“Fit, jom jalan-jalan dekat Convest Hill kejap”, pelawa sahabat saya, Wan Mohd Zulhafiz.
“Jom .. ok jer kalau nak gi”, jawab saya menerima pelawaan beliau.
Kami pergi ke sana sejurus selepas kami selesai Equity Test 1. Keseluruhannya, soalannya tidaklah begitu susah tetapi ada satu soalan yang kebanyakkan kami tak tahu nak jawab sebab tak pernah jumpa citation of that case. Waktu jawab soalan tu, memang saya jadi lawyer buruk la. Keluarkan segala pendapat yang entah dari mana sumbernya. Yang penting, ia tidak dibiarkan kosong. Mana la tahu mungkin jawapan lawyer buruk tu boleh diterima. Untung nasib siapa yang tahu kan??
Jadi, selepas sakit kepala perah otak di Moot Court, kami pun pergi ke Convest Hill untuk tenang-tenangkan fikiran. Inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke Convest Hill bagi Convocation 2007 ini. Convest Hill adalah tempat di mana terdapatnya gerai-gerai makanan, pakaian & souvenir. Ia terletak berhadapan dengan Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL). Ia akan ada pada setiap kali hari convocation UIA berlansung. Selalunya ia berada di sana selama 5 hari. Sewaktu Convocation, semua café di kolej-kolej pelajar diwajibkan tutup supaya semua pelajar datang mengimarahkan Convest Hill & me-laku-kan gerai-gerai makanan yang dibuka di sana. Jadilah convest hill tue seperti sarang semut. Di situlah kita boleh kenal & tengok karakter pelajar-pelajar UIA sbb segala jenis manusia berkumpul di sana … mcm buat haji plak .. Hehe.
Sesetengah pelajar UIA memang menanti-nantikan kedatangan Convocation. Alasannya sebab ada convest hill … sbb di sanalah tempat untuk pasangan kekasih bertemu & berasmara. Tapi saya memang kurang suka dengan adanya Convest Hill … rimas dan merunsingkan. Alasannya ... sebab makanan yang dijual di sana agak mahal. Kemudian kami terpaksa berjalan jauh utk kesana. Jadi, kalau malas sangat nak ke sana, saya beli je roti dekat Kiosk di kolej. Jalan raya dalam UIA pun secara tak langsung menjadi sesak … semuanya gara-gara Convest Hill. Sebab tu saya tak pernah seronok dan gembira dengan wujudnya Convest Hill. Saya lebih rela keluar dari UIA untuk lari dari hiruk pikuk Convest Hill. Memang pun .. selama convocation berjalan, selepas kelas … saya banyak habiskan masa saya di luar. Makan pun di luar. Kalau tak keluarpun, bilik menjadi tempat saya membawa diri. Buku menjadi sahabat setia yg menghiburkan saya.
Tapi waktu kami pergi tu, keadaan di sana memang masih lengang. Kami pergi dalam pukul 3 petang. Memang tak ada orang lagi sebab kebanyakkan pelajar ada kelas waktu itu.
“Jak (nama panggilan Wan Zulhafiz), jom teman aku tengok tudung sat”, pelawa saya ketika sedang berjalan menuju Convest Hill.
“Kau nak beli untuk siapa”, tanya Wan Zulhafiz.
“Cadang nak cari untuk mak. Tapi tak tahu lagi nak beli ke tak. Aku bukannya tahu sangat nak pilih tudung mana yang elok. Saja-saja nak tengok dulu”, jawab saya.
Ketika kami sedang berjalan di gerai-gerai yang menjual tudung, jubah & baju kurung, tiba-tiba Wan Zulhafiz cakap ..
“Beruntung kau Fit … adaa mak lagi. Bukan macam aku … mak dah meninggal”.
“Setiap kali hari ibu, selalunya aku akan wish & bagi hadiah pada mak aku. Tapi hari ibu yg terakhir sebelum dia meninggal tu, aku tak sempat nak bagi apa-apa. Sampai sekarang rasa terkilan”, sambung beliau.
Perbualan kami terhenti sementara & suasana menjadi hambar seketika. Aku tersentak dengan keluhan beliau. Mak beliau meninggal dunia tahun lepas (2006) apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya kuala lumpur – kuantan. Kawan saya bukan saja kehilangan seorang ibu yg amat beliau kasihi, tetapi juga seorang adik bungsu yg berada bersama ibunya pada waktu itu. Kemalangan tersebut sungguh tragis. Ia berlaku apabila kereta yg dipandu oleh bapa saudaranya tiba-tiba terbabas melanggar belakang lori sehingga menyebabkan kereta tersebut terbakar. Pemandu & semua penumpang tidak dapat diselamatkan. Kejadian ini turut dilaporkan di dalam surat khabar.
Walaubagaimanapun, saya lihat dia seorang yg cukup tabah. Kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar, malah prestasinya tidak menurun dari yang sebelumnya. Cuma pada awal-awal dulu, beliau ada meluahkan perasaannya kepada saya,
“mengapa perkara macam nie berlaku pada aku, mengapa tak berlaku kepada orang lain”.
Kawan-kawan ..
Semua orang tidak mahu merasa kecewa. Semua mahu hidup dalam kegembiraan dan kebahagiaan bersama orang yg mereka cintai dan kasihi. Semua mahu mendapat belaian kasih sayang … didakap dan dimanjakan. Bayi ke dia, tua ke dia … semua mahu merasa diri mereka dimanjakan. Itulah fitrah kehidupan manusia … suka bila diberi perhatian, kecewa bila dipinggirkan dan dibiarkan. Berapa ramai anak-anak muda hari nie rosak dan binasa kerana ibu bapa tidak memainkan peranan mereka sebagai pembimbing anak-anak? Anak-anak dibiarkan sendirian. Hal ehwal mereka tidak diberi perhatian. Ada juga ibu bapa yang terlalu mengekang kebebasan anak-anak sehingga mereka tidak mempunyai hak untuk berdikari sendiri. Hak mereka diikat. Kebebasan mereka untuk bersuara dinafikan. Mereka ibarat burung kakak tua yg hanya boleh menerima, tetapi tidak boleh bersuara lebih dari apa yang diajarkan.
Hal sebegini berlaku kepada salah seorang kawan saya. Beliau sering mengeluh kepada saya tentang masalah keluarganya. Beliau merasakan kebebasan beliau diikat dan dinafikan. Jika A kata ayah, maka A lah jawabnya … tidak ada istilah 'berbincang' bagi ayahnya. Beliau sering dimarahi kerana beliau tidak dapat mencapai standard yang diletakkan oleh ayahnya sehinggakan sampai ke satu tahap beliau mengatakan,
“Ana rasa dia macam bukan ayah ana. Duduk sini (UIA) lagi tenang dari balik rumah. Duduk rumah asyik kene marah je. Buat ni salah, buat tu pun salah. Rasa macam nak cepat-cepat kawin, boleh balik rumah pak mertua selalu”.
Hmm .. saya faham perasaan dia. Tetapi saya tidak boleh membenarkan kata-kata dia seratus peratus. Apa yang saya boleh nasihatkan adalah … hargai ayahnya sebagai seorang ayah. Fikir secara positif … mungkin apa yang beliau lakukan adalah untuk kebaikan anak-anaknya sbb ayahnya dulu hidup dalam keadaan susah sebelum merasai kehidupan yg senang pada hari ini. Itu saja yg termampu untuk saya nasihatkan.
Berbeza dengan kawan saya, Wan Zulhafiz … dia hidup dalam keluarga yang harmoni & bahagia. Saya kawan rapatnya dan saya tahu bagaimana hubungan dia dengan ibunya. Ibunya kerap menelefonnya bertanyakan khabar dan sebagainya. Tetapi taqdir Allah membuatkan segalanya berubah. Insan yg sering membahagiakannya, memberi kasih sayang kepadanya … menelefonnya, mengambil berat tentang hal ehwal hidupnya … kini sudah tiada lagi. Kerinduan dulu terus menjadi kerinduan yang tidak dapat diluahkan lagi … hanya terbuku di dalam hati. Mungkin hal ini menjadi sebab mengapa beliau mengatakan demikian, “mengapa perkara macam nie berlaku pada aku, mengapa tak berlaku kepada orang lain”.
Namun begitu, walau sekuat manapun bebanan dan ujian yg Allah SWT berikan kepada kita ... kita wajib bersabar. Tidak layak sesekali kita sebagai seorang muslim merasa kecewa dengan ketentuan tersebut. Yang pasti, di sebalik musibah yg melanda .. pasti terdapat hikmah atau rahsia yg ingin Allah tunjukkan kepada kita. Percayalah, Allah tidak sesekali menzalimi hamba-hambaNya kerana kezaliman merupakan sifat yg haram bagiNya.
Kawan-kawan ku ..
Bagi sesiapa yg masih mempunyai kedua ibu bapa, bersyukurlah kepada Allah SWT di atas kurniaan tersebut. Kita masih lagi beruntung. Tidak seperti sahabat-sahabat kita yg sudah kehilangan ibu atau bapa, atau kedua-duanya sekali … Mereka hidup menahan rindu, cemburu melihat orang lain bersama ibu dan bapa. Mereka ingin sekali merasa dipeluk, didakap & diberi kasih sayang sepertimana mereka pernah merasainya dulu. Kalau kita rindu ibu kita atau ayah kita, pasti kita akan telefon mereka … 5 minit pun jadilah. Asalkan kerinduan dapat ditunaikan. Tetapi mereka bagaimana?? Di mana mereka hendak melepaskan kerinduan tersebut? Di saat itu, hanya gambar2 kenangan saja yg mampu menjadi pengubat segala rindu. Berlinang air mata mengenang kegembiraan dulu bersamanya. Ataupun ... perkara terbaik yg boleh mereka lakukan adalah dengan menziarahi pusara ibunda & ayahanda … mensedekahkan al-Quran, menabur bunga dan hijaun serta menyiram air di atas pusara tersebut. Namun, melepaskan kerinduan sebegini sama sekali tidak sama dengan melepaskan kerinduan semasa hayatnya .. Bersyukurlah wahai kawan-kawanku.
Saudara,
Kasihnya seseorang tidak boleh dijual beli & diganti. Hilang orang yg dikasihi … bermakna hilanglah tempat mereka melabuhkan kasih.
Tetapi kita sering leka dan lupa. Kita tidak pernah merasa bersyukur dengan apa yg ada di depan mata. Kita tidak pernah cuba untuk menghargai sesuatu pemberian. Ibu bapa adalah pemberian Allah buat kita anak-anak … Marilah kita menghormati mereka & berikanlah kasih sayang kepada mereka mengikut kemampuan terbaik kita. Walaupun mereka melakukan kesalahan kepada kita … walau sebesar gunung sekalipun, hargailah mereka. Kesalahan mereka biarlah antara mereka dengan Allah. Tetapi kita sebagai anak perlu menunaikan tanggungjawab kita sebagai anak.
Jangan bila kedua ibu bapa kita sudah meninggal dunia .. baru kita hendak menyesal kerana kegagalan kita menjadi anak yg terbaik di sisi mereka. Pada waktu itu, tidak berguna lagi penyesalan & tangisan ...
Saya bersimpati dengan apa yg berlaku kepada sahabat saya, Wan Zulhafiz. Semoga ibunya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT … sedekahkan al-Fatihah buat ibunya.
0 comments:
Post a Comment