Friday, 21 November 2008

Khutbah yang membosankan

.
"Rasanya khutbah jumaat dulu-dulu lagi best, tak ikut script walaupun diakui agak bebas dlm mengutarakan hal-hal politik yg kadangkala bukan utk membetulkan keadaan, tp menyebabkan masjid berpuak-puak", seorang muslimat menghantar emel kepada saya sebagai respon kepada artikel saya ((Khutbah Jumaat ... Mengapa Ia Lesu dan Membosankan?))
.
"Even khutbah di masjid-masjid America lebih bertenaga dan padat pengisiannya. Mungkin disebabkan khatib-khatib di sana banyak yg berasal dari timur tengah", sambung beliau yang pernah menuntut di US.
.
Sememangnya khutbah Jumaat di taman perumahan saya tadi sangatlah membosankan. Entah berapa kali saya menguap pun saya tidak tahu.
.
Tidak cukup dengan menguap, kadang-kadang saya menoleh ke kiri dan kadang-kadang saya menoleh ke kanan.
.
"Panggil mat rempit berkhutbah pun ok macam ni" ... hati saya mengata. Geram!!
.
RESPON SAYA KEPADA EMEL BELIAU:
.
Hmm ..inilah realiti yang berlaku sekarang di Malaysia. Mimbar jumaat tidak lagi bebas dan berpotensi untuk mengislah masyarakat. Tangan dan kakinya disekat dari bebas bergerak mengikut kebebasannya.
.
Seperti yg telah saya katakan, masjid hari ini kebanyakkannya dikepalai oleh mereka-mereka yang berkefahaman 'suku' terhadap Islam. Mereka memahami Islam tidak lebih daripada perkara-perkara ritual seperti solat, puasa, haji, zakat dan zikir. Selebihnya yang melibatkan politik, mu'amalat dan daulah bukanlah di dalam kerangka syumuliah Islam dan perlu disekat sekiranya suara-suara itu kedengaran di mimbar-mimbar masjid.
.
Sedangkan Islam itu syumul, Ia tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Ia menyentuh semua hakikat kehidupan, dan tidak ada satupun perkara yang tercicir dari pandangan Islam dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara termasuk siyasah dan daulah.
.
Di zaman rasulullah SAW, para sahabat dan generasi selepas mereka, mimbar jumaat berperanan bebas sebagai tempat para khatib memberikan nasihat dan teguran kepada masyarakat dan para pemimpin. Para ulama dihormati kerana ketegasan dan kemuliaan mereka berpidato dan berkhutbah di atas mimbar dengan penuh keikhlasan dan bersemangat dengan kata-kata yang benar. Apa yang mereka lafazkan adalah kebenaran, bahkan seringkali mereka membaca firman Allah SWT di permulaan khutbah mereka agar para jemaah sentiasa beriman kepada Allah SWT dengan berkata benar dan haq walaupun ia pahit. Allah SWT berfriman: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah Perkataan yang benar" (al-Ahzab: 70).
.
Namun apa yang berlaku pada hari ini, para khatib yang lantang berkhutbah dengan kebenaran di-gam dan disekat dari berkhutbah dengan alasan untuk menjaga keselamatan dan perpaduan. Ini semua satu kepalsuan, sedangkan tujuan disebaliknya adalah utk menutup mulut-mulut mereka dari menyinggung tindakan dan perilaku para pemimpin yang melakukan kezaliman, salah laku dan sebagainya di dalam pemerintahan mereka. Golongan yang cuba menghalang ini bukan bekerja untuk Allah, tetapi bekerja untuk manusia demi kepentingan perut mereka sendiri.
.
Lihat betapa penting peranan khutbah di dalam Islam sehingga ia diletakkan bersama-sama dengan solat Jumaat sebagai salah satu dari elemen penting di dalam solat tersebut. Mereka yang tinggal tetap di situ dengan tanpa keuzuran wajib al-'aini datang untuk mendirikan solat Jumaat berjemaah dan mendengar khutbahnya. Dibacakan di awalnya ayat al-Quran yang menyeru agar umat Islam beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa dan di akhirinya diakhiri dengan suatu peringatan agar setiap manusia khususnya para pemimpin agar berlaku adil kepada rakyatnya .."Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran" (an-Nahl: 90)
.
Kita mahu para khatib bercakap di atas kebenaran dengan telus dan ikhlas dari hati ke hati dengan melihat kepada realiti yang berlaku di dalam masyarakat sekeliling, bukan bercakap tentang perkara yang tiada kaitan dengan kepentingan umum seperti 'buah-buahan tempatan'. Khutbah perlu disesuaikan dengan keadaan semasa yang berlaku, menyentuh soal semasa dengan menekankan iman dan taqwa sebagai gandingannya. Ia sebetulnya menjadi suntikan mingguan buat para jemaah mentajdidkan iman-iman mereka dan memperbaharui serta menambah kefahaman mereka terhadap Islam.
.
Ketahuilah bahawa ia merupakan tempat suci yang ditempati oleh Rasulullah SAW yang tidak sepatutnya dicemari dengan najis kezaliman dan halangan. Ingatlah, bahawa menghalang dan menyekat mimbar masjid dari melaksanakan fungsinya yang sebenar merupakan suatu kezaliman yang nyata. Allah SWT bertanyakan mengenainya secara sindiran kepada kita: "Dan siapakah orang yang terlebih zalim daripada mereka yang menghalang masjid-masjid Allah daripada disebut di dalamnya nama-namanya(Allah) ...?" (Al-Baqarah)
.
...........................................
.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi adalah sebaik-baik khatib yang sering menambat hati saya tatkala mendengar khutbah beliau. Dengarkan:
.

0 comments: