Tuesday, 26 February 2008

Mencari PAHALA JIHAD dengan MENGUNDI ...

.

Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi memanjangkan umur saya untuk menikmati suasana PRU-12 pada tahun ini. Kelmarin baru sahaja selesai proses penamaan calon bagi calon-calon yg bertanding di setiap kawasan Parlimen dan Dun yg mereka tandingi. Saya turut sama mengikuti proses penamaan calon di Taman Meru, Ipoh bagi Parlimen Tambun, Dun Manjoi serta Ulu Kinta. Alhamdulillah keadaan aman dan tiada provokasi dilakukan oleh BN & pihak pembangkang.

Selama 13 hari bermula dari jam 1 petang kelmarin hingga 8 Mac 2008, calon-calon serta agen pilihanraya diberikan peluang oleh SPR untuk melakukan proses merayu undi. Inilah kesempatan waktu yg perlu digunakan oleh mereka untuk menarik perhatian pengundi agar mengundi mereka. Masih tidak terlalu lewat untuk para pengundi memikirkan siapakah calon terbaik yg perlu mereka pilih sekiranya calon-calon dan agen pilihanraya menggunakan stratergi dakwah yg berhikmah dan efisyen ketika berhadapan dengan mereka.

Dalam masa yg sama, para pengundi juga perlu bijak memilih calon yg terbaik yg bakal menjadi Wakil Rakyat di tempat mereka. Perlu diketahui bahawa pemilihan calon bukan sahaja perlu dinilai dari segi penilaian lahiriah sahaja, bahkan yg lebih penting dari itu adalah dari sudut keikhlasan, akhlak, amanah dan prinsip perjuangan yg ingin ditegakkannya, kerana memegang jawatan bukanlah seperti memegang helaian kertas yg tidak bernilai, tetapi merupakan amanah besar serta tanggungjawab agung di antara dirinya dengan masyarakat dan dirinya dengan Allah SWT. Bermula dari kejayaannya dipilih sebagai wakil rakyat, maka sejak itulah setiap amanah yg terpikul dibahunya akan dicatit di dalam ‘document’ barunya di sisi Malaikat. Menggambarkan betapa beratnya tanggungjawab dan amanah bagi seseorang yg memegang title ‘pemimpin’ ini, tidak kira samada dia merupakan pemimpin bagi sebuah keluarga, masyarakat mahupun Negara.

Namun yg demikian, asasnya adalah dari para pengundi. Merekalah yg menentukan siapakah calon yg mereka pilih. Para pengundi mempunyai kuasa penuh semasa proses pengundian berlangsung dan tiada siapa yg berhak menghalang hak-hak mereka untuk mengundi calon yg terbaik di sisi mereka. Walaupun begitu, Islam telah menetapkan beberapa syarat bagi calon yg wajib dan ditegah untuk diundi. Bukan bermakna Islam menghalang hak-hak mereka, tetapi sebagai suatu petunjuk dan panduan untuk memastikan maslahah, kebaikkan dan kesejahteraan masyarakat dan negara secara keseluruhannya terjamin.

“Salah ke kalau kita sokong UMNO dan Islam Hadhari? Apa pendapat anta?”, tanya seorang akhawat kepada saya.

Saya menjawab persoalan beliau secara ringkas dan penulisan di bawah merupakan pendetailan dari pendapat yg saya kemukakan.

Dalam situasi negara kita, ada dua parti komponen yg bertanding iaitu BN dan BA. Bagi umat Islam di Malaysia, mereka mempunyai UMNO, PAS dan KeADILan untuk diundi kerana inilah parti yg dianggotai oleh orang-orang Melayu. Kita tidak mahu berbicara soal DAP, MIC atau MCA. Pilihanraya merupakan jihad moden yang diiktiraf di seluruh dunia sebagai medan penentu bagi menentukan kerajaan yg memerintah di dalam Negara. Penentuan ini diperolehi berdasarkan kepada undian yg dibuat oleh masyarakat terhadap parti-parti yg bertanding. Parti yg mendapat undi majoriti akan ditabalkan sebagai kerajaan yg memerintah. Untuk para pengundi, kita perlu jelas bahawa Islam mewajibkan kita memilih pemimpin yg memperjuangkan Islam, menegakkan keadilan dan memberi kebajikkan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa kerana inilah perjuangan para anbia’, perjuangan para sahabat, tabi’ tabi’in dan orang-orang soleh selepas daripada mereka. Ini adalah kerana, kesejahteraan tidak akan dapat dinikmati kecuali dengan keadilan yg ditegakkan dan keadilan pula tidak akan dapat didirikan melainkan dengan Islam. Di dalam al-Quran, Allah SWT ada menyebut ciri-ciri sebuah negara yg patut didirikan oleh sebuah kerajaan Islam. Untuk mendapatkan ciri-ciri tersebut, tidak dapat tidak pengundi wajib memilih tokoh-tokoh dan calon-calon yg berwibawa yg berkelayakkan untuk melaksanakan Negara yg bercirikan dengan ciri-ciri tersebut. Allah SWT berfirman:

.

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

“Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan” (Al-Hajj: 41)

Inilah ciri-ciri yg sepatutnya dimiliki oleh sebuah negara Islam dan negara berkebajikan; iaitu Negara yang mempertautkan ikatannya di antara manusia dan Allah SWT. Mereka meletakkan segala urusan dan tanggungjawab pemerintahan segalanya di atas ketentuan Allah SWT, tidak meleraikan ikatan iman dan tauhid dalam segala urusan pentadbiran yg dikerjakan. Dalam erti kata lain, Negara Islam adalah Negara yg meletakkan dustur ilahi sebagai asas pemerintahan di dalam Negara, tidak terikat kepada perlembagaan ciptaan manusia yg jauh dari ruh-ruh keimanan yg sempurna yang meletakkan hawa nafsu dan kepentingan manusia melebihi hak-hak Allah SWT. Maka dengan sebab itu, Allah SWT mengakhiri ayat ini dengan, “..dan kepada Allah-lah kembali segala urusan”, menunjukkan pergantungan kepada Allah SWT itu merupakan pergantungan yg mutlak tanpa sebarang penyekutuan terhadap selain Allah SWT ataupun sesama manusia. Ayat ini juga menerangkan kewajipan dan tanggungjawab asas yg perlu didirikan di dalam pemerintahan di mana kepentingan individu dan masyarakat perlu ditegakkan. Kepentingan individu dapat difahami dengan penggunaan ayat “mendirikan solat”, manakala kepentingan masyarakat dapat difahami menerusi ayat “..dan menunaikan zakat”. Gambaran para pemimpin sebuah Negara Islam juga dapat dilihat berdasarkan kepada kefahaman terhadap intipati yg terdapat di dalam solat di mana kepimpinan itu perlulah diimami oleh pemimpin yg adil, ikhlas, berilmu dan mempunyai ketokohan untuk menjadi imam dan pemimpin. Dalam masa yg sama, mereka pula bersedia untuk diperbetulkan oleh masyarakat yg bertindak sebagai makmum sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan penyelewangan yg dilakukan. Penggunaan ayat “..dan menunaikan zakat” juga meletakkan bahawa kebajikkan masyarakat perlu diutamakan dalam sesebuah negara di mana prinsip tolong-menolong serta bantu-membantu daripada kerajaan kepada masyarakat dan daripada penduduk yg kaya kepada penduduk yg miskin merupakan asas kekuatan yg perlu dilaksanakan. Ciri yg terakhir yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam ayat ini adalah “..menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar”. Kewujudan ciri yg terakhir ini melengkapi tuntutan sebagai sebuah Negara Islam adil yang didiami oleh umat Islam yg terbaik. Di sinilah berdirinya keadilan ..!! Kerana perintah menyuruh yg baik dan mencegah yg mungkar dari kaca mata Islam merupakan kewajipan yg tidak melihat kepada agama, bangsa, kedudukan dan pangkat seseorang. Ia suatu kewajipan yg meletakkan keadilan sebagai asas perlaksanaannya bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara. Dalam masa yg sama, ia memahamkan kepada kita bahawa Islam telah meletakkan bahawa masyarakat mempunyai hak dan kebebasan bersuara di dalam Negara. Perkara ini dapat difahami dengan tidak meletakkan kefahaman “menyuruh yg baik dan mencegah yg mungkar” itu dalam skop yg sempit seperti mana yg ditugaskan kepada Badan Penguatkuasaan Agama pada hari ini yg hanya melibatkan kepada perkara-perkara yg berkaitan dengan maksiat zina, berjudi, minum arak dan lain-lain. Tetapi kefahaman ayat ini sangat luas termasuk kepada kewajipan menegur pemerintah yg zalim, rasuah dan sebagainya.

Memahami hakikat ini, tidak dapat tidak .. umat Islam mempunyai dua pilihan samada mengundi PAS atau KeADILan dan tidak UMNO, kerana hanya PAS dan KeADILan sahaja parti yg memperjuangkan Islam, keadilan dan hak rakyat keseluruhannya tanpa mengira kaum, bangsa dan fahaman politik. Tetapi UMNO sebaliknya jelas-jelas memperjuangkan fahaman kebangsaan & nasionalisma seperti yg termaktub di dalam perlembangan parti tersebut yg secara jelas merupakan asas perjuangan sekularisma. Perjuangan yg berasaskan kepada fahaman Kebangsaan sudah tentu tidak akan menjamin keadilan yg dikehendaki di dalam sebuah Negara yg berbilang kaum, apatah lagi perjuangan tersebut tidak bertunjangkan kepada asas tauhid kepada Allah SW. Dalam masa yg sama, selama berpuluh tahun mandat telah diberikan kepada UMNO & BN untuk memimpin kerajaan, mereka hakikatnya telah gagal membuktikan kepada rakyat Malaysia umumnya dan bangsa Melayu khususnya bahawa mereka telah membangunkan bangsa Melayu seperti mana yg dilaung-laungkannya selama ini, bahkan kedudukan mereka semakin hari semakin terkikis dan tergadai disebabkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Bahkan Negara kebajikkan yg sepatutnya menjadi asas kepada prinsip sesuatu pemerintahan tidak dapat dinikmati di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Malah UMNO dan BN merupakan kerajaan cukai, kerajaan wang dan kerajaan kebendaan kerana rakyat saban tahun terpaksa menanggung beban cukai keliling pinggang dan kenaikkan harga barang & minyak yg bertambah-tambah. Kesannya, rakyat merasa terbeban hidup di bawah kepimpinan mereka. Kita sendiri menyaksikan kegagalan tersebut dengan kenaikkan harga minyak & harga barang, peningkatan gejala sosial & jenayah yg menjadi-jadi, rasuah para pemimpin, pertambahan pendatang asing dan kejatuhan ekonomi negara. Di manakah slogan 3G; Gemilang, Cemerlang dan Terbilang yg diperjuangkan mereka selama ini. Kita tidaklah mengharapkan satu perubahan drastik, memadai sekiranya dalam masa 5 tahun pemerintahan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, beberapa perkara kronik dapat diselesaikan atau dikurangkan seperti masalah rasuah dan sebagainya. Tetapi apa yg terjadi adalah sebaliknya. Inilah satu retorik mainan UMNO dan BN untuk menarik perhatian rakyat agar terus memilih mereka.

Saya juga mengatakan kepada akhawat tersebut bahawa keadaan menjadi berbeza sekiranya parti yg bertanding adalah UMNO dan MIC. Dalam keadaan sebegini, kita wajib menyokong UMNO kerana “mengambil keringan dari dua kemudaratan”, walaupun perjuangan mereka bukanlah yg berasaskan kepada Islam. Namun di sana masih terdapat ruang-ruang untuk memastikan survival Islam terjamin walaupun tidak sepenuhnya.

Oleh itu, inilah alasan mengapa saya katakan mengundi PAS atau KeADILan itu wajib kerana “Tidak sempurna suatu kewajipan itu melainkan dengannya, maka hal itu juga menjadi wajib”. Dalam erti kata lain, tidak akan tertegak sebuah kesejahteraan melainkan dengan keadilan, dan tidak akan tertegak keadilan melainkan dengan Islam, dan tidak akan tertegaknya Islam melainkan dengan daulah, dan tidak akan tertegaknya daulah pada hari ini melainkan dengan mengundi … Maka undilah PAS atau KeADILan untuk memastikan tertegaknya sebuah daulah yg adil dan berkebajikkan.

Marilah sama-sama mencari pahala JIHAD dengan MENGUNDI ….

Saturday, 9 February 2008

Jangan salah Faham Terhadap Islam ...

.
.
Kenyataan-kenyataan pemimpin negara kita yg saya ‘qoute’kan di dalam artikel saya “Masanya Memilih Jalan yg Lurus” yg lalu secara jelas telah merendah-rendahkan kredibiliti serta keadilan yg bakal dinikmati oleh masyarakat sekiranya Syariat Islam dilaksanakan di dalam negara. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada umat Islam yg peka untuk membetulkan kekaburan & kekeliruan yg sedang liar merebak di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap hakikat Syariat Islam yg sebenar. Di sinilah kekaburan & kekeliruan itu perlu diperbetulkan …..
.
APAKAH ISLAM YG KITA IMANI?
.
Kami tegaskan di sini bahawa Islam tidak hanya berlegar di sekitar perkara ritual & ibadat semata-mata. Islam bermain di setiap sudut & penjuru kehidupan manusia. Tiada satupun perkara yg terlepas dari pandangan & kacamata Islam. Itulah kesyumulan Islam, kesyumulan yg tidak hanya membicarakan soal zikir, khusu’, zuhud dan wara’, tetapi Ia mengambil kira soal umat secara keseluruhan. Inilah Islam yg perlu kita imani dan i’tiqadkan. Bukan Islam sepertimana yg diimani & difahami oleh golongan sekularisme & liberalisme. Mereka memahami Islam dari golongan pembenci Islam yg sudah tentu memencilkan skop Islam kepada perkara-perkara peribadi yg tidak melibatkan institusi masyarakat & kenegaraan. Islam yg kita imani adalah Islam yg “menyambungkan antara insan dengan Allah, mengikat antara bumi dengan langit, menjadikan dunia untuk akhirat, mencampurkan antara ruh dan kebendaan, mengimbangi antara akal dan hati, menghimpunkan antara ilmu dan iman, menitikberatkan soal akhlak sebagaimana ia menitikberatkan soal kebendaan. Ia sebenarnya tamadun keruhanian dan kebendaan, impian dan realiti, rabbani dan insani, akhlak dan pembangunan, individu dan jamaah. Ia adalah tamadunan yang seimbang dan pertengahan”.[1] Ia juga merupakan daulah & watan atau pemerintah & umat, akhlak & kekuatan atau rahmat & keadilan, kebudayaan & undang-undang atau ilmu & kehakiman, material & harta benda atau usaha & kejayaan, jihad & dakwah atau tentera & fikrah, sebagaimana juga aqidah yg benar dan ibadah yg sahih. Inilah Islam kami dan Islam yg kami serukan …
.
KEADILAN ADALAH INTIPATI ISLAM:
.
Memahami pengertian Islam yg sebenar, prinsip keadilan juga termasuk di dalam intipati perjuangan para anbia’ termasuklah perjuangan nabi Muhammad SAW. Mereka adalah penyeru keadilan sosial dan keadilan sejagat .. melampaui soal etnik, qabilah, keturunan & geografi. Ini adalah kerana, keadilan adalah hajat setiap manusia yg cintakan kedamaian dan kesejahteraan hidup secara bersama. Keadilan yg dipelihara akan menatijahkan sebuah kehidupan yg harmoni dan aman damai kerana setiap hak dan tuntutan manusia terpenuhi secara saksama. Oleh itu, di mana saja terdapat masyarakat maka di situlah keadilan perlu ditegakkan kerana ia tercakup dalam setiap perkara yg melibatkan masyarakat, malah di dalam hubungan kekeluargaan juga membabitkan soal keadilan apatah lagi apabila ia melibatkan perkara yg lebih besar seperti kenegaraan. Justeru, inilah antara prinsip asasi yg perlu diperjuangkan oleh pejuang Islam dan para da’ie demi memastikan kemaslahatan agama & masyarakat terus terpelihara. Rubi’ ibn Amir ketika bertemu dengan Panglima Rome yg bernama Rustum pernah berkata:
.
الله ابتعثنا وجاء بنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله تعالى ومن ضيق الدنيا إلى سعة الآخر ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام
.
“Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam), untuk kami merdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat kezaliman agama kepada Keadilan Islam” [2]
.
Meletakkan daulah sebagai salah satu cabang sensitiviti Islam, justeru keadilan juga merupakan ciri-ciri yg mesti wujud bagi sebuah negara yg terlaksana di dalamnya Syariat Islam yg lengkap. Itulah maqasid di sebalik kewajipan mengimplementasikan syariat Islam di atas muka bumi. Tanpanya, pentakrifan sebuah Khilafah Islamiyyah tidak lagi dilihat Jaami’ & Mani’ kerana pengkelasan ‘hirasatud deen wa siyasatud dunya’ itu tercakup di dalamnya prinsip-prinsip keadilan yg perlu ditatbiq dan dipelihara.
.
Syeikh Doktor Muhammad Abdul Rahman Balruen menyebut: “Antara perkara asas yg tercakup di dalam Daulah Islamiyyah adalah wujudnya keadilan yg berterusan sebagai batu asasnya. Apa yg dijelaskan di sini adalah keadilan yg lengkap dalam semua aspek hidup bermasyarakat seperti yg telah ditetapkan oleh Syariat Islam. Ia bukan sekadar keadilan ekonomi dan kesaksamaan sesama manusia di dalam mendapatkan rezeki – seperti yg difahami oleh sesetengah golongan – malah keadilan yg dimaksudkan mencakupi semua sudut kehidupan manusia iaitu keadilan yg meliputi hak Islam dan bukan Islam, keadilan yg berdiri dengan kebebasan yg munasabah seperti yg ditetapkan Syariat bagi setiap individu dari individu-individu masyarakat tanpa mengiktibarkan kepada agama, bangsa, warna kulit, kedudukan serta tempat”[3]. Beliau juga mengatakan bahawa keadilan tidak akan dapat dinikmati kecuali setelah terlaksananya undang-undang dan syariat Islam secara lengkap dan komprehensif.[4]
.
Imam Muhammad Abu Zahrah pula mengatakan: “Sekiranya Rahmat Islam itu adalah dengan datangnya risalah Muhammadiyyah, maka tiada syak lagi bahawa keadilan merupakan satu cabang dari cabang-cabang rahmat ini. Sesungguhnya risalah ilahiyyah diturunkan untuk menegakkan keadilan di antara manusia. Pembangunan hubungan manusiawi itu sebenarnya berdiri di atas dua asas: (1) Kasih sayang & silaturrahim serta (2) Keadilan. Oleh itu, Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Hadid, ayat 25:
.
قَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ
.
“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan”.
.
Keadilan merupakan asas kenabian para anbia’. Rahmat merupakan perkara syariat yg dituntut, oleh itu ia mestilah berhubung kait dengan keadilan kerana rahmat merupakan sifat umum bagi setiap yg dijelmakan kepada para anbia’. Dengan demikian, rahmat itu saling lazim melazimi dengan keadilan. Maka tidak akan tercapainya keadilan kecuali harus bersamanya rahmat yg umum. Dan tidak mungkin kezaliman itu tercakup di dalam makna rahmat. Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman:
.
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
.
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran” [5]
.
Para ulama berkata: Ayat ini mempunyai makna yg komprehensif bagi maksud Islam. Oleh kerana itu, nabi SAW membacanya kepada anak-anak Aksam ibn Soifi ketika mana mereka datang kepada nabi SAW dan bertanyakan kepada baginda tentang maksud Islam”.[6]
.
Terlalu banyak bukti-bukti ‘aqli dari al-Quran dan as-Sunnah yg menegaskan tentang kewajipan melakukan keadilan kepada individu, masyarakat atau negara .. menunjukkan betapa pentingnya prinsip keadilan tersebut perlu dipelihara.
.
ISLAM, AKAL, MASLAHAH & KEADILAN:
.
1) Tiada pertentangan antara Agama & akal:
.
Keterbukaan & kesesuaian Islam pada setiap masa & tempat adalah disebabkan oleh pengiktirafannya terhadap peranan akal manusia. Dunia berubah, manusia juga berubah … samada pada fizikal dan permikiran. Manusia melalui petunjuk akal, dapat meyakini & mengetahui kewujudan Allah. Dari alam mereka mengenal Allah SWT. Pada diri mereka, mereka mengenal Allah SWT. Pada haiwan, tumbuhan dan benda-benda mati juga mereka dapat mengenal Allah SWT. Akal secara ‘tidak langsung’ mengetahui apabila tangan terkena api, ia pasti akan merasa sakit. Tetapi siapakah yg menjadikan tangan tersebut menjadi sakit … akal tidak dapat lari daripada menafsirkan bahawa pasti di sana terdapat satu kuasa yg menciptakan kesakitan itu. Justeru itu, para ulama mengatakan bahawa wahyu dan akal adalah 2 petunjuk yg disediakan buat manusia untuk mengetahui sesuatu kebenaran. Dalam hal ini, Imam ar-Raghib al-Asfahani mengatakan di dalam kitabnya ((Az-Zari’ah ila Makarim As-Syari’ah)):
.
العقل قائد والدين مدد ولو لم يكن العقل لم يكن الدين باقيا ولو لم يكن الدين لأصبح العقل حائرا واجتماعهما كما قال الله تعالى: نور على نور
.
“Akal adalah pemimpin dan agama merupakan pembantu. Jika tiada akal, maka agama tidak akan kekal. Dan sekiranya tiada agama, nescaya akal akan menjadi tunggang langgang. Kedua-duanya menyatu seperti mana yg disebut oleh Allah SWT: Cahaya atas cahaya”[7]
.
Perkara ini ditegaskan sekali lagi oleh Imam al-Ghazali di dalam beberapa buah kitabnya, di dalam kitabnya ((al-Iqtisad fi al-I’tiqad)) di mana beliau menyifatkan bahawa pemilik kebenaran dan ahli sunnah itu adalah mereka yg memahami tuntutan-tuntutan Syariat dan kewajipan-kewajipan akal serta mengetahui bahawa di sana tiada pertentangan di antara logik syariat dan kebenaran akal.[8] Beliau sekali lagi menegaskan di dalam kitabnya ((Ma’arijul Quds)):
.
اعلم أن العقل لن يهتدى إلا بالشرع والشرع لم يتبين إلا بالعقل فالعقل كالأس والشرع كالبناء ولن يغنى أس م لم يكن بناء لن يثبت بناء ما لم يكن أس وأيضا فالعقل كالبصر والشرع كالشعاع ولن يغنى البصر ما يكن شعاع من خارج والعقل شرع من داخل وهما متعاضدان بل محتدان
.
“Ketauilah bahawa akal tidak akan sesekali mendapat hidayah kecuali dengan perantaraan syara’ dan syara’ tidak akan dapat dijelaskan kecuali dengan perantaraan akal. Akal seperti batu asas (foundation) dan syara’ merupakan bangunannya. Tidak akan berguna batu asas tanpa bangunan dan tidak akan teguh berdiri sesuatu bangunan tanpa asasnya. Begitu juga, akal umpama penglihatan dan syara’ umpama pancaran cahaya. Tidak akan sesekali bermanfaat penglihatan tanpa pancaran cahaya di luar dan tidak akan bermanfaat pancaran cahaya tanpa penglihatan. Maka syara’ adalah akal di luar dan akal adalah syara’ di dalam. Kedua-duanya sama dan satu” [9]
.
2) Akal & Maslahah:
.
Akal berfungsi mempertimbangkan di antara maslahah dan mafsadah, selamat dan bahaya serta baik dan buruk. Sebagai contoh, Syara’ mewajibkan kita mengambil makanan yg halal dan baik serta meninggalkan makanan yg haram. Akal samada secara logik mahupun melalui kajian saintifik dapat menerima bahawa makanan yg baik adalah baik untuk kesihatan & menjadi sumber asas kekuatan manusia dalam meneruskan kehidupan. Akal juga dapat menerima bahawa makanan yg beracun (haram) pasti memberi kesan yg buruk & negatif kepada mereka. Itulah bukti bagaimana Islam bergerak di atas landasan fitrah manusia .. tiada percanggahan dan perselisihan.
.
Namun begitu, memadaikah dengan akal semata-mata untuk memandu perjalanan hidup manusia ke jalan yg benar serta selari pula dengan tuntutan maslahah, tanpa terbabas jatuh ke dalam gaung yg gelap & dalam? Dalam menilai sesuatu maslahah, kadang kala akal akan tergelincir dan tersilap lantaran keterbatasannya hanya kepada perkara-perkara yg dapat dilihat oleh pancaindera semata-mata. Alasannya, ada diantara maslahah yg selari diantara akal dan agama, dan ada juga maslahah yg hanya dapat dilihat oleh syariat tetapi tidak dapat dilihat oleh nafsu manusia[10]. Maslahah yg diperakui oleh Syariat Islam pula ada kalanya maslahah mengenai urusan duniawi atau kebaikan mengenai urusan ukhrawi, ataupun kedua-duanya sekali dan begitulah juga keadaan mafasid.[11] Imam Izzuddin Abdus Salam mengatakan bahawa kebanyakkan kebaikan dan keburukkan perkara yg berkaitan dengan urusan duniawi dapat dikenali melalui akal, begitu juga kebanyakkan ajaran Islam. Adapun perkara-perkara yg berhubung dengan kemaslahatan kehidupan akhirat hanya dapat diketahui melalui petunjuk wahyu sahaja, bukan dengan akal fikiran.[12] Justeru, ada di kalangan para ulama & penulis Muslim yg sensitif terhadap isu ini, cuba menulis buku-buku yg mendedahkan maslahah, hikmah dan rahsia disebalik suatu perintah yg telah Allah SWT tentukan seperti buku ((Kuasa di Sebalik Solat))[13] yg cuba menyingkap rahsia kehebatan setiap gerakan solat berdasarkan petunjuk saintifik. Di negara barat sebagai contoh, diceritakan bahawa ada di kalangan para saintis memeluk Islam setelah mereka mendapati kebenaran kajian yg mereka temukan selari dengan apa yg telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran seperti proses kejadian manusia, rahsia pergerakkan solat, rahsia solat tahajjud dan sebagainya. Ini membuktikan tiada pertentangan di antara akal dan agama, dan setiap dari pentaklifan tersebut pasti terdapat maslahah di sebaliknya samada secara sedar mahupun tidak. WA
.
3) Maslahah & Keadilan:
.
Sebagaimana telah disebutkan bahawa setiap pentaklifan yg diperintahkan tersembunyi di dalamnya maslahah, maka sudah tentu tercakup juga di dalamnya keadilan. Ini adalah kerana maqasid (maksud) di sebalik pensyariatan setiap hukum-hukum taklifi dan wadh’ie adalah bertujuan untuk memberi kemaslahatan dan keadilan[14] serta menghalang kemudharatan dari menimpa diri manusia. Dengan sebab itu, menjadi syarat wajib kepada para fuqaha agar mengetahui maqasid as-Syariah sebelum menyelam ke dalam lautan syariah agar ia dapat membantu mereka untuk sampai kepada hukum yg sebenar dan ia tidak cukup sekadar berhenti dengan nas-nas juz'iyyah yang zahir lantas menyimpang dari jalan yang lurus dan memburukkan kefahaman terhadap Allah dan rasulNya[15] serta menyusahkan kehidupan masyarakat dalam menjalani kehidupan mereka. Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan menyebut di dalam kitabnya ((al-Wajiz)):
.
معرفة مقاصد الشريعة العامة أمر ضروري لفهم النصوص الشرعية على وجح الصحيح، ولاستنباط الأحكام من أدلتها على وجه مقبول، فلا يكفي أن يعرف المجتهد وجوه دلالات الألفاظ على المعاني، بل لا بد له من معرفة أسرار التشريع والأغراض العامة التى قصدها الشارع من تشريعه الأحكام المختلفة حتى يستطيع أن يفهم النصوص ويفسرها تفسيرا سليما ويستنبط الأحكام فى ضوء هذه المقاصد العامة.
.
“Mengetahui maqasid syariah yg umum merupakan perkara asas untuk memahami nas-nas syariat di atas makna yg betul, untuk mengistinbatkan hukum daripada dalil-dalilnya di atas maksud yg diterima. Tidak cukup seorang mujtahid itu hanya mengetahui makna-makna dalil-dalil alfaz, tetapi dia mestilah mengetahui rahsia-rahsia pensyariatan dan tujuan-tujuan umum yg dimaksudkan oleh Allah SWT daripada pensyariatan hukum hakam yg berbeza-beza sehingga dia mampu memahami nas-nas dan dapat mentafsirkannya dengan tafsiran yg baik dan menentukan hukum pada lingkungan maqasid umum ini” [16]
.
Kemaslahatan yg dipertimbangkan oleh maqasid as-Syariah pula mempunyai 3 peringkat; (1) ad-Dhoruriyyat (2) al-Hajiyyat (3) at-Tahsiniyyat.
.
Ketiga-tiga bentuk maslahat ini mempunyai kepentingannya yg berbeza-beza. Mengikut sususan yg wajib diutamakan adalah ad-Dhoruriyyat, kemudian al-Hajiyyat dan seterusnya at-Tahsiniyyat berdasarkan kepada fiqh al-Muwazanat & fiqh al-Awlawiyyat. Perkara Dhoruriyyat sendiri terbahagi kepada 5 bahagian seperti yg dijelaskan oleh para ulama usul iaitu memelihara agama, nyawa, keturunan, akal dan harta benda. Dalam kelima-lima peringkat, agama perlu diberi keutamaan berbanding yg lain dan begitulah peringkat seterusnya. Dalam membuat pertimbangan di antara pelbagai maslahah tersebut, kemaslahatan yg diyakini akan berlaku perlu diutamakan dari kemaslahantan yg belum tentu akan terjadi, kemaslahatan yg besar perlu diutamakan ke atas kemaslahatan yg kecil, kemaslahatan jemaah lebih diutamakan dari kemaslahatan seorang individu, kemaslahatan yg kekal diutamakan dari kemaslahatan yg sementara, kemaslahatan asasi diutamakan dari kemaslahatan sampingan dan kemaslahatan masa depan lebih diutamakan dari kemaslahatan sekarang yg lemah.[17]
.
Dari penjelasan yg diberikan, saya dapat simpulkan bahawa akal dan agama itu saling menyatu dan tiada pertentangan di antara satu sama lain kerana secara logiknya tiada manusia yg mahu mencampakkan dirinya ke dalam kefasadan & kebinasaan. Sesungguhnya akal mereka yg mentafsirkan samada sesuatu perkara itu memberi maslahah atau mafsadah kepada tubuh badan dan maqasid di sebalik penurunan wahyu Ilahi pula adalah untuk memberi maslahah kepada manusia & ia sesuai mengikut fitrah kejadian manusia, tidak membebankan dan menyusahkan. Oleh yg demikian, maslahah yg dijanakan oleh akal manusia yg dikawal oleh garis panduan agama justeru menatijahkan sebuah bentuk keadilan yg diharap-harapkan. Maka di sinilah bagaimana maqasid as-Syariah menatijahkan sebuah keadilan di dalam Islam kepada manusia, kerana sesuatu hukum yg dikeluarkan berlandaskan kepada petunjuk wahyu yg bersifat adil, bukan berlandaskan kepada kehendak akal dan nafsu semata-mata. Berbeza dengan agama-agama lain yg jauh dari petunjuk ilahi. Ia berdiri di atas petunjuk akal dan nafsu semata-mata, sehingga terdapat di dalamnya kepercayaan-kepercayaan yg sonsang lagi menyusahkan penganutnya. Agama budha & Kristian sebagai contoh, mereka yg dipilih menjadi Sami atau Paderi dilarang sama sekali untuk berkahwin atas alasan kerahiban dan menyucikan diri dari kekotoran dunia. Begitu juga dengan agama yg bertuhankan beratus ribu tuhan dengan rupa bentuk yg melawakkan dan menjadikan lembu & ular sebagai salah satu dari tuhan-tuhan mereka seperti agama Hindu. Begitu juga dengan kepercayaan bahawa Tuhan mempunyai anak & isteri seperti kepercayaan Kristian yg menyesatkan. Inilah contoh-contoh bagaimana agama-agama ini tidak memberikan maslahah kepada penganutnya serta bertentangan pula dengan logik akal yg waras dengan kepercayaan-kepercayaan yg karut marut... Tetapi mengapa ramai di kalangan mereka tidak mampu memikirkannya??
.
JENAYAH HUDUD & QISAS TERMASUK PERKARA DHORURIYYAT:
.
Jenayah Hudud termasuk di dalam perkara Dhoruriyyat yg perlu diberi keutamaan kerana jenayah yg dilakukan menjejaskan kemaslahatan agama dan masyarakat serta melanggari hak-hak Allah SWT. Untuk memastikan kemaslahatan agama & masyarakat terpelihara, si penjenayah mesti dihukum dengan hukuman yg telah ditetapkan oleh Allah SWT tanpa sebarang pengurangan dan penambahan. Namun begitu, ia bukan semudah seperti mana yg difahami oleh sesetengah golongan (termasuk pemimpin negara kita) sehingga menyebabkan banyak orang kudung tangan dan cacat. Perlu diketahui bahawa untuk menjatuhkan hukuman hudud kepada jenayah, tahap pembuktian yg perlu dibuktikan perlu mencapai standard ‘al-Yakin’, bukan ‘beyond reasonable doubt’ (Zhon al-Ghalib) seperti yg diadaptasi oleh undang-undang Jenayah Civil. Dalam erti kata lain, syubhat dan keraguan menafikan standard ‘al-Yakin’ di dalam pembuktian dan menyebabkan hukuman hudud terpaksa digugurkan dan digantikan dengan hukuman ta’zir. Semasa proses pembuktian dijalankan, di sana terdapat banyak syarat-syarat penting yg perlu dipenuhi untuk memastikan jenayah hudud dijatuhkan dengan adil seperti kedudukan si penjenayah sendiri ketika melakukan jenayah hudud tersebut; Dia mesti sihat, sedar, rela, tidak dipaksa & sebagainya. Kemudian syarat saksi pula; Mereka mesti memenuhi syarat-syarat adil, bilangan saksi, lelaki, melihat dengan mata kepala sendiri, sempurna anggota badan, tidak gila atau mabuk, baligh dan sebagainya. Kemudian barang kecurian (subject matter) tersebut jika melibatkan kes kecurian; Kadar nisab (ukuran) barang, mempunyai nilai di sisi syara’, siapa pemiliknya, di manakah ia diletakkan, hak pencuri ke atas barang tersebut, hubungan pencuri dengan mangsa & sebagainya.
.
Sekiranya mereka terlepas di dunia, mereka akan dibalas oleh Allah SWT di akhirat kelak. Dosa mereka tidak diampun di dunia & diakhirat. Namun sekiranya mereka telah dikenakan hukuman di dunia, dosa & kesalahan mereka bukan saja diampunkan oleh manusia malahan oleh Allah SWT. Sekiranya mereka mati ketika hukuman dijatuhkan, kematian mereka adalah syahid.
.
Sekiranya hukuman rotan dijatuhkan, di sana juga terdapat berbagai-bagai syarat ketika hukuman rotan dijatuhkan; pesalah wanita tidak boleh didedahkan auratnya, pukulan bg wanita tidak boleh di bahagian pinggang dan punggung, kedua-dua pesalah tidak boleh dipukul di bahagian kepala, tidak boleh dipukul pada satu tempat saja, tidak boleh dipukul pada tempat-tempat yg boleh menyebabkan kematian (maqtal), si pemukul tidak boleh mengangkat rotan melebihi ketiaknya, rotan tidak boleh terlalu besar dan kecil, pukulan tidak boleh terlalu kuat & sebagainya. Sekiranya dia lari ketika hukuman sedang dijalankan, dia tidak boleh ditangkap & dikejar & sebagainya. Lihatlah bagaimana kemaslahatan si penjenayah juga dipelihara semasa hukuman dijatuhkan. Menunjukkan betapa Islam begitu menjaga keadilan dan hak-hak individu walaupun kepada si penjenayah.
.
Tetapi apakah jaminan yg boleh diberikan kepada masyarakat sekiranya pesalah dijatuhkan dengan hukuman jenayah civil? Walaupun mereka dijatuhkan hukuman di dunia, tetapi dosa mereka kekal dan tidak akan terlepas di akhirat kelak, serta tiada jaminan yg benar-benar meyakinkan bahawa mereka tidak akan mengulangi jenayah tersebut atau lainnya di kemudian hari. Jenayah yg dijatuhkan juga tidak melihat kepada maqasid di mana prinsip keadilan tidak dipertimbangkan dengan sebaiknya. Sebagai contoh, tidak disebut di dalam Akta Kesalahan Jenayah 574 bahawa Murtad merupakan kesalahan jenayah yg perlu diberikan hukuman. Begitu juga dengan kesalahan merogol di bawah seksen 375 Akta Kesalahan Jenayah di mana si pesalah akan dihukum sekiranya ia dilakukan tanpa kehendak mangsa (against her will), tanpa kerelaan mangsa (without her consent), dengan kerelaan ataupun tidak sekiranya mangsa di bawah umur 16 tahun & sebagainya. Dalam erti kata lain, sekiranya mangsa memberi kerelaan, selepas umur 16 tahun dan berkeinginan untuk melakukan sex bersama si pesalah … maka di sisi Akta Kesalahan Jenayah, ia tidak termasuk di dalam kategori kesalahan jenayah walaupun ia dianggap zina dan salah di sisi Islam. Sekiranya pesalah didapati murtad pula, hukuman yg dikenakan hanya dengan membayar wang ringgit maksimum sebanyak rm3000 sahaja. Sekiranya pesalah didapati bersalah dengan kesalahan merogol, dia hanya akan dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun & tidak lebih dari 20 tahun dan akan dikenakan hukuman rotan.[18] Sekiranya dia didapati bersalah kerana mencuri, hukuman yg dikenakan adalah hukuman penjara yg boleh melebihi 7 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.[19] Persoalannya, adakah hukuman yg dikenakan berlandaskan kepada maqasid serta menjamin keadilan di dalam masyarakat? Anda sendiri dapat melihat kesannya di depan mata anda sendiri betapa undang-undang yang sedia ada gagal untuk ‘mencegah’ si penjenayah dan orang lain dari melakukan jenayah bahkan jenayah semakin hari semakin bertambah dan bertambah … Di manakah KEADILAN yg diseur-serukan …????
.
Hukuman sebat yg dijalankan di Malaysia sekarang ... Ini bukan cara Islam

.
MENGAPA KEADILAN MERUPAKAN INTIPATI ISLAM ..?
.
Pertama, kerana Islam merupakan agama yg diwahyukan oleh Allah SWT. Allah SWT bersifat dengan sifat adil. Dia adil pada perbuatannya, firmannya, perintah & larangannya, hukumannya & sebagainya. Hukumannya segalanya adil dan perintahnya semuanya merupakan maslahah, dan barangsiapa yg tidak melaksanakan perintahnya .. semua akan mendapat kemudharatan.[20] Sebaliknya, haram di sisi Allah SWT bersifat dengan sifat zalim. Secara logiknya, tidak masuk akal Allah SWT yang bersifat dengan sifat Maha Adil mewahyukan sebuah agama yg bersifat zalim. Sudah tentu apa yg diciptakan, apa yg diperintahkan supaya berlaku adil & apa yg diwahyukan sesuai mengikut keKuasaan, Qudrat & keAgungan-Nya. Jika tidak berlaku sedemikian, ia menunjukkan kelemahan dan kekurangan pada sifat-sifat Allah SWT yg bersifat dengan sifat Kemuliaan dan Kesempurnaan. Oleh itu, ia adalah mustahil bagi Allah SWT kerana sifatnya yg Rahman dan Rahim telah menafikan sifat zalim untuk menempati sifatnya kerana tidak mungkin Zalim saling bergandingan dengan Adil, Rahman & Rahim. Kedua, semua manusia mengakui dan mengiktiraf kemuliaan sifat & akhlak yg terpantul dari diri Rasulullah SAW. Tindakan memburuk-burukkan Baginda SAW oleh orang-orang kafir kerana mereka menyedari hakikat kebaikkan yg ada pada diri Rasulullah SAW, lantaran sifatnya yg membuatkan setiap mata yg memandang menjadi tertarik dan terbuka hati untuk memeluk Islam. Kitab-kitab Injil & Taurat sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW telah awal-awal menjelaskan siapakah gerangan manusia yg bakal bergelar nabi itu. Mereka tahu dan sangat yakin dengan kebaikkan yg ada pada diri nabi dan mereka yakin risalah yg diseru olehnya, cuma mereka angguh, ego dan sombong. Oleh itu, secara logiknya … tidak masuk akal wahyu yg diturunkan oleh Allah SWT kepada seorang Hamba yg baik budi pekertinya, al-Ameen gelarannya, bersifat dengan sifat jujur dan adil di kalangan masyarakat sebelum kenabiannya tiba-tiba menyeru kepada agama yg bersifat zalim kepada manusia??[21] Ia suatu yg teramat mustahil. Ketiga, salah satu dari keistimewaan agama Islam adalah ia bersifat dengan sifat ‘al-Insaniyyah’ di mana Ia menghormati kewujudan manusia, meraikan kemuliaan mereka, mengiktiraf hak-hak mereka. Semua ini berdiri di atas dasar kerana menganggap manusia sebagai “Makhluk al-Mukarram” di sisi Allah SWT. Allah SWT menjadikan mereka di dunia sebagai khalifah, meninggikan kedudukan mereka & menjadikan mereka berkuasa di langit dan di bumi. Justeru itu, dengan sifat yg ditonjolkan oleh agama Islam menafikan bahawa Ia merupakan agama yg zalim.[22]
.
KESIMPULAN:
.
Saya serukan kepada kamu, sekiranya kamu mempunyai bibit-bibit ingin mengatakan Islam merupakan agama yg zalim …. Jauhilah sangkaan itu & JANGAN SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM. Semoga artikel ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan ke arah kekeliruan dan kekaburan yg sedang meragui permikiran umat Islam hari ini. WA

Disediakan,
....................................................

[1] Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Al-Sunnah Masdaran li al-Ma’rifat wa al-Hadharat, m.s 204
[2] Imam at-Tabari, Tarikh at-Tabari, (2/401)
[3] At-Ta’addudiyyatis Siasiyyah fi ad-Daulatis Syuriyyah, m.s 51
[4] Ibid m.s 52
[5] An-Nahl: 90
[6] Al-‘Uqubah, ms. 9
[7] al-Qaradhawi, Thaqafah al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah baina al-Asoolah wal Mu’asarah, m.s 107
[8] Ibid, m.s 108
[9] Ibid
[10] Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Wajiz, m.s 378
[11] Syeikh al-Qaradhawi, Fi Fiqh al-Awlawiyyat, m.s 31
[12] Ibid
[13] Syeikh Jalal Muhammad Syafi’ie. Cetakan al-Hidayah Publication.
[14] Syeikh Abdul Wahhab Khalaf, Ilmu Usul al-Fiqh, m.s 197
[15] Syeikh Dr. al-Qaradhawi, Dirasat fi Maqasid as-Syariah
[16] Al-Wajiz, m.s 378
[17] Syeikh al-Qaradhawi, Fi Fiqh al-Awlawiyyat, m.s 26 & 27
[18] Seksen 376 Akta Kesalahan Jenayah
[19] Seksen 379 Akta Kesalahan Jenayah
[20] Al-Jami li Asma’ al-Husna, m.s 195
[21] al-Uqubah, m.s 11
[22] Ath-Thaqafah al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah, m.s 27

Saturday, 2 February 2008

Masanya Memilih Jalan yg Lurus ...

.


Tahun Jumlah jenayah:


2005: 157,459

2006: 209,388

2007: 224,298


(The Sun, Mach 19, 2007: 1 & January 9, 2008: 1)

.

Bukankah Allah SWT telah memberi jaminan bahawa sebuah negara yg berdiri di atas dasar Islam akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT dengan jaminan keamanan, kedamaian, hasil bumi yang mencurah-curah dan berbagai lagi anugerah Allah SWT yg tidak terkira banyaknya? Tetapi yg peliknya, mengapa kerajaan Islam Hadhari pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berlaku seperti mana yg dijanjikan oleh Allah SWT tersebut? Lihat saja kadar statistik jenayah yg berlaku dari tahun 2005 hingga 2007 yg telah dilaporkan oleh surat khabar The Sun, mengapa dari hari ke hari dan dari tahun ke tahun kadar statistik jenayah di Malaysia semakin lama semakin meningkat dan tidak surut-surut? Walaupun dikatakan bahawa hukuman jenayah yg dilaksanakan di Malaysia merupakan antara hukuman yg terberat di dunia, tetapi kadar jenayah masih lagi bertambah dari tahun ke tahun.

.
Jawapannya kerana keengganan pemimpin UMNO untuk melaksanakan undang-undang Islam di dalam negara Malaysia, bahkan berani melontarkan pelbagai tuduhan dan menggoncang keyakinan masyarakat terhadap Syariat Allah SWT sekiranya ia dilaksanakan di dalam negara. Masih ingatkah lagi kenyataan-kenyataan berikut:
.
“Hukum rejam kepada penzina adalah primitif” (Kenyataan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan, 3 Mac 1994 di Nilam puri, Kelantan, Pita rakaman)
.
“Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?” (Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Pita rakaman)
.
“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran islam” (Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 ogos 1994, Pita rakaman)
.
“Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan” (Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Utusan Malaysia, 20 april 1993)
.
“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad, 14 Julai 1992, ucapannya kepada wartawan, pita rakaman)
.
“Bagaimana kita boleh maju kalau orang islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 2 mei 1992, ucapannya di papar sabah, pita rakaman)
.
Yang menariknya, modus operandinya seakan-akan sama seperti yg pernah dilakukan oleh penjajah-penjajah barat dahulu terhadap negara jajahan mereka serta selari pula dengan usaha yg pernah dilakukan oleh Mustapa Kamal Ataturk di bumi Turki dalam misi untuk menjatuhkan Islam & khilafahnya. Tidak diragukan lagi bahawa Turki pernah menimbulkan bahaya yg sangat menakutkan Eropah. Sungguh, mereka pernah merasakan kepahitan dan penderitaan lantaran raksasa yg gagah itu. Mereka mempunyai perangkaan berdekad untuk meletakkan batu tanda di setiap tempat yg mereka terokai, tetapi bahana Islam yg tidak pernah malap sering mengecewakan mereka. Ustaz Jalal al-‘Alim menyebut: Ketika penjajah Inggeris memasuki Mesir pada tahun 1882 berikutan pengkhianatan yg dilakukan oleh Khidiwi Taufiq yg telah bekerjasama dengan penjajah untuk menghancurkan revolusi rakyat yg dipimpin oleh Urabi, Tuan Gladstone yg merupakan Perdana Menteri Inggeris di zaman Queen Victoria mengangkat al-Quran lalu berkata kepada anggota-anggota parlimen Inggeris: “Selama mana kitab(al-Quran) ini berada di tangan orang Mesir, maka selama itulah kita tidak akan menikmati keamanan di negeri Mesir”.[1] Ustaz Jalal al-‘Alim mengatakan lagi bahawa Orientalis Gardener pernah berkata: “Sebenarnya kekuatan tersembunyi di dalam Islam itulah yg menakutkan Eropah”. Kata Asy’iya Bouman pula: “Hal yg harus ditakuti dunia Barat adalah Islam. Ketakutan ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya; bilangan orang Islam yg tidak pernah berkurangan dan rukun jihad yg menjadi salah satu rukun keimanan pemeluknya”.[2]
.
Maka datanglah Mustapa Kamal Ataturk menjayakan impian yg belum pernah dibayangkan sebelumnya oleh orang Eropah. Impian itu akhirnya menjadi kenyataan, bukan khayalan lagi. Kerana itu, kehancuran Turki adalah suatu hal yg terus menerus diupayakan oleh orang Eropah demi untuk memastikan gergasi langit tersebut tidak kembali turun buat kali kedua. Dengan itu, Eropah berusaha keras mengangkat Mustapa Kamal Ataturk lebih tinggi dari tingkatan manusia pada pandangan umat Islam supaya dia menjadi sembahan bagi mereka yg buta hatinya. Usaha mereka menemui kejayaan apabila kemudiannya Mustapa Kamal Ataturk diiktiraf sebagai Bapa Turki Moden oleh umat Islam sendiri dan ianya tersebar sehingga ke negara kita malah cuba ditanam ke dalam minda anak-anak muda melalui saluran sistem pendidikan yg ada & diperjuangkan pula oleh golongan yg berfikiran sedemikian.
.
Muhammad Qutb pula menyatakan bahawa lantaran sikap mereka yg begitu ghairah untuk menjatuhkan Islam dan khilafahnya, mereka memekik dan berteriak sekuat-kuatnya: “Adakah sistem yg telah mengurung kaum wanita di dalam rumah, adakah sistem yg telah menjalankan hukuman rejam, potong tangan dan sebat, adakah sistem yg membiarkan penganutnya hidup mengemis dan membahagi-bahagikan mereka kepada berbagai-bagai kelas yang memeras satu sama lain, adakah sistem yg tidak memberi jaminan hidup yg lumayan kepada orang-orang yg berusaha, adakah sistem yg sedemikian mempunyai kesanggupan untuk memasuki satu pertarungan yg maha hebat yg berlaku pada hari ini di antara berbagai-bagai sistem sosial dan ekonomi yg berlandaskan prinsip-prinsip ilmiah, adakah sistem sedemikian mempunyai kesanggupan untuk berdiri tegak di dalam pertarungan itu apatah lagi untuk menentang dan berjuangan?”[3]
.
Saya katakan kepada mereka bahawa Islam bukanlah legasi purba yg kini disimpan di muzium fikiran, peraturan dan kepercayaan tua, tetapi Islam merupakan sistem yg masih hidup dan akan terus hidup bersama keaslian pegangan dan kepercayaannya yg tulen tanpa sebarang penyelewengan & pindaan. Islam mempunyai cukup daya untuk hidup di zaman depan, iaitu daya-daya hidup yg tidak dipunyai oleh mana-mana sistem lain yg diketahui oleh umat manusia sejak dahulu hingga sekarang termasuklah sistem sosialis, komunis & sekular.
.
Sekularisma sebagaimana yg diimani kebanyakkan pemimpin umat Islam kini, gagal membuktikan kepada masyarakat bahawa ia mampu menaungi mereka dengan keadilan di dalam kepelbagaian bangsa & agama yg majmuk serta menjamin kesejahteraan hidup secara bersama. Di Malaysia contohnya, banyak simptom penyakit dapat dikesan yg menunjukkan bahawa sekularisme telah gagal melaksanakan sesuatu yg terbaik seperti apa yg telah mereka janjikan. Ambil dari yang kecil seperti masalah ponteng sekolah, pelajar memukul guru, menyebabkan kematian teman sekolah, ibu bapa menyaman guru dan guru menyaman ibu bapa sehingga membawa kepada membenih dan meningkatnya gejala sosial di tengah masyarakat, meningkatnya anak luar nikah (statistik 2005 seramai 68,000 orang), kes murtad, kes buang bayi, kes-kes colek seperti yang terjadi kepada adik Nuri Jazlin dan Sharlinie. Timbulnya kumpulan mat rempit, kumpulan samseng, kegiatan meragut, mencuri, merompak, merogol dan membunuh. Keadaan sedemikian membuatkan masyarakat merasa tidak lagi selamat. Ini menandakan bahawa negara juga tidak lagi selamat lantaran pasukan keselamatan dan polis, bahkan masyarakat sendiri tidak dapat mengawalnya.[4] Ditambah pula dengan ketempangan sistem kehakiman yg telah dimandulkan oleh golongan tertentu sehingga menyebabkan institusi yg paling dipercayai hilang integritinya.
.
Justeru itu, di manakah penyelesaiannya …?
.
Saya sangat percaya dan yakin bahawa Islam adalah sebaik-baik penyelesaian kepada kebobrokkan yg sedang melata di muka bumi melalui pelbagai isme-isme yg songsang dan menyimpang. Islam merupakan sebaik-baik sistem hidup di dunia ini. Kedudukannya dari segi sejarah, geografi dan international telah meyakinkan kita bahawa Islam adalah satu-satunya sarana untuk kita mencapai kembali kekuasaan, kehormatan dan keadilan sosial. Tiada jalan lain lagi bagi mencapai matlamat besar ini kecuali dengan jihad dan iman. Jika di permulaan Islam, jihad dan iman telah menjadi tenaga pembangunnya .. maka ia juga harus menjadi tenaga pembangun Islam di zaman kini. Suasana yg sedang kita hadapi hari ini sama seperti yg pernah dihadapi oleh angkatan pertama umat Islam di permulaan lahirnya Islam di mana umat Islam ketika itu terdiri dari satu golongan yg kecil. Mereka menghadapi 2 empayar besar Rome dan Parsi di kanan dan kiri mereka. Kedua-dua empayar tersebut mempunyai kelengkapan yg berganda lebih banyak dan lengkap dari kelengkapan yg dimiliki oleh umat Islam. Namun begitu, kekuasaan Allah SWT telah menjadikan dunia beralih pandang kepada suatu keajaiban yg tidak disangka-sangka. Bilangan yg sedikit dari umat Islam telah berjaya menundukkan empayar Rome dan Parsi dalam masa tidak sampai setengah abad. Mereka telah Berjaya menakluki negeri-negeri jajahan dua empayar tersebut yg luas memanjang dari Lautan India ke Lautan Atlantik.
.
Bagaimanakah keajaiban tersebut boleh berlaku?
.
Penilaian sejarah yg melihat kepada faktor-faktor kebendaan dan material tidak dapat menjelaskan bagaimana keajaiban tersebut boleh berlaku. Imanlah yg telah menjadi kekuatan jihad golongan minoriti muslimin melebarkan empayar mereka dengan penuh keberanian. Orang-orang inilah yg kedengaran berdialog di medan perang, “Bukankah tiada dinding lagi di antara aku dengan syurga melainkan hanya aku pasti berjuang membunuh lelaki ini atau aku dibunuh olehnya”. Dan serentak dengan kata-kata itu, dia meluru ke medan perang dengan penuh semangat seolah-olah dia pergi untuk mendakap isterinya.
.
Sebenarnya tiada siapa pun boleh mendakwa bahawa jalan untuk menegakkan Islam itu dikelilingi dengan bunga-bunga dan senyuman, tetapi jalan itu penuh dengan keringat-keringat, darah dan airmata. Setiap dakwah memerlukan pengorbanan dan setiap kemenangan juga memerlukan pengorbanan. Kerana itu, kekuasaan, kehormatan dan keadilan sosial yg menjadi matlamat perjuangan kita memerlukan pengorbanan-pengorbanan yg wajar dari kita semua.
.
Islam sedang bergerak maju walaupun ia digugat liar dan ganas di segenap sudut & tempat. Alam telah lama bersiap sedia untuk menyambut kebangkitan baru Islam yg sebelumnya tidur dari kebangkitan. Dunia sedang lemas dengan kemajuan kebendaan dan perebutan yg menggila, tidak pernah damai dari pergolakkan-pergolakkan yg pahit dan menyeksakan. Saya sangat meyakini, disebabkan oleh pelbagai tekanan dan ketidakadilan yg sedang berlaku .. lambat laun manusia akan kembali kepada peraturan-peraturan hidup Islam walaupun mereka tidak memilih Islam sebagai agama anutan mereka. Sejarah telah melakarkan, apabila tentera Islam sampai di Wadi Alurdun dan tentera Abu Ubaidah berkhemah di Fihl, penduduk-penduduk Kristian di negeri tersebut telah menulis kepada tentera-tentera Islam. Kata mereka, “Wahai para Muslimin, kamu lebih kami sukai dari orang-orang Rome walaupun mereka seagama dengan kami. Kamu lebih setia, bertimbangrasa, adil dan lebih baik dari mereka kerana mereka telah merampas barang-barang kami dan menggelidah masuk ke rumah-rumah kami”.
.
Saya tidak mahu pemimpin Islam yg memandang Islam seperti memandang anjing di tepi jalan, dan saya juga tidak mahu pemimpin Islam yg memakai Islam demi tujuan keduniaan. Tetapi saya mahukan pemimpin Islam yg memandang Islam sebagai satu sistem yg shamil yg meletakkan Islam sebagai negara & watan atau pemerintah & umat, akhlak & kekuatan atau rahmat & keadilan, kebudayaan & undang-undang atau ilmu & kehakiman, material & harta benda atau usaha & kejayaan, jihad & dakwah atau tentera & fikrah, sebagaimana juga aqidah yg benar dan ibadah yg sahih.
.
Oleh itu, inilah masanya untuk memilih jalan yg lurus bersama Islam. Saya amat yakin dengan Islam dan saya akan terus bersama dengan Islam. Bagaimana pula dengan kamu ….?


Sekian,

Ibnasmuni

mf_a13@yahoo.com


.....................................................

[1] Ustaz Jalal al-‘Alim, Seruan Barat: Hancurkan Islam, Hapuskan Pemeluknya, m.s 53
[2] Ibid, m.s 44
[3] Muhammad Qutb, Salah Faham Terhadap Islam, m.s 4
[4] Artikel oleh Dr. Shafie Abu Bakar diambil dari http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/khabar-dari-bangi/sakitkah-negara-kita-mengapa.html