Thursday 19 April 2007

Lantikan hakim sambilan jika terdapat keperluan

KUALA LUMPUR 17 April – Pelantikan hakim sambilan di kalangan peguam-peguam kanan akan dibuat jika terdapat keperluan, kata Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau berkata, bagi kawasan kritikal seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, pelantikan itu mungkin boleh dibuat bagi membantu menyelesaikan kes-kes tertangguh.

Bagaimanapun katanya, beliau perlu melihat dahulu keperluan itu setelah kekosongan 16 jawatan hakim diisi.

‘‘Kemudian, barulah pelantikan hakim dibuat atas dasar sambilan atau kontrak untuk tujuan seperti menyelesaikan kes-kes tertangguh,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di sini, hari ini.

Mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman pula, Ahmad Fairuz berkata, ia perlu mendapat kelulusan kerajaan kerana pelantikan tersebut membabitkan peruntukan kewangan.

Mengulas kemungkinan hakim-hakim yang telah bersara dilantik ke jawatan tersebut, Ahmad Fairuz berkata, ia perlu kepada pindaan Perlembagaan kerana tiada peruntukan untuk berbuat demikian.

‘‘Jika di Singapura, ada peruntukan untuk membolehkan hakim yang telah bersara dilantik semula. Tetapi di sini, kita tidak ada peruntukan serupa,’’ katanya.

Menyentuh pembinaan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur itu, beliau berkata, ia akan beroperasi sepenuhnya mulai 3 Mei depan dan dijangka dapat membantu ke arah penyelesaian lebih banyak kes.

Malah katanya, melalui pembinaan kompleks itu, pihaknya bercadang melanjutkan tempoh persidangan Mahkamah Majistret sehingga pukul 8 malam, bagi menyelesaikan kes-kes kecil seperti saman trafik.

‘‘Bangunan Sultan Abdul Samad akan kita pulangkan balik ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tetapi Wisma Denmark akan dikekalkan kerana kita masih memerlukan ramai hakim untuk menyelesaikan kes-kes tertangguh,’’ jelasnya.

Kembara ke Bumi Anbia'

18 April 2007

8am(Waktu Jordan): Bertolak ke Syria dengan menaiki teksi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Jordan. Semoga Allah SWT merahmati & memberkati sepanjang perjalanku ke bumi para Anbia'.

Doakan Perjalananku .. AMIN



Wednesday 18 April 2007

Kembara ke bumi Anbia' - Jordan

Bersiar-siar di Balad, sebuah pekan di Irbid, Jordan yang menjual barang-barang bundle. Memang penat berjalan sbb bundlenya besar.





Sahabatku Aiman & Lotpi











Pernikahan: Taman Buat Mereka yang Jatuh Cinta

Mencintai seseorang atau jatuh hati terhadap lawan jenis merupakan perkara fitrah kerana Allah Ta’ala menciptakan manusia dalam keadaan demikian sebagaimana firman-Nya,Cinta adalah Fitrah Manusia .

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik” (QS. Ali Imran : 14)

Dalam suatu hadits sahih diceritakan kisah seseorang wanita yang bernama Barirah yang mana suaminya yang bernama Mughits selalu mengikutinya dari belakang setelah mereka bercerai, maka Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam berkata kepada Abbas,

“Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub terhadap cintanya Mughits kepada Barirah dan kebencian Barirah kepada Mughits ?” (HR. al Bukhari).

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah kemudian menjelaskan dalam Mukhtashar Raudhatul Muhibbin (hal. 82) bahwa Rasulullah ShallallaHu ‘alayHi wa sallam tidak melarang tumbuhnya cinta Mughits yang membara dalam keadaan seperti itu. Sebab, cinta merupakan sesuatu yang tidak boleh dibendung dan ia bukan merupakan inisiatif diri sendiri.

Seorang laki-laki berkata kepada Umar bin Khaththab radhiyallaHu ‘anHu,

“Wahai Amirul Mukminin, aku telah melihat seorang wanita lalu aku pun sangat cinta kepadanya”. Lalu Umar radhiyallaHu ‘anHu berkata, “Itu adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk dibendung” (Mukhtashar Raudhatul Muhibbin hal. 81)

Namun demikian cinta ini dapat menjadi boomerang bagi para pelakunya jika disertai dengan hawa nafsunya atau juga akibat godaan syaitan yang memang selalu ingin mengelincirkan manusia, sehingga pelakunya melakukan amal-amal yang buruk bergelimangan dosa seperti zina dan lainnya.

Dia juga akan menjadi hamba walhal sebelumnya dia seorang raja.

Kerana cintanya,Allah Ta’ala berfirman,

“Kemudian dia melepas diri dari ayat-ayat Allah, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah ia termasuk orang-orang yang sesat” (QS. Al A’raf : 175)

Dan tidak dapat disangkal orang-orang yang sedang mabuk cinta akan selalu merindui orang-orang yang dicintainya. Seorang pemuda akan selalu merindui gadis yang dicintainya begitu pula sang gadis akan selalu merindui pemuda yang ia dambakan.

Maka dari itu Allah Ta’ala telah menciptakan ubat penyembuh akibat penyakit cinta yang berpotensi melanggar syariat yang telah Allah Ta’ala tetapkan dan memudahkan cara untuk mendapatkan ubat tersebut.

Barangsiapa yang berubat dengan sesuatu yang telah dilarang oleh Allah Ta’ala secara syariat, sekalipun ia mampu untuk melakukannya maka ia telah melakukan kesalahan dalam proses pengubatan. Dia seperti orang yang hendak mengubati suatu penyakit dengan penyakit yang justeru lebih berbahaya.

Dan ubat itu adalah pernikahan. Dari Ibnu Abbas radhiyallaHu ‘anHu, Rasulullah ShallallaHu ‘alayHi wa sallam bersabda,

“Lam yura lil mutahabbiina mitslun nikaahi” yang artinya “Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan” (HR. Ibnu Majah no. 1647 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah membuat syair yang cukup indah berkaitan dengan permasalahan ini (Mukhtashar Raudhatul Muhibbin hal. 54),

“Engkau penuhi keinginan hatimu yang bergelora
Dengan bersama kekasihmu, bila ia rela
Jika engkau lakukan itu dalam kehalalan, berbahagialah

Engkau dapatkan kasih sayang dan kerelaan
Jika engkau lakukan itu dalam keharaman
Sungguh itu adzab, yang menghinakan dan yang menyengsarakan”

Para ahli ilmu dan dari kalangan lainnya telah sepakat bahwa ubat dari penyakit cinta ini adalah menyatunya dua ruh dan badan yang saling berdekatan. Dari Jabir radhiyallaHu ‘anHu bahwasannya Rasulullah ShallallaHu ‘alayHi wa sallam pernah melihat seorang wanita maka kemudian dia mendatangi isterinya Zainab, lalu bersabda,

“Jika salah seorang kalian melihat wanita lalu tertarik kepadanya, maka hendaklah dia mendatangi istrinya, kerana yang demikian itu boleh menolak apa yang bergejolak di dalam dirinya” (HR. Imam Muslim)

Isma’il bin ‘Ayyasy menceritakan dari Syurahbil bin Muslim dari Abu Muslim al Khaulani rahimahullah, bahwasannya ia berkata,

“Wahai seluruh penduduk Khaulan, nikahkanlah pemuda-pemudi kalian dan budak-budak kalian, kerana gejolak yang berkobar adalah masalah yang serius. Maka buatlah persiapan untuk urusan itu dan ketahuilah bahwa tidak ada penolakan bagi siapa yang meminta izin untuk menikah” (Mukhtashar Raudhatul Muhibbin hal. 126)

Semoga Allah Ta’ala memudahkan para pemuda dan pemudi Islam yang saling mencinta dan merindu untuk mengambil jalan yang telah disyariatkan oleh agama dan semoga mereka dapat memperoleh buah dari ketaatan yang mereka kerjakan.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberi rezeki dari arah yang tiada yang disangka-sangkanya” (QS. Ath Thalaq : 2-3)

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,
Wassalamu `Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

Pandangan terhadap Artikel ‘Sanggahan terhadap Berzikir Beramai-ramai Tak Salah’.

oleh: al-Faqir illallah IbnAsmuni

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kamu kepada ahli zikir(ulama) sekiranya kamu tidak mengetahui”(al-Anbia’: 7)

Artikel ini merupakan pandangan kami terhadap artikel yang ditulis oleh Prof Madya Dr Ahmad Farouk Musa pada keluaran Majalah I yang lalu (Feb 2007) yang bertajuk Sanggahan terhadap “Berzikir Beramai-ramai Tak Salah”. Artikel tersebut memberi faham kepada kami bahawa zikir jahar beramai-ramai adalah bid’ah yang diada-adakan di dalam agama, dan tidak warid dari nabi s.a.w melalui dalil-dalil yang sahih dan mereka yang mengharuskannya dianggap penjenayah di dalam agama.

Pada hakikatnya, ianya tidaklah bid’ah yang diada-adakan di dalam agama, bahkan pengharusannya bersandarkan kepada dalil-dalil yang sahih yang dijelaskan oleh ahli zikir (ulama) yang diiktiraf keilmuan dan keperibadiannya. Para ulama merupakan golongan yang paling takut kepada Allah s.w.t setelah Rasulullah s.a.w. Tidak akan keluar dari bibir dan peluh keringat mereka sekumit pandangan melainkan ianya didasari oleh petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Justeru, marilah kita menilai secara adil dengan hati yang terbuka tentang permasalahan berzikir jahar secara berjamaah ini; adakah ianya diharamkan secara mutlak atau diharuskan secara mutlak atau diharuskan tetapi dengan bersyarat? Di sini kami akan kemukakan dalil-dalil yang mengharuskan mengeraskan suara ketika berzikir beserta pandangan ulama terhadap dalil-dalil yang dikemukan oleh Prof Madya Dr Ahmad Farouk Musa dalam membid’ahkan pengamalan tersebut.

Dalil-dalil yang membenarkan serta pandangan ulama terhadapnya:

Terdapat begitu banyak dalil yang dikemukakan oleh para ulama pada mengharuskan berzikir dengan suara yang keras, tetapi kami hanya mampu mengemukakan sebahagian kecil sahaja dalil-dalilnya kerana keuzuran ruang untuk dimuatkan di dalam majalah.

Imam Abi Hasanat al-Laknawi berkata: “Tidak ada larangan berzikir secara jahar, bahkan hadis-hadis telah menjadi dalil di atas keharusannya atau tuntutan ke atasnya. Bagaimana tidak, bagi zikir yang keras(jahar) itu terdapat kesan di dalam melunakkan hati yang tidak ada di dalam zikir perlahan (sirriyyatan)”. (Sibahatul Fikri fil Jahri bizZikri, Abi Hasanat al-Laknawi al-Hindi, m/s 62, Matbu’at al-Islamiyyah)

Syaikh AbdulHaq ad-Dahlawi berkata di dalam kitabnya Bitauseelil Mureedi ilal Muradi Bibayani Ahkamil Ahzabi waAuradi: “Menjaharkan zikir dan tilawah, dan berkumpul untuk berzikir di dalam majlis-majlis dan masjid-masjid adalah harus dan dibenarkan di dalam agama, kerana hadis “man zakarani fi mala’ zakartuhu fi mala’ khairim minhu”, dan berfirman Allah taala: “sebagaimana kamu menyebut nama nenek moyang kamu atau lebih daripada itu”, dan di dalam Sahih Bukhari daripada Ibn Abbas berkata: “Tidak kami ketahui saat selesainya solat (di masjid) semasa saat rasulullah kecuali dengan zikir yang kuat”. Juga di dalam as-Sahih, sesungguhnya mereka menjaharkan zikir dengan ‘la ilaha illallaha wahdahu la syarikalah …wahua ‘ala kulli syai’in qadir’, dan telah datang di dalam sebahagian riwayat yang mengkhususkan pada pagi fajar dan maghrib”. (Dinaqal dari Sibahatul Fikri fil Jahri bizZikri, m/s 64)

1. Daripada Ibn Abbas telah berkata:

أن رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة، كان على عهد النبي صلى الله عليه وسلم

“Berzikir dengan suara yang keras setelah orang ramai melaksanakan solat fardhu itu telah berlaku pada masa rasulullah s.a.w”. Dan Ibn Abbas berkata:

كنت أعلم، إذا انصرفوا، بذلك، إذا سمعه

“Aku mengetahui bahawa selesainya solat mereka apabila aku mendengarnya(suara berzikir dengan nyaring)”.(Riwayat Bukhari, Kitab Azan, Bab Zikir selepas Solat(155:841), Maktabah ‘Asriyyah & Muslim, Kitab Masajid dan Kedudukan Solat, Bab Zikir selepas Solat (23:122), Dar al-Kutub Ilmiah)

Walaupun hadis ini mauquf, tetapi Imam Bukhari menghukumkan ia sebagai marfu’ kerana lafaz “كان على عهد النبيmenjadi bukti bahawa pengamalan zikir tersebut telah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. (Fath al-Bari (juz 2: m/s 413), Dar al-Kutub Ilmiah )

Berkata Ibn Hajar ketika mensyarahkan kata-kata Ibn Abbas: “كان على عهد النبي bahawa padanya terdapat dalil yang menunjukkan harusnya berzikir jahar selepas solat dan telah sepakat Muslim dan jumhur atas yang demikian itu. (Fath al-Bari (juz 2: m/s 413), Dar al-Kutub Ilmiah ). Menurut Ibn al-Qayyim:

ومنه تقريرهم على رفع الصوت بالذكر بعد السلام بحيث كان من هو خارج المسجد يعرف انقضاء الصلاة بذلك ولا ينكره عليهم

“Dan berlaku penetapan nabi s.a.w terhadap mereka(sahabat r.anhum) pada mengangkatkan suara ketika berzikir setelah mengucapkan salam(penutup solat) dengan sekira-kira orang yang berada di luar masjid mengetahui saat selesainya solat dengan demikian(berzikir jahar) dan tidak seorangpun yang mengingkari perbuatan itu”. (I’lam al-Muwaqi’in, Ibn Qayyim al-Jauziyyah (juz 2: m/s 389))

2. Daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata:

كنا نعرف انقضاء صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم بالتكبير

“Aku mengetahui saat selesainya solat nabi s.a.w dengan bertakbir”(Riwayat Bukhari, Kitab Azan, Bab Zikir selepas Solat(155:842), Maktabah ‘Asriyyah). Di dalam riwayat Humaidi dari Sufyan dengan lafaz yang berbeza:

ما كنا نعرف انقضاء صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا بالتكبير

“Tidak kami ketahui saat selesainya solat rasulullah s.a.w kecuali apabila baginda bertakbir”. (Fath al-Bari (juz 2: m/s 414), Dar al-Kutub Ilmiah. Muslim, Kitab Masajid & Kedudukan Solat, Bab Zikr selepas Solat (23:120), Dar al-Kutub Ilmiah)

Ketika mensyarahkan kata-kata Ibn Abbas: بالتكبير, Ibn Hajar berkata: “Zikir itu lebih umum dari takbir dan berkemungkinan ia memberi maksud sebegitu. Maka yang dikehendaki dengan mengeraskan suara ketika zikir itu adalah bertakbir dan seolah-olah mereka memulakan zikir dengan bertakbir selepas solat sebelum bertasbih dan bertahmid” (Fath al-Bari (juz 2: m/s 414), Dar al-Kutub Ilmiah )

3. Daripada Mu’awiyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w melalui satu halaqah dari kalangan sahabatnya lalu berkata:

ما أجلسكم؟ قالوا: جلسنا نذكر الله ونحمده على ما هدانا للإسلام ومنّ به علينا فقال: ألله ما أجلسكم إلا هذا, قالوا: الله ما أجلسنا إلا ذلك, فقال: أما إني لم أستحلفكم تهمة لكم ولكن أتاني جبريل فأخبرني أن الله عز وجل يباهي بكم الملائكة

“Perhimpunan apakah ini? Mereka menjawab: Kami berhimpun berzikir kepada Allah dan memuji-Nya kerana petunjuk Islam yang telah Dia kurniakan kepada kami. Nabi berkata: Benarkah kamu tidak berhimpun melainkan kerana tujuan ini? Mereka menjawab: Demi Allah, tidak kami berhimpun melainkan kerana ini ! Nabi bersabda: Sepatutnya aku tidak meminta kamu untuk bersumpah kerana syak kepada kamu tetapi aku ingin memberitahu kamu bahawa Jibril telah memberitahuku bahawa Allah membanggakan kamu di hadapan malaikat” (Riwayat Muslim, Kitab Zikr & Doa, Bab Kelebihan Berhimpun untuk Tilawatil Quran dan Zikr (11:2701), Dar al-Kutub Ilmiah)

4. ‘Ubai bin Ka’ab berkata: “Adalah rasulullah s.a.w apabila memberi salam dari solat witir menyebut: Subhanal malikul quddus, sebanyak tiga kali, dan baginda mengeraskan suaranya sebanyak tiga kali”.(Riwayat Abu Daud (2:137), Kitab Solat, Bab Doa selepas Witir dan lain-lain).

Telah berhujjah Imam ad-Dahlawi di dalam al-Lam’atu Syarah Misykat dengan hadis ini di dalam mengharuskan zikir secara jahar (bersendirian atau berjamaah).

5. Daripada Anas r.a bahawa nabi s.a.w bersabda:

لأن أجلس مع قوم يذكرون الله بعد صلاة الصبح إلى أن تطلع الشمس أحب إلي مما طلعت عليه الشمس و لأن أجلس مع قوم يذكرون الله بعد العصر إلى أن تغيب الشمس أحب إلي من الدنيا وما فيها

“Kerana mengingati Allah dalam kelompok selepas daripada solat fajar sehingga terbit matahari lebih aku sukai dari dunia dan seisinya dan kerana mengingati Allah dalam kelompok selepas solat asar sehingga tenggelam matahari lebih aku sukai dari dunia dan seisinya” (Riwayat al-Baihaqi disebut di dalam Fatawa al-Hadisiyyah, m/s 55, Dar al-Fikr)

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda:

لأن أقعد مع قوم يذكرون الله تعالى من صلاة الغداة حتى تطلع الشمس أحب إلي من أن أعتق أربعة من ولد إسماعيل ولأن أقعد مع قوم يذكرون الله من صلاة العصر إلى أن تغرب الشمس أحب إلي من أن أعتق أربعة

“Kerana duduk bersama satu kelompok yang mengingati Allah dari solat subuh sehingga terbitnya matahari lebih aku sukai dari memerdekakan dari empat orang anak Ismail dan kerana duduk bersama satu kelompok yang mengingati Allah dari solat asar sampai tenggelamnya matahari lebih aku sukai dari memerdekakan empat ini dan ini dari anak Ismail” (Diriwayatkan oleh Abu Daud disebut di dalam Fatawa al-Hadisiyyah, m/s 55, Dar al-Fikr )

Al-Haithami berkata di dalam fatwanya: “Berzikir berjemaah selepas solat subuh dan solat lainnya mempunyai asal yang sahih daripada sunnah. Sesungguhnya para ulama umpama doktor, mereka tidak menyuruh pesakit sesuatupun kecuali apa yang mereka lihat padanya terdapat pengubat bagi penyakit. Dan begitu juga bagi para ulama, sebahagian mereka mendapati dan memilih zikir secara keras/jahar kerana ia boleh menolak waswas dan membangkitkan hati yang lalai dan sebahagian mereka memilih zikir secara perlahan untuk mendidik hati mereka supaya ikhlas” (Fatawa al-Hadisiyyah, Ibn Hajar al-Haithami, m/s 56, Darul Fikri)

6. Nabi s.a.w bersabda:

ما جلس قوم مسلمون مجلسا يذكرون الله إلا خفت بهم الملائكة ونزلت عليهم السكينة وغسيتهم الرحمة

“Tidak berkumpul satu golongan dari orang-orang Islam di dalam satu majlis yang menyebut di dalamnya nama Allah melainkan disinari oleh malaikat, dan diturunkan kepada mereka ketenangan, dan dilitupi dengan rahmat” (Riwayat Muslim, Kitab Zikr & Doa, Bab Kelebihan Berhimpun untuk Tilawatil Quran dan Zikr (11:2700), Dar al-Kutub Ilmiah)

Syaikh AbdulHaq ad-Dahlawi berkata di dalam kitabnya Bitauseelil Mureedi ilal Muradi Bibayani Ahkamil Ahzabi waAuradi: “Mentakwilkan lafaz الذكر dengan muzakarah ilmu adalah tidak tepat, dan tidak boleh memalingkan lafaz tersebut dengan selain dari apa yang dapat difahami oleh akal tanpa sebarang sebab. Jika dikatakan: Tidak semestinya di dalam halaqah zikir itu mereka berzikir dengan jahar, kerana boleh jadi setiap orang dari mereka berzikir secara perlahan. Maka kami katakan: Sekiranya mereka berzikir secara perlahan, maka tiadalah faedah disebut ‘berkumpul’ di dalam hadis tersebut”. (Dinaqal dari Sibahatul Fikri fil Jahri bizZikri dari kitab beliau yang sama, m/s 65)

7. Diriwayatkan oleh Thabrani dari Muaz bin Anas secara marfu’ mengatakan: “Allah telah berfirman:

لا يذكرني أحد في نفسه إلا ذكرته في ملأ من ملائكتي ولا يذكرني في ملأ إلا ذكرته في الملأ الأعلى

“Tidak ada seseorang yang mengingati-Ku di dalam dirinya melainkan Aku mengingatinya di dalam jemaah dari kalangan malaikat. Dan tidak ada seseorang yang mengingati-Ku di dalam jemaah melainkan Aku mengingatinya di dalam jemaah yang lebih besar dari jemaah itu”. Berkata al-Munziri di dalam at-Targhib bahawa sanadnya hasan. Al-Haithami juga mengatakan demikian di dalam Majma’ Zawaid (juz 10, m.s 79, 16775)

8. Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Berkata Allah s.w.t:

أنا عند ظن عبدي بي. وأنا معه حين يذكرني. إن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي. وإن ذكرني في ملإ، ذكرته في ملإ هم خير منهم

“Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku terhadap-ku. Aku bersamanya jika dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku di dalam dirinya, Akupun mengingatinya di dalam diri-Ku; dan jika dia mengingati-Ku ketika berada di al-mala’ (di tengah-tengah kaum), Aku mengingatinya di tengah-tengah berjamaah (al-mala’) yang lebih baik dari jemaah itu.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Kitab Tauhid (10:8405), Maktabah ‘Asriyyah. Muslim,Kitab Zikr & Doa, Bab Galakkan Zikir pada Allah (1:2675), Dar al-Kutub Ilmiah)

Berkata al-Munziri di dalam kitabnya at-Tarhib wa at-Targhib: Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih, dan ditambah di akhirnya: Berkata Qatadah: “Dan Allah itu lebih cepat pengampunannya”


Berkata Imam As-Sayuti: “Tidak ada maksud bagi الذكر في الملأ melainkan dengan zikir secara jahar, hadis ini menjadi dalil akan keharusan mengamalkannya”. (al-Hawi li al-Fatawa, as-Sayuti, 1:389).

Al-‘Allamah al-Jazari di dalam Miftah al-Hesnil Haseen berkata: “Di dalamnya terdapat dalil yang menunjukkan ke atas keharusan berzikir secara jahar”. ‘Ali al-Qari di dalam al-Hirzus Sameen syarah al-Hisnul Huseen pula berkata: “Yang dikehendaki dengan lafaz الملأ di dalam hadis ini adalah tiada keharusan zikir jahar yang melebihi had (melampaui batas)”.

Dari penjelasan di atas memahamkan kami bahawa keharusan mengeraskan suara ketika berzikir adalah bersyarat iaitu tidak melampaui batas. Maka selagi mana syarat tersebut dipenuhi, maka ia adalah harus.

Berkenaan dengan hukum berjabat tangan sesudah solat, penulis tidak jujur dalam menaqalkan pendapat imam yang dinaqalkan sehingga memahamkan masyarakat bahawa itulah yang disebutkan oleh imam tersebut. Sedangkan apabila diteliti daripada sumber yang asal, didapati apa yang dinaqalkan adalah salah dan terpesong. Imam an-Nawawi berkata:

وأما هذه المصافحة المعتادة بعد صلاتي الصبح والعصر فقد ذكر الشيخ الامام أبو محمد بن عبد السلام رحمه الله أنها من البدع المباحة ولا توصف بكراهة ولا استحباب وهذا الذى قاله حسن والمختار أن يقال ان صافح من كان معه قبل الصلاة فمباحة كما ذكرنا وان صافح من لم يكن معه قبل الصلاة عند اللقاء فسنة بالاجماع للاحاديث الصحيحة في ذلك

Adapun adat bersalaman selepas solat subuh dan asar, telah berkata Syeikh Imam Abu Muhammad bin Abdussalam bahawa sesungguhnya ia dari bid’ah yang harus dan tidak dimakruhkan dan disunatkan dan inilah yang disebut oleh Hasan. Dan pendapat yang terpilih adalah, jika orang-orang itu sudah berkumpul sebelum salat dimulai, berjabat tangan selepas solat itu hukumnya bid‘ah mubah seperti yang disebutkan tadi. Adapun jika mereka belum berkumpul ketika akan solat, berjabat tangan selepas solat adalah sunnah hukumnya

Berdasarkan apa yang kami naqalkan dari sumber yang asal, Imam an-Nawawi tidak sesekali mengatakan bahawa berjabat tangan sesudah solat sebagai bid’ah yang sesat tetapi hanyalah bid’ah yang harus. Bid’ah yang harus bukanlah bermaksud bid’ah yang sesat sebagaimana Imam an-Nawawi sendiri menerima pendapat Imam Izz Abd Salam bahawa bid’ah terbahagi kepada 5 jenis; Wajib, Sunat, Haram, Makruh, Harus.

Pandangan ulama terhadap dalil yang dikemukakan oleh Prof Madya Dr Farouk Musa:


1. Abu Musa al-Asya’ari berkata:

كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم فكنا إذا أشرفنا على واد هللنا وكبرنا ارتفعت أصواتنا فقال النبي صلى الله عليه وسلم ( يا أيها الناس اربعوا على أنفسكم فإنكم لا تدعون أصم ولا غائبا إنه معكم

“Kami bersama nabi (dalam satu perjalanan). Apabila kami turun ke suatu lembah, kami bertahlil dan bertakbir sehingga bergema suara kami. Maka nabi bersabda: Wahai manusia, berlemah-lembutlah kamu terhadap dirimu kerana kamu bukan menyeru kepada Dia yang pekak dan Dia yang jauh. Sesungguhnya Dia sentiasa bersama kamu”

Pertama: Walaupun اربعوا merupakan lafaz perintah, tetapi ia tidak membawa maksud makruh dan haram, bahkan perintah tersebut bertujuan untuk memudahkan mereka seperti mana yang disebutkan oleh Imam ad-Dahlawi di dalam Syarah Misykatnya.

Kedua: Hadis ini berhubung dengan larangan mengeraskan suara ketika zikir di jalan atau ketika sedang berjalan-jalan. (Shahih Shifat Shalat an-Nabi oleh Syeikh Hasan bin Ali as-Saqqaf, Darul Imam an-Nawawi). Sedangkan perbincangan memfokuskan tentang zikir jahar selepas solat dan hadis-hadis sahih telah menjadi dalil akan keharusannya.

Ketiga: Bahawa mereka berlebih-lebihan di dalam berzikir sepertimana yang ditunjukkan di dalam riwayat yang lain. Di dalam Fathul Wadud syarh Sunan Abi Daud di mana disebut dalam lafaz hadis رفعوا أصواتهم menjadi dalil bahawa mereka berlebih-lebihan di dalam berzikir secara jahar, tetapi bukanlah melarang zikir jahar secara mutlak. (Sibahatul Fikri fil Jahri bizZikri, m/s 37)


2. Allah s.w.t berfirman:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآَصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

“Sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang”(Al-A’raf: 205).

Di dalam firman Allah yang lain:

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

“Serulah tuhanmu dengan merendahkan diri dan perlahan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas” (al-A’raf: 55)

Pertama: Sesungguhnya ayat ini menunjukkan kepada penthabitan berzikir jahar dengan tidak berlebih-lebihan bukan menunjukkan kepada tegahan secara mutlak. Imam Fakhru ar-Razi menafsirkan ayat وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ dengan berkata: Yang dikehendaki dari ayat ini adalah keadaan zikir yang sederhana di antara kuat dan perlahan seperti firman Allah s.w.t:

وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا

“Dan janganlah mengeraskan suara kamu di dalam solat dan jangan merendahkannya dan carilah di antara dua jalan tersenut” (al-Isra’: 110). (Tafsir ar-Razi, Fakr ar-Razi (7: 351))

Oleh itu, ayat ini menunjukkan kepada keharusan zikir secara perlahan dan jahar.

Kedua: bahawa ayat ini adalah Makkiyyah, seperti ayat dalam surah al-Isra di atas. Ayat ini turun ketika nabi s.a.w membaca al-Quran dengan kuat sehingga terdegar oleh orang-orang musyrik. Kemudian mereka mencela al-Quran dan yang menurunkan-Nya. Jadi, nabi s.a.w dilarang menjaharkan suaranya hanya untuk menghindari bahaya, sebagaimana baginda pernah dilarang mencela berhala-berhala dengan alasan yang sama. Allah berfirman:


وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

“Dan janganlah kamu memaki sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan”(al-An’am: 108).

Makna yang terkandung di dalam ayat tersebut telah hilang. Apabila hilang ‘illatnya(sebab), maka hilanglah larangannya kerana larangan adalah taabi’ dan ‘illat adalah matbu’. Maknanya telah ditafsirkan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya. (Natijah al-Fikri bi al-Jahr bi az-Zikr dalam al-Hawi lil Fatawa, Imam as-Sayuti, maktabah)

3. Hadis Ibn Mas’ud yang melarang sekumpulan puak berzikir di dalam masjid.

Athar ini walaupun disebut oleh kebanyakkan fuqaha’, tetapi ia tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadis, bahkan berlaku khilaf dalam penthabitannya. Berkata Imam as-Sayuti: “Athar daripada Ibn Mas’ud ini memerlukan kepada pendetailan sanadnya dan siapa muhaddis yang meriwayatkannya. Sekiranya ia sabit, ia bercanggah dengan banyak hadis-hadis sahih yang jelas mengharuskan zikir secara jahar”.(Natijatul Fikri bilJahri bizZikri(2:31) dari al-Hawi lil Fatawa)

Berdasarkan kepada dalil-dalil yang dibentangkan, ulama tidak sepakat dalam zikir jahar ini. Sekiranya kita ingin mengatakan ianya haram secara mutlak, di mana kita hendak letakkan dalil-dalil yang jelas menunjukkan kepada harusnya menjaharkan zikir? Justeru, bagi sesiapa yang tidak mahu menjaharkan zikir, teruskan dan mereka mendapat pahala di atas keprihatinan mereka dalam menuruti sunnah nabi s.a.w. Begitu juga halnya dengan sesiapa yang mengamalkannya secara jahar, mereka juga berjalan menurut sunnah nabi s.a.w kerana tidak sedikit dalil-dalil yang menunjukkan akan keharusannya. Walauapapun, sia-sialah merendahkan zikir sekiranya hati kita lalai dan tidak tahu apa yang dizikirkan, dan sia-sialah mengeraskan zikir sekiranya kita melafazkannya kerana ria’ dan ingin menunjuk-nunjuk. Berlapang dadalah dalam perkara khilafiah dan bertegaslah dalam perkara yang jelas ditegah.

Wallahu a’lam.


Tuesday 17 April 2007

[ 2 ]
seawal pagi kami telah dikejutkan oleh azan subuh yang dikemundangkan dari masjid Universiti Yarmouk,shahdu dan mengasyikkan..dengan diringi oleh cuaca serendah 15 `c kami terpaksa jua menggagahkan kaki untuk berwudhu` dan menunaikan solat subuh..setelah selesai menunaikan tanggungjawab yang keDua itu kami menyambung berehat seketika hehe kononnye keletihan seharian di dalam pesawat..seterusnya kami meneruskan hari dengan besarapan dikedai `Aish Hena mengimbau kembali nostalgia ketika menetap di Amman,suwaileh 15 tahun yang lalu..hehe takde la banyak sgt memori yang ade tapi bolehlah sikit-sikit nak imbau kan..




selepas kenyang kami meneruskan perjalanan kami ke beberapa tempat lain seperti dukkan musta`mal dan bait al-a`tar..disini saya banyak memerhati kelakuan manusia..hehe sememangnya sudah menjadi hobi saya memerhati tingkah laku manusia..ermm mungkin hobi yang tidak patut dicontohi tetapi ermm...


"sesungguhnya kami ciptakan anda dari pelbagai qaum dan bangsa untuk berkenalan/berkongsi pengalaman/memahami..semulia-mulia kamu disisi Allah ialah yang paling bertaqwa"
[alhujraat : 13]

kami menaiki mini-bus yang dikenali dengan nama coster ke mudawwar baladi dan berjalan kaki di kaki-kaki lima bangunan kedai disitu.. benarlah kata-kata Allah itu..kami dapat melihat pelbagai ragam manusia yang berbagai rupa dan warna..jelmaan zahir yang melambangkan ketaqwaan itu telah menjadi first impression kami terhadap mereka..namun tanggapan kami terhadap masyarakat arab tidak pernah tetap..ada yang begitu peramah dan baik hati dan tidak kurang yang sombong dan biadap..kami benar-benar menghargai nikmat masyarakat majmu` yang perihatin di Malaysia..hujan emas di negara orang , hujan batu di negara sendiri..seronok lagi negara sendiri..namun tiada selangkah pun di malaysia yang dapat memberikan pengalaman sebegini bagi saya..saya tidak hairan mengapa ummat islam tidak dapat bersatu..segala tembok pemisah passport,visa,segala tembok dan nama telah menjadikan ummat islam lupa bahawa kita bersatu dinaungan Aqidah,naungan Tauheed..bila lagi semua mimpi indah ini bakal menjadi kenyataan..hehe berusaha dan tereus berusaha wahai ummat semua..kita bersama berusaha ye..
seterusnya kami ke Suq Al-musta`malat dimana barang-barang terpakai dijual..kasut,jeans jaket ke pakaian dalam terdapat dijual disini dan semuanya terpakai..agak sukar untuk diterima akal apabila melihat pakaian dalam bundle..mungkin cara mereka berbeza biarkanlah..
setelah selesai membeli yang sesuai kami ke bait al-Ataar kami kesana dengan budaya budi bahas dan peramah kami memeriahkan kedai tersebut dan bergambar bersama pekedai tersebut..hehe mungkin terlalu gembira apabila gambarnya di tangkap..beliau memberikan semua yang ingin kami beli dengan percuma..sungguh kami tak sangka..jualan yang sepatutnya memberikan keuntungan 5 dinar( darab 5 untuk nilai ringgit ) diberikan secara percuma..semoga Allah merahmati perniagaan beliau..
sebelum masuk waktu zohor kami ke sebuah restoran atau lebih kelihatan seperti warung menjual kebab untuk makan tengahhari..harga kira-kira sama seperti harga sate di malaysia kami dapat menikmati kabab yang sungguh mengenyangkan ini..
dalam perjalanan pulang..kami memasuki hampir semua kedai buku yang kami temui..Sungguh kami dapati budaya ilmu yang berbeza antara kita dan mereka..kadar penulisan dan pembacaan masyarakat disana cukup memberangsangkan..tidak hairanlah jika perniagaan buku di negara ini boleh memperoleh keuntungan walaupun menjual buku-buku dengan harga yang murah..
disebelah petang pula kami bersama pelajar-pelajar perubatan dari malaysia beriadah di padang futsal universiti yarmouk..sempat berjumpa kenalan-kenalan lama seperti ashraf,ibrahim a.k.a bayam,nubhan dan faisal yang juga tinggal di sekitar penginapan kami ini..
setelah penat seharian kami berehat dirumah di malam hari..hehe tetapi bak kata nela jangan duk dalam umah lame-lame rugi saya dan aiman pun keluar dan berjalan-jalan di sekitar kawasan kami..di sini malam harinya lebih happening jualan-jualan di kaki lima menawarkan pelbagai barangan menarik dengan harga yang cukup rendah..sempat la saya membeli beberapa barangan yang sukar untuk di dapati di Malaysia..

Jordan's Foods

Singgah sat di kedai makan. Penat berjalan. Bawah ni kedai 'Asir (buah-buahan fresh) & Shawarma ..



Shawarma

Sabar menunggu Shawarma & 'Asir (air buah fresh).
Tp malangnye, lepas bayar baru kami tahu kami ditipu.
Dia up harga makan.

Lihat di bawah : Yang sedap nie namanya Kebab. Macam satay kan? Serupa tapi tak sama ... bayang-bayangkan je la yerkkk .. dimakan dengan roti, sos dan tomato .. bukan kuah kacang.


Nyam .. nyam, sedapnye ...




Mencari Hikmah di Sebalik Musibah

kl_04161.jpg

Kredit: Harian Metro 16 April 2007

Assalamualaikum.

Sebagaimana semua ibu bapa menumpang resah dan sedih semasa kehilangan anakanda Yin, begitu jugalah perasaan lega dan syukur dikongsi ketika anakanda Yin selamat ditemui. Alhamdulillah. Saya sendiri setiap hari mengadap media untuk mengikuti perkembangan terkini dan syukur segala-galanya berakhir dengan baik.

Namun, saya berasa gundah apabila pihak berkuasa terlalu cepat menafikan unsur jenayah daripada kejadian tersebut dan kerisauan terbit di sebalik kegembiraan dan kesyukuran apabila anakanda Yin ditemui.

Walaupun secara peribadi, kerisauan Encik Syamsul sekeluarga sudah berakhir, namun segala keraguan yang timbul mesti disiasat kerana pada keprihatinan itu, adalah jaminan keselamatan untuk anak-anak yang lain pula.

Sama seperti di hospital, jika ada kejadian yang tidak baik menimpa ahli keluarga kita yang berpunca dari kecuaian (iatrogenic cases), jangan sekali-kali kita tutup buku dengan alasan “nak buat macam mana, kalau dibayar dengan emas permata sekali pun, anakku takkan hidup kembali”. Memang benar, yang mati tidak dapat dihidupkan kembali. Tetapi tindakan kita mendakwa mereka yang bersalah, akan mencegah kes yang sama menimpa orang lain.

Inilah hikmah Islam menghukum mati ke atas pembunuh dengan berkata “Dan bagi kamu pada hukuman Qisas itu ada kehidupan” (Al-Baqarah : 179). Iaitu dengan mematikan pembunuh, ia memberi kehidupan kepada manusia yang lain.

Di negara Barat, banyak kes dan isu kesihatan, kekeluargaan dan kebajikan berjaya diangkat menjadi polisi dan akta, hasil lobi dan perjuangan ibu bapa yang anak mereka menjadi mangsa kes-kes yang pelbagai. Walaupun mereka tidak dapat apa-apa kerana anak mereka yang mati tetap mati, namun usaha mereka telah menghasilkan perlindungan kepada anak orang lain pula.
Tindakan seperti inilah yang menepati usaha mencari hikmah di sebalik musibah. Kebaikannya mungkin bukan dalam bentuk yang kita mahu, tetapi ia lahir dalam bentuk yang Ummah perlu. Demi Allah dan demi Akhirat, lakukanlah ia dan perjuangkanlah ia.

Saya amat berharap agar pasangan Myanmar itu disiasat dengan teliti. Kebaikan mereka menjaga anakanda Yin (jika boleh dianggap menjaga), akan diganjarkan Allah sesuai dengan niat dan amalan mereka. Namun sebagai manusia, setiap unsur jenayah di sebalik kehilangan anakanda Yin, mesti disiasat, kerana mungkin hikmah besar di sebalik kejadian ini, ada jenayah besar yang dapat dicegah.

Semuanya mungkin tip of the iceberg. Siapa tahu…

Peluk cium buat anakanda Yin dari seluruh ibu dan bapa Malaysia…

Day-Two

Assalamualaikum w.b.t..

Ini adalah hari kedua aku berada di Irbid, Jordan. Hari ini cuaca di sini sejuk-sejuk panas pada waktu siang, dan sejuk pada waktu pagi dan malam. Aku memulakan hariku dengan mendirikan solat subuh di Masjid Jamiah Yarmouk yang berdekatan dengan rumah tumpangan ku. Alhamdulillah, sepanjang siang aku dan sahabat sempat pergi ke beberapa tempat penting di Irbid antaranya Balad dan Bundle. Sebelum kami ke sana, kami bersarapan di kedai 'Aish Hina yang berhampiran dengan rumah tumpangan kami. Setelah selesai makan pagi barulah kami ke Balad dengan menaiki Coster(mini-Bas) yang kelihatan begitu antik dengan harga 15 khurs seorang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 15 minit dari kediaman kami. Balad adalah pekan besar bagi Irbid dan kedua terbesar di Jordan selepas Amman. Ia dipenuhi oleh kedai-kedai lama yang menjual bermacam-macam jenis barang dan makanan. Pekannya tidaklah sebesar pekan Ipoh tetapi oleh kerana kami menghabiskan masa di sana dengan berjalan kaki, kami tidak sempat untuk mengelilinginya dalam masa satu hari.

Antara yang membuatkan Balad ini menjadi tempat tumpuan masyarakat kerana di dalamnya terdapat satu kawasan yang dipanggil Bundle.
Dinamakan demikian kerana barang yang di jual adalah dalam bentuk longgok dengan harga yang murah. Seperti seluar Jeans berjenama Levis, ia dijual dengan harga 7 Dinar dan kasut sukan (Vans) pula berharga 5 Dinar sahaja. Aku tidak melepaskan peluang membeli sehelai seluar dengan harga 3 Dinar sahaja. Kami pulang ke rumah setelah selesai makan tengah hari di Sukul Kabab, Balad pada jam 2.30 petang.

Sepanjang petang itu aku berada di rumah dan keluar bermain futsal di Jamiah Yarmouk pada jam 4.30 petang bersama sahabat sejaulah dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Bersambung ...

Monday 16 April 2007

Day-One

Road to Suria

4 am (Malaysian Time) : Kami berlepas dari KLIA ke Qatar International Airport.
7 am (Qatar time) : Transit di Qatar International Airport lebih kurang 8 jam.
3 pm : Bertolak ke Queen Alia International Airport, Ammam, Jordan.
Sepatutnya penerbangan ke sana pada jam 12.25 tgh hari tetapi
disebabkan oleh technical probleme oleh pihak airport,
penerbangan terpaksa ditangguhkan sehingga ke jam 3.
6 pm : Sampai di Queen Alia International Airport. Cuaca di luar lebih
kurang 15 C.
8.30 pm (Jordan Time) :