Ya Allah,
walaupun aku tidak bisa menatap wajahMu,
walaupun aku tidak bisa menatap wajahMu,
Tetapi Demi Allah..
Engkau benar-benar Maha Menyaksikan dan Memperhatikanku.
Engkaulah yang menciptakan aku,
Engkaulah yang membentuk rupa dan tubuhku,
Engkau Ya Allah ..
Yang sentiasa mengurus diriku setiap saat.
Engkau Ya Allah ..
Yang tidak pernah hilang sesaatpun dalam memelihara diriku,
walaupun aku tidak pernah mengingatiMu.
Engkau Ya Allah ..
Yang memberi makan kepadaku,
memberi minum dengan air yang segar.
Engkau Ya Allah..
Yang memberikan tempat untuk aku berteduh,
Yang memberikan air untuk aku membersihkan diri.
Engkau Ya Allah ..
Yang menciptakan otak sehingga aku bisa berfikir,
Engkau Ya Allah ..
Yang menciptakan mataku sehingga aku boleh menatap indahnya alam,
Engkau Ya Allah ..
Yang membuatkan aku boleh mendengar,
Engkau Ya Allah ..
Yang membuatkan aku boleh berbicara,
Memberi rezeki untuk menutup aurat,
Engkau Ya Allah,
Yang menutupi kebusukanku,
Yang menutupi kebusukanku,
menutupi 'aib-'aibku,
menutupi kekurangan-kekuranganku,
sehingga ada orang lain yang masih mahu menghormatiku.
Andaikata Allah mendedahkan kebusukanku, 'aib-'aibku, kekurangan-kekuranganku,
Andaikata Allah mendedahkan kebusukanku, 'aib-'aibku, kekurangan-kekuranganku,
nescaya tidak ada seorangpun yang akan menoleh kepadaku.
Tetapi semua titipan ini tidak pernah aku hargai.
Bahkan menganggap semuanya milikku,
bukan milikMu.
Ya Allah,
Bahkan menganggap semuanya milikku,
bukan milikMu.
Ya Allah,
Tuhan yang Maha Mendengar,
Yang Maha Hidup,
Yang Maha Hidup,
Tidak tidur dan tertidur walau sedetikpun.
Ya Allah,
Tuhan yang Maha Menatap,
Lagi maha Melihat,
Aku ini hambamu Ya Allah,
Kau dengarlah munajatku ini Ya Allah …
Ya Allah,
Aku hambaMu yang banyak melakukan dosa,
Dosa yang tidak terhitung banyaknya,
Malu aku untuk bermunajat kepadaMu Ya Allah,
Kerna aku tahu di manakah kedudukanku di sisiMu
Aku adalah hambaMu yang hina, kotor & busuk.
Tetapi Ya Allah,
pada siapakah lagi aku hendak mengadu?
Hanya Engkau Ya Allah!
Hanya Engkau Ya Allah!
Walau tubuhku kotor dengan najis-najis dosa,
Walau tubuhku jauh dari nur iman dan taqwa,
Tetapi aku bercita-cita untuk menjadi orang yg beriman dan bertaqwa kepadaMu,
Aku bukanlah orang yang bencikan risalah nabiMu,
Bukan juga orang yang menolak agamaMu,
Bahkan aku cintakan nabiMu dan agamaMu,
Aku bersolat, berzikir, membaca kalam-kalamMu malah menghafalkannya,
Tetapi aku tidak tahu sejauh manakah kebenaran cintaku kepadaMu.
Aku tidak tahu sejuah mana ikhlasnya cintaku kepada kekasihMu.
Adakah cintaku ini cinta yang benar atau cinta yang palsu?
Aku tidak malu-malu melakukan dosa
Bukan dosa yg tidak aku sedari,
bahkan dosa yang jelas nyata aku sedari.
Ya Allah yang Maha Mengetahui,
Walaupun aku tidak mengadu kepadaMu,
Aku tahu Kau mengetahui akan diriku,
Jauh dari apa yang aku kenal akan diriku sendiri.
Tetapi hatiku resah dan gelisah.
Aku ingin melepaskannya, ingin meluahkannya ..
Moga-moga luahan ini menjadi bukti akan kesungguhanku …
Bahawa aku ingin benar-benar termasuk di kalangan hambaMu yang beriman,
menjadi golongan yang Engkau kasihi,
menjadi hamba yang Engkau peliharai.
Ya Allah,
Dulu aku dipimpin,
Tetapi selepas ini aku bakal memimpin,
Aku bakal punya isteri,
Punya anak …
Punya keluarga.
Ya Allah,
Tuhan yang Maha Menyintai,
Aku sedang merasai bahana cinta Ya Allah ..
Kau jadikan aku sebagai seorang lelaki,
Kau ciptakan untukku seorang perempuan,
Kau letakkan di dalam jasadku seketul hati,
Kau campakkan perasaan cinta yang tidak diduga.
Aku tidak pernah meminta ia datang,
Namun tidak menolak dikala ia menjelma ..
Tetapi aku sentiasa berharap ia tulus dan suci.
Tulus keranaMu,
Suci hanya untukMu.
Tulus keranaMu,
Suci hanya untukMu.
Aku tidak mahu mengotorinya sehingga aku melupakanMu Ya Allah.
Tetapi Ya Allah,
Tetapi Ya Allah,
Aku merasakan diriku sedang sakit Ya Allah,
Sakit yang tiada ubatnya di dunia,
melainkan ubatMu Ya Allah.
Sakit yang tiada ubatnya di dunia,
melainkan ubatMu Ya Allah.
Ubatilah aku Ya Allah ..
Jangan biarkan penyakit ini merebak Ya Allah,
Jangan biarkan diriku nazak Ya Allah.
Jangan biarkan ia merosakkan masa depanku Ya Allah.
Jangan biarkan ia merosakkan masa depanku Ya Allah.
Ya Allah,
Yang memimpin bagi sekalian pemimpin,
Aku bukan wira untuk memimpin,
Aku takut benar untuk memimpin.
Persoalan ini selalu bermain-main di fikiranku Ya Allah ..
Sudahkah aku bersedia?
Layakkah aku untuk memimpin sedangkan aku masih perlu untuk dipimpin?
Engkau wahai bakal isteriku,
Sekiranya engkau sedang menatap luahan ku ini,
Aku ingin kau tahu bahawa luahan ini petanda kerisauanku.
Kau belum sah bergelar isteriku.
Malah kau & aku juga belum pasti untuk bersatu.
Berdoalah!
Beristikharahlah!
Ya Allah Ya Tuhanku,
Jauhkan kami dari racun perosak,
yang bakal merosakkan masa depan kami.
Aduh!!
Beratnya menghadapi ujian ini.
Di sinilah kita benar-benar diuji.
Bukan kerna memilih kufur atau iman,
tetapi memilih untuk terus berada dalam iman atau hanya Islam.
Sekali lagi Ya Allah ..
BantuanMu Aku pohonkan ...
Dampingilah aku Ya Allah.
Dampingilah kami Ya Allah.
Ya Tuhan.
DuniaMu sungguh mengasyikkan.
Godaannya sungguh melemahkan.
Jangan biarkan aku tertewas dengan loba dunia,
tertipu dengan pecinta dunia .. fatamorgana dunia.
Letakkanlah dunia dalam genggamanku .. bukan dalam hatiku.
Ya Allah …
Tuhan yang Maha Memberi.
Dengan keberkatan Sab'a Mathani,
Dengan keberkatan telaga KawtsarMu,
Dengan haq nabiMu,
Tuhan yang Maha Memberi.
Dengan keberkatan Sab'a Mathani,
Dengan keberkatan telaga KawtsarMu,
Dengan haq nabiMu,
Anugerahkan aku sebaik-baik kenikmatan dunia,
sepertimana kata RasulMu ..
"Dunia itu kenikmatan & sebaik2 kenikmatan dunia adalah isteri yg solehah"
Aku mahu yang ini Ya Allah!!
Aku lobakan isteri yang solehah Ya Allah,
Isteri yang penyayang,
Isteri yang berjiwa Khadijah.
Isteri yang penyayang,
Isteri yang berjiwa Khadijah.
Yang sabar dengan karenahku,
Sabar dengan kelemahanku,
Kau teguhkanlah dirinya dengan iman.
Dan maafkan aku wahai gadis di sana,
sekiranya aku tidak seperti yang kau harapkan.
Aku bukan para Sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, apatah lagi bergelar nabi.
Aku insan abad kehancuran, abad fitnah, abad hampirnya qiamat.
Mungkin kau mengharapkan yang terbaik dariku,
tetapi aku risau sekiranya kalamku & perbuatanku membuatkan kau sentiasa menangis dan kecewa....
Maafkan aku sekiranya ia berlaku.
Dan maafkan aku wahai gadis di sana,
sekiranya aku tidak seperti yang kau harapkan.
Aku bukan para Sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, apatah lagi bergelar nabi.
Aku insan abad kehancuran, abad fitnah, abad hampirnya qiamat.
Mungkin kau mengharapkan yang terbaik dariku,
tetapi aku risau sekiranya kalamku & perbuatanku membuatkan kau sentiasa menangis dan kecewa....
Maafkan aku sekiranya ia berlaku.
Ya Tuhan,
Jadikanlah dia srikandi ku,
Agar aku sentiasa gembira memilikinya Ya Allah,
tidak kecewa memilihnya.
tidak kecewa memilihnya.
Jadikan senyumannya penawar,
Sentuhannya pelembut,
Kata-katanya pengubat,
Nasihatnya azimat.
Teguhkan ikatan kami dengan rahmat dan mawaddahMu Ya Allah.
Ya Allah,
Tuhan yang Memiliki Alam,
Yang Mengawal siang dan malam,
Yang memiliki tubuh setiap insan.
Hari berganti hari.
Ya Allah,
Tuhan yang Memiliki Alam,
Yang Mengawal siang dan malam,
Yang memiliki tubuh setiap insan.
Hari berganti hari.
Bererti hari semakin dekat dengan kematian.
Mahu tidak mahu..
hidup ini akan berakhir.
Andaikata tubuh ini milikku,
Sudah tentu aku mencegahnya dari menjadi tua!…tapi tidak bisa.
Bahkan untuk mencegah uban sekalipun aku tidak sanggup,
Andaikata diri ini milikku,
Sudah tentu takkan ku biarkan nyawa ini tercabut!tapi aku tidak kan sanggup.
Mana kehebatan manusia??
Segagah apapun akhirnya binasa dimakan ulat dan cacing.
Orang sekaya apapun akhirnya binasa,
tidak bisa membawa harta.
Setinggi apapun kedudukan,
akhirnya menjadi penghuni tanah.
Oleh itu Ya Allah,
Kau habisilah penghidupanku dengan husnul khatimah.
Oleh itu Ya Allah,
Kau habisilah penghidupanku dengan husnul khatimah.
Jauhkan hatiku dari sifat ria', 'ujub dan sombong.
Jangan kau masukkan aku bersama orang-orang yang ingkar dan kufur.
Kurniakan kepadaku Ya Allah kebaikan di dunia & akhirat.
Hiasilah hidupku dengan Islam,
dan matiku bersama Islam.
Ya Allah,
Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Aku menadah tangan kepadaMu ..
Ampunilah sisa dosaku kini dan akan datang.
Dengarlah munajatku yang hina ini.
Maqbulkanlah ia dengan redho & maghfirahMu.
Kurniakan kepadaku Ya Allah kebaikan di dunia & akhirat.
Hiasilah hidupku dengan Islam,
dan matiku bersama Islam.
Ya Allah,
Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Aku menadah tangan kepadaMu ..
Ampunilah sisa dosaku kini dan akan datang.
Dengarlah munajatku yang hina ini.
Maqbulkanlah ia dengan redho & maghfirahMu.
Aku takut ... Aku bimbang
AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN
AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN
1 comments:
Puisinya bagus banget...
Saya bacanya sampai menangis
wasalam,
ladybug_Jakarta
Post a Comment