.
.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
“Hafiz Firdaus pakai kulit babi? Mahukah anda semua mempunyai 'ustat' yang berpakaian dari kulit babi ?Kalau anda wahabi, maka jawapan anda adalah "ya". Kita akan lihat wahabi wahabi akan cuba sedaya upaya 'menghalalkan ' babi ni.Tunggu dan lihat..Terlalu banyak kesesatan wahabi ni sebenarnya...”– Kenyataan yang saya terjumpa di dalam sebuah blog.
.
.
.
.
...................................
.
Riwayat ini bukan menunjukkan tegahan mendirikan solat di dalam gereja(malah boleh solat di dalam bilik mandi yg tidak mempunyai tandas, syarat: bersih), tetapi sekadar untuk mengelakkan fitnah ke atas umat Islam, apatah lagi apabila ia dilakukan oleh Amir al-Mukminin, sudah tentu ia akan menimbulkan pelbagai isu dan persoalan. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin masyarakat, belum tentu perkara yang harus bagi orang awam itu harus juga baginya kerana setiap perbuatan mereka menjadi perhatian masyarakat. ((At-Tibyan, Imam An-Nawawi))
“Engkau sahabatku di telaga[1] dan sahabatku di dalam gua” ((Riwayat Tirmizi: 837/3679))
.
Hadis-hadis ini telah menjadi saksi betapa Abu Bakar RA merupakan sahabat agung Rasulillah SAW di dunia dan akhirat. Di samping menghormati diri beliau sebagai bapa mertuanya, beliau juga dihormati sebagai seorang sahabat yang terlalu banyak berjasa dan berkorban di dalam perjuangan Rasulullah SAW sehingga apabila ditanya oleh Rasulullah SAW tentang harta-harta yang telah beliau infaqkan di jalan Allah SWT, Abu Bakar RA menjawab: “Aku tiada apa-apa melainkan Allah dan dirimu wahai Rasululllah”.
.
Lihat bagaimana keperibadian beliau di hadapan Rasulullah SAW dan bagaimana pula kedudukan beliau di sisi baginda SAW?
.
Di kala ramai orang ragu-ragu dengan kenyataan Rasulullah SAW mengenai perjalanan Isra’ dan Mi’rajnya ke Sidratul Muntaha, Abu Bakar hadir dengan gerbang iman yang mengimani dan membenarkan sepenuhnya khabar yang disampaikan oleh nabi Allah itu tanpa sedikitpun ragu-ragu terhadap baginda SAW. Kerana itu, beliau digelar As-Siddiq oleh nabi SAW dan ini merupakan suatu penghormatan dan pengiktirafan yang tersangat agung yang diberikan oleh utusan Allah SWT kepada beliau.
.
Oleh itu, tanyakan kepada diri sendiri, wajarkah tohmahan sebegini dilemparkan kepada beliau?
KETERANGAN DARIPADA AL-QURAN:
.
Baik, kalau anda tidak percaya kepada hadis-hadis yang dikemukakan kerana tiada jaminan yang menetapkan bahawa ia tidak akan terdedah dari pelbagai pemalsuan dan penyelewengan, maka dengan itu, mari kita merujuk kepada sumber pertama kita, iaitu al-Quran al-Kareem yang dijamin oleh Allah SWT sendiri daripada diselewengkan. Allah SWT dengan kebenaran kalam-Nya telah berfirman:
فقم بعلم ولا تبغي به بدلا فالناس موتى وأهل العلم أحياء
"Pelajarilah ilmu dan janganlah mencari selainnya kerana semua manusia akan mati, tetapi ilmu akan terus hidup"
.
“Ana terkejut bila pergi bilik Prof. Dr. Aziz Bari”, cerita sahabat saya
.
“Kenapa?”, tanya saya
.
“Mana tidaknya, kalau pergi bilik dia, jangan harap la nak dapat duduk, kene berdiri je.. sebab bilik dia penuh dengan buku-buku hatta kat atas kerusi pun”, sambung beliau menceritakan tentang Professor yang menjadi kegilaan kebanyakkan pelajar Ahmad Ibrahim Kuliah of Law (AIKOL), UIA.
.
Alhamdulillah, saya berkesempatan menjadi anak murid beliau bagi subject Constitutional Law I ketika berada di tahun 2 pengajian di AIKOL.
.
Beliau memang seorang Akademis yang sangat ‘prominen’ di kalangan akademis, pengamal undang-undang dan politikus tanahair dan sangat aktif dalam menulis dan memberi pandangan berkenaan dengan isu-isu semasa yang bermain di dalam Negara hari ini.
.
Pandangan beliau yang kebanyakkannya sering tidak memihak kepada kerajaan telah menjadikan beliau dilihat sebagai seorang akademis yang kontroversi.
.
“I don’t mind if they want to sack me! There’re many places still offering me for this”, cerita beliau kepada sahabat saya.
.
Begitulah realiti seseorang yang punya prinsip hidup yang jelas, tidak gentar walaupun terpaksa dipecat daripada jawatannya. Yang penting, kebenaran perlu tetap ditegakkan dan amanah ilmu perlu dipelihara dan dilaksana. Saidina Ali ibn Abi Talib RA pernah mengatakan di dalam sebuah syairnya:
Lihatlah bagaimana peningkatan kes jenayah yang menjadi-jadi (termasuk pembunuhan ke atas al-marhum Ust Khairuddin di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh baru-baru ini), kejatuhan ekonomi dunia yang mendadak, penindasan barat ke atas umat Islam khususnya di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Chechnya serta keruntuhan akhlak manusia telah membuktikan betapa undang-undang manusia atau dengan istilah Man Made Law gagal untuk menjadi pelindung dan pengawal kepada keselamatan dunia.
Beginilah keadaan dunia tanpa Agama. Apa yang dibangunkan, kesemuanya merupakan suatu kepalsuan yang tidak lebih seperti bayang-bayang di atas permukaan air.
كل دنيا تبنى على غير دين فبناء على شفير هاري
“Setiap dunia yang dibangun tanpa berpaksikan agama, ia akan runtuh di hujung pembangunannya” (Sya’ir arab)
Sampai bila kita mahu menumpang di atas tiang-tiang yang palsu ini ...?
“Huwa Malizi lakin yuhib yatakallam arabiyyah”, terang Ustaz Abdullah kepada Ustaz Abu Iman tentang saya dengan bahasa Arab ala Indianya.
.
Saya berdiri di penjuru counter pembayaran sambil melihat Ustaz Abdullah dan Ustaz Abu Iman berbual-bual mesra. Ustaz Abdullah memang seorang yang sangat mesra. Sifat ramah beliau membuatkan setiap orang yang datang selesa dengan layanannya. Sebelum itu, tempat beliau telah diisi oleh Abang Sufian, pelajar ‘postgrad’ UIA dari Thailand yang bekerja ‘part time’ di kedai buku itu.
.
“Saya dari kuliah mana?”, tanya Ustaz Abu Iman kepada saya.
.
“Ana min Syariah wal Qanun”, jawab saya ringkas.
.
“Aiwa!!”
.
“Saya nak tanya, awak rasa apakah antara asas-asas penting untuk mempelajari Syariah dan Qanun?”, tanya beliau kepada saya lagi.
.
Hati saya tiba-tiba bergerak kencang. Saya rasa masa tu muka saya memang pucat dah. Mana tidaknya, tiba-tiba baling bom macam tu pada saya.
.
“Erm, saya rasa bahasa ..”, lama saya melihat wajah beliau sebelum memberikan jawapan.
.
“Ya, itu syarat utama. Tetapi sebenarnya ada 3 asas penting yang perlu awak tahu”, beliau membenarkan jawapan saya sambil menjelelaskan dengan lebih detail berkenaan dengan ketiga-tiga syarat itu.
.
BAHASA ARAB
.
من تعلم العلوم بغير نحو كعنين يعالج فرج بكر
.
Ulama Hanafiah dan Syafi’iyyah berbeza pendapat tentang waktu iddah perempuan yang diceraikan oleh suaminya. Adakah sebanyak tiga kali suci atau tiga kali haid?
.
Ini adalah kerana, lafaz قُرُوءٍ mempunyai dua makna yang sah (lafaz Mushtarak) di dalam bahasa arab samada at-Tuhr (suci) ataupun al-Haidhah (haid).
.
Oleh itu, untuk memastikan ketepatan maksud lafaz tersebut, para ulama mengeluarkan hukum berkaitan ayat ini berdasarkan kepada penilaian bahasa.
.
Ulama Hanafiah, mereka melihat lafaz ثَلَاثَةَ pada sifatnya yang Am ataupun yang Khas. Nombor termasuk di dalam lafaz ‘khas’ kerana bilangannya tidak boleh berubah samada berkurangan atau bertambah. Dalam erti kata lain, sesiapa pun akan mengatakan bentuk tiga itu sebagai nombor tiga, bukan satu atau dua. Justeru itu, untuk memastikan nombor tiga kekal sebagai tiga tanpa sebarang pengurangan dan penambahan, maka lafaz yang paling sesuai untuk قُرُوءٍ ini adalah lafaz al-Haidhah.
.
Ini adalah kerana, si suami diharamkan menceraikan isterinya ketika beliau sedang berada dalam keadaan uzur. Keharusan tersebut hanya dibenarkan ketika si isteri berada di dalam keadaan suci. Mereka berpendapat, jika berpegang kepada pendapat as-Syafi’iyyah, syarat lafaz ثَلَاثَةَ tidak akan terpenuhi sekiranya si suami menceraikan isteri contohnya di pertengahan bulan. .
Berbeza dengan Ulama Syafi’iyyah, mereka berpendapat bahawa lafaz ثَلَاثَةَ terbit dengan lafaz ta’nis (female). Di dalam kaedah nahu, apabila (‘adad) nombor itu adalah Muannas (female), maka lafaz selepasnya (ma’dud) mestilah Muzakkar (male). Oleh itu, maksud yang paling tepat bagi قُرُوءٍ adalah at-Tuhr kerana ia datang dengan lafaz muzakkar. Maka selesainya tempoh iddah perempuan tersebut setelah beliau melalui 3 kali suci secara berturut-turut selepas beliau diceraikan oleh suaminya.
.
Lihat bagaimana peranan kaedah nahu dan saraf begitu sekali penting di dalam pembentukkan hukum fiqh, yang sekiranya kita tidak mempunyai asas mengenainya, apakah kita berkemampuan untuk memahami punca dan pokok perbezaan yang berlaku di kalangan mereka?
.
MUSTOLAH HADIS
.
“Ustaz .. Fitri, sila duduk dulu la. Saya hidangkan air untuk antum berdua”, pelawa Ustaz Abdullah.
.
“Tak pe lah ustaz. Jazakallahu khair …”, saya membalas. Ustaz Abu Iman pun membalas kata-kata yang sama.
.
“Eh, tak pe. Adat di India macam tu. Kalau ada tetamu, kami akan hidangkan air”, Ust Abdullah membalas.
.
“Antum mahu air apa … teh? Kopi?”, beliau bertanya lagi.
.
“Apa-apa la ustaz”, saya menjawab.
.
“Baik, yang kedua adalah mustolah hadis”, Ustaz Abu Iman menyambung penjelasannya.
.
“Kita akan tahu bagaimana nak berdepan dengan hadis-hadis yang saling berta’arud(bertembung), bagaimana dengan hadis marfu’, mauquf dan sebagainya..”, ujar beliau.
.
Ilmu mustolah hadis adalah diantara ilmu alat yang tidak kurang pentingnya di dalam pengajian agama. Ilmu ini mendedahkan kepada para pelajar tentang kategori hadis serta syarat-syarat pengketegoriannya seperti hadis Mutawatir dan Ahad serta hadis Sahih, Hasan dan Dhoif. Apakah perbezaan antara Hasan dan Hasan Sahih di dalam At-Tirmizi? Mengapa timbulnya istilah tersebut?
.
Manakah yang perlu diberikan keutamaan apabila berlakunya pertembungan di antara perbuatan nabi dan percakapan nabi? Bagaimana sekiranya berlakunya pertembungan antara hadis sahih dengan hadis sahih yang lain dengan matan yang berbeza bagi topik yang sama?
.
Apakah hadis Dhoif akan kekal dengan keDhoifannya tanpa boleh dinaik taraf kepada Hasan Li Ghoirihi? Apakah boleh beramal dengan hadis Dhoif dan apakah syarat jika ingin mengamalkannya?
.
Apakah maksud hadis Mauquf, Marfu’, Inqita’, Munqati’, Mursal dan Musalsalat? Apakah kedudukannya di sisi ahli feqah dan ahli hadis serta hukum berhujjah dengannya?
.
Semua contoh-contoh persoalan yang diberikan adalah antara perkara penting yang perlu diperhalusi oleh setiap para pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka di dalam bidang Syari’ah dan Hadis.
.
Selain pegangan tauhid yang goyah, wujudnya golongan Anti-Hadis yang mempertikaikan hadis-hadis nabi SAW adalah berpunca daripada kejahilan mereka berkenaan ilmu mustolah hadis.
Para ulama telah beratus tahun mengkaji permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan hadis dan akhirnya membukukan pelbagai kaedah mengenainya.
.
Jadi, sekiranya mereka mampu memahaminya dengan baik, maka tidak akan berlaku sebarang permasalahan apabila berlakunya pertembungan di antara satu hadis dengan hadis-hadis yang lain.
.
USUL FEQH
.
“Baik, awak rasa yang ketiga apa?”, tanya ustaz Abu Iman lagi kepada saya.
.
“Usul Feqh …?”, saya pantas menjawab.
.
“Aiwa”, belia membalas ringkas.
.
“Ilmu ini mengajar kita bagaimana hukum feqh itu dikeluarkan dan mengapa berlakunya khilaf di kalangan ulama”, beliau menjelaskan.
.
Saya lebih banyak menganggukkan kepala daripada bercakap.
.
Ilmu ini sangat penting bagi pelajar Syari’ah. Saya rasa tidak lengkap sekiranya kita hanya mempelajari feqh tanpa mempelajari usul feqh. Ia saling berkaitan dan paut memaut.
Mengapa?
.
Kerana usul feqh merupakan ilmu yang mengumpulkan pelbagai kaedah dan dalil-dalil ijmali yang menghubungkannya kepada pengeluaran hukum.
.
Ia adalah ilmu yang menyampaikan kepada kita tentang hukum-hukum amali Syari’ah dan mendedahkan kepada kita turuq atau jalan-jalan pengistinbatan yang digunakan oleh para fuqaha dalam mengeluarkan pendapat mereka.
.
Mempelajari feqh hanya mendedahkan kepada kita hukum hakam yang telah tersedia dibina oleh para fuqaha misalnya, hukum takbiratul ihram adalah wajib, tetapi asas pengisbatannya tidak diperincikan. Maka usul fiqh mericikannya, iaitu kerana mengambil athar(kesan) daripada hadis nabi SAW yang mewajibkannya.
.
Di dalamnya, kita akan mempelajari 4 sumber-sumber hukum yang disepakati oleh para fuqaha seperti al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias di samping sumber-sumber yang tidak disepakati seperti Istihsan, Istishab, Saduz Zari’ah, Qaul Sahabi, ‘Uruf, Syara’ min Qablina dan Masalih al-Mursalah.
.
Kita juga akan diajar tentang pembahagian hukum, syarat-syarat taklif, syarat-syarat mukallaf(orang yang menanggung beban taklif – manusia) serta pembahagian lafaz seperti lafaz Am, Khas, Mushtarak, Mujmal, Muqayyad dan sebagainya.
.
Contoh yang boleh kita ambil adalah berkenaan dengan halangan(maani') hukuman Qisas terhadap bapa yang membunuh anaknya secara sengaja.
.
Mungkin ada yang bertanya, mengapa macam tu plak? Kalau anak bunuh ayah kene Qisas tapi kalau ayah bunuh anak, tak kene plak? Ini tak adil ..!!
.
Nampak memang macam tak adil, tapi sebenarnya adil.
.
