Saturday, 7 July 2007

Pendapat Para Ulama mengenai Pahala Bacaan al-Quran kpd si Mati

Artikel ini merupakan pandangan kami terhadap pandangan Anak Kenyalang yang menulis di dalam Majalah I yang lalu berkenaan dengan “Talqin, Tahlil & Bacaan al-Quran kepada si mati”. Penulis ini mahu menjadi seperti Prof. Madya Dr. Farouq Musa dengan mengetengahkan permasalahan-permasalahan khilafiah yang telah lama diselesaikan oleh para ulama. Kami sebenarnya tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana terlalu banyak perkara pokok yang perlu diberi keutamaan. Namun, kami berasa bersalah sekiranya membiarkan perkara ini terus disalahfahami oleh mereka yang tidak bersalah. Oleh itu, di atas kesedaran ini, dengan rendah diri kami menjawab kembali persolan yang telah beliau (anak kenyalang) utarakan di dalam Majalah I yang lalu. Artikel ini agak panjang untuk dibaca. Justeru, kami memaparkan sedikit demi sedikit untuk para pembaca. Semoga artikel ini mampu menjadi pencerah kepada kekaburan yang berlaku di dalam masyarakat. Segala kebaikan semuanya dari Allah SWT, manakala kelemahan dan kekurangan adalah dari diri kami sendiri.

Isu pertama: Sampaikah Pahala Bacaan Al-Quran kepada si Mati?

Pendapat Ibn Taimiyyah: Adakah sampai bacaan atau segala amalan Badaniah orang lain (waris atau selainnya) kepada si mati?

هل القراءة تصل إلى الميت من الولد ؟ على مذهب الشافعي

الجواب : أما وصول ثواب العبادات البدنية : كالقراءة والصلاة والصوم فمذهب أحمد وأبي حنيفة وطائفة من أصحاب مالك والشافعي إلى أنها تصل وذهب أكثر أصحاب مالك والشافعي إلى أنها لا تصل

Beliau ditanya: Adakah bacaan daripada anak sampai kepada mayyit atau tidak menurut Mazhab Syafie?. Beliau menjawab: “Adapun sampai pahala segala ibadat badaniyah seperti bacaan , sembahyang dan puasa , maka Mazhab Imam Ahmad , Imam Abi Hanifah dan satu golongan daripada Ashhab Imam Malik dan Ashhab Imam Syafie mengatakan sampai. Dan kebanyakan Ashhab Imam Malik dan Imam Syafie mengatakan tak sampai”.[1]

وأما القراءة على القبر فكرهها أبو حنيفة ومالك وأحمد في إحدى الروايتين ولم يكن يكرهها قي الأخرى وإنما رخص فيها لأنه بلغه أن ابن عمر أوصى أن يقرأ عند قبره بفواتح البقرة وخواتيمها وروي عن بعض الصحابة قراءة سورة البقرة فالقراءة عند الدفن مأثورة في الجملة وأما بعد ذلك فلم ينقل فيه أثر

Adapun bacaan di sisi kubur, telah menghukum makruh oleh Imam Abu Hanifah dan Malik dan Ahmad pada satu riwayat dan harus pada riwayat yang lain. Dan bahawasanya telah dibenarkan padanya (bacaan Quran) kerana Ibn Umar telah mewasiatkan agar dibaca di sisi kuburnya dengan permulaan surah al-Baqarah dan pengakhirannya. Dan diriwayatkan dari sebahagian sahabat iaitu pembacaan surah al-Baqarah. Maka membaca al-Quran di sisi kuburan matsyur pada jumlah dan adapun selepas dari itu, tidak terdapat athar yang dinaqalkan.[2]

وأما القراءة والصدقة وغيرهما من أعمال البر فلا نزاع بين علماء السنة والجماعة في وصول ثواب العبادات المالية كالصدقة والعتق كما يصل إليه أيضا الدعاء والاستغفار والصلاة عليه صلاة الجنازة والدعاء عند قبره .وتنازعوا في وصول الأعمال البدنية : كالصوم والصلاة والقراءة والصواب أن الجميع يصل إليه فقد ثبت في الصحيحين عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : [ من مات وعليه صيام صام عنه وليه ] وثبت أيضا : [ أنه أمر أمرأة ماتت أمها وعليها صوم أن تصوم عن أمها ] وفي المسند عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال لعمر بن العاص : [ لو أن أباك أسلم فتصدقت عنه أو صمت أو اعتقت عنه نفعه ذلك ] وهذا مذهب أحمد وأبي حنيفة وطائفة من أصحاب مالك والشافعي .وأما احتجاج بعضهم بقوله تعالى { وأن ليس للإنسان إلا ما سعى } فيقال له قد ثبت بالسنة المتواترة وإجماع الأمة : أنه يصلى عليه ويدعى له ويستغفر له وهذا من سعي غيره وكذلك قد ثبت ما سلف من أنه ينتفع بالصدقة عنه والعتق وهو من سعى غيره وما كان من جوابهم في موارد الإجماع فهو جواب الباقين في مواقع النزاع وللناس في ذلك أجوبة متعددة . لكن الجواب المحقق في ذلك أن الله تعالى لم يقل : إن الإنسان لا ينتفع إلا بسعى نفسه وإنما قال : { ليس للإنسان إلا ما سعى } فهو لا يملك إلا سعيه ولا يستحق غير ذلك وأما ما سعى غيره فهو له كما أن الإنسان لا يملك إلا مال نفسه ونفع نفسه فمال غيره ونفع غيره وهو كذلك للغير لكن إذا تبرع له الغير بذلك جاز. وهكذا هذا إذا تبرع له الغير بسعيه نفعه الله بذلك كما ينفعه بدعائه له والصدقة عنه وهو ينتفع بكل ما يصل إليه من كل مسلم سواء كان من أقاربه أو غيرهم كما ينتفع بصلاة المصلين عليه ودعائهم له عند قبره

Adapun bacaan, sedekah dan selain keduanya daripada segala amalan kebajikan, maka tidak khilaf ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah pada sampainya pahala segala ibadat maaliyah (yang jenis harta), seperti sedekah dan memerdekakan hamba, sebagaimana sampai juga kepada mayyit (seperti) doa (disisinya) , istighfar (memohonkan keampunan untuknya), sembahyang jenazah dan doa disisi kuburnya. Telah berbeza pendapat pada masaalah ibadat badaniyah seperti puasa, sembahyang dan bacaan. YANG BETUL, BAHAWA KESEMUA NYA SAMPAI KEPADA MAYYIT. Maka sesungguhnya telah sabit dalam Sahihain (Bukhary dan Muslim) daripada Nabi SAW, bersabda baginda: “Sesiapa yang telah mati dan dia mempunyai puasa yang tinggal (qadho) maka berpuasalah menggantikannya oleh walinya”. Dan telah sabit juga, bahawa Nabi SAW telah memerintahkan seorang perempuan yang kematian ibunya, padahal (ibunya) menanggung puasa, hendaklah dia berpuasa menggantikan puasa ibunya yang telah mati. Dalam kitab al-Musnad, bahawa Baginda SAW bersabda kepada Amru ibni Ash ra: “Jikalau bapamu Islam maka jika engkau bersedekah menggantikannya (untuknya) atau engkau berpuasa atau engkau memerdekakan (hamba untuknya) nescaya ia memberi manfaat padanya”. Ini (semua yang tersebut) adalah Mazhab Imam Ahmad, Abi Hanifah, sekumpulan Ashhab Imam Malik dan Syafie. Adapun sebahagian mereka yang berhujjah (mengatakan tak sampai) dengan firman Allah swt: “Dan bahawa tiadalah bagi seseorang manusia itu, melainkan apa yang ia telah usahakan” ( an-Najm: 39 ), maka dijawab kepadanya: Sesungguhnya telah thabit dalam sunnah yang Mutawatir dan Ijma’ Ummah bahawasanya SAMPAI padanya (mayyit) dan apa yang didoakan untuknya dan apa yang diistighfarkan untuknya dan semua ini adalah usaha orang lain (selain mayyit). Dan begitu juga telah thabit daripada salaf bahawa sesungguhnya (mayyit) mendapat menfaat dari sedekah, memerdekakan hamba dan semua ini adalah usaha orang lain (juga). Tetapi jawapan muhaqiq pada yang demikian (ayat surat an-Najm) bahawa Allah SWT tidak menyebut: “Sesungguhnya manusia tidak mendapat manfaat melainkan dengan usahanya sendiri” akan tetapi Allah SWT berfirman: “Tidak adalah bagi manusia itu melainkan apa yang dia usahakan” iaitu dia tidak memiliki kecuali apa yang dia usahakan dan orang lain tidak berhak atas yang demikian (usaha). Dan adapun usaha orang lain, maka usaha itu orang itu seperti bahawa manusia tidak memiliki (harta) kecuali hartanya sendiri dan dia memanfaatkannya sendiri. Maka harta orang lain, manfaat orang lain dan begitu juga bagi yang lain. Tetapi jika orang lain mensedekahkan untuknya yang demikian (contoh di atas), maka ia harus. Dan begitu juga jika orang lain mensedekahkan untuknya dengan usaha mereka, Allah SWT akan memberi manfaat dengan usaha tersebut seperti bermanfaatnya doa-doa mereka untuknya dan sedekah daripada mereka. Semuanya bermanfaat dengan setiap sesuatu yang sampai padanya (mayyit) daripada semua orang Islam samada dari keluarga terdekatnya atau selainnya seperti bermanfaatnya solat muslimin ke atasnya dan doa-doa mereka untuknya di sisi kuburnya (mayyit).[3]

Dari keterangan yang dibentangkan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menunjukkan bahawa pahala bacaan oleh si waris atau selain mereka kepada si mati sampai berdasarkan kepada dalil-dalil yang sahih daripada nabi SAW. WA

Berkata Syeikh Sayyid Sabiq: “Telah khilaf para fuqaha’ pada hukum membaca al-Quran di sisi kubur. Maka menghukum sunat oleh As-Syafi’I dan Muhammad Bin Hassan kerana dapatnya bagi berkata yang mujawarah dan bersetuju Qadhi ‘Iyadh akan keduanya (Syafi’I dan Muhammad) dan Qorofi daripada Mazhab Malikiah. Imam Ahmad pula menghukumnya sebagai harus dan Imam Malik dan Abu Hanifah memakruhkannya kerana tiada datang ia dari sunnah[4]

Beliau (Sayyiad Sabiq) berkata lagi pada bab ‘Amalan-amalan yang memberi manfaat kepada mayyit’ antaranya ‘membaca al-Quran’. Beliau berkata: Ini adalah pendapat Jumhur Ahli Sunnah. Berkata an-Nawawi: Yang masyhur dari mazhab as-Syafi’i bahawasanya ia tidak sampai, manakala Imam Ahmad bin Hanbal dan segolongan dari Ashab as-Syafi’i mengatakannya sampai. Maka yang menjadi pilihan adalah berkata si pembaca selepas selesainya membaca al-Quran: ‘Ya Allah sampaikanlah pahala yang telah aku bacakan untuk si fulan’. Di dalam al-Mughni oleh Ibn Qudamah: Telah berkata Ahmad bin Hanbal: Sampai kepada si mayyit setiap sesuatu daripada yang baik kerana terdapatnya nas yang warid padanya dan kerana kaum ijma’ muslimin pada setiap zaman dan membaca dan menghadiahkannya untuk si mayyit tanpa sebarang ingkar , maka adalah ia ijmak”.[5]

Berkenaan dengan mazhab Maliki yang menghukum makruh pada membaca al-Quran untuk si mati dan di kuburannya sesudah dikebumikan , perkara ini telahpun dijelaskan oleh Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili , beliau berkata:

“Ulama Malikiah memakruhkan membaca untuk si mati selepas matinya dan di sisi kuburnya kerana tiada amalan dari para Salaf. Tetapi setelah ditahqiqkan oleh ulama mutaakhir dari Malikiah , mereka membenarkannya samada membaca al-Quran atau zikir dan menjadikan (menghadiahkan) pahalanya untuk si mati , dan dia mendapat ganjaran darinya Insya-Allah”.[6]

Dari perspektif as-Syafi’iyyah pula, qaul qadim (lama) mengatakan yang masyhur adalah tidak sampai pahala ibadat mahdhoh selain dari pembuatnya (si mati) seperti membaca al-Quran. Namun , muhaqiq mutaakhir Syafi’iyyah telah mentahqiqkan bahawa ia sebenarnya sampai kepada si mati seperti bacaan al-Fatihah dan selainnya. Berkata Imam as-Subki: “…jika diniatkan dengannya (membaca sebahagian dari al-Quran) untuk manfaat si mati dan meringankan azab padanya, bagi si mati itu manfaat …”. Sekiranya telah tetap / nyata bahawa surah al-Fatihah membari manfaat kepada orang hidup yang dipatuk walhal telah mentaqrirkannya pula oleh nabi SAW dengan sabdanya: “Dan apakah kamu tahu bahawa ia adalah jampi?”, maka manfaat untuk si mati adalah lebih aula.[7]

Imam Ahmad bin Hanbal r.a berkata: “Apabila kamu masuk ke kawasan kubur , bacalah al-Fatihah dan dua mu’awwizatain ( surah an-Nas dan al-Falaq ) dan (surah) Qul Huallahu Ahad dan jadikan pahala bacaan tersebut untuk ahli kubur kerana sesungguhnya ia sampai kepadanya[8]

Penulis (Anak Kenyalang) menulis: “Berkata Imam Ahmad bin Hanbal kepada orang yang dilihatnya membaca al-Quran di perkuburan , “Ya inilah dia sesungguhnya membaca al-Quran di kuburan adalah bidaah”. (Majalah I)

Penulis (Anak Kenyalang) ini juga cuba memalsukan fakta yang sebenar sepertimana yang telah dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Farouq Musa. Ini merupakan satu fitnah kepada para ulama dan pengkhianatan kepada ilmu dan masyarakat. Tidakkah mereka sedar betapa besarnya dosa bagi mereka yang menyembunyikan kebenaran , padahal mereka mengetahuinya. Bukankah sikap ini sama seperti apa yang telah dilakukan oleh seorang Yahudi yang menyembunyikan kebenaran ketika dia ditanya oleh nabi SAW mengenai hukum orang yang berzina yang tercatat di dalam Taurat? [9]. Memang benar bahawa Imam Ahmad ibn Hanbal pernah mengatakan demikian kepada seorang yang dilihatnya membaca al-Quran di kuburan. Tetapi, perkara itu tidak terhenti di situ sahaja? Di sini kami naqalkan perkara sebenar di sebalik pendustaan ini.

وقال علي بن موسى الحداد : كنت مع أحمد بن حنبل في جنازة و محمد بن قدامة الجوهري يقرأ فلما دفنا الميت جاء رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد : يا هذا إن القراءة على القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن قدامة لأحمد : يا أبا عبد الله : ما تقول في مبشر بن إسماعيل ؟ قال : ثقة قال : هل كتبت عنه شيئا ؟ قال : نعم قال : أخبرني مبشر بن إسماعيل عن عبد الرحمن بن العلاء بن الحجاج عن أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة و خاتمتها و قال : سمعت ابن عمر يوصي بذلك قال أحمد : فارجع إلى الرجل فقل له يقرأ

Berkata Ali bin Musa al-Haddad: “Aku bersama Ahmad ibn Hanbal pada satu jenazah , walhal ketika itu Muhammad ibn Qudamah al-Jauhari sedang membaca. Tatkala telah ditanam mayat itu , datang seorang lelaki buta membaca di sisi kubur tersebut. Berkata Ahmad kepadanya: “Wahai fulan , sesungguhnya membaca di kubur bid’ah!”. Apabila kami keluar dari kawasan kubur , berkata Muhammad ibn Qudamah kepada Ahmad: “Wahai Aba Abdillah , apakah pendapat kamu tentang Mubassyir ibn Ismail? Dia (Ahmad) menjawab: Thiqah. Dia (ibn Qudamah) berkata: “Adakah kamu ada menulis (meriwayatkan) darinya sesuatu (hadis)?”. Dia menjawab: Ya. Berkata ibn Qudamah: “Telah memberitahu aku oleh Mubassyir ibn Ismail daripada Abdul Rahman ibn al-Alla’i ibn al-Hajjaj daripada bapanya bahawasanya dia mewasiatkan apabila beliau dikebumikan , beliau meminta dibacakan di sisi kepalanya pembukaan surah al-Baqarah dan bahagian akhirnya dan berkata (al-Alla’i): Aku telah mendengar Ibn Umar juga mewasiatkan begitu. Berkata Ahmad: Aku pergi kepada lelaki tadi dan berkata padanya agar membacanya[10]

Berkata Imam al-Qurtubi: “Sepertimana sampainya pahala kepada si mati, begitu juga sampainya bacaan al-Quran dan doa dan istighfar kerana setiap yang demikian itu adalah sedekah. Sesungguhnya sedekah tidaklah dikhususkan kepada harta sahaja”.[11]

Syeikh Dr. Abdul Malik as-Sa’di berkata: “Membaca al-Quran (untuk si mati) tidaklah bid’ah kerana bid’ah itu adalah setiap perkara yang tidak di datangkan ia dengan nas dari Kitab atau Sunnah atau Ijma’ atau Qias ataupun tidak termasuk di bawah kaedah daripada kaedah-kaedah Islam[12]


Komentar mengenai hadis Pelepah Tamar

لعله أن يخفف عنهما ما لم ييبسا

Hadis ini merupakan riwayat Ibn Abbas r.a bahawasanya beliau berkata: “Telah lalu nabi SAW pada dua kubur lalu baginda bersabda bahawa kedua-dua mayyit tersebut pasti akan diazab kerana seorang tidak membersihkan kencingnya , manakala seorang lagi berjalan dengan sombong. Kemudian baginda mengambil daun pelepah tamar dan dibahagikan dua kemudian menanamnya di atas kedua-dua kubur tersebut lalu bersabda: Semoga ia akan meringinkan azab kedua-duanya selagi mana ia masih basah”.[13]

وقد قيل أن المعنى فيه أنه يسبح ما دام رطبا فيحصل التخفيف ببركة التسبيح وعلى هذا فيطرد في كل ما فيه رطوبة من الأشجار وغيرها وكذلك فيما فيه بركة كالذكر وتلاوة القرآن من باب الأولى

Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Dan telah dikatakan bahawa makna padanya adalah ia ( pelepah tamar ) bertasbih selagi mana ia masih lagi basah. Maka mendapat keringan dengan keberkatan tasbih tersebut. Oleh yang demikian, maka dijadikan prinsip umum kepada setiap sesuatu daripada daun-daun yang basah dan selain darinya. Dan begitu juga pada sesuatu yang padanya terdapat keberkatan seperti zikir dan tilawatil Quran adalah daripada yang terlebih aula (utama)[14]

Imam an-Nawawi berkata: “Dan telah menghukum sunat oleh para ulama pada membaca al-Quran di sisi kubur kerana berdasarkan hadis ini. Ini adalah kerana jika mengharapkan keringan dengan bertasbihnya pelepah daun Tamar, maka membaca al-Quran itu terlebih aula (utama)[15]

قلت : و قد استدل بعض علمائنا على قراءة القرآن على القبر بحديث العسيب الرطب الذي شقه النبي صلى الله عليه و سلم باثنين ثم غرس على هذا واحدا و على هذا واحدا ثم قال : [ لعله أن يخفف عنهما ما لم يبسا ] خرجه البخاري و مسلم

و في مسند أبي داود الطيالسي : [ فوضع على أحدهما نصفا و على الآخر نصفا و قال : إنه يهون عليهما ما دام فيهما من بلوتهما شيء ] قالوا : ويستفاد من هذا غرس الأشجار و قراءة القرآن على القبور و إذا خفف عنهم بالأشجار فكيف بقراءة الرجل المؤمن القرآ

Imam al-Qurtubi berkata: “Telah berdalil sebahagian dari ulama kami (Malikiah) pada hukum membaca al-Quran di kubur dengan hadis pelepah tamar basah yang telah dibahagikan oleh nabi kepada dua, kemudian baginda menanamnya pada kubur ini satu dan kubur ini satu , lalu bersabda: “Semoga ia akan meringinkan azab kedua-duanya selagi mana ia masih basah”. Hadis ini dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim. Dan di dalam Musnad oleh Abi Daud at-Thoyalisi: “maka baginda meletakkan atas salah satu dari keduanya sebahagian dan atas yang lain sebahagian dan bersabda: “Sesungguhnya ini akan meringankan azab merekq berdua selagi mana keduanya masih basah”. Sebahagian ulama kami berkata: Dan diambil faedah daripada perbuatan menanam pelepah tamar ini pada membaca al-Quran di sisi kubur. Sekiranya mereka diringankan dengan pelepah tamar ini, bagaimana dengan pembacaan al-Quran oleh orang mukmin”[16]

Komentar mengenai hadis: “Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur”.

Berkata Ibn Taimiyyah ketika ditanya mengenai makna hadis ini, beliau menjawab:

الجواب : وأما لفظ الحديث [ اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا ] يعني : أن القبور موضع الموتى فإذا لم تصلوا في بيوتكم ولم تذكروا الله فيها كنتم كالميت وكانت كالقبور فإن في الصحيح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال [ مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكر ربه كمثل الحي والميت ] وفي لفظ : مثل البيت الذي يذكر الله فيه والذي لا يذكر الله فيه مثل الحي والميت

Jawapan: “Adapun lafaz hadis “Jadikan solat kamu di rumah-rumah kamu dan jangan jadikannya (rumah) sebagai kuburan” iaitu: Sesungguhnya kubur adalah tempat kematian. Maka apabila kamu tidak mendirikan solat di rumah-rumah kamu dan tidak berzikir/mengingati Allah SWT di dalamnya (rumah) , kamu diibaratkan seperti orang yang telah mati (mayat) dan adalah rumah-rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya hadis Sahih dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda: “Perbandingan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya adalah seperti hidup dan mati” dan (maknanya) secara lafaz: “Perbandingan rumah orang yang berzikir kepada Allah di dalamnya dan orang yang tidak berzikir kepada Allah di dalamnya adalah seperti hidup dan mati”.[17]

يحتمل أن المراد لا تجعلوا بيوتكم وطنا للنوم فقط لا تصلون فيها فإن النوم أخو الموت والميت لا يصلي وقال التوربشتي حاصل ما يحتمله أربعة معان فذكر الثلاثة الماضية ورابعها يحتمل أن يكون المراد أن من لم يصل في بيته جعل نفسه كالميت وبيته كالقبر

Ibn Hajar pula berkata: “Diihtimal (daripada hadis ini) bahawa yang dikehendaki (maksud) dengannya adalah jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai tempat untuk tidur sahaja dan tidak mendirikan solat di dalamnya. Sesungguhnya tidur saudara kepada kematian dan adalah orang yang mati tidak mendirikan solat”. Hadis tersebut boleh juga dita’wilkan kepada empat makna, salah satu darinya bermaksud “sesiapa yang tidak bersolat di rumahnya, dia menjadikan dirinya seperti orang mati dan rumahnya seperti kubur”.[18]

Begitulah perkara yang sama telah disyarahkan oleh al-Abadi di dalam ‘Aunul Ma’bud , Mubarakfuri di dalam Tuhfatul Ahwaazi , al-Munawi di dalam Faidhul Qadir dan ramai lagi.

Kesimpulannya , tidak ada ulama yang menjadikan hadis ini sebagai hujjah bagi melarang seseorang membaca al-Quran di kuburan. Oleh itu, kami merasa musyhkil mengenai ta’wilan yang dibuat oleh penulis, dari manakah beliau mendapatkan ta’wilan yang beliau tulis di dalam Majalah I mengenai hadis ini dengan mengatakan: “Sekiranya bacaan al-Quran dapat memberi manfaat kepada si mati, nescaya nabi SAW yang sangat kasih kepada umatnya tidak akan bersabda dengan hadis di atas yang seolah-olah mengatakan, bahawa kuburan adalah tempat yang tidak sesuai untuk membaca al-Quran”. Kami merasakan bahawa ia hanya berdasarkan kepada pendapatnya sendiri? Kalau benar beliau menyandarkannya kepada pendapat para ulama, sila kemukakan siapakah ulama tersebut yang menggunakan hadis ini sebagai larangan untuk membaca al-Quran di kuburan?



[1] al-Fataawa al-Kubra, Ibn Taimiyyah (juz 3/m.s 38), Dar al-Ma’rifah

[2] al-Fataawa al-Kubra, Ibn Taimiyyah (juz 3/m.s 25), Dar al-Ma’rifah

[3] al-Fataawa al-Kubra, Ibn Taimiyyah (juz 3/m.s 63), Dar al-Ma’rifah

[4] Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq (juz 1/m.s 297), Maktabah Dar at-Turast

[5] Fiqh as-Sunnah, Sayyid Sabiq (juz 1/ m.s 405), Maktabah Darul Turast

[6] al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili (juz 2 /m.s 1570), Dar al-Fikr

[7] al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili (juz 2 / m.s 1571), Dar al-Fikr

[8] Mukhtasar Tazkirah al-Qurtubi, ash-Sha’raani, m.s 25, Maktabah Haramain

[9] Disebut di dalam Tafsir Ayat Ahkam min Al-Quran, Ash-Shobuni, m/s 22 (Jilid 2), Dar Kutub ‘Ilmiyyah

[10] At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah, Imam al-Qurtubi, m/s 65, Maktabah Dar al-Hadis

[11] At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah, Imam al-Qurtubi, m/s 65, Maktabah Dar al-Hadis

[12] al-Bid’atu fil Mafhumil Islami ad-Daqiq, Dr. Abdul Malik Abdul Rahman as-Sa’di, m.s 124

[13] Al-Bukhori ( 213/juz 1/m.s 88 ), Dar Ibn Kathir

[14] Fath al-Bari ( 213/juz 1/m.s 317), Dar al-Ma’rifah

[15] Syarah Muslim an-Nawawi, Bab Dalil ‘ala Najasatil Bauli (juz 3/m.s 20 ), Dar Ihya’ at-Turast

[16] At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah, Imam al-Qurtubi, m/s 65, Maktabah Dar al-Hadis

[17] al-Fataawa al-Kubra, Ibn Taimiyyah (juz 3/m.s 72), Dar al-Ma’rifah

[18] Fath al-Bari, Bab Karahiyyatus Solah fil Maqabir, (juz 1/m.s 529), Dar al-Ma’rifah

0 comments: