Thursday 6 November 2008

Politic and Ad-Deen

Salam ...
.
Artikel ini saya ambil daripada blog Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (nikabduh.wordpress.com). Ia sangat menarik untuk diperhalusi. Isu ini mungkin isu lama, tapi ramai yang masih rapuh mengenai substansinya. Artikel ini adalah sebahagian daripada intitapi buku ((Ad-Deen Wa As-Siyasah - Dr al-Qaradhawi)) yang diolah dengan bahasa 'blog' supaya ia mudah difahami oleh umum.
.
Selamat memahami ...
.
.......................................
.
Inilah tabiat ideologi perubahan seluruhnya. Maka mengapakah pula Islam dituntut - sedang ia adalah satu risalah yang menyeluruh - menghadkan kerjanya setakat menjaga masjid dan mahkamah syariah sahaja? Bahkan mungkin sehaja masjid dan mahkamah syariah pun akan dipaksa mengikut telunjuk golongan sekular ini ( seperti di negara kita - pent )?
.
Agama Masihi sendiri yang mengatakan, ” Biarkan hak raja itu untuk raja dan biarkan hak Allah itu untuk Allah” pun apabila memiliki kuasa dan peluang, mereka tidak pula menyerahkan kuasa itu kepada raja, bahkan merekalah yang memegangnya dan menentukan arah kehidupan seluruhnya berdasarkan apa yan mereka imani.
.
Jika begitulah Masihi, bagaimana pula dengan Islam yang tidak pernah memisahkan antara jasad dan ruh dan tidak pula memisahkan hak di antara raja dan Allah, bahkan menjadikan raja dan hak raja sebagai hak Allah belaka.
.
Firman Allah: ” Apakah mereka menuntut hukum jahiliyah? Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah, bagi orang - orang yang yakin.” - al Maidah:50
.
Berkata al Ustaz Doktor Muhammad al Bahiy ( al Fikr al Islami al Hadith.. ) ketika mengkritik pendapat Doktor Ali al Raziq dalam bukunya ( al Islam wa Usulul Hukm ) yang menyarankan pemisahan antara ugama dan negara:
.
( Jawaban beliau adalah berasaskan pemikiran kurun pertengahan yang memisahkan antara fizikal dan rohani penciptaan manusia. Itulah pemikiran yang menerajui orang Eropah masa itu yang akhirnya mendorong kepada pemisahan antara negara dan gereja.
.
Pemikiran pemisahan ini adalah sama dengan pemikiran golongan falsafah Islam atau Masehi di zaman kurun pertengahan yang mereka warisi daripada pemikiran falsafah lama/Yunan dalam isu ketuhanan dan kemanusiaan.
.
Pemikiran pemisahan antara ruh dan jasmani manusia di sisi ilmu kajian ilmiah moden hari ini adalah pandangan yang tidak lagi boleh diterima akal yang sihat. Manusia dalam kajian ilmiah hari ini adalah satu, tak boleh dijuzu’ - juzu’kan. Paling terjamin, ia mestilah dipimpin oleh satu qiadah/ kepimpinan.
.
Pengalaman pembahagian kuasa antara kerajaan dan gereja dulu tidak hanya mencetuskan perselisihan antara keduanya, bahkan telah mengakibatkan salah satu akan menundukkan yang satu lagi. Dan pastinya negaralah yang akan menundukkan gereja dengan kekuatan mereka menguasai massa.
.
Walaupun pemikiran jenis ini telah terbukti salah di sisi kajian ilmiah dan juga pelaksanaan amali, para penyeru kepada pemikiran ini daripada kalangan pemikir Islam masih terus menganggap ‘penyatuan’ pada manusia dan kepimpinan sebagai mundur! Ini semata - mata kerana ia bersumber daripada pemikiran asas Islam! )
.
4) Kepentingan wujudnya sebuah negara untuk menjayakan matlamat:
.
Ini faktor amali yang tidak boleh diingkari lagi, bahawa manusia sejak dulu telah mengetahui keperluan wujudnya sebuah negara atau kuasa politik ( kerajaaan ) untuk menjayakan matlamat tertentu, melaksanakan undang - undang, mengajar dan memelihara ummah daripada kerosakan. Kerana itulah, Khalifah ketiga, Uthman bin Affan telah berkata, ” Sesungguhnya Allah akan mencabut dengan kuasa apa yang tidak boleh dicabut dengan al Quran.” - ( al Bidayah wa an Nihayah )
.
Apatah di zaman moden ini, sebuah negara itu memegang tampuk seluruh aspek kehidupan di tangannya, suatu yang tidak mungkin dikuasai sepenuhnya oleh mana - mana kerajaan zaman lampau. Mereka menguasai undang - undang, kebudayaan, masyarakat, ekonomi dan lain - lain. Ini adalah antara ciri istimewa kerajaan moden hari ini.
.
Justeru mana mungkin golongan dakwah dan islah boleh membiarkan negara dikuasai oleh golongan sekular untuk melakukan apa sahaja termasuk dengan senangnya ( kerana mereka memiliki kuasa negara ) meruntuhkan kebaikan dan kebajikan yang telah dibina oleh golongan dakwah dan islah tersebut. Meruntuh pula lebih senang daripada membina.
.
Sesungguhnya daulah Islam kita dahulu yang diperintah oleh seorang khalifah tertinggi tidaklah mampu menguasai seluruh aspek kehidupan rakyatnya, bahkan kuasanya hanya terhad dalam menguasai bandar dan kota - kota besar sahaja. Adapun ummah di luar seluruhnya , kehidupan mereka dikuasai oleh Islam yang diketuai sebahagian besarnya oleh para ulama.
.
Pendidikan mereka dikuasai ulama dengan mengajarkan mereka Islam, bahasa, adab, sejarah dan apa sahaja yang mereka mahu.
.
Undang - undang juga di tangan ulama dengan melaksanakan hukum - hukum ke atas mereka.
Demikian juga urusan fatwa sebagai rujukan dan urusan waqaf dan kebajikan, semuanya dikuasai oleh para ulama yang mengurus politik rakyat setempat ( tanpa gangguan dan tekanan khalifah ).
.
Ummah tetap berpegang dengan ugamanya saat pemerintah dan negara menyeleweng daripada ugama, bahkan ummah juga terus tetap dengan ugamanya saat negara khalifah rebah dan tewas. Ia terus gagah dengan institusinya itu saat negara khilafah dirundung keruntuhan dan kelemahan.
.
Tetapi di zaman moden hari ini, kekuatan ummah itu telah beralih dan dikuaai sepenuhnya oleh kerajaan dan negara. Negaralah yang meguasai undang - undang, pendidikan, kesihatan, ketenteraan dan seluruhnya.
.
Justeru bagaimanakah para pendakwah dan pengislah boleh melaksanakan islah dan pembaikan di saat pemerintah bergerak dari arah yang bertentangan? Kita menghidupkan dan mereka mematikannya, kita mengumpul dan mereka memecahkannya pula?
.
Bayangkan kita hanyalah rakyat, sedang mereka adalah kuasa!
.
Inilah sebenarnya yang menjadikan para pengislah dan pengasas gerakan - gerakan Islam terpaksa menempuh peperangan politik dan mereka menuntut islam dengan jalan menegakkan daulah Islamiyah yang akan menjayakan firman Allah:
.
” Dan orang - orang yang jika kami kurniakan mereka kekuasaan di bumi ini, mereka pasti mendirikan solat, menunaikan zakat, menyeru kepada al makruf dan menahan daripada kemungkaran.” - al Hajj:41
.
Tiadalah perlu mereka sendiri yang memegang kuasa itu jika mereka telah mendapati orang lain mampu memerintah dengan rukun dan syarat Islam tersebut. Jika pemerintah kini melaksanakan Islam, alangkah eloknya di sisi mereka.
.
Jika mereka enggan atau tidak bersedia, maka menjadi kewajiban ke atas para pendakwah dan pengislah untuk bangun melaksanakan tuntutan itu. Awalnya hendaklah mereka menyediakan modal insan, jentera fizikal dan ransangan sosial yang akan membantu menjayakan matlamat ( negara Islam ). Ia tak selesai dengan hanya berangan - angan dan berbuih kata.
.
.......................................
.
To Abg Muhaimin:
.
Hati ini telah memasak janji untuk berkongsi tangan menggenggam bendera jihad di jalan Allah. Insyallah, jika dipanjangkan umur ... pintu medan sebenar itu semakin hampir buat ana. Bila balik M'sia nanti, ana harap abg Min sudi jadi mentor ana nanti. Banyak nak kene belajar ni ...!!
.
.

0 comments: