu disalahkan kepada mereka, tetapi perlu dipersalahkan kepada orang islam sendiri, yang tidak berusaha secara serius hendak memahamkan mereka dengan Islam.
.
PAS PERLU SERIUS
.
Kerajaan pakatan rakyat telah dibina. Membina kerajaan dengan didominasikan dengan tiga buah parti yang mempunyai pemikiran politik yang berbeza.
.
PAS dengan agenda islam. Pun begitu, agenda Islam itu ditolak oleh kawan-kawan dari PKR dan DAP. Aku tetap menganggap mereka sebagai kawan, bukan musuh, dikeranakan mereka boleh dikelompokkan sebagai ”Ummah dakwah”.
.
Padaku, Islam yang ditolak oleh mereka, bukanlah kerana mereka memusuhi Islam, tetapi disebabkan kejahilan mereka terhadap islam.
.
Dalam kes ini, PAS sebagai parti Islam perlu bertindak serius dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka. Menyampaikan mesej Islam, bukannya bercerita tentang perkara-perkara ibadat sahaja, tetapi lebih kepada menyebut maqasid disebalik pensyariatan hukum.Dengan Pakatan Rakyat, sudah sampai masanya, PAS perlu mengemukakan perbezaan antara hukum Allah dengan hukum manusia. Menyebut dimanakan keadilan hukum Allah dan dimanakan kezaliman hukum manusia. Menjelaskan kepada manusia bahawa Islam bukanlah satu agama yang jumud, seperti yang digambarkan oleh sebilangan puak.
.
Menjelaskan kepada mereka disebalik pensyariatan hukum, seperti hudud, qisas dan ta’zir. Menjelaskan juga, hikmat ilahi terhadap sesuatu pensyariatan, seperti hikmat bersuci dari najis anjing dan sebagainya.
.
Program-program dialog antara agama perlu diadakan secara hebat. Dialog antara agama seperti yang dilakukan oleh Ahmad deedat dan Dr Zakir Naik.
.
Di Malaysia, tokoh-tokoh yang berkepakaran seperti Ahmad Dedaat dan Dr Zakir naik memang wujud. Kita mempunyai Ustaz Ahmad Fitri yang berkemahiran dalam berbezaan antara Islam dan hindu. Shah Kirit yang berkemahiran antara Islam dan Kristian. Jika nama-nama ini diketengahkan, sudah pasti golongan non muslim akan membuka mata, dan menjadikan Islam sebagai agama pegangan hidup.
.
Disamping itu juga, sudah tiba masanya agamawan-agamawan Islam di Malaysia menggali segala hikmat-hikmat ilahi disebalik pensyariatan. Menyebut hikmat ilahi disebalik solat jemaah, sains dalam Al-Quran dan sebagainya. Kita sudah mempunyai kepakaran seperti ini, seperti Dr Danial Zainal Abidin dan Dr Jamnol Azhar yang kedua-duanya dari negeri kedah.
.
PENUTUP
.
Memang PAS mahu melaksanakan Islam, tetapi perlaksanaan islam ini tidak akan berjaya, jika masyarakat secara umumnya tidak memahami Islam.
.
Kadangkala yang tidak memahami islam itu bukanlah dari pihak non muslim sahaja, bahkan dari pihak PAS sendiri. Ada sebilangan pimpinan PAS yang tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Masakan mereka hendak menggali kandungan Al-Quran, sedangkan Al-Quran pun tidak dibaca dengan baik.
.
Pimpinan PAS kini, perlu berceramah dengan menyebut tentang Islam dan keadilannya, bukan semata-mata ”maki” pimpinan UMNO dan Barisan Nasional sahaja.
.
Isu apa pun, perlu merujuk kepada Islam sebagai jalan penyelesaian. Contohnya seperti Isu kenaikkan harga minyak, perlu dinyatakan bentuk Islam dalam menyelesaikannya. Dasar penswastaan dari pandangan islam. Keadilan dari kacamata Islam dan sebagainya.
.
Jika ini berjaya dilakukan kepada masyarakat umum, aku meyakini, dipilihanraya akan datang, PAS akan mendominasi kepimpinan negara yang dengan itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana Menteri Malaysia yang Ke 6.
.
Sekian
.
Wallahu ’Alam
.
Al-Bakistani

0 comments: