Bismillah ...
Pada muka surat hadapan surat khabar Sinar harian bertarikh 29 Februari 2008, Jumaat - telah memaparkan tajuk "PM bidas 'fatwa' Hadi; Pemimpin Pas benarkan calonnya mengumpat, dedahkan keburukkan lawan". Berhubung dengan perkara ini, Pak Lah mengatakan "Saya hairan, dia pemimpin parti Islam(Ust Hadi), tetapi dia ajar orang buat tak elok".
Setelah membaca kenyataan tersebut, terdetik di dalam hati saya untuk terus membalasnya. Tetapi kesibukkan pilihanraya membuatkan niat tersebut terkendala sehinggalah diberikan peluang oleh Allah SWT pada saat ini untuk memberikan hujah balas. Bagi saya, perkara ini tidak perlu dibincangkan kerana ia perkara asas yg patut diketahui oleh semua orang. Tetapi saya masih tetap mengambil initiatif untuk membalasnya secara ilmiah supaya kita tidak terkeliru dengan kekeliruan seumpama ini kerana ada di antara kita termasuklah dari golongan pecinta Islam, mereka menolak politik sebagai salah satu cabang penting di dalam Islam disebabkan oleh faktor 'caci mencaci dan umpat mengumpat di antara satu sama lain'. Saya sendiri berpengalaman berbual dengan beberapa orang yg beranggapan sedemikian dengan menganggap politik adalah kotor dan tidak layak diberikan kedudukan di dalam Islam disebabkan oleh faktor-faktor yg saya sebutkan tadi.
APAKAH GENERAL RULE ATAU HUKUM ASAL MENGUMPAT?
Pada asasnya, mengumpat memang dilarang sama sekali oleh agama Islam kerana ia mencabuli hak dan kehormatan seseorang. Sekiranya umpatan tersebut tidak melibatkan nasab seperti tuduhan berzina & seumpamanya .. maka tindakan si pengumpat tersebut merupakan suatu dosa. Namun sekiranya umpatan tersebut menjurus kepada suatu fitnah yg melibatkan nasab & keturunan samada secara jelas atau kinayah, maka si pengumpat tersebut boleh di dakwa melakukan jenayah qazaf yg boleh dikenakan hukuman rotan 80 kali sebatan. Manakala di dalam Undang-undang civil, kesalahan ini disebut sebagai 'Defamation' yg termasuk di dalam kesalahan Tort yg boleh dikenakan monetary punishment yg boleh mencecah beratus ribu ringgit. Dalam erti kata lain, kedua-dua undang-undang Islam & civil mengiktiraf bahawa umpatan yg membawa kepada fitnah ini merupakan suatu kesalahan jenayah yg besar sehingga dikenakan hukuman jika mereka terbukti bersalah. Di sana terdapat dalil-dalil yg begitu jelas menunjukkan kepada keharaman melakukan umpatan di antaranya:
Allah SWT telah berfirman(maksudnya):
"..dan janganlah kamu memburuk-burukkan antara satu sama lain. Adakah kamu suka memakan daging saudaranya sendiri yg telah mati? Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang" (al-Hujurat: 12)
Daripada Abi Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah perkara yg baik ataupun diam" (Bukhari: 11/265, Muslim: 47)
Daripada Abi Musa RA bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik muslim? Baginda lalu menjawab: Siapa yg menjaga orang-orang Islam daripada lidah dan tangannya" (Bukhari: 1/51,52 & Muslim: 42)
Daripada 'Uqbah ibn Amir RA bahawa beliau berkata: "Wahai Rasulullah SAW, apakah kejayaan? Jawab nabi: Kamu menahan dirimu dari ucapan-ucapan yg tidak baik" (Riwayat Turmizi, dan beliau mengatakan hadis ini Hasan, 2407)
EXCEPTION ATAU PENGECUALIAN KEPADA HUKUM ASAL MENGUMPAT
