Monday, 28 January 2008

Mencari Kilauan Emas yang Hilang ...

Bismillah ...
.
Ketika menziarahi blog sahabat saya, Zukhairi Salehuddin (http://zukhairi-salehudin.blogspot.com/), saya terbaca artikel beliau berkenaan dengan interview seorang wartawan dengan seorang artis sensasi tempatan bernama Zila Bakarin. Saya tidak sedikitpun terkejut dengan kenyataannya kerana memang dia dikenali dengan artis yg sebegitu … Ikuti perbualan mereka yg saya ambil dari blog sahabat saya:
.
wartawan: Bagaimana pula dengan imej seksi ****. Apakah akan berkurangan selepas bergelar isteri?
.
artis: Terus terang, bergelar isteri bukanlah halangan untuk tidak lagi berpakaian seksi. Suami saya sendiri pun tak kisah saya hendak berpakaian seksi kerana sejak dia kenal ****, memang **** seksi pun. Malah dia lagi suka kalau saya berpakaian seksi (ketawa). Dia hendak saya jadi macam dulu dan saya sendiri tidak suka untuk jadi hipokrit. Saya tidak mahu menjadi sesetengah pihak yang pada asalnya seksi tetapi hidup berpura-pura. Esok lusa, apabila sudah tidak tahan, kembali menjadi seksi.
.
wartawan: Tidak takut dengan pandangan keluarga mertua yang mungkin tidak senang dengan imej **** itu?
.
artis: Keluarga suami saya memang sporting. Mereka boleh menerima **** seadanya dan mereka juga memahami kehendak saya. Dan saya pun pernah ke rumah mereka dengan hanya berseluar pendek saja. Jadi saya tidak lihat perkara ini sebagai satu isu besar. Selagi suami mengizinkan, selagi itu **** akan kekal dengan imej seksi (ketawa).
.
.
Beginilah nilai seorang muslim sekiranya kejahilan mendampinginya. Jawapan artis tersebut tidak langsung menggambarkan ciri-cirinya sebagai seorang muslimah Islam yg tulen. Dia telah mencaritkan maruah wanita Muslimah yg istiqamah berhijab dengan keimanan & ketaatan kepada perintah Allah SWT. Apa yg dia ucapkan bukanlah mewakili semua golongan Muslimah yg beriman dan punya ‘iffah, tetapi mewakili dirinya dan kelompoknya yg tidak mengerti akan tuntutan agama. Ini bukan soal hipokrit ataupun tidak, bukan juga seperti sebuah citra yg boleh dilakon-lakonkan .. berMercedes megah di depan TV mencari publisiti, hakikatnya berkayuh basikal mencari rezeki …. tetapi ia adalah kewajipan yg telah ditaklifkan kepada setiap wanita muslimah yg telah baligh, berakal lagi mengenal perintah tuhannya. Seperti kata sahabat saya, ia adalah perkara asas yg mesti diketahui oleh setiap Muslimah. Namun apa yg terjadi, dia bermegah-megah dalam kemaksiatan, seolah-olah seperti bercakap di depan orang yg pekak dan bisu.
.
“Kau peduli apa … kalau aku mati nanti, aku mati sorang-sorang. Bukan aku masuk kubur kau. Kubur lain-lain” … Ini jawapan juak-juak yang tidak mahu hidup dalam hipokrit.
.
Memang betul kamu akan mati seorang diri dan kubur kita pun lain-lain. Tapi yg menyorong kamu ke kubur tu siapa pulak, bukan orang lain jugak ker?? Takkan kamu jalan sendiri??
.
Kamu tidak punya hujjah untuk mengelak diri dari ketetapan Allah SWT, kerana Islam sudah menyediakan seribu hujjah (naqli & ‘aqli) sebelum kamu berhujjah. Dia yg menetapkan Maha Mengetahui kekurangan dan kelemahan hamba-hambaNya. Justeru itu, tiada seorangpun boleh menganggap kehidupannya tidak melibatkan orang lain. Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan kita tiada pertanggungjawaban dan tidak juga menjadikan kita tidak dipertanggungjawabkan. Buktinya … sebelum kamu berkahwin, yg menanggung beban kamu adalah ayah kamu. Namun setelah kamu berkahwin, tanggungjawab tersebut berpindah kepada suamimu. Dalam masa yg sama, kamu juga mempunyai tanggungjawab sebagai isteri terhadap suamimu. Bukankah ini contoh pertanggungjawaban dan dipertanggugjawabkan ..!!
.
Kita mendoakan agar Allah SWT membuka pintu hidayah kepadanya ... Ameen
.
Saudaraku Muslimah ..
.
Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan kamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan susunan tubuhmu seimbang. Kemudian Allah membentuk kamu dalam bentuk yg paling baik, dan Dia memuliakan kamu dengan Islam setelah dulunya engkau dihina dan dibunuh.
.
Islam sangat menghargaimu dan meletakkan dirimu pada kedudukan yg begitu mulia. Tidak ada sebaik-baik perumpamaan yg layak untuk diberikan kepadamu selain seumpama emas kuning yang memancarkan kilauan cahaya yg menyilaukan setiap biji mata yg melihat. Tiada seorangpun yg tidak akan terpesona melihat kilauan cahaya yg terpancar dari susuk tubuh yg memancarkan. Walau sekilas ia terpandang, pasti ada tangan-tangan yg akan meraba-raba mencari dari mana datangnya cahaya tersebut. Walaupun ia tersembunyi di balik kelikir dan tanah yg keras, hati yg telah terpukau tetap akan berusaha mencari jalan untuk mendapatkannya. Begitulah perumpamaan emas dengan dirimu wahai Muslimah. Setiap susuk tubuhmu adalah kilauan cahaya. Cahaya yg memancarkan membuatkan hati yg tenang bertukar menjadi gundah gulana dan tak tentu arah. Seteguh akar yg memancak ke bawah tanah sekalipun, pasti ia goyah dengan siulan angin taufan yg berarak. Begitulah hati seorang lelaki, sekuat manapun iman yg berakar di dalam hati … ugutan kecantikanmu pasti tidak upaya ia tandingi dengan mudah. Itulah hakikat kejadian manusia … Manusia tetap manusia, bukan malaikat yg semusim imannya.
.
Menyedari keistimewaanmu, Islam menghijab dan melindungimu agar kamu menjadi perhiasan duniawi yg begitu tinggi nilainya, serta terlalu mahal harganya. Tetapi, adakah kamu benar-benar menyedari hakikat ini?
.
Musuh-musuh Islam sangat mencemburui agamamu … bukan sejak akhir-akhir ini, tetapi sejak Islam melakar tinta sejarah gemilang berabad lamanya. Mereka berdendam dengan Rasulmu, Muhammad SAW lalu membanting tulang meruntuhkan agamamu. Siapakah kamu sebelum datangnya Islam? Bukan mencela, tetapi bertanyakan kembali dari mana terbinanya kemuliaanmu …?? Hari ini sangat malang sekali. Engkau seolah-olah telah melupakan segala-galanya. Tulisan ini bukan untuk mencalitkan arang hitam di mukamu, tetapi untuk menceritakan bahawa kemuliaan Islam tertegak dengan kemuliaanmu & kecelakaan Islam disebabkan oleh kecelakaanmu juga. Begitu tinggi nilai dan kedudukanmu di sisi agama Allah ini. Kini, musuh-musuh Islam sedang berjuang menjadikan kamu sebagai mangsa, lalu kamu mengikuti jalan mereka. Kamu keluar di tengah-tengah masyarakat dengan perhiasan yg melampau-lampau melebihi dari kelonggaran yg telah Islam benarkan. Islam mewajibkan auratmu dihijabkan, tetapi kamu menonjol-nonjolkannya … malah kamu lebih berbangga dengan penonjolanmu itu, dan benci terhadap hijab dan ‘iffah. Janganlah engkau mengambil agamamu dari penganut aliran kebebasan itu, kerana pada hakikatnya kamu sedang ditertawakan di balik tirai kemajuan dan kemodenan … padahal kamu dalam kemunduran dan kehinaan.
.
Janganlah engkau menawarkan agamamu dengan harga yg murah sedangkan Islam begitu meletakkanmu di tempat yg mulia. Islam mengkehendaki agar kamu suci, sedangkan musuh-musuh Islam mengkehendaki agar dirimu kotor dengan tabarruj yg melampau. Islam mengkehendaki agar kamu mulia, sedangkan musuh-musuh Islam mengekehendaki agar kamu menjadi hina. Mereka menyusun perancangan yg busuk untuk mengeluarkanmu dari pagar keimanan kepada lapangan kebebasan. Di luar sana terlalu banyak serigala kelaparan yg menanti mangsa yg leka dan lalai. Adakah kamu mahu menjadi mangsa gigitan serigala yg tidak mengenal ihsan ….??? Jawapannya ada di sisi kamu.
.
Jadilah butir-butir emas di celahan besi karat yg tidak bernilai .... Sungguh, mata yg jelas penglihatannya masih dapat mencarinya walaupun ia tersorok di celahan besi karat tersebut.


“..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka ….” (an-Nur: 31)



Saturday, 26 January 2008

Jauhi Kafir Mengkafir sesama Islam

Bismillah ..
.
Ketika bersembang-sembang dengan sahabat saya di sebuah restoran mamak kelmarin, beliau memberitahu saya mengenai pertelagahan hangat yg sedang berlaku di antara kelompok Ahbash dan Salafi di laman http://www.al-ahkam.net/ sehingga membawa kepada kafir-mengkafir di antara satu sama lain.
.
Apa yg jelas, ia berpunca dari sikap ta’assub dan tasyaddud kedua belah pihak terhadap pendapat masing-masing dalam soal aqidah. Kelompok Ahbash mempertahankan bahawa ayat Mutasyabihat berkenaan dengan zat Allah SWT perlu kepada penta’wilan, manakala kelompok Salafi mempertahankan bahawa ianya perlu difahami secara tafwidh. Namun, setelah kedua-duanya gagal mencari titik pertemuan, akhirnya ucapan ‘kafir’ menjadi khulasah perbincangan ilmiah. Apa yg disebut perbincangan ilmiah telah berubah menjadi perbincangan emosi yg sangat jauh dari roh-roh Islam.
.
KHILAF ADALAH TABI’AT MANUSIAWI
.
Para ulama tidak pernah menyeru agar istilah ‘khilaf’ dihapuskan dalam kamus kehidupan manusia, kerana perselisihan merupakan tabi’at manusiawi yg telah Allah SWT ciptakan buat manusia .. bermula dari zaman nabi Adam AS sehinggalah ke hari kiamat. Allah SWT sendiri menciptakan manusia dalam berbagai rupa, bahasa, kulit, permikiran dan keperibadian. Setiap orang memiliki watak, keperibadian, permikiran dan tabi’at yg tersendiri. Hatta anak yg dilahirkan kembar, apabila diteliti dari zahir susuk tubuh mereka pasti di sana terdapat perbezaan yg Allah SWT ciptakan, apatah lagi jika hendak diteliti perbezaan dari sudut pemahaman dan permikiran. Mengimpikan, apatah lagi menyeru seluruh umat Islam agar berpayung di bawah satu mazhab atau jemaah merupakan satu solusi perbincangan yang tidak berpijak di bumi nyata dan sia-sia, bahkan tersangat mustahil untuk diperjuangkan. Malah usaha untuk menghapuskannya akan menimbulkan perselisihan yang lebih menjurang di antara mereka kerana tindakan tersebut menyalahi fitrah yg ditetapkan Allah SWT kepada manusia. Apa yg diperjuangkan oleh Nabi SAW dan para ulama adalah menyeru umatnya agar berlapang dada dan bertoleransi dalam mendepani perselisihan pendapat dan ijtihad serta bersatu di bawah satu panji “La ilaha illallah”.
.
Islam adalah agama fitrah yg memahami tuntutan hidup manusiawi. Memahami hakikat tabi’at kehidupan manusia yg tidak terlepas dari perbezaan dan perselisihan, agama Islam juga diturunkan oleh Allah SWT dengan bersifat flexible menurut batas & landasannya bersesuaian dengan hakikat kehidupan manusia. Peranan akal dira’ikan dalam memahami nas al-Quran dan Hadis. Ijtihad dibenarkan dalam dalil-dalil hukum yg tidak qat’ie & menganggapnya sebagai salah satu dari turuk istinbat (jalan mengeluarkan hukum) dalam menentukan sesuatu hukum.
.
ISLAM MERA’IKAN KHILAF DI DALAM AGAMA
.
Banyak contoh-contoh dari al-Quran dan sunnah yg menggambarkan pengiktirafan Islam terhadap khilaf yg berlaku di dalam agama. Bukti pengiktirafan khilaf di dalam al-Quran dapat dilihat dari sudut penyusan bahasanya. Al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan alfaz dan bahasa yg indah dan memukau. Ia merupakan Kalamullah yg tiada tandingannya. Keindahan bahasanya merupakan bukti kemukjizatan nabi SAW yg tidak tahu membaca dan menulis dihadapan pemuka-pemuka Quraish yg hebat bersya’ir dan bermadah. Walaupun penyusunan bahasanya tinggi, namun teks-teks tersebut disusun sesuai dengan tabiat bahasa bangsa Arab ketika itu samada menyangkut erti bahasanya ataupun susunan kalimatnya. Di dalamnya terdapat lafaz ‘am, juga lafaz yg berbentuk khas. Di dalamnya juga terdapat lafaz mutlaq dan muqayyad. Terdapat juga ayat yg berbentuk musytarak yg memiliki lebih dari satu makna. Ada juga ayat yg diturunkan secara zahir dan ada pula secara majaz dan kinayah. Contoh-contoh alfaz yg disebutkan inilah yg menjadikan para ulama dan fuqaha berselisih pendapat dalam berhukum & secara tidak langsung, sebenarnya ia merupakan satu pengiktirafan al-Quran terhadap khilaf dan perselisihan yg berlaku di dalam agama.
.
Misalnya, ayat 20 dari surah al-Muzammil di mana Allah SWT berfirman:
.
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآَنِ

“Bacalah apa-apa yg mudah daripada al-Quran”

Dari satu ayat ini saja sudah menimbulkan perselisihan pendapat di kalangan fuqaha. Ulama Hanafiah berdasarkan kepada ayat ini mengatakan bahawa kita dibenarkan untuk membaca apa-apa ayat yg mudah sekurang-kurangnya 3 ayat daripada al-Quran ketika sedang mendirikan solat kerana berdasarkan kepada huruf مَا pada ayat tersebut yg disebut dengan lafaz ‘am. Namun, jumhur ulama beranggapan bahawa ayat ini merupakan umum ayat yg telah dikhususkan oleh hadis:

لا صلاة إلا بفاتحة الكتاب

“Tiada solat kecuali dengan membaca al-Fatihah”[1]

Namun, ulama Hanafiah berpendapat bahawa kalimat لا pada hadis di atas bukan menunjukkan kepada membatalkan solat, tetapi menunjukkan kepada ketidaksempurnaan & makruh sahaja[2]. WA

Sekiranya Allah SWT mengkehendaki agama Islam ini berdiri dalam bentuk yg satu dan pemahaman yg sama tanpa sebarang perbezaan pendapat seperti contoh di atas, Allah SWT berhak melakukannya. Tiada sesuatu yg dapat menghalang-Nya dari melakukan demikian. Tetapi Allah SWT tidak melakukannya agar tabi’at agama ini sesuai dengan tabi’at manusia. Inilah yg saya maksudkan dengan flexibility yang terdapat di dalam agama Islam. Salah satu tujuannya supaya umat Islam mengoptimumkan penggunaan akalnya untuk memahami hikmah ditaklifkan ke atas mereka pertanggungjawapan memegang teguh agama Islam. Selain daripada itu, sebagai bukti bahawa Islam merupakan agama fitrah yang mengambil kira perubahan zaman dan masa dalam kitaran hidup manusia. Maka di sinilah terletaknya peranan para ulama yg berkeahlian untuk melakukan ijtihad-ijtihad baru demi kemaslahatan hidup manusia.

PERBEZAAN PENDAPAT ADALAH KELUASAN & RAHMAT

Bahkan perbezaan pendapat yg berlaku di dalam mazhab dan jemaah pada hakikatnya membawa kepada kebaikkan kepada perjalanan hidup umat Islam jika ia diaduni dengan kefahaman yg benar dan diamali dengan penuh toleransi.

Khalifah al-Mansur pernah cuba untuk menjadikan kitab al-Muwatta’ Imam Malik sebagai rujukan rasmi bagi Qadhi dan Mufti bagi Daulah Islamiyyah pada ketika itu. Namun Imam Malik menolaknya walaupun telah beberapa kali diminta oleh Khalifah Harun ar-Rashid. Imam Malik berkata:

“Sesungguhnya para Sahabat berbeza pendapat pada zamannya. Setiap dari kalangan mereka mempunyai ilmu dan semua ilmu dan pendapat mereka adalah benar” [3]

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz sendiri pernah berkata:

“Saya tidak senang kalau para sahabat Rasulullah SAW tidak berselisih pendapat. Seandainya mereka tidak berselisih pendapat, nescaya tidak ada keringan (rukhsah) bagi kita” [4]

Imam al-Khithabi ketika menyatakan hadis “Perbezaan umatku adalah rahmat” telah mengatakan: “Hadis ini ditentang oleh 2 orang. Orang yg keras kepala dan anti-agama. Kedua golongan ini mengatakan seandainya perbezaan pendapat itu rahmat, bermakna kesepakatan itu adalah azab.” [5] Namun begitu, pendapat golongan ini telah dibantah secara ilmiah oleh Imam al-Khithabi.

Al-‘Allamah Syeikh Mar’ie al-Hanbali mengatakan: “Sesungguhnya perbezaan mazhab dalam agama ini merupakan rahmat dan keutamaan yg besar. Rahsianya dapat dikenali oleh para alim ulama dan tidak dapat diketahui oleh orang-orang yg bodoh. Perbezaan pendapat merupakan keistimewaan umat Islam dan keluasan dalam syariat Islam yg mudah dan luas” [6].

Sebagai contoh, para ulama terdahulu (mutaqaddimin) mengharamkan pendermaan organ kepada orang yg memerlukan dengan alasan-alasan nas al-Quran dan sunnah. Berbeza dengan jumhur fuqaha hari ini, mereka telah memberikan fatwa membolehkan pendermaan organ kepada pesakit yg memerlukan dengan syarat ia mempunyai ‘Maslahah ar-Rajihah’ kepada pesakit tersebut dan tidak mendatangkan mudharat yg lebih besar kepada penderma. Perubahan fatwa ini disebabkan oleh perubahan zaman & masa serta disokong pula oleh kecanggihan teknologi dan kepakaran yg dapat membantu para ulama untuk berijtihad.[7] Begitu juga dengan ijtihad Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi berkenaan dengan permasalahan perlantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi Negara di mana beliau mengharuskan wanita untuk menjadi pemimpin tertinggi Negara dengan syarat-syarat tertentu yg beliau sebutkan di dalam kitabnya Fiqh ad-Daulah. Tidak ketinggalan juga dengan fatwa terkininya berkenaan dengan penggunaan beberapa alat muzik yg boleh kita temui di dalam kitabnya al-Islam wa al-Fan. Walaupun ijtihad beliau banyak ditentang oleh para ulama, walaubagaimanapun ijtihad beliau lebih menepati keadaan semasa pada hari ini. Begitu juga dengan penggunaan Istihsan oleh ulama Hanafiyyah, secara zahirnya dapat dilihat bahawa ia amat ditentang oleh Imam as-Syafi’I di dalam kitabnya ar-Risalah di mana beliau telah berkata: “Siapa yg melakukan istihsan, sesungguhnya dia telah melakukan perkara baru di dalam agama”. Tetapi jika diteliti, perbezaan tersebut hanyalah perbezaan di sekitar istilahnya sahaja, bukan dari sudut substansinya. Malah, penggunaan istihsan sangat releven untuk diaplikasikan pada hari ini. Sebagai contoh, Istihsan bil ‘urfi (Istihsan dengan uruf) .. uruf masyarakat hari ini memakai tandas awam dengan membayar 20 sen. Sekiranya diukur dari kaca mata syariat, muamalat tersebut adalah terbatal kerana terdapatnya unusr ghoror (ketidaktentuan). Tetapi para ulama tidak melarangnya kerana perkara tersebut seolah-olah telah diterima pakai dan menjadi uruf di kalangan masyarakat. Selain itu, ulama Hanafiyyah melarang pengajar al-Quran dari menjadikannya sebagai profession yg bergaji dengan mengqiyaskan bahawa ia merupakan sebahagian dari ibadat. Namun disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, di mana ramainya para ustaz menjadikannya sebagai kerja utama mereka … maka Imam Muhammad (ashab Hanafiyyah) memfatwakan bahawa boleh diambil gaji dari pengajaran al-Quran yg diajar kepada masyarakat bersesuaian dengan pendapat jumhur al-fuqaha yg empat [8].

Namun begitu, maksud perbezaan yg dibenarkan perlulah difahami dengan sebaiknya di mana ia tidak boleh melanggari batas-batas yg telah Syariat Islam tetapkan. Sekiranya berlaku sedemikian seperti pendapat Muhammad Ali bin Abdul Raziq yg mengingkari penegakkan Daulah Islamiyyah sebagai salah satu dari tugas para anbia’ serta Aminah Wadud yg membenarkan wanita menjadi imam kepada lelaki, pendapat tersebut perlu ditentang dan dibantah oleh segenap para ulama untuk memastikan kesucian agama Islam terus terbela & dipelihara. Nabi SAW memerintahkan kita untuk memerangi Khawarij. Bahkan di waktu khilafah Ali ibn Abi Thalib, mereka telah diperangi dan telah disepakati oleh para Imam dari kalangan sahabat, tabi’in dan selainnya tentang kewajipan memeranginya. Namun yg demikian, Saidina Ali RA sendiri serta para sahabat yg lain tidak pernah mengkafirkan mereka, bahkan masih mengiktiraf mereka sebagai ahli kiblat yg sama dengan kaum Muslimin lainnya walaupun mereka diperangi. Tindakan Saidina Ali RA memerangi adalah untuk menghentikan kezaliman mereka terhadap umat Islam di mana mereka telah bertindak menumpahkan darah dan merampas harta kaum Muslimin, bukanlah dengan alasan bahawa mereka telahpun menjadi kafir.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi mengatakan: “Sekalipun secara nas dan ijma’ mereka telah dinyatakan sesat bahkan diperintahkan Allah dan Rasul-Nya agar mereka diperangi, tetap tidak dikafirkan .. apatah lagi terhadap kelompok-kelompok kaum Muslimin yg berselisih pendapat dalam mencari kebenaran. Oleh kerana itu, kelompok-kelompok Muslimin tidak boleh saling kafir mengkafirkan dan saling menghalalkan darah sekalipun mereka telah melakukan bid’ah yg nyata.” [9]. Beliau mengatakan lagi: “Para ulama telah mengatakan bahawa tidak boleh seorang Muslim itu dikafirkan hanya kerana ucapan-ucapan kekafiran yg luput darinya kecuali orang yg mengucapkannya itu menyedari apa yg telah diucapkannya adalah suatu perkara yg boleh menatijahkan kekafiran” [10].

ISLAM MENGGALAKKAN DIALOG & PERDEBATAN DGN CARA YG BAIK

Islam sangat mementingkan peranan akal kerana akal menjadi sandaran dalam pemahaman beragama. Malah pertanggungjawaban terhadap setiap perintah syariat dipertanggungjawabkan hanya kepada umat Islam yg mukallaf sahaja iaitu manusia yg telah mencapai umur baligh serta berada di dalam keadaan waras & tidak gila. Dialog, perdebatan dan perbincangan ilmiah merupakan salah satu platform yg terbaik dalam mengoptimumkan peranan akal. Islam menerima permikiran yang berkembang dengan permikiran, sedangkan kekaburan dibalas dengan hujjah. Islam tidak pernah memaksa orang lain untuk memeluk agama Islam, dan tidak sesekali menggunakan kekerasan sebagai pendekatan dakwah. Dakwah Islam dilakukan dengan huraian dan hujjah yang berhikmah dan nasihat yang membangun.

Khalifah Ma’mun sering mendengar perbincangan fiqhiyyah di kalangan fuqaha dalam majlis-majlis perbincangan mereka, bahkan kadang-kadang beliau juga turut terlibat di dalamnya dengan memberi sokongan, bantahan dan meminta penjelasan dalam beberapa isu dan permasalahan[11]. Akan tetapi, Islam telah terlebih awal menekankan bahawa dialog dan perdebatan tersebut haruslah dijalankan dengan adab dan etika yg baik serta melarang cela-mencela, maki memaki, tuduh-menuduh apatah lagi kafir mengkafirkan. Allah SWT berfirman:

وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

“Dan berbantahlah mereka dengan cara yg lebih baik”[12]

Rasulullah SAW bersabda:

أَيُّمَا امْرِئٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا إِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَإِلَّا رَجَعَتْ عَلَيْهِ

“Mana-mana lelaki yg berkata kepada saudaranya ‘wahai si kafir’, maka panggilan itu akan kembali kepada salah satunya jika ia seperti apa yg dikatakan. Tetapi jika tidak, maka panggilan itu akan kembali kepada yg mengucapkannya”[13]

وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ

“Barangsiapa menuduh seseorang dengan kekafiran atau dia berkata: ‘Wahai musuh Allah’, padahal orang yg dipanggil tidak sedemikian, maka tuduhan tersebut kembali kepadanya”[14]

وَمَنْ رَمَى مُؤْمِنًا بِكُفْرٍ فَهُوَ كَقَتْلِهِ

“Barangsiapa yg menuduh seorang mukmin dengan kekafiran, dia seolah-olah membunuhnya” [15]

Namun apa yg berlaku di kalangan kelompok Ahbash dan Salafi tidaklah seperti yg dituntut oleh Islam, bahkan telah terkeluar dari landasan manhaj perjalanan para du’at. Inilah permasalahan besar yg berlaku di kalangan umat Islam hari ini. Ta’assub dan fanatik terhadap satu-satu mazhab atau jemaah yang mereka pegangi. Mereka hanya menginginkan agar orang lain mengikuti mazhab dan perjuangan mereka sehingga tidak rela mengiktiraf mazhab dan jemaah orang lain. Lebih teruk lagi, ada yg beranggapan bahawa mereka lebih rela duduk semeja dengan orang kafir dari duduk semeja dengan saudara sekiblat yg berbeza mazhab dan perjuangan dengan mereka. Inilah yg terjadi kepada umat Islam hari ini. Mereka sentiasa merasakan bahawa merekalah yg paling benar dan orang lain sentiasa silap. Ada di antara kita yg mengecam segolongan yang fanatic terhadap mazhab, tetapi dalam masa yg sama mereka juga ta’assub dan fanatik terhadap mazhabnya. Ada juga golongan yg mengharamkan taqlid, tetapi dalam masa yg sama sebenarnya mereka sendiri menyeru agar masyarakat bertaqlid kepada mereka.

Ada sebahagian orang yg berdialog dalam masalah ilmu dan agama dengan niat untuk berperang dan mencari kesalahan pihak lawannya, bukan untuk mencari titik pertemuan dan kebenaran. Apa yang digenggamnya bukanlah pena yang menitiskan dakwat hitam tetapi pedang yang menitiskan darah merah, dan apa yg keluar dari ucapannya bukanlah keikhlasan kalimah-kalimah yg melunakkan hati dan perasaan orang yg mendengar tetapi panah tombak yang memakan dan menyiat hati-hati dan kesabaran manusia. Perbincangan ilmiah seharusnya ditonjolkan suasana ilmiah dan ketenangan. Kalimat-kalimah yg keluar adalah angin yg menyejukkan, bukan badai yg memporak-perandakan suasana. Dialog seperti ini sudah tentu akan meretakkan lagi perasaan ukhuwwah dan kasih sayang sesama mereka, bahkan mungkin dapat menghilang kasih sayang buat selama-lamanya sehingga ungkapan ‘kafir’ menjadi pemuas hati yg sedang membakar.

APAKAH SIKAP YG PERLU DI AMBIL OLEH PARA DU’AT?

Bagi para du’at, mereka seharusnya mengambil sikap yg telah dilalui oleh para du’at yg telah lalu yang memfokuskan perjuangan dakwahnya kepada pengislahan ummah yg sedang lena dalam mimpinya. Namun begitu, - menurut saya - tidak salah untuk mereka melibatkan diri mereka dalam perbincangan ilmiah seperti ini, tetapi mereka hendaklah mencari jalan penyelesaian … bukan meruncingkan lagi keadaan. Tunjukkan jalan perpaduan & berikan solusi penyelesaian. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yg perlu difahami oleh setiap da’ie.

1. Memahami Fiqh al-Awlawiyyat:

Menyentuh persoalan ini, golongan syabab (pemuda) seperti kita khususnya harus cuba memiliki kefahaman terhadap fiqh aulawiyyat, kerana sifat semula jadi pemuda itu suka kepada kerja-kerja mencabar yang menguji kejantanan mereka. Di mana kadang-kala tindakan yang dilakukan itu tidak lebih sekadar semangat tanpa pertimbangan akal yang matang. Perkara seumpama ini tidak terlepas berlakunya di kalangan belia-belia Islam yang ikhlas dengan agamanya, di mana mereka menganggap tindakan yang mereka lakukan itu adalah yang terbaik untuk Islam. Padahal hakikatnya ia bukan sahaja merugikan Islam malah merugikan diri mereka sendiri.

Di saat dunia Islam memerlukan sokongan dari seluruh umat Islam, di waktu inilah kita sibuk bertelagah dalam soal-soal khilafiah dan juziyyah. Mereka lupa dengan pertarungan antara Islam dengan musuh-musuhnya yang sedang berkobar di setiap penjuru yang sedang berusaha untuk menghancurkan Islam dan umatnya dan menghapuskan mereka dari peta dunia ini. Kesilapan inilah yang digunakan sebaik-baiknya oleh musuh-musuh Islam untuk memerangi Islam. Akhirnya, permikiran umat Islam terus dibelenggu dengan kemusnahan dan kebobrokan syaitan manusia.

Oleh yang demikian, ukuran keutamaan itu perlu dinilai sebaik mungkin kerana kesilapan dalam memilih, kecelakaan akan terus menimpa ke atas umat Islam. Umat Islam yang lalai dan jahil akan terus diperkosa mindanya dan muda mudi sedikit demi sedikit akan dimurtadkan. Siapa yang bakal menanggung kemudaratannya? Kita akan berada di dalam kegagalan sekiranya kita gagal untuk menilai di antara perkara-perkara yang paling utama daripada perkara-perkara yang kurang keutamaannya.

2. Kesederhanaan

Kesederhanaan adalah sikap yg perlu di ambil oleh setiap para du’at .. tidak jumud, extrem dan fanatik dengan satu-satu mazhab dan perjuangan. Kesederhaan juga merupakan keistimewaan umat nabi Muhammad SAW yg telah disebut di dalam al-Quran sebagai ‘Ummatan Wasatha’. Hal ini bukan bermakna Islam menafikan untuk hidup kaya raya, tetapi biarlah kekayaan tersebut menjadikannya seperi Abu Bakar, Uthman ibn Affan dan Abdul Rahman ibn Aus … tidak bakhil untuk Islam, sanggup mengeluarkan wang ringgit bagi membantu kerja-kerja Islam. Islam juga menuntut agar kita bersederhana dalam beramal, tidak membabi buta beramal tanpa ilmu sehingga menjadikan kita pencinta Islam yg bergerak di atas bara api. Kalau ingin bertasawwuf .. bertasawwuf la. Tapi biarlah tasawwuf yg sunni yang telah dilalui oleh para salaf as-soleh yg memagari ibadah dan muamalahnya dengan pagar sunnah yg sahih dan terpelihara dari unsur ghulu yg melampau-lampau.

3. Membina Ukhuwwah dan perpaduan:

Islam membangunkan masyarakat berlandaskan kepada asas ukhwah dan perpaduan sesama umat. Tujuannya adalah supaya tiada lagi ruang untuk berlakunya perpecahan dan permusuhan yang disebabkan oleh etnik, bangsa, agama, taraf sosial atau mazhab kerana ia sama sekali dibenci oleh Allah. Saidatina Aisyah meriwayatkan hadis daripada Nabi s.a.w di mana baginda bersabda:

أبغض الرجال الى الله الا الد الخصم

“Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan”[16]

Islam menegaskan bahawa semua manusia adalah bersaudara. Semuanya sama-sama merupakan anak cucu Adam. Islam meletakkan kedamaian dan kasih sayang di atas segala-galanya, hinggakan orang bukan Islam atau hamba abdi pun harus dilindungi. Tuan hamba harus melindungi hambanya seperti mana dia melindungi keluarganya sendiri. Mereka harus diberi makan seperti apa yang mereka makan dan mereka mesti diberi pakaian seperti apa yang mereka pakai. Walaupun mereka dimiliki, namun mereka tidak boleh dipaksa untuk disetubuhi sekiranya mereka enggan untuk menerimanya.

Tindakan seumpama ini merupakan salah satu daripada bentuk ibadah kerana melindungi dan memberi kasih sayang sesama manusia merupakan satu perkara yang amat dituntut oleh Islam. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membangunkan generasi sahabat dengan semangat ukhwah Islamiah dan kasih sayang. Soal etnik, taraf sosial, kedudukan dan pengaruh diketepikan, lalu digantikan dengan semangat ta’awun ‘ala at-taqwa. Buktinya, ketika mendirikan Masjid Nabi di Madinah, Rasulullah dan para sahabat sama-sama bergotong-royong untuk membangunkannya tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Mereka juga sanggup melepaskan isteri-isteri mereka untuk dikahwinkan dengan para sahabat yang lain atas dasar iman dan ukhwah di antara mereka.

Ustaz Jalal al-‘Alim mengambil beberapa pandangan dari beberapa tokoh bukan Islam yang mengakui kekuatan kesatuan Islam, antaranya Paderi Simon berkata: “Sebenarnya, kesatuan umat Islam berjaya menyatupadukan cita-cita umatnya dan boleh membantunya untuk membebaskan dirinya dari kekuasaan barat.” Selain itu, Lawrence Brown juga pernah berkata: “Sekiranya seluruh orang Islam di Negara-negara Arab bersatu sesama mereka, maka ini boleh menjadi satu kecelakaan ke atas dunia, atau satu kebaikan. Namun sekiranya mereka berpecah belah, maka mereka tidak mempunyai nilai dan tiada kekuatan serta kesan” [17]

Kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada tahun 1924 memang disebabkan oleh hilangnya rasa kesatuan, ukhwah dan kasih sayang sesama Islam sebaliknya diselubungi oleh rasa benci dan dengki disebabkan oleh pengaruh semangat kebangsaan. Orang Mesir merasakan bahawa mereka adalah Mesir sahaja dan tidak Hijaz. Orang Malaysia merasakan mereka hanya Malaysia sahaja dan tidak Indonesia. Semangat persaudaraan yang selama ini dipupuk oleh Rasulullah s.a.w musnah dan rosak dengan ideologi kebangsaan yang disuntik oleh Barat. Sedangkan Rasulullah s.a.w menekankan konsep ukhwah dan persaudaraan ini sebagai satu perkara yang berkaitan rapat dengan iman:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

“Tidak beriman seseorang selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri”[18]

Ketika sebuah negara Islam sedang diceroboh dan diperangi oleh musuh, berjihad bukan sahaja menjadi fardhu ‘ain kepada penduduk negara tersebut bahkan juga kepada negara-negara Islam yang berdekatan dengannya. Bagi negara Islam yang tinggal jauh daripadanya, maka mereka berkewajipan untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka yang sedang diperangi. Bahkan sekiranya segelintir umat Islam dijadikan sebagai tebusan dan dinding oleh musuh untuk menceroboh negara Islam, mereka dibenarkan untuk dibunuh bersama-sama dengan musuh-musuh Islam semata-mata untuk mempertahankan agama, negara dan majoriti umat Islam yang berada di dalamnya. Sehingga ke tahap ini Islam begitu menitik beratkan soal perpaduan dan kebersamaan. Islam menolak prinsip perkauman dan kekitaan yang di bina di atas prinsip asobiah dan qabilah. Bahkan Islam membawa prinsip tauhid yang menjadi asas pegangan penganutnya. Prinsip yang meletakkan bahawa semua manusia berkedudukan sebagai hamba dan Allah yang menjadi Tuhan yang hanya sanya perlu diagung dan diEsakan.

Oleh itu, umat Islam wajib merasakan sahabat-sahabat mereka sebagai sebahagian daripada tubuhnya walaupun mereka berbeza ideologi dan kefahaman. Kerana mempertahankan maruah serta darah umat Islam dari mengalir keluar dari tubuhnya secara haram adalah merupakan perkara wajib, sebaliknya perbezaan pendapat itu hanyalah merupakan perkara furu’iyah yang tidak perlu diperbesarkan. Sekiranya mereka meletakkan semangat ideologi jemaah melebihi dari semangat persaudaraan, sesungguhnya mereka telah meletakkan diri mereka dalam kesilapan yang amat besar. Selain itu, mereka akan menghadapi kesukaran dalam melaksanakan sesuatu matlamat secara bersama kerana mereka menganggap bahawa merekalah jaguh Islam yang hanya mampu menyelamatkan Islam dan tidak yang lain. Jika kefahaman jumud seperti ini masih terlekat di hati-hati setiap pejuang Islam, maka sebenarnya destinasi yang ingin mereka tujui masih sukar untuk dikecapi.

4. Bertoleransi

Perbezaan pendapat di antara manusia merupakan sebab mengapa Allah menciptakan manusia dengan potensi, kebolehan dan kemahuan yang berbeza. Islam menghargai perbezaan pendapat walaupun dalam perkara agama asalkan ia bukan dalam perkara-perkara qat’iyah dan akhlak. Perbezaan pendapat sebenarnya membawa rahmat dan kebaikan, kerana melaluinyalah akan munculnya banyak permikiran dan pendapat.

Kita dapat melihat perbezaan di antara Saidina Umar r.a dan anaknya Ibnu Umar r.a. Saidina Umar al-Khattab dikenali sebagai khalifah yang banyak melalukan ijtihad di zamannya seperti penangguhan perlaksanaan potong tangan ke atas pencuri disebabkan musim Kemarau. Manakala anaknya, Ibnu Umar r.a lebih berhati-hati dalam mengikut sunnah Nabi s.a.w dan tidak cenderung untuk berijtihad.

Justeru, manusia memang dijadikan Allah s.w.t dalam beragam-ragam. Oleh itu, keragaman itu harus dihargai oleh sesama manusia dengan cara yang baik. Namun begitu, adakah perselisihan pendapat ini menandakan umat Islam dalam kemusnahan dan perpecahan? Selagi mana perselisihan pendapat itu berkisar di sekitar perkara ilmiah dan permikiran, bukan di atas perkara qat’iyah dan akhlak, perselisihan tersebut dianggap satu rahmat dan kemudahan bagi umat Islam.

Oleh yang demikian, menyedari hakikat ini marilah kita mengambil ungkapan yang diungkapkan oleh Sheikh Rasyid Redha:

نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

“Saling tolong-menolonglah dalam perkara yang kita sepakati dan bertoleransilah dalam perkara yang kita perselisihkan”

Inilah pegangan para salaf as-soleh r.a dalam menjalankan tugas dakwah mereka. Mereka juga berselisih pendapat, tetapi mereka tetap berkasih sayang. Mereka juga berkhilaf dalam sesetengah perkara, tetapi mereka tidak berpecah dan benci-membenci. Bahkan khilaf yang berlaku dikalangan mereka menjadi sumber hukum dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam dan akhlak mereka tetap dicontohi sehingga ke hari ini. Mereka bersatu dalam perkara yang mereka persetujui dan mereka saling maaf-memaafkan dalam perkara yang mereka perselisihkan. Buktinya, lihatlah diri kita sendiri yang berada dalam nikmat iman dan Islam hasil dari jihad dan pengorbanan mereka. Islam tidak menggalakkan kita berbangga dengan sejarah Islam yang silam tetapi Islam mewajibkan kita melihat sejarah sebagai panduan menuju kejayaan kerana “di dalam sejarah itu terdapat pelajaran dan rugilah bagi mereka yang tidak mengambil pengajaran daripadanya”.

Ketika ada orang bertanya kepada Imam Hassan al-Banna mengenai perbezaan pendapat dalam masalah solat terawih: samada dilakukan dua puluh rakaat, seperti yang dikerjakan di Masjid al-Haram dan Masjid an-Nabawi, seperti mazhab Empat, atau dilakukan sebanyak lapan rakaat sahaja, seperti sikap sebahagian kaum Salafi? Orang-orang kampung yang berselisih faham tersebut hampir saling memerangi dan berperang antara satu sama lain kerana masalah ini. Jawapan yang diberikan oleh Imam Hassan al-Banna ketika itu adalah: “Solat terawih hukumnya sunnah; kesatuan, ukhwah dan persaudaraan sesama kaum Muslimin hukumnya adalah fardhu. Oleh kerana itu, perkara fardhu tidak boleh dikorbankan hanya untuk melakukan perkara sunnah. Andainya mereka masing-masing solat di rumah, tanpa saling bertengkar dan bermusuhan adalah lebih baik dan lebih sesuai”. [19]

Imam Ibn Taimiah berkata:

وليعلم أنه ليس أحد من الأئمة – الـمقبولين عند الأمة قبولا عاما – يتعمد مخالفة رسول الله صلى الله عليه وسلم فى شىء من سنته ، دقيق ولا جليل

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada seorang pun daripada imam-imam – yang diterima oleh umat dengan penerimaan yang baik – sengaja menyalahi Nabi s.a.w. pada sesuatu daripada sunnah baginda, secara halus atau terang”.[20]

Kesimpulan

Oleh yg demikian, berkenaan dengan pertelingkahan yg berlaku di antara kelompok Ahbash dan Salafi di dalam laman http://www.al-ahkam.net/ yg berkaitan dengan persoalan aqidah … saya menyarankan agar para pembaca membaca buku yg ditulis oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi yg bertajuk Fusul fil Aqidah di mana beliau telah mengupas secara mendalam mengenai persoalan aqidah yg diperselisihkan oleh para ulama. WA
.
Sekian,
Ibnasmuni
.

.

..............................................
.
[1] Mereka juga berdasarkan kepada hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: “Sesiapa yg solat tetapi tidak dibacakan padanya surah al-Fatihah, maka solatnya kurang, solatnya kurang, solatnya kurang tanpa kesempurnaan” (Riwayat Imam Malik, Tirmizi dan Nasa’i)
[2] Ruj: Usul Shashi & Tafsir Ayat al-Ahkam min Al-Quran, Syeikh as-Shobuni, (1/ m.s 40)
[3] Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Madkhal Li ad-Dirasatis Syar’iyyah al-Islamiyyah, m.s 119.
[4] Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi, as-Sohwatus Islamiyyah bainal Ikhtilaf al-Mashru’ wat Tafaruq al-Mazmum, m.s 73
[5] Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi, as-Sohwatus Islamiyyah bainal Ikhtilaf al-Mashru’ wat Tafarruq al-Mazmum, m.s 74
[6] Ibid
[7] Fatawa al-Azhar yg telah difatwakan oleh Syeikh ‘Atiyyah Saqr & Syeikh Jadul Haq. Dan antara yg membenarkan adalah Syeikh Abdullah Masshat, Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi, Dr Sayyid at-Thantawi dan Syeikh Dr. Ahmad Umar Hashim. Manakala mereka yg masih mengharamkannya adalah Syeikh ash-Sya’rawi, Syeikh Abdullah Sidiq al-Ghumari, Dr. Mustapha Muhammad az-Zahabi & etc.
[8] At-Tibyan fi Hukmi Akhzil Ujrati 'ala Ta'leemil Qur'an, Muhd Abdul Hadi (m.s24), Usul Fiqhil Islami, Dr. Zakiyuddin Sya'ban (147), Tafsir Ayat al-Ahkam (1/m.s 106)
[9] As-Sohwatus Islamiyyah bainal Ikhtilaf al-Mashru' wat Tafarruq al-Mazmum
[10] Ibid
[11] Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Madkhal Li ad-Dirasatis Syar’iyyah al-Islamiyyah, m.s 119.
[12] An-Nahl: 125
[13] Hadis riwayat Muslim (1/ 195/no. 92)
[14] Hadis Muttafaq ‘alaih
[15] Hadis riwayat Bukhari (5640). Di dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan akibat bagi orang Islam yg membunuh saudara dengan sengaja. Allah SWT telah berfirman: “Barangsiapa yg membunuh seorang mukmin dengan sengaja, balasannya adalah neraka jahannam” (an-Nisa’: 93)
[16] Hadis riwayat Bukhari
[17] Seruan Barat: Hancurkan Islam, Hapuskan Pemeluknya, Ust Jalal al-‘Alim
[18] Hadis riwayat Bukhori
[19] Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi, Fi Fiqh al-Aulawiyyat, m.s 299
[20] Raf’ul Malam ‘an Aimmatil ‘Alam

Monday, 7 January 2008

Bagaimana dengan PRINSIP kita..?

Bismillah ...
.
Setiap orang mesti berdiri di atas PRINSIPnya .. kerana jati diri seseorang terpantul melalui prinsip yg dibinanya. Keajaiban prinsip adalah; ia menjadi mata pedang yg bersedia menghunus setiap musuh yg cuba menyerangnya. Ia juga merupakan bekalan si pemakainya ke mana saja dia melangkah..
.
Tetapi …. bukan mudah untuk menjadi seorang yg benar-benar berprinsip. Ia tidak semudah menumpahkan dakwat pena di atas kertas putih yg bersih .. Apa yg jatuh, itulah yg nampak. Sekadar melaungkan ‘aku orang yg berprinsip !!’ tidak menjadi satu inferen yg muktamad bahawa dia berdiri bersama prinsipnya. Apakah dia seorang yg benar-benar berpegang teguh kepada prinsipnya .. dapat dilihat ketika mana dia diuji dan dicabar dengan pelbagai tribulasi yg mendepaninya. Ia terlalu sinonim dengan soal perjuangan.
.
Terkadang, dia sanggup bermandi darah demi mempertahankan prinsipnya .. dan terkadang, dia juga boleh tergadaikan prinsipnya kerana tertekan dengan pelbagai himpitan yg menghimpit dirinya serta termakan dengan habuan dunia yg menjadikannya seorang yg cukup haloba.
.
“Kalau takut akan risiko, usah bicara soal perjuangan ..!!” … dari mana datangnya prinsip ini kalau ia bukan datang dari seorang yang telah diuji dan dicabar?? Ini merupakan contoh seorang yg sanggup bermandi darah demi mempertahankan prinsip perjuangannya.
.
Beliau adalah idola semua peringkat masyarakat .. di bumi Malaysia mahupun Antarabangsa. Namanya dijulang kerana ‘Gah’ perjuangannya. Beliau adalah simbol seorang pejuang yg berjiwa merdeka. Kerana itulah beliau diuji, dan kerana itulah beliau dihambat dengan pelbagai tuduhan dan provokasi ..
.
.
Inilah prinsip beliau; Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kini beliau memakainya ke mana saja beliau berpentas, berpencak kemana saja beliau bergelanggang … samada di depan Tun Dr Mahathir, di depan Pak Lah … malah di depan mana-mana pemimpin besar dunia, “Kalau takut akan risiko, usah bicara soal perjuangan” tetap menjadi prinsip perjuangannya. Kesannya, beliau dihormati oleh kawan & lawan. Beliau tidak luntur dengan pijat-pijat ISA yg membekas pada tubuhnya … prinsip tersebut menjadikan beliau seorang yg cukup kental memperjuangkan kebenaran & keadilan. Inilah contoh prinsip yg perlu ada pada setiap individu yg berkarismatik.
.
.
Siapa tidak kenal dengan Ahmadnejad ..?? Kita tidak mahu berbicara soal aqidahnya, juga mazhab anutannya. Yang kita mahu bicarakan adalah prinsip perjuangannya. Beliau tegas mempertahankan prinsipnya. Walaupun ugutan datang bertubi-tubi, rakyat tetap berdiri di belakang menyokong prinsip perjuangannya … Inilah pemimpin berprinsip yg berjiwa rakyat.
.
Sebagai seorang Mukmin, nama Nabi Muhammad SAW tidak harus tercicir dari pena dan pertuturan kita. Nama beliau harus sentiasa disebut-sebut sebagai pejuang terulung, malah teragung dunia akhirat. Tiada siapa yg dapat menempati tempatnya. Beliau adalah kamus bagi setiap ungkapan bahasa, budaya, politik, ekonomi & perjuangan. Percakapannya, perbuatannya dan penetapannya adalah jawaban bagi setiap ungkapan yg tidak tersingkapkan. Al-Ameen gelarannya, An-Nabiy panggilannya, Al-Ummiy kemuliaannya. Beliau adalah Rasul yg berdiri sebagai bapa, panglima & ketua negara. Dari seorang yg tidak tahu membaca … menjadi seorang pemimpin bagi para Anbia’ dan Ummah seantero dunia. Namanya terus dijulang … dulu, kini & selamanya. Walaupun beliau telah wafat, silsilah perjuangannya tetap terus berjalan ke setiap ceruk penjuru dunia seperti berjalannya darah ke setiap sudut anggota tubuh badan manusia.
.
“Walaupun diletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, aku tidak akan sesekali meninggalkan urusanku sehinggalah maut menjadi ajalku” …. Inilah prinsip baginda SAW yg menyebabkan beliau terus menerus diburu dan dimusuhi oleh musuh-musuhnya.
.
Walaupun ditawar dengan jawatan yg tinggi, harta yg melimpah serta gadis yg cantik molek sebagai ganti agar beliau berhenti dari seruan dakwahnya … beliau menolaknya demi prinsip perjuangan agama yg dipikulnya.
.
Sebaliknya, orang yg tidak punya prinsip adalah seperti kapal kecil yg berlayar di tengah lautan yang berombak … terumbang-ambing mengikut gelombang. Ke kanan pun ya, ke kiri pun ya … hanyut diseret air, rebah dipukul ombak ..
.
Kemurkaan Allah SWT kepada golongan Munafiq disebabkan oleh kepincangan prinsip yg mereka pegangi .. bermudah-mudah menjual Islam demi kepentingan peribadi. Di depan orang Islam berlagak Islam, di depan orang kafir mengaku kafir .. membantai Islam. Mereka adalah manusia yg paling celaka di sisi Allah SWT … semoga kita tidak termasuk dari golongan mereka.
.
Pemimpin yang tidak punya prinsip adalah pemimpin yang tidak punya hala tuju .. apatah lagi yg berprinsip tetapi sanggup memperjudikan prinsipnya. Dia menjadikan buminya seperti tepung yang bebas diuli mengikut seleranya. Mereka seperti anai-anai yg berselindung di celahan dinding & kayu … sedikit demi sedikit mereka merosakkan rakyat. Maruah bangsa digadaikan .. Akhirnya, lahirlah generasi yg tidak kenal asal usulnya … hilang tamadun, hilang budaya, hilang segala-galanya. Jadilah mereka Melayu yg berbudaya Barat, Islam yg malu beragama …
.
Tidak ketinggalan juga, ada orang yg berprinsip tetapi dia semacam keliru dengan prinsipnya. Di depan khalayak, dia lantang mempertahankan sunnah ..seolah-olah hanya dia saja pengibar bendera sunnah di abad ini. Tetapi di belakang mereka, dia pelaku bid’ah yg paling ketara kebatilannya. Apakah prinsip yg ingin dia tonjolkan sebenarnya ..??
.
Prinsip tetap prinsip .. tetapi selagi ia tidak berdiri bertunjangkan iman, prinsip tersebut bisa tumbang dipukul angin yg kencang. Ia mungkin benar & mungkin juga batil. Prinsip yg dibina di atas dasar perkauman merupakan contoh prinsip yg batil walaupun terkadang ia benar di mata masyarakat.
.
Ia berbeza dengan Islam. Tarbiah Islam mengajar kita membina prinsip yg jelas. Prinsip yg berasaskan kepada pembinaan aqidah yg sahih menjadikan kita seorang mukmin yg mempunyai hala tuju. Ia menatijahkan hala tuju kehidupan yg jelas tanpa sebarang kesamaran, serta perjuangan yg lurus tanpa sebarang penyimpangan; Allah SWT matlamat kita, Rasulullah SAW ikutan kita, al-Quran panduan kita & jihad adalah jalan kita. Yang benar tetap benar. Yang batil tetap batil. Tiada pertengahan diantara keduanya. Allah adalah segalanya. Rasulullah adalah selepas-Nya … tiada yg lebih tinggi selain darinya. Kejelasan prinsip yg telah dipasak dengan materi Islam yg sebenar tidak akan menggoyahkan turuk (jalan) yg dilaluinya, walaupun kulit mereka dikoyak-koyakkan oleh penyembah logam & material. Ada yg dicampak ke dalam bara api seperti Nabi Allah Ibrahim AS. Ada yg dibunuh dan disula seperti Yasir dan Sumayyah. Ada yg didera & dicela seperti Bilal ibn Robah RA dan ada juga yg bermandi darah seperti Saidina Ja’far at-Thoyyar. Mereka bersedia untuk dicampakkan ke mana-mana sahaja. Tetapi ingat !! Mereka pasti akan menyalakan obor-obor ummah yg menyinari malam yg gelap gelita kepada cahaya. Jika mereka dicampakkan ke lautan, mereka membina sebuah kepulauan. Jika dicampakkan ke hutan, mereka membina sebuah perkampungan dan jika dicampakkan ke awan, mereka bisa terbang membelah awan. Apa yg saya katakan telah nyata di depan mata kita … nur Islam sedang hebat melebarkan cahayanya di mana-mana saja hatta di celah-celah pekung pejuang Salibiyyah, sebagaimana lahirnya seorang lelaki bernama Musa AS di celah-celah Penguasa pembunuh lelaki bernama Firaun la’natullah… Ah !! Ajaib sungguh al-Quran bermukjizat. Semuanya kuasa Allah ‘Azza wajalla ..tiada siapa yg mampu menghalangiNya.
.
Namun begitu, secara umumnya … umat Islam masih lagi berada di dalam kemunduran. Dunia tidak berlumba mencampakkan telinganya mendengar pandangan Islam. Apakah punca di sebaliknya?? Jawapannya kerana umat Islam sendiri telah menggadaikan prinsip-prinsip Islam yg dibina sebelumnya. Mereka menggadaikan iman, justeru tergadaikan prinsip ketuhanan bertuhankan Allah sebagai Ma’bud dan Maalik. Kini, kita menjadi bangsa beragama yg tidak berprinsip .. tidak punya integriti, menjadi seperti anjing (maaf) yg mengejar bayang-bayang. Mengejar Barat, Barat tak mahu .. mengejar Timur, hilang Ketimuran. Hilang prinsip, hilang hala tuju ….
.
Kemunduran kita bukanlah kerana kerendahan akal kita, mahupun kemampuan kita …. tetapi kerana kesombongan kita menjadikan Islam sebagai prinsip jalan kehidupan. Kekaguman & kegerunan Barat suatu ketika dahulu terhadap kita bukanlah disebabkan oleh bangsa dan geografinya, tetapi disebabkan oleh prinsip Islam yg kita dahulu genggami. Oleh itu, jangan salahkan Islam & jangan salah faham terhadap Islam !! Salahkan diri kita sendiri kerana tidak mahu berpegang kepada Islam, kerana Islam mengajar kita berpegang kepada prinsip.
.
Sahabat, Muslimin & Muslimat, Ikhwah & Akhawat …
.
Sudah terlalu lama saya & kamu semua terlena. Ayuh kita bangkit dari tidur yg panjang. Marilah kita semarakkan perjuangan melangkah bersama-sama ke dunia yg baru … Binalah prinsip & berpeganglah dengan PRINSIP Islam yg sebenar.
.
Sebelum kamu mengalihkan wajahmu, tanyalah diri kamu .. Bagaimana dengan PRINSIP aku ..?

Tuesday, 1 January 2008

Selamat Tahun Baru

SELAMAT TAHUN BARU
.
Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan nikmat yg berterusan .. nikmat yg berpanjangan dengan melalui satu lagi tahun baru iaitu tahun 2008. Tahun 2007 baru saja kita tinggalkan beberapa jam yg lalu. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yg kita tempuhi selama berada di dalam tahun tersebut yg kesemuanya sudah tentu menjadi kenangan pahit & manis serta tinta sejarah buat diri yg melaluinya. Dengan izin Allah SWT, kita masih lagi dipanjangkan umur, dicelikkan mata dan diberikan kesihatan tubuh badan untuk melalui tahun 2008 pula dan kita berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesempatan untuk melewatinya sehingga ke tahun-tahun yg akan datang.
.
Justeru, marilah kita bersyukur kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan doa, istiqamah dalam melakukan amal soleh, bermujahadah dalam beribadah dan bermuhasabah ke atas diri sendiri. Semoga dengan ibadah & amalan tersebut, kita akan dianugerahkan oleh Allah SWT dengan keberkatan rezeki yg tidak putus-putus, pahala yg berlipat ganda serta kedudukan yg tinggi di sisi Allah SWT.
.
.
Namun yg mendukacitakan, dalam keghairahan menyambut tahun baru 2008 ini, ada di antara kita yg menyambutnya dengan cara yg haram dengan tidak mengikut lunas-lunas agama yg telah ditetapkan. Mereka menyambutnya dengan konsert nyayian yg melalaikan sehingga solat ditinggalkan, berlakunya percampuran lelaki dan perempuan, perzinaan, perlacuran, tarian separuh bogel, minum arak dan sebagainya … Ini bukanlah cara yg diajar oleh Islam ketika meraikan sesuatu kegembiraan. Tidakkah kamu mengambil iktibar dari kejadian Tsunami yg menimpa penduduk-penduduk Acheh akibat dari kemaksiatan yg mereka lakukan secara terang-terangan di hadapan Allah SWT? Kematian mereka adalah kematian di dalam kecelakaan, bergelimpangan mati berbekalkan dosa dan murka Allah SWT. Apakah mereka punya hujjah untuk dikemukakan di hadapan Allah SWT nanti di akhirat kelak untuk mereka buktikan bahawa mereka tidak layak untuk dihumbankan ke dalam bahang kepanasan neraka? Jangankan amalan mereka yg tidak setebal kulit bawang … jari mereka, mata mereka, mulut mereka, tangan mereka, telingan mereka dan kemaluan mereka sendiri tidak sanggup untuk menjadi saksi di hadapan Allah SWT untuk membantu mereka dari kecelakaan api neraka Allah SWT …
.
Islam tidak pernah melarang kita menyambut sesuatu perayaan atau hari-hari penting yg mengembirakan asalkan ia tidak bercanggah dengan kehendak syarak.
.
Bahkan di dalam sesetengah majlis, Islam menggalakkan nyanyian dan hiburan dimainkan di dalamnya seperti majlis perkahwinan[1], majlis hari raya Eidul Fitri[2]
, hari raya Eidul Adha dan sebagainya. Rasulullah SAW ketika tiba di Madinah juga disambut dengan nyanyian dan pujian terhadap diri baginda SAW … baginda tidak mencegahnya & melarangnya.
.
Ketahuilah wahai sahabat seusiaku …

Sesungguhnya tanpa kita sedari, sebenarnya kita sedang dilalaikan dan dihancurkan oleh golongan Yahudi dan Kristian. Mereka mempunyai pelan tindakan dan perancangan yg cukup besar untuk menghancurkan Islam. Di antara cara mereka menghancurkan kekuatan Islam adalah dengan menghancurkan akhlak dan agama yg ada pada golongan pemuda seperti kita.
.
Philip Fondese pernah berkata: “Ini dia Kristian dan Yahudi telah bangun untuk memerangi Islam. Kedua-dua mereka bercita-cita untuk menghancurkan musuh mereka (Islam)”[3]. Dalam sebuah buku hasil persidangan pekerja-pekerja gerakkan missionari Kristian yg berusaha untuk menjatuhkan umat Islam telah menyebutkan bahawa: “Orang-orang Islam mendakwa bahawa Islam menyahut semua tuntutan kehidupan sosial manusia. Maka kita pula sebagai missionari Kristian berkewajipan menentang Islam dengan kekuatan senjata, permikiran dan spiritual”[4]. Ustaz Jalal al-‘Alim juga mengatakan bahawa "penduduk Palestin yg datang dari Tebing Barat pernah menceritakan bahawa pemerintah rejim zionis mengajak pemuda-pemuda Palestin dalam bentuk kempen teratur untuk bergaul dengan perempuan-perempuan Yahudi terutamanya di pantai-pantai peranginan di laut Mediterranean yg seterusnya menyeret mereka kepada perlakuan zina. Pihak berkuasa Yahudi juga membawa masuk filem-filem seks lucah ke pawagam-pawagam Tebing Barat dan membina rumah-rumah perlacuran percuma berhampiran dengan tempat kerja Palestin".[5]
.
Lihatlah betapa contoh-contoh di atas sedang hebat melanda di negara kita. Anak-anak muda seperti saya menjadi sasaran utama mereka. Pelbagai perkara dilakukan semata-mata untuk menjauhkan kita dari berpegang teguh kepada Islam dan pemikulnya. Konsert-konsert nyanyian dianjurkan begitu hebat sekali; dengan Malaysian Idolnya, Akedemi Fantasianya & entah macam-macam lagi. Rumah perlacuran membiak merata-rata terutamanya di Bukit Bintang. Filem-filem lucah juga bebas masuk ke dalam negara tanpa sebarang tapisan. Anak-anak muda dibiarkan bebas dalam pergaulan yg akhirnya membawa kepada perzinaan yg memalukan dan banyak lagi kalau ingin disebutkan ..
.
Kesemua ini bertujuan untuk meruntuhkan akhlak pemuda Islam sebagai jaminan di mana mereka tidak akan menyertai gerakan penentangan rejim Yahudi & Sekularisma yang sedang berjangkit di dalam sistem pemerintahan umat Islam kini.
.
Inilah kerja Yahudi, Kristian dan golongan umat Islam yg menjadi tali barut mereka … Mereka tidak ada kerja lain melainkan untuk menjatuhkan Islam. Siapakah sasaran utama mereka …? Kita selaku PEMUDA.
.
Sedarlah wahai sahabatku …. Bangkitlah !! Bangkitlah !! Bangkitlah !!
.
.
.
.
.
.............................................
.
[1] Dari Aisyah RA bahawa Rasul SAW bersabda: “Umumkanlah pernikahan ini dan lakukanlah akad di dalam masjid serta pukullah kompang atas pernikahan tersebut” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
.
[2] Dari Aisyah RA berkata: “Bahawasanya Abu Bakr datang ke rumahnya di mana pada saat itu ada dua orang jariah yg sedang menyanyi sambil memukul kompang dan Rasulullah SAW berselimut dengan pakaiannya. Lalu Abu Bakar memarahi kedua jariah tadi. Maka Rasulullah SAW mencabutkan selimutnya dan bersabda: Biarkanlah mereka berdua wahai Abu Bakar kerana hari ini adalah hari raya”
(Hadis Sahih riwayat Muslim)
.
[3] Ustaz Jalal al-‘Alim, Seruan Barat: Hancurkan Islam, Hapuskan Pemeluknya.
.
[4] Ibid.
.
[5] Ibid