“Sebelum adanya perumahan macam sekarang, kampong Dato’ Ahmad Said tu dulu kawasan lombong”, cerita Pak Lang kepada saya.
.
“Ye ke …?? kawasan sekeliling rumah tok pun termasuk jugak ke?”, saya bertanya.
.
Saya membetulkan kerusi mengadap ke arah Pak Lang. Rupa-rupanya ada cerita tentang Kampong Dato’ Ahmad Said yang saya tidak tahu.
.
“Sekali la tu. Tapi proses penambusan lombong tu dah buat lama dah, masa zaman British lagi”, Pak Lang menjelaskan.
.
“Masa kami pindah situ dulu pun, dah banyak dah lombong yang ditambus. Sikit-sikit je yang tinggal..”, Pak Lang menyambung.
.
“Seingat Fitri, tapak rumah Dolah Botak tu pun lombong jugak kan Pak Lang?”, saya bertanya kembali.
.
“Haa, lombong la dulu tu …”, Pak Lang mengiyakan.
.
“Tapi sebenarnya buat pembangunan atas tanah tambus ni bahaya, lama kelamaan akan berlaku pemendapan. Sebab di bawah bumi ni ada berlaku proses pemanasan dan pergerakkan. Pergerakkan ni secara tak langsung sebenarnya akan memendapkan tanah-tanah tambus ni, tapi kita tidak sedar”, panjang penjelasan Pak Lang.
.
“Tak mustahil suatu hari nanti, kalau berlaku gempa bumi ke, tsunami ke … tanah-tanah tambus macam ni akan tenggelam dulu”, Pak Lang cuba membuat andaian.
.
KEPALSUAN
.
Namun saya rasa, itu hanyalah andaian ke atas sesuatu yang mungkin belum pasti. Tetapi sekiranya dunia dibangunkan dengan menggunakan tiang-tiang kepalsuan, keruntuhannya merupakan suatu yang amat pasti … ia bukan lagi sebuah andaian.
Lihatlah bagaimana peningkatan kes jenayah yang menjadi-jadi (termasuk pembunuhan ke atas al-marhum Ust Khairuddin di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh baru-baru ini), kejatuhan ekonomi dunia yang mendadak, penindasan barat ke atas umat Islam khususnya di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Chechnya serta keruntuhan akhlak manusia telah membuktikan betapa undang-undang manusia atau dengan istilah Man Made Law gagal untuk menjadi pelindung dan pengawal kepada keselamatan dunia.
Beginilah keadaan dunia tanpa Agama. Apa yang dibangunkan, kesemuanya merupakan suatu kepalsuan yang tidak lebih seperti bayang-bayang di atas permukaan air.
كل دنيا تبنى على غير دين فبناء على شفير هاري
“Setiap dunia yang dibangun tanpa berpaksikan agama, ia akan runtuh di hujung pembangunannya” (Sya’ir arab)
Sampai bila kita mahu menumpang di atas tiang-tiang yang palsu ini ...?
0 comments:
Post a Comment