.
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ امْرَأَةً مِنْ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
.
.
“Sesungguhnya nabi SAW menciumi salah seorang daripada isteri-isterinya, kemudian terus keluar mendirikan solat tanpa memperbaharui wudhuknya” (Contoh Hadith)
.
“Puak-puak Syiah mana pakai hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ni”, kata Ustaz Fakhrurrazi.

“kenapa ustaz?”, saya bertanya
“kenapa ustaz?”, saya bertanya
.
“Syiah kata hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ni palsu..”, jelas beliau.

“Mereka kata, Aisyah tidak layak menceritakan hal-hal peribadi rumah tangga beliau dengan Rasulullah pada masyarakat sebab benda ni benda aib yang tidak sepatutnya didedahkan, bahkan akan mengaibkan Rasulullah sendiri”, ustaz menyambung penjelasannya.

Logik atau tidak alasan yang dikemukakan oleh puak-puak Syiah ini?

Saya sendiri mengakui bahawa alasan ini ada logikanya.

Oleh yang demikian, sekiranya pendedahan yang jelas akan hakikat mazhab Syiah ini tidak dilakukan, saya rasa, ramai orang-orang awam akan terpengaruh dan membenarkan alasan yang cuba dimainkan oleh puak-puak Syiah ini.

Masakan tidak, semua orang meyakini bahawa hubungan suami isteri termasuk di dalam perkara peribadi yang tidak sepatutnya didedahkan, khususnya kepada masyarakat Asia yang kebanyakkannya masih lagi berpegang teguh dengan nilai-nilai ketimuran mereka bahawa perkara sex dan hubungan peribadi suami isteri termasuk di dalam perkara aib yang tidak layak untuk diceritakan.

Justeru, bersandarkan kepada logika ini, maka tidak seharusnya Aisyah RA menceritakan hubungan peribadi beliau dengan Rasulullah SAW di khalayak ramai. Ia suatu yang mengaibkan !!

Percayalah, semua ini adalah suatu pendustaan yang tidak berasas !!

Ia merupakan suatu penganiyaan terhadap sahabat Rasulillah SAW dan jenayah yang besar terhadap isteri baginda SAW.

SIAPAKAH ISTERI-ISTERI NABI?
SIAPAKAH ISTERI-ISTERI NABI?
.
النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ
.
“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka” (al-Ahzab: 33)

Allah SWT menyatakan bahawa mereka adalah Ummahatul Mukminin[1] atau ibu kepada orang-orang yang beriman. Mereka bukan saja haram untuk dikahwini oleh umat Muhammad SAW sebagaimana diharamkan kepada kita untuk mengahwini ibu-ibu kita, malah mereka juga wajib dihormati dan dibesarkan dengan status mereka sebagai isteri-isteri nabi SAW. Oleh yang demikian, mereka tidak selayaknya menerima sebarang celaan dan kehinaan kerana Allah SWT sendiri memberikan penghormatan terhadap mereka dengan mengiktiraf dan menggelari mereka sebagai ibu kepada orang-orang yang beriman.

Ini merupakan suatu pengiktirafan yang terlalu tinggi dan termulia di sisi Allah SWT. Ia bukanlah sebarang gelaran, tetapi gelaran sebagai IBU kepada orang-orang yang BERIMAN.

Sekiranya Allah SWT mewajibkan kita menghormati ibu bapa kita seperti mana yang difirmankan di dalam surah al-Isra’ ayat 23, dan Rasulullah SAW juga menyatakan “Ibumu, ibumu dan ibumu” sebanyak tiga kali selepas ditanya oleh seorang sahabat mengenai siapakah insan yang paling layak untuk diberikan kebaikkan[2], maka apakah ibu-ibu orang-orang yang beriman ini yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW tidak lebih layak untuk diberikan penghormatan dan kemuliaan?

Anda sendiri tentu tahu jawapannya …
Anda sendiri tentu tahu jawapannya …
.
HIKMAH DI SEBALIK PERKAHWINAN NABI SAW
HIKMAH DI SEBALIK PERKAHWINAN NABI SAW
.
Perkahwinan nabi SAW dengan 11 orang isterinya bukanlah disebabkan oleh desakkan syahwat dan nafsu manusiawi seperti yang cuba difitnah oleh golongan Orientalis, tetapi sebenarnya merupakan penetapan yang dikhususkan ke atas nabi Muhammad SAW kerana 4 faktor di antaranya disebabkan oleh faktor Pendidikkan dan Pensyari’atan.[3]

Sepertimana Anas ibn Malik RA banyak meriwayatkan hadis-hadis yang berkaitan dengan aktiviti sehari-hari Rasulullah SAW[4], maka isteri-isteri Rasulullah SAW pula banyak berperanan di dalam membantu dakwah Rasulullah SAW terutamanya berkaitan dengan hal-hal yang melibatkan permasalahan wanita dan rumah tangga.

Sebagaimana Islam merupakan agama yang lengkap meliputi seluruh kehidupan manusia, maka perkara-perkara yang melibatkan cara pengurusan diri[5], rumah tangga dan kewanitaan juga termasuk di dalam risalah dakwah baginda SAW.

Risalah suci ini juga tidak hanya tertumpu kepada golongan adam semata-mata, bahkan meliputi golongan hawa yang juga merupakan sebahagian daripada komuniti kemasyarakatan. Akan tetapi, ada di kalangan mereka yang malu untuk bertanya kepada Rasulullah SAW akan beberapa persoalan terutamanya yang berkaitan dengan permasalahan wanita seperti masalah haid, nifas, junub, rumah tangga dan sebagainya. Kerana itu, terkadang mereka tidak menanyakan soalan terus kepada baginda SAW, tetapi kepada isteri-isteri Rasulullah SAW untuk mendapatkan penjelasan.

Memandangkan pentaqriran dan perbuatan nabi SAW termasuk di dalam sunnah Rasul SAW, maka apa yang ditaqrirkan melalui perbuatan isteri-isteri baginda ketika bersamanya, juga perbuatan-perbuatan baginda SAW bersama mereka[6] berhak untuk diceritakan di atas tujuan pendidikan dan pensyariatan.

Begitu juga dengan Rasulullah SAW, seperti mana yang diriwayatkan, baginda merupakan seorang insan yang pemalu melebihi anak gadis, sehingga kadang-kadang terlalu sukar untuk baginda menjawab beberapa persoalan kewanitaan yang ditujukan kepada baginda, dan terpaksa berkias untuk menjawabnya. Dengan itu, isteri-isteri bagindalah yang akan memperjelaskan lagi maksud sebenar di sebalik jawaban yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW itu.[7]

Tambahan pula, mereka orang yang paling tahu tentang keperibadian baginda di rumah dan bagaimana corak rumah tangga yang dibina oleh Rasulullah SAW bersama mereka. Selain itu, merekalah juga orang yang paling tahu tentang permasalahan wanita berbanding wanita-wanita lain kerana mereka hidup bersama Rasulullah SAW.

Maka di sinilah peranan isteri-isteri Rasulullah SAW di dalam dakwah nabi SAW iaitu untuk menjelaskan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan kaum hawa, menerangkan perkara-perkara yang ditanyakan kepada baginda SAW dan juga mewakili baginda di dalam sesetengah perkara yang tidak ditanyakan terus kepadanya.

PARA SAHABAT KESEMUANYA 'UDUL
.
Sekiranya kita belajar usul al-hadis, proses Aj-Jarh wat Ta'dil (Kritikan terhadap sanad hadis) tidak bermula pada generasi para sahabat, tetapi bermula pada generasi at-Tabi'in dan seterusnya. Ini adalah kerana, para ulama telah sebulat suara (ijma') mengatakan bahawa mereka (para sahabat) kesemuanya 'udul (thiqat/adil) tanpa sebarang kecacatan yang akan menjejaskan kesahihan sesuatu hadis yang diriwayatkan daripada mereka.
.
Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang mashyur di mana baginda SAW bersabda:
.
خَيْرُ أُمَّتِي الْقَرْنُ الَّذِينَ بُعِثْتُ فِيهِمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

"Sebaik-baik umatku ialah mereka yang aku diutuskan padanya (sahabat RA), kemudian generasi selepas mereka ..." (Hadis riwayat Muslim)
.
Mereka adalah generasi yang mendapat pantarbiahan terus dari Rasulillah SAW, hamba termulia dan teragung di sisi Allah SWT. Mereka hidup bersama baginda, berjihad bersama baginda, bersusah payah bersama baginda dan berdoa di atas rayuan baginda SAW. Maka layaklah mereka digelar sebaik-baik generasi kerana hidup bangun mereka bersama rasulillah SAW.
.
Allah SWT juga berfirman di dalam surah al-Hasyr:
.
لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

"Bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar" (al-Hasyr: 8)
.
Siapakah golongan fuqara' yang disebutkan oleh Allah ini wahai saudara ... yang sanggup berhijrah kerana diusir dari kampung halaman sendiri dan sanggup hidup bersusah payah meninggalkan harta semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT ....!!??
.
Mereka adalah sahabat Rasulillah SAW !!! Generasi agung dan terbilang ..
.
أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
.
Mereka adalah orang-orang yang benar, kata Allah. Tiba-tiba muncul segolongan manusia yang berani mencabut kemuliaan mereka dengan melontarkan bermacam-macam tuduhan ke atas mereka ... Penipu, Pendusta dan sebagainya. Wal'iyazubillah
.
SYIAH MENDUSTAKAN KEBENARAN
.
Jelas dari apa yang dilakukan oleh golongan Syiah ini merupakan suatu pendustaan terhadap isteri-isteri Rasulillah SAW serta pencemaran ke atas kesucian risalah nubuwwah baginda selama ini.
.
Kita harus menyedari bahawa golongan Syiah sedang melakukan dakyah mereka secara besar-besaran di seluruh dunia Islam khususnya bagi melebarluaskan fahaman sesat mereka terhadap umat Islam yang berada di bawah naungan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
.
Dengan itu, bagi sesiapa yang menyedari hakikat ini, mereka perlu menyedarkan masyarakat awam akan pendustaan dan penyelewengan yang sedang dilakukan oleh puak ini. Tidak ada kompromi bagi mereka yang memusuhi sahabat Rasulillah SAW, apatah lagi sekiranya mereka merupakan isteri-isteri nabi SAW.
.
Ingatlah, mereka itu Ummahatul Mukminin ..
.
.
.
.
..........................................................
.
[1] Mereka adalah Khadijah bt Khuwailid, Saudah bt Zam’ah, Aisyah bt Abi Bakr, Hafsah bt Umar, Zainab bt Khuzaimah, Zainab bt Jahshi, Hindun Ummi Salamah, Ummu Habibah bt Abi Sufyan, Juwairiah bt Harith, Sofyah bt Hayyi dan Maimunah bt al-Harith.

[2] Hadis riwayat Imam Bukhari dan At-Tirmizi. Imam At-Tirmizi mengatakan hadis ini Hasan.

[4] Kerana beliau merupakan pembantu peribadi (Personal Assistance) Rasulullah SAW.

[5] Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA yang menceritakan bagaimana mandi junub yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

[6] Sepertimana Aisyah menceritakan bagaimana beliau dan baginda SAW mandi junub bersama di dalam satu baldi yang sama.

[7] Sepertimana seorang perempuan Ansar bertanya kepada nabi SAW mengenai cara mandi junub. Lalu nabi SAW memerintahkan agar dia mengambil wangian lalu baginda bersabda: Basuhlah ia dengannya. Perempuan itu bertanya lagi: Bagaimana caranya? Rasulullah menjawab perkara yang sama. Perempuan itu juga bertanyakan kembali soalan yang sama. Kemudian nabi SAW menjawab: Subhanallah, basuh la dengannya !! Apabila Aisyah melihat keadaan itu, selepas itu barulah beliau menceritakan maksud sebenar kiasan nabi SAW itu.

0 comments:
Post a Comment