Sunday, 31 August 2008

Syria; Bumi yang penuh Keberkatan

.
.
Mfa: Assalamualaikum
.
ssza: waalaikumussalam wbt
.
Mfa: asif mengganggu
.
Mfa: ana sekadar nak tahu pengalaman anti pergi Syria hari tu
.
Mfa: macam mane?
.
ssza: Alhamdulillah, banyak sangat perkara yang ana belajar
.
Mfa: owh ... duduk di mana?
.
ssza: ana duduk di bukit, dekat dengan Abu Nur
.
Mfa: belajar bahasa Arab pun di situ juga ke?
.
ssza: tak..jauh sikit
.
ssza: 2 kali naik Service(seperti van)
.
ssza: hampir sejam juga perjalanan setiap hari
.
ssza: ana ambil private tutor
.
ssza: pergi rumah anisah(syaikhah) tu buat intensif
.
Mfa: oo
.
Mfa: so far selama 3 minggu di sana dapat tak apa yg diharapkan?
.
ssza: hhm, yes, dapat alhamdulillah but maybe tak cukup sebab sekejap sangat
.
ssza: Arab dapat, ngaji dapat, jalan-jalan dapat, bi’ah solehah pun dapat
.
Mfa: so kiranya kalau terserempak dengan orang Arab lepas ni boleh la nak communicate?
.
ssza: boleh la ... tp lembab la sikit
.
ssza: anta nak pergi ke?
.
Mfa: ermm ... insyallah
.
ssza: oh? wah seronoknye
.
Mfa: setakat yg ana pernah jumpa dengan kawan-kawan yang pernah ke Syria, semua rindu nak pergi sana balik sbb bi’ahnya susah nak cari di tempat lain
.
Mfa: betul tak?
.
ssza: ye, setuju. Tapi bagi ana, tu bukan hidup ana..i mean, my reality is here..
.
ssza: pergi sana utk belajar sebentar, and that's it
.
Mfa: yes, it’s true. Seronok mana pun tempat org, tempat sendiri tetap tak boleh ditinggalkan ..
.
Mfa: tapi rindu tu tetap ada
.
ssza: yes..setuju...mmg kadang-kadang teringat la..pengalaman yg unik-unik di sana...yelah, tak biasa dengan bi’ah sedemikian. Dan pengalaman itu ana bawa bersama semangat nak berkhidmat di negara sendiri...balik for good ke Malaysia
.
Mfa: what was it if u can share ... kan setiap orang melihat sesuatu keajaiban tu mengikut pandangan masing-masing?
.
ssza: yes, contohnya .. memakai purdah sesuatu yang baru, ditemani syabab sesuatu yang baru, tak boleh keluar malam sesuatu yang baru.. syabab angkatkan barang sesuatu yang baru
.
Mfa: ermm ... itu memang khusus untnk muslimat
.
Mfa: oic ... mesti ia satu pengalaman yang susah nak dapat di sini melainkan perkhidmatan di hotel-hotel besar saje
.
Mfa: mereka masih hormat pada muslimat
.
ssza: pengalaman khusus utk muslimat tu, bagi ana ia sgt significant, sbb mmg tak pernah rasa macam tu..
.
ssza: selain pengalaman dengar talaqqi(pengajian kitab) dlm Arabic dan bercakap Arab ada juga pengalaman yang mengejutkan, macam tetiba ada perempuan arab ni stop kami. Lepas tu dia tanye, pelajar ke? makan atau tak kalau saya bagi makanan..kemudian dia ajak pergi rumah dia. Dia bagi daging, bagi duit...
.
ssza: apa yang mereka nak hanyalah doa kita
.
Mfa: haa ... pengalaman tu saya sendiri pernah rasai
.
Mfa: bahkan mereka sedih kalau kita tak terima pelawaan mereka
.
Mfa: ana dan kawan-kawan pernah dapat 500 Lera dari seorang syeikh ni
.
Mfa: 500 Lera tu kira banyak la kan ..
.
ssza: Ya, byk
.
Mfa: boleh belanja dalam 3 minggu
.
Mfa: Syeikh tu tanya kami soalan yg sama juga .. student ke? .. lepas tu dia terus bagi duit
.
Mfa: dia kata itu duit zakat
.
Mfa: ermm ... alhamdulillah la kalau rasa seronok dan puas hati
.
Mfa: kiranya panduan dan pandangan yg ana berikan sebelum anti pergi tu tak salah la. Ok la kalau berpuas hati. Ana sekadar nak tahu je, takut-takut nanti anti berbeza pandangan dgn pandangan ana selepas anti pergi ke sana.
.
ssza: ok, jazakallah
.
Mfa: jazakillah. Asif ganggu ..
.
......................................................................
.
Perbualan di atas adalah YM saya dengan seorang muslimat yang baru sahaja mengutip mutiara-mutiara indah dari bumi Syria. Sebelum pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di United Kingdom, beliau bercadang untuk mendapat sedikit pendedahan berbahasa Arab di sana selamat 3 minggu ...
.
Saya rakamkan perbualan ini di sini untuk mendedahkan pengakuan seorang pelajar yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Syria serta menceritakan suasana dan keunikkan bi'ah yang beliau alami di sana.
.
Memandangkan sehari dua ini umat Islam sedunia akan sama-sama menyambut bulan Ramadhan, maka suasana di Syria memang akan sangat meriah dan kita akan dapati lebih ramai lagi penduduk Syria akan menghulurkan zakat dan infaq kepada para pelajar terutamanya pelajar Malaysia....
.
Keunikkannya susah untuk kita perolehi di tempat lain. Itulah Syria ... bumi yang penuh Keberkatan.
.
.
Bergambar bersama guru yang paling saya sayang, Syeikh Abu Yasin. Beliau mengajar saya al-Quran dan tajwid. Tiada apa yang layak untuk saya berikan sebagai ganti di atas segala pengorbanan dan ilmu yang telah beliau curahkan melainkan sebotol minyak 'atar saya ...

"Syeikh Abu Yasin, istakhdimaha fi kulli solatikum", pesanan terakhir saya sebelum kami berpisah. Saya berpesan agar beliau memakainya pada setiap kali hendak mendirikan solat, supaya 'atar yang sentiasa lekat di pakaiannya itu insyallah akan menghadiahkan pahala kepada saya yang faqir ini ...

Semoga Allah SWT panjangkan umur mu dengan kemuliaan dan keberkatan ... Ameen.

.............................................................................

* Perbualan di atas telah diedit tatabahasa dan corak penyusunan ayatnya serba sedikit agar sesuai dengan para pembaca. Namun format perbualan masih dipelihara agar ia tidak begitu beku dan kaku.

.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


0 comments: