Wednesday, 11 July 2007

Jawatan adalah Amanah ALLAH

Sesuatu jawatan, tidak kira ianya jawatan mufti atau pemerintahan, ianya merupakan amanah dari Allah SWT.

Sesuatu jawatan yang telah disandang, hendaklah ditunaikan mengikut aturan Allah SWT.Sesuatu jawatan, yang tidak ditunaikan mengikut aturan Allah, tetapi lebih menguntungkan kepada diri sendiri dan menjaga golongan tertentu merupakan dosa di sisi Allah SWT.

Ekoran dari itulah, ulama fiqh ada menyatakan hukum menerima sesuatu jawatan apabila di hulurkan kepadanya.

HUKUM MENERIMA JAWATAN

Menurut kitab “As-Siraj Al-Wahhaj” karangan seorang pensyarah di Universiti Al-azhar yang bernama Dr Muhammad Abdul Maqsud Daud menyatakan, hukum penerimaan jawatan ini ada lima, iaitu seperti berikut;

a. Wajib : iaitu sekiranya dia seorang sahaja berkemampuan dan berkelayakan dalam melaksanakan tugasan jawatan itu.
b. Sunat : sekiranya didapati orang lain berkemampuan untuk melaksanakan tugasan jawatan, tetapi jika dibandingkan, dia lebih berhak untuk jawatan itu.
c. Makruh : iaitu sekiranya dia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan jawatan, tetapi didapati orang lain lebih berhak dari dirinya.
d. Haram : sekiranya dia tidak mempunyai kemampuan untuk jawatan itu, disamping dia tidak berkeahlian untuk jawatan tersebut. begitujuga, haram menerima sesuatu jawatan dengan tujuan untuk melaksanakan kezaliman, disamping takut hendak menyatakan kebenaran.
e. Harus : sekiranya dia mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk jawatan itu, disamping orang lain pun mempunyai kemampuan dan kelayakan yang sama dengannya.

Ekoran dari itu, menerima jawatan dengan tujuan hendak mendaulatkan islam merupakan satu tanggungjawab yang wajib di tunaikan.

Adapun jika diberikan satu jawatan, tetapi tindakannya hanya sekadar melambatkan perjuangan untuk kedaulatan islam, disamping menghuru harakan pemikiran masyakarat dalam pemahaman islam, maka penerimaan jawatan tersebut sudah berada di bawah kategori haram.

PENUTUP

Sesuatu jawatan, samada mufti atau pemerintah, hendaklah ditunaikan bersesuaian dengan kehendak Allah SWT. Tindakan melahirkan isu-isu khilafiyyah, disamping “berkepala batu” terhadap isu yang dibangkitkan merupakan satu perkara yang boleh disifatkan sebagai “kerja gila”.

Maka dengan demikian, terimalah jawatan mufti atau apa-apa jawatan sekalipun, tetapi pastikan, tindakan anda selepas menerima jawatan itu sesuai dengan kesepatutannya, bukan melakukan kerja gila.

SekianWallahu ‘Alam

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

0 comments: