Monday 17 March 2008

ADAT & Permintaan yang sering mengecewakan (Edit)

SATU ANALISA TERHADAP PERSOALAN REMAJA HARI INI
.
CERITA PASAL ADAT
.
“Acara batal air sembahyang pun termasuk dalam adat perkahwinan juga ke?”, tanya saya ‘pelik’ pada sahabat saya.
.
“Ye la, ia termasuk dalam adat perkahwinan juga tu”, jelas sahabat saya.
.
“Yeke macam tu. Tak tahu pula .. ingatkan majlis biasa-biasa saja”, ujar saya yang agak naïf dengan beberapa adat kemelayuan Melayu yang masih diamalkan oleh sebilangan rakyat Melayu sekarang.
.
“Keluarga ana Alhamdulillah, rasanya tak ada la berat sangat dengan adat-adat ni. Keluarga anta pentingkan adat kan?”, tanya saya kepada beliau.
.
“Tak juga … biasa-biasa je”, jelas beliau.
.
“Tapi semasa kelas Qawa’id hari tu, waktu menyentuh mengenai kaedah ‘al-‘Adah al-Muhakkamah’, ust Razali ada menyentuh mengenai pepatah Melayu ‘Biar mati anak, jangan mati adat’. Dia kata sebenarnya pepatah tu tak salah dan tidak bercanggah pun dengan Islam sebab pada waktu dulu istilah adat dan hukum Islam ini seperti suatu istilah yang sinonim”, sambung beliau.
.
“Ust Razali kata kalau merujuk balik kepada sejarah mengapa pepatah itu diungkapkan .. ia ada kaitan dengan kes seorang lelaki yang melakukan zina. Sebelum kedatangan penjajah, Tanah Melayu memang berpegang kuat dengan mazhab Syafi’ie. Jadi hukum hakam yang digunakan adalah hukum hakam Islam. Lelaki yang berzina tadi terpaksa dihukum bunuh sebagai hukuman daripada jenayah zina yang dia lakukan. Jadi ada segelintir masyarakat yang tidak bersetuju dengan hukuman tersebut. Tetapi disebabkan oleh pegangan yang kuat terhadap agama, lahirlah ungkapan ‘biar mati anak, jangan mati adat’ … maknanya, biar anak sendiri mati, jangan hukum Islam dinafikan”, jelas beliau mengenai penjelasan yang dibuat oleh Prof Dr. Ust Haji Razali Nawawi.
.
“Ooo .. maknanya adat dalam pepatah ini bermaksud hukum Islam la ye”, saya cuba membuat kesimpulan dari keterangan beliau tadi.
.
“Ya … macam tu la yang Ust Razali terangkan”, rumus beliau.
.
Saya menambah, “Tetapi malangnya sekarang ini banyak orang dah silap faham dengan maksud adat dalam pepatah ini sehingga sanggup meninggikan adat melebihi hukum Islam”.
.
BERTEGANG LIDAH KERANA ADAT
.
Kadang-kadang anak dan ibu boleh bertegang lidah kerana adat. Inilah selalunya yang berlaku terutamanya bila menyentuh soal perkahwinan.
.
Si anak cuba mencadangkan yang lebih baik ke arah pemahaman Islam yang lebih murni dan bersih, tetapi si ibu masih bertegas dengan ke-tradisian adatnya.
.
Biar ia bertentangan dengan agama, biar berpeluh sesetengah ustaz-ustaz masjid dan surau mengatakannya haram … tetapi mereka tetap menjadikan amalan nenek moyang sebagai sandaran untuk berhukum.
.
… mungkin inilah juga faktor mengapa ramai golongan Melayu zaman Jepun dan Inggeris masih setia dengan Pemegang Keris Tidak Melayu Hilang di Dunia, walaupun sudah nyata lagi bersuluh merekalah pemusnah bangsa dan tanah air … biru tetap biru.
.
“Aku lebih banyak makan garam daripada kamu … aku tau lah. Kamu masa tu mana tau apa-apa. Kami dulu hidup susah. Makan pagi kais pagi, makan petang kais petang. Kadang-kadang ubi dan garam saja lauk pauk kami. Tapi UMNO lah yang telah membawa perubahan. Merekalah yang memberikan kemerdekaan kepada negara kita daripada saki baki penjajah ..!!”, tegas sesetengah bapa yang berkerut dahinya mempertahankan keUMNOannya yang menjadi-jadi babi telah membutakannya.
.
Seperti kata orang-orang muda - macam mana berapi sekalipun manifesto BA dan biarpun kering air liur calon-calon meyakinkan mereka - jari-jari mereka telah diadatkan untuk sentiasa memangkah dacing dan tidak boleh beralih kepada bulan.
.
Kesimpulannya, “Kalau darah tu dah pekat membiru, alamatnya memang biru sampai ke mati la jawabnya. Kita kene tunggu habis satu generasi ini dulu baru boleh menuju Malaysia baru”, mengeluh sesetengah petugas pilihanraya BA ketika berkempen kepada sesetengah atuk-atuk dan nenek-nenek kita.
.
ADAT LAMBANG KEBUDAYAAN
.
Tidak salah mempertahankan adat kerana adat melambangkan sesuatu bangsa dan kebudayaannya. Bangsa yang miskin adat adalah bangsa yang miskin dengan budaya.
.
Sebagai bangsa Melayu, kita harus berbangga dengan kepelbagaian adat budaya kita. Adat yang kita warisi secara turun temurun sebenarnya banyak melambangkan kesopanan budaya kita, kerana kebanyakkannya berkait rapat dengan akhlak dan keperibadian seperti menundukkan diri apabila melintas di hadapan orang tua, mencium tangan orang yang lebih tua dan dihormati, menanggalkan selipar apabila masuk ke dalam rumah, makan nasi dengan menggunakan tangan, acara membatalkan air sembahyang di dalam majlis akad nikah, acara berkompang dan sebagainya.
.
Ini merupakan adat dan budaya yang terpuji, malah diterima oleh agama.
.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kebanyakkan adat yang terpuji ini kita warisi dari tarbiah Islam yang dibawa bersama oleh para pedagang arab dari Hadramaut, Yaman beberapa abad yang lalu. Walaupun terdapat pelbagai teori siapakah sebenarnya yang membawa Islam ke Tanah Melayu, namun satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah; masyarakat Melayu seolah-olah ibarat suatu entiti yang terlalu hampir dan sinonim dengan Islam. Bahkan tidak terdapat satupun Perlembagaan Negara melainkan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai salah satu ciri penting dalam pendefinasian bangsanya.
.
Bagaimana pula dengan status Melayu yang telah murtad?
.
SEDAPNYA SAMBAL KERANA BELACAN
.
Teringat kata-kata tok guru Nik Aziz, “Sambal ni penaik selera makan. Dia bagi kita bertambah selera lagi kalau kita tengah makan. Lauk yang tak sedap pun boleh jadi sedap sebab belacan”.
.
