"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."
.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
.
Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya...
.
Persahabatan tidak terjalin secara semula jadi tetapi memerlukankan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..
.
Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur dan disakiti, diperhatikan dan dikecewakan, didengar dan diabaikan, dibantu dan ditolak .. namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..
.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan. Justeru kerana kasih, dia memberanikan diri menegur apa adanya.
.
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan agar sahabatnya mahu berubah.
.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan. Tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan, barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain. Tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya. Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
.
Ingatlah saat-saat terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang selalu berada di samping anda? MEREKALAH SAHABAT-SAHABAT ANDA.
.
Oleh itu, hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda. Semoga ia berkekalan ...
.
“Dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita.” (at-Taubah: 40)
“Dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita.” (at-Taubah: 40)
.
Dari kiri: Aiman Salmi, Lotpi, saya & Aiman Aizuddin. Belakang tu Shahir. Saat ketika baru sampai di Syria.
.
Afifi dan Abdul Hadi. Di bilik Hadi.
.
.
Bergambar di Gereja Ma'lula.
.
Dari kiri: Halem & Farouq. Hmm .. sorg dah lepas. Sorg lagi 29 Jun ini ... lepas ni, berdua je la aku dgn Aiman dalam bilik. Waaaa ... nak nangis.
.
Zukhairi, Luqman dan Pak Din. Pandai Pak Din belakon deh .. Hehe
.
Bergambar bersama Dr. Mat Din, Pensyarah Fiqh Mu'amalat 1 kami. Dari kiri: Safwan, Hayy, Muaz, Megat, Hailmi, Huzaifah, Firdaus, Md Nor, Izzi dan Hafizuddin.
.
.
.
Wahai sahabat-sahabatku,
samada engkau dekat di sisi,
atau engkau jauh merentasi lautan dan benua ..
selagi engkau memandang aku sebagai sahabatmu,
aku tetap akan selamanya mengenalimu sebagai sahabatku ...
.
Kesilapanku ...maafkanlah, ampunkanlah.
kerna aku insan yang serba kekurangan yang sering mahukan kebaikan.
.
Sahabat,
Aku ingin engkau tahu,
bahawa aku tidak pernah mematri kemarahanku,
biar ia benar amat menyakitkan.
.
SEMOGA PERSAHABATAN KITA BERKEKALAN
.
SEMOGA PERSAHABATAN KITA BERKEKALAN
2 comments:
banyak kenangan kita kat uia kan...
ada yang dah kawen.ada yang nak kawen.ada yang nak kawen tapi tak dapat nak kawen lagi..haha.. :-P
kirim salam aku kat dak2 ni...megat, mat nor, izzi, hailmi, lotpi, hafizzuddin [dak silat kat matrik dulu ni kan?]
assalamualaikum wa rahmatullah :)
Post a Comment