“Ana cemburu betul dengan kawan ana ni, dah boleh pakai kereta Pesona”, kata sahabat saya ketika kami sedang minum teh tarik di surau Hasan Syukri, Taman Melewar.
“Dia belajar di mana dulu?”, saya bertanya kepadanya.
“Dia belajar di USM”, jawab beliau.
“Anta nieee … sepatutnya anta cemburu dengan ilmu yang ada pada seseorang, bukan cemburu dengan kereta dia”, ujar saya kepadanya dalam keadaan bergurau.
“Bukan macam tu syeikh.. ana fikir ana masih ada setahun setengah lagi untuk habis belajar, sedangkan dia dah habis. Dia satu umur dengan ana .. mana ana tak cemburu”, jawab beliau.
Bila bercakap pasal bulan Ramadhan ni, memang banyak pengalaman yg boleh dikongsikan bersama. Masing-masing ada kisah mereka yg tersendiri .. terlepas sahur la, tak cukup makan la & mcm2 lagi.
Seperti biasa, ini merupakan tahun ketiga & kali ke-3 saya berpuasa & iftar di UIA, tidak bersama keluarga. Kesian mak & ayah di Ipoh, hanya berbuka berdua saja di rumah. Entah apa lah juadah berbuka yg mereka makan, selera ke tidak agaknya berbuka tanpa anak-anak di sisi.
Pada bulan Ramadhan yang lepas, saya kerap berbuka puasa di Masjid Zakaria. Tetapi kali ini saya sering berbuka di surau Hasan Syukri pula. Saya tak tahu nama sebenar surau tersebut. Apa yg saya tahu, surau tersebut mempunyai 3 panggilan; surau Hasan Syukri, surau Subki Latif & surau Taman Melewar. Macam mana ia masyhur dengan panggilan tersebut saya pun tak tahu. Mungkin sebab Ust Hasan Syukri & Subki Latif selalu solat di situ menyebabkan surau tersebut di-kunyah-kan dengan nama mereka.
Secara peribadi, setelah beriftar di Masjid Zakaria & surau Hasan Syukri, hati saya lebih terpaut untuk berbuka puasa di surau tersebut berbanding dengan Masjid Zakaria.
Seperti biasa, pukul 6.50 petang, saya & kawan-kawan akan bergerak beramai-ramai ke surau tersebut. Kadang-kadang saya tumpang motor kawan & kadang-kadang kami bergerak beramai-ramai dengan kereta saya. Alhamdulillah, suatu nilai kebersamaan sekali lagi terbina & terpaut di antara kami. Yang tak kenal menjadi kenal, yang tak rapat menjadi rapat, dan yg telah rapat bertambah rapat .. itulah nikmat dalam persahabatan.
Saya tertarik untuk iftar di situ kerana suasananya cukup tenang & menyejukkan. Pokok-pokok besar yg memayungi, serta padang permainan yg terletak di sebelahnya, membuatkan lanskapnya begitu menarik & indah. Tambahan pula, kedudukannya yg terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, yg jauh dari hiruk pikuk bising kereta & motor menjadikan lokasinya begitu sesuai sekali untuk menenangkan fikiran.
Bukan sekadar itu saja, menu berbukanya juga menarik & pelbagai..ala2 kampung seperti sambal petai ikan bilis, udang masak lemak, ikan goreng & sebagainya. Yang paling best skali adalah teh tarik dia … memang ummm lah, pekat lagi sedap. Itu yg membuatkan saya tergila-gila utk berbuka puasa di situ.
Namun, ada seperkara lagi yg benar-benar memaut hati saya utk iftar di surau tersebut. Kalau berbuka di masjid Zakaria, setiap jemaah telah dihidangkan dengan sepinggan nasi serta lauk pauknya. Begitu juga di masjid UIA, setiap pelajar telah disediakan dengan sebungkus makanan & air. Kami hanya perlu datang, duduk & tunggu azan dikumandangkan .. itu saja. Tetapi hal ini berbeza di surau Hasan Syukri.. corak hidangannya berbeza. Saya boleh katakan bahawa ia seperti sebuah keluarga kerana kami berbuka secara berhalaqah. Selalunya pihak surau menyediakan 3 jenis lauk pauk termasuk sayur, kurma serta 4 pinggan nasi. Tetapi hanya 2 pinggan saja yg ada nasi. Maknanya, 4 orang yg duduk dalam satu halaqah tersebut perlu pandai mengagihkan 2 pinggan nasi kepada 4 pinggan, dan perlu sama2 berkongsi lauk pauk yg sederhana banyaknya. Bagi saya, di sinilah kelebihannya mengapa saya memilih untuk berbuka puasa di situ.
Corak & suasana iftar tersebut menurut saya sangat sesuai untuk kita menilai diri kita & orang lain. Adakah kita ingin menjadi seperti ‘tamaknya’ seekor serigala atau ‘berkongsi & bekerjasamanya’ sekumpulan semut? Maklumlah, semua orang pada waktu itu sedang lapar & tak sabar-sabar nak makan. Nasi & lauk pauk pula tidaklah begitu banyak, sekadar-kadar saja. Nak makan lebih-lebih tak boleh sbb perlu ingat kawan sebelah. Nak ambil nasi lebih-lebih pun tak boleh, sebab kawan lain akan dapat sedikit nasi. Sedikit nasi yg terhidang, itulah nasi kami berempat. Begitu juga kalau sedikit lauk yg terhidang, maka itulah juga lauk pauk kami berempat.
Namun sekiranya dia seorang yg tamak & pentingkan diri sendiri, sudah tentu dia tidak akan menghiraukan orang lain. Dia adalah dia, orang lain adalah orang lain. Semangat kekitaan & ukhuwwah tidak lagi menjadi sandarannya. Yang penting aku kenyang dan perut aku terisi .. lantak lah kamu.
Di situlah keperibadian saya & seseorang dinilai. Sejauh manakah dia sanggup utk berkongsi dengan orang lain dalam keadaan perutnya lapar .. teruji di situ? Bagi saya, di sinilah keindahan & keunikan beriftar di surau tersebut. Memang lauk & nasinya tidak begitu banyak. Tapi kerana wujudnya semangat kebersamaan & rasa bertanggungjawab ke atas orang yg berada di sebelah kita … yg sedikit itulah keberkatannya. Alhamdulillah kami kenyang … tak bising laparpun. Jemaah tetap ramai, tidakpun berkurang. Walaupun hidangan nampak sedikit, tetapi ia tetap cukup untuk menampung bilangan jemaah yg datang. Perkara ini bukan hanya diakui oleh saya, malah diakui juga oleh sahabat-sahabat saya yg lain.
“Allah memang dah tetapkan kita berbuka di surau ni. Bila kita datang, walaupun ramai orang .. mesti ada makanan untuk kita”, sebut sahabat saya ketika dalam perjalanan menuju ke surau tersebut.
Alhamdulillah, iftar jamai’ menyingkap seribu satu keberkatan & kemanisan walaupun sedikit yg terhidang … nikmat tuhan tak pernah dipertikaikan.
Perkara inilah yg membuatkan saya begitu seronok untuk iftar beramai2 di surau & masjid berbanding berbuka seorang diri. Boleh je kalau nak beli makanan di cafe2 di UIA … sikit ke, banyak ke … ikut kita lah. Kita yg bayar. Nampak dari jauh lauk pauk dan air yg dijual memang sedap. Air warna hijau, unggu, merah, putih, coklat … semua ada. Memang kenyang & kembung-kembung perut lepas makan. Nak jalan pun tak larat. Senak2 perut macam perempuan mengandung(mcm tau2 je mcm mane perempuan mengandung ek, hehe). Paling best skali bila dapat dinding, bersandar macam badak sumbu kekenyangan .. sendawa erghhhh panjang2. Walaupun begitu, saya lebih suka iftar jama’i bersama rakan-rakai di surau atau masjid .. bukan saja perut yg kenyang tetapi yg lebih penting dari itu .. saya dapat mengenali diri saya, orang lain dan keadaan sekeliling.
Saya masih ingat lagi nasihat cikgu saya ketika berlangsungnya majlis pengijazahan silat dulu, “Kalau dihidangkan makanan di depan kamu nanti, jgn terus cekup apa yg kamu suka tapi ambil apa yg paling hampir dengan kamu dulu”, kata beliau.
“Kenapa macam tu cikgu”, tanya saya.
“Orang dapat kenal kita semasa kita sedang makan. Waktu itulah orang menilai samada kita ini orang yg beradab atau tak”, jelas beliau.
Rupa-rupanya bukan dia saja yg menasihatkan perkara tersebut, mak saya juga pernah menasihatkan saya tentang itu. Barulah saya faham mengapa kami dihidangkan dengan makanan sewaktu majlis ijazah tamat persilatan dilangsungkan.
-----------------------------------------------
Ikhwah & akhawat sekalian,
Dialog pertama di atas memberi satu indikasi penting kpd masa depan kita.
Menjadi fitrah manusia memang suka kepada kesenangan & kemewahan. Perkara ini tidak perlu lagi dinafikan .. semua manusia tidak terlepas dari keinginan sebegini. Namun, yg membezakan kita dengan org lain adalah … bagaimanakah kita berhadapan dengan keinginan tersebut apabila ia tiba2 muncul di benak fikiran kita? Saya juga pernah melalui mimpi sebegini.
“Ni bilik siapa plak ayah?”, tanya saya kepada ayah tentang satu bilik kosong di pejabat baru ayah yg sedang di-renovate-kan.
“Ni bilik adik lah”, jawab ayah.
Bila ayah cakap begitu, tiba-tiba saja senyuman saya melebar.
Pada ketika itu bermacam-macam angan2 yang dibayangkan. Mulalah membayangkan untuk hidup senang & mewah dengan kedudukan yg bakal dijawat. Gaji yg beribu-ribu ringgit, rumah yg besar, kereta besar & macam2 lagi.
Pada saat itu, saya langsung tidak memikirkan betapa beratnya tanggungjawab yg bakal saya pikul ini.
Apakah saya layak untuk menjawat jawatan tersebut?
Apakah saya telah bersedia untuk memasuki alam pekerjaan yg penuh onak duri ini?
Dan yang paling penting, apakah saya mampu meletakkan post yg bakal saya pikul ini sebagai medan dakwah saya untuk Islam?
Langsung tidak terfikirkan pada ketika itu.
Jadi, tidak hairanlah sekiranya ada di antara kita yg musnah kehidupannya kerana tertipu dgn kemewahan dunia. Mereka tidak meletakkan dunia di genggaman, sebaliknya meletakkannya di fikiran sebagai angan2. Lebih parah lagi, ada diantara sahabat2 kita yg dulunya aktif dgn gerakan pelajar, dakwah & siasah .. namun kerjaya dan kesenangan di depan mata telah menceraikan mereka dengan jihad yg mereka ungguli sebelum ini. Laungan yg menggegarkan seluruh kampus, hati & jiwa yg bersemangat .. kini berubah menjadi pak turut kepala wang ringgit.
“Ust ada seorang kawan yg belajar di US. Dia memang hebat dengan program tarbiah masa belajar .. hebat lah. Ceramah dia dirakam. Semua orang dengar. Tapi sekarang dia dah berubah, sibuk dengan bisnes … dah jadi kaya. Isteri buat hal sendiri, dia pun buat hal sendiri. Tarbiah pun entah ke mana”, sebut ust saya kepada saya.
Saya takut bila mendengar cerita tersebut, takut2 ia berlaku kepada diri saya. Sekarang kita mungkin boleh memperkatakannya sebab kita belum lagi melaluinya, tetapi bagaimana masa depan kita kelak? Marilah kita sama2 berdoa agar hal seperti ini tidak terjadi kepada kita.
Ya Allah ... jgn Kau jadikan aku cintakan habuan duniaMu.
Kau letakkan duniaMu di genggamanku ... jgn Kau letakkannya di fikiranku.