Thursday, 18 October 2007

Adik .. jangan bersedih.

“Ehm, tetibe je hari ni rasa sedih sangat..hehe. Maybe sebab dah nak balik Mksr. My big family tengah plan next family gathering. Nak pergi holiday. Erm, dah banyak kali ana tak join. Macam sedih plak dengar dorang bincang. Ehm, berat sangat hati ni nak balik Mksr”, luah sahabat setia saya kepada saya.

Dalam keadaan begini, saya tidak mampu melakukan apa-apa kepadanya melainkan hanya dengan secebis nasihat dan buah sokongan saja. Maafkan saya …

Semua orang pasti berpengalaman menempuh saat-saat kesedihan. Selagi mereka bergelar manusia, perasaan sedih & gembira pasti berjalan bersama mereka.

Itulah fitrah kejadian manusia … telah termaktub sejak azali lagi bahawa setiap insan yg mempunyai hati & perasaan, mereka tidak akan terlepas dari perasaan sedih dan gembira. Namun kita sebagai hamba yg menghambakan diri kepada Allah SWT perlu redho dan akur di atas setiap ketentuan yg telah ditetapkan … rahsia Allah hanya Dia saja yg tahu. Kesabaran & berdoa adalah kunci penyelesaian buat insan yg ingin mencari jalan keluar dari kesedihan.
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”.
(al-Baqarah: 155-157)

Ada di antara kita yg bersedih kerana kehilangan orang yang tercinta; kehilangan ibu, ayah, suami, isteri atau anak-anak. Hilangnya orang yg tercinta ibarat hilangnya satu watak dalam filem kehidupan kita .. kerana mereka adalah sebahagian dari watak-watak penting yg mencorak sejarah perjalanan hidup kita. Senyum tawa mereka, riang mereka, tangisan mereka, kegembiraan mereka & kesedihan mereka .. semuanya ditempuh bersama di dalam satu filem kehidupan. Hilangnya ibu atau ayah tidak boleh digantikan dengan ibu dan ayah yg lain. Hilangnya suami atau isteri tidak boleh diganti dengan suami & isteri yg lain. Begitulah hilangnya seorang anak, tempatnya tidak boleh diganti dengan anak-anak yg lain kerana semua orang mempunyai peranan & watak masing2 dalam mewarnai kehidupan kita. Semua mempunyai kelebihan & kekurangan tersendiri yg menjadi sejarah abadi buat mereka yg mengenalinya …

“Fit, aku rasa macam tak nak sambut raya lah. Makin nak dekat raya, makin aku rimas”, begitulah keluhan sahabat saya di akhir2 Ramadhan lalu yg sudah kehilangan ibu & adiknya yg tersayang.

“Kau teringatkan mak ke Sajak?”, tanya saya.

“Hmmm .. hari nie je aku dah mimpi pasal mak dan adik aku”, ujar beliau.

Beginilah perasaan hilangnya orang yg tercinta di dalam kehidupan kita. Kegembiraan raya tidak seseronok dulu lagi kerana watak yg memeriahkan raya sudah kehilangan dari pandangan mata.

Bukan sekadar itu, ada juga yg bersedih kerana tidak berjaya mencapai matlamat kehidupan. Bertungkus lumus bekerja siang & malam. Berkorban jiwa, harta & tenaga … tetapi hasilnya tidak seperti yg diusahakan.

Tidak ketinggalan juga ada yg bersedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga juah di kampung semata-mata kerana mencari segulung ijazah buat pencerah kehidupan yg bakal menyusul. Mata tidak tertahan lagi untuk menahan beratnya air mata yg bertakung di mata … tiada lagi istilah malu ketika itu. Ibu menangis, ayah pun kadang2 boleh menangis kerana terpaksa meninggalkan putera & puterinya jauh di perantauan. Tetapi apakan daya, kerana masa depan mereka … puteri & putera terpaksa dilepaskan. Hanya doa & sokongan yg menjadi bekalan buat anak-anak di perantauan.
Ada di antara kita yg mampu mengawal kesedihannya. Dia mengalihkan perasaannya dengan bergelak ketawa, bergurau senda, bersukan dan sebagainya. Namun, ada juga yg tidak mampu menahan perasaan sedihnya. Bahkan tampak jelas pada raut wajahnya tanda2 kesedihan. Ini bukanlah perkara yg terkeji. Ia merupakan fitrah semulajadi manusia. Ada yg kuat dan ada yg lemah.
Sewatu hati sedang sedih, jiwa sedang lemah ... di saat itulah mata kita terlalu ringan untuk mengalirkan air mata. Menangislah sambil bermunajat kepada Allah SWT. Jangan malu untuk menangis di hadapan Allah SWT ... Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat akan doa & tangisan hamba-hambaNya. Ataupun, luahkan kesedihan tersebut kepada orang2 yg dekat dengan kamu samada kepada ibu, kawan2, suami ataupun isteri.. kerana luahan itu sendiri merupakan suatu jalan penyelesaian.
Rasulullah SAW juga meluahkan perasaan takutnya kepada Siti Khadijah ketika baginda didatangi oleh Jibril AS. Rasulullah SAW juga bersedih di atas kematian Siti Khadijah & Abu Thalib. Baginda juga bersedih di atas kelemahannya berdakwah kepada ummatnya, lantas meluahkan kesedihannya dengan bermunajat kepada Allah SWT. Oleh itu, jangan malu untuk menangis dan jangan malu untuk meluahkan perasaan …

Semua kejadian yg berlaku di sepanjang perjalanan hidup adalah warna-warni kehidupan seseorang insan yg bergelar manusia. Kembalilah kepadaNya dengan redho & akur sambil tunduk berserah diri kepadaNya.

Oleh itu, kesempatan berhari raya kita gunakan sebaiknya bersama keluarga .. kerana inilah sebaik-baik hari untuk bergembira & sebaik-baik hari untuk memohon keampunan.

Alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru & penuh ketenangan,
tapi hanya Allah saja yg tahu rahsia di dalamnya.
Begitulah dengan kehidupan manusia,
riang ketawa ..
Tapi hanya Allah saja yg tahu rahsia kehidupannya.
Jika kau kecewa,
pandanglah ke sungai,
airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalang.
Jika kau sedih,
pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu

Senyumlah sepertimana senyumnya adik ini

0 comments: