. . Hari tu aku surf youtube, tiba-tiba terjumpa satu video ni http://www.youtube.com/watch?v=SfcZlM3K23g, pasal saidina Abu Bakar. Boleh minta jasa baik saudara Fitri perjelaskan balik sejarah yang sebenarnya. . Terima kasih, . Dr. Azizul Isme . ............................ . . Soalan ini merupakan emel yang dikirimkan kepada saya beberapa hari yang lalu. Ia mungkin rentetan daripada penulisan saya sebelum ini berkenaan dengan Saidatina Aisyah di bawah tajuk ((Ummahatul Mukminin)). . Terima kasih kepada Saudara Dr. Azizul Isme di atas kiriman emel tersebut. . Saya sudah melihat youtube yang dilampirkan oleh saudara Azizul, ternyata ia merupakan satu lagi propaganda jahat golongan Syi’ah terhadap golongan Sunni. Bahkan, daripada bentuk soalan yang dikirimkan, saya sudah dapat mengagak bahawa ini pasti suatu perkara yang ada hubungkaitnya dengan Syi’ah. . Video klip ini membenarkan kenyataan saya sebelum ini bahawa golongan Syi’ah memang memusuhi sebahagian besar sahabat Rasulillah SAW. Ini bukan lagi suatu dakwaan dan rekaan semata-mata, malah telah dibuktikan oleh perbuatan yang dilakukan oleh mereka sendiri. . Sebenarnya ia bukan perkara baru. Perbuatan mereka menghina dan mengkafirkan para sahabat telah dilakukan semenjak dulu lagi oleh para ulama mereka di dalam kitab-kitab mereka. Saya sendiri pernah melihat beberapa buah kitab Syiah yang jelas-jelas melakukan perkara ini dan ia merupakan bukti yang tidak boleh disangkal lagi. . Di dalam kitab-kitab tersebut, mereka secara jelas telah mengkafirkan para sahabat agung Rasulillah SAW seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abdul Rahman ibn Auf, Zubair ibn Awwam, Talhah ibn Ubaidillah dan lain-lain lagi. Menafikan perkara ini sebenarnya sama seperti menafikan siang pada waktu matahari berada di tengah langit. . Ia jelas membuktikan kepada kita bahawa golongan Syi’ah memang mempunyai niat yang sangat jahat terhadap golongan Sunni sejak sekian lama. Maka tidak hairanlah sekiranya terdapat fatwa para ulama terutamanya di benua kecil India yang menyesatkan mereka lantaran perbuatan mereka yang hina itu. . Berkenaan dengan soalan yang dikemukakan kepada kami, kami tidak bercadang untuk memperincikan perbincangan mengenainya kerana jawapan mengenainya sudah banyak dijawab oleh para ulama kita di dalam kitab-kitab mereka. Bahkan hadis yang berkaitan dengan tanah Fadak yang telah dijadikan peluru oleh golongan Syiah dalam isu ini telah lama dijawab oleh para ulama terdahulu termasuklah Imam Ibn Hajar di dalam kitabnya, ((Fathul Bari)) dan fakta ini juga telah dijelaskan secara terperinci oleh Imam Ibn Kathir di dalam ((Al-Bidayah wa An-Nihayah)). . Justeru itu, tidak perlulah saya tenggelam di dalam membahaskannya kerana ia akan mengambil ruang yang panjang untuk diperjelaskan dan sudah tentu, sedikit sebanyak ia akan mencarik konsentrasi para pembaca akibat dari perbincangan yang tinggi dan panjang itu. . Yang demikian, cukuplah saya membawakan dalil-dalil dari al-Quran dan Sunnah untuk anda semua berfikir, sekaligus bersetuju untuk menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang dikemukakan oleh golongan Syiah ini merupakan suatu rekaan dan penyelewengan semata-mata. PUJIAN RASULULLAH SAW & PARA SAHABAT TERHADAP ABU BAKAR: . Kalau ingin dihimpunkan, terlalu banyak riwayat yang memaparkan pujian Rasulullah SAW dan para sahabat RA kepada Abu Bakar RA. Memadailah sekiranya saya mendatangkan beberapa buah hadis sahaja untuk menggambarkan kemuliaan Abu Bakar di sisi Baginda SAW dan para sahabat beliau. . Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA, nabi SAW telah bersabda:
. “Kalau aku diberikan peluang mengambil seseorang sebagai sahabat selain dari Tuhanku, nescaya aku akan memilih Abu Bakar”((Riwayat Bukhari: 7/12/3659 & Muslim: 4/1855)) . Daripada Jubair ibn Mat’am RA katanya: Telah dating seorang perempuan menemui nabi dan beliau mengatakan sesuatu kepada baginda. Maka nabipun memerintahkan sesuatu kepadanya. Lalu perempuan itu berkata:
. “Apa pandanganmu wahai Rasulallah sekiranya aku tidak menemuimu? Nabi menjawab: Jika kau tidak menemui aku, maka datanglah kepada Abu Bakar”((Riwayat Bukhari: 7/17/3659 & Muslim: 4/1856)) . Amru ibn ‘Ash RA bertemu dengan nabi SAW lalu bertanya:
“Siapakah orang yang paling kau kasihi? Baginda menjawab: Aisyah. Aku bertanya lagi: Daripada lelaki pula? Nabi menjawab: Bapanya (Abu Bakar). Aku terus bertanya: Kemudian? Nabi menjawab: Umar dan beberapa lagi sahabat-sahabat yang lain. Kemudian aku terus berhenti bertanya kerana aku takut aku berada di kedudukan yang terakhir di kalangan mereka”((Riwayat Bukhari: 7/17/3659 & Muslim: 8/1856)) . Saidina Umar RA berkata:
“Abu Bakar adalah pemimpin kami, dan sebaik-baik (sahabat) dari kalangan kami, dan orang yang paling dikasihi oleh Rasulillah SAW”((Riwayat At-Tirmizi, 834/3665. Beliau mengatakan hadis ini Hasan Gharib)) . Daripada Huzaifah RA bahawa nabi SAW bersabda:
. “Ikutilah orang-orang selepas aku (iaitu) Abi Bakar dan Umar”((Riwayat Tirmizi: 835/3671. Beliau mengatakan hadis ini Hasan)) . Nabi SAW berkata kepada Abu Bakar RA:
“Engkau sahabatku di telaga[1] dan sahabatku di dalam gua”((Riwayat Tirmizi: 837/3679)) . Hadis-hadis ini telah menjadi saksi betapa Abu Bakar RA merupakan sahabat agung Rasulillah SAW di dunia dan akhirat. Di samping menghormati diri beliau sebagai bapa mertuanya, beliau juga dihormati sebagai seorang sahabat yang terlalu banyak berjasa dan berkorban di dalam perjuangan Rasulullah SAW sehingga apabila ditanya oleh Rasulullah SAW tentang harta-harta yang telah beliau infaqkan di jalan Allah SWT, Abu Bakar RA menjawab: “Aku tiada apa-apa melainkan Allah dan dirimu wahai Rasululllah”. . Lihat bagaimana keperibadian beliau di hadapan Rasulullah SAW dan bagaimana pula kedudukan beliau di sisi baginda SAW? . Di kala ramai orang ragu-ragu dengan kenyataan Rasulullah SAW mengenai perjalanan Isra’ dan Mi’rajnya ke Sidratul Muntaha, Abu Bakar hadir dengan gerbang iman yang mengimani dan membenarkan sepenuhnya khabar yang disampaikan oleh nabi Allah itu tanpa sedikitpun ragu-ragu terhadap baginda SAW. Kerana itu, beliau digelar As-Siddiq oleh nabi SAW dan ini merupakan suatu penghormatan dan pengiktirafan yang tersangat agung yang diberikan oleh utusan Allah SWT kepada beliau. . Oleh itu, tanyakan kepada diri sendiri, wajarkah tohmahan sebegini dilemparkan kepada beliau?
KETERANGAN DARIPADA AL-QURAN: . Baik, kalau anda tidak percaya kepada hadis-hadis yang dikemukakan kerana tiada jaminan yang menetapkan bahawa ia tidak akan terdedah dari pelbagai pemalsuan dan penyelewengan, maka dengan itu, mari kita merujuk kepada sumber pertama kita, iaitu al-Quran al-Kareem yang dijamin oleh Allah SWT sendiri daripada diselewengkan. Allah SWT dengan kebenaran kalam-Nya telah berfirman:
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang terawal (memeluk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100)
“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka Itulah orang-orang yang benar-benar beriman. mereka memperoleh ampunan dan rezki (nikmat) yang mulia” (Al-Anfal: 74)
“..bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka Itulah orang-orang yang benar” (Al-Hasyr: 8)
“Dan orang-orang yang telah menduduki kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshar) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin) dan mereka (Anshar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari ketamakkan dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung” (Al-Hasyr: 9)
.
Lihatlah bagaimana Allah SWT sendiri memuliakan mereka dari kalangan As-Sabiqunal Awwalun, golongan Muhajirin dan Anshar dengan memberikan kepada mereka dengan pelbagai gelaran:
.
أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا
.
أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
.
فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
.
Siapakah mereka ini kalau bukan para sahabat Rasulillah SAW yang agung !! ... mereka adalah orang-orang mukmin yang sebenar, yang benar dan yang berjaya !! .. kerana mereka sanggup menjual diri-diri mereka kepada Allah SWT dengan meninggalkan harta benda, kekayaan, keluarga dan tanah air mereka demi untuk menyahut seruan Muhammad SAW dan bersama baginda di atas jalan yang benar ... lalu Allah membeli diri-diri mereka dengan harga yang mahal dan memuliakan mereka kerana iman.
.
Jalan yang mereka lalui adalah jalan yang penuh berduri. Air mata tidak mampu menjadi penawar luka yang mereka alami, tetapi iman dan kesabaran yang teguh. Mereka menggenggam iman seperti menggenggam bara-bara api, sakit dan terluka di sepanjang perjalanan, sehingga ada yang terbunuh syahid, disula hidup-hidup, dipotong tangan dan kaki dan sebagainya. Namun mereka tetap teguh bersama Rasulullah SAW ... Mereka adalah generasi yang sangat yakin dengan janji-janji Allah dan Rasul-Nya, mereka adalah sebaik-baik sahabat para nabi dan sebaik-baik generasi ummat Muhammad SAW.
.
Dan kerana merekalah, kita mampu mengecapi nikmat Iman dan Islam pada saat ini. Mereka telah berjaya menjadi jundi-jundi Rasulullah SAW dan menjalankan amanah dakwah ke seluruh alam.
.
PERISTIWA YANG DIABADIKAN:
.
Di antara banyak-banyak peristiwa penting di sepanjang perjalanan dakwah Rasulullah SAW, Allah SWT telah mengabadikan di dalam al-Quran peristiwa penting di antara nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar di dalam gua Thur.
.
Ia merupakan waktu-waktu getir yang menjadi penentu di antara hidup dan matinya batang tubuh kekasih Allah SWT itu serta sahabatnya, Abu Bakar. Malah saat itu juga merupakan penentu kepada perjuangan Islam yang diseru oleh baginda SAW ... samada ia akan terus bersemarak atau terkubur di situ sahaja.
.
"Kenapakah engkau menangis Abu Bakar?", soal nabi SAW yang terjaga dari tidurnya setelah terkena air mata Abu Bakar RA yang terjatuh di wajah baginda.
.
"Aku disengat binatang (wahai Rasulullah)", jawab Abu Bakar yang sedang menahan sakit.
.
Begitulah cinta Abu Bakar RA kepada Saidina Muhammad SAW. Kasihnya beliau kepada Rasulullah SAW membuatkan beliau sanggup membiarkan dirinya disengat binatang buas, malah tetap berada di posisinya tanpa bergerak kerana takut ia akan membangunkan Rasulullah SAW yang sedang tidur di pangkuannya. Kemudian dengan mukjizat kenabiannya, Rasulullah SAW meludahi bahagian kakinya yang disengat hingga hilang kesakitannya.
.
Inilah pengorbanan yang telah dilakukan oleh Abu Bakar RA terhadap Rasulullah SAW. Beliau lebih rela mati andaikata beliau ditaqdirkan mati di situ, asalkan baginda SAW selamat dan dakwah Islam terus disebarkan.
.
“Engkau sahabatku di telaga(telaga al-Kausar) dan sahabatku di dalam gua(gua Thur)”, berkata nabi SAW kepada Abu Bakar.
.
Inilah pengiktirafan yang tersangat agung oleh nabi Muhammad SAW kepada beliau.
.
Apa lagi yang kita mahukan sekiranya kita telah mendapat pengiktirafan dari kekasih Allah SWT, sebaik-baik dan semulia-mulia insan di sisi Allah SWT, penghulu segala nabi dan pemberi syafaat di akhirat kelak?
.
Tiada lagi sebaik-baik pengiktirafan melainkan pengiktirafan yang diberikan oleh baginda SAW. Kita bukan sahaja mendapat kebahagiaan hidup di dunia, malah bahagia dan berjaya di akhirat nanti. Begitulah hakikat kebahagiaan yang dirasai oleh Abu Bakar RA .. baginda meredhai beliau, Allah SWT juga pasti meredhainya.
.
"Sesiapa yang berjaya menemui Muhammad dan Abu Bakar dalam keadaan hidup ataupun mati akan diberikan ganjaran senilai 100 ekor unta !!", isytihar salah seorang pemuka kafir Quraisyh di khalayak ramai.
.
Maka berebut-rebutlah manusia bertaburan mencari batang tubuh mereka berdua. Siapa yang tidak mahu dengan ganjaran sebesar itu ??
.
Bersungguh-sungguh mereka membuat pencarian, sehingga ada yang berjaya sampai ke tempat persembunyian nabi SAW dan Abu Bakar. Dalam upaya pencarian itu, puak-puak Quraisyh sebenarnya telah sampai di mulut gua Thur. Andaikata salah seorang daripada mereka menundukkan kepalanya dan melirik ke arah kakinya, nescaya mereka bisa melihat Rasulullah SAW dan Abu Bakar.
.
Pada saat yang begitu tegang itu, Abu Bakar menjadi sangat khawatir dengan keselamatan diri Rasulullah SAW. Melihat keadaan Abu Bakar dalam keadaan sebegitu, Rasulullah SAW lalu menenangkan.
.
"Apa yang engkau khawatirkan wahai Abu Bakar jika kita adalah dua orang dan Allah yang ketiganya? Maka tidak perlulah kamu bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita", Rasulullah SAW menenangkan Abu Bakar.
.
Allah SWT mendengar ucapan nabi SAW itu, lalu mereka diselamatkan daripada peristiwa yang getir itu. Allah SWT masih sayangkan hamba-Nya dan masih mahukan agama Islam terus disebarkan.
"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu Dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."" (At-Taubah: 40)
.
Begitulah peristiwa ini diabadikan .....
.
KESIMPULAN:
.
Cukuplah keterangan-keterangan ini menjadi bukti dan saksi akan kemuliaan generasi para sahabat RA. Allah SWT telah membenarkannya dan kemuliaan mereka terus kekal sampai bila-bila walau badai datang menyerang.
.
Sekiranya anda pernah membaca atau mendengar sebarang kenyataan-kenyataan yang meragukan tentang para Sahabat Rasulullah SAW, campaklah keraguanmu itu ke dinding dan percayalah bahawa semua itu merupakan suatu kepalsuan.
.
Sesungguhnya kita mempunyai Allah dan Rasul sebagai sandaran, maka cukuplah mereka menjadi rujukan yang membenarkan kemuliaan dan keagungan mereka.
.
Wallahu a'lam
.
خَيْرُ أُمَّتِي الْقَرْنُ الَّذِينَ بُعِثْتُ فِيهِمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ . "Sebaik-baik umatku ialah mereka yang aku diutuskan padanya (sahabat RA), kemudian generasi selepas mereka ..."((Hadis riwayat Muslim))
.
.
.
.
.
...................................... . [1] Pengarang ((Tuhfatul Ahwazi)) mengatakan, yang dimaksudkan dengan telaga itu merujuk kepada telaga Al-Kausar. WA
. "Rasanya khutbah jumaat dulu-dulu lagi best, tak ikut script walaupun diakui agak bebas dlm mengutarakan hal-hal politik yg kadangkala bukan utk membetulkan keadaan, tp menyebabkan masjid berpuak-puak", seorang muslimat menghantar emel kepada saya sebagai respon kepada artikel saya ((Khutbah Jumaat ... Mengapa Ia Lesu dan Membosankan?)) . "Even khutbah di masjid-masjid America lebih bertenaga dan padat pengisiannya. Mungkin disebabkan khatib-khatib di sana banyak yg berasal dari timur tengah", sambung beliau yang pernah menuntut di US. . Sememangnya khutbah Jumaat di taman perumahan saya tadi sangatlah membosankan. Entah berapa kali saya menguap pun saya tidak tahu. . Tidak cukup dengan menguap, kadang-kadang saya menoleh ke kiri dan kadang-kadang saya menoleh ke kanan. . "Panggil mat rempit berkhutbah pun ok macam ni" ... hati saya mengata. Geram!! . RESPON SAYA KEPADA EMEL BELIAU: . Hmm ..inilah realiti yang berlaku sekarang di Malaysia. Mimbar jumaat tidak lagi bebas dan berpotensi untuk mengislah masyarakat. Tangan dan kakinya disekat dari bebas bergerak mengikut kebebasannya. . Seperti yg telah saya katakan, masjid hari ini kebanyakkannya dikepalai oleh mereka-mereka yang berkefahaman 'suku' terhadap Islam. Mereka memahami Islam tidak lebih daripada perkara-perkara ritual seperti solat, puasa, haji, zakat dan zikir. Selebihnya yang melibatkan politik, mu'amalat dan daulah bukanlah di dalam kerangka syumuliah Islam dan perlu disekat sekiranya suara-suara itu kedengaran di mimbar-mimbar masjid. . Sedangkan Islam itu syumul, Ia tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Ia menyentuh semua hakikat kehidupan, dan tidak ada satupun perkara yang tercicir dari pandangan Islam dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara termasuk siyasah dan daulah. . Di zaman rasulullah SAW, para sahabat dan generasi selepas mereka, mimbar jumaat berperanan bebas sebagai tempat para khatib memberikan nasihat dan teguran kepada masyarakat dan para pemimpin. Para ulama dihormati kerana ketegasan dan kemuliaan mereka berpidato dan berkhutbah di atas mimbar dengan penuh keikhlasan dan bersemangat dengan kata-kata yang benar. Apa yang mereka lafazkan adalah kebenaran, bahkan seringkali mereka membaca firman Allah SWT di permulaan khutbah mereka agar para jemaah sentiasa beriman kepada Allah SWT dengan berkata benar dan haq walaupun ia pahit. Allah SWT berfriman: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah Perkataan yang benar" (al-Ahzab: 70). . Namun apa yang berlaku pada hari ini, para khatib yang lantang berkhutbah dengan kebenaran di-gam dan disekat dari berkhutbah dengan alasan untuk menjaga keselamatan dan perpaduan. Ini semua satu kepalsuan, sedangkan tujuan disebaliknya adalah utk menutup mulut-mulut mereka dari menyinggung tindakan dan perilaku para pemimpin yang melakukan kezaliman, salah laku dan sebagainya di dalam pemerintahan mereka. Golongan yang cuba menghalang ini bukan bekerja untuk Allah, tetapi bekerja untuk manusia demi kepentingan perut mereka sendiri. . Lihat betapa penting peranan khutbah di dalam Islam sehingga ia diletakkan bersama-sama dengan solat Jumaat sebagai salah satu dari elemen penting di dalam solat tersebut. Mereka yang tinggal tetap di situ dengan tanpa keuzuran wajib al-'aini datang untuk mendirikan solat Jumaat berjemaah dan mendengar khutbahnya. Dibacakan di awalnya ayat al-Quran yang menyeru agar umat Islam beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa dan di akhirinya diakhiri dengan suatu peringatan agar setiap manusia khususnya para pemimpin agar berlaku adil kepada rakyatnya .."Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran" (an-Nahl: 90) . Kita mahu para khatib bercakap di atas kebenaran dengan telus dan ikhlas dari hati ke hati dengan melihat kepada realiti yang berlaku di dalam masyarakat sekeliling, bukan bercakap tentang perkara yang tiada kaitan dengan kepentingan umum seperti 'buah-buahan tempatan'. Khutbah perlu disesuaikan dengan keadaan semasa yang berlaku, menyentuh soal semasa dengan menekankan iman dan taqwa sebagai gandingannya. Ia sebetulnya menjadi suntikan mingguan buat para jemaah mentajdidkan iman-iman mereka dan memperbaharui serta menambah kefahaman mereka terhadap Islam. . Ketahuilah bahawa ia merupakan tempat suci yang ditempati oleh Rasulullah SAW yang tidak sepatutnya dicemari dengan najis kezaliman dan halangan. Ingatlah, bahawa menghalang dan menyekat mimbar masjid dari melaksanakan fungsinya yang sebenar merupakan suatu kezaliman yang nyata. Allah SWT bertanyakan mengenainya secara sindiran kepada kita: "Dan siapakah orang yang terlebih zalim daripada mereka yang menghalang masjid-masjid Allah daripada disebut di dalamnya nama-namanya(Allah) ...?" (Al-Baqarah) . ........................................... . Syeikh Yusuf al-Qaradhawi adalah sebaik-baik khatib yang sering menambat hati saya tatkala mendengar khutbah beliau. Dengarkan: .
Bismillah ... . Kadang-kadang kalau datang 'mood', berbagai-bagai idea yang timbul untuk dikongsikan bersama. Input segar, penulisan pun lancar .. . Tetapi bila hilang mood .. akal menjadi buntu, idea berkurangan, otak menjadi bebal dan penulisan pun tidak menjadi. Dalam keadaan begini, menulis bagaikan dipaksa-paksa ... tension !! . Sekarang adalah fasa saya kehilangan mood, dan ini merupakan entri yang tidak ber'mood' dan tidak berobjektif .... . Hanya sekadar mahu meng-update.
“Sesungguhnya nabi SAW menciumi salah seorang daripada isteri-isterinya, kemudian terus keluar mendirikan solat tanpa memperbaharui wudhuknya” (Contoh Hadith)
. “Puak-puak Syiah mana pakai hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ni”, kata Ustaz Fakhrurrazi.
. “kenapa ustaz?”, saya bertanya
. “Syiah kata hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ni palsu..”, jelas beliau.
. “Mereka kata, Aisyah tidak layak menceritakan hal-hal peribadi rumah tangga beliau dengan Rasulullah pada masyarakat sebab benda ni benda aib yang tidak sepatutnya didedahkan, bahkan akan mengaibkan Rasulullah sendiri”, ustaz menyambung penjelasannya.
. Logik atau tidak alasan yang dikemukakan oleh puak-puak Syiah ini?
. Saya sendiri mengakui bahawa alasan ini ada logikanya.
. Oleh yang demikian, sekiranya pendedahan yang jelas akan hakikat mazhab Syiah ini tidak dilakukan, saya rasa, ramai orang-orang awam akan terpengaruh dan membenarkan alasan yang cuba dimainkan oleh puak-puak Syiah ini.
. Masakan tidak, semua orang meyakini bahawa hubungan suami isteri termasuk di dalam perkara peribadi yang tidak sepatutnya didedahkan, khususnya kepada masyarakat Asia yang kebanyakkannya masih lagi berpegang teguh dengan nilai-nilai ketimuran mereka bahawa perkara sex dan hubungan peribadi suami isteri termasuk di dalam perkara aib yang tidak layak untuk diceritakan.
. Justeru, bersandarkan kepada logika ini, maka tidak seharusnya Aisyah RA menceritakan hubungan peribadi beliau dengan Rasulullah SAW di khalayak ramai. Ia suatu yang mengaibkan !!
. Percayalah, semua ini adalah suatu pendustaan yang tidak berasas !!
. Ia merupakan suatu penganiyaan terhadap sahabat Rasulillah SAW dan jenayah yang besar terhadap isteri baginda SAW.
. “Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka” (al-Ahzab: 33)
. Allah SWT menyatakan bahawa mereka adalah Ummahatul Mukminin[1] atau ibu kepada orang-orang yang beriman. Mereka bukan saja haram untuk dikahwini oleh umat Muhammad SAW sebagaimana diharamkan kepada kita untuk mengahwini ibu-ibu kita, malah mereka juga wajib dihormati dan dibesarkan dengan status mereka sebagai isteri-isteri nabi SAW. Oleh yang demikian, mereka tidak selayaknya menerima sebarang celaan dan kehinaan kerana Allah SWT sendiri memberikan penghormatan terhadap mereka dengan mengiktiraf dan menggelari mereka sebagai ibu kepada orang-orang yang beriman.
. Ini merupakan suatu pengiktirafan yang terlalu tinggi dan termulia di sisi Allah SWT. Ia bukanlah sebarang gelaran, tetapi gelaran sebagai IBU kepada orang-orang yang BERIMAN.
. Sekiranya Allah SWT mewajibkan kita menghormati ibu bapa kita seperti mana yang difirmankan di dalam surah al-Isra’ ayat 23, dan Rasulullah SAW juga menyatakan “Ibumu, ibumu dan ibumu” sebanyak tiga kali selepas ditanya oleh seorang sahabat mengenai siapakah insan yang paling layak untuk diberikan kebaikkan[2], maka apakah ibu-ibu orang-orang yang beriman ini yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW tidak lebih layak untuk diberikan penghormatan dan kemuliaan?
. Anda sendiri tentu tahu jawapannya …
. HIKMAH DI SEBALIK PERKAHWINAN NABI SAW
. Perkahwinan nabi SAW dengan 11 orang isterinya bukanlah disebabkan oleh desakkan syahwat dan nafsu manusiawi seperti yang cuba difitnah oleh golongan Orientalis, tetapi sebenarnya merupakan penetapan yang dikhususkan ke atas nabi Muhammad SAW kerana 4 faktor di antaranya disebabkan oleh faktor Pendidikkan dan Pensyari’atan.[3]
. Sepertimana Anas ibn Malik RA banyak meriwayatkan hadis-hadis yang berkaitan dengan aktiviti sehari-hari Rasulullah SAW[4], maka isteri-isteri Rasulullah SAW pula banyak berperanan di dalam membantu dakwah Rasulullah SAW terutamanya berkaitan dengan hal-hal yang melibatkan permasalahan wanita dan rumah tangga.
. Sebagaimana Islam merupakan agama yang lengkap meliputi seluruh kehidupan manusia, maka perkara-perkara yang melibatkan cara pengurusan diri[5], rumah tangga dan kewanitaan juga termasuk di dalam risalah dakwah baginda SAW.
. Risalah suci ini juga tidak hanya tertumpu kepada golongan adam semata-mata, bahkan meliputi golongan hawa yang juga merupakan sebahagian daripada komuniti kemasyarakatan. Akan tetapi, ada di kalangan mereka yang malu untuk bertanya kepada Rasulullah SAW akan beberapa persoalan terutamanya yang berkaitan dengan permasalahan wanita seperti masalah haid, nifas, junub, rumah tangga dan sebagainya. Kerana itu, terkadang mereka tidak menanyakan soalan terus kepada baginda SAW, tetapi kepada isteri-isteri Rasulullah SAW untuk mendapatkan penjelasan.
. Memandangkan pentaqriran dan perbuatan nabi SAW termasuk di dalam sunnah Rasul SAW, maka apa yang ditaqrirkan melalui perbuatan isteri-isteri baginda ketika bersamanya, juga perbuatan-perbuatan baginda SAW bersama mereka[6] berhak untuk diceritakan di atas tujuan pendidikan dan pensyariatan.
. Begitu juga dengan Rasulullah SAW, seperti mana yang diriwayatkan, baginda merupakan seorang insan yang pemalu melebihi anak gadis, sehingga kadang-kadang terlalu sukar untuk baginda menjawab beberapa persoalan kewanitaan yang ditujukan kepada baginda, dan terpaksa berkias untuk menjawabnya. Dengan itu, isteri-isteri bagindalah yang akan memperjelaskan lagi maksud sebenar di sebalik jawaban yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW itu.[7]
. Tambahan pula, mereka orang yang paling tahu tentang keperibadian baginda di rumah dan bagaimana corak rumah tangga yang dibina oleh Rasulullah SAW bersama mereka. Selain itu, merekalah juga orang yang paling tahu tentang permasalahan wanita berbanding wanita-wanita lain kerana mereka hidup bersama Rasulullah SAW.
. Maka di sinilah peranan isteri-isteri Rasulullah SAW di dalam dakwah nabi SAW iaitu untuk menjelaskan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan kaum hawa, menerangkan perkara-perkara yang ditanyakan kepada baginda SAW dan juga mewakili baginda di dalam sesetengah perkara yang tidak ditanyakan terus kepadanya.
.
PARA SAHABAT KESEMUANYA 'UDUL
.
Sekiranya kita belajar usul al-hadis, proses Aj-Jarh wat Ta'dil (Kritikan terhadap sanad hadis) tidak bermula pada generasi para sahabat, tetapi bermula pada generasi at-Tabi'in dan seterusnya. Ini adalah kerana, para ulama telah sebulat suara (ijma') mengatakan bahawa mereka (para sahabat) kesemuanya 'udul (thiqat/adil) tanpa sebarang kecacatan yang akan menjejaskan kesahihan sesuatu hadis yang diriwayatkan daripada mereka.
.
Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang mashyur di mana baginda SAW bersabda:
"Sebaik-baik umatku ialah mereka yang aku diutuskan padanya (sahabat RA), kemudian generasi selepas mereka ..." (Hadis riwayat Muslim)
.
Mereka adalah generasi yang mendapat pantarbiahan terus dari Rasulillah SAW, hamba termulia dan teragung di sisi Allah SWT. Mereka hidup bersama baginda, berjihad bersama baginda, bersusah payah bersama baginda dan berdoa di atas rayuan baginda SAW. Maka layaklah mereka digelar sebaik-baik generasi kerana hidup bangun mereka bersama rasulillah SAW.
"Bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar" (al-Hasyr: 8)
.
Siapakah golongan fuqara' yang disebutkan oleh Allah ini wahai saudara ... yang sanggup berhijrah kerana diusir dari kampung halaman sendiri dan sanggup hidup bersusah payah meninggalkan harta semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT ....!!??
.
Mereka adalah sahabat Rasulillah SAW !!! Generasi agung dan terbilang ..
. أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
.
Mereka adalah orang-orang yang benar, kata Allah. Tiba-tiba muncul segolongan manusia yang berani mencabut kemuliaan mereka dengan melontarkan bermacam-macam tuduhan ke atas mereka ... Penipu, Pendusta dan sebagainya. Wal'iyazubillah
.
SYIAH MENDUSTAKAN KEBENARAN
.
Jelas dari apa yang dilakukan oleh golongan Syiah ini merupakan suatu pendustaan terhadap isteri-isteri Rasulillah SAW serta pencemaran ke atas kesucian risalah nubuwwah baginda selama ini.
.
Kita harus menyedari bahawa golongan Syiah sedang melakukan dakyah mereka secara besar-besaran di seluruh dunia Islam khususnya bagi melebarluaskan fahaman sesat mereka terhadap umat Islam yang berada di bawah naungan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
.
Dengan itu, bagi sesiapa yang menyedari hakikat ini, mereka perlu menyedarkan masyarakat awam akan pendustaan dan penyelewengan yang sedang dilakukan oleh puak ini. Tidak ada kompromi bagi mereka yang memusuhi sahabat Rasulillah SAW, apatah lagi sekiranya mereka merupakan isteri-isteri nabi SAW.
.
Ingatlah, mereka itu Ummahatul Mukminin ..
.
.
.
.
.......................................................... . [1] Mereka adalah Khadijah bt Khuwailid, Saudah bt Zam’ah, Aisyah bt Abi Bakr, Hafsah bt Umar, Zainab bt Khuzaimah, Zainab bt Jahshi, Hindun Ummi Salamah, Ummu Habibah bt Abi Sufyan, Juwairiah bt Harith, Sofyah bt Hayyi dan Maimunah bt al-Harith.
. [2] Hadis riwayat Imam Bukhari dan At-Tirmizi. Imam At-Tirmizi mengatakan hadis ini Hasan.
. [3] Syeikh As-Sobuni, ((Tafsir Ayat al-Ahkam min Al-Quran)), 2/229
. [4] Kerana beliau merupakan pembantu peribadi (Personal Assistance) Rasulullah SAW.
. [5] Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA yang menceritakan bagaimana mandi junub yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
. [6] Sepertimana Aisyah menceritakan bagaimana beliau dan baginda SAW mandi junub bersama di dalam satu baldi yang sama.
. [7] Sepertimana seorang perempuan Ansar bertanya kepada nabi SAW mengenai cara mandi junub. Lalu nabi SAW memerintahkan agar dia mengambil wangian lalu baginda bersabda: Basuhlah ia dengannya. Perempuan itu bertanya lagi: Bagaimana caranya? Rasulullah menjawab perkara yang sama. Perempuan itu juga bertanyakan kembali soalan yang sama. Kemudian nabi SAW menjawab: Subhanallah, basuh la dengannya !! Apabila Aisyah melihat keadaan itu, selepas itu barulah beliau menceritakan maksud sebenar kiasan nabi SAW itu.
“Nak letak mana lagi almari tu, dah makin sempit dah bilik ni”, tanya mak sambil mengomel. . “Takpe, beli je dulu. Bila dah beli nanti, tau la nanti nak susun macam mana”, saya meyakinkan mak walaupun pada hakikatnya, saya sendiri pun pening nak susun macam mana kalau ditambah satu lagi almari buku. . Membeli buku bukan macam membeli barang mainan, boleh dibuang bila-bila masa bila kita dah bosan memilikinya. Buku tidak mempunyai had keperluan dan tempoh masa, tambah-tambah lagi jika ia mempunyai nilai ilmiah. Keperluan dan kepentingannya kekal sampai bila-bila walaupun pembelinya sudah tiada. Ia mempunyai nilai yang sangat tinggi dan manfaat yang sangat berguna kepada pecinta ilmu dan pembaca. .
Syair arab menyebut:
فقم بعلم ولا تبغي به بدلا فالناس موتى وأهل العلم أحياء
"Pelajarilah ilmu dan janganlah mencari selainnya kerana semua manusia akan mati, tetapi ilmu akan terus hidup"
. “Ana terkejut bila pergi bilik Prof. Dr. Aziz Bari”, cerita sahabat saya . “Kenapa?”, tanya saya . “Mana tidaknya, kalau pergi bilik dia, jangan harap la nak dapat duduk, kene berdiri je.. sebab bilik dia penuh dengan buku-buku hatta kat atas kerusi pun”, sambung beliau menceritakan tentang Professor yang menjadi kegilaan kebanyakkan pelajar Ahmad Ibrahim Kuliah of Law (AIKOL), UIA. . Alhamdulillah, saya berkesempatan menjadi anak murid beliau bagi subject Constitutional Law I ketika berada di tahun 2 pengajian di AIKOL. . Beliau memang seorang Akademis yang sangat ‘prominen’ di kalangan akademis, pengamal undang-undang dan politikus tanahair dan sangat aktif dalam menulis dan memberi pandangan berkenaan dengan isu-isu semasa yang bermain di dalam Negara hari ini. . Pandangan beliau yang kebanyakkannya sering tidak memihak kepada kerajaan telah menjadikan beliau dilihat sebagai seorang akademis yang kontroversi. . “I don’t mind if they want to sack me! There’re many places still offering me for this”, cerita beliau kepada sahabat saya. . Begitulah realiti seseorang yang punya prinsip hidup yang jelas, tidak gentar walaupun terpaksa dipecat daripada jawatannya. Yang penting, kebenaran perlu tetap ditegakkan dan amanah ilmu perlu dipelihara dan dilaksana. Saidina Ali ibn Abi Talib RA pernah mengatakan di dalam sebuah syairnya:
KATEGORI BUKU . Saya membahagikan buku-buku saya kepada 3 kategori; Buku pengajian, buku rujukan dan buku bacaan sendiri. Dalam erti kata lain, bukan kesemua buku-buku yang saya miliki merupakan buku-buku yang digunakan di dalam kelas, tetapi mencakupi buku-buku rujukan tambahan dan bacaan sendiri.
.
Ini adalah kerana, sistem pengajian universiti lebih bersifat ‘memandu’ di mana para pensyarah hanya berperanan menjelaskan maklumat-maklumat asas yang perlu difahami oleh para pelajar, dan selebihnya terletak di bahu para pelajar sendiri untuk mendalaminya. . Sebagai contoh, kami lebih banyak menggunakan ‘slide show notes’ yang disedikan oleh para pensyarah sebagai bahan rujukan untuk subjek undang-undang sivil di dalam kelas. Namun, keterangan yang diberikan di dalam nota tersebut merupakan rumusan penting yang diambil dari rujukan asal subjek tersebut, kerana satu semester (4 bulan lebih) tidak mencukupi untuk kami membuat rujukan terus terhadap sesebuah buku. Oleh yang demikian, seperti subjek Criminal Procedure Code (CPC), saya terpaksa membaca sendiri sehingga kadang-kala mencecah berbelas muka surat bagi satu sub-topik yang telah dirumuskan dengan hanya 3 ke 4 slides sahaja. . Erm, memang pecah kepala !! . Ini contoh bagi subjek sivil. . Bagi pelajar undang-undang yang mengambil sekali undang-undang Syariah(LLB.S), kami hanya diajar subjek-subjek Syariah Qonuniah sahaja seperti Ayat wa Ahadis al-Ahkam, Usul Fiqh, Fiqh al-Mu’amalat, Fiqh al-Jina’ie dan sebagainya. Manakala subjek-subjek lain seperti bahasa, aqidah, hadis dan tafsir yang tidak termasuk di dalam silibus pengajian kami, saya mempelajarinya secara bertalaqqi.
.
Dalam erti kata lain, ia merupakan initiatif sendiri di atas dasar minat dan kerana menyedari akan kepentingannya untuk berdepan dengan masyarakat kelak. Bagi saya, selain mengikuti perkembangan isu-isu semasa, amatlah dituntut untuk mendalami ilmu-ilmu agama bagi sesiapa yang ingin terjun ke dalam medan dakwah. .. Kebiasaannya, rujukan-rujukan tambahan mengandungi topik perbincangan yang lebih detail terhadap sesuatu masalah. Kita dapati kadang-kadang sesebuah buku hanya memfokuskan perbahasannya terhadap satu-satu topik sahaja. Keterangan dan penjelasannya juga lebih mendasar jika hendak dibandingkan dengan buku-buku asas yang digunakan di dalam kelas.
.
Selain daripada itu, kepelbagaian penulis juga amat penting sebagai pelengkap bagi sebahagian yang lain kerana terdapat sesetengah buku, perbincangannya terhadap satu-satu topik lebih mendalam berbanding dengan topik yang sama daripada penulis yang berbeza. Maka di sinilah kepentingan buku-buku rujukan tambahan kerana ia menyediakan maklumat-maklumat tambahan terutamanya ketika kajian khusus mengenai sesuatu topik atau subjek sedang kita jalankan. . ADAB PENYUSUNAN BUKU . Di antara cara membesarkan ilmu adalah dengan membesarkan buku-buku dan kitab, kerana ia merupakan alat kepada menyampaikan ilmu pengetahuan. Tanpa buku dan kitab, sudah tentu kita akan menghadapi kesukaran di dalam mendapatkan ilmu dan mengingatinya.
.
Justeru itu, penghormatan terhadap buku merupakan sesuatu perkara yang amat penting dan dituntut di dalam agama. Bukan saja buku-buku agama, malah terhadap buku-buku lain juga penghormatan tersebut perlu diberikan penghormatan di atas nama ilmu. . Selain daripada tidak meletakkannya di tempat yang salah dan hina, kita juga diajar mengenai adab-adab penyusunannya. Tetapi adab ini hanya dikhususkan kepada buku-buku agama sahaja kerana ia mempunyai perbezaan nilai di antara satu dengan yang lain, tidak pada buku-buku yang lain(selain agama). Namun, ia bukanlah tuntutan yang dikhabarkan di dalam hadith rasul SAW, tetapi merupakan adab yang diamalkan oleh para salaf dan generasi selepas mereka. .
.
Di antara semua jenis kitab yang anda miliki, dahulukan al-Quran dan tafsir di tempat yang tertinggi melebihi kitab-kitab lain kerana di dalamnya terkandung kalamullah berupa ayat-ayat al-Quran yang suci lagi mulia. Selepas itu barulah didahulukan kitab-kitab hadis Rasulillah SAW dan usulnya. Kemudian diletakkan kitab-kitab Fiqh kerana di dalamnya mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulillah SAW. Kemudian barulah diletakkan kitab-kitab adab seperti kitab Tasawwuf, Akhlak dan Dakwah. Setelah itu barulah diletakkan kitab-kitab bahasa dan lughah.[2] . PENING . "Letak sekali la dalam library", mak mencadangkan. . "Tak nak la", saya tidak bersetuju dengan cadangan mak. . Saya lebih selesa mengasingkan buku-buku saya dengan buku-buku yang tersimpan di dalam library. Mudah untuk mencari dan membuat rujukan. Tapi masalahnya, saya dah pening tak tahu nak buat macam mana. . Beli gembira, susun sengsara .. . . . . . ................................................... . [1] Saya tidak menterjemahkannya satu persatu kerana ia akan merosakkan keindahan syair ini. Cukuplah sekadar saya memberikan mafhum syair ini yang mana Saidina Ali mengatakan bahawa beliau adalah seumpama batu yang keras terhadap kecelakaan yang menimpanya. Maksudnya, walau apapun badai yang melanda, beliau tidak akan lemah, gentar dan berganjak dari prinsipnya seperti sifat batu yang keras. Beliau juga mengatakan bahawa kenikmatan dan kesenangan bukanlah perkara yang berpanjangan. Di dalam syair beliau yang lain, beliau mengatakan, sebagaimana tidak kekalnya kesenangan dan kenikmatan, maka begitulah juga dengan kecelakaan. Ruj: ((Diwan Ali)) . [2] Untuk lebih lanjut, sila rujuk buku ((Makanatul Ilmi wal Ulama wa Adabu Tolibil Ilmi)), Syeikh Nuruddin al-Banjari al-Makki.
. “Sebelum adanya perumahan macam sekarang, kampong Dato’ Ahmad Said tu dulu kawasan lombong”, cerita Pak Lang kepada saya. . “Ye ke …?? kawasan sekeliling rumah tok pun termasuk jugak ke?”, saya bertanya. . Saya membetulkan kerusi mengadap ke arah Pak Lang. Rupa-rupanya ada cerita tentang Kampong Dato’ Ahmad Said yang saya tidak tahu. . “Sekali la tu. Tapi proses penambusan lombong tu dah buat lama dah, masa zaman British lagi”, Pak Lang menjelaskan. . “Masa kami pindah situ dulu pun, dah banyak dah lombong yang ditambus. Sikit-sikit je yang tinggal..”, Pak Lang menyambung. . “Seingat Fitri, tapak rumah Dolah Botak tu pun lombong jugak kan Pak Lang?”, saya bertanya kembali. . “Haa, lombong la dulu tu …”, Pak Lang mengiyakan. . “Tapi sebenarnya buat pembangunan atas tanah tambus ni bahaya, lama kelamaan akan berlaku pemendapan. Sebab di bawah bumi ni ada berlaku proses pemanasan dan pergerakkan. Pergerakkan ni secara tak langsung sebenarnya akan memendapkan tanah-tanah tambus ni, tapi kita tidak sedar”, panjang penjelasan Pak Lang. . “Tak mustahil suatu hari nanti, kalau berlaku gempa bumi ke, tsunami ke … tanah-tanah tambus macam ni akan tenggelam dulu”, Pak Lang cuba membuat andaian. . KEPALSUAN . Namun saya rasa, itu hanyalah andaian ke atas sesuatu yang mungkin belum pasti. Tetapi sekiranya dunia dibangunkan dengan menggunakan tiang-tiang kepalsuan, keruntuhannya merupakan suatu yang amat pasti … ia bukan lagi sebuah andaian.
Lihatlah bagaimana peningkatan kes jenayah yang menjadi-jadi (termasuk pembunuhan ke atas al-marhum Ust Khairuddin di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh baru-baru ini), kejatuhan ekonomi dunia yang mendadak, penindasan barat ke atas umat Islam khususnya di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Chechnya serta keruntuhan akhlak manusia telah membuktikan betapa undang-undang manusia atau dengan istilah Man Made Law gagal untuk menjadi pelindung dan pengawal kepada keselamatan dunia.
Beginilah keadaan dunia tanpa Agama. Apa yang dibangunkan, kesemuanya merupakan suatu kepalsuan yang tidak lebih seperti bayang-bayang di atas permukaan air.
كل دنيا تبنى على غير دين فبناء على شفير هاري
“Setiap dunia yang dibangun tanpa berpaksikan agama, ia akan runtuh di hujung pembangunannya” (Sya’ir arab)
Sampai bila kita mahu menumpang di atas tiang-tiang yang palsu ini ...?
. “Talaffuz binniyyah tidak pernah dilakukan oleh nabi SAW di dalam solat”, ujar wakil Salafi di hadapan hadirin yang hadir.
. “Bahkan telah nyata di dalam perkara ibadah bahawa setiap perbuatan itu dianggap haram kecuali setelah datangnya dalil yang mengharuskannya”, sambung beliau lagi berdegar-degar.
. “Baik .. baik, sebelum kita bincang panjang-panjang, ana nak tahu, sekarang anta nak bincang masalah ini dari perspektif usul atau dari perspektif hadis..?”, giliran wakil Khalaf pula memberikan hujjah.
. “Kalau anta nak bincang dari perspektif usul, kita buka buku usul, dan kalau anta nak bincang dari perspektif hadis, kita buka kitab hadis …”, beliau mencadangkan.
. Pentas dewan semakin panas dengan hujjah demi hujjah yang dibangkitkan oleh kedua-dua belah pihak. Hadirin yang hadir pula datang dari pelbagai latar belakang, kebanyakkannya dari kalangan pemuda yang ghairah untuk memahami Islam yang sebenar. Ada yang tercengang sebab tak faham, ada yang tidur sebab otak dah berat dengan pelbagai input, ada yang perangai suka tengok gelagat orang lain, ada yang khusuk dengan perbahasan yang dibincangkan, ada yang berbisik-bisik dengan lingkungan sahabat-sahabat sekeliling dan ada yang tak sabar-sabar nak bangkitkan soalan.
. Apapun, beginilah suasana dewan apabila permasalahan khilafiah diforumkan dan dibahaskan di peringkat umum.
. “Solat antum tidak sah sekiranya tidak dibacakan al-Fatihah di dalamnya..!!”, tegas wakil Salafi Pakistan.
. “… kerana telah terang-terang hadis nabi SAW menyebut ((Tiada solat barangsiapa yang tidak membaca Fatihatil Kitab (al-Fatihah) )). Mazhab hanafi yang mengatakan al-Fatihah bukan dari rukun solat telah bercanggah dengan hadis ini secara jelas..!!”, beliau menyambung.
. “Ana nak tanya anta, Maulana .. lafaz ‘La’ dalam hadis tu nafyi sihhah atau nafyi kamal?”, pendokong mazhab Hanafi aliran Deobandi menyoal.
. “Nafyi sihhah ..!!”, wakil Salafi menjawab.
. “Kalau anta jawab macam tu, ramai la sahabat-sahabat nabi SAW yang tidak sah solat mereka dan banyak lah yang masuk neraka kerana tidak sah solat, sebab ada di kalangan mereka yang mengatakan al-fatihah bukan sebahagian dari rukun solat”, wakil Deobandi menjerat wakil Salafi.
. “Aduh ..”, wakil Salafi Pakistan sudah terkena jerat.
. Mereka terdiam dan terpinga-pinga tidak tahu bagaimana nak counter-attack hujjah yang dikemukakan oleh wakil Deobandi. Akhirnya perdebatan berakhir begitu sahaja tanpa sebarang penyelesaian.
. SILAP MENILAI PRIORITAS
. Apa kecoh-kecoh ni ….???
. Bagi saya, buang masa berdebat isu-isu lapok sebegini kerana masalah khilafiah sebegini sudah lama diselesaikan oleh para fuqaha di dalam kitab-kitab mereka, bahkan telah diterima pakai dan diiktiraf oleh para fuqaha selepas itu.
. Hanya orang yang cetek ilmu dan bodoh saja yang masih mahu memperdebatkan permasalahan sebegini. Sedangkan para alim ulama dan umat Islam yang peka tentang permasalahan sejagat menganggap perkara ini perlu ditoleransikan.
. Masih banyak lagi masalah pokok yang perlu diutamakan.
. Cuba tanya pada diri sendiri … apa sumbangan kita terhadap saudara se-Islam kita yang sedang ditindas dan dinafikan hak mereka di Palestin, Iraq, Afghanistan, Chechnya dan Thailand?
. Berapa ramai lagi yang masih merempat di tepi-tepi jalan, kebuluran dan kelaparan, hilang tempat pergantungan dan punca pencarian?
. Apakah kita menyangka dengan perdebatan kecil sebegini akan membantu dan meringankan beban-beban mereka di sana?
. Percayalah, kita hanya menakung air di baldi yang bocor. Ini kerja yang paling sia-sia dan membuang masa !!
. Lebih baik tinggalkan.
. PENDEKATAN HADIS DAN USUL
. Kalau ingin diperdebatkan permasalahan sebegini, memang kita tidak akan menemui titik temunya melainkan dengan jalan toleransi dan berlapang dada.
. Kedua-dua senario di atas merupakan contoh permasalahan khilafiah yang tidak akan selesai sampai bila-bila kerana satu pihak menggunakan pendekatan ahli hadis dan satu pihak lagi menggunakan pendekatan ahli usul.
. Ahli hadis melihat sesuatu permasalahan berdasarkan kepada kaedah-kaedah usul hadis dan lebih cenderung untuk berpegang terus kepada hadis secara zahir tanpa sebarang penta’wilan(presumption). Di zaman para sahabat, pendekatan ini banyak diamalkan oleh Ibn Umar, Abu Hurairah, Imam Malik dan ahli Hijaz.
. Manakala ahli usul pula menilai sesuatu permasalahan berdasarkan kepada kaedah penetapan usul yang dicanai hasil dari pemerhatian mereka terhadap berbagai-bagai dalil dari al-Quran dan Sunnah, lalu disimpulkan di dalam sebuah kaedah. Mereka lebih banyak melakukan ta’wil dan berijtihad dalam perkara-perkara yang belum pernah berlaku di zaman mereka sebagai kemudahan kepada masyarakat. Manhaj ini banyak dipelopori oleh Umar al-Khattab, Ibn Mas’ud, Abdullah ibn Mubarak, Imam Hanafi dan ahli Kufah.
. Kesimpulannya, kedua-dua pihak benar di dalam penghujahan mereka kerana kedua-dua sumber hukum yang digunakan adalah sumber-sumber yang dipersepakati di kalangan ulama.
. ANA BETUL, ANTA PUN BETUL
. Islam merupakan agama yang universal dan flexible dalam lingkungan keterbatasan. Keterbatasannya ada kelapangan, manakala kelapangannya ada yang membatasinya. Justeru, dalam kelapangan yang dibenarkan oleh Syarak ini, tidak selayaknya kita menyempitkannya dengan melihat satu-satu permasalahan itu hanya dari satu sudut pandang sahaja.
. Ada orang menilai cantiknya Honda City pada pandangan depannya. Ada juga yang menilai kecantikannya pada sisi tepinya dan tidak ketinggalan juga, ada yang tertarik dengannya kerana reka bentuk interiornya yang menawan.
. Namun ini hanyalah sekadar pandangan terhadap sebuah kereta yang sempit pengaplikasiannya untuk manusia. Persoalannya, apakah selayaknya Islam yang sebegitu luas pengaplikasiannya kepada manusia perlu disempitkan sisi pandangnya?
. Manusia sendiri dijadikan dengan pelbagai tabiat dan karenah. Masing-masing mempunyai citarasa dan kehendak yang tersendiri. Jangan katakan Pak Abu dan makcik Timah, adik beradik kembar seiras pun mempunyai perangai dan kemahuan yang berbeza-beza. Orang Melayu lain budayanya dengan orang India dan Cina. Eropah cuacanya berbeza dengan Timur Tengah. Masyarakat di Benua China hidupnya berbeza dengan cara hidup masyarakat di Benua India. Fakhri Ayat-Ayat Cinta suka makan Shawarma di Mesir, Ustaz Habiburrahman pula suka makan Bakso di Indonesia. Abang di sebelah pilih ayam masak merah, adik di depan pula pilih gulai tempoyak.
. Senang cerita, semuanya berbeza ikut citarasa tersendiri.
. Oleh itu, bagaimana Islam mahu mendepani kepelbagaian makhluk sebegini sekiranya ia bersifat dengan sifat yang sempit dan jumud?
. Di dalam solat sekalipun terdapat pelbagai kelonggaran yang diberikan kepada manusia walaupun ia merupakan ibadah terpenting yang menghubungkan di antara hamba dengan penciptanya. Allah SWT meringankan hambanya dengan memberikan jangka waktu yang tertentu buat hambanya mendirikan solat, bukan memaksa semuanya mendirikannya pada sekian-sekian waktu sahaja .. kerana ada di kalangan kita yang tidak berkesempatan mendirikannya di awal waktu disebabkan oleh peperiksaan yang sedang berjalan, mesyuarat dan sebagainya. Maka dibenarkan melewatkannya sedikit.
. Orang yang sakit yang tidak mampu berdiri, diringankan bagi mereka untuk mendirikan solat dalam keadaan duduk atau berbaring, malah sekadar dengan menggunakan anggota mata juga dibenarkan sekiranya tangan dan kaki mereka tidak mampu untuk berfungsi.
. Begitu juga dalam hal berwuduk. Mazhab Hanafi, Syafi’I dan Hambali mengatakan tidak sah berwuduk dengan menggunakan air musta’mal. Namun berbeza bagi mazhab Maliki, Ibn Taimiah dan Ibn Qayyim yang tidak membezakan di antara air mutlak dan air musta’mal … selagi mana tidak berubah warna, rasa dan bau air tersebut, maka air tersebut sah digunakan untuk berwuduk.
. Dari contoh pandangan mazhab yang dikemukakan di atas, apakah pandangan anda sekiranya khilafiah mazhabiah ini dilihat dari sudut yang amat sempit … bagaimana para penumpang kapal terbang ingin berwuduk sekiranya ditaqdirkan berlaku masalah bekalan air yang tidak mencukupi?
. Mungkin ada yang menjawab … bertayammum je la !!
. Baik, bagaimana pula sekiranya ada pendapat misalnya Ash-Syafi’iyyah yang mengatakan hanya sah bertayammum dengan menggunakan debu-debu tanah dan pasir sahaja, dan tidak sah dengan debu-debu dinding, bantal dan kerusi yang ada di dalam kapal terbang? Mana nak cari tanah dalam kapal terbang? Ini juga satu masalah !!
. Mari kira kembali kepada senario pertama di atas pula.
. Bagaimana pula kalau ada jemaah yang jenih was-was, tak habis-habis was-was … bukan jenis buat-buat was-was, tapi memang ditaqdirkan banyak sangat was-was? Bukankah akan menyusahkan puak was-was ini sekiranya dipaksa-paksakan mereka untuk terus solat tanpa melafazkan niat terlebih dahulu?
. Walaupun kadang-kadang saya sendiri rimas dengan puak-puak was-was ini, tapi sekurang-kurangnya keharusan melafazkan niat itu sedikit sebanyak dapat memudahkan mereka memasang niat di hati untuk mendirikan solat serta meringankan kerungsingan saya yang berada di sebelahnya.
. Jadi, apa penyelesaiannya?
.
Nak tak nak … saya rasa tiada jawapan lain untuk menyelesaikan semua permasalahan khilafiah ini melainkan dengan hanya mengatakan:
. ANA BETUL, ANTA PUN BETUL .
[1] Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permasalahan ini, sila rujuk kitab-kitab usul dan kitab-kitab feqh Hanafi seperti Radul Mukhtar, Al-Ikhtiar dan Ma’ani Athar Lit Tahawi. WA
. . “Saya rasa kalau awak bekerja lebih lama di sini, tentu awak akan mahir 3 bahasa .. bahasa Arab, Inggeris dan Bahasa Melayu”, saya berkata kepada Ustaz Abdullah yang berasal daripada Deobandi, India. Pekerja tetap kedai buku Fajar Ulung. . “Alaikumsalam ya Ustaz .. kaif haalukum”, belum sempat beliau menjawab soalan saya, Ustaz Abu Iman datang memberi salam kepada Abdullah. . “Haza sodiqi, Mohd Fitri min UIA”, berkata ustaz Abdullah kepada Ustaz Abu Iman.
“Huwa Malizi lakin yuhib yatakallam arabiyyah”, terang Ustaz Abdullah kepada Ustaz Abu Iman tentang saya dengan bahasa Arab ala Indianya. . Saya berdiri di penjuru counter pembayaran sambil melihat Ustaz Abdullah dan Ustaz Abu Iman berbual-bual mesra. Ustaz Abdullah memang seorang yang sangat mesra. Sifat ramah beliau membuatkan setiap orang yang datang selesa dengan layanannya. Sebelum itu, tempat beliau telah diisi oleh Abang Sufian, pelajar ‘postgrad’ UIA dari Thailand yang bekerja ‘part time’ di kedai buku itu. . “Saya dari kuliah mana?”, tanya Ustaz Abu Iman kepada saya. . “Ana min Syariah wal Qanun”, jawab saya ringkas. . “Aiwa!!” . “Saya nak tanya, awak rasa apakah antara asas-asas penting untuk mempelajari Syariah dan Qanun?”, tanya beliau kepada saya lagi. . Hati saya tiba-tiba bergerak kencang. Saya rasa masa tu muka saya memang pucat dah. Mana tidaknya, tiba-tiba baling bom macam tu pada saya. . “Erm, saya rasa bahasa ..”, lama saya melihat wajah beliau sebelum memberikan jawapan. . “Ya, itu syarat utama. Tetapi sebenarnya ada 3 asas penting yang perlu awak tahu”, beliau membenarkan jawapan saya sambil menjelelaskan dengan lebih detail berkenaan dengan ketiga-tiga syarat itu. . BAHASA ARAB
. من تعلم العلوم بغير نحو كعنين يعالج فرج بكر
“Barangsiapa yang mempelajari agama tanpa asas bahasa Arab adalah seperti lelaki yang mati pucuk berangan-angan ingin menembusi kemaluan seorang gadis” . Muallim Buang memberikan penangan awal ketika pertama kali saya menadah Mukhtasar Jiddan dengan beliau, syarah kepada matan Ajrumiyyah. Pepatah itu masih segar lagi dalam ingatan saya walaupun sudah lebih 3 tahun masa itu berlalu. . Nak tergelak pun ada. . Tapi mungkin dengan ungkapan sebegitu membuatkan para pelajar sedar bahawa teruknya mereka yang belajar agama tanpa asas bahasa arab seperti teruknya seorang suami impoten yang berangan-angan untuk menggauli isterinya. Berangan-angan hendak membaca kitab, tetapi bahasa arab kelam kabut dan tunggang langgang. Baris entah ke mana, main sodok saja baca. . Erm, begitulah perumpamaannya. . Di dalam apa jua ilmu yang kita pelajari, tentu ada pra-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh para pelajar sebelum mereka menempuh ke dunia sebenar pengajian tersebut. Kegagalan memenuhi pra-syarat yang ditetapkan akan menyebabkan mereka berada dalam krisis untuk memahami pembelajaran yang diajarkan dengan pegap. . Begitulah halnya di dalam ilmu agama terutamanya yang berkaitan dengan Syari’ah. Pra-syarat yang diperlukan bagi melayakkan seseorang untuk mengikuti pengajian tersebut adalah lebih sukar berbanding dengan cabang-cabang ilmu agama yang lain seperti Usuluddin, Hadis dan Tafsir. Di antara pra-syarat yang ditetapkan di dalam pengajian Syari’ah adalah kelengkapan ilmu alat, khususnya Bahasa Arab. . “..Melalui bahasa arab kamu boleh memahami nas-nas al-Quran dan berupaya mengeluarkan hukum daripadanya”, kata Ustaz Abu Iman, menjelaskan kepada saya. . Kepentingan Bahasa Arab bukan sahaja kepada kewajipan memahami setiap maknanya, tetapi lebih dari itu, para pelajar perlu tahu kaedah-kaedah bacaan yang telah ditetapkan oleh para Nuha’(ahli nahu) di dalam kitab-kitab nahu dan saraf. Ini adalah kerana, kesalahan pada meletakkan baris bacaan akan menjejaskan maksud sebenar ayat tersebut, lalu menyukarkan mereka untuk memahami maknanya yang tepat, apatah lagi untuk mengeluarkan hukum daripadanya. Contoh paling mudah yang boleh diambil adalah:
. أكل ذيد السمك
. Daripada contoh yang diberikan, makna ayat ini akan berbeza jika ia dibaca dengan baris yang berbeza seperti (i) akala zaidun as-samaka , dengan (ii) akala zaidan as-samaku. Makna bagi bacaan pertama adalah, Zaid telah makan ikan. Manakala makna bagi bacaan kedua adalah, Ikan telah makan Zaid. . Lihat bagaimana bacaan kedua telah menyelewengkan maksud sebenar ayat tersebut daripada Zaid makan ikan kepada Ikan makan zaid. Ini baru contoh mudah, bagaimana pula sekiranya ia melibatkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW? . Baik, cuba kita perhatikan satu contoh ayat al-Quran yang dikeluarkan hukum daripadanya dengan berdasarkan penilaian bahasa. Antaranya ayat 227 daripada surah al-Baqarah:
. Ulama Hanafiah dan Syafi’iyyah berbeza pendapat tentang waktu iddah perempuan yang diceraikan oleh suaminya. Adakah sebanyak tiga kali suci atau tiga kali haid? . Ini adalah kerana, lafaz قُرُوءٍ mempunyai dua makna yang sah (lafaz Mushtarak) di dalam bahasa arab samada at-Tuhr (suci) ataupun al-Haidhah (haid). . Oleh itu, untuk memastikan ketepatan maksud lafaz tersebut, para ulama mengeluarkan hukum berkaitan ayat ini berdasarkan kepada penilaian bahasa. . Ulama Hanafiah, mereka melihat lafaz ثَلَاثَةَ pada sifatnya yang Am ataupun yang Khas. Nombor termasuk di dalam lafaz ‘khas’ kerana bilangannya tidak boleh berubah samada berkurangan atau bertambah. Dalam erti kata lain, sesiapa pun akan mengatakan bentuk tiga itu sebagai nombor tiga, bukan satu atau dua. Justeru itu, untuk memastikan nombor tiga kekal sebagai tiga tanpa sebarang pengurangan dan penambahan, maka lafaz yang paling sesuai untuk قُرُوءٍ ini adalah lafaz al-Haidhah. . Ini adalah kerana, si suami diharamkan menceraikan isterinya ketika beliau sedang berada dalam keadaan uzur. Keharusan tersebut hanya dibenarkan ketika si isteri berada di dalam keadaan suci. Mereka berpendapat, jika berpegang kepada pendapat as-Syafi’iyyah, syarat lafaz ثَلَاثَةَ tidak akan terpenuhi sekiranya si suami menceraikan isteri contohnya di pertengahan bulan. . Berbeza dengan Ulama Syafi’iyyah, mereka berpendapat bahawa lafaz ثَلَاثَةَ terbit dengan lafaz ta’nis (female). Di dalam kaedah nahu, apabila (‘adad) nombor itu adalah Muannas (female), maka lafaz selepasnya (ma’dud) mestilah Muzakkar (male). Oleh itu, maksud yang paling tepat bagi قُرُوءٍ adalah at-Tuhr kerana ia datang dengan lafaz muzakkar. Maka selesainya tempoh iddah perempuan tersebut setelah beliau melalui 3 kali suci secara berturut-turut selepas beliau diceraikan oleh suaminya. . Lihat bagaimana peranan kaedah nahu dan saraf begitu sekali penting di dalam pembentukkan hukum fiqh, yang sekiranya kita tidak mempunyai asas mengenainya, apakah kita berkemampuan untuk memahami punca dan pokok perbezaan yang berlaku di kalangan mereka? . MUSTOLAH HADIS . “Ustaz .. Fitri, sila duduk dulu la. Saya hidangkan air untuk antum berdua”, pelawa Ustaz Abdullah. . “Tak pe lah ustaz. Jazakallahu khair …”, saya membalas. Ustaz Abu Iman pun membalas kata-kata yang sama. . “Eh, tak pe. Adat di India macam tu. Kalau ada tetamu, kami akan hidangkan air”, Ust Abdullah membalas. . “Antum mahu air apa … teh? Kopi?”, beliau bertanya lagi. . “Apa-apa la ustaz”, saya menjawab. . “Baik, yang kedua adalah mustolah hadis”, Ustaz Abu Iman menyambung penjelasannya. . “Kita akan tahu bagaimana nak berdepan dengan hadis-hadis yang saling berta’arud(bertembung), bagaimana dengan hadis marfu’, mauquf dan sebagainya..”, ujar beliau. . Ilmu mustolah hadis adalah diantara ilmu alat yang tidak kurang pentingnya di dalam pengajian agama. Ilmu ini mendedahkan kepada para pelajar tentang kategori hadis serta syarat-syarat pengketegoriannya seperti hadis Mutawatir dan Ahad serta hadis Sahih, Hasan dan Dhoif. Apakah perbezaan antara Hasan dan Hasan Sahih di dalam At-Tirmizi? Mengapa timbulnya istilah tersebut? . Manakah yang perlu diberikan keutamaan apabila berlakunya pertembungan di antara perbuatan nabi dan percakapan nabi? Bagaimana sekiranya berlakunya pertembungan antara hadis sahih dengan hadis sahih yang lain dengan matan yang berbeza bagi topik yang sama? . Apakah hadis Dhoif akan kekal dengan keDhoifannya tanpa boleh dinaik taraf kepada Hasan Li Ghoirihi? Apakah boleh beramal dengan hadis Dhoif dan apakah syarat jika ingin mengamalkannya? . Apakah maksud hadis Mauquf, Marfu’, Inqita’, Munqati’, Mursal dan Musalsalat? Apakah kedudukannya di sisi ahli feqah dan ahli hadis serta hukum berhujjah dengannya? . Semua contoh-contoh persoalan yang diberikan adalah antara perkara penting yang perlu diperhalusi oleh setiap para pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka di dalam bidang Syari’ah dan Hadis. . Selain pegangan tauhid yang goyah, wujudnya golongan Anti-Hadis yang mempertikaikan hadis-hadis nabi SAW adalah berpunca daripada kejahilan mereka berkenaan ilmu mustolah hadis. Para ulama telah beratus tahun mengkaji permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan hadis dan akhirnya membukukan pelbagai kaedah mengenainya. . Jadi, sekiranya mereka mampu memahaminya dengan baik, maka tidak akan berlaku sebarang permasalahan apabila berlakunya pertembungan di antara satu hadis dengan hadis-hadis yang lain. . USUL FEQH . “Baik, awak rasa yang ketiga apa?”, tanya ustaz Abu Iman lagi kepada saya. . “Usul Feqh …?”, saya pantas menjawab. . “Aiwa”, belia membalas ringkas. . “Ilmu ini mengajar kita bagaimana hukum feqh itu dikeluarkan dan mengapa berlakunya khilaf di kalangan ulama”, beliau menjelaskan. . Saya lebih banyak menganggukkan kepala daripada bercakap. . Ilmu ini sangat penting bagi pelajar Syari’ah. Saya rasa tidak lengkap sekiranya kita hanya mempelajari feqh tanpa mempelajari usul feqh. Ia saling berkaitan dan paut memaut.
Mengapa? . Kerana usul feqh merupakan ilmu yang mengumpulkan pelbagai kaedah dan dalil-dalil ijmali yang menghubungkannya kepada pengeluaran hukum. . Ia adalah ilmu yang menyampaikan kepada kita tentang hukum-hukum amali Syari’ah dan mendedahkan kepada kita turuq atau jalan-jalan pengistinbatan yang digunakan oleh para fuqaha dalam mengeluarkan pendapat mereka. . Mempelajari feqh hanya mendedahkan kepada kita hukum hakam yang telah tersedia dibina oleh para fuqaha misalnya, hukum takbiratul ihram adalah wajib, tetapi asas pengisbatannya tidak diperincikan. Maka usul fiqh mericikannya, iaitu kerana mengambil athar(kesan) daripada hadis nabi SAW yang mewajibkannya. . Di dalamnya, kita akan mempelajari 4 sumber-sumber hukum yang disepakati oleh para fuqaha seperti al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias di samping sumber-sumber yang tidak disepakati seperti Istihsan, Istishab, Saduz Zari’ah, Qaul Sahabi, ‘Uruf, Syara’ min Qablina dan Masalih al-Mursalah. . Kita juga akan diajar tentang pembahagian hukum, syarat-syarat taklif, syarat-syarat mukallaf(orang yang menanggung beban taklif – manusia) serta pembahagian lafaz seperti lafaz Am, Khas, Mushtarak, Mujmal, Muqayyad dan sebagainya. . Contoh yang boleh kita ambil adalah berkenaan dengan halangan(maani') hukuman Qisas terhadap bapa yang membunuh anaknya secara sengaja. . Mungkin ada yang bertanya, mengapa macam tu plak? Kalau anak bunuh ayah kene Qisas tapi kalau ayah bunuh anak, tak kene plak? Ini tak adil ..!! . Nampak memang macam tak adil, tapi sebenarnya adil. . Kalau kita mempelajari usul feqh, para fuqaha menjelaskan bahawa halangan tersebut berlaku disebabkan oleh faktor ‘kebapaan’ yang ada pada si bapa. Dalam erti kata lain, status pembunuh sebagai ‘bapa’ kepada mangsa telah menjadi halangan daripada hukuman qisas dijatuhkan ke atasnya walaupun dia berkewajipan membayar diyyah (sejumlah wang) sebagai ganti kepada pembatalan hukuman qisas tersebut. . Matlamat hukuman qisas pula adalah untuk memberi pengajaran kepada si pembunuh, tetapi sifat ‘kebapaan’ yang secara normanya cinta, sayang dan kasihkan kepada anak-anaknya tidak cukup untuk hukuman itu memberi impak kepadanya. . Secara lumrahnya, seorang bapa tidak akan terlintas untuk membunuh anaknya walau sejahat manapun dia walaupun hati bapanya terseksa dan malu dengan sikap anaknya yang sebegitu. Kalaupun pembunuhan itu berlaku, penyesalan bapa di atas perbuatannya itu pasti tidak akan beliau maafkan kerana sifat kasih sayang yang secara semula jadi itu wujud di antara bapa kepada anaknya. . Kedua, kerana bapa adalah faktor wujud dan hidupnya seorang anak di muka bumi, maka tidak layaklah kewujudan anak itu menjadi faktor kepada hilangnya seorang bapa. . MINUM KOPI . “Ustaz .. Fitri, duduk dulu. Ini air kopi untuk antum”, pelawa ustaz Abdullah lagi. . “Ustaz, tafaddhal”, saya pula yang mempelawa ust Abu Iman duduk. . “La ba’sa. Antum dhoif huna … ijlis, ijlis”, jawab beliau. . “La ba’s ustaz. Ana ma ziltus Syabab”, saya memaksa beliau duduk. . Ustaz Abdullah pun kemudiannya mengambil satu lagi kerusi untuk kami. Dengan hidangan kopi yang enak baunya, kami meneruskan perbualan. Ustaz Abu Iman tidak berhenti-henti bercakap, memberi pandangan dan nasihat. Sambil-sambil itu, Ustaz Abdullah pun kadang-kadang mencelah juga bertanyakan tentang pengajian ‘master’nya kepada ust Abu Iman. . Saya terpaksa mendengar ucapannya dengan baik kerana ucapannya laju dan lahjah(loghat)nya pekat. Kadang-kadang ada ucapannya yang tidak dapat saya tangkap tapi saya cuba mengambil kesimpulan daripada ucapannya. . “Ustaz, kalau tak keberatan, boleh tak saya nak bertanya sesuatu?”, saya bertanya. . Dia mengangkat bulu keningnya tanda membenarkan. . “Ustaz pensyarah di UIA ke?”, saya bertanya. . Erm, patutlah beliau tanya soalan begitu, rupa-rupanya beliau pernah menjadi pensyarah di Jami’ah Iman di San’a, Yaman. Kedatangan beliau ke sini adalah dalam proses menyiapkan PhD beliau di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Namun bukan di dalam bidang agama, tetapi pendidikan. . Proses pembelajaran di Jami’ah Iman katanya memang tinggi. Untuk mendapat ‘Bachelor in Syari’ah’, para pelajar mesti menamatkan tempoh pengajian lengkap selama tujuh tahun di sana dengan syarat-syarat pengajian yang ketat. Sekiranya mereka menamatkan pengajian selepas tempoh empat tahun, mereka hanya akan diiktiraf sebagai pelajar lepasan Diploma sahaja.
Patutlah huruf Qaf bunyi Ga, rupa-rupanya orang Yaman. . Setelah puas kami berbual, akhirnya kami berpisah di pintu kedai buku Fajar Ulung. Beliau berjalan menuju arahnya, saya berjalan dengan bekalan nasihat. . “Khair Ustaz Abdullah … Assalamualaikum”, di depan pintu itu saya memberi salam. . “Alaikumsalam …”, balas beliau dengan iringan senyuman. .