Sewaktu orang lain bergembira menyambut kemerdekaan negara buat kali yg ke-50 tahun pada hari nie - Jumaat 31 Ogos, entah tiba-tiba hari ini jugak hati saya terdetik untuk membuka kembali tinta2 yg pernah saya muatkan di dalam diary saya 4 tahun yg lalu. Terlalu banyak catatan yg tersimpan di dalamnya ... mungkin kerana terlalu banyak peristiwa penting yg berlaku pd tahun itu membuatkan saya menulisnya di dalam diary. Namun sy tidak ingat alasan & mengapa catatan tersebut ditulis ... sy cuba membawa diri saya kembali ke sana tp saya tidak mampu krn sudah terlalu lama ia berlalu. Semuka demi semuka saya buka, saya selak, saya belek ... saya baca setiap nasihat, luahan, sajak & gambar yang tersimpan. Namun, dalam semua catatan yg termuat di dalamnya, catatan bertarikh 13 Februari 2003 membuatkan saya termenung ... cuba membayangkan keadaan saya pada ketika itu. Kalau 4 tahun dulu ia menjadi rahsia saya, tp hari nie biarlah saya kongsikan bersama kamu semua. Inilah yg telah tertulis ....
13 Februari 2003
"Hari ini aku telah meningkat usia ke umur 18 tahun. Masa terlalu cepat berlalu sehingga aku tidak sedar bahawa aku hampir melangkah ke alam remaja yg sebenarnya. Tetapi adakah aku sudah bersedia menghadapi bentuk cabaran dan dugaan di dalam alam sebegini? Adakah aku sudah cukup matang untuk menilai kebaikan dan keburukkan? Fitri, ingat pesanan kawanmu kepada kamu ini:
(1) Jangan merokok (2) Jadilah lebih matang (3) Cari keredhaan ibu ayah
Kau mesti cuba lakukan yg baik & elakkan yg buruk ini, Fitri."
Saya tak ingat siapakah gerangan kawan yg begitu ikhlas menasihati saya pada waktu tu. Terima kasih wahai kawan. Nasihatmu sungguh menyentuh hati saya. Insya-Allah, saya akan terus istiqamah memegang nasihatmu ini & semoga saya matang dalam mendepani baki2 usia yg tinggal ... ALLAHUMMA AMIN.
Semoga ia bukan saja menjadi nasihat buat saya, bahkan kepada kamu semua ...
Nasihat yg tetap segar walaupun sudah 4 tahun berlalu. Thanks fren ... May Allah bless u.
“Ermmm … bukuuuu. Tak de hadiah lain ke nak bagi”, keluh hati saya bila membuka hadiah hari jadi dari mak dan ayah. Walapun di bibir mengucapkan terima kasih, tp di hati tak puas hati .. mmg tak puas hati. Ingatkan hadiah tahun ni sama seperti tahun2 yang lepas … mainan ker atau apa2 jer lah selain dari buku yg amat membosankan. “Tibe2 plak tahun ni bagi buku. Tak tau ke aku ni tak minat buku” … Inilah keluhan saya 9, 10 tahun yang lalu.
Kami memang meraikan hari jadi secara bersama. Inilah cara kami merapatkan ukhuwwah & membina kasih sayang dalam keluarga. Hari jadi merupakan hari yg paling bermakna bagi saya. Setiap tahun saya akan merasai kemanisan & kebahagiaannya. Itulah hari jadi saya. Hari di mana saya meningkat dewasa .. dari setahun ke setahun.. dari title bayi menjadi kanak2. Kanak2 menjadi budak2. Budak2 menjadi remaja & begitulah seterusnya sehingga menjadi bayi semula. Walaupun saya tak mahu melaluinya, hari tersebut tetap akan bersama saya. Kuasa tuhan … tiada siapa yg mampu lari daripadanya.
Dalam hati mmg dah tau hari sekian adalah hari jadi saya, tp saja buat2 tak tau. Saje nak tunggu ape surprise kali ini. Hehe … masuk2 bilik tengok dah ada hadiah atas katil. Memang gembira…cukup gembira. Biarpun kdg2 hadiah tersebut tak de la best sangat, bukan taste saya pun … tp saya tetap gembira. Saya merasakan diri saya dihargai .. amat dihargai. Walaupun kadang2 saya sendiri lupa hari tu hari jadi saya, tp mereka mengingatkan saya. Lebih teruk lagi, kadang2 saya boleh terlupa hari jadi mereka (bila diingatkan baru ingat), tp mereka semua tak pernah lupakan hari jadi saya..Jahatkan saya nie?? Saya cium tangan mak & ayah(termasuk abg kalau dia ada sekali), cium pipi mereka dan peluk mereka. Yang paling best pada saat itu ialah; ketika membacakan birthday card yang mereka tuliskan. Macam2 nasihat yg ditulis .. itulah, inilah. Itulah setulus-tulus nasihat yang mereka tintakan buat saya dan itulah seikhlas-ikhlas waktu saya menerimanya. Saya menghargai semua nasihat tersebut. Terima kasih mak, ayah, abang kerana meraikan besdey adik (gelaran dalam keluarga).
Sekarang saya sudah bergelar Remaja. Umur saya sudah menjangkau 22 tahun. 7 bulan lagi, 23 tahun. Bermakna sudah 22 tahun saya dihargai. Sudah 22 tahun saya berdiri di atas bumi tuhan. Sudah 22 tahun Allah SWT memberi rezeki kepada saya, menghidupkan saya, memberi saya penglihatan & kesihatan … Tp bagaimana pula dengan saya? Apa yg telah saya lakukan dengan bertambahnya umur saya? Perkara tersebut biarlah saya saja yg fikirkan. Kerana saya adalah diri saya, bukan kamu … Tetapi … ! Kalau kamu menganggap saya sebagai cermin, cerminlah diri kamu … tentu kamu juga akan memikirkan apa yg sedang saya fikirkan … terpulanglah kepada diri kamu sendiri.
-----------------------------------------
Kalau dulu saya yang mengeluh, tetapi sekarang mereka yang mengeluh pada saya. “Adik … cukuplah tu. Banyak sangat dah buku. Tak payah lah beli buku dah … berapa banyak almari nak beli” … hehe. Kata2 ni bermain2 lagi di fikiran saya. Baru je beberapa hari mak menyebutnya. Saya memang meminta mak belikan satu lagi almari untuk mengisi buku2 & kitab2 yang saya beli di Syria dan Mesir yg akan sampai tak lama lagi.
Mak, ayah … sekarang baru adik faham. Mak ayah belikan buku tu sbb mak ayah risau tengok adik. Usia dah meningkat tp minat membaca masih tak nampak2 lagi. Rupanya mak ayah belikan buku tu sebagai kinayah(kiasan) suruh adik rajin membaca yerk … hehe. Terima kasih mak. Terima kasih ayah. Sekarang adik memang sedang jadi ulat buku. Bukulah kawan adik. Mane adik pergi, adik mesti bawak buku. Terima kasih juga kepada Mu’allim Razmi & Mu’allim Zol. Mereka membawa saya mengenali buku2 agama, kerana mereka menanam agama dalam diri saya .. bukan duit, bukan harta benda. Saya mula membuka lembaran Islam .. saya buka Salah Faham Terhadap Islam karangan Muhammad Qutb & saya khatamkan. Maza Ya’ni, Manhaj Hidup Muslim, Jundullah … kebanyakkan buku2 tarbawi & haraki boleh kata saya baca. Buku2 Syikhuna, Syeikh Yusuf al-Qardhawi hampir kbykkannya saya baca. Saya mengkagumi beliau. Walaupun saya tak pernah bertemu dgn beliau, tp saya amat mengenali beliau. Tulisan2 beliau, khutbah2 & ceramah beliau di dalam webnya membuatkan saya mengenali beliau.
Kerinduan saya terhadap Islam tidak terhenti di situ … kuttaib tersebut telah menggarap fikrah saya & insya-Allah saya sudah faham tuntutan dakwah & haraki di dalam Islam. Saya sudah bersedia utk berdakwah & berharaki – Insya-Allah-, tp saya lekok ilmu & bekalan utk itu. Tarbiah belum lagi menguji kita. Ia seperti pengasah yg mengasah parang dan pisau. Kita tak akan tahu ketajamannya selagi ia tidak digunakan utk menyiat & menyembelih. Medan perang kita yg sebenar ada di depan mata kita. Saya sendiri belum diuji. Saya baru diasah. Saya tak tahu sejauh mana saya bertahan dengan ujian tersebut. Saya nak jadi pisau yg tajam. Saya perlukan pengasah yg berkualiti. Buku2 tadi adalah sebahagian dari pegasah yg mengasah sy. Saya perlukan Aqidah, Feqh, Hadith & Akhlak utk mengasah saya. Saya tak mahu berjalan di atas pergantungan tp saya mahu berjalan di atas kaki sendiri. Saya perlu belajar itu semua .. kerana dakwah menuntut saya menggapai ilmu2 tersebut. Saya tak layak menjadi seperti as-Syahid Hasan al-Banna, Syed Hawa & as-Syahid Syed Qutb. Jauh sekali .. terlalu jauh. Tetapi saya cemburukan mereka. Kdg2 saya tertanya2 mengapa Allah tidak lahirkan saya sebagai Hasan al-Banna atau Syed Qutb atau sesiapa saja tokoh agung Islam yg kita kenali hari ni. Mereka adalah lampu suluh yg menyuluh jalan di tengah2 hutan belantara yg gelap. Walaupun ia kecil, tp cahayanya membuatkan manusia sampai ke destinasinya. Tidak sesat & tidak terputus harapan. Dunia dan langit semuanya tunduk kerana kejuhudan mereka… Allah pun telah menyediakan mereka tempat di dunia sana. Kalaupun saya tak layak menjadi seperti mereka, sekurang2nya saya nak tiru jalan yg mereka selusuri sebelum mrk menjadi mereka yg kita semua kenali hari ini…‘faham ke tu, hehe’… Mereka sentiasa memotivasikan saya untuk itu walaupun sy tau jlnnya susah ... walaupun mengah tp saya cukup gembira ... Ya Allah, kau thabatkan aku bersama mereka & bantulah aku melalui jalan2 yg berliku ini. Penuhilah cita-citaku ini Ya Allah.
Alhamdulillah … Allah SWT membajai diri saya dengan membaca. Saya selesa dengan hobi ini. Dulu saya kaki bola. Pukul 5 petang dah tercangak atas padang. Solat asar pun macam bullet train. Kalau iklan dalam tv kata ‘tidur bola, makan bola’ … saya nak tambah satu lagi .. ‘solat bola’. Memang dalam solat ingat bola .. bola, bola, bola … “hari ni nak jadi keeper ke, nak jadi striker” .. semua saya boleh. Jadi ball picker je saya tak boleh..hehe. Kadang2 main bola sampai pukul 7. Ayah bagi syarat main sampai 6.30 jer .. tu paling lewat. Tp sebab bola, saya lupakan syarat ayah. Nie lah manusia, nie lah saya .. suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Tidak pernah menghargai kebaikan yg telah org lain berikan. Manusia mmg begitu … pentingkan diri sendiri.
Manusia juga ada had kesabarannya. Sekali dua tak pe lah. Tapi kalau dah banyak kali … hanya hukuman saja yg menjadi pengajaran. Begitu juga dengan Islam. Islam adalah agama nasihat. Agama yg mendidik. Agama Tarbawi. Tarbiah & nasihat adalah jalan Islam. Tetapi sekiranya manusia tidak makan dengan nasihat … hukuman adalah pengajarannya. Orang yg mencuri, minum arak, rasuah, merompak & murtad adalah golongan manusia yang tak makan nasihat. Mereka layak dikenakan hukuman setimpal dengan kedegilan mereka. “Potong saja tangan mereka, sebat saja mereka & bunuh mereka” … itulah hukuman Allah buat mereka yg tak mahu menerima nasihat.
Ayah marah … suruh balik 6.30 ptg, saya balik pukul 7. Saya tidak dibenarkan masuk rumah. Itulah hukuman buat saya. Duduk luar rumah sampai malam…sampai lewat malam. Takut .. mmg takut duduk sorang2 kat luar..tuhan je yg tahu masa tu. Mak tak boleh buat ape2 walaupun sy tahu mak kesiankan saya. Tp sebagai ibu, tidak sepatutnya dia menyebelahi anak ketika dia sedang dimarahi oleh ayah. Mmg anak tu akan sayangkan ibunya sekiranya dia menyebelahi anaknya pada waktu itu … tetapi anak tersebut akan rosak di kemudian hari hasil kemanjaan ibu yang tidak bertempat. Kalau kamu tak percaya, cubalah sendiri. Lihat sendiri apa akan terjadi kepada anak kamu nanti … nescaya dia akan rosak & binasa.
Saya marah ayah. Ayah tak sayangkan saya. Biarkan saya duduk luar sorang2. Tak tau ke perut saya lapar, badan saya busuk tak mandi .. gatal2. Arghh...saya benci ayah pd masa tu..benci3. Tp bila dah besar baru saya sedar sebenarnya ayah sayangkan saya. Ayah tak pernah bencikan saya, malah terus menerus sayangkan saya. Rupanya ayah nak mendidik saya, nak tarbiah saya. Hari ini saya dapat rasakan kesannya. Saya jadi orang hari ni pun kerana ayahlah yg mendidik saya … Terima kasih ayah. I luv u dad.
Saya masih ingat lagi … saya & abang dikurung di luar rumah sampai malam semata2 kerana bergaduh rebut buku. Buku tu koyak. Saya tak faham mengapa pasal buku pun nak kene hukuman macam ni. Bukan buku apa pun … buka dragon ball je(seingat saya). Tp bila dah besar baru saya tahu. Sebenarnya ayah nak kami bersama. Ayah nak kami hidup bersaudara..merasai kasih sayang adik beradik. Menghargai buku walaupun ia kecil. Ayah2 … sungguh hebat stratergi tarbiyahmu.
Hmm .. terlalu banyak yg ingin saya kongsikan di sini. Tp biarlah sebahagiannya menjadi memoir hidup saya. Coretan ini sekadar tatapan buat mereka yg sudi untuk mengenali saya. Moga2 sedikit yg tertulis ini mampu memberi sumbangan kepada mereka yg ikhlas membacanya. Saya tak layak utk memberi motivasi kerna saya sendri perlu sentiasa dimotivasi. Saya insan kerdil … tak punya apa2 melainkan kelemahan. Segala kelebihan yg saya miliki semuanya pemberian Allah. Mak, ayah, abang & semua orang yg pernah mendidik & member sokongan kpd saya … tiada apa yg boleh saya balaskan kecuali ucapan terima kasih. Saya sayang kamu semua.
Ada tugas yg perlu diselesaikan ... Salam ukhuwwah ...
Sekarang dah bulan Sya’ban. Tak sampai satu bulan lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Syeikh Sayyid Ahmad, anak kepada Syeikh al-Muhaddith Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani dalam sesi ziarahnya ke Malaysia baru2 ni berkata, “Kita berbangga menjadi umat Muhammad SAW kerana kita sentiasa berada di dalam bulan-bulan yang mempunyai keistimewaannya yg tersendiri. Bermula dari bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan seterusnya adalah bulan2 yg tersimpan di dalamnya beberapa rahsia. Kelebihan ini tidak terdapat pada umat nabi2 terdahulu.”. Jazakumullahu khairal jaza’ ‘ala syeikhina li ajli ziaratihi ila biladina.
Jadi, sape2 yang mengidam nak makan ni, nak makan tu … cepat2 makan sekarang. Dah bulan Ramadhan nanti, makan kene ala kadar je. Kalau tak, tarawih nanti 4 rakaat jer. 4 rakaat lagi terlentang atas katil sbb perut dah kembung dengan mcm2 makanan dan minuman.
Bulan Ramadhan adalah bulan keuntungan bagi para peniaga pasar malam … jual apa pun laku. Keropok keras pun orang beli. Orang yang berpuasa tak cukup dengan satu makanan dan minuman. Kalau boleh semua nak rasa, semua nak cuba. Kow teaw la, nasi ayam la, air jagung la, air soya la … semuanya nak dibeli. Tym tu la rasa tak cukup dgn satu lauk pauk & minuman … Tapi tak dapat dinafikan, inilah satu keistimewaan di dalam bulan Ramadhan. Rezeki melimpah-limpah. Cuma kita je kene pandai kawal kemahuan kita. Saya secara peribadi cukup seronok berada dalam bulan Ramadhan ni. Walaupun agak penat di siang hari kerana lapar dan dahaga, dengan cuaca yang panas, ditambah lagi dengan kedudukan bilik yang berada di tingkat 4, mmg mengah la naik bilik.. tuhan je yang tahu. Tapi semua ni warna-warni bulan Ramadhan. Siangnya mmg lapar dan dahaga, tetapi malamnya Allah gantikan dengan satu nilai kebersamaan & ukhuwwah bersama kawan-kawan untuk berbuka puasa.
Kalau sebelum ni, kami berbuka dengan lauk pauk yang kami masak sendiri. Kami masak di bilik kosong sebelah bilik kami. Kumpul duit. Kemudian keluar ke kedai berdekatan beli barang yang nak dimasak. Siapa yg free petang tu pergi beli. Kami beli beras, beli sayur, rempah2 dan ayam. Ikan kadang2. Sotong tak pernah. Udang jauh sekali...semuanya mahal kecuali ayam je yg murah untuk dibeli. Masa saya & kawan berada di Syria dulu, selama 3 bulan kami kat sana, hari2 makan ayam. Ayam .. ayam .. ayam. Pagi petang siang malam .. ayam. Nasib baik muka tak jadi macam ayam. Lebih spesifik lagi, makan kepak dan peha je… bahagian lain tu tengok2 je sbb mahal. Kepak dgn peha je yang murah. 2kg kepak & peha dalam 170LE (RM12). Ikan mahal, kambing pun mahal. Sotong, udang & ketam tak pernah jumpa. Duduk sana baru terasa nikmat duduk di Malaysia .. semua ada. Tp saya tetap rindukan Syria … knape? Takpe2, pasal Syria nanti saya ceritakan kemudian. Terlalu banyak kisah & pengalaman yg ingin saya kongsikan bersama selama saya berada di sana.
Kembali … Petang tu dalam pukul 6 ke 6.30pm, kami sudah mula memasak. Inilah waktu yang paling mengembirakan… campakkan saje barang yg dibeli dalam kuali … kacau sikit2, jadilah lauk. Sedap ke, tak sedap ke … itulah hasil kami bersama. Tp di situlah kami membina ukhuwwah di antara kami.
Kalau tibe turn saya masak, saya suka masak yang agak pedas2 sikit … baru best,hehe. Saya tak pandai masak, tp boleh la skit2. Saya masih ingat, saya masak ikan masak lemak. Blender tak ada, sedangkan cili api, halia dan serai perlu dikisar. Arghhh .. bantai saja. Hancurkan guna lesung batu saja. Bila dimasukkan dalam periuk, berkumpul kulit2 serai yang tak dapat dihancurkan selumat-lumatnya. Kawan2 masa tu dah melontarkan mcm2 sumpah seranah … “aku perlu buktikan masakan aku berjaya”, saya nekad walaupun masa tu dah gelabah. Alhamdulillah, berkat keyakinan dan kesungguhan saya, ia berjaya. Tp beberapa orang je yg sanggup makan sbb terlalu pedas termasuklah kawan saya orang Cowo…makasih ya pak Halem (betul ke bahase tu cikgu). Memang pedas pun, saya sendiri pun tak tahan sbb terlebih letak cili api..hehe. Merah2 mata, hinguih semua keluaq. Saing kawe hok maghi dari klate meme awa-awa give up doh… tok leh g, pedah slalu .. maaf deh Shahir (Bahso Klate). Tp itulah nilai persahabatan. Riuh satu kampung tym masak, semua nak jadi boss, semua nak jadi cheft, semua nak bagi idea … tp itulah nilai persahabatan. Bile dah selesai masak, semua mengadap lauk pauk yang telah sedia di masak. Kadang2 kalau ada rezeki lebih, ada la santapan lebih yang dibeli dari luar. Alhamdulillah, rezeki dari Allah tak pernah tak cukup. Masing-masing tak sabar2 menunggu azan dikumandangkan. Bulan puasa adalah bulan semua orang tahu waktu azan maghrib paling tepat lagi accurate. Alhamdulillah, azan telah pun dikumandangkan … doa dibaca dan kami mencapai apa yang ada di depan mata. Allah .. ketika puasalah nikmat tuhan begitu terasa dan tinggi nilainya. Perut yg lapar kembali terisi dengan makanan. Bibir dan tekak yang kering dibasahi dengan air yang segar dan manis. Allah .. besarnya nikmatMu. Namun, ada yang nak solat maghrib dlu lepas berbuka, ada juga yang nak pekhabih slalu makanan yang terhidang. Kadang2 bertegang lidah gak sbb masing2 nak tegakkan hujah masing-masing. Semua nak bawak kluar dalil. Semua nak jadi mujtahid … tp kami tetap bersama dan berkawan. Itulah nilai persahabatan. Haaa, waktu yg paling best skali adalah waktu lepas makan … tym ni semua buat muka toya, muka innocent. Buat2 tak tau je dengan pinggan masing-masing. Yang dah masak gunakan excuse masaknya, “ana dah masak .. so, orang lain la basuh”. Nie la manusia, bila dah senang, perut dah penuh … lupakan segalanya. Lupakan kawan2. Lupakan nilai kebersamaan. Tapi Alhamdulillah, ada yang mengalah. Akhirnya semua bekerjasama, semua tolong-menolong. Inilah nilai ukhuwwah antara kami.
Tapi kadang2 saya bersama kawan2 lain berbuka puasa di satu masjid kampung berhampiran dengan UIA. Masjid tersebut hari2 menyediakan morei. Selalunya, kami akan pergi pada pukul 6.30 petang dengan motor bersama-sama. Saya tak ade motor, jadi terpaksa tumpang kawan. Terasa manisnya nilai kebersamaan ketika itu. Selalunya kamilah antara jemaah yang paling awal datang ke sana. Tak sangka, rupa2nya masjid tu memang popular di kalangan pelajar-pelajar UIA. Semakin hari semakin ramai yang berbuka di sana. Tapi walaubagaimana ramaipun, makanan tetap cukup .. Alhamdulillah. Juadah berbuka di situ cukup sedap … hidangan yang dihidangkan pun ala-ala kampung. Saya tak ada kampung. Kampung saya adalah rumah saya. Jadi, sesekali berbuka dalam suasana kampung membuatkan suasana berbuka cukup meriah dan seronok. Terasa ketenangannya. Kami pulang setelah selesai solat maghrib berjemaah bersama-sama dengan qaryah masjid tersebut. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pengalaman indah seumpama ini. Semoga Allah SWT memberikan kesempatan untuk berbuka puasa di sana lagi .. AMIN.
Allahu Akbar Allahu Akbar …
Azan Isyak sudah berkumandang. Saya segera ke masjid untuk merebut saf yang pertama, betul2 di belakang imam. Hati saya terpanggil-panggil dengan kemerduan & kelembutan suara imam tersebut. Beliau adalah pelajar Master dari Maghribi (Morocco). Nama dia Abdul Razak kalau tak silap saya. Seorang Hafizd al-Quran. Bacaannya cukup menyenangkan … seakan-akan seperti Syeikh Syed al-Ghamidi. Inilah kelebihan berpuasa di UIA. Setiap kali bulan Ramadhan, kami didendangkan dengan saudara-saudara kami dari negara-negara arab dan afrika yang sedap2 dan merdu suaranya. Mereka semua Hafizd … semuanya cekap menghafal. Kadang2 saya bermimpi untuk jadi seperti mereka. Sedangkan saya masih terkedek-kedek dan merangkak-rangkak menghafal al-Quran. Tak pe lah, kalau tak dapat hafal satu al-Quran pun, separuh al-Quran pun dah sudah memadai .. itu saja yang termampu. Menghafal al-Quran bukan mudah. Memang payah, tambah lagi menghafal dalam usia sebegini. Hafal hari ni, esok lupa … macam embun pagi, hilang bila matahari mula memancar. Allahumma Yassir wala tu’assir …
Kadang2 beliau menangis. Saya juga cuba untuk menangis tp tak juga menangis. Saya buat2 la menangis. Berair jugak la mata ni..hehe. Sungguh, menangis menambah kekhusukkan kita ketika solat - tp janganlah sampai teriak -. Ketika itulah saya dapat merasai nikmat solat yang sebenar. Nilai tadharru’, khauf, tarajji & ikhlas seperti yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam al-Ihya’ muncul secara tiba2, menjadikan saya khusu’ dan jiwa saya terarah. Saya tidak lelah berdiri, malah terus bersemangat untuk mendirikan solat. Di sinilah rahsia solat tp ramai yang tidak dapat merasainya termasuklah saya. Banyak yg saya khayalkan daripada khusu’. Kalaulah umat Islam berjaya memusatkan solatnya, pasti musuh Islam akan gerun dengan kita sbb di dalam solat terangkum Islam, Iman dan Ihsan. Mendirikan solat adalah sebahagian dari rukun Islam, melaksanakannya adalah tanda keimanan kita kepada Allah. Ikhlas serta khusu’ merupakan tanda ihsan kita kepada-Nya. Tiada siapa yg tahu untuk siapa kita solat kecuali Allah sahaja yang mengetahuinya. Bukan sekadar itu. Solat membentuk disiplin kita, menyatukan kita di bawah satu saf yang sama … tuakah kamu, mudakah kamu, kayakah kamu atau miskinkah kamu, itu semua tidak penting di sisi Allah SWT. Yang penting kita ikhlas & khusu’. Inilah senjata tentera Salehuddin al-Ayubi. Inilah senjata tentera Muhammad al-Fateh. Layaklah mereka mengibarkan panji-panji Islam kerana teguhnya mereka di dalam solat-solat mereka.
Satu persoalan yang perlu dijawab … apakah rahsia Allah SWT memulakan kisah Isra’ wal Mi’raj dengan kalimah Subhaanallazi …
Syeikh as-Sya’rawi - seorang ulama tafsir moden - telah berjaya menambat hati saya ketika menerangkan rahsia mengapa Allah SWT memulakan surah al-Isra’ dengan Subhaanallazi, iaitu kalimah yang diriwayatkan secara sahih di dalam Sahih al-Bukhari sebagai kalimah yg khafifatani ‘alal liisaan..thaqilataani fil mizaan. Mengapa Allah memulakan surah tersebut dengan memuji diri-Nya sendiri? Apakah keistimewaan? Apakah kepentingannya? Hmm … satu rahsia yang perlu kita bongkar & dikongsi bersama.
Setelah saya membaca penjelasan tersebut, barulah saya sedar selama ini saya tak faham al-Quran. Saya faham maksudnya saja tapi saya tak faham maksud disebalik maksudnya, hehe..faham ker tu. Saya rase mungkin bende ni menjadi faktor mengapa non-Muslim tak tertarik dengan Islam kerana umat Islam sendiri gagal membuktikan kemukjizatan al-Quran sebagai Kalamullah. Bahkan mereka juga berani mengatakan bahawa ‘kami juga ada kitab sepertimana kamu. Kami tidak nampak sebarang perbezaan pun di antara kitab kami dgn al-Quran kamu’. Kenyataan ini ada benarnya dari sudut logikanya. Kalau saya berada di tempat mereka, tak mustahil saya juga akan berkata mcm tu sebab saya tak nampak di manakah usaha umat Islam dalam menonjolkan dan mempromosikan kehebatan al-Quran sebagai petunjuk agama mereka.
Ya Allah .. betapa ceteknye ilmu saya apabila membaca kitab beliau. Byk bende yg saya tak tahu tentang Islam, tentang al-Quran.
Buku tersebut telah memahamkan saya bahawa Allah SWT tidak menurunkan sesuatu ayat itu dgn sesuka hati, tidak juga tanpa bersebab … bahkan di sana pasti terdapat rahsia agung yang perlu dikupas dan dikaji. Hanya orang-orang yang berkeahlian yg dibukakan hati oleh Allah SWT saja yang mampu melihat ke dalam akan maksud tersirat di sebalik penurunan setiap kalimah dari ayat-ayat al-Quran. Sungguh agung al-Quran…terlalu2 agung. Tak hairanlah mengapa ia mampu menggongcangkan hati-hati manusia dan menggerunkan pihak musuhnya. Siapa tak kenal dengan Umar al-Khattab? Seorang lelaki bengis dan tegas. Semua orang takut kepadanya; samasa zaman jahiliahnya atau Islamnya. Tidak ada erti kalah di dalam kamus hidupnya. Pedang menjadi pemutus bagi sesiapa yang melawannya. Namun, beliau kalah dengan alunan beberapa ayat al-Quran yang dibacakan kepadanya. Mana hebatnya al-Quran ni sampai Umar bleh kalah? Inilah senjata Muhammad SAW, senjata yg telah mengalahkan Umar. Ia bukan pedang, tetapi kalimahnya tajam seperti pedang sehingga ketajamannya menghunus masuk ke dalam hati beliau & merobek-robekkannya … jauh lebih hebat dari senjatanya.
“Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arsy. Kepunyaan-Nya-lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, Maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai Al asmaaul husna (nama-nama yang baik)”. (Thoha: 1-7)
Ayat ini merubah dirinya yang bengis menjadi hamba agung di dalam Islam, khalifah yang adil dan terbilang, ‘ibadullah yang merendah diri di depan tuhannya .. keras di hadapan musuh nabinya. Mukjizat al-Quran sungguh luar biasa .. Bukan itu saje, malah tokoh2 sasterawan terbilang, ahli sya’ir dan ahli sihir terpaku keras apabila mendengar al-Quran berbicara. Seolah-olah ia merupakan kalam yang datang dan lahir dari sesuatu yang Maha agung dan Maha hebat..mereka tidak pernah mendengarnya sebelum ini .. sungguh tinggi nilai sasteranya, nahunya, balaghahnya & mantiqnya. Ia cukup indah dan mempersonakan. Namun, apabila mereka melihat kalam tersebut keluar dari bibir seorang insan yang bernama Muhammad, yang dikenal pula oleh masyarakat dengan ummiyyin(tidak tahu membaca & menulis), mereka lantas mengatakan, “Ini sihir” … walaupun jauh di sudut hati mereka, mereka yakin ia bukan kalam Muhammad & bukan sihir. Tetapi mereka ego, sombong dan takabbur dengan kedudukan mereka … Siapalah Muhammad di sisi mereka, hanya seorang lelaki yang baru berusia 40 tahun, miskin pulak. Mereka tidak mengukur dengan mata hati, tetapi mengukur dengan mata kebendaan dan kedudukan .. Inilah sifat manusia, inilah sifatku. Sentiasa ego dengan diri sendiri. Sedangkan semua keistimewaan yang dimiliki semuanya milik Allah SWT.
Aduh ! Tamparan hebat buat nabi. Muhammad ibn Abdillah yang tak tahu membaca & menulis dinobatkan sebagai nabi di tengah masyarakat yang halus seni bahasanya, indah sasteranya dan menarik susunan tatabahasanya. Baginda tidak dikenal masyarakat sebagai sasterawan dan ahli Sya’ir, hanya digelar al-Amin kerana amanahnya & baik peribadinya.. itu sahaja.
Ya Allah … kini baru aku tahu betapa nabiMu ini seorang yang cukup2 penyabar. Mana tidaknya, baginda terpaksa meyakinkan masyarakat bahawa kalam ini bukan kalamnya … aku tidak mencipta dan mereka-rekanya sendiri. Ini kalam dari Tuhanku dan Tuhan kamu, Tuhan yang menciptakan kamu, Tuhan yang mengawal setiap detik kerdipan jantungmu, Tuhan yang menggantikan siang dan malam, Yang berada di timur dan di barat.
Namun, walau sehebat mana hambatan dan tentangan yang baginda hadapi, biarpun luka kakinya, patah giginya, dibaling batu, dihalau dan dimaki … baginda tetap sabar. Baginda tidak membalasnya dengan meminta agar mereka ditimpakan bencana di atas keingkaran mereka, bahkan baginda menadah tangan & berdoa, “Wahai Allah, berikan hidayah kepada mereka. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui”. Allah …!! Sungguh mulia akhlak nabiMu. Sungguh agung peribadinya. Kalaulah baginda masih hidup, aku pasti akan mengejarnya dan mencium-cium wajahnya.
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.”
Subhaana …. Maha Suci. Iaitu sucinya Allah SWT dari sebarang sesuatu yang menyerupai-Nya. Samada pada sifat-Nya atau perbuatan-Nya. Iaitu penyucian mutlak untuk Allah & bagi Allah... pada zat, pada sifat, jua pada perbuatan.
Allah SWT itu wujuud. Saya dan kamu juga wujud … tetapi adakah kewujudan kita sama seperti wujudnya Allah? Allah SWT itu Mendengar, Maha Mendengar dan sangat bangat Mendengar .. saya dan kamu juga mendengar, tetapi mendengar kita tidak sama dengan mendengarnya Allah SWT. Allah SWT punya zat dan kita juga punya zat … tetapi zat kita dan zat Allah SWT tidak boleh diperbandingkan.
Jika pada diri Allah SWT itu perbuatan, maka jgn sesekali kita menyamakan perbuatan-Nya dengan perbuatan manusia. Perbuatan Allah tidak boleh dijangkau dengan qudrat manusia, jauh melampaui apa yang dapat dibayangkan dengan bayangan akal … jauh, terlalu jauh.
Usah difikirkan bagaimana .. usah ditanyakan bagaimana .. campaklah ia jauh2. Makin kamu fikirkan, makin kamu mencari-cari jawapannya … makin dekat kamu kepada syirik dan makin dekat kamu menjadi gile. Renunglah pd penciptaan Allah. Jangan kamu renung pd zat Allah. Penciptaan Allah itu luas. Walaupun kamu hidup seribu tahun, kemudian dimatikan lalu dibangkitkan semula … penciptaan Allah tetap luas untuk kamu renungkan. Renungkanlah …
Oleh itu, jika Allah SWT melakukan sesuatu, jangan kamu tanya mengapa dan kenapa. Kerana kecetekkan akal manusia tidak mampu menjangkaui rahsia di sebalik perbuatan Allah SWT. Allah SWT melakukan apa saja yang Dia kehendaki, tidak terbatas dengan batasan undang2 & peraturan. Kerana Dialah Pencipta undang2 & peraturan. Dia tidak memerlukan asbab kerana Dialah yang menjadikan segala asbab.
Ya Allah .. tiada sesuatu pun yang serupa denganMu. Setiap makhluk tunduk kepada kehendakMu tetapi kamu tidak tunduk kepada kehendak sesiapapun. ZatMu, sifatMu dan perbuatanMu mengatasi semua makhlukMu. Oleh kerana itu, tanda-tanda kekuasaan Allah SWT tidak tunduk kepada peraturan & undang2 alam kerana alam berada di bawah kekuasaan-Nya.
Allah SWT tidak berbahasa dengan sesuatu yang kosong tetapi Allah SWT mendatangkan buktinya .. supaya manusia melihat sendiri kebenarannya. Samada saya & kamu mahu menyerah diri atau tidak, itu hak saya & hak kamu …. Dia yang Maha Berkuasa sudah membuktikannya. Allah SWT telah mengurniakan akal dan fikiran .. maka fikirkanlah!!
Kamu tahu api? Pernah tgk api? Tahu bagaimana sifat api? Bukankah sifatnya panas dan membakar. Ia membakar sesiapa saja yang menghampirinya? Tetapi dengan Subhaanallah … api tidak membakar tubuh & jasad nabi Ibrahim AS. Semasa saya pergi ke Syria baru2 ni, sahabat2 saya menziarahi tempat pembakaran nabi Ibrahim di Turkey(saya lupa nama tempatnya). Saya tak pergi sbb saya bercadang nak pergi ke Mesir. Sebelum ni saya ingatkan tempat pembakarannya mcm biase je, mungkin seperti kite tgk orang Indu bakar mayat yg telah mati. Kumpul2 kayu dan letakkan mayat tersebut dalam kayu tu. Tapi bila saya tgk gambar yg ditangkap oleh sahabat2 saya, saya terkejut. Rupa2nya mereka membina sepasang tiang khas yg besar & tinggi untuk mencampakkan nabi Ibrahim ke dalam api tersebut. Ia dibina di atas bukit dan api tersebut terletak di bawah bukit. Tiang tersebut jauh dari api tersebut dan nabi Ibrahim dicampakkan dgn menggunakan kaedah lastik kerana kehangatannya tersangatlah kuat & panas. Tak ada akal yang sihat akan mengatakan nabi Ibrahim akan selamat. Sunnatullah menetapkan apa saja yang dibakar pasti akan terbakar. Itu pasti. Api memang panas & membakar. Walaubagaimanapun, ia tetap milik Allah SWT, “Wahai api! Menjadi dinginlah & menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim” (al-Anbia’: 69). Api akur dan tunduk dgn perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim tenang berada di dalam api tersebut. Tiada siapa yang mampu bertanya bagaimana ia boleh berlaku & tiada siapa yg mampu menjawabnya … Inilah keajaiban Allah SWT. Subhaanallah ….
Begitu juga yang berlaku kepada nabi Musa dan nabi Isa … semua itu menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT …
Adakah manusia mampu merungkai segala rahsia-rahsia Allah SWT? … Mustahil. Lihatlah diri kamu dahulu sebelum kamu melihat zat Allah SWT. Sesungguhnya rahsia kehidupan hanya diketahui oleh Allah SWT. Akal dan ilmu yg diberikan oleh-Nya kepada manusia sehingga mereka boleh sampai ke bulan, melihat sel-sel dan organisma hanyalah cebisan dari rahsia-rahsia Allah. Itupun masih terbatas di atas kajian yang belum tentu ketepatannya.
Subhaana … kalimah agung yang hanya dimulakan untuk mengkhabarkan sesuatu yang agung dan ajaib. Itu suatu isyarat buat saya & buat kamu. Bilamana Allah SWT memulakan sesuatu surah atau ayat dengan memuji diri-Nya sendiri, Ingat! Pasti ada sesuatu berita besar yang ingin disampaikan … Ketepikan akal kamu. ketepikan logika kamu. Bawakan iman dan letakkan ia di dalam hati. Ketika itu, tidak berguna lagi akal dan logika. Hanya iman yang berperanan. Subhaanallah … Aku beriman dengan berita yang Kau sampaikan.
Isra’ dan Mi’raj merupakan berita agung dari Allah SWT. Berita iman. Berita yang meletakkan diri seseorang di persimpangan antara percaya atau tidak.
“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa”
Ia adalah berita yang benar. Tiada yang dusta melainkan yang benar. Ia datang dari Allah dan diturunkan oleh Allah. “Dan siapakah orang yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (an-Nisa’: 87). Percayalah !!! Tidak ada sesuatupun yang mustahil di sisi Allah SWT.
Burung-burung ni sentiasa muraqabah... sentiasa sedar kehadiran Tuhan dalam hidupnya. Mereka tak pernah lalai dari tugas mereka...pagi2 dah bising bertasbih ... riuh rendah dengan siulan yang mengasyikkan... Subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilaaha illallah wallaahu Akbar... seronoknya menjadi burung. Bebas terbang ke mana saja. Melihat dunia dari atas .. melihat kehidupan manusia & berdoa untuk manusia ... tp manusia ......???
Tp manusia ...? Lihat saja manusia. Mereka selalu mementingkan diri sendiri. Zalim sesama sendiri. Kuasa yang mereka miliki bukan untuk memberi kemakmuran dan manfaat kpd orang lain, sebaliknya menzalimi dan merendahkan maruah orang yang berada di bawahnya.
Lihatlah kezaliman yang berlaku di Palestin, Iraq, Afganistan dan seluruh dunia Islam. Ini semua angkara Yahudi la’natullah dan sekutu Amerika & Britain. Tp mengapa masih ramai lagi yang berbangga dengan kecanggihan dan kemodenan yang mereka kecapi sedangkan ia tidak lain hanya digunakan untuk menghancurkan keamanan sesama manusia.
Air mata kerinduan ... rindukan kasih sayang ibu & bapa. Usia kemanjaan berlalu begitu saja dek kezaliman yang menimpa mereka. Di mana umat Islam? Di mana keadilan sejagat? Di mana PBB yg kononnya menjadi Polis Dunia?
Kamu lihat si kecil ini … tidakkah kamu kasihan kepadanya? Tidakkah kamu dapat merasai apa yang dia sedang rasai? Si kecil itu sedang menangis … menangis di atas runtuhan tempat dia berteduh. Mencari ibu & ayah tetapi tidak ketemu. Berapa ramai anak kecil hari ini yang mengalami nasib sepertinya. Hilang ibu & bapa. Hidup sebatang kara. Hilang kasih dan sayang. Ini semua adalah angkara tangan-tangan manusia. Mereka zalim … teramat zalim. Di mana nilai kasih sayang & peri kemanusiaan kamu? Di mana letaknya hati kamu?
Cuba tengok binatang ini! Bahagia bersama ibu & anak. Binatang pun tahu erti kasih sayang. Tidak pernah saya jumpa & terbaca ada binatang yang sanggup membunuh anak sendiri … tidak ada. Tetapi manusia yang dikurniakan dengan akal, otak dan perasaan sanggup membunuh anak sendiri, makan anak sendiri, dera, rogol dan menzalimi anak sendiri. Bahkan setiap hari di dada-dada akhbar pasti ada berita mengenai kes pembunuhan & kematian … bila manusia nak hidup aman damai? Lihatlah binatang … mereka hidup dalam kedamaian.
31 Ogos merupakan hari kemerdekaan bagi Negara Malaysia. Tahun ini genap 50 tahun Negara saya merdeka. Tp saya bukanlah patriotik sangat. Ntah la, kadang2 cuba jadi patriotik tp susah gak…hmm. Sejauh mana kemerdekaan ini memberi impak kepada keamanan tanah air perlu kita tanyakan? Begitu juga dengan kesannya kepada dunia Islam seluruhnya. Apakah tanggungjawab Negara Malaysia yang merdeka kepada bumi Palestin, Iraq & dunia Islam lain yang tertindas? Apa peranan Malaysia? Cukupkah merdeka di Negara sendiri sedangkan Negara lain masih lagi sarat dengan penjajahan. Bukankah Islam diibaratkan seperti satu tubuh, sekiranya peha kanan terluka yang kiri pasti merasai kesakitannya….Kita tidak mahu kemerdekaan yang lumpuh anggotanya.
Sejak beberapa hari nie, saya khusuk membaca sebuah buku yang ditulis oleh al-Marhum Syeikh as-Sya'rawi berkenaan dengan kisah Isra' wal Mi'raj. Buku tu bertajuk Mu'jizatul Isra' wal Mi'raj.
Buku ni dah lama saya beli tp tak baca-baca lagi. Tersimpan je di celah-celah kitab dan buku di rak bilik tu. Biase la, salah satu perangai saya ... suka membeli buku & kitab. Buku dalam bilik tu dah berbukit-bukit, tp yang dibaca hanya beberapa buah jer. Inilah kerja saya bile tym bosan dan boringgg. Start kerete pergi Fajar Ulung untuk melepaskan kerinduan bersama kitab-kitab para ulama dan para du'at. Walaupun tak ade niat nak beli apa2 buku, janji dapat tgk pun jadilah. Tp slalunye, ade je kitab yang beli ... hehe. Belek satu2, sikit2... Bile tgk jam, tak sangka saya dah bertenggek dekat kedai tu berjam-jam. Orang kedai tu pun agaknya dah boring tgk muka ni. Walau apepun, saya bersyukur sbb Allah kurniakan saya hobi sebegini. Semoga hobi ni memberikan pahala kepada saya kerana setia membuka lembaran kitab yang terkandung isi tuhan dan rasul-Nya.
Haa, berbalik pada Isra' wal Mi'raj td ... saya mula membaca buku Syeikh Sya'rawi tu sejak saya pergi mendengar Mau'izah dari Habib Salim, Syeikh dari Hadramaut, Yaman yg berkunjung ke Malaysia baru-baru ni. Ceramah beliau membuatkan saya teringatkan buku ni. Saya rasa tak puas mendengar penjelasan ringkas beliau pada malam tu. Ye la, sbb masa pun tak cukup. Jadi, semuanya perlu diringkaskan. Tp alhamdulillah, ceramah beliau membuka benak hati saya supaya ingin benar2 faham di sebalik kisah Isra' wa al-Mi'raj ni.
Ya Allah ... kitab nipis setebal 151 muka surat tu tak saya sangka telah membuka satu gambaran yang cukup indah tentang peristiwa Isra' wal Mi'raj. Saya benar-benar puas hati bila membacanya. Kalau sebelum ni saya hanya mengenali kisah tersebut dari cerita ustaz2 di sekolah dan ceramah umum, tp kali ni saya benar-benar memahaminya. Saya membaca kisah tersebut harfan biharfin(dari satu huruf ke satu huruf) dengan penuh khusuk. Gaya penyampaian yang menarik dan tersusun menambahkan minat saya untuk terus membaca dan memahami. Jazakumullah 'ala as-Syeikhina, Syaikh as-Sya'rawi fi bayanihi 'ala qissatil Isra' wal Mi'raj.
Dulu saya hanya melalui kisah ini begitu sahaja. Bahkan saya tidak pedulipun tentangnya. Saya meyakini kewujudan kisah tersebut, meyakini kisah perjalanan nabi Muhammad ke sana ... tetapi ia hanya tidak lebih dari keyakinan sahaja, bukan keyakinan beserta ilmu terhadapnya. Saya tidak minat untuk mengetahuinya.
Kali ini Alhamdulillah, Allah memahamkan saya dengan sebukit ilmu mengenai Isra' wal Mi'raj secara la'iq dan daqiq.
Ya Allah ... saya tak sangka sebegini hebat kasih sayangMu terhadap rasulullah SAW. Di waktu semakin hebatnya tentangan yang baginda hadapi, kau cepat-cepat hulurkan tanganMu menenangkan hatinya. Allah ... alangkah baiknya sekiranya aku dapat merasai ketenangan bersamaMU.
Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Isra' wal Mi'raj merupakan suatu peristiwa ganjil dalam lembaran sejarah umat Islam. Ia berlaku sewaktu nabi berada di Mekah, ketika berada di tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah. Peristiwa ini mempunyai pandangan yang berbeza mengikut kacamata para ulama. Ulama Seerah melihatnya begini, fuqaha begini, Mutakallimin begini. Apapun pandangan yang terhasil, satu kesimpulan yang saya boleh berikan adalah; ia merupakan satu ujian buat ummat Muhammad SAW.
Ia adalah tanda kekuasaan Allah dan bukti kemukjizatan nabi Muhammad SAW. Ia hebat & agung pada mata hati yang memenangkan iman dan mengalahkan logika akal yang singkat. It is a sign to us bahawa tidak semua perkara dalam agama perlu ditafsirkan dengan akal semata, malah kadang-kadang perlu terhenti di atas keta'atan dan ta'abudiyyah kepada sang Pencipta. Usah ditanya kenapa solat subuh dua rakaat, asar empat, maghrib tiga ... laksanakan saja. Itu tanda ta'abbudiyyah kita kepada sang Ma'bud & Pencipta.
Perjalanan Isra' dan Mi'raj nabi SAW merupakan hadiah buat nabi Muhammad SAW. Sewaktu penentangan kafir Quraish sampai ke kemuncaknya, di waktu itulah isteri tersayang Khadijah dan bapa saudara nabi, Abu Tolib meninggal dunia. Kalau dulu Khadijah adalah srikandi yang berada di belakang nabi SAW dan Abu Tolib menjadi benteng mempertahankan beliau, tetapi selepas kematian mereka ... nabi Muhammad SAW terpaksa berdiri tanpa sokongan dan benteng. Baginda perlu berjalan sendirian membawa Islam bersama sahabat2 yang lain. Allah Yang Maha Melihat & Mengetaui melihat dan mengetahui tentang perjalanan hambaNya. Allah SWT sangat kasih terhadap HambaNya Muhammad SAW ... Allah berikan ketenangan kepadanya dengan memperjalankan baginda melihat tanda-tanda kekuasaanNya, berjumpa dengan para anbia' as-Soliheen, melihat Syurga & Neraka, melalui tujuh langit bumi sehinggalah ke Sidratul Muntaha. Nah ... siapa di antara kamu yang mengingkarinya ... siaplah tempat kamu di dalam neraka.
Mungkin ummat Muhammad SAW hari ini tidak menganggapnya satu perkara pelik dan ajaib kerana di depan mata mereka telah terbentang satu bentuk isra' yang moden. Dengan akal yang Allah berikan, manusia mampu mencipta kapal terbang, jet & kapal angkasa. Ia sudah menjadi bukti bahawa perjalanan boleh disingkatkan dari sebulan ke seminggu, seminggu ke 3 hari malah melepasi langit bumi ke angkasa yang tidak tahu di mana penghujungnya. Pengingkaran mereka ttg peristiwa ini mungkin dapat dilihat dari sisi & sudut yang berbeza .. hmm??? Namun, bagi ummat sehidup sezaman dengan Rasulullah SAW, ia memang ajaib dan pelik kerana sepengatahuan mereka, perjalanan dari Mekah ke Masjidil Aqsa sekurang-kurangnya mengambil masa sebulan utk sampai ke sana dengan unta. Mana tak peliknya ... satu malam saja nabi berkesempatan sampai ke Masjidil Aqsa kemudian lanjut ke Sidratul Muntaha sedangkan tidak tergambar pada ketika itu bahwa sebenarnya manusia berkemampuan mencipta satu teknologi yang seakan serupa dengan Burra' tersebut. "Ini sihir ... karut. Mana ada orang boleh sampai ke sana satu malam saja" ...Hmm, mmg pada waktu itu 'sihir' sahaja yang mampu menjadi jawapannya. Kalaulah saya berada pada waktu itu, saya pun tak tahu di mana posisi saya ... percaya atau tak ... kerana goyah dan lemahnya iman saya ini.
Inilah ujian hakiki bagi umat Islam pada waktu itu. Iman .. Iman .. dan Iman (bukan panggil nama orang yerk). Imanlah yang jadi tunggaknya. Imanlah hakim dan Imanlah penentunya. Berapa ramai yang murtad, tidak kurang juga yang berbelah bagi atau duduk atas pagar (DAP). Hanya segelintir saja yang benar-benar meyakini dan mengimani perjalanan Rasulullah SAW tersebut, di antaranya Abu Bakar. Jadi, tak hairanlah mengapa nabi SAW menggelarkan beliau dengan gelaran as-Siddiq. Beliau teguh! yakin! dan tidak goyah! dengan apa jua risalah yang dibawa oleh nabi SAW. Layaklah beliau berada di sebelah nabi SAW.
Mengapa Allah SWT memulakan ayatnya dengan Subhanallazi ... apakah rahsianya?? Nantikan ...
"Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui" (al-Isra': 1)
Ya Allah, walaupun aku tidak bisa menatap wajahMu,
Tetapi Demi Allah..
Engkau benar-benar Maha Menyaksikan dan Memperhatikanku.
Engkaulah yang menciptakan aku,
Engkaulah yang membentuk rupa dan tubuhku,
Engkau Ya Allah ..
Yang sentiasa mengurus diriku setiap saat.
Engkau Ya Allah ..
Yang tidak pernah hilang sesaatpun dalam memelihara diriku,
walaupun aku tidak pernah mengingatiMu.
Engkau Ya Allah ..
Yang memberi makan kepadaku,
memberi minum dengan air yang segar.
Engkau Ya Allah..
Yang memberikan tempat untuk aku berteduh,
Yang memberikan air untuk aku membersihkan diri.
Engkau Ya Allah ..
Yang menciptakan otak sehingga aku bisa berfikir,
Engkau Ya Allah ..
Yang menciptakan mataku sehingga aku boleh menatap indahnya alam,
Engkau Ya Allah ..
Yang membuatkan aku boleh mendengar,
Engkau Ya Allah ..
Yang membuatkan aku boleh berbicara,
Memberi rezeki untuk menutup aurat,
Engkau Ya Allah, Yang menutupi kebusukanku,
menutupi 'aib-'aibku,
menutupi kekurangan-kekuranganku,
sehingga ada orang lain yang masih mahu menghormatiku. Andaikata Allah mendedahkan kebusukanku, 'aib-'aibku, kekurangan-kekuranganku,
nescaya tidak ada seorangpun yang akan menoleh kepadaku.
Tetapi semua titipan ini tidak pernah aku hargai. Bahkan menganggap semuanya milikku, bukan milikMu.
Ya Allah,
Tuhan yang Maha Mendengar, Yang Maha Hidup,
Tidak tidur dan tertidur walau sedetikpun.
Ya Allah,
Tuhan yang Maha Menatap,
Lagi maha Melihat,
Aku ini hambamu Ya Allah,
Kau dengarlah munajatku ini Ya Allah …
Ya Allah,
Aku hambaMu yang banyak melakukan dosa,
Dosa yang tidak terhitung banyaknya,
Malu aku untuk bermunajat kepadaMu Ya Allah,
Kerna aku tahu di manakah kedudukanku di sisiMu
Aku adalah hambaMu yang hina, kotor & busuk.
Tetapi Ya Allah,
pada siapakah lagi aku hendak mengadu?
Hanya Engkau Ya Allah!
Hanya Engkau Ya Allah!
Walau tubuhku kotor dengan najis-najis dosa,
Walau tubuhku jauh dari nur iman dan taqwa,
Tetapi aku bercita-cita untuk menjadi orang yg beriman dan bertaqwa kepadaMu,
Aku bukanlah orang yang bencikan risalah nabiMu,
Bukan juga orang yang menolak agamaMu,
Bahkan aku cintakan nabiMu dan agamaMu,
Aku bersolat, berzikir, membaca kalam-kalamMu malah menghafalkannya,
Tetapi aku tidak tahu sejauh manakah kebenaran cintaku kepadaMu.
Aku tidak tahu sejuah mana ikhlasnya cintaku kepada kekasihMu.
Adakah cintaku ini cinta yang benar atau cinta yang palsu?
Aku tidak malu-malu melakukan dosa
Bukan dosa yg tidak aku sedari,
bahkan dosa yang jelas nyata aku sedari.
Ya Allah yang Maha Mengetahui,
Walaupun aku tidak mengadu kepadaMu,
Aku tahu Kau mengetahui akan diriku,
Jauh dari apa yang aku kenal akan diriku sendiri.
Tetapi hatiku resah dan gelisah.
Aku ingin melepaskannya, ingin meluahkannya ..
Moga-moga luahan ini menjadi bukti akan kesungguhanku …
Bahawa aku ingin benar-benar termasuk di kalangan hambaMu yang beriman,
menjadi golongan yang Engkau kasihi,
menjadi hamba yang Engkau peliharai.
Ya Allah,
Dulu aku dipimpin,
Tetapi selepas ini aku bakal memimpin,
Aku bakal punya isteri,
Punya anak …
Punya keluarga.
Ya Allah,
Tuhan yang Maha Menyintai,
Aku sedang merasai bahana cinta Ya Allah ..
Kau jadikan aku sebagai seorang lelaki,
Kau ciptakan untukku seorang perempuan,
Kau letakkan di dalam jasadku seketul hati,
Kau campakkan perasaan cinta yang tidak diduga.
Aku tidak pernah meminta ia datang,
Namun tidak menolak dikala ia menjelma ..
Tetapi aku sentiasa berharap ia tulus dan suci. Tulus keranaMu, Suci hanya untukMu.
Aku tidak mahu mengotorinya sehingga aku melupakanMu Ya Allah.
Tetapi Ya Allah,
Aku merasakan diriku sedang sakit Ya Allah, Sakit yang tiada ubatnya di dunia, melainkan ubatMu Ya Allah.
Ubatilah aku Ya Allah ..
Jangan biarkan penyakit ini merebak Ya Allah,
Jangan biarkan diriku nazak Ya Allah. Jangan biarkan ia merosakkan masa depanku Ya Allah.
Ya Allah,
Yang memimpin bagi sekalian pemimpin,
Aku bukan wira untuk memimpin,
Aku takut benar untuk memimpin.
Persoalan ini selalu bermain-main di fikiranku Ya Allah ..
Sudahkah aku bersedia?
Layakkah aku untuk memimpin sedangkan aku masih perlu untuk dipimpin?
Engkau wahai bakal isteriku, Sekiranya engkau sedang menatap luahan ku ini, Aku ingin kau tahu bahawa luahan ini petanda kerisauanku. Kau belum sah bergelar isteriku. Malah kau & aku juga belum pasti untuk bersatu. Berdoalah! Beristikharahlah!
Ya Allah Ya Tuhanku, Jauhkan kami dari racun perosak, yang bakal merosakkan masa depan kami. Aduh!! Beratnya menghadapi ujian ini. Di sinilah kita benar-benar diuji. Bukan kerna memilih kufur atau iman, tetapi memilih untuk terus berada dalam iman atau hanya Islam. Sekali lagi Ya Allah .. BantuanMu Aku pohonkan ... Dampingilah aku Ya Allah. Dampingilah kami Ya Allah.
Ya Tuhan.
DuniaMu sungguh mengasyikkan.
Godaannya sungguh melemahkan.
Jangan biarkan aku tertewas dengan loba dunia,
tertipu dengan pecinta dunia .. fatamorgana dunia.
Letakkanlah dunia dalam genggamanku .. bukan dalam hatiku.
Ya Allah … Tuhan yang Maha Memberi. Dengan keberkatan Sab'a Mathani, Dengan keberkatan telaga KawtsarMu, Dengan haq nabiMu,
Anugerahkan aku sebaik-baik kenikmatan dunia,
sepertimana kata RasulMu ..
"Dunia itu kenikmatan & sebaik2 kenikmatan dunia adalah isteri yg solehah"
Aku mahu yang ini Ya Allah!!
Aku lobakan isteri yang solehah Ya Allah, Isteri yang penyayang, Isteri yang berjiwa Khadijah.
Yang sabar dengan karenahku,
Sabar dengan kelemahanku,
Kau teguhkanlah dirinya dengan iman. Dan maafkan aku wahai gadis di sana, sekiranya aku tidak seperti yang kau harapkan. Aku bukan para Sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, apatah lagi bergelar nabi. Aku insan abad kehancuran, abad fitnah, abad hampirnya qiamat. Mungkin kau mengharapkan yang terbaik dariku, tetapi aku risau sekiranya kalamku & perbuatanku membuatkan kau sentiasa menangis dan kecewa.... Maafkan aku sekiranya ia berlaku.
Ya Tuhan, Jadikanlah dia srikandi ku,
Agar aku sentiasa gembira memilikinya Ya Allah, tidak kecewa memilihnya.
Jadikan senyumannya penawar,
Sentuhannya pelembut,
Kata-katanya pengubat,
Nasihatnya azimat.
Teguhkan ikatan kami dengan rahmat dan mawaddahMu Ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Memiliki Alam, Yang Mengawal siang dan malam, Yang memiliki tubuh setiap insan. Hari berganti hari.
Bererti hari semakin dekat dengan kematian.
Mahu tidak mahu..
hidup ini akan berakhir.
Andaikata tubuh ini milikku,
Sudah tentu aku mencegahnya dari menjadi tua!…tapi tidak bisa.
Bahkan untuk mencegah uban sekalipun aku tidak sanggup,
Andaikata diri ini milikku,
Sudah tentu takkan ku biarkan nyawa ini tercabut!tapi aku tidak kan sanggup.
Mana kehebatan manusia??
Segagah apapun akhirnya binasa dimakan ulat dan cacing.
Orang sekaya apapun akhirnya binasa,
tidak bisa membawa harta.
Setinggi apapun kedudukan,
akhirnya menjadi penghuni tanah.
Oleh itu Ya Allah, Kau habisilah penghidupanku dengan husnul khatimah.
Jauhkan hatiku dari sifat ria', 'ujub dan sombong.
Jangan kau masukkan aku bersama orang-orang yang ingkar dan kufur. Kurniakan kepadaku Ya Allah kebaikan di dunia & akhirat. Hiasilah hidupku dengan Islam, dan matiku bersama Islam.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Aku menadah tangan kepadaMu .. Ampunilah sisa dosaku kini dan akan datang. Dengarlah munajatku yang hina ini. Maqbulkanlah ia dengan redho & maghfirahMu.
Kalau dia masih hidup, maka umurnya sekarang 101 tahun. Tua sangat. Tapi dia sudah pun kembali kepada tuhannya hampir 60 tahun lepas. Jasadnya. Adapun namanya, jika dunia ini masih bertahan 1000 tahun lagi, maka ia pasti kekal 1001 tahun lagi.
Dia pencinta RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam, maka baginda pasti mencintainya juga. Justeru dia hampir memperolehi semua apa yang diperolehi baginda, kecuali nubuwwah ( kenabian ). Namanya dijulang setinggi - tingginya oleh para pencintanya di dunia. Apabila para malaikat turut mencintainya, maka sampailah namanya penuh gilang gemilang di lapis langit ke tujuh, di singgahsana pertemuan dua kekasih sebenar di malam mikraj itu.
Al Imam Hasan Al Banna meninggal dunia dalam usianya 43 tahun. Muda terlalu muda untuk meninggalkan pengikutnya yang terlalu menyayanginya. Ramai meratapi kematiannya. Di sebalik jeriji besi pemerintah kusi besi di zaman itu dan juga di luarnya. Dia ditembak mati agar dia mati selama - lamanya. Tetapi malang sekali, suaranya tak mati. Suaranya terus bergema menerawang menghantui kezaliman duniawi sambil menggamit cahaya kebenaran sehingga kini.
Beliau adalah mujaddid. beliau adalah seribu ulama. Kerana itu, beliau pergi dengan seribu ulama menggantikan tempatnya menyebarkan apa yang dikehendaki Allah untuk ugamaNya.
Tajdid adalah sunnah yang pasti untuk ugama Islam. Agama ini mesti kekal secantik dan seasli ia cantik dan asli di tangan RasuluLlah dahulu. Tiada lagi jalan, tiada lagi tali dan tiada lagi ugama selepasnya buat manusia mengenal dan menyembah tuhannya.
Sepanjang zaman, umat Muhammad sentiasa sahaja ditemani perjalanan mereka dengan para mujaddidin yang dihantar Allah untuk memperbaharui fikiran, iman dan amal mereka pada ugama mereka. Khalifah Umar bin Abdul Aziz memulakanya. Kemudian berderetanlah nama - nama ulama agung dalam sejarah umat ini.
Kita mengenali mereka pada sirah perjalanan dan pengajaran mereka. Untuk Al Imam Hasan Al Banna, kita turut mengenal wajahnya pada keasliannya. Lihatlah wajahnya, Allah melakarkan keindahan hebat yang terlukis dan terukir dalam seri wajahnya itu.
Beliau dikeluarkan untuk umat yang sedang tewas kepada kekufuran yang melanda dunia Islam secara total. Beliau menubuhkan Al Ikhwan Al Muslimin di Mesir sebaik sahaja benteng terakhir Islam, kerajaan khilafah di Turki runtuh berkecai. Saat itu, umat tersadai dalam bahtera karam dihempas gelora jahiliyah abad 20 yang mengganas seganasnya. Umat Islam sedang merentas laluan yang belum pernah dilalui sebelumnya.
Kita namakannya sebagai syumuliyyatul Islam ( Islam yang syumul ). Itulah tajdid Al Imam. Musuh menembak Islam bertalu - talu. Islam berkecai dalam kepingan - kepingan yang akhirnya hanyut dan terpisah - pisah dibedal arus ganas. Umat yang kelemasan bergayut pada kepingan mana yang mampu digapai. Sesetengahnya terus lemas ditelan badai.
Dalam tempoh yang sukar, mereka hidup di atas bahagian - bahagian yang terpisah itu. Dalam kepompong itu mereka hidup. Itulah Islam yang mereka fahami. Jika itu, tiada yang melanda kecuali perasaan putus asa, kekecewaan dan ketewasan menghadapi kehidupan.
Al Imam Hasan Al Banna datang membawa bahtera baru. Naiklah, inilah Islam yang syumul. Inilah bahtera kekuatan dan kemenangan yang dinantikan.
Dakwah dan seruannya itu cukup untuk cukup merimaskan jentera kekufuran. Kerana itu, dalam tempoh yang segera, beliau dihapuskan. Pembunuhnya bukan sembarangan. Pembunuhnya adalah pakatan kekufuran sedunia.
Biarkan pembunuh itu membunuh. Mati adalah kesudahan semua. Lunaknya, bagi pejuang Islam, kematian itulah kehidupan yang diimpikan. Al Imam telah mengecapinya. Kita sedang mengimpikannya.
Itulah catatan sekadar melepas rasa cinta. Kita para pejuang Islam hampir - hampir tidak mampu untuk melepas diri daripada legacy beliau. Kita terlalu mencintainya kerana kita tahu dia terlalu mencintai Allah dan Allah pasti mencintainya. Hasan Al Banna, dia mengajar kita mencintai Allah.
Tuhan kami, kami menagih cintaMu. Biarkan dan lepaskan kami dalam ketagihan..
Setiap menjelang bulan Rejab, masyarakat kita sebagaimana umat Islam serata dunia akan memperingati satu peristiwa besar yang menjadi mu'jizat Junjungan Nabi s.a.w., iaitu peristiwa Isra` wal Mi'raj. Perjalanan malam Junjungan s.a.w. dari Mekah menuju ke Palestin dan di sana Junjungan s.a.w. bersolat bersama arwah para anbiya` dan mursalin dengan baginda menjadi Imam mereka, sungguh baginda adalah Imamul Anbiya` wal Mursalin, 'alaihi afdhalush sholawati wat taslim.
Malang sekali bagi umat hari ini, yang saban tahun mengadakan peringatan demi peringatan, tetapi masjid suci masih dicemari kedurjanaan Zionis yang bermaharajalela. Bilakah agaknya muncul Salahuddin baru yang akan mengangkat kembali maruah umat ini...Allahu...Allah. Umat lebih seronok membincangkan persoalan khilafiyyah berbanding mencari penyelesaian berhubung kemaslahatan umat yang semakin meruncing.
Imam an-Nasa-i dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan Junjungan Nabi s.a.w. mengkhabarkan bahawa tatkala Nabi Sulaiman selesai membina Masjidil Aqsha memohon ke hadhrat Allah seperti berikut:-
سأل الله عز و جل حين فرغ من بناء المسجد ان لا يأتيه احد لا ينهزه إلا الصلاة فيه أن يخرجه من خطيئته كيوم ولدته أمه
"Baginda Sulaiman memohon Allah 'azza wa jalla tatkala selesai pembinaan Masjidil Aqsha agar sesiapa yang mengunjungi masjid tersebut semata-mata untuk bersolat di dalamnya dikeluarkan dari segala kesalahannya sehingga jadilah dia bersih seperti hari dia dilahirkan ibunya."
Allahu .... Allah, solat di masjid suci tersebut selain memiliki keutamaan menggandakan pahala solat turut menjadi penyuci dosa seseorang seperti kita yang banyak dosa dan nista ini. Entah bila agaknya dapat kita kunjungi masjid suci ini seperti kita mengunjungi Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi. Mudah-mudahan disampaikan Allah niat dan cita kita atau diganjariNya kita atas niat tersebut walaupun tidak kesampaian. Allah Maha Pemurah, niyyatul mu'min khairun min 'amalih. Allahumma aamiiin.
Artikel yang membuatkan hatiku marah(kpd UMNO) dan air mataku mengalir
Oleh: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz http://nikabduh.wordpress.com
Salam Kamunting,
Enam tahun lepas, ketika saya masih menjawat sebagai mudir/pengetua Madrasah Darul Anuar ( kini Maahad Darul Anuar ) di Pulau Melaka, pusat pengajian ugama yang diasaskan arwah datuk saya, Tokku Nik Mat Alim, Nik Adli, kekanda saya adalah guru yang turut sama mendidik anak - anak murid yang kini kebanyakannya dah pun keluar universiti atau masih menuntut.
Beliau ditangkap dan ditahan di bawah Akta ISA pada tahun itulah. Samalah Seperti seluruh keluarga mangsa ISA yang lain, kami sekeluarga merasa cukup tertekan. Tetapi, Allah menukarnya secepat yang Dia mahu. Nik Adli segera menjadi idola kebanggaan kami.
Jika anda menziarahinya di neraka binaan Umno itu ( sebelum Allah tunjukkan neraka buat mereka ), anda pasti disergap rasa kagum dengan kekentalannya, ketenangannya dan kepahlawanannya hidup mengabdi diri pada tuhannya selama lima tahun di situ. Kami melihatnya dan merasainya secar live sesudah kami membaca cerita - cerita para pejuang yang diuji dengan ujian yang sepertinya.
Ayahanda kami sudah tua. Apabila anaknya yang banyak mewarisi keperibadiannya itu ditahan, dia banyak sekali menangis membiar air matanya mengalir, lagi - lagilah di mihrab tempat bersujud mengabdi diri pada tuhannya di malam hari itu. Dia cukup tahu, anaknya adalah mangsa percaturan politik kotor musuh untuk melemahkannya dan memburukkan reputasinya sebagai seorang ketua pejuang Islam di negara ini. Tubuhnya gagal dicalar, lalu anaknya yang ini menjadi mangsa. Pasti ayahanda cukup tahu ini.
Bonda kami, oh, bayangkan bagaimana terhirisnya hati seorang ibu yang dipaksa mengutip kembali saat - saat indah masa melahirkan dan membesarkan anaknya daripada kecilnya.
( Kalaulah Tun Mahathir dan Pak Lah sempat merasai kehangatan air mata itu di dunia ini sebelum merasai bahananya di akhirat, itulah yang terbaik buat mereka. Jikalah ada Jeanne yang memberitahu.. )
Selepas penahanannya beberapa hari, saya menulis mengenainya dengan hati yang gundah. Saya membelanya sepertilah saya mahu membela para mujahidin di Afghanistan yang hidup di medan perjuangan yang cercaan dan fitnah umat sendiri mengatasi hujanan peluru musuh. Saya hanya mengedarkannya kepada ahli jamaah di masjid kami. Beberapa orang teman menangis membaca tulisan itu.
Kini saya berusaha mencarinya, tetapi gagal. Saya acap menyimpan di tempat yang akhirnya tersimpan dari capaian saya sendiri!
Tahun lepas, ketika Israel mula menyerang Lubnan, saat Nik Adli hampir genap lima tahun penahanannya, saya menulis lagi. Saya hantar kepada Harakah dan Harakah segera menerbitkannya.
Kekanda saya akhirnya dibebaskan dari kem tahanan Kamunting selepas lima tahun merengkok. Beliau dan sahabat - sahabatnya juga. Kini beliau di tahan tahanan terhad di rumah. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa semua.
Sempena hampir genap enam tahun ditahan, dengan harapan semoga beliau dan sahabat - sahabatnya bebas sepenuhnya ( minta dengan Allah, bukan Pak Lah ), saya lampirkan kembali tulisan itu di blog ini. Ini yang ori, berbanding yang disiarkan Harakah yang telah digunting - gunting. Semoga bermanfaat untuk bacaan semua. Ya, salam Kamunting…
( Terima kasih untuk dhuat79 yang menghadiahkan untuk saya sebuah lagunya yang cukup bagus melalui email dua malam lepas. Semuanya luahan kebencian terhadap kezaliman ISA. ‘ Di manakah Abi?’ Nak? Mintalah dengannya.. Rasanya, free.. )
Nik Adli, keluarga dan ISA
Sudikah saudara pembaca budiman meluang sedikit masa untuk bersama Nik Adli, kekanda saya yang masih terperangkap di Kamunting sana. Maaflah, tumpuan dan diri kita hari ini memang patut dihulurkan ke Lubnan, atau lebih jelas lagi, ke bumi Palestin.
Saya pun keliru juga untuk menulis pasal dan perihal kami sekeluarga pada saat ummat Islam sedunia berada pada tahap segenting ini. Maha guru Dr Yusuf Al Qardhawi berkata, jihad di Lubnan, apatah di bumi Palestin adalah sesuci - suci jihad di muka bumi hari ini. Nilainya tinggi disisi agama, di sisi Allah. Usah berkira pasal Hizbullah itu Syiah. Mereka adalah ahli Kalimah Syahadah, seperti kita, berdepan dengan sebesar - besar jentera kalimah kufur di muka bumi.
Tsunami dulu telah mengubah peta muka bumi. Peperangan di Lubnan hari ini akan mengubah peta wajah kehidupan manusia di bumi. Khabaran awalan daripada Nabi agung, sallallahu alaihi wasallam perihal ummatnya hari ini sentiasa diikat dengan peristiwa - peristiwa pertembungan di bumi Syam di antara tentera muslimin yang memikul kebenaran dan keadilan dengan bangsa Yahudi yang memikul panji kerosakan di muka bumi. Apalah sangat cerita Kamunting saat ini.
Kalaulah tidak kerana masa rakyat Malaysia masih ada untuk dikosongkan buat mendengar penjelasan Siti pasal bakal suaminya, atau Khairi pasal bukan Mayanya, atau Pak Lah pasal menantunya, atau Tun Mahathir pasal duka nestapanya, atau macam - macam pasal lagi, sudah pasti saya tidak suka untuk bercakap juga pasal Nik Adli dan rakan - rakannya yang terkurung sejak sekian lama di Kamunting itu.
September ini genap lima tahun abang saya itu menghuni kediaman yang dibina pemerintah Melayu Malaysia buat menahan rakyatnya yang jahat - jahat yang ditakuti menular kejahatannya di dalam masyarakat. Nik Adli atau sesiapa sahaja yang berada di kediaman ini yang dihukum sebagai jahat tadi akan menikmati dua nyawa. Satu nyawa kurniaan Penciptanya untuk hidup di dunia ini. Kedua, nyawa kurniaan Menteri Dalam Negeri untuk dia meneruskan kehidupan di Kem Kamunting.
Bezanya, bila nyawa kurniaan tuhan ditambah disambung, tiada insan yang tak gembira menyambutnya. Ada yang buat majlis baca doa panjang umur, ada upacara tiup meniup lilin. Raya puja umur pun ada juga. Adapun bila nyawa kurniaan menteri tadi disambung, ia disusuli dengan titisan air mata kesedihan yang teramat sangat oleh seluruh yang menanti nyawa itu tak disambung.
Tapi, seperti halnya Raja Namrud dan Firaun di zaman dulu - dulu, menteri ini jadi seronok dapat jadi seperti Tuhan, kalau pun tak jadi Tuhan, untuk memberi dan menarik nyawa rakyatnya yang jahat - jahat ini.
Nik Adli dan rakan - rakannya ditahan di bawah ISA atas tuduhan menjadi pengganas di bumi Malaysia. Dalam ISA, tuduhan adalah bukti yang kukuh. Mahkamah tidak diperlukan. Cukup dengan siasatan SB. SB adalah malaikat yang tak pernah dibolosi kekurangan fakta. Menteri Dalam Negeri yang bertakhta di arasynya hanya menunggu para SBnya berterbangan ke puncak membentang bukti - bukti yang takkan silap, lalu disahkannya. 2 tahun kau ke neraka Kamunting!
Tuduhan juga menyebut bahawa sekolah - sekolah agama, pondok - pondok pengajian Islam yang dibina dan dibajai ilmu para tok guru di kampung telah menjadi sarang merekrut bakal pengganas dan militan agama. Penglibatan mereka di dalam jihad Afghanistan menentang kuasa Rusia yang kufur juga ibarat menyimbah minyak ke api yang sedang marak. Kerana bahaya ini, Nik Adli dan lebih 20 rakan - rakannya ditahan bersama kumpulan pengganas ugama yang lain di bawah ISA.
Tak lama selepas itu, peperangan dilancar ke atas seluruh sekolah ugama rakyat. Tun Dr Mahathir, lagak Yahudi mengebom Lubnan, akhirnya berjaya memaksa kebanyakan sekolah - sekolah ugama tunduk kepada tuntutan pemerintah. Yang berkeras kehabisan bekalan makanan lalu rebah tersadai tanpa guru dan murid. Kalaulah beliau mampu, pasti dipikul usung sekolah - sekolah ugama ini ke Kamunting sama. Kalaulah kuasa nabi Sulaiman alaihis salam dicalit sedikit kepada mereka, itulah jadinya!
Hebatnya kuasa! Kuasa mencipta bukti dan kuasa jua menolak bukti. Kuasa adalah kebenaran. Kebenaran yang menentang kuasa adalah kezaliman. Bila semua tunduk pada kuasa, itulah keadilan!
Inilah manifestasi ISA. Pemerintah memeliharanya seperti sang bomoh memelihara dan menjamu jin iblisnya. Mimiknya, pemerintah ibarat si ‘syarifah’ itulah, bersandar pada kuasa jin iblis itu untuk memakan mangsanya.
ISA menghukum dan memangsa dalam kesamaran. Pertuduhan tanpa pembuktian. Mana dacing/mahkamah? Persaksian tanpa kelayakan. Mana jejeknya pembohongan dan akhlak yang buruk? Penghukuman tanpa keahlian. Mana hakim? Menterikah?? Undang - undang tanpa peri kemanusiaan. Mana hak membela diri? Mana segala hak pemberian Allah??
Allah menurunkan segala bukti dan keterangan, bersamanya al kitab dan al mizan ( kaedah - kaedah yang mengukur kebenaran dan kebatilan ), bahkan diturunkan jua besi yang tumpat lagi keras itu agar manusia berdiri tegak dengan keadilan. Besi bukan buat merajakan kuasa seperti perbuatan Yahudi ke atas Palestin dan Lubnan, bahkan besi adalah kuasa yang memaksa Yahudi tunduk pada keadilan. Keadilan adalah raja. Keadilan adalah Allah.
Saya adinda Nik Adli. Entah apa, saya selalu disapa sebagai kekandanya. Kalangan adik beradik beliau layak untuk tidak dikenali. Seorang yang pendiam. Tak petah untuk berkuliah di masjid walaupun beliau berilmu. Hobinya hobi kampungan, macam ayahanda. Berkebun, berternak. Hobi hebat masa kecilnya membuat bedil peluru bebola basikal atau panah besi ciptaan sendiri? Tak silap kami namakannya bedil teracak?? Hah, ini boleh jadi bukti militan ni! Saya selalu ikutnya menembak ikan di sawah.
Masa kecil dia agak susah untuk lancar membaca Al Quran. Balik dari Pakistan, bacaannya menjadi. Seronok jika beliau menjadi imam mengganti ayahanda di masjid. Entah askar Taliban mana menjadikannya lancar dan merdu membaca al Quran. Mungkin ada dalam maklumat SB, malaikat Islam Hadhari.
Masa di Pakistan, beliau terlibat dalam jihad Afghanistan bersama ratusan pelajar Malaysia yang lain. Mereka ke medan semasa cuti semester pengajian. Jihad suci membebaskan Negara Afghanistan dari kuasa komunis masa itu telah mendekatkannya kepada Tuhannya. Beliau mengimpikan mati syahid di jalan Allah. Bonda di Malaysia asyik menangis pasal anakandanya yang ini.
Beliau mengutusi saya di India memohon saya mendoakan agar beliau syahid di medan. Saya yang turut mengikuti perkembangan jihad melalui majalah - majalah jihad yang terbatas turut teruja dengan impiannya. Saya mendoakan beliau Mati!! Berkali - kali tapi tak mati - mati jua. Saya tahu apa untung saya dan kami sekeluarga di akhirat kelak kalau kekanda saya yang ini pergi dulu bersama para syuhada’ perjuangan. Syafaat di padang mahsyar.. Ingat Ibrahim Libya!
Rupanya, di sisi Allah ada skrip yang berbeza untuk beliau. Bahawa musuh Islam itu satu walau apa ugama dan ideologi mereka, Nik Adli yang mengacu senapang ke arah komunis akhirnya ditangkap atas kehendak dan telunjuk Amerika oleh kerajaan negaranya sendiri atas nama memerangi keganasan global.
Selepas 5 tahun pulang belajar dari Pakistan untuk sepenuh masa menabur bakti menjadi guru ugama di sekolah ugama di Pulau Melaka, beliau bersama rakan - rakannya ditangkap dalam operasi gila - gila kerajaan Malaysia dan diISAkan. Kini beliau cukup 5 tahun dalam tahanan. Anak - anaknya yang dipisahkan daripadanya oleh kerakusan nafsu pemerintah kini telah memasuki alam persekolahan.
Kesedihan adalah ujian Allah. Ia bertandang selepas kegembiraan berundur. Ia berundur apabila kegembiraan kembali lagi. Mungkin Ayahanda bonda berpaut pada degup sabar Nabi Allah Yaacob menanti pelepasan Allah dalam mengalun rindu terhadap anaknya Yusuf alaihimassalam. Mungkin isterinya pula bersandar pada kenangan silam rindu Hawa terpisah sementara daripada hilai ketawa Adam alaihimassalam semasa diturunkan ke muka bumi.
Anak - anaknya, siapakah yang dapat meneka jiwa anak - anak kecil apabila melihat sepupu sepupu mereka bergelak ketawa dengan ayah - ayah masing - masing, sedang mereka hanya mampu melihat ayah mereka di jaringan besi yang memisahkan kasih daripada belaian, hilai tawa daripada pelukan?
Saya, juga adik beradik yang lain memilih untuk berkata, kekandaku, kau adalah pahlawan dalam keluarga. Mengingatimu adalah ibarat mengasah tajam senjata memerangi kezaliman yang pasti lebur. Mereka telah salah dan menzalimimu sedangkan kau belum pernah dibuktikan bersalah. Mereka berdosa sebelum dan selepas. Sabarlah, kesabaran itu adalah kunci yang membuka. Apabila tali semakin tegang, ia berakhir dengan putus! Kau pun bebas. Bukankah sinar fajar itu sentiasa dekat?
Memerangi ISA adalah jihad yang tiada taranya di bumi kita. Memeranginya adalah seperti memerangi kerakusan Yahudi di bumi Palestin juga. Kerana ISA Islam ditekan sehingga melukut di kaki pemerintah. Pejuangnya dan seluruh pejuang keadilan dianiayai. Rakyat menjadi takut dan bacul. Ruh jihad Islami dipadamkan. Yang tinggal hanyalah ummat yang hanya tahu merintih dan hidup berangan - angan.
Tuhanku, bebaskan Nik Adli dan rakan - rakannya sebagaimana Engkau melepaskan beburung terbang bebas diruangMu. Tuhanku, sematkan kesabaran didadanya sebagaimana Engkau permudahkannya untuk para kekasihMu. Tuhanku, hancurkan ISA dan pendukungnya sebagaimana engkau hancurkan musuh - musuhmu sehancurnya.
"Subhanaka la 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...Munajat 'Uways al-Qarni:
Anta Rabbi wa ana al-'Abd... Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq... Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq... Anta al-Malik wa ana al-mamluk... Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil... Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir... Anta al-Hayy wa ana al-mayyit... Anta al-Baqi wa ana al-fani... Anta al-Karim wa ana al-la'iim... Anta al-Muhsin wa ana al-musi'... Anta al-Ghafur wa ana al-muznib... Anta al-'Azim wa ana al-haqir... Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if... Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il... Anta al-Amin wa ana al-khaa'if... Anta al-Jawwad wa ana al-miskin... Anta al-Mujib wa ana al-daa'i... Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."