.Tahun Jumlah jenayah:
2005: 157,459
2006: 209,388
2007: 224,298
(The Sun, Mach 19, 2007: 1 & January 9, 2008: 1)
.
Bukankah Allah SWT telah memberi jaminan bahawa sebuah negara yg berdiri di atas dasar Islam akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT dengan jaminan keamanan, kedamaian, hasil bumi yang mencurah-curah dan berbagai lagi anugerah Allah SWT yg tidak terkira banyaknya? Tetapi yg peliknya, mengapa kerajaan Islam Hadhari pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berlaku seperti mana yg dijanjikan oleh Allah SWT tersebut? Lihat saja kadar statistik jenayah yg berlaku dari tahun 2005 hingga 2007 yg telah dilaporkan oleh surat khabar The Sun, mengapa dari hari ke hari dan dari tahun ke tahun kadar statistik jenayah di Malaysia semakin lama semakin meningkat dan tidak surut-surut? Walaupun dikatakan bahawa hukuman jenayah yg dilaksanakan di Malaysia merupakan antara hukuman yg terberat di dunia, tetapi kadar jenayah masih lagi bertambah dari tahun ke tahun.
.
Jawapannya kerana keengganan pemimpin UMNO untuk melaksanakan undang-undang Islam di dalam negara Malaysia, bahkan berani melontarkan pelbagai tuduhan dan menggoncang keyakinan masyarakat terhadap Syariat Allah SWT sekiranya ia dilaksanakan di dalam negara. Masih ingatkah lagi kenyataan-kenyataan berikut:
. “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif” (Kenyataan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan, 3 Mac 1994 di Nilam puri, Kelantan, Pita rakaman)
. “Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?” (Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Pita rakaman)
.
“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran islam” (Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 ogos 1994, Pita rakaman)
.
“Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan” (Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Utusan Malaysia, 20 april 1993)
.“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad, 14 Julai 1992, ucapannya kepada wartawan, pita rakaman)
.
“Bagaimana kita boleh maju kalau orang islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 2 mei 1992, ucapannya di papar sabah, pita rakaman)
.
Yang menariknya, modus operandinya seakan-akan sama seperti yg pernah dilakukan oleh penjajah-penjajah barat dahulu terhadap negara jajahan mereka serta selari pula dengan usaha yg pernah dilakukan oleh Mustapa Kamal Ataturk di bumi Turki dalam misi untuk menjatuhkan Islam & khilafahnya. Tidak diragukan lagi bahawa Turki pernah menimbulkan bahaya yg sangat menakutkan Eropah. Sungguh, mereka pernah merasakan kepahitan dan penderitaan lantaran raksasa yg gagah itu. Mereka mempunyai perangkaan berdekad untuk meletakkan batu tanda di setiap tempat yg mereka terokai, tetapi bahana Islam yg tidak pernah malap sering mengecewakan mereka. Ustaz Jalal al-‘Alim menyebut: Ketika penjajah Inggeris memasuki Mesir pada tahun 1882 berikutan pengkhianatan yg dilakukan oleh Khidiwi Taufiq yg telah bekerjasama dengan penjajah untuk menghancurkan revolusi rakyat yg dipimpin oleh Urabi, Tuan Gladstone yg merupakan Perdana Menteri Inggeris di zaman Queen Victoria mengangkat al-Quran lalu berkata kepada anggota-anggota parlimen Inggeris:
“Selama mana kitab(al-Quran) ini berada di tangan orang Mesir, maka selama itulah kita tidak akan menikmati keamanan di negeri Mesir”.[1] Ustaz Jalal al-‘Alim mengatakan lagi bahawa Orientalis Gardener pernah berkata:
“Sebenarnya kekuatan tersembunyi di dalam Islam itulah yg menakutkan Eropah”. Kata Asy’iya Bouman pula:
“Hal yg harus ditakuti dunia Barat adalah Islam. Ketakutan ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya; bilangan orang Islam yg tidak pernah berkurangan dan rukun jihad yg menjadi salah satu rukun keimanan pemeluknya”.[2] .
Maka datanglah Mustapa Kamal Ataturk menjayakan impian yg belum pernah dibayangkan sebelumnya oleh orang Eropah. Impian itu akhirnya menjadi kenyataan, bukan khayalan lagi. Kerana itu, kehancuran Turki adalah suatu hal yg terus menerus diupayakan oleh orang Eropah demi untuk memastikan gergasi langit tersebut tidak kembali turun buat kali kedua. Dengan itu, Eropah berusaha keras mengangkat Mustapa Kamal Ataturk lebih tinggi dari tingkatan manusia pada pandangan umat Islam supaya dia menjadi sembahan bagi mereka yg buta hatinya. Usaha mereka menemui kejayaan apabila kemudiannya Mustapa Kamal Ataturk diiktiraf sebagai Bapa Turki Moden oleh umat Islam sendiri dan ianya tersebar sehingga ke negara kita malah cuba ditanam ke dalam minda anak-anak muda melalui saluran sistem pendidikan yg ada & diperjuangkan pula oleh golongan yg berfikiran sedemikian.
.
Muhammad Qutb pula menyatakan bahawa lantaran sikap mereka yg begitu ghairah untuk menjatuhkan Islam dan khilafahnya, mereka memekik dan berteriak sekuat-kuatnya:
“Adakah sistem yg telah mengurung kaum wanita di dalam rumah, adakah sistem yg telah menjalankan hukuman rejam, potong tangan dan sebat, adakah sistem yg membiarkan penganutnya hidup mengemis dan membahagi-bahagikan mereka kepada berbagai-bagai kelas yang memeras satu sama lain, adakah sistem yg tidak memberi jaminan hidup yg lumayan kepada orang-orang yg berusaha, adakah sistem yg sedemikian mempunyai kesanggupan untuk memasuki satu pertarungan yg maha hebat yg berlaku pada hari ini di antara berbagai-bagai sistem sosial dan ekonomi yg berlandaskan prinsip-prinsip ilmiah, adakah sistem sedemikian mempunyai kesanggupan untuk berdiri tegak di dalam pertarungan itu apatah lagi untuk menentang dan berjuangan?”[3] .
Saya katakan kepada mereka bahawa Islam bukanlah legasi purba yg kini disimpan di muzium fikiran, peraturan dan kepercayaan tua, tetapi Islam merupakan sistem yg masih hidup dan akan terus hidup bersama keaslian pegangan dan kepercayaannya yg tulen tanpa sebarang penyelewengan & pindaan. Islam mempunyai cukup daya untuk hidup di zaman depan, iaitu daya-daya hidup yg tidak dipunyai oleh mana-mana sistem lain yg diketahui oleh umat manusia sejak dahulu hingga sekarang termasuklah sistem sosialis, komunis & sekular.
.
Sekularisma sebagaimana yg diimani kebanyakkan pemimpin umat Islam kini, gagal membuktikan kepada masyarakat bahawa ia mampu menaungi mereka dengan keadilan di dalam kepelbagaian bangsa & agama yg majmuk serta menjamin kesejahteraan hidup secara bersama. Di Malaysia contohnya, banyak simptom penyakit dapat dikesan yg menunjukkan bahawa sekularisme telah gagal melaksanakan sesuatu yg terbaik seperti apa yg telah mereka janjikan. Ambil dari yang kecil seperti masalah ponteng sekolah, pelajar memukul guru, menyebabkan kematian teman sekolah, ibu bapa menyaman guru dan guru menyaman ibu bapa sehingga membawa kepada membenih dan meningkatnya gejala sosial di tengah masyarakat, meningkatnya anak luar nikah (statistik 2005 seramai 68,000 orang), kes murtad, kes buang bayi, kes-kes colek seperti yang terjadi kepada adik Nuri Jazlin dan Sharlinie. Timbulnya kumpulan mat rempit, kumpulan samseng, kegiatan meragut, mencuri, merompak, merogol dan membunuh. Keadaan sedemikian membuatkan masyarakat merasa tidak lagi selamat. Ini menandakan bahawa negara juga tidak lagi selamat lantaran pasukan keselamatan dan polis, bahkan masyarakat sendiri tidak dapat mengawalnya.
[4] Ditambah pula dengan ketempangan sistem kehakiman yg telah dimandulkan oleh golongan tertentu sehingga menyebabkan institusi yg paling dipercayai hilang integritinya.
.Justeru itu, di manakah penyelesaiannya …?
. Saya sangat percaya dan yakin bahawa Islam adalah sebaik-baik penyelesaian kepada kebobrokkan yg sedang melata di muka bumi melalui pelbagai isme-isme yg songsang dan menyimpang. Islam merupakan sebaik-baik sistem hidup di dunia ini. Kedudukannya dari segi sejarah, geografi dan international telah meyakinkan kita bahawa Islam adalah satu-satunya sarana untuk kita mencapai kembali kekuasaan, kehormatan dan keadilan sosial. Tiada jalan lain lagi bagi mencapai matlamat besar ini kecuali dengan jihad dan iman. Jika di permulaan Islam, jihad dan iman telah menjadi tenaga pembangunnya .. maka ia juga harus menjadi tenaga pembangun Islam di zaman kini. Suasana yg sedang kita hadapi hari ini sama seperti yg pernah dihadapi oleh angkatan pertama umat Islam di permulaan lahirnya Islam di mana umat Islam ketika itu terdiri dari satu golongan yg kecil. Mereka menghadapi 2 empayar besar Rome dan Parsi di kanan dan kiri mereka. Kedua-dua empayar tersebut mempunyai kelengkapan yg berganda lebih banyak dan lengkap dari kelengkapan yg dimiliki oleh umat Islam. Namun begitu, kekuasaan Allah SWT telah menjadikan dunia beralih pandang kepada suatu keajaiban yg tidak disangka-sangka. Bilangan yg sedikit dari umat Islam telah berjaya menundukkan empayar Rome dan Parsi dalam masa tidak sampai setengah abad. Mereka telah Berjaya menakluki negeri-negeri jajahan dua empayar tersebut yg luas memanjang dari Lautan India ke Lautan Atlantik.
.Bagaimanakah keajaiban tersebut boleh berlaku?
.
Penilaian sejarah yg melihat kepada faktor-faktor kebendaan dan material tidak dapat menjelaskan bagaimana keajaiban tersebut boleh berlaku. Imanlah yg telah menjadi kekuatan jihad golongan minoriti muslimin melebarkan empayar mereka dengan penuh keberanian. Orang-orang inilah yg kedengaran berdialog di medan perang, “Bukankah tiada dinding lagi di antara aku dengan syurga melainkan hanya aku pasti berjuang membunuh lelaki ini atau aku dibunuh olehnya”. Dan serentak dengan kata-kata itu, dia meluru ke medan perang dengan penuh semangat seolah-olah dia pergi untuk mendakap isterinya.
.
Sebenarnya tiada siapa pun boleh mendakwa bahawa jalan untuk menegakkan Islam itu dikelilingi dengan bunga-bunga dan senyuman, tetapi jalan itu penuh dengan keringat-keringat, darah dan airmata. Setiap dakwah memerlukan pengorbanan dan setiap kemenangan juga memerlukan pengorbanan. Kerana itu, kekuasaan, kehormatan dan keadilan sosial yg menjadi matlamat perjuangan kita memerlukan pengorbanan-pengorbanan yg wajar dari kita semua.
.
Islam sedang bergerak maju walaupun ia digugat liar dan ganas di segenap sudut & tempat. Alam telah lama bersiap sedia untuk menyambut kebangkitan baru Islam yg sebelumnya tidur dari kebangkitan. Dunia sedang lemas dengan kemajuan kebendaan dan perebutan yg menggila, tidak pernah damai dari pergolakkan-pergolakkan yg pahit dan menyeksakan. Saya sangat meyakini, disebabkan oleh pelbagai tekanan dan ketidakadilan yg sedang berlaku .. lambat laun manusia akan kembali kepada peraturan-peraturan hidup Islam walaupun mereka tidak memilih Islam sebagai agama anutan mereka. Sejarah telah melakarkan, apabila tentera Islam sampai di Wadi Alurdun dan tentera Abu Ubaidah berkhemah di Fihl, penduduk-penduduk Kristian di negeri tersebut telah menulis kepada tentera-tentera Islam. Kata mereka, “Wahai para Muslimin, kamu lebih kami sukai dari orang-orang Rome walaupun mereka seagama dengan kami. Kamu lebih setia, bertimbangrasa, adil dan lebih baik dari mereka kerana mereka telah merampas barang-barang kami dan menggelidah masuk ke rumah-rumah kami”.
.Saya tidak mahu pemimpin Islam yg memandang Islam seperti memandang anjing di tepi jalan, dan saya juga tidak mahu pemimpin Islam yg memakai Islam demi tujuan keduniaan. Tetapi saya mahukan pemimpin Islam yg memandang Islam sebagai satu sistem yg shamil yg meletakkan Islam sebagai negara & watan atau pemerintah & umat, akhlak & kekuatan atau rahmat & keadilan, kebudayaan & undang-undang atau ilmu & kehakiman, material & harta benda atau usaha & kejayaan, jihad & dakwah atau tentera & fikrah, sebagaimana juga aqidah yg benar dan ibadah yg sahih.
.
Oleh itu, inilah masanya untuk memilih jalan yg lurus bersama Islam. Saya amat yakin dengan Islam dan saya akan terus bersama dengan Islam. Bagaimana pula dengan kamu ….?
Sekian,
Ibnasmuni
mf_a13@yahoo.com
.....................................................
[1] Ustaz Jalal al-‘Alim, Seruan Barat: Hancurkan Islam, Hapuskan Pemeluknya, m.s 53
[2] Ibid, m.s 44
[3] Muhammad Qutb, Salah Faham Terhadap Islam, m.s 4
[4] Artikel oleh Dr. Shafie Abu Bakar diambil dari http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/khabar-dari-bangi/sakitkah-negara-kita-mengapa.html
0 comments:
Post a Comment