Tuesday, 20 November 2007

Mulakan Harimu dgn Solat Subuh ....

Pada Azan ada seruan ... pada seruan ada sahutan ... pada sahutan ada kewajipan ... pada kewajipan perlukan perlaksanaan. Hayya 'alal Falah ..
.
.
“Kringgggggggggggggggg………”, alarm handphone menerjah telingaku, menunjukkan jam sudah pukul 5.30 pagi.
.
الحمد لله الذي أحيانا من بعد ما أماتنا وإليه النشور
.
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas daripada kami dimatikan, dan kepada-Nyalah kami bakal dihimpunkan” [1]
.
اللهم اجْعَلْنِي مُحِبًّا عِنْدَك ومَهِيْبًا عند الناسِ وهَيِّنًا النفسي عندي

“Ya Allah! Jadikanlah aku kekasihMu, (jadikanlah diriku) haibah(gerun) di mata manusia namun hina di mataku sendiri”
.
Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan umurku. Aku masih lagi diberikan peluang untuk melihat perjalanan alam ciptaan Allah SWT, juga kebesaran-Nya. Takut rasanya jika tidak berkesempatan lagi untuk membukakan mata, dosa masih bertimbun & tidak bersedia …
.
Ahhh … sejuknya air pagi-pagi nie. Sejuknya sampai menusuk ke tulang …. Grrrrr.
.
الله أكبر الله أكبر
أشهد أن لا إله إلا الله
أشهد أن محمد الرسول الله
حي على الصلاة
حي على الفلاح
الصلاة خير من النوم
الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله
.
Sayup-sayup kedengaran azan subuh dikumandangkan. Menandakan jam sudah menunjukkan pukul 5.52 pagi.
.
... Kalimah agung bersulam tauhid. Bukan saja memanggil manusia mendirikan solat, justeru di dalam masa yg sama menyeru sekalian empunya akal & fikiran agar kembali kpd fitrah asalnya, iaitu menyembah Allah SWT, tiada Tuhan yg layak disembah dgn sebenar-benar sembahan melainkan Dia. Diulang-ulang setiap hari sebanyak 5 kali, menunjukkan betapa pentingnya mentauhidkan diri kepada Allah SWT. Tidak semata-mata utk ditauhidkan, bahkan mesti & perlu diBesarkan. Besarkan ! Bukan saja pada ibadahmu .... malah pada mu'amalatmu, urusan pentadbiranmu, ekonomimu, jihadmu, politikmu .... Besarkan Tuhanmu di mana saja kamu berada ..! Di daratan yg berbukit, di lautan yg meluas, di udara yg membiru & di mana-mana saja ada tempat kaki untuk berpijak, diri utk bernafas.... maka Besarkanlah!
.
Besarkan Tuhanmu dengan Allaaaahu Akbar ! Di situlah sebenar-benar kejayaan... 'La Haula wala Quwwata iLla BilLaahil 'Aliyyul 'Azeem' ...kamu menjawab, tetapi mengapa kamu tidak yakin & percaya ....???
.
Aku perlu cepat … kalau tidak aku akan ketinggalan bertakbir bersama-sama imam. Entah kenapa terlalu cepat pak bilal di sini melaungkan iqamat. Nak kata ikut mazhab Syafi’i tidak juga … bacaan imamnya pendek-pendek saja, tidaklah sampai waktu asfar. Mazhab Imam Abu Hanifah memang jauh sekali la …

Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala ….”, berniat sambil membasuh muka dengan air wudhuk. Dibasuh serata-ratanya dari hujung rambut sehingga ke bawah dagu & dari kanan ke kiri serta diselat-selatkan bulu-bulu janggut[2]. Ahh … segar rasanya apabila air mencecah ke muka. Mata yg mengantuk kembali menjadi segar ….

“Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kerana-Mu aku membersihkan diriku ini Ya Allah. Bersihkanlah diriku ini dari kekotoran dosa-dosa sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari najis kekotoran. Ya Allah, kau pancarkanlah nur di wajahku serta nur di hatiku. Kau peliharalah lidahku dari berkata nista & dusta. Ya Allah, kau jauhkan tanganku dari memegang benda-benda haram & najis. Ya Allah, kau jauhkan akal fikiranku dari memikirkan perkara-perkara maksiat yg akan menghitamkan hatiku. Ya Allah, kau jauhkan telingaku dari mendengar perkara-perkara sia-sia & haram. Ya Allah Ya Tuhanku, kau jauhkan juga kakiku dari menjejakkan kaki ke tempat-tempat maksiat”, aku berdoa sambil tertib mengenakan air wudhuk di anggota badan.
.

.
Selesai berpakaian & berwangian[3], terus aku membuka pintu rumah yg berkunci. Enjin kereta kemudian dihidupkan. Tanpa berlengah aku terus keluar menuju ke rumah Allah SWT. Hari masih gelap di luar, tetapi tidak terlalu pekat. Dedaunan & rumput padang disinggahi oleh embun-embun pagi. Bunyi ayam berkokok semasa kecilku tidak lagi kedengaran .. rindu benar aku dgn kokokan tersebut. Pembangunan membuatkan ayam-ayam tiada tempat lagi utk berkokok. Kesunyian pagi begitu amat mengasyikkan. Rumah-rumah di sekeliling masih belum membukakan matanya … masih tiada lampu yg dinyalakan. Ada rumah Melayu, rumah Cina & rumah India … majmuk sungguh kawasan perumahan di sini.
.
Tingkap kereta dibuka untuk menghirup udara pagi …. Sejuk memang sejuk, tidak mencengkam tetapi menyegarkan.
.
Akhirnya sempat juga sampai ke rumah Allah SWT … iqamat mula dilaungkan. Berpeluang lagi bertakbir bersama-sama imam. Akibat kepenatan yg bersangatan, kadang-kala aku terlewat juga ... hilang fadhilat takbir bersama imam. Amat-amat merugikan. Teringat aku akan sebuah riwayat, di mana Abdul Rahman ibn Aus terlewat berjemaah di masjid sehingga tidak sempat bertakbir bersama-sama nabi SAW. Setelah selesai solat berjemaah, nabi SAW bertanya kepadanya di atas punca kelewatannya. Beliau mengatakan bahawa beliau kesibukkan berniaga. Rasulullah SAW lalu mengatakan bahawa sekiranya dia menginfaqkan segala hartanya sekalipun, ganjarannya tetap tidak akan sama dengan bertakbir bersama-sama imam. Begitulah besarnya ganjaran bagi sesiapa yg dapat bertakbir bersama-sama imam …
.
Berpagi-pagi mendirikan solat subuh berjemaah memang menenangkan, malah lebih mengkhusu’kan[4]. Keadaannya berbeza sekali daripada solat sendirian di rumah. Cubalah jika tidak percaya … pasti kamu akan bersetuju dengan apa yg saya katakan.
.
Selesai solat … kami berzikir & berdoa beramai-ramai. Tidak terlalu nyaring, tidak juga terlalu senyap … tadharru’an wakhufyatan … itu kata Allah SWT di dalam surah al-A’raf. Aku lebih cenderung berzikir secara perlahan daripada dijaharkan … tetapi aku tidak menolak mereka yg berzikir secara jahar (kuat) asalkan tidak berlebihan. Kedua-duanya ada kelebihan & kebaikan. Imam Ibn Hajar al-Haitami mengatakan di dalam fatwanya[5]; berzikir jahar dapat melembutkan hati yg lalai, manakala berzikir secara sirr (perlahan) dapat mengelakkan daripada perasaan takabbur & ‘ujub. Tidak perlulah diperselisihkan akan perkara khilafiyyah sebegini; merugikan & mengeraskan hati …
.
Aku melangkah pulang ke rumah. Dalam perjalanan menuju ke rumah, dua tiga orang cina sudah mula kelihatan … mereka bersubuh-subuh dengan bersenaman & berjogging. Alangkah baiknya sekiranya mereka memeluk Islam, sudah tentu paginya pagi yg penuh keberkatan …
.
Kita memohon kepada-Nya agar Allah menghiasi hati kita dengan iman, memudahkan kita untuk berbuat ketaatan. Kita juga memohon agar Allah membangkitkan kita bersama-sama dengan mereka yang ingin mengutip mutiara-mutiara solat subuh berjemaah …..
.
Marilah bersama mereka .... Bulatkan niat, ikhlaskan hati .... kita pasti berkemampuan melaksanakannya. Mulakan harimu dengan solat subuh berjemaah ....[6]
.
.
Lihat bagaimana T.G Nik Aziz menghidupkan pagi-paginya
Semoga kita mendapat manfaat daripadanya
.

.
.
.
.
.
.
...........................
.
[1] Inilah cara kita menyambut new day kita, bukan cara yg disambut oleh sesetengah golongan pada setiap tahun baru .. bersorak-sorak, melalak, menjerit sehingga tidak peduli waktu solat. Islam bukan saja mengajar kita bagaimana menyambut tahun baru, tetapi mengajar bagaimana hari baru perlu disambut. Kita diajar menyambut setiap hari baru dengan doa ini. Terus berhubung kepada Allah SWT sebagai tanda syukur kerana masih lagi memanjangkan umur kita di dunia selepas kita dimatikan. Sebagai menunjukkan rasa syukur tersebut, kita hendaklah mendirikan solat subuh berjemaah kerana maksud syukur itu sendiri adalah melakukan sesuatu samada berbentuk lisan, i'tiqad atau perbuatan yg menunjukkan kepada kebesaran Allah SWT sesuai dgn kedudukannya sebagai pemberi Nikmat. Justeru, mendirikan solat juga merupakan salah satu dari tanda syukur seorang hamba kepada penciptanya iaitu dengan melaksanakan apa yg diperintahkannya. Apatah lagi, solat juga merupakan satu-satunya ibadah yg menghubungkan terus diantara hamba dgn Tuhan-Nya, satu perbualan yg tiada perbatasan ... puji-pujian serta doa kepada Maha Pencipta. Justeru, barangsiapa yg meninggalkan solat .. apatah lagi solat subuh ... dia seolah-olah tidak pernah bersyukur kpd Allah SWT. Apakah dia fikir makanan yg dimakannya, minuman yg diminumnya, duit yg diperolehinya semuanya hasil dari usahanya sendiri ...? Mereka yg meninggalkan solat memang merupakan hamba yg tidak pernah bersyukur .... Jadilah hamba yg tahu bersyukur.
.
[2]
Hukum menyimpan janggut: Jumhur fuqaha mengatakan wajib menyimpan janggut serta haram mencukurnya. Manakala Mazhab as-Syafi'i mengatakan sunat serta makruh mencukurnya. Tidak ada pendapat yg mengatakan hukum mencukurnya adalah harus. Ada pendapat yg mengatakan haram memotongnya & harus dibiarkan melebihi segenggam tangan. Tetapi Qadhi 'Iyadh mengatakan dibenarkan memotong janggut utk kelihatan kemas (bkn mencukur) & sekiranya dibiarkan ia akan kelihatan kusut. (al-Bayan, Syeikh Ali Jum'ah, m.s 89 / al-Halal wal Haram, Syeikh al-Qardhawi, m.s 125)
.
Bukankah menyimpan janggut itu lebih baik kerana ia tersangat hampir kpd sunnah Rasul SAW? Tambahan pula, tidak ada ulama yg menghukumkan harusnya mencukur janggut melainkan makruh saja. Bahkan antara sunat-sunat wudhuk adalah dgn menyelat-nyelati janggut. Daripada Hasan ibn Bilal katanya: "Aku melihat Ammar ibn Yasir berwuduk lalu menyelat-nyelati janggutnya. Lalu dikatakan padanya: Adakah kamu menyelati janggutmu? Ammar berkata: Apakah yg menghalang aku (dari melakukannya) & sungguh aku pernah melihat rasulullah SAW menyelati janggutnya" (Hadis riwayat Imam at-Turmizi, no. 29/m.s 17)
.
[3] Anas ibn Malik RA berkata: "Rasulullah SAW mempunyai sejenis minyak wangi untuk mewangikan badannya" (Hadis sahih riwayat Abu Daud, 4162)
.
[4] Perkataan khusu' adakalanya digunakan bg menunjukkan keadaan hati spt takut & adakalanya bg menunjukkan keadaan tubuh badan spt diam. Mengikut Imam Fakr ar-Razi di dlm tafsirnya, yg paling tepat, perkataan khusu' mestilah merangkumi kedua-dua elemen tersebut. Sebahagian ulama menyatakan bahawa khusu' ialah suatu hakikat yg wujud dlm diri seseorg insan yg dpt diketahui melalui ketenangan yg wujud pd anggota badan yg menepati maksud ibadah. Pengertian khusu' yg menunjukkan kpd keadaan hati adalah berdasarkan kpd hadis: "Khusu' itu tempatnya adalah di dlm hati". Adapun maksud khusu' yg menunjukkan kpd keadaan tubuh badan adalah berdasarkan kpd hadis: "Jika khusu' hati org itu, nescaya akan tenang semua anggotanya", memberi mesej bahawa anggota badan luaran menjadi petanda kepada anggota dlman iaitu hati. (Fath al-Bari, 2/264)
.
Menurut Syeikh Ali at-Tahanawi, bersandaran kpd hadis: "Nabi SAW bersolat pd suatu hari, tiba-tiba dtg kepadanya was-was", menunjukkan bhw khusu' hati tidak semestinya dgn kosongnya hati dari khayalan & gangguan, malah ia bukanlah syarat baginya. Bahkan kesungguhan melawannya merupakan tanda kekhusu'kan. Namun sekiranya gangguan tersebut didatangkan, maka ia tidak termasuk di dlm pengertian khusu' di atas.(Ahadis Risalah Hakikatut Tariqah min as-Sunnatil Aneeqah, Maulana Zaharuddin ibn Nawi, m.s 127)
.
Ibn Qayyim berkata: "Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyu'kan solat maka lebih elok dari dipejamkan. Dan pandangan yg mengatakan elok pejam adalah lebih bertepatan dgn tujuan solat berbanding pndangan yg memakruhkannya (spt Imam Ahmad & bbrp ulama Syafi'iyyah)" (Zadul Ma'ad, Ibn Qayyim, 1/285) Apapun, ia terletak kpd diri seseorg itu mengikut kadar kemampuan khusu'nya. Pilihlah yg mana lebih sesuai bgnya utk mendptkan khusu' dlm solat. WA
.
[5] Fatawa al-Hadisiyyah, Imam Ibn Hajar al-Haitami. Lihat artikel saya berkenaan dengan hukum menjaharkan zikir di dalam label ‘ilmiyyah & hukum’ di dalam blog ini.
.
[6] Saya rasa cara antara cara terbaik untuk melembutkan hati adalah dgn bangun solat subuh berjemaah kerana solat subuh adalah antara seberat-berat solat utk didirikan disebabkan oleh faktor waktu & keadaannya sebagaimana yg disebutkan di dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari & Muslim bahawa, “Sesungguhnya solat yg paling berat bagi orang munafiq adalah solat isya’ & solat Fajr”. Oleh yg demikian, melawan nafsu untuk bangun seberat solat subuh merupakan antara sebesar-besar jihad diri bagi seseorang. Sekiranya kita berjaya bangun mendirikan solat subuh secara istiqamah, insyallah kita memohon kepada Allah SWT agar hati kita dapat dilembutkan oleh-Nya. WA

0 comments: