Sunday 29 June 2008

Sepi Perantau

.
.

Sepi
Perantau - Brothers - artist

.
Penghibur buat sahabat-sahabatku yang berada di kejauhan. Teruskan perjuanganmu memburu jaya. Semoga kau pulang sebagai seorang pejuang bangsa, agama dan negara.
.
Pabila ku berada di kejauahan
Adakalanya ku rasa kesepian
Asyik terkenang kampung halaman dan jua ...
teman-teman
Di kala itu kan ku rasa agak kelemahan untuk berjuang
Melihat mereka berbahagia di samping yang tercinta kegembiraan ...
ku kesepian

Mujur ada teman seperjuangan
menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini demi ... mencari .....
keredhaan Ilahi

Masa muda dilalui hanya sekali
Pergunakannya agar kau tidak kesali ...
di esok hari
Ketenangan ada di sini
Tak jumpa kerana kau tak mencari
Kebahagian tersirat di hati
Tak rasa kerana kau tak menghayati


Saturday 28 June 2008

Walimah Sahabat

. .
Bismillah ...
.
Esok saya, Anuar Musa dan Lotpi akan pergi ke Klang bagi memenuhi jemputan walimah sahabat sebilik saya, Abdul Halem bin Husein.
.
Di kalangan sejumlah sahabat yang telahpun mendirikan rumah tangga, ini merupakan walimah keempat yang bakal saya penuhi. Saya tidak mahu mengecewakan sahabat saya lagi, kerana sudah beberapa jemputan walimah sebelum ini tidak dapat saya penuhi disebabkan oleh kesulitan dan keuzuran yang tidak dapat saya elakkan.
.
Di peringkat awalnya, kami berhadapan dengan sedikit masalah kerana kami tidak mengetahui lokasi dan jalan untuk ke rumah beliau. Nasib baik sahabat saya, Mohammad Aiman Salmi sudi untuk membantu. Kami berpakat untuk bertemu di satu tempat tertentu sebelum bersama-sama menuju ke rumah Halem.
.
Insyallah kalau tidak ada aral melintang, kami akan bertolak pada pukul 10 pagi agar kami boleh sampai ke sana pada tengaharinya, kerana pada malam esok juga akan dianjurkan ceramah perdana di Stadium Perak yang bakal disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar b. Jamaluddin.
.
Jadi, kami perlu bergegas balik supaya kami tidak ketinggalan untuk mendengar ceramah perdana yang bakal diadakan.
.
Sebelah kiri itulah Abdul Halem b. Husein. Yang kanan tu nak hampir setahun dah mendirikan rumah tangga.
.
Untuk sahabat saya, Halem dan zaujahnya, seperti mana yang diajarkan oleh nabi SAW, saya mengucapkan tahniah kepada kalian berdua:
.
بارك الله فيكم وجمع بينكما في خير
Semoga Allah memberkati kalian dan menyatukan kalian berdua di dalam kebaikkan
.
Semoga rumah tangga yang kalian bina kekal sehingga ke anak cucu ... Ameen.
.
Lepas ni jemputan walimah siapa pula ye ...... ????



PROTES SEJUTA RAKYAT

.

PROTES SEJUTA RAKYAT
PADANG TIMUR HADAPAN AMCORP MALL
PETALING JAYA, SELANGOR
6 JULAI 2008
9 PAGI

Friday 27 June 2008

Rahsia di sebalik Kesunyian Malam ...

.
.
Dingin betul pagi ini. Tidak kedengaran satupun suara-saura yang membingitkan. Tenang rasanya bersama kesunyian awal pagi ini. Bumbung bumi masih gelap. Awan putih masih belum kelihatan. Bintang-bintang masih kelihatan bergantungan tanpa tiang, menghiasi bumi Tuhan. Angin perlahan-perlahan menghembuskan nafasnya. Kadang-kadang ia bersiualan dan melemparkan kesejukkannya. Daun-daun dan rumput-rumput diselimuti oleh embun-embun air di atasnya. Binatang-binatang pula duduk senyap di suatu sudut dan penjuru, sama-sama menunggu pancaran ufuk timur mencahayai alam semesta.
.
.
Dalam kedinginan dan kegelapan itu, ada hamba Allah yang melawan dirinya bangun mengadap robbul Jalil, sedang yang lain masih asyik dalam buaian mimpinya. Di atas hamparan sejadah mereka bersujud kepada Allah, serta mengepak tinggi memohon keampunan dan maghfirah daripadaNya. Ada pula yang sedang mengumat-kamitkan bibirnya dengan zikrullah melalui lisan al-Quran dan tasbih. Semua makluk Allah sedang mendoakan kejuhudan mereka .. Allah Maha melihat dan Dia sedang melihat akan hamba-hambaNya. Malaikat pencatit amalan tidak putus-putus mengukir amalan kebaikkan si hamba Allah semulia itu.
.
Moga kita tergolong di dalam kumpulan itu.
.
Hampir jam 11 mlm:
.
Aku khusyuk membaca novel Isabella, sebuah cerita yang mengisahkan liku-liku kehidupan seorang gadis cantik dari Cordova, Sepanyol yang berhijrah kepada Islam setelah beliau mendapati kegagalan rahib-rahib Kristian dalam mempertahankan hujjah Omar Lahmi, seorang pemuda Islam yang telah berjaya mendedahkan kebatilan agama Kristian satu demi satu di dalam sebuah perdebatan terbuka di antara mereka...Namun setelah lama membaca, tiba-tiba aku terasa begitu mengantuk. Mataku tidak mampu lagi untuk terus berdiri. Perlahan-lahan ia menutup, akhirnya aku rebah jua.
.
1 pagi:
.
Aku terjaga dari tidurku. Tiba-tiba aku teringat akan janji dengan seorang teman untuk berbicara melalui YM pada lewat malamnya. Aku bingkas bangun dan menuju ke arah laptop .. Rupa-rupanya sudah lama beliau menunggu dan memberi salam. Namun perbincangan kami tidak lama. Kami berpisah mungkin hampir sejam selepas itu ...
.
Aku cuba rebahkan kembali tubuhku ke tanah ... tetapi mataku tidak bisa untuk membuatkanku tidur.
.
"Waktu masih terlalu panjang", bisik hati kecilku."Apa yang harus aku lakukan".
.
Teringat aku akan sebuah buku yang tersusun kemas di atas rak buku.... ((Jihad Sya'bul Muslim)) karangan as-Syahid Dr. Abdullah Azzam. Lalu aku capai dan membacanya ......... dialah yang menemaniku di sepanjang malam itu.
.
05:43 pagi: Azan Solat Subuh berkumandang.

Thursday 26 June 2008

Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya

Rasulullah SAW telah bersabda:

حفظ الغلام الصغير كالنقش في الحجر وحفظ الرجل بعدما يكبر كالكتاب على الماء
“Hafalan budak kecil seperti mengukir ukiran di atas batu dan hafalan orang yang telah meningkat dewasa seperti tulisan di atas air” (Hadis riwayat ad-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus, 2735)

Hadis di atas menunjukkan sebaik-baik umur untuk menghafal al-Quran adalah ketika usia muda, kerana usia muda adalah usia yang masih suci hati dan jiwanya .. tidak dipengaruhi dan dicemari oleh keburukkan nafsu dan kesibukkan dunia serta permasalahannya. Oleh itu, apa yang dipelajarinya mudah diterima dengan baik terutama dalam perkara yang melibatkan agama. Berbeza dengan orang yang telah baligh, saat itu segala kesilapan yang dilakukan akan dicatatkan oleh para malaikat, dan senoktah dosa yang dilakukan pasti akan memberikan kesan kepada hatinya. Sedangkan ilmu agama khususnya al-Quran merupakan nur. Ia dari Allah, dan Allah tidak akan memancarkan nur al-Quran itu ke dalam hati-hati yang telah diselaputi oleh tompok-tompok hitam. Inilah yang dimaksudkan dengan "seperti tulisan di atas air" di dalam hadis di atas.

Syeikh Dr Yahya ibn Abdul Razzak al-Ghauthani di dalam kitabnya ((Kaifa Tahfazul Qur'anil Karim)) menyatakan bahawa sebaik-baik umur untuk menghafaz al-Quran adalah bermula pada usia 5 tahun. Namun, ada juga yang berjaya menghafal al-Quran dalam usia 4 tahun. (m/s 41)

Oleh itu, bagi sesiapa yang masih mempunyai anak yang masih kecil, jangan rugikan peluang umurnya dengan sia-sia. Hiasilah diri anak-anak kecil ini dengan al-Quran kerana di luar sana begitu hebat sekali ancaman permikiran yang sedang dijalankan oleh golongan penentang Islam dalam rangka untuk menjatuhkan generasi-generasi muda Islam hari ini.

Saudara,
.
Lihatlah hari ini bagaimana para penjajah telah mencemarkan permikiran dan identiti kita dengan pelbagai pengaruh-pengaruh negatif mereka. Berapa ramai pemuda Islam hari ini yang telah termakan dengan umpanan jahat ini. Mereka berbangga menjadi sebahagian dari ciri-ciri mereka, dan malu untuk memilih jalan yang Islam pamerkan.

Mereka tahu bahawa golongan pemuda adalah golongan yang paling banyak bilangannya di dunia dan di sisi mereka terdapat kuasa penentu yang mampu merubah senario politik dunia. Mereka tidak mahu melihat Islam sekali lagi bangkit melahirkan tokoh syabab agung seperti Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Fateh & Muhammad Ibn Qasim.

Sejarah telah membuktikan bahawa majoriti dari para sahabat RA yang berpengaruh adalah dari golongan pemuda. Secara realitinya, di mana-mana pun, golongan pemudalah golongan yang cukup digeruni oleh pihak pemerintah. Mereka adalah golongan yang sentiasa mahukan perubahan dan kebenaran. Sifat agresif dan lantang membuatkan mereka berani bersuara sekiranya hak mereka dicabuli dan dinodai.

Kerana itu, pelbagai kaedah yang cuba dijalankan demi untuk memandulkan kelantangan, keberanian dan keghairahan mereka terhadap kebenaran. Mereka taburkan program-program yang melalaikan sebagai candu supaya permikiran mereka tidak terarah kepada Islam.
.
Ustaz Jalal al-‘Alim menulis: “Penduduk Palestin yang datang dari Tebing Barat pernah menceritakan bahawa pemerintah rejim zionis mengajak pemuda-pemuda Palestin dalam bentuk kempen teratur untuk bergaul dengan perempuan-perempuan Yahudi terutamanya di pantai-pantai peranginan di laut Mediterranean yang seterusnya menyeret kepada perlakuan zina. Kesemua ini bertujuan untuk meruntuhkan akhlak pemuda Arab, sebagai jaminan mereka tidak akan menyertai gerakan penentangan rejim Yahudi di kawasan yang ditawan” (Ustaz Jalal Al-‘Alim, Seruan Barat: Hancurkan Islam, Hapuskan Pemeluknya, hlm 62)

Gibb, seorang missionary barat berkata: “Kini Islam telah kehilangan kuasa untuk membentuk kehidupan sosial orang-orang Islam. Kini ruang kuasa dan pengaruhnya semakin menyempit. Yang tinggal hanyalah sekitar perkara tertentu sahaja. Kebanyakkan perkara ini berlaku secara beransur-ansur tanpa disedari. Perkembangan ini bergerak ke suatu jarak yang jauh dan tidak mungkin lagi untuk kembali semula. Namun kejayaan perkembangan ini seterusnya bergantung keseluruhannya di tangan pemimpin dan ketua-ketua dunia Islam dan golongan muda Islam secara khusus. Kesemua ini adalah sebagai implikasi kepada kecergasan pengajaran dan pengetahuan sekular” (Rujukan yang sama, hlm 57)

Oleh itu, bentengilah anak-anak kita sejak dari kecil lagi dengan benteng al-Quran. Kalaupun anak-anak kecil ini tidak dihantar mengikuti kelas hafazan al-Quran sekalipun, sekurang-kurangnya didiklah mereka dengan didikan al-Quran. Perkenalkan mereka dengan Allah dan ajarilah mereka membaca al-Quran ... Jangan biarkan usia kecil mereka dibiarkan dan dikelilingi oleh unsur-unsur maksiat dan dosa (melalui contoh yang ditunjukkan ibu bapa) kerana ia akan menjadi darah daging dan mereka akan membesar menjadi insan yang tidak kenal agama ...

من تعلم القرأن وهو فتي السن خلطه الله بلحمه ودمه

“Barangsiapa yang mempelajari al-Quran sedang umurnya masih muda(kecil), Allah SWT akan mencampurkannya(nur hidayah al-Quran) di dalam daging dan darahnya” (Hadis riwayat Bukhari di dalam Tarikh al-Kabir, 3/94)

Saya bukanlah Hafiz al-Quran tetapi saya bercita-cita untuk termasuk di dalam golongan al-Huffaz. Namun, ia sudah agak terlewat dek kerana umur dan kesibukkan yang menghujani diri saya sendiri ...

Justeru, dengan kesedaran ini ... saya mengajak sahabat-sahabat yang bakal dan sudah bergelar ibu bapa agar mendidik anak-anak anda dengan al-Quran. Insya-Allah, sekiranya mereka menjaga agama Allah SWT melalui lisan Qurannya, nescaya Allah juga akan menjaga dan memelihara dirinya dari anasir luar yang merosakkan ....
.



Tak teringin ke untuk melihat anak-anak kita seperti anak-anak kecil ini ..???

Wednesday 25 June 2008

Kenangan dulu disingkap kembali

.
Gambar-gambar kenangan semasa zaman persekolahan dulu ...
.
.
Dari kiri: Muallim Azrul, Mazri, Razmi, Zul dan Kudari
.
Barisan batch pertama Sek Men al-Hidayah, Ipoh
.
Barisan batch ketiga Sek. Men. Al-Hidayah, Ipoh
.
Dari kiri: Miqdad dan Halem. Berlagak jadi motivator .. haha
.
Dari kiri (Berdiri): Aizat, Omar, Hashim, Salman, Nik Hanif dan Muiz
Dari kiri(duduk): Tun Zaemah, M. Azrul, M. Zul dan Dhia Sofiah
.
"Aku maksudkan dengan ukhuwwah adalah: Hati dan jiwa ditautkan dengan tautan akidah. Akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Ukhuwwah adalah saudara bagi iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan ukhuwwah. Tiada persaudaraan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar’ (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan sesiapa yang dipelihara oleh Allah daripada kebakhilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung".
.
Saudara Islam yang sebenar memandang saudaranya melebihi dari dirinya sendiri, kerana kalaulah mereka tidak bersama dengan mereka pasti mereka akan bersama dengan selain darinya. Sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang berada dalam kesesatan. Seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. “Mukminin dan mukminat sebahagian menolong sebahagian yang lain.” Inilah situasi yang perlu kita wujudkan"
. ((RisaLah Ta'lim - Imam Hasan Al-Banna))
.
Ukhuwwah ibarat rangkaian tasbih
dicantum kerana cintaNya
diratib kerana rinduNya
menitis air mata kerana
KEAGUNGANNYA
.
- Amienah Ridzwan -

Tuesday 24 June 2008

And it's so Hard to say How are you

.
.
Bismillah ...
.
Dalam kalut, dalam sibuk, dalam bingar saya terkenangkan ramai orang.....
.
Ada yang jauh di mata, dekat dihati. Ada juga yang dekat di mata, jauh di hati. Ada yang dekat di mata dan dekat di hati malah ada juga yang jauh di mata dan jauh di hati.
.
Bila difikir-fikirkan, saya jarang sungguh bertanya khabar teman-teman lama. Entah kenapa? Sikap mungkin membuatkan saya jadi begitu. Mungkin saya kurang RAMAH. Tapi MESRA bila mengena. Bukan ego, cuma terkadang agak pendiam. Saya ingin belajar jadi sedikit mesra dan ramah serta mudah bercerita. Tapi entah bagaimana cara?
.
Kadang-kadang saya cuba buat-buat ramah, tapi rasa macam tak kena cara ...

23 Jun 02: Hilangnya Seorang Mujahid

.

.
23 Jun 02 merupakan hari pemergian seorang Mujahid dan Mujaddid Agung Tanahair yang terbilang; al-Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor. Sudah 6 tahun masa itu berlalu. Sesaat membaca artikel srikandi al-marhum di dalam Harakahdaily, entah tiba-tiba kenangan arwah bangkit semula dari ingatan saya. Terlalu kuat ingatan itu. Tak semena-mena.
.
Saya teringat saat ketika beliau bertandang ke rumah selepas era Reformasi tahun 98 dahulu, sebelum berangkat ke Kuala Kangsar dalam lawatan rasmi beliau ke sana, saya diperkenalkan ayah kepada beliau di depan halaman rumah sebelum menjemputnya masuk. Dengan wajah kebapaan .. beliau menghulurkan senyuman kepada saya, lalu mengusap-usap rambut si kecil ini pada saat itu dengan tangan kasih sayang. Saya dapat rasakan nilai kasih sayang beliau pada saat itu .... Saya tidak akan lupakan kenangan itu buat selama-lamanya.
.
"Waktu tu ayah dengan pakcik Mat duduk satu bilik, Ust Fadhil dan driver dia pula duduk satu bilik sebelah bilik kami. Pakcik Mat cerita, pagi-pagi tu Ustaz Fadhil ketuk pintu bilik ajak makan nasi lemak sekali di bilik dia, tapi masa tu ayah tengah mandi. Selepas selesai semua, kami pun pergi ke bilik Ustaz. Ingatkan ustaz dah selesai makan sebab kami pun lambat. Rupa-rupanya dia tunggu kami sambil duduk atas lantai dengan bersinglet di depan nasi lemak bungkus .. semata-mata untuk makan bersama. Waktu tu ayah rasa sangat sayu ..", bicara ayah berulang-ulang menceritakan kesayuan beliau terhadap keperibadian al-marhum yang sangat beliau kagumi.
.
"Pakcik memang terasa sungguh bila Ustaz dah pergi. Mana tidaknya, dia anggap pakcik ni macam kawan dia je. Pernah sekali tu, selepas ayah kamu semua habis mesyuarat ... dia nampak pakcik di bawah. Dia terus panggil pakcik, "Mat .. Mat, mari makan sekali kat atas, lauk banyak tu". Itulah saat yang pakcik tak dapat lupakan. Ye la, pakcik ni bukan ada apa-apa pun, tapi ajakkan beliau waktu tu membuatkan pakcik dapat rasa kemesraan dia", cerita pakcik Mat, pemandu peribadi ayah saat mengenangkan peristiwa manis bersama al-Marhum Ustaz.
.
Di samping kepetahan berpidato dan sifat kebapaan yang beliau tonjolkan, satu perkara yang membuatkan ramai orang kagum dan sayang kepada beliau adalah; beliau mempunyai daya ingatan yang terlalu kuat. Beliau tidak mudah lupa nama seseorang walaupun sudah lama tidak bertemu. Hal ini diperakui oleh semua orang yang pernah bersama dengan beliau termasuk ayah saya sendiri. Saat pertama kali bertemu ayah, beliau langsung mengingati nama ayah yang berbelas tahun sebelum itu pernah berkhidmat sebagai majistrat di Alor Setar, Kedah. Mungkin kerana itu beliau mengenali ayah, di samping pernah berpentas memberi ceramah semasa berada di sana. Ayah kaget sesaat sewaktu beliau menyebut namanya padahal sudah berbelas tahun saat itu berlalu. Itu lumrah. Kita pasti berasa bangga sekiranya orang lain mengingati nama kita, apatah lagi sekiranya dia merupakan seorang pemimpin ...
.
Beliau di mata saya memang merupakan seorang tokoh yang cukup hebat. Ya, walaupun dikatakan ilmu beliau tidak sehebat Tok guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi, tetapi beliau cukup hebat dari segi percaturan politik. Bacaan politiknya jauh ke hadapan. Ketika Anwar dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri pada tahun 98 yg lalu, al-Marhum mengambil keputusan untuk bertemu & membantu Dato' Seri Anwar .. akan tetapi ramai AJK PAS Pusat pada saat itu menolak keputusan beliau itu dengan alasan Anwar telah curang dalam perjuangan asalnya. Namun, al-Marhum dengan tegasnya masih ingin meneruskan keputusan tersebut kerana ketika itu, ramai yang tidak dapat membaca bacaan politik beliau. Namun lihatlah hari ini, tidak dapat kita nafikan bahawa perubahan senario politik hari ini adalah kesan daripada pandangan jauh beliau pada ketika itu ....
.
Tengahari itu .. saya, abang dan emak berada di rumah makcik saya di Kuala Kangsar. Ketika masing-masing sedang enak berbual, deringan telefon bimbit emak berbunyi. Emak menjawab panggilan tanpa sebarang dugaan. Ayah menelefon. "Ustaz Fadhil dah meninggal ke mak..!!?", saya menduga sebelum emak menceritakan ...
.
Saya, abang dan Pak Uda setelah itu terus mengambil keputusan untuk pergi ke Muassasah Darul Ulum, bersama-sama ingin menjadi saksi di depan Allah betapa al-Marhum adalah seorang Mujahid, Mujaddid, Da'i dan Pemimpin terbilang bagi lautan manusia di rantau ini. Dengan Pajero V6, kami berangkat laju ke Kedah. Suasana hiba sangat terasa di sepanjang perjalanan tersebut. Masing-masing masih tidak percaya dengan berita pemergian al-marhum itu. Lemah saya memaksa diri untuk meletakkan segalanya pada realiti. Persoalan di minda saat itu berkecamuk memikirkan bagaimana keadaan PAS selepas pemergian al-marhum. Kabur. Bingung. Dari luar cermin kereta, tampak kereta berduyun-duyun dalam satu arah menuju ke destinasi yang sama.
.
Pak Uda memacu laju kereta yang dipandunya, kerana sudah menjangkakan pasti akan berlaku kesesakkan. Memang benar, setelah melepasi Tol (x igt tol ape), kami terus terhimpit di dalam kesesakkan. Perlahan kereta menyusur. Keadaan sesak seperti di Kuala Lumpur, malah mungkin lebih dahsyat. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 10 minit untuk ke Muassasah berubah menjadi lebih dari 2 jam. Di kiri dan kanan banyak kereta-kereta tua yang terdampar di tepi jalan ... mungkin rosak atau tidak tahan dengan kesesakkan yang menyiksakan.
.
Bayangan Muassasah sudah kelihatan. Kami meletakkan kereta sedikit jauh dari Muassasah tersebut. Mungkin kalau keadaan tenang, berjalan kaki hanya mengambil masa 5 minit saja untuk sampai ke sana dari kereta kami. Tetapi keadaan jalan yang begitu sesak menyebabkan masa berjalan kaki juga mengambil masa yang agak lama. Ribuan kereta dan manusia membanjiri kawasan tersebut sehinggakan AJK PAS Pusat juga terpaksa menaiki motor orang tempatan untuk melepasi kesesakkan tersebut.
.
Ini petanda kemuliaan beliau di dunia .. Allah memuliakan beliau di dunia lagi sebelum dimuliakan di akhirat. Bagaimana berbondong-bondong manusia dari segenap penjuru tanahair datang semata-mata untuk memberi penghormatan serta menatap wajah terakhir seorang mujahid agung yang pergi buat selama-lamanya ........................
.
Saya rindukan kelibat dan kepetahannya ....
.
Semoga rohnya disemadikan bersama-sama dengan para anbia', para shuhada' serta para solihin. AL-FATIHAH ....


Monday 23 June 2008

Satu Wajah, Dua Perwatakkan;Yg asli dan yg palsu (edit)

.
Bismillah ..
.
Imam As-Syahid Hasan al-Banna mengatakan di dalam bukunya ((Adakah Kita Golongan Bekerja)):
.
“Bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan jiwa dan pemurnian akhlak. Anak bangsanya perlu dididik agar memiliki sifat kelakian yang sebenar agar mereka mampu menghadapi segala rintangan di sepanjang jalan serta sedia menanggung segala kesulitan.”
.
Beliau meneruskan lagi, “Lelaki adalah rahsia hidup sesebuah bangsa dan menjadi faktor utama yang menentukan kebangkitan mereka. Sejarah manusia sebenarnya adalah sejarah kelahiran lelaki-lelaki yang berketerampilan dan memiliki jiwa serta kemahuan yang tinggi. Kekuatan atau kelemahan sesebuah bangsa diukur kepada sejauhmana bangsa ini mampu melahirkan golongan lelaki yang memiliki sifat-sifat kelakian yang sebenarnya. Dalam masa yang sama dia juga mampu menghancurkan bangsa ini jika sifat kelakiannya dihalakan ke arah kehancuran, bukan ke arah pembangunan bangsanya” ((Dinukil dari buku Perkara Asas Dalam Agenda Pembangunan Ummah, Kajian berdasarkan Gagasan Imam Hasan al-Banna, Dr. Abdul Hamid al-Ghazali, m.s 167))
.

.

.

.
Tapi kalau macam ni la contoh lelaki Muslim yang ada, apa la nasib umat Islam di masa hadapan agaknya ..
.
لعن رسول الله المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال
"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan (pondan) dan perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy)" (Hadis riwayat Bukhori daripada Ibn Abbas RA di dalam Kitab Libas (59/5546))
.
Geli lagi getik aku melihatnya .... eeeiii. Jauhi impian sebegini !!
.
Kalaupun tidak pondan pada zahirnya, janganlah pula menjadi pondan pada fikrahnya.
.
.

Tuesday 17 June 2008

Jadilah Pembantu-Pembantu Allah (Edit)

.
.
Sesungguhnya hidup di dunia ini merupakan satu rakaman. Kesemua yang kita lakukan di atas dunia ini disimpan oleh para malaikat untuk ditayangkan kembali di padang Mahsyar nanti di depan Allah SWT. Ketika itulah akan berlakunya proses pengeditan bagi setiap rakaman yang telah dirakamkan ke atas setiap manusia. Rakaman yang baik akan disimpan di dalam kotak syurga, manakala rakaman yang tidak baik akan dicampakkan ke dalam sampah neraka. Dalam erti kata yang lain, setiap amalan yang kita lakukan akan ada penghisabannya. Tiada seorangpun yang akan terlepas dari penelitian itu .. tiada seorang pun!!.
.
Oleh itu sahabat, muslimin muslimat, ikhwah dan akhawat sekalian ..
.
Allah SWT dengan limpahan rahmatNya mahukan semua hambaNya mencium bau haruman syurga. Dia tidak menzalimi hambaNya dengan membiarkan mereka hidup tanpa sebarang pedoman. Lalu dipersembahkan Islam sebagai jalan menuju ke Syurga, didedahkan rahsia-rahsia praktikal melalui sunnah nabi SAW sebagai petunjuk untuk menyelusuri jalan mulia itu.
….
Allah SWT tidak menurunkan malaikat sebagai utusanNya, tidak juga binatang, tumbuhan dan Jin. Tetapi Allah SWT mewahyukan risalahNya kepada Muhammad SAW yang merupakan seorang insan bergelar manusia, kerana tujuan risalah adalah ditujukan buat manusia. Malaikat, haiwan dan tumbuhan kesemuanya patuh dan sujud taat kepada Allah SWT, tetapi tidak makhlukNya dari kalangan jin dan manusia. Dari sudut pandang yang lain, pemilihan tersebut bertujuan supaya manusia mempunyai “role model” yang boleh diikuti di dalam hidup mereka serta mempunyai panduan dalam memikul tanggungjawab yang pernah diamanahkan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi sebelumnya.
.
Tatkala Allah SWT memerintahkan kita mendirikan solat, Muhammad SAW bersedia menunjukkan caranya. Tatkala diperintahkan untuk melakukan kebaikkan dan keadilan, baginda SAW adalah petunjuk jalannya. Dan tatkala diperintahkan kepada kita untuk melaksanakan tugas dakwah, pada diri baginda SAW jugalah manual tersebut boleh dipelajari. Inilah rahsia mengapa para rasul dan nabi-nabi itu didatangkan daripada kalangan manusia .. bukan jin, malaikat, tumbuhan dan haiwan .. sebagai satu petunjuk dan jalan yang Allah SWT dedahkan kepada hambaNya yang mahu mencari redha Allah dan memenuhi isi syurga yang terbentang luas di dunia sana.
….
Sahabat yang saya cintai ..
….
Jadilah pembantu-pembantu Allah!!
….
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah pembantu-pembantu Allah !!” (As-Soff: 13)
….
Ini sahaja jalan untuk mendapat redha Allah SWT. Jadilah pembantu-pembantu Allah.
.
Tidak kira siapapun diri saudara, kita semua merupakan pembantu-pembantu Allah di muka bumi ini. Setiap daripada kita harus merasakan bahawa dia berperanan terhadap Islam .. kehadirannya melengkapkan susunan bata yang membentuk sebuah mahkota. Dia punya rasa cinta dan tanggungjawab untuk menyumbangkan sesuatu demi Islam, walaupun terpaksa mengorbankan harta dan diri sendiri. Tidak kira samada kamu merupakan Doktor, Jurutera, Peguam, Ahli Farmasi, Guru atau para Ulama sekalipun, setelah kita melafazkan kalimah ((La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah)) bahwa Tiada Tuhan yang selayaknya disembah Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah… bermula dari saat itu, kita telah pun dipertanggungjawabkan untuk menjadi pembantu-pembantu Allah. Kalimah itu adalah bai'ah taat setia kita kepada Allah .. janji antara kita dengan Allah.
.

.
Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat setinggi mana pengorbanan dan sumbangan yang telah kita lakukan. Keikhlasan merupakan kunci penerimaan di sisi Allah, walaupun dengan hanya menjadi penjahit pakaian para mujahid .. pengorbananmu dilihat besar oleh Allah biarpun ia dilihat kecil oleh mata-mata manusia. Oleh itu, lakukan apa saja. Yang penting, ia diniatkan untuk Islam ...
.

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, antara tokoh agung yang menjual diri demi agama

.
“Ehh, ayat ini (as-Soff: 13) diturunkan kepada kaum nabi Musa, bukan kita”
….
Kaedah tafsir menyebut:
….
العبرة ليس بخصوص السبب ولكن بعموم الفظ
“Pengiktibaran itu bukan dikhususkan oleh satu-satu sebab tetapi disebabkan oleh keumuman lafaz”.
….
Kita sepatutnya merasakan bahawa ayat itu sebenarnya dikhitabkan dan ditujukan kepada kita. Begitulah salafus-soleh melihat ayat ini. Setelah kewafatan nabi SAW, mereka tidak berhenti di situ .. malah merasakan bahawa merekalah peganti diri Rasulullah SAW dalam meneruskan tanggungjawab dakwah itu ke seluruh penjuru dunia. Para peniaga dengan cara niaganya, ulama dengan cara ulama’nya, gabenor dengan cara gabenornya, khalifah dengan cara khalifahnya, orang awam dengan cara orang awamnya. Ringkasnya, kesemuanya merasakan bahawa merekalah misionari-misionari dan delegasi-delegasi Islam yang bertanggungjawab membawa risalah Allah itu dari timur ke barat.
….
Namun hari ini, kitalah misionari dan delegasi Islam itu. Kitalah penyambung perjuangan dakwah yang telah dimulakan oleh para rasul, para anbia’ dan salafus-soleh selepas mereka. Bukan berkira-kira dengan alasan “aku ini bukan ustaz” dan “aku bukan aktif dengan mana-mana Jemaah”, tetapi kerana merasakan bahawa “aku adalah seorang Islam”, maka aku merasa bertanggungjawab ke atas Islam dan demi Islam. Kalau tidak, tanyakan kembali kepada diri sendiri “Untuk apa aku menjadi muslim jika aku tidak mahu membantu Islam?” ..
….
Sahutlah seruan nabi SAW, “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”.
.
Semoga di akhirat kelak, tangan-tangan dan kaki-kaki ini tidak segan untuk mempertahankan diri ini apabila ditanyakan tentang ke manakah ia telah digunakan. Allahumma Ameen.
.

MB Perak yang berjiwa da'ie

2 Frence women saying Shahadah in front of Syeikh al-Qaradawi

SEBELUM MEMERINTAH, PENERANGAN ISLAM PERLU DIPERHEBATKAN

Oleh: Ustaz Wanji
http://al-bakistani.blogspot.com/
.
.
Nampaknya pemuda PAS Pusat telah mengambil sikap serius dan agrasif dalam isu perlaksanaan Islam di negeri-negeri Pakatan rakyat. Keseriusan itu dapat dilihat dari kenyataan dari Naib ketua Pemudanya, Saudara Azman Syafawi.
.
Mendengar berita sebegini, pendokong-pendokong perjuangan Islam sudah pasti menyokongnya. Tetapi, mungkin akan kesepian dari pihak-pihak yang tidak islam.Secara peribadi, aku lebih meyakini bahawa jika manusia itu faham Islam, sudah pasti mereka akan menerima Islam. Pun begitu, jika terdapat sebilangan mereka yang tidak menerima Islam juga, walaupun setelah penerangan Islam dilakukan, ianya adalah kerana keegoan sahaja, bahkan aku lebih meyakini hati kecil mereka tetap menyatakan kebenaran Islam.
.
Aku melihat, apabila ada manusia yang tidak menerima Islam, aku lebih meyakini bahawa penolakan mereka terhadap Islam itu berpunca dari kejahilan mereka terhadap Islam. Penolakan itu tidak boleh terlalu disalahkan kepada mereka, tetapi perlu dipersalahkan kepada orang islam sendiri, yang tidak berusaha secara serius hendak memahamkan mereka dengan Islam.
.
PAS PERLU SERIUS
.
Kerajaan pakatan rakyat telah dibina. Membina kerajaan dengan didominasikan dengan tiga buah parti yang mempunyai pemikiran politik yang berbeza.
.
PAS dengan agenda islam. Pun begitu, agenda Islam itu ditolak oleh kawan-kawan dari PKR dan DAP. Aku tetap menganggap mereka sebagai kawan, bukan musuh, dikeranakan mereka boleh dikelompokkan sebagai ”Ummah dakwah”.
.
Padaku, Islam yang ditolak oleh mereka, bukanlah kerana mereka memusuhi Islam, tetapi disebabkan kejahilan mereka terhadap islam.
.
Dalam kes ini, PAS sebagai parti Islam perlu bertindak serius dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka. Menyampaikan mesej Islam, bukannya bercerita tentang perkara-perkara ibadat sahaja, tetapi lebih kepada menyebut maqasid disebalik pensyariatan hukum.Dengan Pakatan Rakyat, sudah sampai masanya, PAS perlu mengemukakan perbezaan antara hukum Allah dengan hukum manusia. Menyebut dimanakan keadilan hukum Allah dan dimanakan kezaliman hukum manusia. Menjelaskan kepada manusia bahawa Islam bukanlah satu agama yang jumud, seperti yang digambarkan oleh sebilangan puak.
.
Menjelaskan kepada mereka disebalik pensyariatan hukum, seperti hudud, qisas dan ta’zir. Menjelaskan juga, hikmat ilahi terhadap sesuatu pensyariatan, seperti hikmat bersuci dari najis anjing dan sebagainya.
.
Program-program dialog antara agama perlu diadakan secara hebat. Dialog antara agama seperti yang dilakukan oleh Ahmad deedat dan Dr Zakir Naik.
.
Di Malaysia, tokoh-tokoh yang berkepakaran seperti Ahmad Dedaat dan Dr Zakir naik memang wujud. Kita mempunyai Ustaz Ahmad Fitri yang berkemahiran dalam berbezaan antara Islam dan hindu. Shah Kirit yang berkemahiran antara Islam dan Kristian. Jika nama-nama ini diketengahkan, sudah pasti golongan non muslim akan membuka mata, dan menjadikan Islam sebagai agama pegangan hidup.
.
Disamping itu juga, sudah tiba masanya agamawan-agamawan Islam di Malaysia menggali segala hikmat-hikmat ilahi disebalik pensyariatan. Menyebut hikmat ilahi disebalik solat jemaah, sains dalam Al-Quran dan sebagainya. Kita sudah mempunyai kepakaran seperti ini, seperti Dr Danial Zainal Abidin dan Dr Jamnol Azhar yang kedua-duanya dari negeri kedah.
.
PENUTUP
.
Memang PAS mahu melaksanakan Islam, tetapi perlaksanaan islam ini tidak akan berjaya, jika masyarakat secara umumnya tidak memahami Islam.
.
Kadangkala yang tidak memahami islam itu bukanlah dari pihak non muslim sahaja, bahkan dari pihak PAS sendiri. Ada sebilangan pimpinan PAS yang tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Masakan mereka hendak menggali kandungan Al-Quran, sedangkan Al-Quran pun tidak dibaca dengan baik.
.
Pimpinan PAS kini, perlu berceramah dengan menyebut tentang Islam dan keadilannya, bukan semata-mata ”maki” pimpinan UMNO dan Barisan Nasional sahaja.
.
Isu apa pun, perlu merujuk kepada Islam sebagai jalan penyelesaian. Contohnya seperti Isu kenaikkan harga minyak, perlu dinyatakan bentuk Islam dalam menyelesaikannya. Dasar penswastaan dari pandangan islam. Keadilan dari kacamata Islam dan sebagainya.
.
Jika ini berjaya dilakukan kepada masyarakat umum, aku meyakini, dipilihanraya akan datang, PAS akan mendominasi kepimpinan negara yang dengan itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana Menteri Malaysia yang Ke 6.
.
Sekian
.
Wallahu ’Alam
.
Al-Bakistani

Thursday 12 June 2008

Membangun sambil Meruntuhkan

.
Pemandangan Paris pada waktu malam
.
Bangunan Parlimen yg digelar "Big Ben"
. Pemandangan di Oxford Street, London
.
"Cik, Amsterdam memang cantik ... tp bila cik ada di tengah-tengah bandar tu, cik jalan belakang-belakang sikit, nanti cik nampak la orang duduk dalam bilik merah", jelas kakak nana kepada emak sambil tersenyum-senyum.
.
Mak membenarkan kata-kata kak nana dengan anggukkannya. Tetapi di wajahnya jelas menunjukkan beliau tidak faham dengan apa yang cuba dijelaskan oleh kak nana.
.
"Di Amsterdam terkenal dengan tempat pelacuran cik ..", abg Irmie terus menyampuk menjelaskan apakah sebenarnya yang cuba diceritakan oleh isterinya, salah seorang agen Aidil Agency yang beroperasi di Kuala Lumpur.
.
"Ooo ye ke ...", mak mengiyakan sambil tersenyum.
.
"Memang .. even it has been legalized by the government", ayah pula menyampuk. Cuba menjelaskan kedudukan aktiviti pelacuran di Netherland dari sudut perundangan.
.
"Even they are qualified to get pension from the goverment sebab pelacuran telah diiktiraf sebagai kerjaya di sana", saya pula bersuara menyambung penjelasan yang dijelaskan ayah.
.
Ermm .. kalau macam tu kita batalkan je la ke Amsterdam bang. Kita pergi UK, France dgn Switzerland je", emak memberi pandangan kepada ayah selepas mendengar cerita kak nana dan abang Irmie.
.
Ayah tak cakap panjang, terus bersetuju dengan cadangan emak tersebut. Lalu kami anak beranak termasuk kakak emak dan suaminya melalui hari-hari percutian kami ke 3 negara sahaja; Switzerland, France dan UK.
.
Sepanjang perjalanan dan percutian saya di negara Eropah, apa yang dapat saya simpulkan dari banyak-banyak penilaian saya mengenainya adalah:
.
Mereka Membangun sambil Meruntuhkan
.
"Akan kami menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui" (al-Qalam: 44)
.

Inilah bilik merah yg dimaksudkan (maaf gambar 18sx). Sekadar ingin menunjukkan

Bagaimana pula dengan Malaysia?


Syeikh Qaradhawi - Fitnah Wanita




DEMO NAIK MINYAK (13 JUN 2008)

.
"Lotpi, Jumaat ni jom pergi KL", pelawa saya kepada beliau ketika sedang memandu kereta ke Padang Rengas.
.
"Nak buat ape?", soal beliau tertanya-tanya yang duduk di sebelah saya.
.
"Bukan ke ada demo protes kenaikkan harga minyak hari tu. Jom la, kalau ada kawan seronok sikit, tak ada la boring sangat memandu nanti", jelas saya terhadap soalan beliau.
.
"Oh, ye tak ye juga ye .. boleh-boleh. Free je", beliau teringat.
.
"Nanti kita ajak Ustaz Fakhrurazi sekali, mesti dia nak ikut punya. Ana dah ajak abang Muz, tapi dia tak boleh ikut kita Jumaat tu. Dia dah kene pergi sana Khamis malam tu sebab unit amal diminta bertugas menjaga keselamatan ketika demo nanti", tambah saya.
.
"Ok, tak kisah ... sure ustaz nak pergi punya la", sambung beliau.
.
"Nanti kita pergi pagi, tak ada la rushing sangat. Sebab demo tu pun mula lepas solat Jumaat .. berkumpul di Masjid Kampung Baru, kemudian terus bergerak menuju ke KLCC", terang saya kepada beliau.
.
"Ok, karang kita cakap pada ustaz ..", jawab beliau ringkas.
.

So, I hope those who has time on this Friday, 13 June 2008 .. please come and join this demo for the sake of our country and our future. Better do something than do nothing.