Friday, 6 July 2007

Pembahagian Hukum Syariah

Hukum-hukum Syariah terbahagi kepada 7:

1) Wajib[1]: Sesuatu yang diberi pahala di atas perbuatannya dan diazab kerana

meninggalkannya.

2) Mandub / sunat: Sesuatu yang diberi pahala kerana melakukannya dan tidak diazab jika
meninggalkannya.

3) Mubah / harus: Sesuatu yang tidak diberi pahala kerana melakukannya dan tidak juga diazab
jika meninggalkannya.

4) Haram: Sesuatu yang diberi pahala dengan meninggalkannya dan diazab jika melakukannya.

5) Makruh: Sesuatu yang diberi pahala atas meninggalkannya dan tidak diazab jika
melakukannya.

6) Sahih: Sesuatu yang berkait dengannya oleh lulus dan dikira dengannya di dalam syarak
samada di dalam perkara 'aqad atau ibadat.

7) Batil: Sesuatu yang tidak berkait dengannya oleh lulus dan tidak juga dikira dengannya
kerana tidak diiktibarkannya oleh syarak samada di dalam perkara 'aqad atau

ibadat.[2]


Bid’ah tidaklah termasuk di dalam Hukum-hukum Syariah atau Hukum Taklifi. Oleh itu, sekiranya seseorang mengatakan bahawa hukum itu dan ini adalah bid’ah, sebenarnya dia tidak tahu pembahagian hukum-hukum syariah. Yang benar adalah dengan mengatakan: "Perbuatan ini bid'ah dan hukumnya haram".



[1] Di dalam mazhab as-Syafi’I, wajib dan fardhu merupakan satu istilah yang sama. Berbeza bagi sesetengah Ashab Abi Hanifah, wajib adalah sesuatu yang ditetapkan kewajipannya dengan dalil para imam mujtahid padanya seperti wajib solat witir bagi mazhab hanafi. Manakala fardhu pula adalah sesuatu yang ditetapkan kewajipannya dengan dalil qat’ie dari al-Quran atau sunnah seperti kefardhuan solat, zakat dan perkara yang seumpamanya. (al-Luma’ fi Usul al-Fiqh, As-Syirazi, m/s 65, Maktabah Taufiqiyyah)

[2] Ruj: Hasyiah Dimyathi Syarah Matan al-Waraqat, ad-Dimyathi, m/s 23, Dar al-Beiruti

0 comments: