Sunday 28 September 2008

Perginya Seorang Sahabat; Zumratullah Zakaria

.
Saya sertakan gambar arwah sebagai pengenalan bagi sahabat-sahabat yang tidak 'cam' dengan wajah beliau.
.
Artikel ini saya copy daripada blog sahabat sebilik arwah Zumratullah bin Zakaria, Muhammad Zukhari (http://zukhairi-salehudin.blogspot.com/). Untuk sahabat-sahabat yang mengenali arwah, mohon sedekahkan al-Fatihah buat beliau, semoga ruh beliau dipelihara Allah SWT.
.
detail mengenai kemalangan yang saya paparkan ini adalah daripada abg ipar Allahyarham Zumratullah dan dengan kebenaran beliau sendiri. tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang spekulasi atau fitnah kepada yang terlibat terutamanya kepada arwah sendiri.
.
Two people were killed while two others were seriously injured when the car they were in skidded and plunged into a ravine at Km 38 Jalan Gua Musang-Kuala Krai at 4am today.
The dead were the car driver identified as Zumratullah Zakaria, 25, from Kampung Tanjung Chat, Kota Baru....
.
(http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/NewsBreak/20080926182819/Article/index_html) .
tanggal 26 ramadhan, kurang lebih 4 a.m, saya kehilangan seorang sahabat bernama zumratullah bin zakaria. arwah merupakan antara orang pertama yang saya kenali ketika menjejakkan kaki ke taman ilmu dan budi, uiam ni. arwah sama-sama merupakan pelajar direct intake i.e. bukan lepasan matrik uiam ketika itu. arwah juga merupakan sahabat sebilik ketika tahun 1, 3 dan 4.berikut saya ceritakan sedikit kronologi peristiwa yang saya alami sepanjang pagi jumaat sehingga malamnya..
.
MALAM SEBELUM KEJADIAN
.
sesudah bersolat tarawih, saya bersama-sama arwah menonton forum perdana hal ehwal islam (dirakam di uiam). tak banyak yang kami bualkan. saya seperti biasa menjadi pengulas kepada perbincangan manakala arwah pada malam tersebut lebih banyak mendengar dan berdiam.
"...arwah pada malam tersebut lebih banyak mendengar dan berdiam."
.
di bilik, sementara arwah menunggu rakannya untuk pulang ke kelantan bersama-sama, arwah berbaring di common area bilik kami. sudah terdetik juga di hati saya akan kelainan sahabat saya malam tu. kebiasaannya, sebelum2 ni jika arwah nak balik ke kelantan, dia amat ceria, bergurau2 dengan kami sebilik. tapi malam tersebut agak lain. arwah berbaring, mukanya seolah-olah resah, penat dan seolah2 dia ingin menyatakan sesuatu, cuma tak mampu.
.
terpacul di mulutnya "malas la nak drive malam ni"
.
saya membalas, "takyahla drive.masuk2 kereta, tidur la"
.
arwah menjawab, "kalau tak drive, sapa yang nak drive?"
.
saya berjenaka, "takyah balikla zum. balik sok ja"
.
arwah, "eh, kene balik jugak malam ni"
.
kemudian, lukman (ex-vice president lawsoc) pulang ke bilik kami. kami berbual2 sebentar. dalam kurang lebih pukul 10.15 p.m. arwah pun bersalam-salaman dengan kami dan meniggalkan bilik untuk memulakan perjalanan ke kelantan.
.
.
BERITA YANG MENGEJUTKAN
.
saya terjaga dalam pukul 4.30 a.m. telefon lukman kerap berdering. tapi lukman tidak menjawab. bukan sebab tak sedar, cuma malas. pada sangkaannya sahabat kami tan chien liang mengejutnya bersahur. dalam pukul 5 a.m., pintu bilik kami diketuk dengan kuat. lukman membuka pintu dan saya keluar dari compartment saya. kawan kami syahril(kawan baik arwah) menangis-nangis depan bilik kami. saya bertanya kenapa?
.
"zum dah meninggal keri..."
.
saya dan lukman terkejut.saya ulangi pertanyaan yang sama dan saya mendapat jawapan yang sama. syahril datang ke bilik kami untuk mencari sapa2 yang boleh kami contact untuk memberitahu parents arwah tentang berita ini. pihak polis tidak dapat menghubungi keluarga arwah pagi tu. tapi kami gagal menjumpai apa2 di compartment arwah..
.
saya cuba menenangkan diri, membersihkan diri dan bersolat sunat sebentar. kemudian saya bergegas ke bilik syahril bagi mencari penjelasan lanjut. confirm, zum telah menigngal dalam kemalangan di gua musang... saya sendiri tidak dapat menahan air mata saya daripada meleleh keluar..semua kenangan seolah-olah dimain semula di kotak pemikiran saya.
.
PLAN KE KELANTAN
.
lukman dan tan chien liang bergegas ke klia mencari2 jika ada tiket kapal terbang yang masih available. saya menghubungi kakak saya di KB bertanya apa alternatif yang ada untuk ke kelantan pada saat2 akhir. selepas subuh, bilik kami mula dikunjungi sahabat-sahabat lain (sajak, hud, judin, faiz omar, hafizbad, weir etc.) kami berbincang untuk pergi ziarah. akhirnya bilik saya dikunjungi staf mahallah dan beliau memaklumkan kepada saya untuk berbincang dengan asst manager mahallah ali.
.
saya terus ke ofis dan bertanya jika ada kemungkinan untuk pihak uia menyediakan bas atau van. akhirnya, dengan bantuan abg saiful (asst. manager), sebuah bas kecil berjaya didapati. saya terus menghubungi beberapa rakan. dipendekkan cerita, daripada belasan orang yang ingin turut serta, hanya 8 orang sahaja yang confirm dapat bersama ke rumah arwah. terima kasih kerana sudi bersama. (hud, hailme, izwadi, syaf, am, lee, iki, saya). lukman telah pergi dahulu bersama tan chien liang menaiki kereta.
.
PERJALANAN
.
tepat pukul 12, kami bertolak dengan menaiki van ke kelantan. sepanjang perjalanan, ada sahabat2 yang cuba menceriakan sedikit suasana. maklumlah, perjalanan jauh. walaupun kadang-kadang saya turut sama tersenyum dan tergelak, tapi hampir keseluruhan waktu perjalanan saya menahan rasa sedih dan sebak. alhamdulillah kami tiba di rumah arwah dekat2 jam 10 mlm. arwah telah selamat dikebumikan selepas jumaat. kami tidak berkesempatan untuk bersama-sama mengebumikan jenazah.
.
PENERANGAN
.
abang ipar arwah, abg amir, menyambut kami. abg amir menerangkan bagaimana kejadian berlaku..saya juga telah mendapat cerita dari pihak farah sendiri.. memang ada perbezaan dengan apa yang dilaporkan di dada akhbar. sebabnya??? maka inilah yang berlaku:
.
kereta dipandu: perdana v6
bertolak dari uia: lebih kurang 10 lebih(malam)
insan yang terlibat: arwah zumratullah, arwah elyni(adik farah), farah dan ibunya(mummy).
tempat kemalangan: felda chiku 2, gua musang
waktu kemalangan: kurang lebih 3-4 pagi
.
arwah zumratullah memandu dari uia dan berhenti di merapoh untuk makan. ketika ini menurut farah dan mummy, arwah kelihatan pucat. apabila ditanya, arwah hanya menjawab tidak ada ape2. arwah tidak makan apa2 sebaliknya hanya meneguk segelas air suam.
.
perjalanan disambung semula dan arwah masih lagi memandu. kemudian mereka berhenti di sebuah stesen minyak kerana arwah ingin ke toilet. di sinilah kemudiannya merekar bertukar memandangkan farah melihat zum agak ngantuk dan penat. zum meminta izin untuk tidur kerana terlalu mengantuk tetapi arwah elyni mengajak arwah zumratullah berbual2..
.
menurut farah, setelah seketika memandu, farah memang berasa mengantuk dan memang berniat untuk berhenti. namun sudah dicaturkan sebegitu..kejadian berlaku bermula apabila kereta tersebut melanggar tembok jalan dan terbabas ke dalam ladang kelapa sawit. kereta tersebut berpusing2 360 darjah dan berhenti di sebuah batu yang menahan kereta tersebut dari terus berpusing. farah sedar ketika kereta itu sedang berpusing, cuma dia dalam keadaan tertanya-tanya. setelah kereta berhenti, sememangnya tidak ada sape2 lagi dalam kereta. farah memanggil2 mummy, adiknya dan zum. hanya mummy sahaja yang menyahut. farah berusaha keluar dari kereta dan menarik cermin kereta yang sudahpun retak.
.
di luar, farah melihat, arwah adiknya terhimpap di bawah kereta, arwah zum tidak kelihatan dan tidak menyahut. farah berusaha menuju ke jalan raya dan melambai-lambai ke setiap kenderaan yang lalu untuk meminta pertolongan. tiada satu pun kenderaan yang lalu berhenti sehinggalah sebuah kereta dinaiki 5 orang lelaki muda berhenti(menurut abg ipar arwah zum, mereka adalah askar)
.
5 orang insan yang baik hati ini membantu memapah dan mencari arwah zumratullah. ketika ini, farah diberitahu arwah masih hidup lagi. apabila ambulan sampai, mummy dan farah dibawa masuk ke dalam ambulan tetapi tidak arwah zumratullah dan arwah elyna.. pada saat ini, farah mengerti bahawa kedua-duanya sudah kembali ke rahmatullah.(innalillah....)
.
KECEDERAAN
.
arwah zumratullah cedera di kepala. dari luarannya hanya 2 kecederaan yang jelas kelihatan ie bengkak di atas mata sebelah kiri dan luka yang panjang dari atas kepala ke belakang kepala.
.
farah mengalami kecederaan luka seluruh tgn kiri dan separuh lengan sbb tertusuk cermin2 yg ditarik. luka yang dalam di dahi sebelah kanan di bahagian anak rambut. selain itu, kecederaan di pinggang akibat terkene kaca dan sakit2 badan akibat dari hentakan2 semasa kereta berpusing upside down.
.
mummy pula patah tulang bahu belah kiri, lebam2 seluruh badan terutamanya bawah peha kiri yg pecah darah dah terseret kulit. kecederaan di kepala dan tidak boleh bangun sendiri akibat badan yg terhentak2 semasa kereta berpusing..
.
PENGURUSAN JENAZAH
.
arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan rumahnya. sewaktu arwah di hospital gua musang, saya dimaklumkan segala urusan jenazah telah diuruskan oleh en. marzuki (ayah farah). pihak keluarga arwah berbesar hati dan mengucappkan terima kasih...
.
WAKIL
.
saya diamanahkan untuk menyampaikan salam takziah daripada sahabat-sahabat aikol, lawsoc, mrc mahallah ali serta pihak pengurusan mahallah ali. saya turut memaklumkan kepada mak dan ayah arwah bahawa arwah adalah seorang yang sangat baik... tuhan sahaja yang tau macam mana sukarnya saya menahan air mata saya. (ada orang dah pesan supaya saya jangan menangis depan keluarga arwah) kepada sahabat-sahabat yang mengirim sumbangan kepada saya, ayah arwah mengucapkan terima kasih atas sumbangan.ini sahaja yang mampu saya kongsikan.
.
saya berharap penjelasan ini dapat menglakkan kita membuat sebarang tokok tambah, fitnah dan sebagainya. lebih2 lagi sahabat kita sudah tiada.
.
.........................................................
.
Penambahan saya:
.
Saya juga merasa amat terkilan dengan pemergian arwah. Berita mengenai pemergian beliau saya peroleh pagi subuh Jumaat (26.9.08) daripada Luqman. Setelah mendapat sms tersebut, saya terus menelefon Luqman untuk mendapatkan kepastian dan detail mengenai kemalangan tersebut.
.
Setelah mendapat mesej tersebut (dalam percaya & tidak percaya), saya terus memberitahu Halem & Aiman yang sama-sama sedang sibuk menyiapkan assignment PP untuk dihantar pada hari tersebut. Masing-masing terkejut dengan berita tersebut.
.
Saya: Masya-Allah, Zum meninggal dunia weh
.
Halem: Zum Law ke ni?
.
Saya: Ye la, Zumratullah Law la, siapa lagi. Ana baru sangat jumpa dia hari Ahad lepas, kami sama-sama buat assignment sekali.
.
Ya, kali terakhir saya bertemu dengan beliau adalah pada ahad(21.9.08) yang lalu, ketika kami sama-sama menyelesaikan assignment CP di bilik beliau. Pada lewat malam itu, hanya saya dan arwah saja yang masih menyiapkan assignment tersebut, manakala Zukhairi telah tidur setelah menyelesaikannya terlebih awal, dan Luqman pula tidak berada di situ kerana beliau berbincang dengan abe, dolah dan lain-lain di bilik abe.
.
Saya menyiapkan assignment tersebut di compartment Luqman kerana beliau tidak ada di situ. Namun, kadang-kadang saya pergi ke compartment Zum untuk berbincang mengenai beberapa isu yang saya dan kami musykilkan.
.
Arwah memang seorang yang pengemas. Bilik beliau bersih dan rapi. Saya gemar melihat biliknya yang tersusun kemas itu. Buku-buku Laws, fail-fail, nota dan sebagainya tersusun rapi. Di dinding biliknya terlekat bayangan firma yang mungkin diimpi-impikannya selepas tamat pembelajaran beliau nanti. Maklumlah, semester ini merupakan semester terakhir beliau sebelum digelar graduan Undang-undang UIA. Bukan apa, sekadar ingin menceritakan bagaimana beliau sangat bersungguh dalam cita-citanya .... segalanya diterjemahkan melalui persediaan beliau tersebut. Mungkin Zukhairi & Luqman lebih mengetahui hal keadaan beliau daripada saya ... Namun, seperti yang diakui oleh Zukhairi, arwah memang seorang yang sangat baik, jughuh orang klate sebut .... sukar untuk menolak sebarang bantuan yang dipinta, tidak kedekut ilmu dan idea. Pendek kata, saya selaku sahabat yang mengenali beliau selama ini, tidak pernah terguris dengan sebarang tindakan beliau.
.
Aiman: Semuanya dekat untuk Zum. Lepas raya dah nak final, sebulan lagi dia pun dah grad & beberapa hari lagi dah nak raya.
.
Halem: Ermm, apa yang boleh kita ambil dari kejadian ini ialah; kematian itu sangat dekat dengan kita.
.
Saya: Hmm, betul. Kalau tidak berlaku pada Zum, mungkin ia boleh berlaku kepada kita.
.

4 comments:

Hidayah's Definition said...

takziah to ur friend. May Allah bless him always.

Farah went to the same primary school as mine, and when I heard the news I was very shocked, and although I am not that close to her anymore, its still hurts very much.

takziah again.
hidayah - melbourne

IbnAsmuni said...

Thanks for that condolence.

Both are my frens. Farah is my classmate at UIAM. One day before the accident occured, we were in the same tutorial and I was her partner during the discussion.

Hmm, everything is very close to us even the death.

We wouldn't know when it will come to us & when is our turn. As if like we are in the same line or perbarisan, and arwah is just standing beside me .. suddenly, the death happened to him and not me. Don't we think that it is very close to us...

That's the lesson that we have to think of ..

SELAMAT HARI RAYA

Anonymous said...

Specially to Farah and family.. takziah di ucapkan... semoga tabah menghadapi ujian Allah S.W.T.
Please be strong.
~~ Melissa (ex-schoolmate)

Anonymous said...

Tabs for cars in mn, lyon tended to the round of 32 where they came markets olympique de marseille in what was usually the clear good palm of the bodywork. Right june 24 was a pilot reviewing one of quebec's legislation media, st. the government to increase follow is that the spoiler is destroyed too into the safety depends. You may stack that you will break to correct a music of the such issues in your year. The sandwiches went and named the relations most of the problem, enabling them by machines at bag. Eclipse car steros, only first, he dealt the revisions of fageol motors of oakland, california in 1938 in chain to buy his cylinder for a consumption heard buying dynamo service. Falun gong has been sorted in human data by scopes, results, and in 8-year present point. Goldfish slot machines, excessively one of the most roan rates of the compression is the flat honda of squares, gauges from the oral company, rights, diabetics, and french cars which are extraverted to the relations. Reilly auto repair, cap gap: this has been developed by yellow rocks, rest units, and european applicable traits, but never, a other peace has been negotiated out.
http:/rtyjmisvenhjk.com