Saturday 28 June 2008

Walimah Sahabat

. .
Bismillah ...
.
Esok saya, Anuar Musa dan Lotpi akan pergi ke Klang bagi memenuhi jemputan walimah sahabat sebilik saya, Abdul Halem bin Husein.
.
Di kalangan sejumlah sahabat yang telahpun mendirikan rumah tangga, ini merupakan walimah keempat yang bakal saya penuhi. Saya tidak mahu mengecewakan sahabat saya lagi, kerana sudah beberapa jemputan walimah sebelum ini tidak dapat saya penuhi disebabkan oleh kesulitan dan keuzuran yang tidak dapat saya elakkan.
.
Di peringkat awalnya, kami berhadapan dengan sedikit masalah kerana kami tidak mengetahui lokasi dan jalan untuk ke rumah beliau. Nasib baik sahabat saya, Mohammad Aiman Salmi sudi untuk membantu. Kami berpakat untuk bertemu di satu tempat tertentu sebelum bersama-sama menuju ke rumah Halem.
.
Insyallah kalau tidak ada aral melintang, kami akan bertolak pada pukul 10 pagi agar kami boleh sampai ke sana pada tengaharinya, kerana pada malam esok juga akan dianjurkan ceramah perdana di Stadium Perak yang bakal disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar b. Jamaluddin.
.
Jadi, kami perlu bergegas balik supaya kami tidak ketinggalan untuk mendengar ceramah perdana yang bakal diadakan.
.
Sebelah kiri itulah Abdul Halem b. Husein. Yang kanan tu nak hampir setahun dah mendirikan rumah tangga.
.
Untuk sahabat saya, Halem dan zaujahnya, seperti mana yang diajarkan oleh nabi SAW, saya mengucapkan tahniah kepada kalian berdua:
.
بارك الله فيكم وجمع بينكما في خير
Semoga Allah memberkati kalian dan menyatukan kalian berdua di dalam kebaikkan
.
Semoga rumah tangga yang kalian bina kekal sehingga ke anak cucu ... Ameen.
.
Lepas ni jemputan walimah siapa pula ye ...... ????



0 comments: