Tuesday, 17 April 2007

Day-Two

Assalamualaikum w.b.t..

Ini adalah hari kedua aku berada di Irbid, Jordan. Hari ini cuaca di sini sejuk-sejuk panas pada waktu siang, dan sejuk pada waktu pagi dan malam. Aku memulakan hariku dengan mendirikan solat subuh di Masjid Jamiah Yarmouk yang berdekatan dengan rumah tumpangan ku. Alhamdulillah, sepanjang siang aku dan sahabat sempat pergi ke beberapa tempat penting di Irbid antaranya Balad dan Bundle. Sebelum kami ke sana, kami bersarapan di kedai 'Aish Hina yang berhampiran dengan rumah tumpangan kami. Setelah selesai makan pagi barulah kami ke Balad dengan menaiki Coster(mini-Bas) yang kelihatan begitu antik dengan harga 15 khurs seorang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 15 minit dari kediaman kami. Balad adalah pekan besar bagi Irbid dan kedua terbesar di Jordan selepas Amman. Ia dipenuhi oleh kedai-kedai lama yang menjual bermacam-macam jenis barang dan makanan. Pekannya tidaklah sebesar pekan Ipoh tetapi oleh kerana kami menghabiskan masa di sana dengan berjalan kaki, kami tidak sempat untuk mengelilinginya dalam masa satu hari.

Antara yang membuatkan Balad ini menjadi tempat tumpuan masyarakat kerana di dalamnya terdapat satu kawasan yang dipanggil Bundle.
Dinamakan demikian kerana barang yang di jual adalah dalam bentuk longgok dengan harga yang murah. Seperti seluar Jeans berjenama Levis, ia dijual dengan harga 7 Dinar dan kasut sukan (Vans) pula berharga 5 Dinar sahaja. Aku tidak melepaskan peluang membeli sehelai seluar dengan harga 3 Dinar sahaja. Kami pulang ke rumah setelah selesai makan tengah hari di Sukul Kabab, Balad pada jam 2.30 petang.

Sepanjang petang itu aku berada di rumah dan keluar bermain futsal di Jamiah Yarmouk pada jam 4.30 petang bersama sahabat sejaulah dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Bersambung ...

0 comments: