Friday 5 September 2008

DAURAH RAMADHAN: Tafsir ayat 184 surah al-Baqarah berkenaan dengan MUSAFIR (PENDETAILAN)

.
.
فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
.
“Maka Barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau bermusafir (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain” (al-Baqarah: 184)
.
Alhamdulillah, pada siri DAURAH RAMADHAN yang lalu, kita telah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk sama-sama menafsirkan SAKIT sebagai salah satu faktor yang dibenarkan oleh syara’ untuk berbuka ketika sedang berpuasa Ramadhan.
.
Insyallah pada hari ini, kita akan cuba membincangkan rukhsah (kelonggaran) kedua pula yang disebut di dalam ayat 184 surah al-Baqarah ini, iaitu MUSAFIR.
.
أَوْ عَلَى سَفَرٍ
.
Sesungguhnya tidak ada perselisihan di kalangan ulama salaf dan khalaf berkenaan dengan keharusan berbuka puasa bagi sesiapa yang berada di dalam musafir kerana ia jelas dibenarkan di dalam al-Quran melalui ayat ini. Tetapi apa yang diperselisihkan adalah mengenai keharusan berpuasa ketika sedang berada di dalam permusafiran.
.
APAKAH YANG LEBIH AFDHAL KETIKA BERMUSAFIR; BERPUASA ATAU BERBUKA?
.
Menjawab persoalan ini, berpegang kepada zahir ayat 184 surah al-Baqarah ini, segelintir daripada kalangan ulama berpendapat bahawa, tidak diterima puasa barangsiapa yang berada di dalam keadaan musafir, bahkan mereka diwajibkan untuk menggantikannya (qadha’) sekiranya mereka berpuasa. Pendapat ini dipegang oleh segelintir dari kalangan salaf seperti Abu Hurairah, Daud, Al-Imamiah dan inilah pendapat sebahagian mazhab ahli zahir.
.
Imam Abu Hanifah, Malik dan As-Syafi’i pula berpendapat bahawa berpuasa itu lebih baik bagi sesiapa yang berkemampuan dan tidak menghadapi sebarang rintangan di dalam musafir, dengan syarat dia tidak menolak keharusan berbuka itu sebagai suatu rukhsah. Inilah juga pendapat yang dipegang oleh Anas ibn Malik dan Uthman ibn Abil ‘Ash.
.
Manakala Imam Al-Auza’ie, Ahmad dan Ishak pula berpendapat bahawa berbuka itu adalah lebih baik walaupun tanpa rintangan, kerana beramal dengan rukhsah yang diberikan oleh Allah SWT. Ibn Abbas dan Ibn Umar juga berpendapat sedemikian.
.
Seterusnya adalah pendapat daripada Umar ibn Abdul Aziz dan disokong pula oleh Ibn Munzir, mereka berpendapat bahawa keafdhaliannya mengikut apa yang mudah di sisi orang yang bermusafir itu. Barangsiapa yang mudah baginya untuk berbuka tetapi sukar untuk menggantikannya, maka digalakkan untuknya agar berpuasa. Bahkan sebahagian daripada ulama ada yang mengatakan bahawa ia bebas kepada orang yang bermusafir untuk memilih di antara keduanya tanpa sebarang pensyaratan. WA
.
Kesimpulannya, anda tidak perlu merasa malu dan aib sekiranya anda memilih untuk berbuka ketika bermusafir, kerana Rasulullah SAW dan para sahabat juga pernah melakukannya. Ia merupakan rukhsah yang Allah SWT anugerahkan kepada hambaNya.
.
Daripada Aisyah RA, bahawasanya Hamzah ibn Amrin al-Aslami bertanya kepada nabi SAW: Adakah aku perlu berpuasa ketika sedang bermusafir (beliau merupakan orang yang banyak berpuasa)? Sabda Rasulullah SAW:
.
إن شئت فصم وإن شئت فأفطر
.
"Jika kamu ingin berpuasa, maka berpuasalah. Dan jika kamu ingin berbuka, maka berbukalah" ((Bukhari, 1943 & Muslim, 1121))
.
Sepertimana yang disebut di dalam Bukhari dan Muslim daripada Anas ibn Malik RA, beliau berkata: Kami bermusafir bersama Rasulullah SAW di dalam bulan Ramadhan. Sebahagian daripada kami berpuasa, dan sebahagiannya tidak.
.
فلا يعيب الصائم على المفطر ولا المفطر على الصائم
.
"Orang yang berpuasa tidak mengaibkan yang berbuka, dan yang berbuka tidak mengaibkan yang berpuasa" ((Bukhari, 1947 & Muslim, 92/1115))
.
JARAK MUSAFIR YANG DIBENARKAN BERBUKA
.
Ibn Hajar menyebut di dalam ((Fathul Bari)), Ibn Munzir mengatakan bahawa di sana terdapat 20 pendapat mengenai jarak minimum yang dibenarkan solat Qasar, di antaranya:
.
1. Imam Abu Hanifah, al-Kufiyyun, Uthman, Ibn Mas’ud dan Huzaifah berpendapat bahawa minimum jarak musafir yang dibenarkan untuk berbuka adalah sejauh 3 marhalah, dan tidak sah solat qasar dan berbuka kurang daripada jarak tersebut.
.
2. Malikiah, Syafi’iyyah , Hanabilah, Al-Laith, Al-Auza’ie dan para fuqaha di kalangan ahli hadith pula berpendapat bahawa jarak minimum yang dibenarkan untuk qasar dan berbuka adalah sejauh 2 marhalah, iaitu lebih kurang 89 km.
.
3. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa, selagi mana ia tidak pulang ke kampungnya, maka ia dianggap musafir. Lalu dibolehkan baginya qasar dan berbuka puasa. Di dalam ((Nasbur Rayah)) disebutkan bahawa ketika baginda SAW keluar berjihad di dalam satu peperangan*, baginda mengqasarkan solatnya melebihi daripada sepuluh hari (ada riwayat yg menyebut 19 hari, ada 18 dan 17). WA
.
4. Tidak ketinggalan juga, ada yang berpendapat bahawa minimum jarak untuk qasar dan berbuka puasa adalah sejauh satu Mil** (lebih kurang 6 km) kerana Rasulullah SAW pernah mengqasarkan solat setelah bermusafir sejauh 6 km. ((Hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri yang diriwayatkan oleh Sa'id ibn Mansur, dan telah berkata al-Hafiz di dalam at-Talkhis dan beliau menerimanya)), dan inilah pendapat yang dipegang oleh Ibn Hazm.
.
Akan tetapi, kebanyakkan daripada kalangan muhaqqiqun (ulama yang membuat kajian detail) seperti Imam Ibn Taimiah, Ibn Qayyim, ulama Salaf daripada Hijaz, Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Sayyid Salim dan sebagainya mengatakan bahawa tiada satupun dalil yang jelas lagi sahih yang menjelaskan secara spesifik akan jarak sebenar dibenarkan solat qasar bagi musafir, keharusannya tiada langsung ditetapkan dengan masa dan jarak, bahkan kebenarannya dibenarkan secara mutlak (jarak yang pendek atau panjang) bagi setiap perjalanan yang dianggap oleh uruf sebagai musafir. WA
.
WAKTU DIBENARKAN BERBUKA BAGI ORANG YANG BERMUSAFIR
.
Para ulama sepakat membenarkan berbuka puasa bagi yang bermusafir sekiranya ia bermusafir sebelum terbit fajar dengan niat untuk berbuka.
.
Tetapi mereka berselisih pendapat sekiranya perjalanan itu bermula setelah terbitnya fajar:
.
1. Imam Abu Hanifah, Malik, As-Syafi’ie dan satu riwayat daripada Ahmad tidak membenarkan berbuka puasa setelah memulakan perjalanan selepas terbitnya fajar. Akan tetapi, sekiranya di dalam musafir itu terdapat rintangan yang berat yang tidak mampu ditanggung secara adat, maka dibenarkan untuk berbuka dan wajib ke atasnya untuk menggantikannya kemudian.
.
2. Satu riwayat daripada Ahmad, Ishak, Hasan al-Basri dan pendapat yang dipilih oleh Ibn Taimiah membenarkan berbuka puasa dalam keadaan demikian berdasarkan kepada keumuman ayat 184 surah al-Baqarah ini, dan beberapa hadis nabi SAW di antaranya seperti yang diriwayatkan oleh Jabir ketika nabi SAW bermusafir pada tahun pembukaan Mekah, di mana nabi SAW meminum sebuah bekas berisi air dan manusia sedang memperhatikannya. Hal itu berlaku selepas solat Asar. ((Bukhari, no. 1948))
.
QADHA’ PUASA YANG DITINGGALKAN:
.
فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ..
.
“..maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain”
.
Ayat ini mewajibkan qadha’ bagi sesiapa yang memilih kedua-dua rukhsah yang dinyatakan sebelumnya. Kewajipan menggantikan puasa yang ditinggalkan di dalam bulan Ramadhan itu tidaklah disyaratkan agar ia disegerakan selepas berakhirnya bulan Ramadhan, walaupun ia mampu melaksanakannya dalam keadaan segera, bahkan ia boleh diganti pada bila-bila masa pada waktu yang dibenarkan oleh syara’. Ia berlandaskan daripada apa yang dilakukan oleh Aisyah RA yang mana beliau menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Sya’ban pada tahun yang berikutnya. ((Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad)).
.
Kewajipan menggantikannya seperti kewajipan menunaikannya di dalam bulan Ramadhan, iaitu ia perlu menggantikan hari-hari yang ditinggalkan sahaja tanpa perlu menambahkannya dengan beberapa hari lagi, kerana tidak ada nas yang menetapkan sedemikian. Cuma, perbezaan di antara puasa qadha’ dan puasa tunai adalah, puasa qadha’ tidak diwajibkan dilaksanakan secara berturut-turut.
.
فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
.
Iaitu, barangsiapa yang sakit atau bermusafir, dibenarkan baginya berbuka dan menqadha’ kembali puasa yang ditinggalkan tersebut pada hari-hari yang lain, secara berturut-turut ataupun tidak. Bahkan tidak disebut di dalam ayat ini mahupun hadis nabi SAW yang mewajibkan puasa qadha’ tersebut dilaksanakan secara berturut-turut. Diriwayatkan daripada Daruqutni daripada Ibn Umar RA bahawasanya nabi SAW bersabda berkenaan dengan qadha’ puasa Ramadhan, sabdanya:
.
إن شاء فرق وإن شاء تابع
.
“Sekiranya kamu ingin menqadhanya secara berasingan, maka asingkanlah ia. Dan sekiranya kamu ingin melakukannya secara berturut-turut, maka lakukanlah secara berturut-turut”.
