“Ya Allah! Jadikanlah aku kekasihMu, (jadikanlah diriku) haibah(gerun) di mata manusia namun hina di mataku sendiri”
. Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan umurku. Aku masih lagi diberikan peluang untuk melihat perjalanan alam ciptaan Allah SWT, juga kebesaran-Nya. Takut rasanya jika tidak berkesempatan lagi untuk membukakan mata, dosa masih bertimbun & tidak bersedia …
. Ahhh … sejuknya air pagi-pagi nie. Sejuknya sampai menusuk ke tulang …. Grrrrr.
.
الله أكبر الله أكبر أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن محمد الرسول الله حي على الصلاة حي على الفلاح الصلاة خير من النوم
الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله
.
Sayup-sayup kedengaran azan subuh dikumandangkan. Menandakan jam sudah menunjukkan pukul 5.52 pagi.
.
... Kalimah agung bersulam tauhid. Bukan saja memanggil manusia mendirikan solat, justeru di dalam masa yg sama menyeru sekalian empunya akal & fikiran agar kembali kpd fitrah asalnya, iaitu menyembah Allah SWT, tiada Tuhan yg layak disembah dgn sebenar-benar sembahan melainkan Dia. Diulang-ulang setiap hari sebanyak 5 kali, menunjukkan betapa pentingnya mentauhidkan diri kepada Allah SWT. Tidak semata-mata utk ditauhidkan, bahkan mesti & perlu diBesarkan. Besarkan ! Bukan saja pada ibadahmu .... malah pada mu'amalatmu, urusan pentadbiranmu, ekonomimu, jihadmu, politikmu .... Besarkan Tuhanmu di mana saja kamu berada ..! Di daratan yg berbukit, di lautan yg meluas, di udara yg membiru & di mana-mana saja ada tempat kaki untuk berpijak, diri utk bernafas.... maka Besarkanlah!
.
Besarkan Tuhanmu denganAllaaaahu Akbar! Di situlah sebenar-benar kejayaan... 'La Haula wala Quwwata iLla BilLaahil 'Aliyyul 'Azeem' ...kamu menjawab, tetapi mengapa kamu tidak yakin & percaya ....???
. Aku perlu cepat … kalau tidak aku akan ketinggalan bertakbir bersama-sama imam. Entah kenapa terlalu cepat pak bilal di sini melaungkan iqamat. Nak kata ikut mazhab Syafi’i tidak juga … bacaan imamnya pendek-pendek saja, tidaklah sampai waktu asfar. Mazhab Imam Abu Hanifah memang jauh sekali la …
“Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala ….”, berniat sambil membasuh muka dengan air wudhuk. Dibasuh serata-ratanya dari hujung rambut sehingga ke bawah dagu & dari kanan ke kiri serta diselat-selatkan bulu-bulu janggut[2]. Ahh … segar rasanya apabila air mencecah ke muka. Mata yg mengantuk kembali menjadi segar ….
“Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kerana-Mu aku membersihkan diriku ini Ya Allah. Bersihkanlah diriku ini dari kekotoran dosa-dosa sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari najis kekotoran. Ya Allah, kau pancarkanlah nur di wajahku serta nur di hatiku. Kau peliharalah lidahku dari berkata nista & dusta. Ya Allah, kau jauhkan tanganku dari memegang benda-benda haram & najis. Ya Allah, kau jauhkan akal fikiranku dari memikirkan perkara-perkara maksiat yg akan menghitamkan hatiku. Ya Allah, kau jauhkan telingaku dari mendengar perkara-perkara sia-sia & haram. Ya Allah Ya Tuhanku, kau jauhkan juga kakiku dari menjejakkan kaki ke tempat-tempat maksiat”, aku berdoa sambil tertib mengenakan air wudhuk di anggota badan.
.
. Selesai berpakaian & berwangian[3], terus aku membuka pintu rumah yg berkunci. Enjin kereta kemudian dihidupkan. Tanpa berlengah aku terus keluar menuju ke rumah Allah SWT. Hari masih gelap di luar, tetapi tidak terlalu pekat. Dedaunan & rumput padang disinggahi oleh embun-embun pagi. Bunyi ayam berkokok semasa kecilku tidak lagi kedengaran .. rindu benar aku dgn kokokan tersebut. Pembangunan membuatkan ayam-ayam tiada tempat lagi utk berkokok. Kesunyian pagi begitu amat mengasyikkan. Rumah-rumah di sekeliling masih belum membukakan matanya … masih tiada lampu yg dinyalakan. Ada rumah Melayu, rumah Cina & rumah India … majmuk sungguh kawasan perumahan di sini.
. Tingkap kereta dibuka untuk menghirup udara pagi …. Sejuk memang sejuk, tidak mencengkam tetapi menyegarkan.
. Akhirnya sempat juga sampai ke rumah Allah SWT … iqamat mula dilaungkan. Berpeluang lagi bertakbir bersama-sama imam. Akibat kepenatan yg bersangatan, kadang-kala aku terlewat juga ... hilang fadhilat takbir bersama imam. Amat-amat merugikan. Teringat aku akan sebuah riwayat, di mana Abdul Rahman ibn Aus terlewat berjemaah di masjid sehingga tidak sempat bertakbir bersama-sama nabi SAW. Setelah selesai solat berjemaah, nabi SAW bertanya kepadanya di atas punca kelewatannya. Beliau mengatakan bahawa beliau kesibukkan berniaga. Rasulullah SAW lalu mengatakan bahawa sekiranya dia menginfaqkan segala hartanya sekalipun, ganjarannya tetap tidak akan sama dengan bertakbir bersama-sama imam. Begitulah besarnya ganjaran bagi sesiapa yg dapat bertakbir bersama-sama imam …
. Berpagi-pagi mendirikan solat subuh berjemaah memang menenangkan, malah lebih mengkhusu’kan[4]. Keadaannya berbeza sekali daripada solat sendirian di rumah. Cubalah jika tidak percaya … pasti kamu akan bersetuju dengan apa yg saya katakan.
. Selesai solat … kami berzikir & berdoa beramai-ramai. Tidak terlalu nyaring, tidak juga terlalu senyap … tadharru’an wakhufyatan … itu kata Allah SWT di dalam surah al-A’raf. Aku lebih cenderung berzikir secara perlahan daripada dijaharkan … tetapi aku tidak menolak mereka yg berzikir secara jahar (kuat) asalkan tidak berlebihan. Kedua-duanya ada kelebihan & kebaikan. Imam Ibn Hajar al-Haitami mengatakan di dalam fatwanya[5]; berzikir jahar dapat melembutkan hati yg lalai, manakala berzikir secara sirr (perlahan) dapat mengelakkan daripada perasaan takabbur & ‘ujub. Tidak perlulah diperselisihkan akan perkara khilafiyyah sebegini; merugikan & mengeraskan hati …
. Aku melangkah pulang ke rumah. Dalam perjalanan menuju ke rumah, dua tiga orang cina sudah mula kelihatan … mereka bersubuh-subuh dengan bersenaman & berjogging. Alangkah baiknya sekiranya mereka memeluk Islam, sudah tentu paginya pagi yg penuh keberkatan …
.
Kita memohon kepada-Nya agar Allah menghiasi hati kita dengan iman, memudahkan kita untuk berbuat ketaatan. Kita juga memohon agar Allah membangkitkan kita bersama-sama dengan mereka yang ingin mengutip mutiara-mutiara solat subuh berjemaah …..
.
Marilah bersama mereka .... Bulatkan niat, ikhlaskan hati .... kita pasti berkemampuan melaksanakannya. Mulakan harimu dengan solat subuh berjemaah ....[6]
. . Lihat bagaimana T.G Nik Aziz menghidupkan pagi-paginya
Semoga kita mendapat manfaat daripadanya
.
. .
. .
.
.
...........................
.
[1]Inilah cara kita menyambut new day kita, bukan cara yg disambut oleh sesetengah golongan pada setiap tahun baru .. bersorak-sorak, melalak, menjerit sehingga tidak peduli waktu solat. Islam bukan saja mengajar kita bagaimana menyambut tahun baru, tetapi mengajar bagaimana hari baru perlu disambut. Kita diajar menyambut setiap hari baru dengan doa ini. Terus berhubung kepada Allah SWT sebagai tanda syukur kerana masih lagi memanjangkan umur kita di dunia selepas kita dimatikan. Sebagai menunjukkan rasa syukur tersebut, kita hendaklah mendirikan solat subuh berjemaah kerana maksud syukur itu sendiri adalah melakukan sesuatu samada berbentuk lisan, i'tiqad atau perbuatan yg menunjukkan kepada kebesaran Allah SWT sesuai dgn kedudukannya sebagai pemberi Nikmat. Justeru, mendirikan solat juga merupakan salah satu dari tanda syukur seorang hamba kepada penciptanya iaitu dengan melaksanakan apa yg diperintahkannya. Apatah lagi, solat juga merupakan satu-satunya ibadah yg menghubungkan terus diantara hamba dgn Tuhan-Nya, satu perbualan yg tiada perbatasan ... puji-pujian serta doa kepada Maha Pencipta. Justeru, barangsiapa yg meninggalkan solat .. apatah lagi solat subuh ... dia seolah-olah tidak pernah bersyukur kpd Allah SWT. Apakah dia fikir makanan yg dimakannya, minuman yg diminumnya, duit yg diperolehinya semuanya hasil dari usahanya sendiri ...? Mereka yg meninggalkan solat memang merupakan hamba yg tidak pernah bersyukur .... Jadilah hamba yg tahu bersyukur.
. [2]Hukum menyimpan janggut: Jumhur fuqaha mengatakan wajib menyimpan janggut serta haram mencukurnya. Manakala Mazhab as-Syafi'i mengatakan sunat serta makruh mencukurnya. Tidak ada pendapat yg mengatakan hukum mencukurnya adalah harus. Ada pendapat yg mengatakan haram memotongnya & harus dibiarkan melebihi segenggam tangan. Tetapi Qadhi 'Iyadh mengatakan dibenarkan memotong janggut utk kelihatan kemas (bkn mencukur) & sekiranya dibiarkan ia akan kelihatan kusut. (al-Bayan, Syeikh Ali Jum'ah, m.s 89 / al-Halal wal Haram, Syeikh al-Qardhawi, m.s 125)
.
Bukankah menyimpan janggut itu lebih baik kerana ia tersangat hampir kpd sunnah Rasul SAW? Tambahan pula, tidak ada ulama yg menghukumkan harusnya mencukur janggut melainkan makruh saja. Bahkan antara sunat-sunat wudhuk adalah dgn menyelat-nyelati janggut. Daripada Hasan ibn Bilal katanya:"Aku melihat Ammar ibn Yasir berwuduk lalu menyelat-nyelati janggutnya. Lalu dikatakan padanya: Adakah kamu menyelati janggutmu? Ammar berkata: Apakah yg menghalang aku (dari melakukannya) & sungguh aku pernah melihat rasulullah SAW menyelati janggutnya"(Hadis riwayat Imam at-Turmizi, no. 29/m.s 17)
.
[3] Anas ibn Malik RA berkata: "Rasulullah SAW mempunyai sejenis minyak wangi untuk mewangikan badannya" (Hadis sahih riwayat Abu Daud, 4162)
.
[4]Perkataan khusu' adakalanya digunakan bg menunjukkan keadaan hati spt takut & adakalanya bg menunjukkan keadaan tubuh badan spt diam. Mengikut Imam Fakr ar-Razi di dlm tafsirnya, yg paling tepat, perkataan khusu' mestilah merangkumi kedua-dua elemen tersebut. Sebahagian ulama menyatakan bahawa khusu' ialah suatu hakikat yg wujud dlm diri seseorg insan yg dpt diketahui melalui ketenangan yg wujud pd anggota badan yg menepati maksud ibadah. Pengertian khusu' yg menunjukkan kpd keadaan hati adalah berdasarkan kpd hadis: "Khusu' itu tempatnya adalah di dlm hati". Adapun maksud khusu' yg menunjukkan kpd keadaan tubuh badan adalah berdasarkan kpd hadis:"Jika khusu' hati org itu, nescaya akan tenang semua anggotanya", memberi mesej bahawa anggota badan luaran menjadi petanda kepada anggota dlman iaitu hati. (Fath al-Bari, 2/264)
.
Menurut Syeikh Ali at-Tahanawi, bersandaran kpd hadis:"Nabi SAW bersolat pd suatu hari, tiba-tiba dtg kepadanya was-was", menunjukkan bhw khusu' hati tidak semestinya dgn kosongnya hati dari khayalan & gangguan, malah ia bukanlah syarat baginya. Bahkan kesungguhan melawannya merupakan tanda kekhusu'kan. Namun sekiranya gangguan tersebut didatangkan, maka ia tidak termasuk di dlm pengertian khusu' di atas.(Ahadis Risalah Hakikatut Tariqah min as-Sunnatil Aneeqah, Maulana Zaharuddin ibn Nawi, m.s 127)
.
Ibn Qayyim berkata:"Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyu'kan solat maka lebih elok dari dipejamkan. Dan pandangan yg mengatakan elok pejam adalah lebih bertepatan dgn tujuan solat berbanding pndangan yg memakruhkannya (spt Imam Ahmad & bbrp ulama Syafi'iyyah)"(Zadul Ma'ad, Ibn Qayyim, 1/285) Apapun, ia terletak kpd diri seseorg itu mengikut kadar kemampuan khusu'nya. Pilihlah yg mana lebih sesuai bgnya utk mendptkan khusu' dlm solat. WA
.
[5] Fatawa al-Hadisiyyah, Imam Ibn Hajar al-Haitami. Lihat artikel saya berkenaan dengan hukum menjaharkan zikir di dalam label ‘ilmiyyah & hukum’ di dalam blog ini.
.
[6] Saya rasa cara antara cara terbaik untuk melembutkan hati adalah dgn bangun solat subuh berjemaah kerana solat subuh adalah antara seberat-berat solat utk didirikan disebabkan oleh faktor waktu & keadaannya sebagaimana yg disebutkan di dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari & Muslim bahawa, “Sesungguhnya solat yg paling berat bagi orang munafiq adalah solat isya’ & solat Fajr”. Oleh yg demikian, melawan nafsu untuk bangun seberat solat subuh merupakan antara sebesar-besar jihad diri bagi seseorang. Sekiranya kita berjaya bangun mendirikan solat subuh secara istiqamah, insyallah kita memohon kepada Allah SWT agar hati kita dapat dilembutkan oleh-Nya. WA
“Tahniah sbb bakal menjadi seorang suami”, ucap saya kepada sahabat saya sambil bersalaman tangan dengannya.
Sambil tersenyum riang dia menyambut, “Tu la ana nak minta nasihat sikit dari anta ni .. bagi la nasihat sikit”.
“Bersiap sedialah untuk menjadi seorang suami kepada seorang isteri …”, balas saya ringkas kepada beliau.
Tidak lama kemudian, kami pun berpisah dalam keadaan masing-masing gembira dengan berita beliau tersebut.
Bulan Disember tahun ini saja, 4 orang sahabat saya bakal mendirikan rumah tangga. Bermula dari 1 Disember (Pekan), kemudian disusuli pula pada 8 Disember (Kedah), 23 Disember (Ipoh) & akhir sekali 29 Disember 2007 (Kepong).
.
Saya tumpang gembira di atas perkhabaran tersebut. Semoga agama Allah SWT akan terus kukuh di muka bumi ini dengan bertambahnya bilangan umat Islam hasil dari perkahwinan dua insan yg berkasih sayang.
Anggaplah perkahwinan sebagai satu sunnah[1] para anbia’, insyallah antum akan beroleh keberkatan. Ketauilah bahawa tidak ada sebaik-baik keistimewaan yg dapat diungkapkan oleh seorang lelaki melainkan dengan kehadiran seorang isteri yg solehah,[2] dia telah dibantu melengkapkan sebahagian daripada agamanya.[3]
Saya tidak layak untuk bercakap soal pertanggungjawaban di dalam perkahwinan kerana saya juga masih belum mendirikan tangga, apatah lagi rumahnya. Namun begitu, saya ingin berkongsi nasihat yg diberikan oleh pensyarah Company Law II saya, Dr. Zuhairah ketika beliau mengajar kami Partnership Law yg merupakan sub-topic di bawah Company Law II yg saya pelajari. Saya mencatat kata-kata beliau tersebut bukan sekadar catitan pelajaran, tetapi juga sebagai catitan nasihat seorang isteri yg telah berjaya membuktikan tanggungjawabnya kepada suaminya. Semua orang (kami sebagai pelajar) mengakui baik budinya serta kelembutannya sebagai seorang pensyarah, juga sebagai seorang isteri & ibu kepada 10 orang anaknya. Beliau mengatakan:
“When you formed a partner, it is mutually consent and agreed upon that partners will be equally liable for any liability. Ignorance is not a reason to escape from sharing the liability. Therefore, trust is very2 much important in making a partner. You have to trust your partners. You must trust them. You must always put in your mind that whatever they did is for the benefit of the partner, for its profit. The most suitable example that laws books used is the relationship between husband & wife. Husband need to trust his wife, and it also goes to the wife. She must trust her husband. How much you love your husband, how much you love your wife .. if both of you couldn’t trust each other, the relation will not be lasting & forever … trust me”
Inilah yg dikatakan cahaya atas cahaya … di dalam menyampaikan pendidikan bercampur di dalamnya mutiara-mutiara nasihat yg terlalu besar nilainya. Ungkapannya bersahaja, tetapi maksudnya luar biasa. Kalau di saat itu dia hanya meletakkan dirinya sebagai seorg pelajar undang-undang sahaja, maka ungkapan itu hanyalah ungkapan yg biasa & hanya diambil sebagai catitan pelajaran. Tetapi sekiranya dia meletakkan dirinya sebagai pelajar undang-undang & di dalam masa yg sama, juga seorg yg prihatin tentang maksud di sebaliknya … ungkapan itu terlalu bermakna buatnya.
Cukuplah nota pelajaran ini menjadi nasihat buat saya & juga sahabat-sahabat saya yg bakal mendirikan rumah tangga. Semoga rumah yg bakal antum bina merupakan rumah tangga yg penuh kerahmatan dan mawaddah daripada Allah SWT.
Ucapan tahniah & doa saya kepada kalian yg bakal mendirikan rumah tangga:
بَارَكَ اللهُ لَكَ وبَارَكَ اللهُ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا في خَيْرٍ
“Semoga Allah memberkati dirimu dan ke atas kamu serta menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan”[4]
.
.
.
.
.
.
.........................
.
[1] Rasulullah SAW bersabda: “4 daripada sunnah para rasul: Memakai inai, memakai minyak ‘atar, bersiwak & berkawhwin” (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abi Ayyub)
[2]“Dunia adalah keseronokkan & keistimewaan, dan sebaik-baik keseronokkan/keistimewaan dunia adalah isteri yg solehah” (Riwayat Muslim daripada Abdullah ibn Umar)
[3]“Barangsiapa yg diberikan rezeki oleh Allah SWT dengan seorang isteri yg solehah, maka sesungguhnya dia telah dibantu pada sebahagian dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah pada sebahagian dari bakinya” (Riwayat at-Tabrani (985) & Hakim (6232) dan beliau mengatakan: Isnadnya sahih)
Sebesar-besar ujian di dalam agama adalah syahwat batin & syahwat utk melakukan perzinaan. Oleh itu, dengan kehadiran isteri yg solehah, ia akan mengelakkan suami dari zina & keburukkan luaran (serta dia tahu pula tanggungjawabnya kpd suaminya). Manakala pada sebahagian yg lain, melengkapkannya adalah dengan bertaqwa kpd Allah SWT. Disebut dengan ‘isteri solehah’ kerana yg lainnya walaupun boleh membantu mengelakkan suami dari perlakuan zina, tetapi kadang kala ia boleh membawa suami kpd kebinasaan yg merosakkan & mencari kesenangan dunia yg haram (Faidhul Qadir, 2/177). Disebabkan dosa yg isteri lakukan, suami juga menanggung beban dosa beliau. Justeru, kehadirannya mungkin boleh membantu dari satu segi, dan tidak pula dari satu segi yg lain kerana terdapat kelopongan yg jelas pada dirinya. WA
.
[4] Riwayat Abu Daud (2130) dengan sanad yg sahih, at-Turmizi (1091), Ibn Majah (1905) & lain-lain. Imam at-Tirmizi mengatakan hadis ini hadis hasan sahih.
Inilah ucapan tahniah & doa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk diucapkan kepada sahabat-sahabat kita yg bakal mendirikan rumah tangga. WA
“Saya pantang dicabar”, itulah kata-kata Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika sesi ucapan pergulungan Perhimpunan Agung Umno yg lalu.
Saya & semua pecinta kebenaran juga ingin mengatakan, “Kami juga pantang dicabar”.
Ugutan Pak Lah & arahan panglimanya, Khairy Jamaluddin agar pihak polis menangkap siapa sahaja yang menghadhiri perhimpunan tersebut, tidak sedikitpun meresahkan pecinta kebenaran untuk menyertai Perhimpunan BERSIH yg diadakan kelmarin, 10 November 2007.
“Hidup … hidup, hidup rakyat! Daulat … daulat, daulat Tuanku! Tumbang … tumbang, tumbang kezaliman!”, inilah laungan Gergasi Kuning menggegarkan bandaraya Kuala Lumpur sepanjang perhimpunan dijalankan, bukti rakyat tidak gentar dengan sebarang bentuk ugutan yg diberikan.
Mereka kerah 4000 polis … pecinta kebenaran datang dengan penuh kerelaan sehingga mencecah lebih 40,000 orang. Telah kami katakan, kami juga pantang dicabar !!
Mereka serang kami dengan gas pemedih mata. Memang memedihkan .. sesak nafas, memedihkan mata & nak muntah, tapi ia tidak sedikitpun melemahkan kami. Kami tidak berganjak dari matlamat kami, kami tetap bersama di bawah bendera menuntut kebenaran. Kami telah buktikan, kami pantang dicabar !!
.
ADAKAH BENAR PERHIMPUNAN ‘BERSIH’ HARAM ?
Ia haram di mata penzalim, tetapi tidak haram di mata al-Mazlum (yg dizalimi).
“Kita masih mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen”, itu kata Pak Lah pada Perhimpunan Agung Umno yg lalu.
Kami sahut ucapan beliau!! Atas dasar demokrasi, kami turun di jalanan. Kami menuntut agar amalan demokrasi yg telus & transparent dapat dikembalikan.
Kenapa mahu dikatakan haram? Jika ia haram kerana tidak mempunyai permit, pihak BERSIH telah awal-awal memohonnya, tetapi mengapa pihak polis tidak meluluskannya?
Mereka tidak meluluskannya dengan alasan kerana takut ia akan menimbulkan huru hara. Namun, kami telah buktikan sejak dahulu & kini bahawa perhimpunan kami bejalan dengan aman. Tiada rekod menunjukkan harta awam dimusnahkan, apatah lagi menyebabkan jiwa yg terkorban. Buktinya, ia bukan saja disertai oleh golongan pemuda, malah orang tua, keluarga, suami isteri, wanita, kanank-kanak & orang kurang upaya. Mereka datang bukan untuk berperang, tetapi datang untuk menyatakan suara hati mereka tanpa membawa walau sebutir pelurupun & senajat-senjata tajam yg lain.
Demokrasi menjanjikan kebebesan kepada rakyat untuk bersuara. Rakyat punya hak untuk memberikan pandangan & rakyat punya hak untuk memilih siapa pemimpin mereka. Demokrasi adalah rakyat yg memilih!
Tetapi hak tersebut telah dirampas oleh pemimpin yg rakus. Mereka tidak lagi punya hak untuk bersuara, mereka tidak lagi punya hak untuk memberikan pandangan & mereka tidak lagi punya hak untuk memilih pemimpin negara. Kebebasan merka untuk mendapat informasi yg telus dinafikan, hak pihak pembangkang untuk bermedia juga dinafikan malah maklumat berkaitan dengannya diselewengkan ….. maka Perhimpunan jalanan yg kami pilih.
Sekarang siapa yg melakukan kerja haram, kamu wahai pemimpin … atau kami ??
.
APAKAH YG SEPATUTNYA MEREKA LAKUKAN
.
Sebetulnya, sebagai sebuah parti yg prihatin dengan nasib rakyat, mahukan nasib rakyat terbela & kebajikan mereka terpelihara .. mereka sepatutnya membuka mata & melihat perhimpunan BERSIH ini sebagai satu teguran rakyat buat mereka. Ia merupakan suatu 'signal' tidak percaya rakyat, bahkan suatu petanda bahawa rakyat mahukan perubahan dari parti yang menerajui kerajaan. Mereka tidak sepatutnya terus 'berhidung tinggi' dengan menganggap demontrasi rakyat ini sebagai 'sampah', apatah lagi menganggapnya sebagai menyalahi undang-undang negara .. justeru menangkap sesiapa sahaja yg terlibat di dalam perhimpunan tersebut.
.
Shoutul Amal - Semarak Perjuangan
. KEZALIMAN ADALAH SUATU PERHAMBAAN !
Keadilan merupakan suatu kebebasan, namun kezaliman merupkan suatu perhambaan.
Apabila keadilan tidak dipelihara, berlakulah kezaliman. Keadilan & kezaliman saling tidak boleh disatukan. Keadilan menuntut semua manusia diberikan hak selayaknya, namun kezaliman mencabut hak-hak mereka, lalu mereka dijadikan hamba golongan yg zalim.
Siapa yg menentang mereka, ISA adalah tempat persemadian mereka. Di situlah sehina-hina tempat perhambaan bagi insan yg tidak bersalah, apatah lagi menanggung dosa. Mereka boleh memenjarakan jasad mereka bertahun-tahun di tahanan, tetapi mereka tidak boleh memenjarakan jiwa mereka. Tidak ada seorang tahananpun yg rebah dengan ombak ISA, malah kezaliman yg dilakukan ke atasnya menjadi pembakar buat mereka terus berjihad menuntut kebebasan & keadilan. Itulah bukti jiwa yg merdeka ..!!
Seperti yg saya nyatakan, manusia bukanlah robot yg boleh disepak & dilempang. Mereka punya hati & perasaan. Apatah lagi yg punya iman, iman memacu mereka untuk terus berjihad & berjuang walaupun mereka tersungkur di pertengahan jalan.
Lakukanlah apa saja yg ingin kamu lakukan !! Selagi iman mereka terpahat di dalam hati .. jiwa mereka tetap merdeka & jasad mereka tidak pernah berundur menarik diri. Mereka adalah pejuang yg tidak takutkan mati.
ISLAM = KEADILAN
Kedatangan Rasul SAW adalah untuk membebaskan perhambaan dikalangan manusia. Sistem perhambaan dihapuskan, malah dijanjikan pahala buat mereka yg membebaskan hambanya. Wanita yg dijadikan bahan pelepas nafsu seperti barang yg tidak bernilai, ditukar menjadi emas yg terlalu amat berharga nilainya. Golongan berkulit hitam dijadikan bilal, malah tiada lagi perbezaan taraf melainkan bagi mereka yg bertaqwa.
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu”
(al-Hujerat: 13)
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kpd rupa & hartamu tetapi Dia melihat kpd hati & pekerjaanmu”
(Dikeluarkan oleh Muslim & Ibn Majah)
“Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara, tiada kelebihan seseorang itu ke atas orang lain kecuali dengan taqwa”
(Dikeluarkan oleh at-Tabrani diambil dari Tafsir Ibn Kathir)
Islam menuntut agar hambanya berlaku adil di dalam semua peringkat kehidupan yg mereka lalui, daripada ibubapa kpd anak-anak, majikan kpd pekerja serta pemerintah kpd rakyat. Malah, adil juga merupakan satu simbol ketaqwaan kpd Allah SWT.
.
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa"
(al-Maidah: 8)
.
Ingat !! Tiada tempat di sisi Allah bagi mereka yg melakukan kezaliman. Berhati-hatilah wahai golongan yg berlaku zalim …
.
"Dan bagi orang-orang yg zalim sekali-kali tidak ada seorang penolongpun"
(al-Hajj: 71)
.
"Barangsiapa yg memutuskan hak seorang muslim dengan sumpahnya, Allah mewajibkan baginya neraka & mengharamkannya syurga" (Riwayat Muslim)
.
"Sesungguhnya lelaki(termasuk perempuan) yg menggunakan harta Allah tanpa hak, tempat mereka adalah neraka pada hari Qiamat kelak" (Riwayat Bukhari)
HUJAN BANTUAN ALLAH.
.
Hujan mereka adalah bala, hujan kami adalah rahmat & bantuan daripada Allah SWT.
.
“Hujan yg turun tu adalah bantuan dari Allah supaya menyusahkan pihak polis untuk halang kita. Tapi bagi kita, hujan bukanlah satu halangan”, kata ayah kepada saya selepas perhimpunan BERSIH selesai.
Ya, hujan bukanlah alasan untuk kami berhenti menyuarakan bantahan kami, malah kami yakin ia adalah bantuan daripada Allah SWT.
Semoga suara yg melaungkan keadilan, badan yg dibasahi air hujan, tangan yg ditinggikan ke langit serta kaki yg digerakkan sepanjang perhimpunan tersebut bakal menjadi saksi-saksi kami di hadapan Allah SWT bahawa kami pernah & telah berjihad di jalan-Nya. Berkatilah perjuangan kami .. AMEEN.
1.40 petang: Saya & 3 lagi sahabat menaiki Putra LRT dari Terminal Putra Gombak menuju ke stesen Dang Wangi sementara keadaan di luar sedang hujan. Sesampai saja di stesen Dang Wangi, hujan turun semakin lebat. Walaupun hujan, kami bertekad meneruskan perjalanan menuju ke Sogo seperti mana yg dimaklumi.
.
Dr. Hatta mengepalai group kami ... sedang memikirkan cara untuk melepasi halangan FRU utk sampai ke Istana Negara.
.
Berkumpul semula setelah terpisah kerana disembur gas pemedih mata.
.
Kami disembur lagi. Mengambil gambar sambil lintang pukang lari dari terkena air gas pemedih mata. Walaupun airnya tidak mengena ke badan, tetapi gasnya sudah cukup untuk memedihkan mata & membuatkan saya sesak nafas & nak muntah. Tetapi ia tidak pernah mematahkan semangat kami. Kami berkumpul kembali setelah FRU berhenti menyembur. Setelah berkali-kali (4 kali kalau tak silap) kami disembur & perjalanan ke masjid negara melalui jalan raja laut disekat, kami terpaksa patah ke belakang & melalui jalan yg agak jauh. Saya & 3 lagi kawan saya terpisah ketika kami disembur ... sampai sudah kami tidak bertemu.
.
Garam yg saya calitkan di lidah untuk mengurangkan kepedihan mata & sesak nafas setelah disembur gas pemedih mata oleh FRU.
.
Dr. Hatta memberi sedikit taklimat untuk sampai ke Istana Negara ... merancang strategi.
. Gergasi berbaju Kuning menutupi jalan. Group kami terpisah dari group asal disebabkan oleh sekatan dari pihak FRU.
.
Bersebelahan dengan Station Keretapi Kuala Lumpur menuju ke Masjid Negara
.
Perhimpunan diselesaikan di Masjid Negara. Solat asar beramai-ramai & kami beredar dgn aman. Malam itu disusuli dgn ceramah perdana oleh BERSIH di Taman Melewar. Saya berjalan seorang diri menuju ke Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut ... entah berapa km saya pun tak tahu. Kaki memang rasa mcm nak tercabut. Tp alhamdulillah, dalam perjalanan balik, saya bertemu dgn sahabat2 dari UIA ... kuranglah sikit kepenatan tu. Kami kemudian berpisah di Masjid Jami'.
Tenang rasanya .. Apabila hati bersih dari keraguan. Aku mahu bebas berkata-kata, Semoga kata-kataku merupakan kata-kata dakwah, Tarian penaku merupakan tarian dakwah, Yang mungkin akan menebalkan imanku & iman pecinta keimanan.
.
.
(ii)
Wahai burung di kejauhan, Sampaikan risalahmu melalui jari-jemarimu, Agar ia meluas ke pengetahuan si hamba.
(iii)
Wahai burung berhati insan, Lakukan tugasmu dengan penuh keikhlasan, Walaupun jalannya berlekok dan berbatu, Kau tetap akan ditemani tuhan …
.
. Hamparkan sejadah .. berdirilah Ratakan dahimu .. sujudlah Panjangkan tanganmu .. berdoalah Janji Allah termaqbul buat hamba di permusafiran
(iv)
Mak & ayah berterima kasih di atas pemberian, Semoga rezekimu kekal berpanjangan, Di sisi Allah segala pemberian.
(v)
Insan kerdil menadah tangan Bukan sekadar di bibir, di hati jua tetap beriringan Ku pakaikanmu permata, Allah pakaikanmu iman & taqwa Semoga janjimu kekal, jiwamu tegar ..
“Mak, ni kat mane mak?”, tanya adik saya Hafiz (4 thn 11 bulan) semasa kami menziarahi kubur datuk & opah di Perkuburan Gurab, jalan Kuala Kangsar.
“Ni kat kubur”, jawab mak kepada Hafiz.
“Kubur tu ape mak?”, tanya Hafiz sekali lagi.
“Kubur ni tempat orang mati”, jawab mak menjawap soalan Hafiz.
Tidak beberapa lama kemudian, Hafiz bertanya lagi kepada mak.
“Mak .. boleh Hafiz tengok dalam tanah ni?”, tanya Hafiz spontan.
Ayah, mak & saya serentak ketawa dengan soalan Hafiz tersebut.
“Mana boleh. Ni untuk orang yg dah meninggal dunia je”, jawab mak terpaksa.
“Nanti mak pun nak masuk dalam tanah ni tau Hafiz ..”, ujar mak kepada Hafiz.
“Mak masuk guna magic ker?”, tanya Hafiz. Sekali lagi soalan dia mengetawakan kami semua sehingga kami tidak khusuk membaca surah Yaasin di pusara ibu ayah.
KEMATIAN ..
“Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasai kematian”. (ali-'Imran: 185)
Itulah gambaran budak kecil terhadap erti kematian. Tidak tergambar di dalam permikiran mereka bahawa kematian pasti akan menjemput mereka. Mereka hanya mengerti bahawa kehidupan ini adalah belaian kasih & sayang dari ibu & ayah serta abang dan kakak mereka. Selain daripada itu semuanya masih belum mampu mereka rasai ….
Tetapi bagi kita insan yg sudah punya akal untuk berfikir, sudah kenal apa itu kematian .. pernah tak kita semua terfikir atau cuba memikirkan mengenai perihal kematian? Cuba kita tanya diri kita sendiri.
-
Pernahkah aku memikirkan tentang kematianku? Bilakah kematian akan menjemputku? Bagaimanakah saat-saat ketika aku menghadapi kematian? … sudahkan aku bersedia ke arahnya?
Alangkah baiknya kalau kita semua sering memikirkan tentang hakikat kematian …
Kematian merupakan suatu perkara yg pasti !! Semua orang pasti akan menemui mati. Semua orang meyakini adanya satu noktah di dalam kehidupan yg disebut ‘mati’. Islam ke dia, Cina ke dia, India ke dia, cerdik ke dia, bodoh ke dia … mereka percaya dan yakin bahawa kematian adalah suatu perkara yg pasti. Suatu hakikat yg tiada khilaf di kalangan manusia !! Yang diperselisihkan adalah ‘benarkah ada kehidupan lain selepas mati’??
Kematian memisahkan kita jauh dari kehidupan dunia. Walaupun kita hanya berada beberapa depa di bawah tanah, tetapi untuk kembali semula ke dunia merupakan suatu perkara yg teramat-amat mustahil. Kalau di dunia kita berkawan dengan manusia, tetapi di kubur kita berkawan dengan ulat dan cacing. Malah merekalah makhluk yg memusnahkan kita, mencarik-carik dan mengoyak-ngoyakkan setiap inci dari jasad kita sehinggalah kita kembali menjadi tanah yg hina.
Peperiksaan Dunia & Peperiksaan Akhirat
Minggu peperiksaan memang merupakan minggu yang amat menakutkan. Saya sendiri takut untuk menghadapi peperiksaan sebab saya tak tahu sejauh mana saya mampu menjawab soalan yg diberikan. Entah apa soalan yg keluarpun saya tak tahu. Tanya clue dari pensyarah, tapi mendukacitakan … “kamu study je dari tajuk awal sampai habis, semua soalan akan keluar”. Saat-saat hampirnya kepada hari peperiksaan, semua bersengkang mata, sanggup tak tidur malam, sanggup tak tengok Tv, sanggup berkurung di bilik dan librari beberapa jam lamanya semata-mata untuk tujuan peperiksaan.
Tetapi berbeza bagi pelajar yg telah awal-awal bersedia, peperiksaan tidak begitu menakutkan baginya. Hanya perlu membuat sedikit revision untuk mempertajamkan kefahaman dan ingatan terhadap apa yg telah dipelajari sebelumnya. Namun bagi pelajar yg study last minute, segala jenis penyakit datang … stress la, migrane la, gastrik la, nak pengsan la, nak pitam la … masa tu la baru nak cari note dan handout dalam kelas. Gelabah tak tentu pasal … mcm nak qiamat.
Sebagaimana takutnya kita dengan peperiksaan, begitulah takutnya kita dengan mati. Seandainya datang seorang lelaki kepada kamu, lalu memberitahu kamu bahawa esok kamu akan mati pada jam dan waktu sekian-sekian. Sudah tentu kamu akan terkejut ‘beruk’ ataupun pengsan. Kalau tidakpun, kepala si lelaki tersebut pasti akan menjadi sasaran tumbukan ‘Mohammad Ali’ kamu. Ini lantaran kerana tahunya kita tentang hakikat sebenar 'kematian', gimana seksa kubur dan penghisaban di akhirat kelak. Kita pasti pernah menonton sebuah cerekarama Melayu yg mengisahkan mengenai seorang banduan yg akan digantung. Lihatlah bagaimana reaksinya ketika dia diberitahu bahawa dia akan digantung? Tubuhnya terus longlai & tidak bermaya, gelisah & tak tentu arah. Makan, tidur & mandi bukanlah suatu kenikmatan lagi .. semuanya gara-gara kerana mendengar bahawa dia akan ‘Mati’…
-
Kematian tidak pernah memilih usia & tempat
--
Benar!! Kematian memang tidak pernah memilih usia & tempat. Kamu sendiri telah menyaksikannya bukan?
--
"Nanti bila dah besar-besar sikit ke, tua-tua sikit ke baru lah saya nak pakai tudung ...Sekarang ni biarlah saya nak bebas dulu", beginilah jawapan 'standard' gadis remaja sekarang.
--
Apakah mereka fikir mereka akan terus hidup sampai ke hari tua? Atau apakah mereka benar-benar yakin mereka akan terus hidup pada esok harinya? Sesungguhnya ajal berada di tangan Tuhan, bukan di tangan mereka .... Sekiranya Allah telah menetapkan mereka bertemu ajalnya pada usia mudanya, tiada siapa yg boleh membantah hatta empunya diri itu sendiri. Dia pasti akan mati jua di saat itu, tidak awal atau lewat sesaatpun.
-
Sakitnya kematian
-
Cukuplah apa yg dialami oleh nabi SAW menggambarkan betapa sakitnya mati.Saidatina Aisyah ra berkata:
“Aku melihat Rasulullah SAW ketika menghadapi maut, di sisinya ada sebuah bekas berisi air. Rasulullah SAW memasukkan tangannya ke dalam mangkuk itu lalu menyapu wajahnya dengan air itu. Lalu baginda SAW berdoa: Ya Allah, tolonglah aku dlm menghadapi sakarat al-maut ini”
(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi di dalam as-Syamaail)[1]
Di dalam hadis yg lain, Saidatina Aisyah ra mengatakan:
-
“Aku tidak lagi cemburu dgn mudahnya mati seseorang setelah aku melihat betapa peritnya kewafatan Rasulullah SAW”
(Hadis sahih riwayat at-Tirmizi juga di dalam as-Syamaail)
-
Apa guna jadi DOKTOR kalau .....
“Kamu belajar apa sekarang ni” …
“Saya buat perubatan sekarang ni”, jawab si empunya diri.
Mereka adalah golongan yg paling tahu tentang istilah ‘kematian’.. kerjanya hari-hari berkait rapat dengan kematian. Kerja mereka bukan untuk merawat besi atau logam, tapi untuk merawat manusia. Ia merupakan antara semulia-mulia kerjaya dan mempunyai pahala ibadah yg berlipat ganda seandainya ia dilaksanakan ikhlas kerana Allah demi untuk kebajikan manusia yg memerlukan.
Namun, apa guna sekadar menjadi Doktor yg hanya merawat dan mengambil upah rawatan yg tinggi tanpa menjadikan kedudukannya utk men-tazkiyah-kan orang yg dirawat.. tidak langsung menyedarkan mereka tentang dekatnya kematian. Sedangkan kerjaya ini merupakan antara kerjaya yg paling mudah utk menyedarkan masyarakat agar kembali menyedari hakikat & tujuan hidupnya. Namun, sekiranya pesakit berjaya diselamatkan, ada di kalangan mereka bermegah-megah kononnya dia yg menyelamatkannya … padahal semua itu adalah kuasa Allah SWT, bukan kuasa dia.
Namun, alangkah baiknya sekiranya para doktor menggunakan kedudukannya untuk me-tazkiyah-kan pesakitnya bahawa kesakitan adalah signal-signal penting bagi kematian. Apatah lagi bagi mereka yg bakal menjalani pembedahan kritikal, di saat itu tiada siapa yg mampu memberikan jawapan samada dia akan terus hidup ataupun mati melainkan terus mengharapkan bantuan daripada Allah SWT.
Berilah peringatan kepadanya … Ingatkanlah dia. Tajdidkan imannya kepada Allah SWT. Semoga di saat-saat genting sebegini, taubatnya diterima Allah. Siapa tahu tutupan matanya kali ini merupakan tutupan matanya yg terakhir, tidurnya kali ini adalah tidurnya buat selama-lamanya … siapa tahu?
Anjurkan agar dia berwuduk[2] atau bertayammum. Sekiranya dia ditaqdirkan mati, semoga wuduknya bakal menjadi cahaya buat syafaat nabi SAW di hari akhirat kelak. Imam Bukhari & Muslim telah meriwayatkan bhw nabi SAW pernah bersabda :
“Sesungguhnya umatku memanggil-manggil pada hari Qiamat dengan bekas-bekas wuduk yg berlebihan di wajah dan anggota wuduknya yg lain. Kalau kamu mampu untuk melebihkannya, maka lakukanlah ia”[3]
Sekiranya pembedahan berjaya, ambillah peluang utk mendekatinya … khabarkan kpdanya bahawa Allah masih lagi memanjangkan umurnya. Inilah sebaik-baik doktor sekiranya mereka berjaya menjadikan kedudukannya sebagai semulia-mulia kedudukan.
Roh adalah dari urusan Tuhanku
Apakah itu roh?
Kalau kita hendak mengetahui apakah itu roh, maka kita hanya boleh mengatakan roh adalah dari urusan Tuhanku untuk menghidupkan jasad-jasad manusia. Kematian bukanlah kesudahan bagi kehidupan ini, malah ia adalah kesudahan bagi episod dalam perkelanaan ini.
Manusia pernah kebingungan tentang urusan Roh, sehinggakan seorang Yahudi pernah bertanyakan kpd Rasulullah SAW tentang Roh. Dengan pertanyaan itu, mereka menyangkakan bahawa Rasulullah SAW akan mereka-reka cerita. Dengan itu, dapatlah mereka menuduh bahawa baginda berbohong dalam menyampaikan risalahnya. Lantas turunlah firman Allah SWT:
“Dan mereka bertanya kpdmu tengtang Roh. Katakan: Roh itu daripada urusan Tuhanku, dan kamu tidak diberikan sedikit ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”
(al-Isra’: 85)
Walaupun roh hidup dalam jasad kita, tetapi kita sendiri tidak tahu sedikitpun tentang roh kita. kita tidak tahu juga mana pula roh kita berada? Adakah di akal? Adakah di jantung? Adakah di darah? Adakah di kaki? Adakah di tangan atau di mana-mana sisi dari tubuh-tubuh kita? Di manakah roh kita?
Yang demikian, sekiranya roh yg berada di dalam badan kita gagal kita ketahui tempat dan bentuknya, bagaimana pula kita hendak mengetahui bagaimana pula roh itu masuk dan bagaimana pula ia keluar? Urusan roh & kematian adalah dari urusan Allah SWT.
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; Maka Dia menahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan”
(az-Zumar: 42)
Tapi malangnya pada hari ini, takutnya kita dengan mati tidak seiringan dengan usaha kita ke arah menemui kematian. Abu Maisarah meluahkan tentang kematian di dalam madahnya:
“Aku mengingati mati, tetapi aku tidak gerun terhadapnya. Sesungguhnya hati aku sangat tebal seperti batu. Aku mencari dunia seolah-olah aku akan kekal bersamanya, namun di belakang aku, tanda-tanda kematian sering menuruti. Cukuplah dengan mati sebagai pengajaran, bagi sesiapa yg matinya telah ditentukan. Kematian sekelilingnya mengintai-intai, Tiada seorangpun boleh lari & terlepas darinya”
(Tazkirah al-Qurtubi)
Gelapnya kubur bukan seperti gelapnya malam tidak berbintang ....
“Kubur itu tidak lain samada salah satu taman daripada taman-taman syurga atau salah satu lubang daripada lubang-lubang neraka”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Renungilah video ini dgn rasa keinsafan
-
- Ubat bagi segala penyakit sosial adalah dengan mengingati MATI -
[1] Imam at-Tirmizi mengatakan hadis ini Hasan Sahih Gharib. Namun, muhaqqiq Syeikh Usamah ar-Rahhal menyatakan hadis ini dhaif.
[2] Disebutkan di dalam sebuah hadis: “Siapa yg mati dalam keadaan berwuduk, maka matinya adalah mati syahid” (Dinaqal di dalam Hasyiah as-Syarqawi, Imam Zakaria al-Ansori)
[3] Ia merupakan keistimewaan ummat nabi Muhammad SAW, tidak pada ummat yg lain. Nabi Muhammad SAW mengenal ummatnya dari cahaya lebihan wuduk yg ada pada tubuh ummatnya. Yg dimaksudkan dengan dilebihkan wuduk pada wajah & tubuh adalah dgn melebihkan dari had yg diwajibkan. Sesungguhnya Abu Hurairah r.a membasuh tangannya sehingga ke bahu beliau. Di dalam kisah yg mashyur, saidatina Nafisah mengatakan mengenai keistimewaan Imam as-Syafi’i di saat kematiannya dengan berkata:
“Semoga Allah SWT merahmati as-Syafi’I. Beliau adalah seorang yg menyempurnakan wuduknya”
Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA adalah simbol Wanita Pertama. Namun tidak pernah ada wanita pertama yang setanding dengannya. Sedangkan wanita-wanita pertama yang disanjung dunia sebenarnya hanyalah mereka yang dibayangi oleh kehebatan suami. Dengan ‘menumpang tuah’, dapatlah mereka mengecapi layanan kenamaan. Kerana itu juga, mereka dijadikan simbol setiap perkara yang sinonim dengan wanita. Hakikatnya mereka dihormati selagi ada nama.
Ketika wanita pertama lain dihormati, dirai dan disanjungi hanya kerana status, Khadijah adalah sebenar-benar dirinya; biarpun dari dimensi mana ia dinilai, Khadijah tetap wanita yang terbaik. Dia simbol seorang isteri kepada suaminya, simbol seorang ibu kepada anak-anaknya serta simbol srikandi kepada masyarakatnya.
Dia mengisi makna hidup seorang wanita dengan menjadi isteri yang mendampingi dan mencintai suami, menjadi ibu yang mencetak anak-anak dengan warna mithali. Bahkan dia adalah lambang keperibadian insan yang tulus jiwanya dalam menggapai keredhaan Tuhan. Walhal wanita pertama lain menyerahkan urusan suami, anak-anaknya dan rumah kepada pembantu. Sedang hidup mereka tidak seperti masyarakat yang ‘dipaksa’ menyanjungi mereka.
Tokoh Masyarakat
Beliau seorang wanita yang terkenal lagi disegani masyarakat Quraisy bahkan bangsa Arab umumnya. Pada yang tahu, beliau adalah seorang usahawanita yang amat berjaya; memiliki perniagaan besar hingga menguruskan wakil-wakilnya yang dilantik ke luar negeri, malah membantu membangunkan keusahawanan melalui bantuan dan modal yang beliau berikan kepada pedagang-pedagang. Pada yang mengenali, beliau adalah seorang yang santun, cantik, bangsawan lagi budiman. Ternyata dan zahir, beliau seorang yang sempurna adanya.
Ramai yang menaruh hati padanya malah tidak kurang yang datang melamarnya, biarpun beliau berstatus janda. Dengan gelaran sebagai ath-Thahirah (wanita suci) dihiasi pekerti yang mulia, semuanya ditolak dengan baik. Hatinya tidak terbuka, sungguhpun yang pernah datang itu bukan sahaja dari pemuda dan pembesar Quraisy tetapi juga dari raja-raja yang memerintah negara.
Cahaya Cinta
Suatu malam, Khadijah bermimpi melihat matahari turun dari langit lalu masuk ke dalam rumahnya dan memancarkan cahaya yang menerangi setiap ruang rumah di Kota Mekah. Beliau merasa takjub dengan peristiwa yang dilihat dalam mimpi itu. Namun mimpi itu telah ‘mengganggunya’, fikirannya sering teringat dan hatinya terasa berdebar. Akhirnya keinginan untuk menyingkap mimpi itu membawakan beliau menemui sepupunya, Waraqah ibn Naufal; seorang pendeta agama Nasrani yang telah terlalu tua bahkan matanya buta.
Waraqah menakwilkan bahawa Khadijah bakal bernikah lagi. Maka semakin mendalamlah keinginan Khadijah untuk mengetahui lanjut lalu diajunya pertanyaan demi pertanyaan dan Waraqah pula memperincikan setiap tutur jawapannya. Terkelu Khadijah setelah sinar cahaya itu ‘diperlihatkan’; dia adalah Nabi akhir zaman, berasal dari Kota Mekah, dari suku Quraisy keluarga Bani Hasyim dan namanya Muhammad.
Sejak itu Khadijah dibugarkan dengan perasaan gembira yang luar biasa. Hidupnya terasa bersinar, bersemarak dari qalbu yang kini disuluh. Kini Khadijah diterangi ‘cahaya cinta’.
Hajat Termakbul
Sesungguhnya Allah telah mengatur suatu urusan yang pasti. DitentukanNya Muhammad kepada suatu keperluan dengan menjadi pekerja kepada Khadijah. Maka semakin mekarlah bunga-bunga perasaan yang tersembunyi di dalam qalbu Khadijah setelah mendengar dari ‘Atiqah selaku wakil yang datang berunding bahawa pemuda yang dipohonkan pekerjaan untuknya dari Khadijah itu bernama Muhammad.
“Baiklah, saya terima Muhammad dan saya hargai kesediaannya. Semoga Allah SWT melimpahkan berkatNya atas kita bersama. Wahai ‘Atiqah, setiap orang dalam rombongan niaga ini saya berikan penghasilan yang tinggi, dan bagi Muhammad saya berikan lebih tinggi dari biasa”, titip katanya yang tersirat rasa sukacita namun masih penuh kesopanan merahsiakan isi hati.
Tidak ada kehampaan buat Khadijah, ternyata pemuda al-Amin itu bukan sahaja menyinarkan cahaya cinta di hatinya, bahkan perdagangan ke Syam yang diamanahkannya kepada pemuda itu menghasilkan keuntungan yang besar.
Ummul Mu’minin Pertama
Beberapa hari berlalu, Muhammad al-Amin kemudiannya mendatangi Khadijah memohon upah yang belum diambilnya. Sifat dermawan Khadijah melahirkan pertanyaan lanjut akan keperluan sebenar pemuda itu sedangkan dirinya dilanda rasa takjub melihat keperibadian pemuda dihadapannya dan terluahlah Muhammad akan keperluan serta hajat keluarga bagi memenuhi nafkah sebagai bekal untuk mencari jodoh buat dirinya. Maka berkias-kiaslah Khadijah menyampaikan hasrat hati namun tidak difahami maksudnya oleh Muhammad.
“Tetapi sayang, dia ada aibnya! Dia dahulu pernah bersuami. Kalau engkau mahu, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu,” kias Khadijah menawarkan diri memenuhi hajat keluarga Muhammad.
Salah faham itu rupanya menimbulkan rasa tersinggung di hati pemuda yatim piatu itu. Diadukan kepada Abu Talib, bapa saudara yang amat menyayanginya. Maka tercabarlah ‘Atiqah mendengar rintihan anak saudaranya itu lalu segera menemui Khadijah.
Akhirnya tersingkaplah salah faham, makin bersinarlah hajat dari keduanya dan terlangsunglah ketetapan yang telah ditentukan Allah buat Muhammad dan Khadijah.
Pendamping Setia
“Wahai anak bapa saudaraku, untuk apa saya menolak Muhammad padahal dia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, mulia dan berketurunan bangsawan, lagipun tali kekeluargaannya luas. Kalau dia tidak berharta, saya cukup berharta. Saya tidak memerlukan harta lelaki,” demikianlah bait-bait kata Khadijah yang penuh iltizamnya untuk membantu bakal Nabi akhir zaman itu dan apabila dirinya sah menjadi isteri Muhammad, dia mengisyhtiharkan pemberiannya; “Wahai al-Amin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai!”
Firman Allah SWT:
“Dan Dia (Allah) mendapatimu seorang yang kekurangan (miskin), lalu Dia memberikan kekayaan.” (adh-Dhuhaa:8)
Motivator Suami
Sebagai seorang surirumahtangga, terbukti Khadijah seorang isteri dan ibu yang unggul. Di kala suaminya berkhulwah dialah yang menyediakan segala perbekalan dan menjaga anak-anak. Saat Muhammad kegelisahan menerima wahyu pertama di Gua Hira’, beliaulah yang menenangkannya. Dia menyantuni Baginda dengan pendekatan yang indah, membangunkan motivasi, menghilangkan kegusaran hati seorang insan yang menerima amanah dari Tuhannya.
“Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Demi Allah yang menguasai diri Khadijah, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini,” begitulah ungkapan Khadijah yang membuktikan keimanan lebih dahulu menerangi dirinya sejak 15 tahun sebelum Nubuwwah itu.
“Janganlah begitu, bergembiralah! Demi Allah, Allah tidak akan mengkhianatimu, selama-lamanya. Demi Allah! Sesungguhnya, engkau telah menyambung tali silaturrahim, berkata benar, memikul beban orang lain, suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada, meraikan tetamu dan sentiasa membela kebenaran,” lembut tutur katanya namun cukup membina!
Pengiktirafan Dunia dan Akhirat
Khadijah RA sesungguhnya seorang wanita yang menerima penghormatan bukan sahaja dari mereka yang mengenalinya, bahkan Malaikat Jibril dan Allah juga pernah menyampaikan salam buatnya melalui Baginda Rasulullah.
Jibril datang menemui Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, ini Khadijah yang membawa kepada kamu satu bekas yang terdapat di dalamnya lauk, makanan atau minuman. Apabila beliau sampai kepada kamu, sampaikan salam aku kepadanya dan salam dari Tuhannya. Sampaikan berita kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam Syurga yang dibuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan.”
Ketika Rasulullah menyampaikan kepadanya: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin.” Jawab Khadijah: “Allah yang menurunkan kesejahteraan (salam), daripadaNya berasal kesejahteraan dan kepada Jibril semoga diberi kesejahteraan.” terpancar sifat tawadhu’ dan ‘ubudiyyah dari lafaz katanya yang menjadi cermin keindahan dirinya.
Malah, Baginda Junjungan Besar juga memberi pengiktirafan yang besar kepadanya; “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam binti ‘Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad.”
Kehilangan Yang Tiada Pengganti
Nabi SAW tidak pernah mendapatkan dari Khadijah melainkan peneguhan hati dan kelapangan dada, melenyapkan kesedihan dan menggantikannya dengan kegembiraan serta meringankan urusan dengan bantuan darinya. Tidak pernah lahir dari Khadijah sesuatu yang menyedihkan; sama ada sesuatu yang tidak dipersetujuinya, penafian, jauh sekali kejelikan sikap mahupun menjauhi diri dari Baginda. Maka tidak hairanlah, Khadijah RA menjadi nostalgia indah buat Baginda.
“Allah tidak menganugerahkan kepadaku seorang isteri sebagai pengganti yang lebih baik dari Khadijah RA. Dia beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari kenabianku; dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakan diriku; dia membantuku dengan harta kekayaannya ketika orang lain tidak mahu memberiku; dan dari rahimnya Allah menganugerahkan anak-anak bagiku, bukan dari isteri lain.”(Riwayat Ahmad)
Akhir Kalam
Sesungguhnya Baginda telah kehilangan Khadijah di dunia, hingga sejarah menitipkan tahun itu sebagai Tahun Dukacita. Bahkan umat ini juga telah kehilangan insan dan ibu yang amat penyayang. Amat terasa sekali kehilangannya. Tidak terlafaz dengan kata-kata mengungkap rasa hiba, hanya air mata yang menemani.
Para suami juga merasa kekosongan dari lompang yang tidak mampu terisi wanita akhir zaman. Khadijah kini menjadi ‘igauan’, namun belum terlambat untuk para solehan meniti dan menjejaki langkahnya yang beliau akhiri hayatnya dengan penuh rendah diri dan tunduk pada Tuhannya, meninggalkan kata-kata teladan yang syahdu untuk diingati.
“Seandainya tulang-belulangku memiliki harga, suka untuk aku mewasiatkan agar dijual demi agama yang suci ini.”
Bonda Khadijah, sungguhpun kau telah tiada, semarak cintamu kekal selamanya……
Telah menjadi suatu kebiasaan di dalam penulisan kitab-kitab agama, penulis kitab akan membuka penulisan mereka dengan kalam Basmalah, kemudian dituruti bersama dengan selawat dan puji-pujian ke atas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Terutamanya di dalam kitab-kitab syarah atau hasyiah yg dikarang oleh para ulama al-mutaqaddimeen, sebelum mereka mensyarahkan tentang isi kitab tersebut, terlebih dahulu mereka akan memulakan perbincangan dengan mensyarahkan hukum hakam yg berkaitan dengan BISMILLAH.
Oleh itu, terdapat 2 persoalan penting yg dibincangkan mengenai Basmalah ini, iaitu:
1. Mengapa penulis memulakan penulisan dengan Basmalah?
2. Bilakah keadaan yg dituntut & tidak dituntut untuk mengucapkan Basmalah?
Jawapan persoalan pertama:
Para ulama menyatakan bahawa memulakan penulisan dengan Basmalah adalah dengan tujuan Iqtidaa’ (mengikut atau menyontohi) dengan sesuatu yg telah dimulakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran al-Kareem. Abu Bakr at-Tunisi telah menaqalkan bahawa telah menjadi ijma’ para ulama bagi setiap agama samawi(Islam, Yahudi & Nasrani) bahawa Allah SWT memulakan setiap kitab-Nya (Injil, Taurat, Zabur & Al-Quran) dengan Basmalah, berdasarkan kepada hadis:
كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أبتر أو أجزم أو أقطع
“Setiap pekerjaan yg tidak dimulai padanya dengan ucapan Basmalah, maka pekerjaan itu akan terpotong & terputus (iaitu cacat & kurang keberkatan)”
Perkataan أمر menunjukkan kepada keumuman pekerjaan termasuklah perbuatan, percakapan dan penulisan. WA
Jawapan kedua:
Walaupun kalimah أمر berbentuk umum, tetapi para ulama menyatakan bahawa di sana terdapat pengecualiaan terhadap tuntutan memulakan pekerjaan, percakapan & penulisan dengan Basmalah pd 5 keadaan:
1. Haram pada zatnya (dirinya) seperti zina, mencuri, merompak & sebagainya yg mana dalil pengharamannya thabit secara qat’ie di dalam al-Quran & sunnah nabi SAW.
2. Haram li ‘aridhi (haram disebabkan faktor luaran) seperti berwuduk dengan menggunakan air yg dirampas, sedangkan membaca Basmalah ketika hendak berwuduk pada asalnya merupakan salah satu dari sunat-sunat wuduk.
3. Makruh pada Zatnya seperti suami melihat faraj(kemaluan) isterinya tanpa sebarang sebab atau hajat.
4. Makruh li ‘aridhi seperti makan bawang & petai.
5. Berbeza ketika hendak membaca al-Quran, tidak disunatkan membaca Basmalah pada zikir semata-mata seperti “La ila ha illallah”. Begitu juga tidak disunatkan membaca Basmalah semata-mata ketika hendak mendirikan solat, kecuali kalau memulakannya dengan membaca surah al-Ikhlas sbg contoh, maka disunatkan membaca basmalah. Perkara nie banyak dilakukan masyarakat. Ia tidaklah haram, Cuma tidak disunatkan. WA.[1]
Hikmah dituntut memulakan pekerjaan dengan Basmalah:
Bukan setiap perkara yg Allah perintahkan dapat diketahui oleh manusia. Kadang-kadang ia merupakan perkara ta’abbudiyyah yg perlu kita laksanakan dengan penuh ketaatan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kebesaran Allah SWT bahawa Dia memiliki ilmu yg sangat luas melampaui keluasan alam semesta, sehingga tidak terjangkau oleh akal manusia yg lemah & terbatas ini. Namun begitu, kadang kala Allah SWT membukakan pintu rahsia & hikmah di sebalik perintah dan ciptaanNya kepada para ulama & hambaNya yg beriman. Ini suatu kelebihan yg tidak semua manusia mampu memilikinya.
Berkenaan dengan Basmalah, di sana terdapat hikmah & rahsia mengapa kita dituntut untuk memulakan setiap pekerjaan dengan membacanya.
“Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Kalau kita perhatikan, bukankah makna Basmalah ini seolah-olah seperti tergantung(tak sempurna)? Sebagai contoh kita sebut ‘dengan kerusi yg merah lagi kecil ini’ … bukankah tergantung maknanya? Ucapan seperti ini di dalam ilmu Balaghah dianggap sebagai ucapan yg tidak fasaahah kerana gagal memahamkan para audience. Namun begitu, adakah ini bermaksud bahawa kalam Allah SWT juga tidak fasaahah?
Bagi sesiapa yg pernah mempelajari ilmu Nahu bahasa arab, di dalamnya terdapat satu tajuk berkenaan dengan Harfu al-Jar seperti lam(ل), ba(ب), min(من) & sebagainya. Allah SWT memulakan kalimah Basmalah dengan huruf ba(ب) yg membawa maksud ‘dengan’. Mengikut kaedah nahu, huruf jar perlu dita’liq (bergantung) dengan fi’il (perbuatan) sebelumnya. Sebagai contoh, “Zaid pergi ke kedai dengan motor”. Dalam contoh ayat ini, ‘dengan’ bergantung dengan perbuatan ‘pergi’. Namun dalam ayat ini, kalimah ‘pergi’ disebut secara zahir. Tetapi berbeza dengan kalimah di dalam Basmalah … ia dimulakan dengan huruf ba tanpa didahului oleh sebarang kalimat yg menunjukkan kepada perbuatan. Justeru dalam hal ini, setiap orang yg ingin menyebut Basmalah, dia hendaklah mentaqdirkan (menganggap) di dalam hatinya dengan perbuatan yg ingin dia lakukan. Contohnya sekiranya zaid hendak membaca buku, maka zaid perlu nyatakan di dalam hatinya atau melafazkannya seperti ‘aku membaca buku Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’.
Apakah hikmahnya?
Hikmahnya adalah supaya kita sentiasa bergantung kepada Allah SWT, Tuhan yg memiliki sekalian langit dan bumi. Kita perlu sedar bahawa apa yg kita lakukan adalah dengan Iradah dan Qudrat-Nya. Sekiranya Allah SWT tidak mengkehendaki kita melakukannya, walaubagaimana cara sekalipun usaha yg kita lakukan … perkara tersebut tidak akan terlaksana. Kerana segalanya di bawah kuasa Allah … yg merupakan Raja dan Pemerintah bagi setiap yg bernyawa dan yg mati. Allah telah bersaksi bahawa agamaNya tidak akan hilang & hapus dari muka bumi ini walaupun orang kafir dan musyrik membencinya.
"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya"
(as-Shaff: 8)
Sekarang telah terbukti bahawa usaha yg selama ini mereka lakukan tidak berhasil. Mereka pernah meruntuhkan panji-panji Islam di Sepanyol suatu ketika dulu, tetapi hari ini suara Islam kembali kedengaran di sana. Rakyat beragama Islam menuntut hak mereka untuk mendirikan solat di masjid. Umat Islam bukan sahaja di Sepanyol, bahkan di negara-negara Eropah seperti England, Perancis dan sebagainya … jumlah mereka sudah semakin ramai. Di England, komuniti umat Islam merupakan komuniti kedua terbesar setelah Kristian. Gereja kosong … masyarakat Kristian tidak datang ke gereja lagi. Semangat keagamaan semakin hari semakin pupus di dalam diri mereka. Mereka mahu hidup bebas, menjadi atheis yg tidak mengenal tuhan. Gereja diambil alih & diganti menjadi masjid. Masjid-masjid tumbuh seperti cendawan. Ini membuktikan bahawa cahaya Islam sudah kembali menampakkan sinarnya dan akan terus terbit memancarkan cahayanya kepada seluruh alam.
Pejuang Islam dituduh zalim, terrorist dan penindas … mereka ditindas, dikecam dan dizalimi … tetapi ia tidak pernah memadamkan nama Islam dari peta masyarakat dunia, bahkan terjemahan al-Quran semakin banyak dicetak dek permintaan yg begitu tinggi dari masyarakat bukan Islam. Mereka ingin tahu Islam yg sebenarnya. Adakah benar ia ganas? Adakah benar ia zalim? Adakah benar ia mendiskriminasikan wanita? Jumlah manusia yg menganut Islam bertambah ramai … Allahu Akbar Allahu Akbar … suaran azan sayup-sayup kedengaran memanggil manusia …… Rumah Allah tidak pernah kosong dengan manusia seperti mana agamaNya tidak pernah kosong dari lambakan penganutnya.
Mengapa jadi begini..?
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(al-Hasyr: 22-24)
Kerana Dia adalah Allah. Bukan patung, bukan binatang & bukan juga manusia … tetapi dia adalah Tuhan sekalin alam. Qudrat Allah tiada siapa yg boleh menandinginya ..
Jangan melihat kalimah Basmalah pada bilangan hurufnya, tetapi lihatlah pada besarnya maknanya …
“Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang … aku memulakan pembacaan”
[1]Tuhfatul Mureed li Jauharatit Tauhid, Syeikh Ibrahim al-Baijuri, m.s 9, cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.