"Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarinya" (al-Hadis)
Tajuk: At-Tibyan fi Aadabi Hamalatil Qur'an
Muallif: Abu Zakaria Yahya bin Sarafuddin an-Nawawi as-Syafi'i (Imam an-Nawawi).
Cetakan: Maktabah Dar al-Bayan
Tebal: 159 muka surat
Latar belakang buku & skop perbincangan:
Mungkin ramai diantara kita yang membaca al-Quran tetapi tidak tahu adab-adab terhadap al-Quran. Al-Quran adalah petunjuk kehidupan dan mempunyai keberkatan kepada sesiapa yang membacanya. Di atas tujuan itu, si pembaca perlu memiliki kefahaman mengenai adab-adab sebelum, ketika dan setelah membaca al-Quran. Oleh itu, buku ini ditulis sebagai ta'lim kepada para pembaca mengenai adab-adab yang sepatutnya diberikan terhadap al-Quran. Selain dari itu, ia juga membicarakan beberapa perkara yang berkait rapat dengan musolli ketika membaca al-Quran di dalam solat.
Kandungan:
Muqaddimah muallif
1) Fadhilat membaca al-Quran dan membawanya (mengendongnya)
2) Memuliakan ahli al-Quran dan larangan daripada menyakiti hati mereka
3) Adab-adab pendidik dan penuntut al-Quran
4) Adab-adab pembawa al-Quran dan pahalanya
5) Adab membaca al-Quran iaitu sebesar-besar kitab dan maksudnya
6) Adab manusia terhadap al-Quran
7) Ayat-ayat dan surah-surah yang mustahab pada waktu-waktu & perlakuan yang tertentu
8) Adab menulis al-Quran dan memuliakan mushaf
Penutup
Buku ini sangat menarik untuk dipelajari terutamanya bagi para penuntut ilmu al-Quran seperti tafsir dan ulum at-tafsir. Semoga dengan mempelajari kutaib ini mampu menambah kefahaman kita terhadap adab-adab terhadap al-Quran dan beberapa pengetahuan yang berhubung kait dengannya. Moga-moga kita mendapat petunjuk dan keberkatan di atas adab dan penghormatan yang kita berikan terhadap al-Quran.

0 comments:
Post a Comment