Saturday, 15 September 2007

Mahasiswa Kita "Mandul"?

Oleh: Sahabat saya, Lotpi B. Mohd Yusup

Satu artikel yg menarik untuk difikirkan bersama. Kita mahukan pemuda seperti sahabat saya, Lotpi yg mana beliau tidak hanya berfikir utk diri sendiri, tp untuk survival pemuda Islam seluruhnya. Baca & cuba fahami ...
*********
Assalamualaikum dan salam kemerdekaan(bagi yang masih dalam mood merdeka). Hari Sabtu hari tu saya berjumpa seorang kawan dari USM. Kami bersembang panjang di gerai makan "planet". Tengah-tengah sembang tiba-tiba kawan saya ni bawa topik tentang mahasiswa masa kini."aku tengok mahasiswa sekarang ni udoh mandul", katanya dalam loghat perak. Nak tersembur air horlicks ais saya dari mulut(maklumlah,perkataan mandul ni jangan sebut, pantang keturunan,tercabar kejantanan). Saya biarkan aje dia bercerita meluahkan perasaan dan pendapat. Saya sedikit sebanyak bersetuju dengan dia. Apa yang saya dapat simpulkan dari apa yang dia cuba sampaikan ialah mahasiswa punya sikap "apathic" dan kurang sifat artikulasi yang akhirnya menyebabkan mahasiswa kurang idealisme dan semangat "anti-establishment". Ya,saya bersetuju sungguh.



Kalau anda menelusuri al-quran dengan penuh keinsafan, anda akan mendapati beberapa ayat yang menyatakan penghargaan terhadap golongan pemuda pemudi. Antaranya ayat "innahum fityatun amanu birabbihim wa zidnahum huda"(sesungguhnya merekalah pemuda yang beriman lalu kami tambahkan hidayah kepada mereka). Kisah Ashabul kahfi di dalam al-quran sememangnya suatu "benchmark" yang tepat bagi menunjukkan siapa dia pemuda yang punya karamatul insaniah dan cemerlang di dunia dan akhirat.
Selain itu, di sana terdapat satu hadith nabi tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari akhirat antaranya shabbun nashaa fi i'badatillah(pemuda yang hidup dalam keadaan beribadat kepada Allah). Bagi sesiapa yang pernah membaca novel "Tuhan Manusia" karya penulis muda lagi prolifik Saudara Faisal Tehrani,anda akan dapati si penulis menaqalkan kisah Itab bin Usaid seorang sahabat nabi yang dilantik menjadi Gabenor Mekah menggantikan nabi kerana nabi ketika itu memimpin angkatan perang ke Hunain. Itab hanya berusia 21 tahun ketika dilantik lantas usianya itu mengundang kontroversi. Menyedari kontroversi itu nabi segera menhantar surat ke Mekah menyatakan:"Tiada orang yang berhak menentang antara kalian dan tindakan menentangnya itu dilakukan kerana beralasan usia muda. Ketahuilah, bukanlah yang lebih besar itu yang lebih mulia, akan tetapi, yang lebih mulialah yang lebih besar.” Lihat bagaimana besarnya jiwa nabi. Nabi mengiktiraf pemuda. Tetapi pemuda yang bagaimana? Sudah tentulah pemuda yang punya harga diri,menjaga kemuliaan diri,tawadhu',sentiasa mengislah diri, dan menjauhkan diri dari perkara munkar. Selain itu kisah Usamah bin Zaid yang memimpin angkatan tentera ketika hanya berusia 20an juga patut dijadikan iktibar oleh para pemuda pemudi.
Apa signifikannya kisah shabab di zaman nabi dengan kisah mahasiswa di Malaysia hari ini? Madrasah nabi tidak punya peralatan teknologi maklumat seperti internet dan sebagainya, madrasah nabi tidak punya bangunan cantik-cantik macam di UIA,madrasah nabi tidak mempunyai "fund" yang banyak,namun pemuda atau shabab-shabab yang lahir dari madrasah nabi menakluk dunia, mengislah masyarakat serta memimpin umat. Universiti Islam Antarabangsa ada perpustakan yang moden,bangunan yang cantik-cantik,(mahasiswi yang cantik-cantik pun ada, yang pakai tudung Wardina tapi nampak pusat,pakai tudung tapi bajunya ketat,pakai tudung tapi baju lengan pendek),UIA juga ada lab komputer dangan sistem IT yang moden, dan tak ketinggaln UIA juga ada asrama yang selesa untuk didiami. Namun mahasiswa dari UIA bagaimana?Mereka boleh menakluk dunia,memimpin umat dan mengislah masyarakat?Jangan kata nak islah umat seluruhnya,nak islahkan penduduk Kampung Sungai Pusu pun belum tentu. Persoalannya di sini mengapa semua ini berlaku?
Sesetengah dari mahasiswa masuk universiti semata-mata mahu mendapatkan segulung ijazah untuk mudah "cari makan" selepas "study". Golongan seperti ini paling ramai( boleh kata 90 peratusla). Golongan seperti ini mudah saje nak cam. Antara simptom-simptom golongan ini (menurut Dr Ismail Tambi pakar bab mandul memandul ni,he2) ialah malas membaca(kalau baca pun buku study jela,ataupun novel-novel picisan,majalah URTV,Mangga dsb), bergayut dengan jantan berjam-jam malam-malam, bawa anak dara orang ke hulu ke hilir hujung minggu (berdating la tu), tidak berminat dengan seminar-seminar ilmiah dan majlis-majlis ilmu, sibuk hal-hal keduniaan semata-mata,tidak berminat dengan masalah umat,sentiasa "update" tentang filem-filem terkini di panggung,teruja dengan artis-artis dan banyak lagi simptom-simptom yang lain.
Adakah mahasiswa-mahasiswa begitu yang kita mahu lahirkan? Sudah tentu tidak. Kita mahu mereka-mereka yang berada dalam menara gading punya visi,akhlaq yang terpuji,sensitif dengan isu umat Islam, amar maa'ruf nahi munkar, menuntut ilmu ikhlas kerana Allah,banyak membaca,menyertai seminar ilmiah dan majlis ilmu,meletakkan agama melebihi kepentingan peribadi,tidak hanya bercita-cita mahu menjadi kaya sahaja, banyakkan infaq, dan bergerak dengan jemaah dan harakah islamiah bagi mengislah diri dan masyarakat. Dengan itu barulah kemenangan untuk Islam akan dapat dicapai, kalau tidak di zaman ini,sekurang-kurangnya di zaman cucu cicit kita nanti. Kita menanam bibit-bibit kemenangan. Walaupun kita tidak sempat menuai buah-buah kemenangan itu namun sekurang-kurangnya biarlah anak cucu cicit kita yang menuainya.

0 comments: