Sunday 23 September 2007

Ayah & Ibu

“Fit, jom jalan-jalan dekat Convest Hill kejap”, pelawa sahabat saya, Wan Mohd Zulhafiz.

“Jom .. ok jer kalau nak gi”, jawab saya menerima pelawaan beliau.

Kami pergi ke sana sejurus selepas kami selesai Equity Test 1. Keseluruhannya, soalannya tidaklah begitu susah tetapi ada satu soalan yang kebanyakkan kami tak tahu nak jawab sebab tak pernah jumpa citation of that case. Waktu jawab soalan tu, memang saya jadi lawyer buruk la. Keluarkan segala pendapat yang entah dari mana sumbernya. Yang penting, ia tidak dibiarkan kosong. Mana la tahu mungkin jawapan lawyer buruk tu boleh diterima. Untung nasib siapa yang tahu kan??

Jadi, selepas sakit kepala perah otak di Moot Court, kami pun pergi ke Convest Hill untuk tenang-tenangkan fikiran. Inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke Convest Hill bagi Convocation 2007 ini. Convest Hill adalah tempat di mana terdapatnya gerai-gerai makanan, pakaian & souvenir. Ia terletak berhadapan dengan Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL). Ia akan ada pada setiap kali hari convocation UIA berlansung. Selalunya ia berada di sana selama 5 hari. Sewaktu Convocation, semua café di kolej-kolej pelajar diwajibkan tutup supaya semua pelajar datang mengimarahkan Convest Hill & me-laku-kan gerai-gerai makanan yang dibuka di sana. Jadilah convest hill tue seperti sarang semut. Di situlah kita boleh kenal & tengok karakter pelajar-pelajar UIA sbb segala jenis manusia berkumpul di sana … mcm buat haji plak .. Hehe.

Sesetengah pelajar UIA memang menanti-nantikan kedatangan Convocation. Alasannya sebab ada convest hill … sbb di sanalah tempat untuk pasangan kekasih bertemu & berasmara. Tapi saya memang kurang suka dengan adanya Convest Hill … rimas dan merunsingkan. Alasannya ... sebab makanan yang dijual di sana agak mahal. Kemudian kami terpaksa berjalan jauh utk kesana. Jadi, kalau malas sangat nak ke sana, saya beli je roti dekat Kiosk di kolej. Jalan raya dalam UIA pun secara tak langsung menjadi sesak … semuanya gara-gara Convest Hill. Sebab tu saya tak pernah seronok dan gembira dengan wujudnya Convest Hill. Saya lebih rela keluar dari UIA untuk lari dari hiruk pikuk Convest Hill. Memang pun .. selama convocation berjalan, selepas kelas … saya banyak habiskan masa saya di luar. Makan pun di luar. Kalau tak keluarpun, bilik menjadi tempat saya membawa diri. Buku menjadi sahabat setia yg menghiburkan saya.

Tapi waktu kami pergi tu, keadaan di sana memang masih lengang. Kami pergi dalam pukul 3 petang. Memang tak ada orang lagi sebab kebanyakkan pelajar ada kelas waktu itu.

“Jak (nama panggilan Wan Zulhafiz), jom teman aku tengok tudung sat”, pelawa saya ketika sedang berjalan menuju Convest Hill.

“Kau nak beli untuk siapa”, tanya Wan Zulhafiz.

“Cadang nak cari untuk mak. Tapi tak tahu lagi nak beli ke tak. Aku bukannya tahu sangat nak pilih tudung mana yang elok. Saja-saja nak tengok dulu”, jawab saya.

Ketika kami sedang berjalan di gerai-gerai yang menjual tudung, jubah & baju kurung, tiba-tiba Wan Zulhafiz cakap ..

“Beruntung kau Fit … adaa mak lagi. Bukan macam aku … mak dah meninggal”.

“Setiap kali hari ibu, selalunya aku akan wish & bagi hadiah pada mak aku. Tapi hari ibu yg terakhir sebelum dia meninggal tu, aku tak sempat nak bagi apa-apa. Sampai sekarang rasa terkilan”, sambung beliau.
Perbualan kami terhenti sementara & suasana menjadi hambar seketika. Aku tersentak dengan keluhan beliau. Mak beliau meninggal dunia tahun lepas (2006) apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya kuala lumpur – kuantan. Kawan saya bukan saja kehilangan seorang ibu yg amat beliau kasihi, tetapi juga seorang adik bungsu yg berada bersama ibunya pada waktu itu. Kemalangan tersebut sungguh tragis. Ia berlaku apabila kereta yg dipandu oleh bapa saudaranya tiba-tiba terbabas melanggar belakang lori sehingga menyebabkan kereta tersebut terbakar. Pemandu & semua penumpang tidak dapat diselamatkan. Kejadian ini turut dilaporkan di dalam surat khabar.

Walaubagaimanapun, saya lihat dia seorang yg cukup tabah. Kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar, malah prestasinya tidak menurun dari yang sebelumnya. Cuma pada awal-awal dulu, beliau ada meluahkan perasaannya kepada saya,

“mengapa perkara macam nie berlaku pada aku, mengapa tak berlaku kepada orang lain”.

Kawan-kawan ..

Semua orang tidak mahu merasa kecewa. Semua mahu hidup dalam kegembiraan dan kebahagiaan bersama orang yg mereka cintai dan kasihi. Semua mahu mendapat belaian kasih sayang … didakap dan dimanjakan. Bayi ke dia, tua ke dia … semua mahu merasa diri mereka dimanjakan. Itulah fitrah kehidupan manusia … suka bila diberi perhatian, kecewa bila dipinggirkan dan dibiarkan. Berapa ramai anak-anak muda hari nie rosak dan binasa kerana ibu bapa tidak memainkan peranan mereka sebagai pembimbing anak-anak? Anak-anak dibiarkan sendirian. Hal ehwal mereka tidak diberi perhatian. Ada juga ibu bapa yang terlalu mengekang kebebasan anak-anak sehingga mereka tidak mempunyai hak untuk berdikari sendiri. Hak mereka diikat. Kebebasan mereka untuk bersuara dinafikan. Mereka ibarat burung kakak tua yg hanya boleh menerima, tetapi tidak boleh bersuara lebih dari apa yang diajarkan.

Hal sebegini berlaku kepada salah seorang kawan saya. Beliau sering mengeluh kepada saya tentang masalah keluarganya. Beliau merasakan kebebasan beliau diikat dan dinafikan. Jika A kata ayah, maka A lah jawabnya … tidak ada istilah 'berbincang' bagi ayahnya. Beliau sering dimarahi kerana beliau tidak dapat mencapai standard yang diletakkan oleh ayahnya sehinggakan sampai ke satu tahap beliau mengatakan,

“Ana rasa dia macam bukan ayah ana. Duduk sini (UIA) lagi tenang dari balik rumah. Duduk rumah asyik kene marah je. Buat ni salah, buat tu pun salah. Rasa macam nak cepat-cepat kawin, boleh balik rumah pak mertua selalu”.

Hmm .. saya faham perasaan dia. Tetapi saya tidak boleh membenarkan kata-kata dia seratus peratus. Apa yang saya boleh nasihatkan adalah … hargai ayahnya sebagai seorang ayah. Fikir secara positif … mungkin apa yang beliau lakukan adalah untuk kebaikan anak-anaknya sbb ayahnya dulu hidup dalam keadaan susah sebelum merasai kehidupan yg senang pada hari ini. Itu saja yg termampu untuk saya nasihatkan.

Berbeza dengan kawan saya, Wan Zulhafiz … dia hidup dalam keluarga yang harmoni & bahagia. Saya kawan rapatnya dan saya tahu bagaimana hubungan dia dengan ibunya. Ibunya kerap menelefonnya bertanyakan khabar dan sebagainya. Tetapi taqdir Allah membuatkan segalanya berubah. Insan yg sering membahagiakannya, memberi kasih sayang kepadanya … menelefonnya, mengambil berat tentang hal ehwal hidupnya … kini sudah tiada lagi. Kerinduan dulu terus menjadi kerinduan yang tidak dapat diluahkan lagi … hanya terbuku di dalam hati. Mungkin hal ini menjadi sebab mengapa beliau mengatakan demikian, “mengapa perkara macam nie berlaku pada aku, mengapa tak berlaku kepada orang lain”.
Namun begitu, walau sekuat manapun bebanan dan ujian yg Allah SWT berikan kepada kita ... kita wajib bersabar. Tidak layak sesekali kita sebagai seorang muslim merasa kecewa dengan ketentuan tersebut. Yang pasti, di sebalik musibah yg melanda .. pasti terdapat hikmah atau rahsia yg ingin Allah tunjukkan kepada kita. Percayalah, Allah tidak sesekali menzalimi hamba-hambaNya kerana kezaliman merupakan sifat yg haram bagiNya.

Kawan-kawan ku ..

Bagi sesiapa yg masih mempunyai kedua ibu bapa, bersyukurlah kepada Allah SWT di atas kurniaan tersebut. Kita masih lagi beruntung. Tidak seperti sahabat-sahabat kita yg sudah kehilangan ibu atau bapa, atau kedua-duanya sekali … Mereka hidup menahan rindu, cemburu melihat orang lain bersama ibu dan bapa. Mereka ingin sekali merasa dipeluk, didakap & diberi kasih sayang sepertimana mereka pernah merasainya dulu. Kalau kita rindu ibu kita atau ayah kita, pasti kita akan telefon mereka … 5 minit pun jadilah. Asalkan kerinduan dapat ditunaikan. Tetapi mereka bagaimana?? Di mana mereka hendak melepaskan kerinduan tersebut? Di saat itu, hanya gambar2 kenangan saja yg mampu menjadi pengubat segala rindu. Berlinang air mata mengenang kegembiraan dulu bersamanya. Ataupun ... perkara terbaik yg boleh mereka lakukan adalah dengan menziarahi pusara ibunda & ayahanda … mensedekahkan al-Quran, menabur bunga dan hijaun serta menyiram air di atas pusara tersebut. Namun, melepaskan kerinduan sebegini sama sekali tidak sama dengan melepaskan kerinduan semasa hayatnya .. Bersyukurlah wahai kawan-kawanku.

Saudara,

Kasihnya seseorang tidak boleh dijual beli & diganti. Hilang orang yg dikasihi … bermakna hilanglah tempat mereka melabuhkan kasih.

Tetapi kita sering leka dan lupa. Kita tidak pernah merasa bersyukur dengan apa yg ada di depan mata. Kita tidak pernah cuba untuk menghargai sesuatu pemberian. Ibu bapa adalah pemberian Allah buat kita anak-anak … Marilah kita menghormati mereka & berikanlah kasih sayang kepada mereka mengikut kemampuan terbaik kita. Walaupun mereka melakukan kesalahan kepada kita … walau sebesar gunung sekalipun, hargailah mereka. Kesalahan mereka biarlah antara mereka dengan Allah. Tetapi kita sebagai anak perlu menunaikan tanggungjawab kita sebagai anak.

Jangan bila kedua ibu bapa kita sudah meninggal dunia .. baru kita hendak menyesal kerana kegagalan kita menjadi anak yg terbaik di sisi mereka. Pada waktu itu, tidak berguna lagi penyesalan & tangisan ...
Saya bersimpati dengan apa yg berlaku kepada sahabat saya, Wan Zulhafiz. Semoga ibunya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT … sedekahkan al-Fatihah buat ibunya.

Saturday 15 September 2007

Taatilah kedua Ibu & Bapa ..

"Ampunkan Dosaku"

Sedutan dari cerita 'Ampunkan Dosaku'. Saya ambil siri yg terakhir sebagai tatapan anda semua. Saya galakkan anda tengok dari siri pertama kerana cerita ini benar2 menginsafkan kita sebagai seorang anak. Selamat menonton.

Saya menasihati diri saya yg dhaif serta sahabat-sahabat sekalian ... Taatilah kedua ibu & bapa kita. Tanpa mereka, kita tidak akan wujud di dunia ini.

Walaupun segunung kesalahan mereka, kita tetap wajib mentaati mereka.

Kesalahan kita dengan Allah boleh diampunkan dengan taubat kecuali syirik. Tetapi kesalahan kita sesama manusia tidak akan terampunkan kecuali dengan diri yg terlibat. Jangan merderhakai mereka. Sekali hati mereka retak & tidak memaafkan kita, pintu syurga tidak akan sesekali menjemput kita.

Kadang2 kita sendiri tak sedar sebenarnya kita telah menyakiti perasaan mereka. Oleh itu, sebelum kita berpisah dengan mereka, pohonlah ampun dan ciumlah tangan mereka serta ucapkan terima kasih di atas pengorbanan mereka kpd kita selama ini.

Mahasiswa Kita "Mandul"?

Oleh: Sahabat saya, Lotpi B. Mohd Yusup

Satu artikel yg menarik untuk difikirkan bersama. Kita mahukan pemuda seperti sahabat saya, Lotpi yg mana beliau tidak hanya berfikir utk diri sendiri, tp untuk survival pemuda Islam seluruhnya. Baca & cuba fahami ...
*********
Assalamualaikum dan salam kemerdekaan(bagi yang masih dalam mood merdeka). Hari Sabtu hari tu saya berjumpa seorang kawan dari USM. Kami bersembang panjang di gerai makan "planet". Tengah-tengah sembang tiba-tiba kawan saya ni bawa topik tentang mahasiswa masa kini."aku tengok mahasiswa sekarang ni udoh mandul", katanya dalam loghat perak. Nak tersembur air horlicks ais saya dari mulut(maklumlah,perkataan mandul ni jangan sebut, pantang keturunan,tercabar kejantanan). Saya biarkan aje dia bercerita meluahkan perasaan dan pendapat. Saya sedikit sebanyak bersetuju dengan dia. Apa yang saya dapat simpulkan dari apa yang dia cuba sampaikan ialah mahasiswa punya sikap "apathic" dan kurang sifat artikulasi yang akhirnya menyebabkan mahasiswa kurang idealisme dan semangat "anti-establishment". Ya,saya bersetuju sungguh.



Kalau anda menelusuri al-quran dengan penuh keinsafan, anda akan mendapati beberapa ayat yang menyatakan penghargaan terhadap golongan pemuda pemudi. Antaranya ayat "innahum fityatun amanu birabbihim wa zidnahum huda"(sesungguhnya merekalah pemuda yang beriman lalu kami tambahkan hidayah kepada mereka). Kisah Ashabul kahfi di dalam al-quran sememangnya suatu "benchmark" yang tepat bagi menunjukkan siapa dia pemuda yang punya karamatul insaniah dan cemerlang di dunia dan akhirat.
Selain itu, di sana terdapat satu hadith nabi tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari akhirat antaranya shabbun nashaa fi i'badatillah(pemuda yang hidup dalam keadaan beribadat kepada Allah). Bagi sesiapa yang pernah membaca novel "Tuhan Manusia" karya penulis muda lagi prolifik Saudara Faisal Tehrani,anda akan dapati si penulis menaqalkan kisah Itab bin Usaid seorang sahabat nabi yang dilantik menjadi Gabenor Mekah menggantikan nabi kerana nabi ketika itu memimpin angkatan perang ke Hunain. Itab hanya berusia 21 tahun ketika dilantik lantas usianya itu mengundang kontroversi. Menyedari kontroversi itu nabi segera menhantar surat ke Mekah menyatakan:"Tiada orang yang berhak menentang antara kalian dan tindakan menentangnya itu dilakukan kerana beralasan usia muda. Ketahuilah, bukanlah yang lebih besar itu yang lebih mulia, akan tetapi, yang lebih mulialah yang lebih besar.” Lihat bagaimana besarnya jiwa nabi. Nabi mengiktiraf pemuda. Tetapi pemuda yang bagaimana? Sudah tentulah pemuda yang punya harga diri,menjaga kemuliaan diri,tawadhu',sentiasa mengislah diri, dan menjauhkan diri dari perkara munkar. Selain itu kisah Usamah bin Zaid yang memimpin angkatan tentera ketika hanya berusia 20an juga patut dijadikan iktibar oleh para pemuda pemudi.
Apa signifikannya kisah shabab di zaman nabi dengan kisah mahasiswa di Malaysia hari ini? Madrasah nabi tidak punya peralatan teknologi maklumat seperti internet dan sebagainya, madrasah nabi tidak punya bangunan cantik-cantik macam di UIA,madrasah nabi tidak mempunyai "fund" yang banyak,namun pemuda atau shabab-shabab yang lahir dari madrasah nabi menakluk dunia, mengislah masyarakat serta memimpin umat. Universiti Islam Antarabangsa ada perpustakan yang moden,bangunan yang cantik-cantik,(mahasiswi yang cantik-cantik pun ada, yang pakai tudung Wardina tapi nampak pusat,pakai tudung tapi bajunya ketat,pakai tudung tapi baju lengan pendek),UIA juga ada lab komputer dangan sistem IT yang moden, dan tak ketinggaln UIA juga ada asrama yang selesa untuk didiami. Namun mahasiswa dari UIA bagaimana?Mereka boleh menakluk dunia,memimpin umat dan mengislah masyarakat?Jangan kata nak islah umat seluruhnya,nak islahkan penduduk Kampung Sungai Pusu pun belum tentu. Persoalannya di sini mengapa semua ini berlaku?
Sesetengah dari mahasiswa masuk universiti semata-mata mahu mendapatkan segulung ijazah untuk mudah "cari makan" selepas "study". Golongan seperti ini paling ramai( boleh kata 90 peratusla). Golongan seperti ini mudah saje nak cam. Antara simptom-simptom golongan ini (menurut Dr Ismail Tambi pakar bab mandul memandul ni,he2) ialah malas membaca(kalau baca pun buku study jela,ataupun novel-novel picisan,majalah URTV,Mangga dsb), bergayut dengan jantan berjam-jam malam-malam, bawa anak dara orang ke hulu ke hilir hujung minggu (berdating la tu), tidak berminat dengan seminar-seminar ilmiah dan majlis-majlis ilmu, sibuk hal-hal keduniaan semata-mata,tidak berminat dengan masalah umat,sentiasa "update" tentang filem-filem terkini di panggung,teruja dengan artis-artis dan banyak lagi simptom-simptom yang lain.
Adakah mahasiswa-mahasiswa begitu yang kita mahu lahirkan? Sudah tentu tidak. Kita mahu mereka-mereka yang berada dalam menara gading punya visi,akhlaq yang terpuji,sensitif dengan isu umat Islam, amar maa'ruf nahi munkar, menuntut ilmu ikhlas kerana Allah,banyak membaca,menyertai seminar ilmiah dan majlis ilmu,meletakkan agama melebihi kepentingan peribadi,tidak hanya bercita-cita mahu menjadi kaya sahaja, banyakkan infaq, dan bergerak dengan jemaah dan harakah islamiah bagi mengislah diri dan masyarakat. Dengan itu barulah kemenangan untuk Islam akan dapat dicapai, kalau tidak di zaman ini,sekurang-kurangnya di zaman cucu cicit kita nanti. Kita menanam bibit-bibit kemenangan. Walaupun kita tidak sempat menuai buah-buah kemenangan itu namun sekurang-kurangnya biarlah anak cucu cicit kita yang menuainya.

Mengapa Saya Tidak Bersama Islam Hadhari?

Kenapa Islam Hadhari menyeleweng?

Jawapan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menjawab persoalan mengapa kami tidak bersama dengan Islam Hadhari yg diasaskan oleh UMNO di bawah kepemimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perlu diketahui, kami tidak menentang manifesto yang diletakkan di bawah gagasan Islam Hadhari tersebut. Ia bagus .. mmg bagus. Semua orang nakkan macam tu. Tp apa yg kami tolak adalah dari segi realitinya. Adakah ia benar-benar dilaksanakan atau sekadar retorik politik belaka? Setelah diteliti, mmg ia hanya merupakan retorik sahaja. Tidak nampak usaha-usaha ke arah menjayakan gagasan tersebut.

Wednesday 12 September 2007

Selamat menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua Muslimin & Muslimat. Semoga kehadiran Ramadhan akan menambahkan semangat kita untuk terus berjuang & berdakwah menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi.
"Semangat Ahzab kita barakan"

Friday 7 September 2007

Impian semua Lelaki


Ah, andai saja mereka tahu bahawa di zaman sekarang ini orang yang kaya itu akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin. Dan isteri yang hebat di zaman ini adalah yang sanggup hidup miskin. Dan isteri yang bijak di zaman ini adalah yang sanggup hidup kaya. Semua orang boleh cakap, "saya bersedia hidup susah" tapi dia tidak akan sanggup kalau dia tidak hebat. Semua orang mahu hidup senang tetapi kesenangannya akan merosakkannya sekiranya dia tidak hebat & bijak.

Andai saja mereka tahu bahawa isteri yang hebat dan bijak itu hanya ada pada isteri yang solehah. Dialah yang qana'ah, yang sanggup hidup dalam keadaan apapun yang diberikan suaminya kepadanya. Dia akan merasa cukup atas apa yang ada. Dan akan bersyukur atas kehidupan yang menyenangkan seperti dia akan bersabar atas kehidupan yang menyusahkan.


Mungkin para ikhwan hanya melihat wanita yang baik agamanya itu adalah wanita yang hanya memakai tudung labuh dan manis kalau tersenyum. Dari tudungnya mereka menilai bahawa wanita tersebut faham agama, dan dari senyumannya pula mungkin mereka menilai baik akhlaknya. Tapi mereka tidak tahu bahawa labuhnya tudung dan manisnya senyuman hanyalah apa yang tampak di luar, sedangkan yang tidak tampak akan hanya mereka ketahui setelah menikah.

Mereka akan tahu isteri mereka sebenarnya ketika mereka sudah serumah dengannya, bukan di rumah orang tua ataupun di rumah mertua. Kerana di rumah sendiri akan nampaklah karakter seorang isteri itu sebagai dirinya sendiri, bukan sebagai anak orang tuanya dan selalu diturutkan keinginannya, ataupun sebagai menantu yang rajin dan akan selalu menampakkan kebaikan kepada mertuanya.
Sebaiknyalah orang-orang yang sudah menikah itu tinggal di rumahnya sendiri. Kerana di rumah itu akan tampaklah sifat asli isteri dalam menghadapi hidup yang diberikan suaminya kepadanya. Mereka akan tahu adakah tudung labuh isteri mereka membuktikan kefahamannya dalam agama, dan adakah manis senyumannya membuktikan kebaikan akhlaknya. Akan tetap tersematkah tudung labuh itu ketika terik matahari panas mencengkam?! Tetap adakah senyuman manis itu ketika lebat turunnya hujan?!
***
Isteri yang solehah, dialah yang qanaah.

Yang tahu hari tak selalu cerah tapi dia tidak berubah.


Isteri yang solehah itu tidak harus kaya, kalaupun kaya, Alhamdulillah.

Dia juga tidak harus cantik, kalau pun cantik itu hadiah. Alhamdulillah.


Isteri yang solehah itu adalah yang qana'ah, senangnya berada di rumah.

Keluar rumah hanya untuk belanja atau pergi bersama suaminya.

Dia tahu bahan makanan telah mengalami kenaikan harga,

dan tidak menyusahkan suaminya dengan segala tuntutannya.


Ada juga memang wanita yang bekerja di luar rumah,

tapi yang solehah, dia mau berhenti kerja kalau suaminya memerintahkannya,

dan tetap bekerja kalau suaminya meredhainya.

***
Wanita yang cantik seperti bintang di langit,

mungkin mudah ditemukan, walaupun di malam yang gelap,

tetapi sedarilah dia tak mudah dijangkau tangan.

Ketika itu pun kau mungkin melihatnya berkilauan,

tetapi sedarilah ketika siang dia menghilang.


Isteri yang solehah itu seperti mutiara di dasar laut,

tak selalu putih terkadang terbungkus lumut.

Di dalam lingkungannya dia senang berada,

menjaga diri dan maruah diri.


Kau mungkin harus menyelam untuk menemukannya.

Tapi kau akan sedar seberharga apa dia ketika kau mendapatkannya.


***
"Tiada kekayaan yg diambil seorang mukmin setelah takwa kepada Allah yang lebih baik dari isteri solehah." [Hadits Riwayat Ibn Majah]

Monday 3 September 2007

Merdeka !!! Kes Murtad macam mane??

Pengakuan remaja murtad

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ

فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ

وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

(al-Baqarah: 217)


SELAMATKAH AQIDAH UMMAH?

Murtad menyerang INTEGRITI Umat Islam

(1)


(2)

(3)


Isu murtad bukan isu Politik. Murtad adalah krisis ummat Islam, sensitiviti umat Islam. Ia menyerang integriti ummah, kesatuan ummah. Membiarkan berleluasanya kemurtadan, seolah-olah membiarkan agama Islam dinodai & dicemari.

Mana sensitiviti kerajaan kita? Apa yg telah mereka lakukan?

Mana Islam Hadhari yg beria-ria ingin melahirkan 'modal insan' yg bertamadun?

Apa peranan Pak Lah sebagai Pengerusi OIC? Jangan cakap nak selesaikan isu Global di Palestin kalau isu dalam negara pun beliau tidak serius menanganinya.

Bukalah mata kamu wahai umat Islam di seluruh Malaysia!! Kerajaan kita sudah out-dated, expired. Mereka tidak mampu melakukan apa-apa lagi, bahkan cuba menipu rakyat & masyarakat untuk terus kekal selesa dengan jawatan-jawatan mereka. Apa yg mereka lakukan bukan lagi untuk kepentingan ummah & masyarakat, tetapi untuk duit poket mereka sendiri.

What happen to My Ummah?

Sunday 2 September 2007

Mari bersama Syeikh Yusuf al-Qardhawi ...

Di bawah ini adalah pengajian tafsir surah al-Fatihah oleh Syeikh Yusuf al-Qardhawi beserta terjemahannya. Kuliah ni waktu zaman dia muda-muda dlu. Terjemahan kat bawah tu saya yg terjemahkan. Saya buat sekadar yg termampu. Saya letakkan footnote sikit tp lepas tu malas dah nak cari ... penat nak cari asal usul dalil tu...hehe. Tujuan sy terjemahkan tafsir beliau sbb saya tertarik dengan cara dia menafsirkan ayat dari surah al-Fatihah ni. Tafsiran yg lebih berbentuk tazkiyatun nafs dan haraki membuatkan saya begitu tertarik dengannya. Jadi, saya nak berkongsi dengan anda semua. Semoga kita mendapat manfaat bersama. Maaflah kalau terjemahan saya tak tepat. Itu je yg saya mampu. Selamat mendengar ...

Tafsir surah al-Fatihah dari Syeikh Yusuf al-Qardhawi

Syeikh Yusuf al-Qardhawi memulakan pengajiannya dengan memuji kebesaran Allah SWT, berselawat ke atas Nabi SAW dan berdoa kepada Allah SWT.

Wahai sidang penonton,

Di atas keberkatan Allah, kita memulakan rehlah kita bersama sebuah kitab yg kekal (qadeem) dan cahaya yang wujud, bersama al-Quran yang merupakan sebuah watikah samawiiyah yang kekal, yg dimiliki oleh orang-orang Islam sahaja, bersama manhaj Pencipta untuk mengislahkan makhluk, dan merupakan perlembagaan dari langit sebagai petunjuk di muka bumi. Sebuah kitab yg tidak ada padanya kebatilan / kepalsuan, yg terdiri dari ayat-ayat yg muhkamat[1], kemudian dijelaskan oleh nabi. Bersama kitab Allah inilah kita bertadabbur, kerana sesungguhnya Allah SWT menurunkannya untuk ditadabburkan, “Sebuah kitab yg Kami turunkan kepadamu dengan keberkatan supaya ditadabburkan ayat-ayatnya dan utk memberi pengajaran kpd orang yg mempunyai mata hati”. Kami hendak membuka hati2 kami dengan al-Quran. Kami mahu hidup / berjalan bersama al-Quran, membacanya, mendengarnya, memahaminya sepertimana telah mendengarnya para Sahabat Rasulullah SAW. Seperti kata seorang lelaki yg soleh, “Bacalah Quran seolah-olah dia diturunkan kepada kamu”. Kami mahu membaca al-Quran bersama, memahaminya bersama, sehingga kami menjadikannya dustur / perlembagaan & manhaj bagi kehidupan kami. Dan sesungguhnya keberkatan al-Quran bukanlah dengan menggantungkannya di dinding-dinding, tetapi keberkatannya adalah dengan mengikutinya. “Sebuah kitab yg Kami turunkan dengan keberkatan, maka ikutlah ia dan bertaqwalah. Semoga kamu termasuk di kalangan orang-orang yg diberi rahmat”.

Kita mulakan rehlah kita bersama al-Quran dengan Fatihatil Quran yg kita dengar sekarang dengan Ummil Quran, Ummil Kitab, Asaasil Quran, as-Sab’il Mathani, yg datang bersamanya 7 ayat yg pendek lagi lengkap, suratul Hamdalah, suratus Solah, suratul Fatihah, 7 ayat yg dipendekkan yg setiap ayat-ayatnya mentamsilkan prinsip-prinsip dalam kehidupan kita.

Bermula surah al-Fatihah ini dengan kalimah basmalah. Dan menjadi tuntutan ke atas setiap orang Islam untuk mempelajarinya. Dengan bahawa setiap sesuatu mestilah dimulai dengan basmalah(menyebut nama Allah) dan disertai dengan mengingati Allah. Dunia itu dilaknat, kecuali tempat-tempat yg padanya disebut nama Allah. Jangan memulakan sesuatu pekerjaan dengan nama seseorang, nama raja atau pemimpin, dan nama berhala dari berbagai jenis berhala samada dari batu atau manusia. Sesungguhnya ia dimulai dengan nama Allah. Nama Allah yg Esa, tiada sesuatu yg bersamanya, jua selepasnya.

Bismillah … begitulah yg telah diajarkan oleh Quran kepada kita. Nabi Nuh AS ketika menaiki kapal dan bersamanya orang-orang mukmin memulakan perjalanannya dengan bismillah. Begitu juga nabi Sulaiman AS, ketika baginda mengutuskan suratnya kepada ratu Balqis, baginda memulakannya dengan bismillah. Dan ayat yg pertama diturunkan kepada nabi Muhammad SAW yg dikhitabkan / ditujukan kepadanya dengan perkataan, “Bacalah dengan nama tuhanmu..”. Begitulah yg diajarkan oleh Islam kepada kita, iaitu kita memulakan sesuatu pekerjaan, kehidupan dan apa juapun dengan bismillah. Makan dengan bismillah, minum dengan bismillah, kita menyembelih dengan bismillah, dan “Setiap pekerjaan yg tidak dimulai dengan bismillah, maka ia terhenti / terputus”[2] iaitu kurang padanya keberkatan.

Bismillah ….

Begitulah bermulanya surah al-Fatihah. Dan Allah mensifatkannya. Allah adalah ‘alam[3] di atas zat penciptaan yg tinggi. Bismillah, Allah SWT mensifatkan dengan dua sifat & nama yg mulia iaitu ar-Rahman & ar-Raheem yg merupakan antara nama-nama Allah yg baik. Diistaqkan / dikeluarkan daripada ar-Rahmah dari jalan mubalaghah (bersangatan) dan ar-Rahman adalah terlebih mubalaghah dari ar-Raheem. Tidak disifatkan ar-Rahman selain dari Allah SWT. Maka dengan itu disebut bahawasanya (ar-Rahman) termasuk dari isim ‘alam seperti disebut lafzul Jalalah (Allah), “Katakanlah (Hai Muhammad): Serulah dengan nama Allah atau ar-Rahman”. “Ar-Rahman yg mengajarkan al-Quran”. Tidak digabungkan 2 sifat ini kecuali untuk Allah SWT.

Bismillahir .. inilah kaedah yg pertama bahawa kita memulakan pekerjaan kita dengan menyebut nama Allah. Kaedah yg kedua dari kaedah mentawajjuhkan diri kita untuk kehidupan Islam pula telah ditamsilkan oleh ayat:

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Kalimah الْحَمْدُ merupakan pujian dengan kecantikan yg terkandung di dalamnya makna syukur. Dengan itu, al-Quran & surah al-Fatihah mengajar kita supaya kita sentiasa bersyukur dan memuji nama Allah. Di sana terdapat manusia yg sering mengeluh, “kami kekurangan ini dan ini” dan dia tidak mengatakan, “Di sisi kami ada ini & ini”. Begitulah al-Quran mengajar kita. Adalah Rasulullah SAW apabila baginda mendapat sesuatu yg baginda sukai, baginda akan berkata, “Alhamdulillah di atas segala nikmat Allah yg menyempurnakan segala kebaikan”, dan apabila baginda ditimpa sesuatu yg mendukacitakannya, baginda berkata, “Alhamdulillah di atas setiap keadaan”. Dari sini, apabila selesai makan, kenyang dan minum kita diperintahkan agar mengucapkan Alhamdulillah. Pada setiap nikmat, kita katakan Alhamdulillah. Begitu juga setelah kita bangun dari tidur sehinggalah dengan izin Allah apabila kita dimasukkan ke dalam syurga. Dan begitulah Allah SWT mensifatkan ahli syurga bahawa di akhirnya ucapannya dengan Alhamdulillah. Di sana juga dijelaskan makna rububiyyah di dalam al-Quran. Sesungguhnya kalimah رَبِّ bermakna raja, tuan, murabbi. Jika ia disifatkan kepada selain Allah SWT, ia mestilah diidhofahkan[4] atau disandarkan seperti rabul bayyit (tuan rumah) atau rabud daabbah (tuan binatang). Jika ia diitlaqkan[5] (tanpa disandar) oleh sesuatu & dima’rifahkan[6], maka ia khusus untuk Allah SWT. Di sini disebut: رَبِّ الْعَالَمِينَ. Kalimah الْعَالَمِين termasuklah semua mukhallafin di kalangan jin dan manusia. “Tidak Kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk member rahmat kepada seluruh alam”. Bahkan bagi alam ini adalah sesuatu selain dari Allah SWT seperti yg disebut di dalam al-Quran menceritakan kisah Firaun bertanya nabi Musa. Berkata Firaun, “Apa itu Robbul ‘Alamin”. Nabi Musa menjawab, “Dia ialah Tuhan langit dan bumi, serta apa-apa yg berada diantara keduanya jika kamu termasuk di kalangan orang-orang yang yakin”. Bersambung pada video kedua di bawah.



Sambungan dari video pertama:
Alam manusia, alam haiwan, alam tumbuhan, alam jamad[7], alam planet … semua alam-alam ini mengajar kita ke arah kesempurnaan. Allah SWT merupakan tuhan sekalian alam, bukan tuhan orang Islam sahaja, bukan juga Tuhan orang arab sahaja, bahkan Tuhan sekalian alam. Setiap sesuatu ciptaan yg kita lihat daripada ‘inayah, ri’ayah dan ihkam adalah tanda daripada rububiyyah Allah ‘azza wajal. Inilah kaedah kedua daripada kaedah kehidupan Islamiyyah.

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ini adalah ayat yg ke-3 dari ayat yg tujuh. Pengulangan bagi dua nama yg mulia adalah suatu penekanan ke atas makna rahmat dan rahmaniyyah untuk memberitahu kepada manusia bahawa sesungguhnya rahmat Allah melebihi kemarahanNya. Allah SWT tidak mensifatkan diriNya dengan sifat marah. Tetapi kemarahanNya hanya kepada golongan yg sombong, takabbur dan murtad dari pengajaranNya dan mereka pula meiklankannya kepada masyarakat. Sekiranya mereka diazab, sesungguhnya kemarahan itu adalah perbuatanNya bukan dari sifatNya. Dan azabNya khas(tertentu kpd golongan yg ingkar) manakala rahmatnya ‘ammah(bagi semua makhluknya di muka bumi). Allah SWT berfirman: “Azabku dikenakan ke atas sesiapa yg aku kehendaki dan rahmatku meluas ke atas setiap sesuatu”. Dialah ar-Rahman dan ar-Raheem, Dialah sebaik-baik penyayang. Kemudian datang pula kaedah yg ke-4:

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Ia boleh dibaca dengan مَالِكِ yg bermaksud ‘yg memiliki’ atau ملك yg bererti raja. Kedua-dua bacaan ini sohih di sisi nabi secara mutawatir. Dia adalah pemilik hari pembalasan. كما تدين تدان (apa yg engkau buat, demikianlah balasannya). Tiada pemilikan sesuatupun pada hari tersebut samada berhala atau pemberi syafaat. Tiada syafaat di sisi Allah SWT melainkan dengan keizinanNya. Allah SWT yg mengawal hari tersebut. “Hari di mana tidak memiliki oleh manusia bagi manusia lainnya ke atas sesuatupun dan semua perkara pada ketika itu hanya bagi Allah”. “Siapakah raja pada hari ini? Hanya Allah”. Di sini kita dapat lihat bahawa rububiyyah Allah SWT memberi satu peringatan / ancaman. Kemudian ar-Rahman & ar-Raheem memberi satu nilai kegembiraan. Kemudian di datangkan dengan ayat مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ sebagai satu peringatan. Allah SWT menggabung kedua sifatNya diantara peringatan dariNya dan kasih sayang untukNya supaya orang-orang beriman selalu bergabungkan diantara takut dan harap, menghadirkan hari akhirat dan meredhoi rahmat Tuhannya.

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Ini adalah kesimpulan dari semua risalah samawiyyah. At-Tauhid, mensatukan hanya untuk Allah SWT pada ibadah dan meminta pertolongan. Tidak beribadah dan tidak meminta pertolongan kecuali hanya kepada Allah SWT. Sesungguhnya dibangkitkan para rasul, diturunkan kitab adalah untuk menegakkan kalimah Tauhid di atas muka bumi. Telah datang setiap nabi dan rasul menyerukan umat & kaumnya dengan tauhidillah, “Wahai kaum, sembahlah Allah. Tiada bagi kamu satu Tuhanpun kecuali Dia(Allah)”. Dan berpecahnya kehidupan dan agama sebelum Islam kerana masuknya kesyirikkan ke dalamnya. Hendaklah kita mengiklankan kalimat Tauhid ‘Hanya Engkau yg kami sembah & hanya Engkau kami meminta pertolongan’, membatalkan segala bentuk ketuhanan yg mereka serukan dengan kalimah ‘La ilaha illallah’.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Terlengkapnya al-Fatihah di atas sesuatu yg terbesar, sesuatu yg dituntut oleh Tuhan kepada hambaNya. Dan sesuatu yg dituntut oleh hamba kepada Tuhannya iaitu hidayah. Kami tafsirkan hidayah dengan makna irsyad atau taufiq. Manusia perlukan bantuan Allah, perlu supaya mereka diberi petunjuk ke jalan yg lurus. Bagaimana meminta petunjuk daripada Allah SWT dalam keadaan dia seorang muslim? Tetapi siapakah yg ternafi dari menerima hidayah Allah? Sesungguhnya mereka selalu berhajat kepada hidayah Allah supaya mereka tidak diragukan oleh banyaknya jalan dan tersilap dari pekerjaan-pekerjaan. Sesungguhnya mereka berhajat kepada nur ketika dalam kegelapan, dan penjelasan ketika dalam keraguan. Kemudian mereka berhajat kepada bertambahnya hidayah Allah SWT. Mereka juga berhajat agar di-thabatkan di atas jalan Allah SWT. “Ya Allah, Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami di atas ketaatan kepadaMu”. Jalan yg tiada padanya kesesatan dan penyelewengan, itulah jalan Islam. Setiap hari orang Islam memohon kepada tuhannya 17 kali dalam solat fardhu akan hidayah Islam dan jalan yg luruh, iaitulah jalan yg satu kerana kebenaran tidak boleh dibilang. Adapun jalan-jalan kebatilan, maka jumlahnya banyak di mana setiap satunya terdapat syaitan. Seperti yg disebutkan di dalam sebuah hadis oleh Rasulullah SAW: “Bahawa sesungguhnya ini adalah jalanku yg lurus, maka ikutlah ia(Islam). Janganlah kamu ikut jalan-jalan(selain Islam), maka ia akan memecahbelahkan kamu daripada jalan ini”. Tiada pada jalan ini unsur melampaui batas, tidak ke kiri dan tidak ke kanan tetapi ia sederhana. Ia juga merupakan jalan yg benar. Bukan jalan Yahudi yg dibenci oleh Allah dan bukan juga jalan Kristian yg disesatkan oleh Allah. Ia adalah jalan yg Allah telah memberi nikmat padanya daripada kalangan orang-orang siddeeqin, syuhada’ dan soleehin. Inilah jalan orang-orang yg bertaqwa. Mereka mengingati tuhannya pada setiap hari. Ia dipelihara oleh para ulama & orang awam, lelaki & perempuan, arab & ‘ajam kerana ia dibaca pada setiap kali solat mereka, “Tiada (sempurna) solat bagi sesiapa yg tidak membaca al-Fatihah di dalamnya”. Ia mentamsilkan kaedah-kaedah kehidupan Islam dan tiada satu kitabpun yang serupa dengan kitab ini(al-Quran).

As-Syeikh menutup rehlahnya dengan berdoa kepada Allah SWT.





[1] Iaitu ayat-ayat yg menerangkan tentang hukum hakam, yang qat’ie yg tidak dibolehkan untuk dipertikaikan lagi seperti perintah solat, zakat, puasa, haji, hudud, qisas & haram riba. Barangsiapa yg mempertikaikannya dengan menafikan panthabitannya dari Allah SWT, maka dia telah sepakat dihukum kafir dan layak untuk dibunuh di atas hukuman riddah (murtad). Barangsiapa yg mempertikaikannya, namun dia meyakini akan kewajipan beramal dengannya, maka dia fasiq.

[2] Hadis riwayat Abu Hirairah RA dikeluarkan oleh Abu Daud (4840), An-Nasaai di dalam al-Kubra (10327), Ibn Majah (1893). Berkata as-Sindi: “Hadis ini telah dihasankan oleh Ibn Solah dan An-Nawawi, dan dikeluarkan oleh Ibn Hibban dan Hakim di dalam al-Mustadrak”. Tetapi Albani mendhoifkannya.

[3] Istilah di dalam ilmu nahu. Isim ‘alam termasuk di antara tanda-tanda isim isyarah yg enam. Contoh isim ‘alam adalah Zaid, Muhammad & sebagainya.
[4] Istilah di dalam ilmu nahu. Sesuatu yg bersandar disebut mudhoof dan yg disandarkan padanya disebut mudhoof ilaih.

[5] Istilah di dalam ilmu usul. Lawan bagi itlaq adalah muqayyad iaitu bersandar atau berikat.

[6] Istilah di dalam ilmu nahu. Salah satu tanda ma’rifah dengan masuknya alif dan laam seperti al-madrasatu.

[7] Benda-benda mati seperti batu.

Kebiadapan seorang Mufti - Bahaya fitnah.

الشريعة والحياة - أخلاقيات التخاطب

Apa hukum mengfitnah, menghina & mencaci seseorang tanpa sebarang bukti. Lebih keji lagi apabila cacian tersebut tidak benar. Saya kecewa dengan tindakan Dr. Asri Zainul Abidin yg memfitnah & menghina guru saya, As-Syeikh Nuruddin al-Marbu al-Banjari. Ini satu tuduhan yg tidak berasas kononnya beliau menjual agama untuk kepentingan dunianya. Saya & berjuta lagi anak muridnya sangat kenal dengan as-Syeikh Nuruddin. Beliau bukanlah seperti yg digambarkan oleh Dr. Asri Zainul Abidin. Kenalilah dan dekatilah Sheikh Nuruddin melalui buku2nya...melalui kuliahnya...melalui peringatan2nya...nasihatnya... Peribadi beliau cukup untuk melayakkan dirinya menanggung ilmu dan menyampaikan Sunnah Rasulullah SAW. Saya mula mengenali pengajian bersanad, disiplin ilmu, adab terhadap ilmu & buku, semuanya adalah melalui Halaqah Pengajian bersama Sheikh Nuruddin. Kalau dulu saya bermudah2 meletakkan buku di atas lantai, letak merata-rata ... tp Syeikh Nuruddin mengajar kami supaya menghormati dgn buku, kitab & ulama. Saya mula menjaga buku2 saya, saya letak buku di tempatnya, letak di tempat yg tinggi, menanggungnya tinggi di dada apabila berjalan. Terlalu byk faedah & manfaat yg kami perolehi daripada beliau. Semoga Allah memberi kebaikan yang berterusan kepada Sheikh Nuruddin yang begitu bening wajah... penuh tawadhuk dirinya.

Sebagai seorang yg mencintai sunnah Rasulillah, serta mentakhassuskan pengajiannya pula di dalam bidang hadis dari UIA, Dr.Asri sepatutnya lebih faham apa yg perlu dilakukan apabila datang kepadanya berita. Tidak pernahkah dia membaca surah al-Hujurat? Apa kesannya mencaci sesama manusia? Tidakkah dia juga pernah membaca hadis2 yg melarang kita bermudah2 mencaci sesama manusia, apatah lagi terhadap sesama Islam? ... banyak hadis yg menyentuh persoalan itu & tak perlulah sy mendatangkannya di sini. Di mana sikap berhati2 beliau. Di mana sikap jarah wa ta'deel yg dia a'taqidkan di dalam manhaj rijaalul hadis & takhreejul hadis? Di mana sikap tasaamuh beliau? Jgn sekadar as-Soohibus Samaahah saja tp langsung tidak bersikap tasaamuh. Saya tidak mahu memperpanjangkan hal begini kerana ia merupakan perkara yg sgt rugi untuk diperpanjangkan. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dari seorang insan yg digelar ulama. Cukuplah ceramah Syeikhuna, as-Syeikh al-'Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkaitan dengan caci mencaci menjadi nasihat buat kita ... jgn bermudah2 melontarkan cacian & kejian pd seseorang ... selamat mendengar.

Saya pohon maaf kerana saya perlu 'quote'kan tulisan Sahib al-Samahah Mufti Perlis. Kandungan dalam tulisan ini sudah lama beliau timbulkan. Tetapi baru 26 Ogos 2007 dipaparkan dalam Mingguan Malaysia.


Jangan lelong agama untuk keuntungan perniagaan

Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

OLEH kerana agama mempunyai fungsinya yang besar dalam masyarakat manusia, maka pelbagai pihak cuba menggunakan nama agama atas berbagai-bagai tujuan. Ada yang ikhlas, ada pula yang mengambil kesempatan atas nama agama untuk mengaut harta atau pengaruh. Maka penyalahgunaan nama agama bukan perkara baru dalam sejarah manusia. Bukan sahaja Islam yang menerima bahana tersebut, agama-agama lain juga demikian. Namun bagi Islam, ia lebih perih, kerana Islam agama wahyu. Seorang muslim yang sebenar tentu akan merasai penyalahgunaan nama Islam adalah satu dosa yang amat serius kerana ianya adalah pemalsuan wahyu. Dalam erti kata lain, menyalahgunakan nama Allah dengan membuat dakwaan palsu kononnya Allah memerintah atau melarang itu dan ini, padahal tiada sebarang nas dari Allah ataupun rasul-Nya adalah satu jenayah besar.

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 33 (maksudnya) Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

Baginda s.a.w.: Juga menegaskan hal yang sama dalam banyak hadis baginda, antaranya daripada Aisyah, katanya: sabda Nabi: Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak (Riwayat Muslim).

Maka setiap insan Muslim hendaklah berhati-hati tentang kesempatan yang diambil oleh banyak pihak untuk menjadikan agama saluran keuntungan atau menempatkan pemikiran peribadi yang akhirnya diberikan cop agama. Jika hal ini dibiarkan, maka ajaran-ajaran palsu akan muncul atas nama agama dan Islam yang tulen akan hilang dari sesetengah masyarakat.

Justeru itu saya amat menentang seorang ‘warga seberang’ yang menggelarkan diri al- Banjari dengan kononnya memiliki beberapa kelebihan mendakwa bahawa sesiapa yang berjabat tangan dengannya, seakan berjabat tangan dengan Rasulullah lantas sesiapa berjabat tangan dengannya juga akan masuk syurga. Demikianlah murahnya harga syurga dilelong olehnya. Dakwaan palsu ini dibuat olehnya dengan menggunakan hadis palsu kononnya Nabi bersabda: Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku maka dia masuk syurga. Maka setiap mereka akan berjabat tangan dengan guru mereka dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi.

Maka apabila warga seberang tersebut datang ke negara kita, dia bagai mengiklankan dirinya sebagai jalan untuk sampai ke syurga. Maka orang ramai pun di beberapa masjid di sebelah utara tanah air bangun bersalaman untuk mendapatkan syurga. Meriahlah majlis lelongan syurga tersebut. Maka megahlah warga seberang berkenaan, kerana tangannya seakan pintu kepada syurga dan orang ramai pun dibeli dengan modal hadis palsu tersebut. Apa yang peliknya, kedatangan beliau itu ditaja oleh beberapa pihak yang mempunyai kuasa agama di beberapa buah negeri. Padahal beberapa negeri tersebut begitu sensitif dengan pandangan yang lebih progresif mengenai Islam. Digam penceramah-penceramah muda yang membawa ke arah keluasan minda dan fahaman Islam yang lebih terbuka berdasarkan dalil dan hujah. Malangnya, mereka menaja pula pemikiran yang karut seperti itu. Maka tidak peliklah jika ajaran sesat selalu sahaja muncul dalam masyarakat kita.

Sebenarnya, para ulama hadis telah mengingatkan tentang pembohongan hadis berkenaan. Kata al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah dalam komentarnya bagi kitab Zafar al-Amani: “Hadis musalsal (berangkai) berjabat tangan tersebut adalah batil dan dusta. Tiada asalnya dan tidak pernah wujud. Katanya juga: “Tiada keberkatan bagi pendustaan dan pembohongan hadis ini ke atas Nabi tidak dikira ibadat menulis cerita dongeng ini melainkan dengan niat untuk memusnahkannya.” (m.s. 272, 273, Damsyik: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah).

Dalam Lisan al-Mizan Ibn Hajar al-Asqalani menyebut: “Riwayat berjabat tangan Mu‘ammar tidak akan diterima oleh orang yang berakal” (jilid 6, m.s. 68, Beirut: Muassasah al-‘Ilm li al-Matbu‘at,). Ertinya begitu mudah orang kita ditipu dan tidak menggunakan akal yang waras dalam beragama. Al-Imam al-Sayuti (wafat 911H) di dalam fatwanya bila ditanya mengenai hadis ini, beliau berkata: “Mu‘ammar adalah pendusta lagi dajal, hadisnya adalah batil, tidak halal meriwayatkannya.” (lihat: Tahqiq Zafar al-Amani, m.s.275).

Demikianlah mudahnya agama kita dilelong oleh orang lain hanya kerana terpengaruh dengan fesyen serban dan jubah warga berkenaan. Jikalaulah mereka sedikit berfikir; pada zaman Nabi entah berapa ramai sahabat yang bersalaman dengan baginda, pernahkah mereka mendakwa demikian? Pernahkah mereka mengadakan majlis menjemput orang ramai bersalam dengan mereka untuk masuk syurga. Pernah ini dibuat oleh Abu Bakar, atau Umar, atau Uthman, atau Ali atau lain-lain. Saya dukacita apabila yang bangun bersalaman ialah orang-orang masjid dan ‘kaki dengar kuliah agama’. Sehingga saya tertanya-tanya; apakah segala pengajaran agama yang dipelajari gagal menjadikan mereka cerdik, atau sekurang-kurangnyanya menghidupkan fungsi akal mereka. Sedangkan agama datang untuk mencerdikkan akal bukan membodohkannya.

Demikian juga orang kita percaya adanya kayu atau rajah atau bahan tertentu mempunyai kesaktian tertentu. Ini seperti percaya dengan kayu kokka yang dijual di negara ini. Bahkan kayu tersebut dijual di Mekah dan Madinah oleh warga Bangladesh yang bertaburan di sana. Ramai pula yang membeli. Menggunakan nama agama lalu kayu itu dijual, kononnya tongkat Nabi Musa dibuat daripadanya. Demikian juga kononnya bahtera Nabi Nuh juga diperbuat daripadanya. Maka dibohongilah orang ramai kononnya kayu itu jika disimpan membawa rezeki, atau menolak bala dan berbagai-bagai kesaktian yang lain. Maka harga kayu tersebut yang beberapa ringgit di negaranya bertukar menjadi ratusan bahkan ribuan ringgit di negara kita. Padahal tidak satu dalil yang sahih pun dalam Islam mengenai kayu kokka tersebut. Mustahil pula untuk Islam membicarakan perkara yang bodoh seperti itu. Bahkan itu termasuk dalam sabda Nabi: Sesiapa yang menggantung (tangkal) maka dia melakukan kesyirikan (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Menggantung di sini bermaksud menggantung sesuatu yang dipercayai dapat menangkis bala atau mendatang sesuatu kebaikan. Perbuatan itu di samping ia syirik, ia adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan. Apabila saya mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai hal ini, ada yang menghubungi saya dan minta tolong jangan ganggu bisnesnya. Begitulah manusia, dia sanggup melelong agamanya demi bisnesnya.

Serupa dengan itu, atas nama agama dijual air dan barangan jampi yang pelik- pelik. Sehingga ada yang membuat bisnes air tertentu yang dijampi secara tulisan dan bacaan. Diberi pula nama yang berbagai- bagai. Kononnya itulah ajaran Islam. Saya tidak menafikan baginda Nabi pernah menjampi penyakit seperti baginda juga berubat dengan bahan-bahan perubatan yang lain. Ini disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Namun dakwaan dengan air atau kismis atau apa jua bahan-bahan jampi orang yang tidak pintar pun boleh dipintarkan, suami atau anak yang tidak baik perangainya boleh dipulihkan, ini sudah luar biasa lagi mengatasi Nabi. Baginda tidak menjampi kaum Quraisy agar beriman, bahkan bapa saudaranya yang dekat dan dikasihi iaitu Abu Talib pun meninggal dalam keadaan kufur tanpa dijampinya. Kalau dengan menjampi manusia boleh berubah sikap, pasti Nabi akan menjampi telaga zamzam kerana itu sumber air Quraisy ketika itu. Pasti Quraisy akan berubah apabila terminum. Hal ini tidak berlaku dalam sirah baginda. Kalau benar ada orang boleh menjampi sehingga mengubah sikap manusia kepada baik, atau mencerdikkan manusia maka eloklah kita mengupahnya menjampi empangan-empangan air di negara ini agar semua rakyat menjadi baik dan cerdik. Ketahuilah sesungguhnya jalan untuk manusia mendapat hidayah adalah dakwah yang benar, keikhlasan hati penerimanya dan keizinan Allah. Firman Allah dalam surah al- Baqarah ayat 256-257 (maksudnya) Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang ingkar, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan-kegelapan. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Dalam hadis ada beberapa orang sahabat yang didoakan oleh Nabi agar diberikan ilmu dan kepandaian. Antaranya tokoh sahabat yang masih muda Ibn ‘Abbas yang baginda doakan untuknya: Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran) (Riwayat al- Bukhari). Ibn ‘Abbas benar-benar muncul sebagai tokoh ilmu pengetahuan, pentafsir al-Quran dan sahabi yang alim yang menjadi rujukan umat. Namun Ibn ‘Abbas bukanlah seorang yang hanya menunggu hasilnya doa baginda datang bergolek seperti sesetengah pihak menunggu kesan bahan jampi. Sebaliknya sejarah mencatatkan kesungguhan beliau dalam berusaha memperoleh ilmu. Selain daripada berkesempatan mengambil ilmu secara langsung daripada baginda selama tiga puluh bulan. Kemudian baginda wafat ketika umur Ibn ‘Abbas 13 tahun. Beliau terus mengambil hadis daripada para sahabat seperti ‘Umar ibn Khattab, ‘Ali, Mu‘az, bapanya sendiri iaitu ‘Abbas, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, dan ramai yang lain. (lihat: al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala‘, 3/332-337, Beirut: Maktabah al-Risalah). Maksudnya doa Nabi dimakbulkan Allah, namun melalui proses keilmuan yang sepatutnya. Sebaliknya, keadaan sesetengah masyarakat Muslim seakan cuba digula-gula dengan meminum atau memakan bahan jampi orang agama, maka akan berlaku keajaiban dalam kehidupan. Sepatutnya yang ditekankan adalah soal kesungguhan menuntut ilmu seperti yang difardukan oleh Islam. Malangnya dalam masyarakat Muslim, kesungguhan membaca, memiliki buku, memenuhi perpustakaan, menulis bahan ilmiah tidak digembar-gemburkan, bahkan ‘orang lain’ mendahului kita. Tiba-tiba jampi menjadi cerdik pula yang mendapat publisiti dan dijual secara komersial. Tidakkah kita merendahkan Islam apabila orang bukan Islam melihat anak orang kita yang minum air jampi ‘ustaz’ tidak lebih cemerlang atau jauh ketinggalan dibandingkan anak ‘orang lain’ yang berbekalkan air mineral? Janganlah kita lelong agama kerana bisnes kita.

Menjelang bulan Ramadan, ramai pula yang buat bisnes borang atau kupon amalan tertentu yang kononnya jika dibeli maka pahala akan diposkan kepada arwah yang disebut namanya dalam borang atau kupon berkenaan. Maka seakan pahala akan dicetak oleh pengeluar borang untuk kegunaan arwah di alam barzakh dengan bayaran yang diupahkan. Entah kilang mana yang mencetaknya atau posmen mana yang mengirimnya, kita tidak pasti. Demikian mereka melelongkan agama sehingga ada individu tertentu yang mengaut keuntungan puluhan bahkan ratusan ribu ringgit dengan melelong pahala di bulan Ramadan. Seakan siapa duit banyak, maka selamatlah dia di akhirat. Dunia rasuah kita bagai menjelma juga selepas kematian. Nabi pernah memberi ingatan: Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Namun masyarakat kita ramai yang terpengaruh dengan perkara-perkara yang disebutkan ini kerana ingin jalan pintas tanpa usaha. Mereka ingin cerdik secara pintas tanpa belajar, kaya pintas tanpa usaha, masuk syurga pintas tanpa beramal dan seumpamanya. Golongan yang berkepentingan pula, mengambil kesempatan atas nama Islam. Kalau demikian cara kita beragama, maka tidak hairanlah jika ramai orang Melayu suka ‘ali babakan’ segala peluang yang diberikan kepadanya.

-





Hayati semangat Kemerdekaan dengan Ukhuwwah Islamiyyah

Hulurkanlah salam & berikanlah senyuman kerana senyuman itu sedekah

MERDEKA !

MERDEKA !

MERDEKA !

Saturday 1 September 2007

Malaysiaku Tercinta

Surat khabar The Star, Sabtu - 1st September 2007 hari ni melaporkan the independent wish made by the President of America, G.W Bush kepada kepimpinan Pak Lah terhadap Malaysia. Dia menyatakan, “Fifty years ago, a young democracy came into being on the Malayan peninsula. To secure its freedom, the people had to defeat a communist insurgency and chart a course that gave all its people equal rights. The democracy, like so many in East Asia, has flourished based on principles of respect for the rights of all in society, regardless of ethnicity or religious belief. Malaysia today is a prosperous nation and a beacon of hope. Dia kemudian berkata lagi, “I respect the way Prime Minister has used freedom and the openness of society to deal with frustration. I mean, all societies have frustrated people. The question is: Will the outlet of that frustration lead to violation or peace? Malaysia is an example of a country where frustrations have been channelled in a positive way”. Dia kemudian mengakhiri ucapannya dengan memuji Pak Lah, “I respect Prime Minister Abdullah, admire his leadership”. - Bernama

Hmmm ...

Bagi saya, statement tersebut tidak boleh dibaca secara mendatar … tetapi ia perlu dinilai & dilihat berdasarkan kepada realiti sebenar yg berlaku ke atas komuniti dunia & negara kita. Looking to the statement made by G.W Bush, I personally would say that it is a joke or merely an act by the best actor in the world. I think he should be awarded with ‘the best actor trophy award’ as if that, he was really into the character which is in the reality is not. G.W Bush talked about freedom, democracy and independent as if he was truly in the place of fighting the freedom of world nation. The question is, do people really recognize him as the icon of the freedom fighter? Apa peranan dia ke atas kekejaman yg berlaku di Palestin? Adakah pernah dia menyatakan & mencadangkan sebarang resolusi kedamaian di atas kekejaman tersebut? Begitu juga di Afganistan dan Iraq .. adakah benar beliau benar2 memerangi Afganistan & Iraq di atas tujuan memerangi terrorist? Atau sekadar ingin menunaikan tuntutan ‘balas dendam’ bapanya di atas kekalahan Amerika dulu dengan Iraq, juga sikap prejudisnya terhadap Islam? Lakonannya tidak bertahan lama … awal2 dulu mungkin dia mampu memperdayakan manusia dengan lakonannya. Tetapi hari nie, bukan saja umat Islam, bahkan rakyatnya sendiri berdemontrasi menentang gagasan yang selama ini dia canang-canangkan. Umat Islam yg teguh keislamannya mengukur dengan mata aqidah, manakala manusia lain mengukurnya dengan mata akal. Selagi manusia punya akal, mereka mampu membezakan di antara yg benar dan yg palsu … Itu penilaian saya terhadap G.W Bush.

Mari menilai our Prime Minister plak … Pak Lah the Tidur man. Tentu hari nie hidung Pak Lah jadi sangat besar kerana pujian membukit oleh G.W Bush terhadap beliau … Presiden Amerika wooo. Pak Lah dipuji di atas kepimpinan beliau … icon kebebasan dan keamanan. Saya rasa, kedua-duanya adalah pelakon terhebat. Bush hebat dengan memerangi terroristnya, Pak Lah pula hebat dengan Islam Had-harinya .. ‘Aku mencari al-Ghazali, aku mencari as-Syafi’i, kita bongkar kitab suci’ … last2 jumpa Jeane Abdullah je. Al-Ghazali ke mana, as-Syafi’i pun ntah ke mana … kitab suci masih tak bongkar2 lagi. Kita husnu az-Zhon je la … mungkin dia nak bg name bakal anak dia al-Ghazali dan as-Syafi’i kot, tu pasal dia cari Jeane Abdullah dulu..hehe.

Pak Lah … kalo Dato’ Seri nak cari al-Ghazali, nak cari as-Syafi’i … Dato’ Seri kene la betul2 ikut Islam … jangan separuh2 je. Sebab dalam kitab Ihya’ al-Ghazali dan al-Umm as-Syafi’i bukan sekadar berbicara mengenai solat, zakat, haji je … tp membicarakan agenda ‘Islam is the way of life’. Jadi tak cocok la kalo macam tu Pak Lah. Kezaliman ISA, riba dalam sistem iqtisaadi, jenayah dalam masyarakat, rasuah kepimpinan & ketidakjujuran dalam pengurusan perlu dihapuskan dengan penuh kesungguhan sebab semua nie bukan the way of Islam. Saya tak nak Islam Had-hari, tp saya nak Islam ad-Deen Ya’lu wala Yu’la ‘alaihi yg membina Hadharah Islamiyyah. Islam Had-hari ni bagi saya hanyalah picisan murahan dari seorang yg mahu berselindung di sebalik nama Islam. Sebagai makluman .. sebelum Pak Lah menjenamakan Islam Had-hari ni, Syeikh Anwar al-Jundi (seorang pemikir Islam Mesir) sudah lama membongkarkan di dalam bukunya Itorul Islam fil Fikri al-Ma’asir di bawah tajuk khas Islamul Hadhari wa as-Thaqafi la Yakfi (yg Islam Had-hari & Islam Thaqafi tidak memadai) bahawa ia adalah lakonan pihak pemerintah serta agenda barat, kemunis & zionis …

Apa yg penting … saya secara peribadi tidak menolak 10 prinsip yg tercatat di bawah gagasan Islam Had-hari kerana ia memang gagasan & manifesto yg ingin Islam bangunkan dan sebenarnya telahpun dibangunkan serta dibuktikan oleh Islam semasa zaman emasnya. Justeru .. ‘Mengapa saya tidak bersama Islam Had-hari’ akan saya kupaskan kemudian dengan izin Allah di dalam blog ini. Saya punyai seribu satu hujjah untuk tidak bersamanya … nantikannn.

Jadi, Pak Lah atau rakyat Malaysia seluruhnya tidak perlulah berbangga dengan pujian G.W Bush ke atas Kemerdekaan Tanah Air kita nie kerana apa guna pujian tersebut jika ia datang dari manusia yg tidak memperjuangkan kemerdekaan … but in fact the master-mind of the world evil. Who care! I don’t care … go to the Hell you Bush.

Aku cintakan Malaysia!!
Salammm ..


Malaysiaku Tercinta