Monday, 29 October 2007

Berlapang Dada pintu Perpaduan


“Isteri pertama syeikh tu anak buah nik aziz”, ujar abang Jalal - pembantu peribadi guru kami dalam bidang psychology - apabila ditanyakan tentang latar belakang guru kami.

Beliau merupakan antara anak murid kesayangan al-Marhum Syeikh Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani, seorang muhaddith besar dari Mekah al-Mukarramah.

“Oo ye ker … anak buah tok guru nik aziz rupanya ..”, respon sahabat saya dalam keadaan terkejut.

“Tapi tu la … perjuangan dorang lain-lain. Nik aziz join politik .. lepas tu plak dia cenderung kepada wahab(Wahabi). Dia dah pilih macam tu, nak buat macam mana kan…”, sambung abang Jalal seolah-olah tidak bersetuju dengan manhaj perjuangan Tuan Guru Nik aziz.

Setelah mendengar kata-kata beliau, kami berdua terdiam dan tidak berkata apa-apa … kami terkejut. Namun tidak berapa lama kemudian, sahabat saya menyambung kembali perbicaraan supaya keadaan tidak menjadi kontang & kosong.

Manusia Bukan Robot

Ikhwah & akhawat ahibba'

Kita bukan berdepan dengan makhluk yg bergelar robot … yang patuh setia kepada setiap perintah dan suruhan tuannya. Apabila disuruh duduk, dia duduk. Apabila disuruh berjalan, dia berjalan … dan apabila dia dimatikan, dia tidak pernah sesekali membantah mengapa dia perlu dimatikan. Begitulah wajahnya samada ketika dia dimarahi ataupun dipuji … tidak ada perbezaan.

Walaupun kekuatan mereka lebih hebat daripada tuannya .. boleh memikul suatu beban yg tidak boleh dipikul oleh tuannya sendiri, boleh berdiri berhari-hari tanpa duduk, boleh berjaga tanpa tidur, boleh berpuasa tanpa makan …. tetapi mereka tetap patuh kepada perintah tuannya yg lemah itu. Mengapa mereka tidak melawan saja apabila diketuk kepalanya? Mengapa mereka tidak merajuk apabila dimarahi? Dan mengapa mereka tidak curi tulang apabila malas? Jawapannya … kerana mereka tidak punya kuasa, akal, hati dan perasaan.

Tetapi malangnya, Allah SWT tidak menjadikan mereka sebagai sasaran para da’i. Malah sasaran mereka adalah makhluk yang mempunyai ciri-ciri dan sifat yg sama seperti kita. Mereka bukanlah robot yg mudah-mudah untuk diperintah dan dimarahi.

Mereka diberikan akal untuk berfikir, diberikan hati dan perasaan untuk merasai.

Mereka marah apabila ditengking, senyum apabila dipuji.

Mereka punya keegoan, jua hati budi. Punya kekerasan, jua kelembutan. Siapakah mereka?? Mereka adalah makhluk yang bergelar MANUSIA.


“Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. kemudian Kami jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.”


(al-Mu’minun: 12-14)


Inilah manusia, makhluk yg diciptakan oleh Allah SWT dari tanah yg hina .. iaitu tempat untuk berpijak, berjalan, meludah & sebagainya. Namun begitu, mereka adalah semulia-mulia makhluk di sisi Allah SWT di antara semua makhluk yg diciptakan-Nya.

Semua makhluk dari sebesar-besarnya sehinggalah ke sekecil-kecilnya daripada bumi, laut, udara, haiwan dan tumbuh-tumbuhan patuh setia berkhidmat kepada manusia.


“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu”

(al-Baqarah: 29)


Biarpun mereka menangis melihat manusia melakukan kezaliman terhadap diri mereka … namun mereka tetap setia berkhidmat untuk manusia & buat manusia. Tidak ada lagi dalam lipatan sejarah kehidupan makhluk di muka bumi ini samada tumbuh-tumbuhan, haiwan, gunung-ganang ataupun lautan bangun menunjukkan protes & berdemontrasi kerana membantah kezaliman manusia terhadap mereka. Tidak ada …

Manusia memang suatu penciptaan yg unik .. mengapa?

Jawapannya kerana manusia tidak seperti makhluk Allah yg lain … yg setiap waktu dan detiknya bertasbih, bertahmid & bertakbir kepada Allah SWT. Semuanya tidak mensyirikkan Allah SWT. Burung bertasbih kepada Allah SWT dengan bahasa burung. Gunung bertahmid kepada Allah dengan bahasa gunung. Air bertakbir kepada Allah dengan bahasa air. Tetapi bagaimana dengan manusia? Adakah semuanya bertasbih, bertahmid & bertakbir kepada Allah SWT?

Mengapa boleh jadi begitu? Jawapannya kerana manusia bukanlah sejenis robot.

Walaupun manusia adalah semulia-mulia makhluk ciptaan Allah SWT, tetapi manusia adalah makhluk yang paling degil dan sombong kepada Allah SWT. Disebut di dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari di mana Rasulullah SAW bersabda:


“Setiap umatku akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yg enggan? Para sahabat bertanya kpd Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yg enggan itu? Baginda menjawab: Barangsiapa yg mentaatiku, dia masuk ke dalam syurga dan barangsiapa yg melakukan maksiat kepadaku, sesungguhnya dia adalah orang yg enggan”


Para ulama mengungkapkan dunia ini sebagai Dar al-Bala’, iaitu tempat ujian … samada untuk manusia yg mahu ataupun untuk manusia yg enggan.