Dalam sedap-sedap sambal ini, sebenarnya ia dibuat dari belacan yang busuk. Bukan semua orang tahan dengan baunya. Bahkan sebahagiannya jadi alergi atau alah bila mencubanya sehingga badan menjadi gatal dan sebagainya …
.
“Habis, kalau tak ada belacan tak sedap la ..”, usik saya kepada sahabat saya yang alergi dengan belacan.
.
“Ganti jelah dengan cili api ..”, jawab beliau ‘confident’.
.
Bagi penggemar sambal belacan, mereka dapat membezakan di antara sambal belacan yang ‘menjadi’ dan yang ‘tidak menjadi’. Bukan semua orang boleh buat sambal belacan. Kalau salah cara dan tak ada ‘skill’, ia boleh membuatkan hilangnya selera makan …
.
“Uihh .. sedapnya sambal belacan ni. Ini mesti Awie yang buatkan ..?”, tanya ayah kepada Awie yang sesekali membuat sambal belacan apabila bertandang ke rumah kami.
.
Awie memang pandai membuat sambal belacan. Campuran belacan, cili burung dan cili api yang sebati membuatkan sambal belacan Awie memang mengancam..!!
.
Begitulah juga halnya dengan adat.
.
Adat yang selari dengan kehendak Islam pasti membuahkan suatu bentuk kebudayaan yang terpuji. Tetapi sekiranya ia tidak difahami berlandaskan lunas-lunas Islam, malah diamalkan membabi buta mengikut warisan nenek moyang mengikut adat agama Hindu .. adat seumpama ini perlu ditolak sama sekali.
.
.
Bersanding merupakan adat yang masih kuat diamalkan oleh kebanyakkan orang-orang Melayu. Acara seumpama ini merupakan salah satu contoh adat yang diambil dari agama Hindu dan diadaptasikan di dalam masyarakat Melayu ketika berlangsungnya majlis perkahwinan.
.
Yang salahnya bukanlah bersanding itu, tetapi ‘maksud’ di sebalik persandingan tersebut; iaitu untuk menampilkan wajah kecantikkan pasangan suami isteri khususnya si isteri kepada khalayak ramai. Ditambah pula dengan dandanan yang melampau-lampau sehingga menjejaskan rupa wajah asli seorang wanita beserta dengan pakaian pengantin yang ketat membuatkan sesiapa sahaja ingin tumpang sekaki melihatnya.
.
Pentas bersanding juga dihiasi dengan pelbagai bentuk lampu hiasan dan sebagainya dengan tujuan untuk menarik perhatian orang ramai. Si suami awal-awal lagi telah membiarkan isterinya dipertontonkan oleh orang ramai dengan penampilan yang berlebih-lebihan.
.
MALU-MALU MENGIKTIRAF CINTA
.
“Aku tekad tak akan berkahwin semasa belajar …!!”, tekad sesetengah pelajar pusat pengajian tinggi.
.
Beberapa tahun kemudian, “Nampak gayanya tekad yang lama perlu dipendamkan … aku sendiri pun tak menyangka boleh jadi begini”, luah pelajar tadi yang terpaksa akur dengan kehendak hati.
.
Hati manusia bukan seperti robot yang boleh dikawal dengan ‘remote control’. Tekan ‘off’ dia mati, tekan ‘on’ dia hidup.
.
Bukan seorang dua menghadapi keadaan seperti pelajar di atas, tetapi terlalu ramai. Menetapkan sesuatu yang tabi’i secara Muktamad saya kira sesuatu keputusan yang agak keterlaluan. Bukan tidak boleh, tetapi janganlah dipaksa-paksa sekiranya ‘seruan’ sudah datang menjelma. Ia suatu kezaliman ..!!
..
Menghalang kumbang hinggap di bunga adalah suatu kezaliman kerana itu tabi’atnya.
.
Menghalang hati dari merasai sebuah perasaan cinta juga merupakan suatu kezaliman kerana ia merupakan salah satu fitrah yang telah Allah SWT campakkan ke dalam hati manusia … Jangan salahkan diri sendiri dan jangan pula rasa berdosa … Ia bukan keji dan kotor, tetapi merupakan suatu nikmat Allah yang perlu dihargai dalam menuju redha-Nya. Ini yang disebut oleh Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya ((Tarbiyatul Awlad)).
.
Sekiranya telah datang ‘seru’, pertimbangkan ia dengan sebaiknya dengan petunjuk jalan istikharah dan doa. Laluinya dengan sebaiknya …
.
WARNING ...
.
“Kamu jangan nak gatal-gatal cakap soal kahwin waktu belajar ni”, warning sesetengah ibu bapa awal-awal kepada anak-anak mereka.
.
Saya yakin ‘warning’ tersebut disebabkan oleh kerisauan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Mereka tidak mahu pembelajaran anak-anak mereka terganggu disebabkan oleh faktor-faktor luaran seumpama ini. Ini suatu bukti kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak mereka.
.
Saya bersetuju dengan ‘warning’ tersebut. Bagi saya, kita tidak sepatutnya mencampur-adukkan waktu belajar dengan percintaan. Saya tidak menterjemahkan ‘percintaan’ di sini sebagai percintaan monyet, tetapi percintaan yang ikhlas dan suci yang ingin menuju kepada pembentukkan sebuah baitul Muslim.
.
Itu jalan yang sebaiknya …
.
Mungkin ‘warning’ itu dibuat kerana ibu bapa mereka dulu berjaya membuktikan bahawa mereka berjaya menamatkan pelajaran tanpa sebarang gangguan perasaan yang disebutkan.
.
Tetapi zaman berubah, masa berubah … banyak yang berubah.
.
“Dulu boleh la. Sekarang ni mana boleh. Sekarang ni dengan handphonenya, masalah sosialnya, ininya, itunya … semua ni jadi faktor kita tidak boleh buat macam zaman dulu”, jelas sahabat saya yang tidak bersetuju dengan ‘warning’ tersebut.
.
“Lagipun dulu bukan ramai orang Melayu masuk universiti. Boleh dibilang dengan jari. Perempuan pun banyak yang duduk di rumah. Sekarang ni susah, masuk universiti macam dah jadi satu hak .. ramai sangat orang Melayu masuk U sekarang ni termasuk perempuan. Tengok depan melayu, kiri melayu, kanan pun melayu … macam mana nak kawal syeikh”, sambung beliau.
.
Saya boleh bersetuju dengan alasan beliau.
.
“Pakcik pertama kali tengok makcik masa akad nikah. Sebelum tu pakcik memang tak pernah kenal dan tengok makcik. Tapi budak-budak sekarang ni, sebelum kahwin dah seronok berdating sini sana”, cerita almarhum pak guard Matrik UIA suatu ketika dulu yang pening kepala dengan masalah ‘couple’ remaja-remaja sekarang.
.
Saya sangat bersetuju dengan keluhan beliau dan saya juga boleh bersetuju bahawa salah satu faktor berlakunya permasalahan seperti ini adalah disebabkan oleh kenyataan sahabat saya tadi.
.

PERMINTAAN YANG SERING MENGECEWAKAN

“Ana rasa kita kena kahwin la sekarang ni. Ana nampak ni je cara terbaik buat kita. Kita dah cuba sebaiknya mengurangkan perhubungan, tetapi susah”, luah sesetengah pelajar yang sedang tenggelam dalam cinta ana dan anti.

“Susah la kalau nak minta kahwin sekarang ni sebab adat keluarga kami memang tidak membenarkan berkahwin semasa belajar”

Inilah masalah yang seringkali dihadapi oleh anak-anak muda seperti saya. Mereka sudah mempunyai pasangan dan berniat untuk mendirikan rumah tangga secepatnya tetapi dilarang oleh ibu bapa mereka.
.
Tidak ada ibu bapa yang sanggup melepaskan anak-anak mereka hidup dalam kesusahan. Apabila anak-anak meminta restu mereka untuk mendirikan rumah tangga, pasti timbul pelbagai persoalan di fikiran mereka.. Sudah bersediakah dia? Macam mana hidup mereka kalau kahwin nanti? Boleh ke nak urus keluarga waktu belajar ni? Anak aku nak makan ape nanti? …
.
Ada juga ibu bapa yang menolak permintaan tersebut kerana mereka sendiri telah merasai hidup susah sebagai ‘married student’ dahulu.
.
“Ibu dah rasa macam mana jadi ‘married student’ dulu. Ibu tak nak kak long rasa macam mana yang ibu rasa”, jelas ibu ringkas kepada anak perempuannya.
.
Dan kadang-kadang terdapat ibu bapa yang agak longgar untuk membenarkan anak-anak mereka mendirikan perkahwinan tetapi disebabkan oleh faktor adat di dalam keluarga besar mereka, usaha tersebut terpaksa diperpanjangkan. Perkara ini sering berlaku sekiranya datuk dan opah turut ikut campur dalam menentukan masa depan cucu-cucu mereka. Bererti, yang menentukan keputusan bukanlah ibu dan bapa sahaja, tetapi datuk dan opah.
.
Ada juga ibu bapa yang mentah-mentah menolak permintaan anak-anak mereka dengan alasan adat.
.
“Susah-susahhh … jangan harap la nak dapat kahwin sekarang selagi kakak ana tak kahwin”
.
“Keluarga ana ni berpegang kuat sikit pada adat. Kalau kita nak kahwin juga, pasti timbul banyak masalah nanti. Ana yakin keluarga ana mesti tak bagi punya”
.
Ini masalah yang susah untuk diselesaikan kerana adat dijadikan sumber hukum dalam menentukan keputusan, bukan lagi agama.
.
PEMAHAMAN YANG BENAR TENTANG ADAT
.
Adat biasanya diamalkan berdasarkan kepada beberapa asbab dan pengalaman lalu yang menghasilkan sebuah natijah yang akhirnya menjadi adat. Berbagai-bagai faktor pendorong yang mendorong kepada pembentukan adat tersebut seperti faktor agama, bangsa, keadaan dan tempat.
.
Adat menanggalkan selipar sebelum masuk ke dalam rumah mungkin terjadi disebabkan oleh keadaan tanah melayu yang bertanah yang lembap dan basah disebabkan oleh faktor geografi tanah melayu yang sering hujan. Ia mungkin juga dipengaruhi oleh faktor agama yang mahukan keadaan rumah yang bersih dari najis dan kotoran supaya ia dapat dijadikan tempat solat bagi ahli rumah tersebut.
.
Begitu juga dengan adat berpencak silat di dalam majlis perkahwinan. Acara ini mungkin terjadi disebabkan oleh pengaruh persilatan yang begitu luas di alam Melayu suatu ketika dulu sehingga terbawa-bawa ke dalam majlis perkahwinan.
.
Ini merupakan beberapa contoh di sebalik pembentukan adat-adat Melayu yang kita warisi sehingga kini.
.
Oleh itu, sekiranya kita berpegang kepada adat semata-mata tanpa disuluh oleh penilaian agama, ia akan menyusahkan kerana ia kaku dan jumud oleh faktor-faktor semasa.
.
Yang benar adalah; pengamalan adat yang sebenar adalah adat yang berlandaskan kepada maqasid syariah, bukan diamali dengan membabi buta dengan alasan 'ini warisan peninggalan nenek moyang kita'. Ini suatu pemahaman yang sonsang terhadap pengaplikasian adat yang sebenar di sisi Islam.
.
Islam tidak menetapkan secara terperinci setiap amalan, aktiviti dan perbuatan yang perlu dilakukan oleh umat Islam di dalam menjalani kehidupan mereka. Sebagai sebuah agama yang universal dan flexsible, Islam hanya menetapkan beberapa 'basic manual' yang perlu diikuti oleh semua. Manual asas itulah yang menjadi dasar kepada setiap bentuk amalan yang dilakukan samada ia melibatkan individu, masyarakat, keluarga dan negara.
.
Manual tersebut didasari oleh beberapa maqasid syariah yang lima iaitu untuk menjaga agama, nyawa, akal, nasab dan harta.
.
Sekiranya amalan yang dilakukan bertentangan dengan salah satu dari lima keadaan di atas, pengamalan tersebut adalah pengamalan yang tertolak. Imam Hassan al-Banna pernah melarang jemaah Ikhwan al-Muslimin dari meneruskan adat mencium tangan yang diamalkan oleh mereka sebelumnya dengan alasan untuk memelihara agama dan kesatuan di kalangan umat Islam.
.
Adat bersalaman dan mencium tangan merupakan amalan yang didasari oleh sunnah nabi SAW. Walaupun adat tersebut merupakan adat yang baik dan melambangkan kesopanan serta penghormatan di antara satu sama lain, tetapi Imam Hassan al-Banna melihat bahawa di sana terdapat perkara yang lebih penting untuk diutamakan daripada terus membiarkan amalan tersebut terus diamalkan.
.
Apatah lagi dengan adat yang tidak diketahui asal usulnya ... apakah ia perlu dipertahankan sekeras-kerasnya?
.
Anak yang memohon restu ibu bapa untuk mendirikan rumah tangga ... apakah permintaan mereka perlu ditolak mentah-mentah dengan alasan "adat kita bukan macam tu" walaupun telah nyata dari penjelasan mereka, mereka layak untuk mendirikan rumah tangga ...?? Kalau hal tersebut diserahkan kepada Islam untuk menyelesaikannya ... lampu hijau adalah jawapannya. Alasannya kerana, Islam menentukan sesuatu permasalahan berdasarkan kepada maqasid dan maslahah, bukan terikat dengan satu-satu keadaan dan suasana.
.
BIAR MATI ADAT, JANGAN MATI ANAK
.
Dalam hal ini, sekiranya pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk memelihara perhubungan mereka tetapi masih tidak mempunyai jalan penyelesaian… saya rasa ibu bapa perlu memainkan peranan penting membantu anak-anak mereka.
.
Mereka tidak boleh secara muktamad mengatakan ‘tidak’ kepada anak-anak mereka tanpa melalui proses perbincangan yang sewajarnya. Hargai kewujudan mereka sebagai insan yang memerlukan sokongan dan bantuan.
.
Berilah peluang dan ruang perbincangan yang sebaiknya kepada anak-anak mereka untuk menjelaskan alasan di sebalik permintaan tersebut. Setelah itu, buatlah pertimbangan sebaiknya di antara andaian dahulu dan realiti yang sedang anak-anak mereka hadapi sekarang sebelum mengatakan ‘ya’ ataupun ‘tidak’.
.
Ambillah yang JERNIH, buanglah yang KERUH
.
.
.

Sunday 9 March 2008

Kemenangan & Kekalahan adalah UJIAN ...

.

Bismillah ...
.
"UMNO perlu ingat .. tidak ada satu kerajaan pun yang kekal dalam dunia ini, hatta kerajaan Islam pun silih bergantian. Tapi UMNO lupa yang ini ..", berkata ayah kepada sahabat-sahabat beliau yang menemuinya di Masjid selepas selesai solat subuh berjemaah pagi tadi.
.
Mendengar kata-kata beliau, teringat saya akan sepotong ayat dari surah ali-'Imran yang bermaksud:
.
"Katakanlah wahai Muhammad: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikkan. Sesungguhnya Engkau Berkuasa di atas setiap sesuatu" (ali-'Imran: 26)
.
Benar ! Tiada satu kerajaan pun yang kekal di dalam dunia ini. Bukan saya seorang saja yang terkejut dengan kemenangan besar ini, malah seluruh warga Malaysia pasti terkejut dengan perubahan Tsunami ini. Siapa menyangka BA dapat menawan 5 buah negeri sekali gus setelah kalah teruk pada pilihanraya umum 2004 yang lalu. Tetapi, itulah yang disebutkan dengan kuasa Allah SWT. Ayat 26 dari surah ali-'Imran di atas jelas membuktikan bahawa kekuasaan langit dan bumi itu berada di bawah kuasa mutlak Allah SWT sepenuhnya. Dia berkuasa untuk memberi kuasa kepada siapa saja yang Dia kehendaki walaupun kita menafikannya.
Kita seharusnya menyedari hakikat ini, lantas tidak menjadi bongkak dan sombong dengan kerajaan yang kita miliki. Inilah yang dilupai oleh UMNO sebenarnya. Mereka bongkak dan sombong, seolah-olahnya mereka sahaja kuasa tunggal di bumi Malaysia yang mampu mentadbir dan diberi kepercayaan.
.
"Jangan buat eksperimen", kata Pak Lah
.
"Negara akan bankrup kalau BA memerintah", kata Najib.
.
"Negara akan musnah kalau BA perintah negara", kata Khairy.
.
Allah SWT balas kesombongan mereka dengan kekalahan yang tidak disangka-sangka. Apabila ditanya oleh wartawan, semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional mengatakan 'kami tidak menyangka akan mengalami kekalahan seteruk ini'.
.
Mujur mereka tidak jatuh bercerai badan ... Kalau itulah yang berlaku, sudah tentu ia merupkan suatu kejatuahan yang amat sakit dan menghinakan.
.
Bagi mereka yang yakin dengan janji Allah SWT, lihatlah ayat di atas dengan pandangan yang mengembirakan. Dan bagi mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah SWT, ambillah ia sebagai suatu amaran dan peringatan bahawa di sana terdapat satu kuasa mutlak yg menentukan turun naiknya suatu kekuasaan dan kemuliaan.
.
"Dan tidaklah kami mengutuskan para rasul kecuali untuk memberi berita gembira (kepada orang-orang yg beriman) dan berita peringatan (kepada orang-orang yg ingkar)"

Apapun yang berlaku, saya tetap bersyukur kepada Allah SWT di atas kemuliaan yang telah Dia berikan kepada BA untuk memerintah Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak. Semoga kemenangan ini bakal merintis jalan buat Islam untuk kembali berada di singgahsananya yang sudah hampir sedekad dirampas oleh kegelapan jahiliyah modern yang bermaharaja lela.

Kami berdoa, engkau(UMNO) juga berdoa ... Alhamdulillah, Allah menerima doa-doa kami.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan saat itu Engkau melihat berbondong-bondong manusia akan masuk ke ugama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat" (an-Nasr: 1-3)

Walaupun terpaksa bersengkang mata & tidak cukup tidur ... Alhamdulillah, Allah SWT membalas kepenatan kami dengan berita kemenangan yang amat-amat mengembirakan.
.
Takbir !!! ALLAHU AKBAR




Saturday 8 March 2008

KAMI MENANTIKAN KEPUTUSAN YG LUAR BIASA DARIPADA MU YA ALLAH ..!!

.
Bismillah ...
.
Alhamdulillah, tempoh pengundian telah pun tamat. Tahun ini merupakan kali pertama saya melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pengundi di dalam pilihanraya. Lebih kurang pukul 10 pagi tadi, saya dan ayah telah keluar bersama-sama untuk menunaikan tenggungjawab tersebut di Sekolah Rendah Kebangsaan Jelapang, Ipoh, Perak. Saya tidak perlu beratur panjang dan menunggu masa yang lama untuk membuang undi.
.
“Jangan lipat kertas undi saya”, tegas saya kepada pegawai SPR di tempat saya mengundi.
.
Ini satu lagi mainan kotor yg digunakan oleh SPR untuk pilihanraya kali ini. Sebelum memberikan kertas undi kepada pengundi, pegawai SPR melipat kertas undi tersebut terlebih dahulu sedangkan mereka tidak punya hak untuk melakukan demikian. Itu merupakan tugas pengundi yang jelas-jelas telah disebut di dalam Section 19(5) of Election (Conduct of Elections) Regulations 1981 di bawah perkara “Cara Mengundi”:
.
19(5) Kemudiannya pengundi itu hendaklah melipat kertas undi itu untuk merahsiakan tandanya dan hendaklah memasukkannya ke dalam peti undi dan tanpa kelengahan tidak wajar hendaklah kemudiannya dengan serta-merta meninggalkan kawasan tempat mengundi itu.
.
Ini sudah tentu merupakan suatu helah SPR untuk bermain kotor di dalam pilihanraya kali ini. Tetapi yang menyedihkan, ramai di kalangan pengundi tidak tahu hak mereka. Kami takut lipatan tersebut bertujuan untuk menipu pengundi dengan kertas undi yang telah awal-awal dicalitkan dengan tanda pangkah di tempat selain dari kotak pangkah yang telah disediakan di dalam kertas tersebut dengan tujuan untuk menjadikan undi tersebut ‘undi rosak’. Bagi pengundi yang tidak peka, mereka terus mengambil kertas undi yg telah dilipat tersebut tanpa membuat semakan terlebih dahulu sebelum undian diberi. Once mereka membawanya ke tempat pengundian, mereka tiada hak lagi untuk membuat bantahan terhadap kertas undi yg telah diberikan. Perkara sebegini sangat meluas dilakukan di Kuala Gula, Semanggol kerana BN mengetahui orang-orang Cina majoritinya akan membuat perubahan dengan mengundi BA pada pilihanraya kali ini.
.
Masalah ini membuatkan ayah terpaksa menangguhkan tanggungjawab mengundi sampai ke petang kerana terpaksa bergegas ke sana untuk membuat pemantauan. Terbukti, setelah kami sampai di sana … agen pilihanraya dan jentera keselamatan PAS menunjukkan kertas undi palsu yang telah awal-awal dipangkah yang cuba dibawa dari luar bilik pengundian oleh beberapa orang pengundi yang telah diupah oleh UMNO & BN.
.
Suatu hal yang amat menjijikkan, sejak bila pula kuasa politik negara kita ditentukan oleh warga asing Indonesia dan Thailand?
.
Kalau UMNO & Barisan Nasional benar-benar sebuah parti komponen yang kuat dan berada di dalam kebenaran, mengapa perlu main kotor dalam pilihanraya? Berdirilah dengan sendiri, mengapa perlu menggunakan warga asing untuk menjadi pengundi hantu? Ini cara orang utan, cara barua & cara orang yang tidak bertamadun. Bukan sahaja UMNO & Barisan Nasional, malah SPR dan pihak Polis juga turut sama dijadikan barua-barua UMNO & BN. Undang-undang mana yang mereka pakai ni? SPR yang sepatutnya menjadi badan bebas yang mengawal perjalanan pilihanraya, tiba-tiba menjadi tali barut untuk memenangkan UMNO & Barisan Nasional sehingga membuatkan perjalanan pilihanraya sejak dari hari pencalonan sehinggalah ke hari pengundian menjadi kucar kacir & kelam kabut. Begitu juga dengan Polis ..!! Di manakah kredibiliti dan amanah kalian sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan Negara? Mereka sepatutnya menjaga keselamatan Negara daripada gangguan dan ancaman warga asing yang datang dari luar? Tetapi apa yg berlaku adalah sebaliknya .. pihak polis sendiri yang menjadi pelindung kepada juak-juak pendatang asing yang diupah untuk menjadi pengundi hantu, dan mereka yang menentang pula yang ditangkap dan dihumban ke dalam lockup. Mereka semua adalah barua-barua UMNO & BN … melanggar undang-undang dan etika mereka sendiri. SPR dan Polis apa ke bende namenye ni …!!!
.
UMNO & BN sepatutnya belajar untuk menerima kekalahan. Sampai bila mereka mahu menipu dan memperbodohkan rakyat. Rakyat sudah letih menelan penipuan demi penipuan yang mereka lontarkan. Kini biarlah rakyat membuat perubahan dan KAMI MAHUKAN PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR BERAMANAH DAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN PENUH BERKEBAJIKAN.
.
Kamu perlu ingat wahai orang-orang UMNO … kami ini termasuk orang-orang yang dizalimi. Sejarah telah membuktikan sejak dari zaman-berzaman dan abad beradab, kezaliman tidak akan kekal lama bertapak di atas singgahsananya. Keadilan dan kebenaran pasti akan muncul dan membuka mata hati manusia yang dizalimi. Cuma cepat atau lambat sahaja … tetapi yang pasti, pemimpin yang zalim pasti akan tumbang di tangan rakyatnya sendiri samada dengan cara yang begitu menghinakan atau dengan cara terhormat. Tidakkah UMNO & BN mengambil pelajaran daripada sejarah kejatuhan pemuka kezaliman? Lihat Firaun, lihat Namrud, lihat kaum Nabi Lut, lihat kaum Nabi Nuh, lihat Suharto, lihat Shah Iran & lihatlah semua pemimpin-pemimpin yang zalim sebelum kamu …. Apakah mereka semua mati dengan tangisan air yang mendoakan kesejahteraan mereka, ataukah mereka mati dalam keadaan yang penuh dengan kehinaan dan kegembiraan??
.
UMNO & BN, kamu sudah terlalu tinggi memanjat gunung penipuan …. Semakin tinggi gunung tersebut kamu daki, kamu perlu ingat … sekali kamu jatuh, kamu akan jatuh dengan penuh kesakitan!!
.
Tangisan Tok Guru bermunajat kepada Allah SWT sewaktu Program Munajat Rakyat Kelantan
.
Kami tidak berjuang keseorangan. Walaupun jalan kami perit dan berliku … tetapi kami tidak kering doa dan air mata yang mendoakan kemenangan kami dari kalangan mereka yang susah dan dizalimi !! Terlalu banyak mangsa kezaliman yang tidak henti-henti mendoakan kami, dan tidak kurang banyaknya yang mendoakan kehancuran dan keruntuhan kamu, UMNO & Barisan Nasional.
.

Ribuan rakyat yang membanjiri Prog Munajat Rakyat Kelantan
.
Belajarlah menerima kekalahan. Lebih baik kalah cara terhormat daripada kalah dengan penuh kehinaan. Kalau mereka tetap melakukannya lagi, tidak mustahil rakyat akan bertindak di luar jangkaan mereka …..
.
KAMI MENGHARAPKAN KEPUTUSAN YANG TERSANGAT LUAR BIASA PADA PILIHANRAYA KALI INI
.
.
"Kami terima sekiranya kami kalah dengan cara yang bersih. Tetapi kami tidak akan redha sekiranya kami kalah dengan cara menipu. Saya akan tuntut di akhirat kelak", ujar Tok Guru Nik Aziz.

Friday 7 March 2008

Bersujud, Berdoa & Bermunajat ...

Bismillah ...
.
Artikel di bawah ini merupakan sebuah email yang dikirimkan kepada saya. Sebak hati saya tatkala membaca artikel ini kerana tidak sanggup untuk membayangkan keadaan kejatuhan Islam di Kelantan yang sudah 18 tahun bertapak di sana. Kalau benarlah apa yang dikhabarkan .. kita memohon kepada Allah SWT agar menghancurkan tipu daya UMNO & Barisan Nasional. Saudara baca artikel di bawah ini:
.
BN sudah menang di Kelantan????
.
Seketika, sengaja saya singgah di blog-blog sahabat saya untuk mencari maklumat dan ketenangan.
.
Entah mengapa sejak semalam, hati saya meronta-ronta untuk mendengar khabar tentang Kelantan. Fikiran saya menjadi agak bercelaru apabila memikirkan nasib Kelantan. Saya tiba-tiba menjadi sangat sebak apabila memikirkan apakah nasib negeri pertahanan terakhir Islam di Malaysia ini.
.
Petang tadi, jantung saya berdegup kencang apabila membaca berita-berita yang dilaporkan oleh akhbar lidah rasmi Barisan Nasional.
.
Satu persoalan yang bermain di fikiran saya, Barisan Nasional kali ini seolah-olah kurang peduli dengan kawasan lain dan mereka terlalu tertumpu pada kawasan kubu kuat PAS untuk dijajah. Melihat pada provokasi yang dimainkan, kelihatan benar mereka terlalu yakin bahawa mereka akan menang di Kelantan.
.
Air mata mengalir deras tatkala membaca perkhabaran terbaru di blog kakak angkat saya sebentar tadi, yang mengiyakan perasaan saya selama 2 hari ini..Benarlah telahan saya, ada yang tak kena akan berlaku di Kelantan. Berikut adalah petikan kisah kakak angkat saya yang bertemu dengan sahabat beliau petang tadi yang saya kutip dari blog beliau. Sahabat kakak angkat saya bekerja sebagai salah seorang pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara.
.
Saya dihubungi seorang kenalan yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara. Semenjak minggu lalu dia beria-ria ingin berjumpa saya. Suruh turun di Shah Alam pun dia tidak kisah. Apabila saya bertanyakan kenapa sejak dua menjak ini dia bersungguh mahu jumpa saya-dia berbisik cemas bahawa dia tidak boleh bercakap di telefon dalampejabat. Bahaya. Lalu hari ini saya mempunyai keluangan masa dan dia sendiri pun berada di Shah Alam. Kami mengadap sarapan pagi di warung seksyen 2 depan tasik Shah Alam.
.
Belum sempat menjamah makanan, dia segera buka sekeping fail kuning langsat. Dia kata tengok senarai ini. Saya hanya nampak senarai nama-nama perempuan dan lelaki. Helaian salinan yang seperti di cetak semula. Senget benget. Kawan saya ini photostate sendiri sambil tutup-tutup agaknya. Penakut sungguh.
.
"Kenapa?"
.
"Ini senarai sebanyak 30,000 orang berdaftar baru atau memperbaharui kad pengenalan di bawah aku. Aku pegang satu fail. Kau tahu ini semua kemana....ke Kelantan".
.
Dia terus bercerita. Semua ini adalah rakyat Thailand dan Indonesia yang akan diberi kewarganegaraan Malaysia dan akan dibenarkan menetap di Kelantan. Syarat- mereka perlu mengundi BN di kelantan. Saya kata itu bukan perkara baru. Memang BN berkuasa untuk buatsemua itu.
.
"Masalahnya Nur....", kawan saya itu kelihatan cemas.
.
"Kali niconfirm BN menang di Kelate..mu tak perati ke cara Awang Adek cakap..confident giler sebab setakat ni memang BN dah menang..sakit ati aku tahu dok.."
.
"Acu mu baca program-program balik ngundi ke kelantan oleh BN baru-baru ni..itu bukan perantau dari kelate balik ghama-ghama(ramai-ramai) tuh ..sek-sek (puak-puak) Thailand belako tuh..dia angkut pi belah selangor dan KL dulu pastu konvoi ramai-ramai ke kelate..Sebab tu Annuar Musa beria-ria buat program perantau balik kelate..bukan perantau balik..pengundi hantu..."
.
"Mu tok here (tak hairan ) ke sebab apa JPN tiba-tiba memaklumkan bahawa sapo-sapo nok buat ic yang hilang JPN akan permudahkan kelulusan demi konon-konon pilihanraya. ..apa semua tuh?"
.
"Wok maghi la senara tuh..(Bagi la senarai tuh)..aku wi(bagi) ke peguam Pas untuk pantau ko..", saya hulur tangan.
.
"Tok leh...eeee.. mampuh aku (Mampus aku)..aku sore jah yang pegang senarai ni..setiap senarai nama setiap pegawai..kalau keluar hokni maknonya bocor beloh aku la...."
.
"Doh tu (Habis tu)..mu nok suruh aku buat ghuano..(kau nak suruhaku buat macamana?).. "
.
"Panda-panda set-set mu la....(pandai- pandai PAS la buat ikutmaklumat dia)".
.
Saya diam sambil terus menyuapkan nasi lemak. Senarai nama itu saya perhatikan. Nama- nama pegundi hantu ini saling tak tumpah macam nama-nama orang kelantan. Saya nak buat macamana? Setakat melaporkan sebagai khabar angin boleh lah kepada PAS kawasan. Sebab bukti tiada untuk dibuat bantahan dan sebagainya. Mungkin jentera pilihanraya PAS negeri Kelantan boleh perketatkan lagi pemantauan ke atas kemasukkan bas-bas persiaran ke negeri tersebut kalau benarlah ibarat yang di adukan oleh kawan saya itu. ............
.
...Kepada pejuang pencinta agama Islam sekalian, janganlah kalian mudah berasa putus asa. Benar, jika dihitung secara logiknya, melalui tipu daya mereka, peluang untuk kita pertahankan Kelantan adalah hampir mustahil. Namun, jangan bimbang, selagi belum sampai ke saat terakhir, selagi mana kita masih bernyawa, kita jangan sesekali lunturkan semangat jihad kita untuk bergerak kerja. Pertajamkan lagi strategi, pasakkan lagi keimanan dan tawakkal pada Allah.
.
"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." ( Al- Fath: 4)
.
Di saat genting ini, kita tidak punya masa lagi untuk pembaziran masa ke arah yang sia-sia. Tambahkan lagi kejiddiyahan dalam bergerak kerja. Seandainya pihak lawan yang kita ingin selamatkan mereka dari terus menzalimi diri sendiri dan orang lain pun sanggup bersengkang mata, bertungkus lumus, bergerak kerja bermati-matian demi memastikan matlamat tercapai, kita sepatutnya berlebih-lebih lagi. Adakah kita mampu untuk tidur lena membiarkan sahaja perkara ini.....Sudah cukupkah usaha kita untuk membantu pertahankan satu-satunya kerajaan Islam kita? Bantulah sehabis yang mampu. Tidak mampu tenaga, wang dan doa jadi hantaran. Jauhi segala jenis maksiat, pelihara hati, iman dan Niat.
.
"Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus(dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak adabandingannya)." (Al-Fath: 2-3)
.
Renungkanlah sahabat, mungkin Pilihanraya kali ini adalah Pilihanraya yang terakhir untuk kita bergerak kerja demi Islam. Boleh jaminkah kita bahawa kita akan hidup lagi untuk PRU yang akan datang??.... Fikirkan...Bekerjalah untuk Islam seolah-olah kamu akan bertemu dengantunangmu yakni kematian pada esok hari, wahai sahabatku..
.
..........
.
Pembaca sekalian ...!
.
Anda perlu ingat, menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan adalah seperti mencabut kekuatan Islam di bumi Malaysia. Oleh itu, haram dan berdosa besar sekiranya kita memberi undi kepada UMNO & Barisan Nasional walau dengan apa jua alasan duniawi yg kita berikan. Wang? Harta? Kemewahan? ..Semua itu bukan alasan untuk kita berpaling tadah dari ikatan setia kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya ... Ingat !! Ini bukan perkara main-main. Undi anda adalah pertanggungjawaban anda dengan Allah SWT. Ia bukan soal hak yang bebas dari sebarang taklif, tetapi ia merupakan suatu amanah kesetiaan dan bai'ah anda dengan Islam. "Barangsiapa yg mati tanpa dia memberikan bai'ahnya kepada Islam, kematiannya adalah kematian dalam jahiliah", ini kata nabi dan ini bukan perkara yang boleh dikesampingkan.
.
Oleh itu, saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian, yang jauh mahupun yg dekat ... malam ini marilah kita sama-sama mendirikan solat tahajjud dan solat hajat serta bermunajat kepada Allah SWT dengan sepenuh keikhlasan agar Allah SWT memberi bantuan dan menurunkan tentera-Nya dari para Malaikat agar menghancurkan kezaliman dan tipu daya UMNO & Barisan Nasioanal khususnya di negeri Kelantan seperti mana Dia pernah memberikan bantuan pada tentera Badar-Nya dahulu.
.
Bangunlah dan berdoalah kepada Allah ... Saya menyeru kepada anda semua.

Thursday 6 March 2008

"Bertenang & Bersabar Wahai Pejuang Kebenaran" - Dato' Husam

.
Saudara-saudara PEJUANG KEBENARAN, rayuan Dato' Husam supaya semua rakyat Malaysia bertenang dan mengawal emosi masing-masing di dalam menelan hakikat penarikan balik dakwat celup harus diambil serius.

Bertenang tidak bererti kita bersetuju dengan tindakan SPR. Meluahkan kemarahan kita dengan cara lain selain dari di kertas undi hanya akan membahayakan rakyat. Biarlah BN dan sekutunya membahayakan rakyat. Kita tidak akan buat begitu.

Saudara-saudara saya, kita hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Bersabarlah. Cuahlah kemarahan itu dikertas undi bukan dengan melemparkan kata-kata yang boleh diputar belit dan kemudiannya menakutkan rakan-rakan kita di atas pagar.

Jika kita marah. Jika kita mengamuk. Jika kita lemparkan kata-kata keji dan jika kita merusuh, kita hanya akan terperangkap dalam permainan BN. Tolonglah bersabar. Lebih kita rasa ditindas, lebih afdal doa kita.

Saudara-saudara saya, bertenang.

Ini adalah provokasi BN. BN sudah bersedia dengan pemuda-pemuda berbaju kuning yang dicetak mereka di Klang untuk pergi ke jalan-jalan merusuh dan membakar bendera. Mereka hanya menanti isyarat. Isyarat itu adalah apabila kita melenting marah dengan tindakan mereka membatalkan penggunaan dakwat celup.

Di dalam saat-saat begini, saya merayu bagi pihak anak-anak saya dan keluarga saya, saya merayu kepada para pemimpin-pemimpin pembangkang, agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan sesuatu yang merugikan kita. Please!

Pembatalan dakwat celup adalah kemenangan moral terbesar buat kita. Ia adalah kemenangan saraf buat kita. Kini dunia tahu BN sudah mengaku kalah. Kini dunia tahu BN akan menipu.

Setakat mana BN boleh menipu. Sehebat mana pun tipu daya dan muslihat BN, tidak mungkin mereka dapat membohongi dunia. Mereka hanya akan dapat membohongi diri mereka sendiri.

Kita sudah menang saudara-saudara saya. Kita sudah menang. Dua hari lagi, kita akan halalkan kemenangan itu di kotak undi.

Jika kita bulat. Jika kita terus tabah, tidak ada penipuan yang dapat menutupi kebangkitan rakyat.

Sekali lagi saya mohon, jangan kita jadi jaguh kampung, jangan kita menang sorak kampung tergadai.

Mereka boleh menipu di dalam pilihanraya ini, tetapi selepas pilihanraya nanti, mereka tidak mungkin dapat mengawal gelombang kebangkitan rakyat yang ditipu mereka.

Hanya 70 jam sahaja lagi. Bertenang dan bersabar.
.
.


Wednesday 5 March 2008

SELAMAT, AMAN & MAKMUR ...Benarkah?

Bismillah ...

Kalau anda bercita-cita untuk mengundi UMNO Sabtu ini, tanya dulu diri anda:

1. Sejauh mana UMNO telah memperjuangkan kedaulatan Islam?
2. Sejauh mana hak rakyat, bangsa & agama terpelihara?
3. Sejauh mana keselamatan & kesejahteraan rakyat dipelihara?
4. Sejauh mana keberkesanan pembinaan modal insan berjaya dijalankan?
5. Benarkah UMNO dan BN selama pemerintahannya telah menjadi sebuah kerajaan yg memastikan Keselamatan, Keamanan dan Kemakmuran rakyat?




Tidak Adil

Masalah Sosial

Kezaliman ISA

Rasuah

Jenayah Meningkat


Perkudakan Jabatan Kerajaan

Tidak Demokratik


Sekiranya semua soalan di atas tidak menemui jawapannya ... maka katakan:




Dan undilah PAS di bawah kepimpinan Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.


Sunday 2 March 2008

Bilakah dibenarkan Mengumpat ..??

.

Bismillah ...

Pada muka surat hadapan surat khabar Sinar harian bertarikh 29 Februari 2008, Jumaat - telah memaparkan tajuk "PM bidas 'fatwa' Hadi; Pemimpin Pas benarkan calonnya mengumpat, dedahkan keburukkan lawan". Berhubung dengan perkara ini, Pak Lah mengatakan "Saya hairan, dia pemimpin parti Islam(Ust Hadi), tetapi dia ajar orang buat tak elok".

Setelah membaca kenyataan tersebut, terdetik di dalam hati saya untuk terus membalasnya. Tetapi kesibukkan pilihanraya membuatkan niat tersebut terkendala sehinggalah diberikan peluang oleh Allah SWT pada saat ini untuk memberikan hujah balas. Bagi saya, perkara ini tidak perlu dibincangkan kerana ia perkara asas yg patut diketahui oleh semua orang. Tetapi saya masih tetap mengambil initiatif untuk membalasnya secara ilmiah supaya kita tidak terkeliru dengan kekeliruan seumpama ini kerana ada di antara kita termasuklah dari golongan pecinta Islam, mereka menolak politik sebagai salah satu cabang penting di dalam Islam disebabkan oleh faktor 'caci mencaci dan umpat mengumpat di antara satu sama lain'. Saya sendiri berpengalaman berbual dengan beberapa orang yg beranggapan sedemikian dengan menganggap politik adalah kotor dan tidak layak diberikan kedudukan di dalam Islam disebabkan oleh faktor-faktor yg saya sebutkan tadi.

APAKAH GENERAL RULE ATAU HUKUM ASAL MENGUMPAT?

Pada asasnya, mengumpat memang dilarang sama sekali oleh agama Islam kerana ia mencabuli hak dan kehormatan seseorang. Sekiranya umpatan tersebut tidak melibatkan nasab seperti tuduhan berzina & seumpamanya .. maka tindakan si pengumpat tersebut merupakan suatu dosa. Namun sekiranya umpatan tersebut menjurus kepada suatu fitnah yg melibatkan nasab & keturunan samada secara jelas atau kinayah, maka si pengumpat tersebut boleh di dakwa melakukan jenayah qazaf yg boleh dikenakan hukuman rotan 80 kali sebatan. Manakala di dalam Undang-undang civil, kesalahan ini disebut sebagai 'Defamation' yg termasuk di dalam kesalahan Tort yg boleh dikenakan monetary punishment yg boleh mencecah beratus ribu ringgit. Dalam erti kata lain, kedua-dua undang-undang Islam & civil mengiktiraf bahawa umpatan yg membawa kepada fitnah ini merupakan suatu kesalahan jenayah yg besar sehingga dikenakan hukuman jika mereka terbukti bersalah. Di sana terdapat dalil-dalil yg begitu jelas menunjukkan kepada keharaman melakukan umpatan di antaranya:

Allah SWT telah berfirman(maksudnya):

"..dan janganlah kamu memburuk-burukkan antara satu sama lain. Adakah kamu suka memakan daging saudaranya sendiri yg telah mati? Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang" (al-Hujurat: 12)

Daripada Abi Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah perkara yg baik ataupun diam" (Bukhari: 11/265, Muslim: 47)

Daripada Abi Musa RA bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik muslim? Baginda lalu menjawab: Siapa yg menjaga orang-orang Islam daripada lidah dan tangannya" (Bukhari: 1/51,52 & Muslim: 42)

Daripada 'Uqbah ibn Amir RA bahawa beliau berkata: "Wahai Rasulullah SAW, apakah kejayaan? Jawab nabi: Kamu menahan dirimu dari ucapan-ucapan yg tidak baik" (Riwayat Turmizi, dan beliau mengatakan hadis ini Hasan, 2407)

EXCEPTION ATAU PENGECUALIAN KEPADA HUKUM ASAL MENGUMPAT

Apabila di sana terdapat hukum asal, maka dalam masa yg sama di sana juga terdapat pengecualian daripada hukum asal tersebut. Kita diharamkan secara mutlak memakan babi atau meminum air arak, tetapi Islam memberi pengecualian terhadap pengharaman ini sekiranya kita berada di dalam keadaan dharurat berdasarkan kaedah "Dharurat membenarkan apa yg diharamkan". Begitu juga kita tidak dibenarkan solat jama' kecuali di dalam keadaan bermusafir, sakit dan hujan yg tidak henti-hanti berterusan dari waktu zohor sehingga ke waktu asar berdasarkan kepada kaedah "Kesempitan / kesulitan menjadikan keringanan". Kesimpulan yg dapat diambil dari kaedah-kaedah yg disebutkan adalah untuk memastikan kemaslahatan mereka terpelihara. Seperti yg pernah saya jelaskan pada artikel saya yg bertajuk "Jangan salah faham terhadap Islam", Islam merupakan agama fitrah yg menghargai tabi'ie kehidupan manusia. Kewujudannya adalah demi untuk memastikan kemaslahatan manusia terjamin. Di sinilah keistimewaan agama Islam yg menjadikannya sesuai dilaksanakan dan diamali pada setiap zaman dan tempat kerana menjunjung tinggi kehormatan makhluk di atas prinsip maslahah. Tidak ada manusia yg merelakan dirinya dizalimi dan dianiaya. Mereka mempunyai akal dan perasaan yg akan merasa terseksa apabila jasad dan fikiran mereka dizalimi. Diri, jasad & fikiran yg dizalimi pasti akan memberontak sebagai suatu tindak balas dari kezaliman tersebut samada ditunjukkan melalui kata-kata ataupun tindakan. Memahami hakikat ini, Islam meraikan dan menghargai tabiat dan fitrah semula jadi manusia yg akan memberontak sekiranya mereka dizalimi. Oleh itu, walaupun pada dasarnya mengumpat adalah ditegah .. tetapi dalam beberapa keadaan, tegahan tersebut berubah menjadi harus dan terkadang menjadi wajib berdasarkan kepada keadaan & maslahah. Imam an-Nawawi di dalam kitabnya ((Riadus Solihin)) ada menyebutkan 6 keadaan di mana kita boleh mengumpat seseorang. Beliau menyebut:

"Ketahuilah bahawa mengumpat dibenarkan dengan tujuan yg sohih/benar/syar'ie di mana tidak akan sampai sesuatu yg ingin disampaikan kecuali dengan cara mengumpat. Terdapat 6 keadaan yg membenarkannya:

1. Orang yg dizalimi dibenarkan menyatakan kezaliman orang yg berlaku zalim kepada mana-mana pihak yg mempunyai kuasa untuk menahan kezaliman tersebut.

2. Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran dan menentang kemaksiatan kepada kebaikan dan kebenaran.

3. Meminta fatwa daripada mufti berhubung dengan masalah yg menimpa dirinya disebabkan oleh orang lain. Maka dalam hal ini, dibenarkan seseorang mendedahkan keburukkan orang tersebut untuk memahamkan mufti supaya fatwa yg dikeluarkan tepat dan tidak terpesong.

4. Memberi peringatan dan nasihat kepada orang-orang Islam daripada kejahatan.

5. Hendaklah orang yg diumpat itu mendedahkan kefasiqakkan dan bid'ahnya secara nyata dan terang-terangan seperti merampas harta orang lain dengan zalim, memimpin dalam perkara-perkara yg batil dan menghalalkan perkara yg haram seperti arak dan sebagainya.

6. Memanggilnya dengan istilah yg sesuai dengan perbuatan jahatnya seperti orang pekak, orang bisu dan sebagainya tetapi mengelakkannya adalah lebih baik.

Keenam-enam keadaan ini merupakan sebab dibenarkan mengumpat yg telah disebutkan oleh para ulama" (Riadus Solihin, m.s 271-273, Muassasah ar-Risalah)

Pengecualian ini sebenarnya berdasarkan kepada beberapa dalil daripada sunnah Rasulillah SAW di antaranya adalah:

Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak menyangka bahawa lelaki ini dan lelaki ini mengetahui daripada agama ini sesuatupun". (Bukhari, 10/405) Al-Laith berkata: Dua orang lelaki tersebut adalah merupakan orang-orang munafiq.

Daripada Aisyah RA, Hindun isteri Abi Sufian berkata kepada nabi SAW: "Sesungguhnya Aba Sufian lelaki yg kedekut, dia tidak memberikan kepadaku apa yg mencukupi aku dan anakku kecuali aku sendiri mengambilnya tanpa beliau mengetahuinya. Lalu nabi SAW bersabda: Ambillah apa yg cukup bagimu dan anakmu" (Bukhari, 9/444, 445 & Muslim, 1714)

Daripada hadis-hadis yg dibentangkan, guru kami Syeikh Prof Dr Mustafa al-Bugho mengatakan bahawa, "Dibenarkan mendedahkan keburukkan golongan munafiq dan perkara ini tidak dianggap sebagai ghibah (mengumpat)". (Nuzhatul Muttaqin, m.s 275)

Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat 12 dari surat al-Hujurat mengatakan bahawa, "Para ulama telah bersepakat bahawa mengumpat hukumnya adalah haram kecuali jika telah nyata dari tindakan tersebut terdapat maslahah yg jelas seperti tindakan al-Jarh, at-ta'dil dan memberi nasihat". (Tafsir Ibn Kathir, 7/380)

Bahkan di dalam ilmu Mustalah Hadis terdapat satu bab yg membicarakan mengenai ilmu al-Jarh wat-Ta'dil. Ilmu Jarh wat Ta'dil merupakan suatu ilmu yg digunakan oleh para ulama hadis untuk menentukan darjat sesebuah hadis yg diriwayatkan. Para ulama Hadis akan menilai ke-thiqahan para rawi berdasarkan kepada kritikan yg dibuat oleh para ulama lain terhadap peribadi perawi tersebut. Dalam hal ini, perawi tersebut dinilai secara jujur bagi memastikan pentashihan hadis tersebut mencapai darjat hadis sahih, hasan atau dhaif. Kadangkala mereka dikritik dengan kritikan yg begitu teruk seperti Mudallas(pereka hadis), penipu, ahli bid'ah, lupa ingatan dan sebagainya. Kritikan ini tidak dilarang sama sekali bahkan merupakan satu kewajipan demi untuk memelihara kesucian hadis yg diriwayatkan daripada tercemar oleh para perawi yg tidak thiqah.

Begitu juga jika seorang lelaki bertanyakan seseorang mengenai kecacatan sifat yg ada pada gadis yg ingin dinikahinya, maka beliau diwajibkan untuk mendedahkan keaiban tersebut. Perkara ini tidak dianggap mengumpat kerana kebenaran tersebut merupakan suatu maslahah kepada kedua-dua pihak lelaki & perempuan.

Sekiranya Islam membenarkan umpatan di dalam perkara-perkara seperti yg disebutkan tadi, apakah pula alasan untuk tidak membenarkan umpatan di dalam kerja-kerja politik kepartian?? Apakah maslahah itu hanya nyata di dalam sesetengah perkara dan tidak kepada perkara yg melibatkan politik? Sedangkan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa Politik itu berlegar di antara 2 objektif iaitu kekuatan(kuasa) dan maslahah. (Ad-Deen wa as-Siyasah, m.s 60)

Oleh itu, mendedahkan keaiban pihak lawan juga termasuk di dalam perkara maslahah yg sekiranya tidak didedahkan akan menatijahkan kesan yang negatif kepada rakyat. Bahkan, -menurut pendapat kami- berdasarkan keadaan & suasana politik Malaysia yg menekan dan tidak memberi kebebasan berpolitik kepada Barisan Alternatif, maka mengumpat adalah wajib. Ini adalah kerana BA tidak diberikan peluang yg cukup untuk berkempen dan bergerak bebas sebagai sebuah parti yg berdaftar di dalam sebuah negara yg mengamalkan sistem demokrasi. Kebebasan yg diberikan pula adalah teramat terhad dan diganggu oleh pihak berkuasa supaya masyarakat tidak dapat menerima mesej yang ingin disampaikan. Justeru, tindakan yg dilakukan oleh Barisan Nasional merupakan suatu pencabulan terhadang kedaulatan undang-undang negara dan dianggap sebagai suatu kezaliman terhadap parti Pembangkang. Di dalam masa yg sama, masyarakat pula cuba diperbodohkan oleh BN dengan pelbagai propaganda dan penipuan yg dieksploitasi melalui media massa yg berat sebelah, sedangkan merupakan hak rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar perjalanan pentadbiran dan politik negara agar hak mereka tidak dicemari dan dicerobohi. Oleh itu, BA yg merupakan satu-satunya komponen Parti Pembangkang berkewajipan untuk mendedahkan keburukkan dan keaiban Barisan Nasional bagi menerangkan hal sebenar agar masyarakat tidak terus berada dalam kejahilan serta terbelenggu di dalam kerosakkan sosial yg semakin menjadi-jadi di dalam negara.WA

KESIMPULAN

Namun begitu, menjadi syarat bahawa keharusan tersebut masih tertakluk kepada beberapa syarat seperti kewajipan mengenalpasti penyelewengan dan keaiban parti lawan supaya pendedahan yg didedahkan tidak membawa kepada fitnah & kesan yg lebih negatif. Oleh yg demikian, saya mengharapkan dari penjelasan ringkas ini, sedikit sebanyak dapat menjernihkan kekaburan yg mengaburi mata masyarakat.



Malaysia tidak Bankrup kalau BA memerintah ..!!

Bismillah ...

UMNO sekarang ibarat orang yg mati lemas di tengah launtan, mencapai apa sahaja yang ada untuk menyelamatkan diri walaupun sebatang ranting kayu yg kecil. Kerana gelisah dan gementar dengan angin perubahan rakyat yg nampak semakin cenderung ke arah memilih gagasan Manifesto BA "Menuju Negara Berkebajikan", mereka menggunakan media massa dan jentera kerajaan untuk memutarbelitkan fikiran rakyat supaya terus memilih gagasan mereka. Dato' Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa negara Malaysia akan bankrup sekiranya mandat diberikan kepada BA. Perdana Menteri, Dato' Seri ABdullah Ahmad Badawi pula mengatakan bahawa gagasan Manifesto BA merupakan suatu gagasan yg tidak masuk akal dan mustahil untuk dilaksanakan di dalam negara, bahkan UMNO dan Barisan Nasional sendiri sepanjang pemerintahan mereka tidak pernah mengusulkan gagasan sedemikian. Lalu beliau mengatakan pada beberapa hari yg lalu, "Jangan cuba buat experimen terhadap BA" dengan alasan bahawa BA tidak mempunyai pengalaman untuk memerintah. Begitu juga dengan ucapan menantu beliau, Khairy yg mengatakan negara akan musnah sekiranya BA memerintah. Sebenarnya, inilah ucapan yg pernah diucapkan oleh wakil kerajaan British ketika mengishtiharkan kemerdekaan negara bahawa Tengku Abdul Rahman tidak mempunyai kelayakkan untuk memerintah. Kami menjawab, Pak Lah pandang sebelah mata atau buat-buat tak nampak ... kami sudah ada contoh kerajaan negeri Kelantan. PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz telah memerintah Kelantan selama 18 tahun, kurang 4 tahun sahaja daripada tempoh pemerintah Tun Dr Mahathir. Dulu sewaktu PAS berjaya menawan Kelantan pada tahun 90, Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa PAS tidak akan bertahan lama di Kelantan, mereka hanya boleh memerintah selama 3 bulan sahaja dengan kerana ia diperintah oleh Tok lebai berjubah yg hanya tahu ajar di masjid-masjid sahaja. Tapi sekarang sudah 18 tahun kami memerintah dan rakyat Kelantan masih mahukan PAS untuk memerintah .... di manakah kebenaran kenyataan Mahathir itu??? Walaupun kerajaan PAS di Kelantan ditekan dan didiskriminasi oleh kerajaan Pusat, tetapi PAS masih mampu bergerak memerintah negeri Kelantan dengan adil, makmur dan bersih dari sebarang rasuah. Bahkan rakyat cina dan india juga mahukan PAS memerintah Kelantan kerana mereka diberi layanan yang sama seperti mana masyarakat Melayu. Inilah Islam ... tidak kira keturunan, bangsa dan agama ... keadilan perlu diberikan dengan seadilnya. Sebab itu kami katakan, apa yg UMNO katakan dalam memburuk-burukkan BA adalah satu ucapan orang-orang yg telah dibaluti dirinya dengan fahaman sekularisma. Inilah penglihatan puak-puak Quraish ketika berhadapan dengan tentera Badar Rasulullah SAW dahulu ... mereka terlalu yakin akan mengalahkan tentera Islam kerana melihat kekurangan dan bilangan tentera Islam yg jauh lebih sedikit daripada bilangan mereka. Namun apa yg berlaku sebaliknya, di samping kekuatan jasmani dan kepakaran yg ada pada tentera Islam .. mereka juga dibantu oleh Allah SWT melalui perhantaraan para Malaikat. Umat Islam yg meletakkan Islam dan Iman serta Allah dan Rasul bagai jalan perjuangannya, mereka tidak berjuang keseorangan ... bahkan mereka dibantu oleh kerajaan langit dan bumi keseluruhannya. Para malaikat yg beriman kepada Allah SWT turun membantu memberi bantuan kepada mereka, tumbuh-tumbuhan, gunung ganang, haiwan dan lautan semuanya berdoa kepada Allah SWT demi kemenangan golongan Ansarullah. Tetapi bagi mereka yg melepaskan tali ikatan bersama Allah SWT, siapa lagi yg akan membantu mereka ... Allah SWT dan seluruh tenteranya berlepas diri terhadap orang-orang yg melepaskan tali ikatan Allah SWT. Mereka berjuang sendirian, tetapi kami berjuang bersama Allah SWT ... di sinilah kekuatan kami. Kami yakin dengan janji Allah, "Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah, Allah SWT akan memberikan jalan keluar kepadanya" ... "Orang-orang yg jika kami berikan kekuasaan kepada mereka .... bagi Allahlah kesudahan bagi segala urusan" iaitu mereka adalah orang-orang yg bertawakkal kepada Allah SWT dengan usaha yg telah mereka lakukan. "Apabila kamu telah memutuskan sesuatu / berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yg bertawakkal". Inilah keyakinan yg tidak ada pada jiwa pemegang fahaman Sekularisma. Mereka melepaskan tali ikatan Allah, Allah pun melepaskan tali ikatan-Nya dari mereka, "Hai orang-orang yg beriman, jangan kamu ambil orang-orang kafir menjadi pemimpin-pemimpin kamu selain daripada Allah. Barangsiapa yg melakukan sedemikian, mereka bukanlah daripada Allah...".Umno bertuhankan penjajah dan sekularisma yg memisahkan agama dari pemerintahan. "Mereka mengambil rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan mereka selain daripada Allah SWT", Abdullah ibn Salam lalu berkata: "Wahai Rasulullah, kami tidak menyembah dan bersujud kepada rahib-rahib kami .. mengapa mengatakan kami bertuhankan kepada mereka?". Rasullah SAW lalu menjawab, "Mereka menghalalkan apa yg diharamkan dan mengharamkan apa yg dihalalkan, lalu kamu mengikut mereka".

Di dalam masa yg sama, BA mempunyai pelbagai kepakaran dan pengalaman. Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan selama 8 tahun mempunyai pengalaman yg cukup luas dalam selok belok pentadbiran kewangan negara. Kita juga mempunyai pakar Eonomi, Perundangan dan mengambil pendapat dan pandangan daripada ahli akademik untuk membuat sebarang keputusan yg bakal dibuat. Sebab itu saya katakan bahwa UMNO saat ini ibarat orang yg lemas di tengah-tengah lautan ...

Para pengundi perlu cerdik terhadap kerajaan UMNO dan BN yg bodoh. Kalau kita pun bodoh, kita akan ditipu oleh orang-orang yg bodoh. Sekiranya kita cerdik, kita akan tahu bahawa BN merupakan parti komponen yg bodoh. Jadi, jangan jadi pak turut yg percaya bulat-bulat kepada dakyah mereka. Cukuplah selama ini kita ditipu dan dipermainkan ... segala janji manis yg mereka utarakan sebenarnya tipu daya dan propaganda untuk mengelirukan rakyat. Oleh itu, pastikan anda membuat pilihan yg terbaik pada 8 Mac 2008 ini ... berilah peluang kepada BA untuk memerintah. Anda tidak membuat eksperimen, tetapi anda membuat pemilihan yg tepat sekiranya anda memilih Barisan Alternatif.