.
Salam perjuangan ...
.
Alhamdulillah, hari penamaan calon Parlimen Bukit Gantang telah pun berlalu. Suasana di barisan Pakatan Rakyat cukup meriah dan memberangsangkan seolah-olah seperti berada di dalam sebuah pesta dan stadium bola sepak pula.
.
Bendera PAS, PKR dan DAP berkibar di merata sudut .. dari yg kecil sehinggalah kepada saiz yg besar. Setiap sudut kawasan juga meriah dengan pelbagai aktiviti.
.
Yg berada di atas bukit bersorak dan bernasyid bahkan memerli BN dan Najib dengan rentak yang menghiburkn sebagai serangan psychologi kepada BN yang berada jauh di depan mereka. Di sudut yg lain pula dimeriahkan dengan ceramah oleh beberapa tokoh PAS dan di sudut yg lain pula diceriakan dengan paluan tabla dari bangsa India yang mewakili kelab Penyokong PAS. Senang cerita, semuanya seronok dan terhibur, bahkan tidak menyedari cepatnya masa berlalu.
.
Berbeza pula jika dilihat pada barisan penyokong BN ... suasananya lesu, layu dan lolong saja. Itupun, kalau tidak dipaksakan pelajar PLKN untuk datang, hanya 500 orang saja yang berada di barisan BN ... amat menyedihkan.
.
Apa-apa pun, orang ramai berpusu-pusu membanjiri Majlis Bandaran Taiping sejak awal lagi untuk turut sama memberikan sokongan kepada Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS Parlimen Bukit Gantang.
.
Semoga kehadiran yg melebihi 20 ribu tersebut menjadi petanda awal bagi kemenangan PR pada 7 April ini, Insyallah.
.
Sebetulnya kepulangan saya ke Ipoh adalah untuk bertugas di Bukit Gantang. Tetapi apabila pulang ke rumah, lain pula yang jadinya ... terpaksa menjadi suri rumah sepenuh masa.
.
Mana tidaknya, ayah saya sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Bukit Gantang sudah berkampung di sana selama hampir 2 minggu. Tapi jam 2 pagi semalam dia pulang ke rumah dan saya hanya sempat bertemu dengan beliau selama sejam saja ketika makan pagi bersama ayah pagi tadi. Tidak sempat untuk kami berbual-bual panjang. Selepas itu, ayah kembali ke Bukit Gantang. Semoga segala usaha dan keringat ayah untuk perjuangan Islam ini diberkati Allah SWT.
.
Emak pula sebagai sayap Muslimat PAS sudah hampir setiap hari pergi ke sana untuk membantu memperlicinkan proses meraih undi. Tambah pula mak baru dilantik menjadi Ketua Muslimat PAS Kawasan Taman Meru, tambah-tambah sibuk lah beliau kali ini.
.
Mula-mula ketika mak baru dilantik, saya tidak bersetuju dengan perlantikan mak sebagai ketua muslimat kerana memikirkan keadaan Hafiz yang perlu kepada pengawasan dan penjagaan pada usia kecil sebegini. Tambahan pula ayah memang sudah maklum dengan kesibukkannya pagi dan petang, justeru membuatkan saya lebih kuat memegang pandangan saya. (Berbeza kalau ayah tidak terlalu sibuk) Hatta Hafiz pernah mengomel pada ayah, "Ayah ni malam-malam pun mesyuarat juga ke .. asyik mesyuarat .. mesyuarat".
.
Anak-anak harus diberikan perhatian khusus semasa kecilnya kerana inilah tempoh waktu yg paling sesuai dalam proses tarbiah dan pendidikan. Semasa ia baru dilahirkan, anak-anak bergantung harap secara total kepada kedua ibu bapanya. Bahkan Rasul SAW sendiri mengatakan bahawa ibu bapalah yg menentukan pegangan agama anak-anak mereka samada menjadi Islam atau kufur kepada Allah. Namun, setelah umur semakin meningkat ... ikatan pergantungan itu semakin hari semakin terbuka sehinggalah mereka mampu berfikir dan berdikari sendiri. Oleh kerana itulah, Islam menuntut agar ibu bapa memberikan tunjuk ajar dan tarbiah kepada anak-anak mereka di saat tali bergantungan itu masih kukuh di tangan ibu bapa kerana saat tali itu mula longgar dan dilepaskan, sangat sukar anak-anak itu untuk dilenturkan.
.
Nyata peranan ibu itu sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Kalau bapa meninggal dunia, sang ibu mampu menjadi ibu tunggal membesarkan anak-anak mereka sehingga berjaya. Tetapi tidak ramai bapa yang mampu menjadi bapa tunggal memikul tanggungjawab isteri dalam membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran isteri. Bahkan Imam Ahmad setelah isterinya wafat, beliau terus berkahwin lain pada keesokkan harinya kerana beliau luluh di saat hidup sendirian. Bahkan beliau - rahimahullah - pernah berkata, "Aku tidak akan tidur dalam keadaan membujang", menunjukkan betapa peranan ibu dan isteri itu sangat penting bagi seorang suami dan anak-anak.
.
Tapi mahu buat macam mana, bukan mak yang mahukan jawatan itu, tetapi jemaah kawasan yang memilih mak sebagai ketua. Saya akur. Saya positif dengan semua perancangan Allah dan berdoa agar Allah SWT memelihara keselamatan mak sepanjang menjalankan amanah Allah di sana.
.
Jadi, dengan kesibukkan itu memaksa mak untuk keluar awal-awal pagi lagi dengan kawan-kawannya untuk ke Bukit Gantang.
.
Nak tak nak, sayalah yang perlu berkorban menjaga rumah. Ye lah, kalau semua nak jadi hero, siapa pula yang mahu menjadi orang bawahannya.
.
Suri rumah ... Pagi-pagi keluar hantar Hafiz ke taski Al-Ummah di Chemor. Kemudian jam 12 ambil dia untuk hantar ke tusyen KUMON pula. Sementara menunggu Hafiz habis tusyen di KUMON, saya lari sekejap ke Tesco Extra untuk mencuci dan polish kereta. Kemudian ambil Hafiz semula dan bawa dia pergi makan Pizza Hut di Tesco sebab dia 'demand' dengan janji abang dia. Lepas itu terus pulang ke rumah dan buat kerja-kerja rumah yang ada. Kemudian ambil baju ayah dan emak di Dobi dan sebagainya ....
.
Nampak kerja suri rumah ni macam senang saja, tapi rupa-rupanya penat juga. Jadi, sebab itulah mengapa Allah SWT memuliakan seorang isteri walaupun dia hanya merupakan seorang suri rumah.
.
Oleh itu - untuk si isteri - jangan merasa hina dengan gelaran 'suri rumah'. Sesungguhnya engkau sedang berjuang sama seperti suamimu sedang berjuangan di luar sana. Tiada rendahnya darjatmu di sisi Allah dengan tingginya kedudukan kaummu dengan jawatan yang mereka sandangi. Bahkan, Allah SWT tidak pernah menuntut agar engkau keluar mencari nafkah sebagaimana Allah SWT mewajibkan kepada suamimu. Menjadi 'menteri' di rumah dengan menjaga nama baik suami, mengurus makan minum suami dan memikul tugas mendidik anak-anak telah melayakkanmu untuk mencium wangian syurga-syurga Allah SWT nanti.
.
Tapi sebenarnya seronok juga dapat merasa menjadi suri rumah. Mungkin ini sebagai persediaan awal sebelum berumah tangga. Seperti kata Abusaif, belajar hidup untuk memberi.
.
Mana lah tahu kalau Allah jodohkan dengan isteri doktor ke .... :)
.
.