.
Para ulama berselisih pendapat sekiranya puasa qadha’ itu dilakukan setelah bertemunya Ramadhan yang baru. Jumhur fuqaha tidak membenarkan puasa qadha’ itu dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan yang baru tersebut. Berbeza dengan Abu Hanifah, ia boleh dilakukan di dalam bulan tersebut sekiranya ia tidak berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang baru itu disebabkan oleh berbuka kerana bermusafir. WA
.
Mereka juga berselisih pendapat mengenai denda yang dikenakan ke atas mereka yang menggantikannya setelah tiba bulan Ramadhan yang baru. Mazhab Hanafi dan Hasan al-Basri berpendapat bahawa mereka diwajibkan menggantikannya sahaja selepas habis bulan Ramadhan tersebut tanpa diwajibkan membayar sebarang fidyah, samada tertangguh disebabkan oleh keuzuran ataupun tidak.
.
Malikiah, Syafi’iyyah, Hanabilah dan Ishak sependapat dengan Hanafiah pada menyatakan tidak wajib membayar fidyah sekiranya penangguhan itu disebabkan oleh keuzuran. Namun mereka berselisih pendapat sekiranya ia tertangguh tanpa sebarang sebab keuzuran, maka Malikiah, Syafi’iyyah, Hanabilah dan Ishak mewajibkan puasa tersebut digantikan bersama-sama dengan fidyah. WA
.
KESIMPULAN:
.
Sesungguhnya semua pendapat yang dikemukakan adalah benar. Kesemua pendapat yang dikemukakan mempunyai alasan dan dalil tersendiri samada secara ‘aqli ataupun naqli. Selagi mana ia termasuk di dalam daerah zhonniyyah, maka selagi itulah tiada seorangpun boleh mengatakan pendapatnya benar dan pendapat yang lain salah. Kaedah Fiqhiyyah ada menyebut:
.
الإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد
.
"Satu pendapat itu tidak boleh memansukhkan pendapat yang lain"
.
Oleh itu, tanggapilah perbezaan pendapat tersebut dengan hati yang terbuka tanpa sebarang unsur ta’assub, samada anda cenderung kepada manhaj Salaf mahupun Khalaf. Sesungguhnya Allah sengaja membiarkan berlakunya perbezaan itu sebagai rahmat, tetapi mengapa kita mahu menjadikannya sebagai bahan percakaran. Justeru, lihatlah segala perselisihan itu dengan rendah diri dan menginsafi betapa luasnya khazanah Islam itu ... WA
.
Bersambung ...
.
.......................................................
.
* Maaf, saya tidak boleh memberikan secara spesifik nama peperangan tersebut kerana terlupa. Untuk lebih lanjut, sila rujuk ((Nasbur Rayah)), kitab yang mengumpulkan hadis-hadis ((Hidayah)) dalam mazhab Hanafi. WA
.
** 2 marhalah(89 km) bersamaan 4 Barid. 1 Barid bersamaan 4 Farsakh. Satu Farsakh pula bersamaan 3 Mil. Jadi, dua marhalah bersamaan 48 Mil
.
Rujukan:
.
1) Tafsir Zadul Maseer, Ibnul Jauzi
2) Fathul Qadir, As-Shaukani
3) Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili
4) Fiqh az-Zakat wa As-Siyam, Imam Ibn Taimiah
5) Fiqh As-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq
6) Nailur Authar, As-Shaukani
7) Sahih Fiqh as-Sunnah, Syeikh Sayyid Salim
8) Taudheh al-Ahkam, Syeikh Abdul Rahman Al-Bassam

20 comments:

A k i said...

Salam'alaikum,
terima kasih kerna berkongsi tafsir-tafsir ni. Alhamdulillah mendalam sedikit pemahaman dan hopefully adapat membawa kepada pengamalan yang lebih baik, insyaAllah. Minta izin mengkkidnap link blog saudara untuk dilink-kan di blog saya. Jzkk.

http://nuraqil.iluvislam.com/

IbnAsmuni said...

Waalaikum salam w.b.t

Thanks for dropping by.

U are allowed to do so ... Ramadhan Kareem.

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Dismiss Laggin Downloads With NZB Downloads You Can Hastily Search HD Movies, PC Games, MP3s, Applications and Download Them @ Flying Rates

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Newsgroup Search[/B][/URL]

Anonymous said...

Construct the savage with two backs casinos? on top of this lad [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] president and wing it crop online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also discontinuation our redesigned [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] abdicate at http://freecasinogames2010.webs.com and roughly authentic incredibly away !
another incline [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] purlieus is www.ttittancasino.com , in lieu of of german gamblers, return manumitted online casino bonus.

Anonymous said...

limit dextrous hat this without payment or barrier [url=http://www.casinoapart.com]casino[/url] hand-out at the unsurpassed [url=http://www.casinoapart.com]online casino[/url] criterion with 10's of today's [url=http://www.casinoapart.com]online casinos[/url]. actions [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-roulette.html]roulette[/url], [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-slots.html]slots[/url] and [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-baccarat.html]baccarat[/url] at this [url=http://www.casinoapart.com/articles/no-deposit-casinos.html]no vigour casino[/url] , www.casinoapart.com
the finest [url=http://de.casinoapart.com]casino[/url] against UK, german and all to the world. so in standing of the proceed [url=http://es.casinoapart.com]casino en linea[/url] corroborate us now.

Anonymous said...

The other day, while I was at work, my sister stole my iphone and tested to see if
it can survive a twenty five foot drop, just so she can be a
youtube sensation. My apple ipad is now destroyed and she
has 83 views. I know this is totally off topic but I had to share
it with someone!

Feel free to visit my website: jugar casino gratis

Anonymous said...

Hey! This post couldn't be written any better! Reading this post reminds me of my old room mate! He always kept chatting about this. I will forward this write-up to him. Pretty sure he will have a good read. Thank you for sharing!

My site ... netent free spins no deposit

Anonymous said...

WOW just what I was looking for. Came here by searching for no deposit poker bonuses

my blog post: http://onlinepokerbonuscenter.blogspot.com/

Anonymous said...

Hi would you mind stating which blog platform you're using? I'm going to start my own blog in the near future but I'm having a hard time selecting between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your layout seems different then most blogs and I'm looking for
something unique. P.S Apologies for getting off-topic but I
had to ask!

Check out my web page online casino city

Anonymous said...

I'm not sure why but this blog is loading extremely slow for me. Is anyone else having this problem or is it a issue on my end? I'll check back later on and see if the problem still exists.



Here is my web-site :: http://microgamingcasinos.forumotion.com/

Anonymous said...

you're truly a good webmaster. The website loading speed is amazing. It sort of feels that you're doing
any distinctive trick. Moreover, The contents are masterwork.
you have performed a fantastic activity on this matter!

Also visit my page: http://Freespins.Forumotion.com

Anonymous said...

This is very interesting, You are a very skilled blogger.
I've joined your feed and look forward to seeking more of your great post. Also, I have shared your website in my social networks!

my page: netent casino

Anonymous said...

Marvelous, what a weblog it is! This webpage provides helpful information to us,
keep it up.

My homepage netent casinot

Anonymous said...

Usually I don't learn article on blogs, however I would like to say that this write-up very compelled me to check out and do so! Your writing taste has been surprised me. Thanks, quite nice article.

Visit my blog ... online With no deposit casino Blog

Anonymous said...

Amazing issues here. I am very satisfied to see your post.
Thank you a lot and I'm taking a look ahead to touch you. Will you please drop me a e-mail?

My blog: pitbull poker no deposit

Anonymous said...

Hello! I simply would like to give you a big thumbs up for the excellent information you've got here on this post. I'll be coming back to
your website for more soon.

Here is my web-site :: http://eyeuser.com/

Anonymous said...

This post is invaluable. Where can I find out more?


Also visit my blog :: no deposit poker bonuses

Anonymous said...

Incredible points. Great arguments. Keep up the good work.



my blog post learn how to play poker for free

Anonymous said...

What's up to all, how is everything, I think every one is getting more from this site, and your views are nice for new users.

Feel free to visit my page no deposit poker bonus us players

Anonymous said...

Hmm is anyone else having problems with the images on this blog loading?

I'm trying to figure out if its a problem on my end or if it's the
blog. Any feed-back would be greatly appreciated.

Here is my web blog ... Www.1Up.com