Kalau kita mempelajari usul feqh, para fuqaha menjelaskan bahawa halangan tersebut berlaku disebabkan oleh faktor ‘kebapaan’ yang ada pada si bapa. Dalam erti kata lain, status pembunuh sebagai ‘bapa’ kepada mangsa telah menjadi halangan daripada hukuman qisas dijatuhkan ke atasnya walaupun dia berkewajipan membayar diyyah (sejumlah wang) sebagai ganti kepada pembatalan hukuman qisas tersebut.
.
Matlamat hukuman qisas pula adalah untuk memberi pengajaran kepada si pembunuh, tetapi sifat ‘kebapaan’ yang secara normanya cinta, sayang dan kasihkan kepada anak-anaknya tidak cukup untuk hukuman itu memberi impak kepadanya.
.
Secara lumrahnya, seorang bapa tidak akan terlintas untuk membunuh anaknya walau sejahat manapun dia walaupun hati bapanya terseksa dan malu dengan sikap anaknya yang sebegitu. Kalaupun pembunuhan itu berlaku, penyesalan bapa di atas perbuatannya itu pasti tidak akan beliau maafkan kerana sifat kasih sayang yang secara semula jadi itu wujud di antara bapa kepada anaknya.
.
Kedua, kerana bapa adalah faktor wujud dan hidupnya seorang anak di muka bumi, maka tidak layaklah kewujudan anak itu menjadi faktor kepada hilangnya seorang bapa.
.
MINUM KOPI
.
“Ustaz .. Fitri, duduk dulu. Ini air kopi untuk antum”, pelawa ustaz Abdullah lagi.
.
“Ustaz, tafaddhal”, saya pula yang mempelawa ust Abu Iman duduk.
.
“La ba’sa. Antum dhoif huna … ijlis, ijlis”, jawab beliau.
.
“La ba’s ustaz. Ana ma ziltus Syabab”, saya memaksa beliau duduk.
.
Ustaz Abdullah pun kemudiannya mengambil satu lagi kerusi untuk kami. Dengan hidangan kopi yang enak baunya, kami meneruskan perbualan. Ustaz Abu Iman tidak berhenti-henti bercakap, memberi pandangan dan nasihat. Sambil-sambil itu, Ustaz Abdullah pun kadang-kadang mencelah juga bertanyakan tentang pengajian ‘master’nya kepada ust Abu Iman.
.
Saya terpaksa mendengar ucapannya dengan baik kerana ucapannya laju dan lahjah(loghat)nya pekat. Kadang-kadang ada ucapannya yang tidak dapat saya tangkap tapi saya cuba mengambil kesimpulan daripada ucapannya.
.
“Ustaz, kalau tak keberatan, boleh tak saya nak bertanya sesuatu?”, saya bertanya.
.
Dia mengangkat bulu keningnya tanda membenarkan.
.
“Ustaz pensyarah di UIA ke?”, saya bertanya.
.
Erm, patutlah beliau tanya soalan begitu, rupa-rupanya beliau pernah menjadi pensyarah di Jami’ah Iman di San’a, Yaman. Kedatangan beliau ke sini adalah dalam proses menyiapkan PhD beliau di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Namun bukan di dalam bidang agama, tetapi pendidikan.
.
Proses pembelajaran di Jami’ah Iman katanya memang tinggi. Untuk mendapat ‘Bachelor in Syari’ah’, para pelajar mesti menamatkan tempoh pengajian lengkap selama tujuh tahun di sana dengan syarat-syarat pengajian yang ketat. Sekiranya mereka menamatkan pengajian selepas tempoh empat tahun, mereka hanya akan diiktiraf sebagai pelajar lepasan Diploma sahaja.
Patutlah huruf Qaf bunyi Ga, rupa-rupanya orang Yaman.
.
Setelah puas kami berbual, akhirnya kami berpisah di pintu kedai buku Fajar Ulung. Beliau berjalan menuju arahnya, saya berjalan dengan bekalan nasihat.
.
“Khair Ustaz Abdullah … Assalamualaikum”, di depan pintu itu saya memberi salam.
.
“Alaikumsalam …”, balas beliau dengan iringan senyuman.
.