Bismillah ...
.
"UMNO perlu ingat .. tidak ada satu kerajaan pun yang kekal dalam dunia ini, hatta kerajaan Islam pun silih bergantian. Tapi UMNO lupa yang ini ..", berkata ayah kepada sahabat-sahabat beliau yang menemuinya di Masjid selepas selesai solat subuh berjemaah pagi tadi.
.Mendengar kata-kata beliau, teringat saya akan sepotong ayat dari surah ali-'Imran yang bermaksud:
.
"Katakanlah wahai Muhammad: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikkan. Sesungguhnya Engkau Berkuasa di atas setiap sesuatu" (ali-'Imran: 26)
.
Benar ! Tiada satu kerajaan pun yang kekal di dalam dunia ini. Bukan saya seorang saja yang terkejut dengan kemenangan besar ini, malah seluruh warga Malaysia pasti terkejut dengan perubahan Tsunami ini. Siapa menyangka BA dapat menawan 5 buah negeri sekali gus setelah kalah teruk pada pilihanraya umum 2004 yang lalu. Tetapi, itulah yang disebutkan dengan kuasa Allah SWT. Ayat 26 dari surah ali-'Imran di atas jelas membuktikan bahawa kekuasaan langit dan bumi itu berada di bawah kuasa mutlak Allah SWT sepenuhnya. Dia berkuasa untuk memberi kuasa kepada siapa saja yang Dia kehendaki walaupun kita menafikannya.
Kita seharusnya menyedari hakikat ini, lantas tidak menjadi bongkak dan sombong dengan kerajaan yang kita miliki. Inilah yang dilupai oleh UMNO sebenarnya. Mereka bongkak dan sombong, seolah-olahnya mereka sahaja kuasa tunggal di bumi Malaysia yang mampu mentadbir dan diberi kepercayaan.
.
"Jangan buat eksperimen", kata Pak Lah
.
"Negara akan bankrup kalau BA memerintah", kata Najib.
.
"Negara akan musnah kalau BA perintah negara", kata Khairy.
.
Allah SWT balas kesombongan mereka dengan kekalahan yang tidak disangka-sangka. Apabila ditanya oleh wartawan, semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional mengatakan 'kami tidak menyangka akan mengalami kekalahan seteruk ini'.
.
Mujur mereka tidak jatuh bercerai badan ... Kalau itulah yang berlaku, sudah tentu ia merupkan suatu kejatuahan yang amat sakit dan menghinakan.
.
Bagi mereka yang yakin dengan janji Allah SWT, lihatlah ayat di atas dengan pandangan yang mengembirakan. Dan bagi mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah SWT, ambillah ia sebagai suatu amaran dan peringatan bahawa di sana terdapat satu kuasa mutlak yg menentukan turun naiknya suatu kekuasaan dan kemuliaan.
.
"Dan tidaklah kami mengutuskan para rasul kecuali untuk memberi berita gembira (kepada orang-orang yg beriman) dan berita peringatan (kepada orang-orang yg ingkar)"
Apapun yang berlaku, saya tetap bersyukur kepada Allah SWT di atas kemuliaan yang telah Dia berikan kepada BA untuk memerintah Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak. Semoga kemenangan ini bakal merintis jalan buat Islam untuk kembali berada di singgahsananya yang sudah hampir sedekad dirampas oleh kegelapan jahiliyah modern yang bermaharaja lela.
Kami berdoa, engkau(UMNO) juga berdoa ... Alhamdulillah, Allah menerima doa-doa kami.
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan saat itu Engkau melihat berbondong-bondong manusia akan masuk ke ugama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat" (an-Nasr: 1-3)
Walaupun terpaksa bersengkang mata & tidak cukup tidur ... Alhamdulillah, Allah SWT membalas kepenatan kami dengan berita kemenangan yang amat-amat mengembirakan.
.
Takbir !!! ALLAHU AKBAR
0 comments:
Post a Comment