(i)
Tenang rasanya ..
Apabila hati bersih dari keraguan.
Aku mahu bebas berkata-kata,
Semoga kata-kataku merupakan kata-kata dakwah,
Tarian penaku merupakan tarian dakwah,
Yang mungkin akan menebalkan imanku & iman pecinta keimanan.
.
(ii)
Wahai burung di kejauhan,
Sampaikan risalahmu melalui jari-jemarimu,
Agar ia meluas ke pengetahuan si hamba.
(iii)
Wahai burung berhati insan,
Lakukan tugasmu dengan penuh keikhlasan,
Walaupun jalannya berlekok dan berbatu,
Kau tetap akan ditemani tuhan …
.
.
Hamparkan sejadah .. berdirilah
Ratakan dahimu .. sujudlah
Panjangkan tanganmu .. berdoalah
Janji Allah termaqbul buat hamba di permusafiran
(iv)
Mak & ayah berterima kasih di atas pemberian,
Semoga rezekimu kekal berpanjangan,
Di sisi Allah segala pemberian.
(v)
Insan kerdil menadah tangan
Bukan sekadar di bibir, di hati jua tetap beriringan
Ku pakaikanmu permata, Allah pakaikanmu iman & taqwa
Semoga janjimu kekal, jiwamu tegar ..
Hamparkan sejadah .. berdirilah
Ratakan dahimu .. sujudlah
Panjangkan tanganmu .. berdoalah
Janji Allah termaqbul buat hamba di permusafiran
(iv)
Mak & ayah berterima kasih di atas pemberian,
Semoga rezekimu kekal berpanjangan,
Di sisi Allah segala pemberian.
(v)
Insan kerdil menadah tangan
Bukan sekadar di bibir, di hati jua tetap beriringan
Ku pakaikanmu permata, Allah pakaikanmu iman & taqwa
Semoga janjimu kekal, jiwamu tegar ..
0 comments:
Post a Comment