.
.
Dingin betul pagi ini. Tidak kedengaran satupun suara-saura yang membingitkan. Tenang rasanya bersama kesunyian awal pagi ini. Bumbung bumi masih gelap. Awan putih masih belum kelihatan. Bintang-bintang masih kelihatan bergantungan tanpa tiang, menghiasi bumi Tuhan. Angin perlahan-perlahan menghembuskan nafasnya. Kadang-kadang ia bersiualan dan melemparkan kesejukkannya. Daun-daun dan rumput-rumput diselimuti oleh embun-embun air di atasnya. Binatang-binatang pula duduk senyap di suatu sudut dan penjuru, sama-sama menunggu pancaran ufuk timur mencahayai alam semesta.
.
.Dalam kedinginan dan kegelapan itu, ada hamba Allah yang melawan dirinya bangun mengadap robbul Jalil, sedang yang lain masih asyik dalam buaian mimpinya. Di atas hamparan sejadah mereka bersujud kepada Allah, serta mengepak tinggi memohon keampunan dan maghfirah daripadaNya. Ada pula yang sedang mengumat-kamitkan bibirnya dengan zikrullah melalui lisan al-Quran dan tasbih. Semua makluk Allah sedang mendoakan kejuhudan mereka .. Allah Maha melihat dan Dia sedang melihat akan hamba-hambaNya. Malaikat pencatit amalan tidak putus-putus mengukir amalan kebaikkan si hamba Allah semulia itu.
.Moga kita tergolong di dalam kumpulan itu.
.Hampir jam 11 mlm:
.
Aku khusyuk membaca novel Isabella, sebuah cerita yang mengisahkan liku-liku kehidupan seorang gadis cantik dari Cordova, Sepanyol yang berhijrah kepada Islam setelah beliau mendapati kegagalan rahib-rahib Kristian dalam mempertahankan hujjah Omar Lahmi, seorang pemuda Islam yang telah berjaya mendedahkan kebatilan agama Kristian satu demi satu di dalam sebuah perdebatan terbuka di antara mereka...Namun setelah lama membaca, tiba-tiba aku terasa begitu mengantuk. Mataku tidak mampu lagi untuk terus berdiri. Perlahan-lahan ia menutup, akhirnya aku rebah jua.
.1 pagi:
.Aku terjaga dari tidurku. Tiba-tiba aku teringat akan janji dengan seorang teman untuk berbicara melalui YM pada lewat malamnya. Aku bingkas bangun dan menuju ke arah laptop .. Rupa-rupanya sudah lama beliau menunggu dan memberi salam. Namun perbincangan kami tidak lama. Kami berpisah mungkin hampir sejam selepas itu ...
.Aku cuba rebahkan kembali tubuhku ke tanah ... tetapi mataku tidak bisa untuk membuatkanku tidur.
."Waktu masih terlalu panjang", bisik hati kecilku."Apa yang harus aku lakukan".
.Teringat aku akan sebuah buku yang tersusun kemas di atas rak buku.... ((Jihad Sya'bul Muslim)) karangan as-Syahid Dr. Abdullah Azzam. Lalu aku capai dan membacanya ......... dialah yang menemaniku di sepanjang malam itu.
.05:43 pagi: Azan Solat Subuh berkumandang.
1 comments:
assalamualaikum,
sy berminat utk memiliki novel isabella.
boleh sy tahu, novel yg saudara baca tu dlm versi english atau melayu? kalau melayu di mana boleh sy dptkan?
Post a Comment