Salam perjuangan
Setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengisytiharkan YAB Datok Seri Ir Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, apa yang saya harapkan daripada UMNO dan Barisan Nasional ialah menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana keputusan yang dibuat telahpun melalui kaedah dan prosedur yang betul.
Hormatilah keputusan tersebut dan marilah kita pulangkan mandat kuasa demokrasi itu kepada rakyat semula. Namun, surat khabar The Star hari ini melaporkan bahawa Barisan Nasional tetap dengan hasratnya akan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan di atas keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Abdul Aziz Abd Rahim petang semalam. Namun begitu, menurut Pengerusi Bar Council, Ragunath Kesavan ketika diminta untuk mengulas isu politik Perak semalam mengatakan, "there was no point in both Barisan dan Pakatan going to the courts on legal battles when the answer did not lie in the courts but in the hands of the people where it rightly belongs". Beliau menyambung lagi, "The issue will go on and on. Each round of legal battles promises finality but fails to deliver it. Time moves on but the business of running the state government continues to be sidelined". Benar, mereka berhak untuk membuat rayuan di peringkat yang lebih tinggi tetapi mengembalikan kepercayaan penuh kepada rakyat merupakan kemuncak penghayatan Demokrasi bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlanjutan selama 3 bulan ini. Sekiranya DUN berjaya dibubarkan dan piliharan raya diadakan semula di negeri Perak, maka biarlah rakyat yang menentukan siapakah kerajaan yang mereka mahukan dan hormatilah kehendak mereka kerana jika kita kemelut politik Perak ini tidak diselesaikan dengan segera, maka seperti mana yang dinyatakan oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar semalam, "the real losers are the people of Perak".
Maka dengan sebab itulah Pakatan Rakyat akan sedaya upaya memohon perkenan Duli Yang Teramat Mulia agar memperkenankan kehendak rakyat Perak agar DUN dibubarkan dan pilihanraya diadakan semula bagi memastikan keadilan dan kepuasan dinikmati oleh semua pihak.
Akan tetapi, jika UMNO dan Barisan Nasional mahu meneruskan kemelut politik ini berlanjutan, saya khuatir ekonomi negara yang semakin nazak ini akan terus meruncing disebabkan oleh ketidakseimbangan pentadbiran kerajaan yang jitu. Apakah kita sudi menjadi seperti Palestin yang terpaksa berdepan dengan pelbagai krisis luaran dan dalaman yang masih tidak berkesudahan? Kesannya, rakyat terpaksa menanggung pelbagai risiko hasil pertelingkahan yang berlaku sesama parti-parti politik. Sudahlah dunia tidak menghormati keputusan rakyat memilih HAMAS sebagai kerajaan mereka yang sah, FATAH pula masih tidak habis-habis ingin terus bercakaran dengan HAMAS.
Perang Indochina ataupun Konflik Vietnam seharusnya menjadi iktibar kepada kita yang walaupun kemelut politik yang berlaku di Perak ini masih belum ke arah berlakunya peperangan dan pertempuran darah, tetapi apa yang kita saksikan pada hari ini sudah cukup menjadikan Perak sebuah negeri yang kucar kacir pentadbiran dan pengurusannya sehingga ramai pelabur-pelabur lari dan membatalkan niat dan perjanjian mereka untuk melabur di dalam negeri. Pertembungan di antara Republik Demokratik Vietnam (dipanggil juga Vietnam Utara) dan sekutunya (Kesatuan Soviet) menentang Republik Vietnam (dipanggil juga Vietnam Selatan) dan sekutunya (Amerika Syarikat) yang berlaku hampir 10 tahun bermula pada awal tahun 1960 an dan berakhir pada 30 April 1975 sudah cukup untuk menjadi saksi betapa kemelut politik yang berlarutan bakal menghancurkan kemakmuran sesebuah tanah air sehingga rekod rasmi pembunuhan sukar untuk diperolehi.
Kesan alam sekitar sukar dibuat nilaian. Kecacatan akibat keracunan Agent Orange tidak boleh dianggarkan secara tepat - berapa banyak keguguran yang berlaku, kelahiran cacat yang akhirnya membawa maut dan lain-lain. Ia menyebabkan kesan sosial yang hebat ke atas negara yang sudah luluh akibat peperangan yang dahsyat.
Dalam keadaan negara yang baru mahu terus membangun dari sejarah hitam yang panjang, kini Vietnam turut sama terkesan dengan krisis ekonomi yang teruk kesan daripada ekonomi dunia yang tidak stabil. Kesan daripada peperangan dan krisis yang panjang ini, hari ini rakyat terpaksa menanggung pelbagai risiko kehidupan yang membebankan. Mereka perlu bertatih-tatih untuk membangun ekonomi negara yang lumpuh lama sewaktu ketika dahulu.
Justeru, untuk mengelakkan sebarang krisis terus berlaku, maka parti politik perlu mengambil langkah damai bagi membendung masalah ekonomi dari terus meruncing. Bukan itu sahaja, kita tidak mahu kemelut politik yang berpanjangan ini menyebabkan rakyat merasa muak dan jelik untuk mengambil tahu tentang perkembangan politik tanah air sehingga akhirnya, tidak mustahil rakyat akan ramai-ramai bermogok, boikot dan meninggalkan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan sebagainya. Yang menjadi mangsa bukan sahaja parti politik, bahkan seluruh rakyat akan turut merasai bahangnya akibat suasana politik yang tidak reda-reda.
Maka, demi untuk memastikan pembangunan negeri kembali berjalan dengan baik, pengurusan dan pentadbiran negeri diurus dengan tenang dan percambahan ekonomi berlangsung dengan licin, UMNO dan Barisan Nasional perlu kembali kepada falsafah politik kepartian itu semula iaitu berjuang demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Inilah yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Jika perkara ini tidak dihayati, saya teramat yakin pada PRU 13 yang akan datang, UMNO benar-benar akan dimuziumkan di dalam Muzium UMNO yang terletak di Kota Melaka sana.
0 comments:
Post a Comment