Apabila di sana terdapat hukum asal, maka dalam masa yg sama di sana juga terdapat pengecualian daripada hukum asal tersebut. Kita diharamkan secara mutlak memakan babi atau meminum air arak, tetapi Islam memberi pengecualian terhadap pengharaman ini sekiranya kita berada di dalam keadaan dharurat berdasarkan kaedah "Dharurat membenarkan apa yg diharamkan". Begitu juga kita tidak dibenarkan solat jama' kecuali di dalam keadaan bermusafir, sakit dan hujan yg tidak henti-hanti berterusan dari waktu zohor sehingga ke waktu asar berdasarkan kepada kaedah "Kesempitan / kesulitan menjadikan keringanan". Kesimpulan yg dapat diambil dari kaedah-kaedah yg disebutkan adalah untuk memastikan kemaslahatan mereka terpelihara. Seperti yg pernah saya jelaskan pada artikel saya yg bertajuk "Jangan salah faham terhadap Islam", Islam merupakan agama fitrah yg menghargai tabi'ie kehidupan manusia. Kewujudannya adalah demi untuk memastikan kemaslahatan manusia terjamin. Di sinilah keistimewaan agama Islam yg menjadikannya sesuai dilaksanakan dan diamali pada setiap zaman dan tempat kerana menjunjung tinggi kehormatan makhluk di atas prinsip maslahah. Tidak ada manusia yg merelakan dirinya dizalimi dan dianiaya. Mereka mempunyai akal dan perasaan yg akan merasa terseksa apabila jasad dan fikiran mereka dizalimi. Diri, jasad & fikiran yg dizalimi pasti akan memberontak sebagai suatu tindak balas dari kezaliman tersebut samada ditunjukkan melalui kata-kata ataupun tindakan. Memahami hakikat ini, Islam meraikan dan menghargai tabiat dan fitrah semula jadi manusia yg akan memberontak sekiranya mereka dizalimi. Oleh itu, walaupun pada dasarnya mengumpat adalah ditegah .. tetapi dalam beberapa keadaan, tegahan tersebut berubah menjadi harus dan terkadang menjadi wajib berdasarkan kepada keadaan & maslahah. Imam an-Nawawi di dalam kitabnya ((Riadus Solihin)) ada menyebutkan 6 keadaan di mana kita boleh mengumpat seseorang. Beliau menyebut:
"Ketahuilah bahawa mengumpat dibenarkan dengan tujuan yg sohih/benar/syar'ie di mana tidak akan sampai sesuatu yg ingin disampaikan kecuali dengan cara mengumpat. Terdapat 6 keadaan yg membenarkannya:
1. Orang yg dizalimi dibenarkan menyatakan kezaliman orang yg berlaku zalim kepada mana-mana pihak yg mempunyai kuasa untuk menahan kezaliman tersebut.
2. Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran dan menentang kemaksiatan kepada kebaikan dan kebenaran.
3. Meminta fatwa daripada mufti berhubung dengan masalah yg menimpa dirinya disebabkan oleh orang lain. Maka dalam hal ini, dibenarkan seseorang mendedahkan keburukkan orang tersebut untuk memahamkan mufti supaya fatwa yg dikeluarkan tepat dan tidak terpesong.
4. Memberi peringatan dan nasihat kepada orang-orang Islam daripada kejahatan.
5. Hendaklah orang yg diumpat itu mendedahkan kefasiqakkan dan bid'ahnya secara nyata dan terang-terangan seperti merampas harta orang lain dengan zalim, memimpin dalam perkara-perkara yg batil dan menghalalkan perkara yg haram seperti arak dan sebagainya.
6. Memanggilnya dengan istilah yg sesuai dengan perbuatan jahatnya seperti orang pekak, orang bisu dan sebagainya tetapi mengelakkannya adalah lebih baik.
Keenam-enam keadaan ini merupakan sebab dibenarkan mengumpat yg telah disebutkan oleh para ulama" (Riadus Solihin, m.s 271-273, Muassasah ar-Risalah)
Pengecualian ini sebenarnya berdasarkan kepada beberapa dalil daripada sunnah Rasulillah SAW di antaranya adalah:
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak menyangka bahawa lelaki ini dan lelaki ini mengetahui daripada agama ini sesuatupun". (Bukhari, 10/405) Al-Laith berkata: Dua orang lelaki tersebut adalah merupakan orang-orang munafiq.
Daripada Aisyah RA, Hindun isteri Abi Sufian berkata kepada nabi SAW: "Sesungguhnya Aba Sufian lelaki yg kedekut, dia tidak memberikan kepadaku apa yg mencukupi aku dan anakku kecuali aku sendiri mengambilnya tanpa beliau mengetahuinya. Lalu nabi SAW bersabda: Ambillah apa yg cukup bagimu dan anakmu" (Bukhari, 9/444, 445 & Muslim, 1714)
Daripada hadis-hadis yg dibentangkan, guru kami Syeikh Prof Dr Mustafa al-Bugho mengatakan bahawa, "Dibenarkan mendedahkan keburukkan golongan munafiq dan perkara ini tidak dianggap sebagai ghibah (mengumpat)". (Nuzhatul Muttaqin, m.s 275)
Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat 12 dari surat al-Hujurat mengatakan bahawa, "Para ulama telah bersepakat bahawa mengumpat hukumnya adalah haram kecuali jika telah nyata dari tindakan tersebut terdapat maslahah yg jelas seperti tindakan al-Jarh, at-ta'dil dan memberi nasihat". (Tafsir Ibn Kathir, 7/380)
Bahkan di dalam ilmu Mustalah Hadis terdapat satu bab yg membicarakan mengenai ilmu al-Jarh wat-Ta'dil. Ilmu Jarh wat Ta'dil merupakan suatu ilmu yg digunakan oleh para ulama hadis untuk menentukan darjat sesebuah hadis yg diriwayatkan. Para ulama Hadis akan menilai ke-thiqahan para rawi berdasarkan kepada kritikan yg dibuat oleh para ulama lain terhadap peribadi perawi tersebut. Dalam hal ini, perawi tersebut dinilai secara jujur bagi memastikan pentashihan hadis tersebut mencapai darjat hadis sahih, hasan atau dhaif. Kadangkala mereka dikritik dengan kritikan yg begitu teruk seperti Mudallas(pereka hadis), penipu, ahli bid'ah, lupa ingatan dan sebagainya. Kritikan ini tidak dilarang sama sekali bahkan merupakan satu kewajipan demi untuk memelihara kesucian hadis yg diriwayatkan daripada tercemar oleh para perawi yg tidak thiqah.
Begitu juga jika seorang lelaki bertanyakan seseorang mengenai kecacatan sifat yg ada pada gadis yg ingin dinikahinya, maka beliau diwajibkan untuk mendedahkan keaiban tersebut. Perkara ini tidak dianggap mengumpat kerana kebenaran tersebut merupakan suatu maslahah kepada kedua-dua pihak lelaki & perempuan.
Sekiranya Islam membenarkan umpatan di dalam perkara-perkara seperti yg disebutkan tadi, apakah pula alasan untuk tidak membenarkan umpatan di dalam kerja-kerja politik kepartian?? Apakah maslahah itu hanya nyata di dalam sesetengah perkara dan tidak kepada perkara yg melibatkan politik? Sedangkan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa Politik itu berlegar di antara 2 objektif iaitu kekuatan(kuasa) dan maslahah. (Ad-Deen wa as-Siyasah, m.s 60)
Oleh itu, mendedahkan keaiban pihak lawan juga termasuk di dalam perkara maslahah yg sekiranya tidak didedahkan akan menatijahkan kesan yang negatif kepada rakyat. Bahkan, -menurut pendapat kami- berdasarkan keadaan & suasana politik Malaysia yg menekan dan tidak memberi kebebasan berpolitik kepada Barisan Alternatif, maka mengumpat adalah wajib. Ini adalah kerana BA tidak diberikan peluang yg cukup untuk berkempen dan bergerak bebas sebagai sebuah parti yg berdaftar di dalam sebuah negara yg mengamalkan sistem demokrasi. Kebebasan yg diberikan pula adalah teramat terhad dan diganggu oleh pihak berkuasa supaya masyarakat tidak dapat menerima mesej yang ingin disampaikan. Justeru, tindakan yg dilakukan oleh Barisan Nasional merupakan suatu pencabulan terhadang kedaulatan undang-undang negara dan dianggap sebagai suatu kezaliman terhadap parti Pembangkang. Di dalam masa yg sama, masyarakat pula cuba diperbodohkan oleh BN dengan pelbagai propaganda dan penipuan yg dieksploitasi melalui media massa yg berat sebelah, sedangkan merupakan hak rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar perjalanan pentadbiran dan politik negara agar hak mereka tidak dicemari dan dicerobohi. Oleh itu, BA yg merupakan satu-satunya komponen Parti Pembangkang berkewajipan untuk mendedahkan keburukkan dan keaiban Barisan Nasional bagi menerangkan hal sebenar agar masyarakat tidak terus berada dalam kejahilan serta terbelenggu di dalam kerosakkan sosial yg semakin menjadi-jadi di dalam negara.WA
KESIMPULAN
Namun begitu, menjadi syarat bahawa keharusan tersebut masih tertakluk kepada beberapa syarat seperti kewajipan mengenalpasti penyelewengan dan keaiban parti lawan supaya pendedahan yg didedahkan tidak membawa kepada fitnah & kesan yg lebih negatif. Oleh yg demikian, saya mengharapkan dari penjelasan ringkas ini, sedikit sebanyak dapat menjernihkan kekaburan yg mengaburi mata masyarakat.

0 comments:
Post a Comment