Sunday 4 January 2009

Amanat Sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

.
Berikut merupakan amanat Tuan Guru Presiden sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Ia merupakan amanat yang cukup membangkitkan semangat. Semoga Allah SWT menetapkan hati kita ikhlas di dalam meneruskan perjuangan nabiNya SAW dan memberikan kekuatan di sepanjang jalan jihad yang penuh berliku ini.
.
.
AMANAT SEMPENA PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU
.

"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"

Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.

Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

IA BUKAN KEMENANGAN PERCUMA TAPI BERSYARAT

Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.

Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas.

Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."

Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.

Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.
Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain.

Kata Hati

.
.
Setiap orang mempunyai cita-citanya yang tersendiri. Apakah cita-cita itu..? .. ia bergantung kepada kecenderungan seseorang dalam perjalanan beliau merentasi jambatan-jambatan kehidupan.
.
Suasana, bi’ah, keadaan dan personaliti selalunya menjadi faktor-faktor penting yang mempengaruhi cita-cita seseorang. Ini bukan lagi seperti cita-cita … “saya nak jadi askar” .. “saya nak jadi polis, peguam, doktor dan cikgu” … Malah cita-cita tersebut melangkaui dari penetapan cita-cita asas tadi. Ia merupakan harapan dan cita-cita yang sering diimpikan oleh kebanyakkan golongan remaja yang sudah mempunyai hala tuju.
.
Kalau dia merupakan seorang graduan kedoktoran, dia pasti mempunyai cita-cita dan harapan untuk menjadi seorang doktor yang bagaimana …
.
Kalau dia merupakan seorang graduan jurutera, dia juga pasti mempunyai cita-cita dan harapan untuk menjadi seorang jurutera yang bagaimana …
.
Kalau dia merupakan seorang graduan syariah, dia juga tidak terlepas dari cita-cita dan harapan untuk menjadi seorang agamawan yang bagaimana ...
.
Berbeza pula nilaiannya sekiranya dia merupakan seorang graduan, dan di dalam masa yang sama dia juga berkecimpung secara aktif di dalam arena dakwah dan politik, pasti dia mempunyai cita-cita dan harapan yang sedikit berbeza dengan contoh-contoh yang saya sebutkan di atas. Nilaiannya bukan hanya tertentu kepada kecemerlangan kerjaya semata-mata, tetapi turut sama meletakkan sifat-sifat dai’ dan politikus sebagai eset kecemerlangan kerjaya beliau.
.
Bermakna, di sana ada matlamat utama bagi yang utama.
.
Tetapi begitulah lumrah kehidupan … yang namanya manusia itu adalah hamba kepada sang Pencipta. Allah SWT telah menetapkan bahawa, “Tugas kamu adalah berusaha dan bertawakkal, sedangkan soal berjaya atau tidak cita-cita dan harapan kamu itu adalah tugas dan hak Aku”, selari dengan firmannya, “Allah yang menciptakan kamu dan perbuatan-perbuatan kamu”. Bererti harus dikembalikan jawapannya secara total kepada Allah SWT.
.
Oleh itu, ada dikalangan mereka yang Allah maqbulkan cita-cita dan harapan mereka, lalu mereka berjaya menggapainya. Namun tidak ketinggalan juga ada yang tidak berkesempatan menikmati cita-cita dan harapannya yang diimpikan, lalu gugur ia menjadi kenangan yang tersisa di dalam hati lantaran tersilap memilih jalan, terhalang oleh faktor luaran yang mengelirukan ataupun kerana ajal hidup yang pendek dan tidak mengizinkan.
.
Bagaimana dengan saya ….? Saya tidak terlepas dari manusia yang mempunyai harapan dan cita-cita. Akan tetapi, saya masih tidak tahu kesudahannya … Apakah jalan yang sedang saya lalui saat ini berpenghujung dengan pertemuan harapan dan cita-cita yang terbuku di dalam hati saya atau ia bakal tersimpan di dalam sorotan harapan semata-mata.
.
Saya sendiri pun tidak tahu.
.
Sebagai manusia, saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT menyuluhi perjalanan saya menuju cita-cita yang selama ini saya impikan. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat saya.
.
Segala kekurangan, kelemahan dan kecacatan itu adalah daripada diri saya yang lemah, dan segala yang baik lagi yang terbaik itu adalah daripada Allah SWT.
.
Di sini saya pasrahkan diri.
.
...............................................
.
Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin. Tinggikanlah Islam di kedudukan yang tertinggi dan rendahkanlah musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi dan Nasrani di kedudukan yang paling hina. Mereka adalah musuh-musuhMu, musuh-musuh agamaMu, penceroboh dan penjenayah terhadap kaum Muslimin.
.
Ya Allah, terimalah kami di kalangan jundi-jundi Mu yang Sodiqin, letakkanlah kami di kalangan kelompok tenteramu yang Gholibin, dan masukkanlah kami dengan rahmatMu di kalangan hambaMu yang Solihin.
.
Ya Allah Ya Tuhan kami, letakkanlah kecintaan kami cinta kepada iman dan hiasilah ia di dalam hati sanubari kami, letakkanlah kebencian kami benci kepada kufur, fasiq dan maksiat dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang mendapat petunjuk.
.
Ya Allah, bantulah kami terhadap musuh-musuh Mu dan musuh-musuh agamaMu dan jauhkanlah dari bumiMu ini kuasa-kuasa mereka serta janganlah Kau biarkan mereka menguasai ke atas hamba-hambaMu yang beriman.
.
Ya Allah, goncanglah kedudukan mereka, hancurkanlah kesatuan mereka dan leraikanlah pasukan mereka.
.
Ya Allah Yang menurunkan Kitab, Yang memperjalankan awan, Yang memecahkan Ahzab ... pecahkanlah mereka dan bantulah kami terhadap mereka.
.
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami yang berjihad di atas namaMu walau di mana sahaja mereka berada. Bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Afghanistan, Kashmir, Malaysia dan seluruh negara-negara kaum Muslimin.
.
Ya Allah Yang Maha Hidup dan tidak akan mati ...
.
Ya Allah Yang mempunyai kerajaan dan para tentera ..
.
Ya Allah Yang memiliki Kemuliaan dan Kesombongan ..
.
Ya Allah yang Berdiri dengan sendiri dan tidak sesekali tidur
.
Yang mendengar dan menjawab segala doa dan permintaan ...
.
Terimalah doa kami dan permintaan kami.
.
Ameen
.
.