Manusia yg enggan, ujian yg mereka hadapi ialah bagaimana untuk menjadi cepat kaya, bagaimana untuk menyelamatkan duit mereka dari dicuri, bagaimana untuk mendapatkan jawatan tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu … dan begitulah persoalan ‘bagaimana’ bermain di fikiran orang yg enggan. Gelisah mereka bukan untuk agama, tetapi gelisah mereka untuk duit poket mereka sendiri.

Berbeza bagi orang yg mahu, selain menilai ‘ayaatul kauniyyah’ ciptaan Allah SWT, mereka juga diuji oleh Allah SWT berdepan dengan jenis manusia yg enggan. Mereka perlu menggunakan akal bagaimana untuk membawa manusia yg enggan duduk bersama-sama dengan manusia yg mahu. Kerana keselesaan hidup di syurga tidak tertentu dengan hanya mereka saja yg mengucapkan syahadah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar syahadah, malah isteri-isteri mereka, anak-anak mereka, ibu bapa mereka, abang kakak mereka, kawan-kawan mereka dan jiran tertangga mereka .. kesemuanya perlu diajak menjadi golongan manusia yg mahu..

Sebabnya? Tidak semua manusia mahu menggunakan akal fikiran yg Allah SWT berikan untuk digunakan ke jalan yg betul. Justeru, di sinilah kecerdikan akal perlu digunakan oleh golongan yg mahu untuk mengail hati-hati manusia yg enggan …….



The Strategy of Business Promotion & the Strategy of Da’wah

Saya rasa kamu semua mempunyai handphone kan? Bila ada handphone, dah tentu kamu semua pernah menggunakan perkhidmatan telekomunikasi yg ada di Malaysia nie seperti Celcom, Maxis, Digi & sebagainya.

Dalam banyak2 perkhidmatan nie, ada yg pakai Celcom. Ada yg pakai maxis dan ada yg pakai Digi. Terlalu banyak promosi yg diberikan oleh setiap perkhidmatan tersebut sampai kita tak tahu mana yg lebih baik dan sesuai untuk kita. Namun begitu, walaubagaimana hebat dan canggih sekalipun promosi yg diberikan … hak memilih tetap berada di tangan pengguna. Cuba kamu tanya diri kamu sendiri … mengapa kamu pakai Celcom? Mengapa kamu pakai Maxis dan mengapa kamu pakai Digi? Kenapa tak pakai Maxis? Kenapa tak pakai Celcom? Sudah tentu kamu akan menjawab,

“Sebab Maxis sms murah. Lepas tu coverage dia pun meluas jika nak dibandingkan dengan yg lain”. Ini contoh jawapan yg diberikan.

Saya sendiri pakai Celcom postpaid RM50 sebulan. Saya pilih perkhidmatan nie sebab saya rasa khidmat yg diberikan baik dan menjimatkan … saya yakin dengan promosi yg Celcom berikan.

Ini adalah salah satu contoh stratergi bisnes yg wujud di depan mata kita. Ini semua tertakluk kepada kecekapan dan kemahiran muka2 yg memainkan peranan di dalam keberlangsungan bisnes tersebut. Namun begitu, walaupun perkhidmatan yg mereka berikan berbeza-beza … tetapi kesemuanya menuju kepada matlamat yg satu, iaitu untuk memberi kemudahan telekomunikasi kepada para pelanggan. Bagaimana pula dengan stratergi para du'at ...??


Otak Orang Melayu dalam bisnes & Otak Orang Melayu dalam Beragama

Saudara …

Pernah tak kamu mendengar kata-kata orang, “Melayu kalau bukak kedai mana boleh dekat-dekat … masing-masing ego. Tak nak tolong menolong. Tapi kalau kamu pergi ke kawasan Cina, dorang boleh duduk berniaga sekali. Kalau kita tanya satu barang tapi kedai dia tak ada, dia akan bagi tahu kedai mana yg ada. Tapi kalau melayu, jangan harap dia nak bagitau” … beginilah hebatnya persaudaraan yg terbina di kalangan orang Cina semata-mata untuk memajukan ekonomi mereka. Sekarang lihat, dimana-mana negara pasti akan wujud China Town … itu bukti mereka bersatu walau cara mereka berdiri berbeza.

Ayaatul Kauniyyah tidak terhenti di sekitar putaran bulan dan bumi, berdirinya langit tidak bertiang dan berpasaknya gunung ganang kukuhkan bumi. Kita perlu perluaskan permikiran mengenainya dalam semua keadaan yg nampak di depan mata kita …

Tak saya sangka … ingatkan orang Melayu hanya ego di dalam bisnes, tetapi rupa-rupanya mereka juga ego dalam memperjuangkan agama ….


“Berlapang dadalah di dalam perkara yg diperselisihkan, bersatulah di dalam perkara yg dipersetujui”


– Syeikh Rasyid Redho di dalam Tafsir al-Manar -






0 comments: