Monday, 1 September 2008

DAURAH RAMADHAN

.
.
Bismillah ...
.
Alhamdulillah, selesai sudah solat tarawih pertama didirikan buat Ramadhan kali ini. Saya dan keluarga menunaikannya di Masjid Negeri Ipoh, diimami oleh pelajar-pelajar tahfiz yang hebat-hebat belaka...timbul rasa menyesal di hati dek tidak menghafal al-Quran sejak dari kecil.
.
Ramadhan kali ini begitu berharga buat saya kerana sejak menuntut di UIA, ini kali pertama saya berkesempatan untuk memulakan puasa pertama seterusnya ifthar bersama keluarga dengan kehadiran abang saya yang sedang bercuti.
.
Hmm ..cepat rasanya masa berlalu. Rasanya baru saja kita menjalani ibadah puasa tahun lepas ... sedar tak sedar, kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun ini.
.
Sebagai makluman, Insyallah, mulai daripada esok sehingga ke penghujung bulan Ramadhan ini ... kalau tidak ada aral melintang, serta dipanjangkan umur oleh Allah SWT ... saya akan terus cuba meng'update' blog ini dengan pengisian-pengisian ilmiah khusus untuk Ramadhan yang saya istilahkan dengan "DAURAH RAMADHAN".
.
DAURAH RAMADHAN ini akan mengupas sedikit sebanyak ayat-ayat al-Quran yang berkait dengan persoalan puasa, hadis-hadis hukum dan umum mengenainya, solat terawih dan sebagainya.
.
Diharapkan dengan pengisian DAURAH RAMADHAN ini akan memberikan manfaat kepada saya dan semua pengunjung blog ini berkenaan dengan persoalan dan isu-isu berkaitan dengan perkara yang berkisar di dalam bulan Ramadhan.
.
Semoga usaha hamba Allah yang faqir dan sedikit ini diterima oleh Allah SWT dengan redha-Nya.
.

0 comments: